Setelah melepasi beberapa kampung,
kebanyakan rumah penduduknya beratap rumbia. Berdinding papan, ada juga
berdinding buluh atau tepas.
Sesuatu yang saya kira ganjil,
kebanyakan penduduk kampung terbabit buat tidak kisah dengan rombongan kami
yang membelah lalu kampung mereka. Bila terserempak secara berdepan, mereka
sekadar memberi salam saja. Kemudian berlalu senang.
“Mereka sudah biasa melihat orang
berjalan dalam kumpulan yang ramai. Laluan ini laluan orang mencari harta karun
dan kumpulan tabligh. Mereka juga pernah dengar tentang Shafie,” ayah Shafie
memberi penjelasan.
“Bagi mereka ksah Shafie perkara
biasa. Ada lagi orang yang lebih teruk dari itu,” tambah ayah Shafie dalam
rentak nada ang bersahaja.
“Oh, begitu, “ balas datuk.
Rombongan kami akhirnya, terpaksa
merentasi kawasan tanah sawah terbiar. Baru lima langkah memijak tanah sawah,
terdengar bunyi rengekan kuda yang datang dari arah belakang.
“Jangan hiraukan suara itu,” Pak Habib
mengingatkan kami semua.
“Jangan ada di antara kamu menoleh ke
belakang,” datuk pula memberikan ingatan. Tiada komen dan pertanyaan ysang
diajukan kepada datuk atau Pak Habib oleh pasangan suami isteri.
“Jauh ke lagi ?”
Saya ajukan pertanyaan pada emak
Shafie tanpa merenung wajahnya. Tiada jawapan yang diperolehi. Kalau boleh saya
mahu perjalanan di berhentikan sebentar. Saya terasa letih sekali. Tetapi pada
siapakah permintaan itu harus saya ajukan?
“Jauh lagi ke ?”
Untuk kali kedua, saya kemukakan
pertanyaan pada emak Shafie. Sudah ditetapkan dalam hati, kalau jawapannya
masih jauh, saya beranikan diri minta Pak Habib berhenti sebentar dalam tempoh
waktu antara lima hingga sepuluh minit.
“Tak berapa jauh lagi,” tanpa diduga,
emak Shafie memberikan jawapan.
“Ada setengah batu lagi,” soal saya.
“Tak sampai, suku batu pun tak
sampai.”
Saya gembira dengan jawapan itu.
KUDA LIAR
Perjalanan diteruskan. Suara rengekan
kuda liar masih kedengaran tetapi tidak sekuat tadi. Hanya terdengar
sayup-sayup dan akhirnya lenyap. Semua terasa aman kembali dan berharap suara
rengekan kuda itu tidak akan kedengaran lagi.
Di saat ghairah melangkah dan mahu
sampai segera ke tempat yang dituju. Kami dikejutkan kembali dengan suara
rengekan kuda liar.
Kalau tadi suara itu datang dari arah
belakang beberapa detik berikutnya bertukar kesebelah kanan. Dan seterusnya
beralih arah pula di depan kami.
“Kita berhenti dulu,” Pak Habib mengeluarkan arahan.
Pergerakan kaki semua ahli rombongan
terkaku sebentar. Saya dongak pula ke langit, melihat awan petang bergerak
lemah. Datuk segera mencabut serumpun rumput liar, lalu dibalingnya kedepan,
kearah bunyi rengekan kuda .
“Ini petua dan ikhtiar,” pendek datuk
berkata.
“Tidak salah,” sahut Pak Habib yang
baru selesai membaca potongan ayat-ayat Quran untuk menghalau makhluk halus.
Shafie yang berada diantara saya dan
Tajuddin menguap panjang, keletihan tergambar di wajahnya. Dua pengikut setia
yang mengekori dari belakang kelihatan tenang.
Suara rengekan kuda yang keras mula
beransur lemah dan hilang, Dak dan Pak Habib saling berpandangan. Beberapa ekor
burung helang terbang rendah untuk mencari mangsa. Kalau ada tikus keluar atau
ular keluar dari lubang pasti disambar.
“Bagaimana, boleh kita teruskan,”
datuk bertanya.
“Boleh,” jawap Pak Habib.
