Friday, August 30, 2013

SIRI 252 PAK GURU MASUK PARIT


Datuk terkejut dengan kejadian yang  tidak di duga itu, duduk tersandar di dinding. Pak Habib masih berdiri di sisi tubuh lelaki berambut panjang yang tergolek di tanah.

Bila datuk merasakan denyut jantung kembali normal, dia segera bangun seraya menghulurkan tangan pada Pak Habib. Dan Pak Habib menyambutnya dengan penuh kehangatan.

“Nampaknya, bila terdesak baru dimanfaatkan kebolehan yang ada. Kalau tidak, ilmu yang ada disembunyikan dari kita,” datk bersuara.

“Semuanya yang saya buat ini untuk sahabat.”

“Saya tahu, terima kasih,” bibir datuk menguntum senyum.

“Hummmmmm’........”

Lelaki berambut panjang masih terkapar di tanah, dipanah sinar matahari yang menyengat. Saya dan Tajuddn segera keluar dari tempat persembunyian. Kehadiran kami di sisi datuk dan Pak Habib disambut dengan senyum sinis.

“Ambil parang dekat tangannya,”

Pak Habib menuding, jari ke arah Tajuddin menyuruh mengambil parang panjang yang berada dalam jarak sekaki dari tubuh lelaki berambut panjang. Sudah tentu arahan itu satu penyiksaan buat Tajuddin dan amat berat untuk dilaksanakan.

Siapa tahu lelaki berambut panjang itu berpura-pura pengsan atau mati. Bila ada orang mendekatinya, dia terus bertindak ganas. Siapa boleh menduga yang tindakannya itu tidak mencederakan atau membawa maut pada sesaorang.

“Pergi ambil parang tu, tak mengapa aku ada di sini.”

Satu jaminan yag kukuh dari datuk untuk Tajuddin. Tetapi, Tajuddin masih belum bergerak. Dadanya terus digayut seribu persoalan.

“Jangan buang masa, nanti kita yang rugi.”

Lembut sekali datuk mendesak. Tajuddin masih tidak bergerak di sisi saya.

“Apa yang dia cakap tu memang betul Tajuddin.”

Pak Habib menyokong datuk. Dan Tajuddin kalah, atau tidak mampu berdalih atau memberikan sebarang alasan,

SEKELIP MATA

Antara keberanian bersalutkan ketakutan, Tajudin pun bergerak dengan pantas ke arah yang dimaksudkan . Dalam sekelip mata saja parang panjang sudah berada dalam genggamannya, Sebuah senyuman kepuasan dihadiahkan oleh Tajuddin untuk Pak Habib dan datuk, sudah tentu saya tidak dikecualikan.

Dalam saat yang sama juga, sekujur tubuh lelaki berambut panjang yang tadi kejang kaku mula bergerak lemah. Sepasang ibu kakinya seperti tersentak-sentak, macam ayam yang disembelih hampir habis nyawa. Kelopak matanya mula pejam celek. Semuanya itu tidak disedari oleh Tajuddin.

“Tajuddin berjaga-jaga,” kata datuk.

Tajuddin masih dengan senyumnya. Manakala lelaki berambut panjang yang terbaring dekat kakinya makin aktif menggerakkan anggota tubuh.

“Hati- hati Tajuddin,” ulang datuk.

“Kenapa? “ Dengan pantas Tajuddn bertanya semula kepada datuk. Pak Habib gelengkan kepala melihat kelemahan Tajuddin yang tidak mahu mengawasi keadaan sekitarnya.

“Orang dekat kaki kamu,” jerit saya.

Tajuddin segera merenung lelaki berambut panjang yang semakin rancak mengerakkan anggota kaki dan tangannya. Air muka Tajuddin segera berubah menjadi cemas semacam.

“Jangan kelam kabut, bertenang,” Pak Habib mengingatkan Tajuddin.

“Serahkan parang pada aku,” pinta datuk.

Tajuddin segera mencampakkan parang panjang ke arah datuk dan Pak Habib. Bagaikan pahlawan KUNG FU datuk melompat lalu menyambar ulu parang panjang. Bila lelaki berambut panjang mula duduk, Tajuddin angkat kaki memulakan langkah seribu menuju ke arah datuk dan Pak Habib. Saya ketawa kecil melihat karakternya.

