Tuesday, August 30, 2011

SIRI 140 LAWI AYAM PEMBELAH PERUT




Nyak Sulaiman bercakap dengan salah seorang daripada nelayan tersebut. Selesai bercakap, nelayan itu menghulur sampul surat berwarna kuning kepada Nyak Sulaiman. Mereka berdakapan dan bersalaman.

Enjin bot nelayan bergerak-gerak. Sinar matahari yang yang terik membuat kulitnya menjadi merah.

Pada hemat saya, waktu itu lebih kurang dua petang. Datuk terus menuju ke bilik air mengambil wuduk dan melakukan solat zuhur. Selesai menjalankan perintah datuk kembali duduk di ruang tamu. Nyak Sulaiman mendekatinya.

“Siapa orang tadi?” Tanya datuk.

“Saya tak tahu, tapi soal senjata api saya berurus dengan mereka. Mereka memberi upah kepada saya,” jawap Nyak Sulaiman sambil melangkah menuju ke arah anak buah. Saya terdengar suara Nyak Sulaiman menyuruh anak buahnya menyiapkan makan tengah hari. Nyak Sulaiman kembali manemui saya dan datuk.

“Apa yang awak tengok tadi,  itulah kerja terakhir saya dengan RIA,” Nyak Sulaiman menyambung kembali ceriat yang terputus.

“Maksud kamu?” Soal datuk.

“Esok dan sampai bila-bila saya tak akan libatkan diri dengan perjuangan RIA, bot ini nak saya gunakan bawa penumpang berulang alik dari Belawan ke Pulau Pinang, Dumai ke Melaka, dari Lhok Senawi ke Lumut atau Bagan Datoh. Ramai orang Deli, Acheh, Riau berniaga dan berkampung laman di Semenanjung. Saya nak jadi saudagar, saya dah jemu berjuang,” Nyak Sulaiman meluahkan apa yang tersirat dalam dadanya.  

Datuk tersenyum. Dua tiga kali bahu Nyak Sulaiman ditepuknya.

“Bagus, otak pedagang memang memikirkan untung walaupun terpaksa jadi tukang seludup senjata untuk membunuh orang,” ungkap datuk dengan diakhiri ketawa kecil. Nyak Sulaiman mengaru-garu pangkal dagunya beberapa kali.

“Apa yang awak katakan itu memang benar. Ini kenyataan, saya tak nafikan,” pengakuan jujur dari Nyak Sulaiman.

“Bagus, sekarang bukan masanya bergaduh sama sendiri, kamu mesti ikut Nakhoda Tongkang,” datuk memberi semangat kepada Nyak Sulaiman.

“Iya, sudah tentu,” sahutnya dengan sinar mata yang bercahaya.

“Sudah siap,” anak buah Nyak Sulaiman yang diarahkan menyediakan makan tengah hari muncul tiba-tiba di depan kami. Dengan serta merta Nyak Sulaiman bangun.

“Mahu dibawa ke sini atau makan di bahagian dapur,” sambung anak buah Nyak Sulaiman dengan senyum.

“Di dapur saja.” Secara mendadak bersuara.

“Saya setuju dengan cadangan itu,” sahut Nyak Sulaiman. Saya dan datuk segera bangun.

Kami melangkah ke bilik dapur. Di situ adalah bangku yang dibuat dari peti susu. Ada meja keil untuk hidangan. Keadaan biliknya cukup sempit. Bagi mengatasai gangguan waktu makan, periuk nasi, gulai, ikan bakar, ulam malah lesung batu penumbuk sambal diletakkan atas meja.

“Ikan bakar ni, ikan yang baru dipancing dari laut,” tutur Nyak Sulaiman, “ikan ari laut ni terasa manisnya,” tambah Nyak Sulaiman lagi. Saya dan datuk angguk-angguk kepala.

“Orang kamu makan di mana?” Tanya datuk.

“Usah fikirkan mereka, bila lapar tahulah dia masak makan untuk perut mereka,” jawap Nyak Sulaiman selamba.

Memang tidak dapat saya nafikan makan di tengah laut amat menyelerakan. Dua tiga kali saya tambah nasi. Dua ekor ikan bakar saya lanyak dengan sepuas-puasnya. Walaupun begitu selera sekali saya makan tetapi, datuk tetap makan seperti biasa. Tidak tambah nasi dan tidak tambah lauk. Kalau nasi di pinggan untuk enam suap, habis enam suap dia terus berhenti.  

Lepas makan saya segera keluar bilik dapur terus menuju ke ruang tamu. Beberapa minit kemudian Nyak Sulaiman  menyuruh anak buahnya angkat sauh.


BERGERAK

Bot kembali bergerak di perairan Selat Melaka. Beberpa jam berlayar, saya mendapat tahu bot yang saya naiki sudah masuk zon antarabangsa. Dalam tempoh sejam dua lagi, bot itu akan memasuki kawasan perairan Sumatera. Mungkin kerana terlalu kenyang saya terus terlelap.

Bila saya terjaga, datuk sudahpun menunaikan sembahyang Asar. Bot juga sudah berhenti bergerak, saya segera menemui salah seorang anak buah Nyak Sulaiman yang sedang asyik memancing ikan di bahagian hujung bot.

“Kenapa labuhkan sauh.” Tanya saya.

“Itu perintah,” jawap anak buah Nyak Sulaiman yang bernama Agus. Batang pancingnya, seekor ikan merah terdampar atas bot. Begitu cepat Agus memisahkan mata pancing dari mulut ikan merah lalu ditaruh kedalam raga khas.

“Untuk makan malam, kalau kita lambat rapat ke pantai, malam ini, kita tangkap ikan lagi,” dengan senyum Agus bersuara. Saya juihkan bibir ke depan , tidak berminat apa yang disebut oleh Agus.