“Kita bergerak sekarang,” lantang
suara datuk memberi arahan. Perjalanan yang terhenti diteruskan semula.
Kedudukan anggota rombongan tidak berubah, tetap seperti tadi cuma pengawasan
terhadap Shafie diperketatkan, itu pesan Pak Habib dan datuk kepada kami berdua.
PELUH
Kini anggota rombongan sudah berada di
tengah-tengah kawasan sawah. Peluh terus mengalir di tubuh di tengah terik
matahari petang. Hembusan angin tidak banyak membantu mengurangkan bahang panas
yang mengigit kulit.
“Yaaahhooooooo.....” .
Dua
pengikut Shafie yang berada di belakang menjerit dengan sekuat hati,
Semua anggota rombongan terperanjat besar. Hayunan langkah mati seketika.
Semuanya, berpandangan sama sendiri. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Dua pengikut setia Shafie, sudah
melanggar pesan Pak Habib. Bagaikan dipaksa sesuatu, saya dan Tajuddin merenung
ke belakang. Dua lelaki yang menjerit tidak kelihatan. Hilang entah kemana.
“Kenapa menoleh ke belakang,” nada
datuk keras sekali.
“Renung ke depan semula,” Pak Habib
merayu.
Belumpun sempat kami melaksanakan
arahannya, kulit muka terasa panas macam berada di sisi api yang cukup marak.
Pandangan berpina-pinar. Saya tidak dapat mengawal tubuh yang mahu rebah ke
bumi. Tetapi, suara Pak Habib masih terdengar sayup-sayup menyuruh datuk
memeluk tubuh saya agar jangan rebah ke tanah.
Setelah itu, saya tidak tahu apa yang
berlaku. Bila kelopak mata dibka kelihatan Tajuddin berada dalam pangkuan Pak
Habib. Sementara pasangan suami isteri dan Shafie duduk bertinggung sambil
termenung panjang. Setelah datuk memulihkan saya seperti sediakala dan Pak
Habib memulihkan Tajuddin, barulah pasangan suami isteri dan Shafie berdiri.
“Kalau kamu berdua tidak menoleh ke
belakang, perkara macam ini tidak terjadi. Hal-hal macam ini boleh melambatkan
urusan kita,” datuk seperti merungut tetapi, Pak Habib menasihatkan datuk
supaya melupakan tersebut, jangan diperpanjangan-panjangkan. Saranan Pak Habid
diterima oleh datuk.
“Lupakan yang lalu, mari kita
bergerak,”tekanan nada suara Pak Habib lembut. Datuk sambut dengan senyum. Ahli
rombongan segera bergerak. Kedudukan dan tugas anggota tidak berubah, tetap
macam tadi.
Semoga perjalanan ini tidak berhadapan
dengan halangan. Semuanya diharapkan berjalan lancar dan segera sampai ke rumah
orang tua Shafie. Itu doa hati kecil saya. Malahan, mungkin doa dan harapan
anggota rombonan yang lain seperti itu juga, fikir saya.
“Yaahhhooooo...”
Terdengar jeritan di belakang.
“Jangan ada diantara kamu menoleh ke
belakang.”
Serentak datuk dan Pak Habib mengingatkan
kami semua. Tiada bantahan, siapa pun tak berani melawan ingatan yang
diberikan. Semuanya akur dan kaki kian rancak melangkah memijak permukaan bumi.
Suara jeritan dan sorakan semakin
menjadi-jadi. Seolah-olah mempersendakan kami semua. Atas permintaan datuk
langkah dipercepatkan lagi. Suara-suara yang tidak diminta itu terus
dipersetankan dan akhirnya, sorakan dan jeritan terus mengecil dan hilang.
NORMAL
Suasana dalam perjalanan kembali
normal. Hembusan bayu menghantar kemesraan. Sekawan pipit tuli terbang rendah
lalu bertenggek di dahan bagakan merestui perjalanan kami ke rumah Shafie.
“Diharapkan tak ada gangguan lagi?”
Ayah hafie meluahkan harapan. Pak
Habib dan datuk membalas dengan anggukan .
“Saya pun harap macam tu,”ibu Shafie
bersuara.
“Betullah tu, baik kita cepatkan
langkah.