TERUS

Lelaki berambut panjang terus berdiri lalu membuka langkah yang pada hemat saya bukannya langkah silat, tetapi gerakan memanaskan badan dan menggerakkan urat. Bila gerakan itu berhenti, lelaki berambut panjang menghalakan pandangan ke arah kami berempat.

Muka kami berempat ditatapnya satu persatu. Macam harimau lapar merenung mangsanya. Saya jadi resah, tidak mampu melihat biji mata lelaki itu yang saya rasakan seperti memancar satu sinar yang sungguh tajam. Apa yang di tunjukkannya seperti menyatakan perasaan marahnya yang amat sangat terhadap kami.

“Bagaimana? Perlukah kita menangkapnya,” Tajuddin ajukan pertanyaaan pada datuk.

“Tanya ayah saudara kamu,” balas datuk.

“Kita nasihati dan tanya, macam mana dia boleh jadi begini,” Pak Habib menunjukkan jalan penyelesaian.

“Saya pun fikir begitu,” sokong datuk.

Dalam buat mencari keputusan sebulat suara lelaki berambut panjang melakukan sesuatu yang diluar dugaan kami. Dia melaungkan perkataan Allahu Akbar dengan lantang dan kuat. Susah tentu kami tercengang cengang dan mencari punca kenapa dia berbuat demikian. Tanpa disedari dia sudah berada di belakang Pak Habib.

Cukup pantas dia bergerak. Belum pun sempat datuk memberitahu Pak Habib supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan lelaki berambut panjang lebih dahulu bertindak dengan melompat tinggi untuk melepaskan ‘flying kick’ ke arah Pak Habib.

Tetapi yang peliknya Pak Habib tidak mempertahankan diri atau mengelak. Dia tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Ironisnya lelaki berambut panjang itu yang tercampak jauh hampir-hapir jatuh atas permukaan longkang surau. Datuk semakin kagum dengan kebolehan Pak Habib yang dibuka sedikit demi sedikit.

Suasana di halaman surau menjadi kelam kabut. Beberapa orang lelaki dan wanita muncul dari arah belakang surau.

“Siapa mereka?” Tanya datuk pada Tajuddin.

“Tak tahu.”

“Kaum keluarga sahabat atau orang dalam kampung ini?” Datuk minta kepastian.

“Bukan, mereka datang dari tempat lain, jangan ganggu tengok saja apa yang mereka nak buat,” Kata Pak Habib. Kami pun segera akur dengan permintaan  itu.

Kumpulan sekitar tujuh orang (empat lelaki dan tiga wanita) terus menyerbu kearah lelaki berambut panjang yang mereka panggil sebagai PAK GURU. Ramai ramai mereka mengusung lelaki yang kelihatan menanggung sakit akibat terjatuh. Beberapa orang daripada mereka mengosok gosok badan lelaki berambut panjang.

Salah seorang daripada mereka dengan sepotong kayu datang ke arah kami.

“Kamu semua durhaka, aniaya Pak Guru.”.

Kami berempat tidak menjawab. Orang yang naik darah lalu memanggil seorang kawannya yang berbadan besar dan tegap (juga membawa sepotong kayu keras).

Sikawan yang dipanggil nampak garang sekali. Tidak mahu bertolak ansur. Kalau tidak disabarkan oleh kawannya yang memanggil, sudah pasti kepala Tajuddin terbelah dua kena hentak sepotong kayu keras.

“Kamu semua tak berhati perut menyiksa orang yang menyeru ke jalan Tuhan. Perbuatan kamu akan menerima hukuman didunia pembalasan” tambah orang tadi. Kami berempat terus membisu , tidak memberikan sebarang reaksi. Terbukti, perbuatan kami melukakan hati orang yang 
Berbadan tegap. Dia hilang sabar lalu menhayunkan kayu di tangan ke leher datuk. Di saat kayu mahu dihayun terdengar suara jeritan wanita dan lelaki. Seluruh perhatian tertumpu ke arah suara tersebut.

PANJANG

Seorang wanita dan seorang lelaki dalam lingkungan usia 64 tahun, berlari ke arah kumpulan orang yang merawat lelaki berambut panjang. Kedua-dua orang tersebut terus memaki hamun kumpulan yang sedang menhurungi si rambut panjang yang dipanggil PAK GURU.

Dua lelaki yang berdiri di hadapan kami segera beredar. Mereka bergabung dengan kawan kawan mereka yang sedang merawat ‘PAK GURU’. Setiap perkembangan yang terjadi, kami ikuti dengan penuh minat, penuh teliti. Secara mendadak sahaja kumpulan yang memanggil lelaki berambut panjang sebagai Pak Guru berpecah dua. Manakala pihak yang lagi satu berada di pihak lelaki dan wanita yang berusia 64 tahun. Sementara Pak Guru terbaring di tanah. Kedua-dua pihak tersebut saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

“Eh dari mana mereka datang?” Saya bersuara cemas, berbelas orang lelaki dan perempuan termasuk beberapa orang kanak-kanak muncul dari arah belakang surau. Kumpulan yang baru muncul itu bergabung dengan puak yang diketuai lelaki berbadan besar dan tegap.

Puak yang diterajui oleh lelaki dan wanita berusia 64 tahun mempunyai jumlah yang amat kecil, tidak lebih dari sepuluh orang. Mereka terus bertengkar dan bertengkar.

“Mereka datang dari mana Pak Habib”

Saya memberanikan diri bertanya.

“Tak tahu,” balas Pak Habib.
“Tak ada seorang pun yang Pak Habib kenal?

Pak Habib anggukkan kepala. Datuk segera menegur saya, kerana terlalu banyak mengajukan pertanyaan. Pada hemat datuk, perbuatan itu boleh mengganggu tumpuan perhatian Pak Habib dan datuk dalam mengawasi kumpulan yang bertelagah.

Dua kumpulan tersebut terus bertengkar hingga samai keperingkat yang teruk. Mereka mula mengeluarkan kata-kata kesat. Masing-masing mahu menghalalkan apa yang mereka lakukan adalah betul dan benar. Puncak dari maki hamun dan pertengkaran, mereka sudah bersedia untuk beradu kekuatan. Pak Guru yang terkapar tidak dipedulikan.

Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, Pak Habib mengajak kami  mendekati dua kumpulan yang sedang bertelagah. Memang mencemaskan bila Pak Habib berdiri ditengah-tengah dua kumpulan yang bergaduh. Kehadiran Pak Habib membuat dua kumpulan itu terkejut dan terdiam seketika.

Pada saat-saat berikutnya adalah saat yang penuh debar dan mencemaskan. Kedua-dua belah puak mahu memukul Pak Habib yang berada di tengah-tengah mereka. Meski pun keselamatannya terancam, Pak Habib masih bertenang. Secara tidak langsung menggambarkan kewibaan orang yang berhemah tinggi.

Sebelum meninggalkan kami, Pak Habib mengarahkan saya dan Tajuddin berada agak jauh dari kumpulan yang bertelagah. Datuk pula diarahkan supaya berada atau berdiri selari dengan Pak Habib di luar kumpulan terbabit. Tujuannya bila tercetus perkara yang tidak diingini mudah bagi saya dan Tajuddin mengawal dua kumpulan itu.

Datuk yang diarahkan sentiasa berada selari dimana Pak Habib berdiri, matlamatnya supaya mudah memecahkan benteng dua kumpulan untuk masuk ke tengah bagi menyelamatkan Pak Habib. Semuanya sudah diatur dan disusun dengan rapi.

“Hai dengar disini.”

Lantang suara Pak Habib. Hujung serbannya diraba dan dipulas berkali-kali dalam sinar matahari yang kian keras. Tindakan Pak Habib membuat dua kumpulan yang mahu menghukum dan mencederakannya tersentak dan terkejut. Tanpa arahan, dua kumpulan yang bertelagah undur dua tapak ke belakang. 

“Siapa yang terbaring ni?” Tanya Pak Habib.