Tidak semena-mena, Shafie yang tadi
membisu macam tunggul buruk terus mencelah. Skapnya sungguh mengejutkan saya,
mungkin juga orang lain. Apakah perasaannya sudah terlepas dari gangguan
makhluk halus, saya bertanya dalam hati.
Kerana sudah jemu melhat pepokok dan
rerumput liar di kiri kanan alan, pandangan segera saya alihkan kedada langit,
melihat gumpalan awan yang menipis, bergerak tenang arah ke timur.
Burung-burung terus berterbangan di angkasa.
“Buuummmmmm....:
Ledakan kuat yang tidak dapat
dipastikan dari arah mana datangnya membuat semua anggota rombongan terkejut,
ada yang terjatuh, tetapi segera bangun. Bila bunyi ledakan berakhir kelihatan
dua pengikut setia Shafie terkapar dalam jarak beberapa kaki di depan datuk dan
Pak Habib.
Kedua-duanya agakan dicampak oleh
sesuatu dari tempat tinggi. Tiada seorang pun yang nampak dan tahu arah mana
kedua dua insan itu muncul. Siapa yang mencampakkannya juga dak diketahui.
GOLEK
Kini kedua-dua insan itu berglek-golek
atas rumput sawah terbiar. Ereka seperti mengalami rasa sakit yang amat sangat.
Mungkin kerana simpati dan kasihan, ayah Shafie menerpa ke arah kedua-dua insan
itu untuk menolong.
“Jangan, itu perangkap,” tahan Pak
Habib.
Bahu kanan ayah Shafie segera dipegang
dengan erat sekali. Ayah Shafie cuba membantah dengan menepis pergelangan
tangan Pak Habib. Tetapi, Pak Habib bertindak bijak, terlepas bahu kanan, bahu
kiri dicengkam dengan cengkaman harimau, bergerak sedikit sakitnya hingga ke
tulang belakang. Ayah Shafie mengalah dalam diam, malah terus membongkok
menahan sakit.
“Kesian mereka.”
Ibu Shafie bagaikan merayu sambil
menatap wajah datuk dan Pak Habib.
“Kalau dibantu ertinya, kita membunuh
diri sendiri,” tingkah Pak Habib tenang.
“Jadi apa yang mesti kita buat ?“
Tanya ibu Shafie.
Dengan tenang Pak Habib melepaskan
cengkaman harimau di bahu ayah Shafie. Orang tua itu mengeliat ke kiri, ke
kanan sambil menumbuk angin dua tiga kali hingga rasa sengal dan sakit di
bahunya hilang.
“Jadi apa yang harus kita buat, dua
laknat ini mahu melambatkan perjalanan kita sampai ke rumah,” ayah Shafie mula
naik angin, gigi atas dengan bawah dilagakannya berkali-kali. Sepasang anak
matanya tetap tertumpu ke arah dua lelaki pengikut setia Shafie yang bergolek
di rumput, sesekali menelentang muka ke langit sambil menangkat sepasang kaki
masing-masing ke langit.
“Biar saya selesaikan.”
Datuk terus bergerak ke depan melepasi
pasangan suami isteri. Perbuatan datk membuat Pak Habib merasa cemas. Shafie
hanya melihat penuh minat dengan apa yang berlaku sekitarnya. Ekor matanya
menjeling ajam ke arah datuk. Dia kelihatan kurang yakin dengan apa yang datuk
perlihatkan.
“Humm.....” Shafie bagaikan mengeluh
kecil.
“Tamar.”
Saya segera menoleh ke arah Tajuddin.
Sepasang mata kami berlaga seketika yang membuahkan senyum.
“Apa yang datuk kamu nak buat, Tamar,”
sambungnya.
“Hei, budak berdua, cuba belajar diam,
kurangkan bercakap dan banyak soal,” Pak Habib melepaskan rasa kurang senangnya
kepada kami.
Tajuddin dan saya berpandangan.
Hairan, cakap macam itu pun tak boleh. Apakah perkara saya lakukan dengan Tajuddin merupakan satu
pantang larang dalam saat-saat begini. Semuanya itu, bergolak dalam batin saya
anpa menemui sebuah jawapan yang konkrit.
No comments:
Post a Comment