“Dia anak kami,” jawab lelaki usia 64 tahun.

“Iya tuan, dia anak kami,” sahut wanita di sebelah lelaki usia 64.

DIALOG
  
Lelaki berbadan besar dan tegap bersama kumpulannya yang mendengar dialog antara Pak Habib dengan pasangan suami isteri segera geleng-gelengkan kepala. Terdengar suara memperlekehkan kehadiran Pak Habib.

Salah seorang dari anggota puak tersebut menerpa ke arah Pak Habib dan bersedia menghayun sebatang kayu ke sebelah kanan kepala Pak Habib.

“Jangan begitu, saya cuma bertanya,” lembut suara Pak Habib.

Secara mengejut kayu di tangan orang itu terlucut dan dia terus jatuh, bagaikan sendi lututnya lemah sekali. Tidak mampu menahan tubuhnya.

Orang itu merangkak perlahan-lahan menuju kearah Pak Guru yang terbaring. Semua anggota puak lelaki berbadan besar dan tegap tidak melakukan sesuatu. Meraka bagaikan terpukau dan tenggelam punca melihat kejadian yang berlaku di depan mata. Dalam saat mereka terpinga itu, Pak Habib menggunakan kesempatan itu dengan sebaik mungkin.

“Apa hubungan kamu dengan Pak Guru?”

Itu yang Pak Habib ajukan kepada lelaki berbadan besar dan tegap. Buat beberapa saat lelaki itu terdiam tunduk. Setelah beberapa saat berlalu baru dia angkat muka merenung kawan-kawannya minta bantuan.

Dengan menggunakan isyarat mata, kawan-kawannya memberi laluan untuk menjawab pertanyaan tersebut.

“Dia guru kami, dia banyak mengajar hukum agama pada kami, dia pandai mengubat semua jenis penyakit. Orangnya kebal tak lut senjata apa jenis pun. Boleh menentukan nasib kami, boleh berhubung dengan sahabat-sahabat nabi dan bertanya bila tarikh kami mati. Dia guru kami,” kata lelaki berbadan tegap.

“Hebatnya dia,” keluh Pak Habib.
“Pak Guru kami memang hebat, dia boleh mencari harta karun dan emas dalam tanah,” sambung lelaki berbadan besar dengan rasa bangga.

“Dia mengajr kamu rukun Islam dan Iman?” Tanya Pak habib lagi.

“Iya,”

“Apa yang diajarnya ?”

“Macam biasa, rukun Islam lima perkara.”

“Apa dia?”

“Pak Guru terima wahyu dari langit, mengucap dua kalimah syahadat tak perlu, memadai dengan selawat. Sembahyang hanya seminggu sekali, pada setiap hari Isnin,’ lelaki berbadan tegap berhenti sebentar.

Kerana dia kelihatan seperti keberatan mahu meneruskan percakapan Pak Habib terus mendesak.

“Lagi apa katanya ?”

“Puasa hanya sehari di bulan Ramadan, bukan sebulan. Puasa sebulan penuh tak betul. Anak muridnya boleh memilih mana-mana hari ntuk berpuasa sehari dalam bulan Ramadan.

“Macam mana dengan zakat?” Tanya Pak Habib.

“Zakat tak perlu, ke Makkah juga tak perlu, anak muridnya boleh menambil haji dengan keluar dari kampung sendiri, pergi ke mana-mana dalam jarak 100 batu selama sebulan, bila balik orang itu  sudah haji dan boleh pakai serban. Jadi kenapa kamu aniaya guru kami yang menunjukkan jalan yang betul.”

Pak Habib menarik nafas panjang. Kemudian meminta pada orang yang berbadan besar dan tegap menyuruh pengikutnya duduk atas tanah. Permintaan Pak Habib di penuhi. Pak Habib juga memberitahu mereka yang dia mahu menyoal pasangan suami isteri 64 tahun. Kumpulan atau puak lelaki berbadan besar mengizinkan, asalkan Pak Habib tidak membenarkan pasangan tersebut mengambil Pak Guru yang mengerang kesakitan. Pak Habib berjanji memenuhi permintaan mereka.






No comments:

Post a Comment