Saya segera ke bahagian ruang tamu, saya lihat datuk sedang bercakap-cakap dengan Nyak Sulaiman.

“Kita ni di mana?” saya terdengar datuk mengajukan soalan kepada Nyak Sulaiman.

“Kita berada dikawasan Laut Sumatera.”

“Kenapa takrapat terus ketepi,” datuk mendesak.

“Biar agak jauh malamkita rapat ke pantai,”

“Sebabnya?”

“Tak payahlah awak tahu sebabnya,” Nyak Sulaiman menepuk bahu datuk. Dan datuk tidak mengajukan sebarang pertanyaan. Malah, sabar menanti waktu yang akan dipilih oleh Nyak Sulaiman untuk rapat ke pantai Sumatera.

“Lebih kurang pukul sebelas malam, enjin bot pun dihidupkan. Sauh segera diangkat. Nyak Sulaiman segera memberi arahan kepada anak buah supaya memastikan laluan bot menuju ke pantai. Disamping itu, Nyak Sulaiman  juga mengingatkan anak buahnya berusaha dengan sedaya upaya menjauhi sebarang bot. Anak buahnya akur dengan arahan.

Di saat bot kian mendekati pantai, tiba-tiba secara kilat muncul sebuah bot laju memintas perjalanan bot yang kami naiki. Belum pun sempat anak buah Nyak Sulaiman mengubah haluan bot, beberapa orang dari bot laju melompat ke atas bot milik Nyak Sulaiman.

“Kita dalam bahaya, jangan menyerah,” suara Nyak Sulaiman lantang. Bot laju itu seolah-olah memaksa bot yang kami naik menuju ke sebuah pulau di depan.

Walaupun demikian, pemandu bot Nyak Sulaiman tidak mudah ditundukkan. Dengan sedaya upaya dia melawan, saling tunda-menunda. Masing-masing tidak mahu mengalah.

Lagi sekali saya diamuk keresahan dan ketakutan. Andainya terjadi sesuatu yang buruk, sukar untuk saya dan datuk menyelamatkan diri. Kami dikelilingi oleh Selat Melaka. Dalam keadaan yang tidak tenteram itu, Nyak Sulaiman mengajak saya dan datu keluar dari bilik tamu.

“Kalau kita berada di bahagian atas, senang kita bertindak,” mendengar cakap Nyak Sulaiman itu hati saya terus berdebar. Apakah dia mnyuruh datuk dan saya terjun ke laut dan kemudian berenang dalam gelap mencari pantai. Saya dongak ke langit, mata saya mencakup awan dan bintang yang bertaburan, saya renung ke bawah, hanya ombaklaut alunberalun.


BEDIRI

Dua orang lelaki berdiri di depan kami, dari sinar lampu yang agak gelap, saya lihat kedua-dua lelaki itu berbadan tegap dan tinggi. Wajah dan kepala di sarung dengan kain hitam kecuali bahagian mata.

“Siapa mereka?” Tanya datuk.

“Lanun pulau,” jawap Nyak Sulaiman.

“Kita dalam bahaya,” kata datuk lagi.

“Iya, ita cuma ada pilihan samada melawan atau menyerah.”

“Selalu kamu menghadapi masalah macam ni?”

“Belum, biasanya kami dapat melarikan diri,” suara Nyak Sulaiman terketar-ketar. Datu menggigit bibir.

Dua leleki yang memakai sarung kepala dekat kepada kami. Salah seorang menghalakan muncung pistol ke arah  Nyak Sulaiman, manakala seorang lagi mengangkat parang panjang seperti mahu memancung kepala saya dan datuk.

“Serahkan semua barang-barang yang ada dalam bot ini kepada kami, kalau menentang, kamu semua kami bunuh,” tutur salah seorang lelaki itu.

“Kami tak ada barang berharga,” jawap Nyak Sulaiman.

“Kalau begitu, serahkan jam tangan, cincin dan makanan yang ada dalam bot.” sambung lanun pulau.

Nyak Sulaiman pandang wajah datuk. Bot yang tadi bergerak laju, saling himpit-menghimpit terus berhenti. Beberapa orang lanun yang berada di bot mereka terus melompat keatas bot Nyak Sulaiman. Mereka mengelilingi kami.

“Kami nak rampas bot awak, sekarang awak semua mesti terjun ke laut, pandai-pandailah selamatkan diri sendiri,”  tutur lelaki yang memakai sarung kepala warna hijau.

“Tak patutlah buat begitu kepada kami, kalau awak mahu rampas bot ni, hantarkan kami ke pantai Tanah Melayu atau Sumatera, setidak-tidaknya ke pulau,” Nyak Sulaiman merayu.

Lelaki itu tersenyum. Beberapa orang anak buah Nyak Sulaiman yang baru ditangkap, segera disatukan dengan kumpulan kami. Saya kira lelaki bersarung kepala hijau itu ialah ketua lanun, sebabnya saya berkata begitu kerana dialah orang yang paling akhir melompat keatas bot Nyak Sulaiman. Cakap-cakapnya dipatuhi oleh orang-orangnya.

“Tadi janji nak rampas jam tangan, cincin dan makanan bukan nak rampas bot,” datuk bersuara.

“Itu bukan cakap aku, Aku ketua, kamu mesti ikut cakap aku,” lelaki bersarung kepala hijau terus bersuara. Dia memerintah anak buahnya menyelongkar isi perut bot. Dengan mendadak ketua lanun itu menolak bahu kanan datuk. Kerana datuk tidak melawan dia terus merampas jam tangan Nyak Sulaiman. Dia datang kepada datuk semula, badan datuk dirabanya. Datuk sudah berusaha supaya dia tidak menyentuh tali pinggang. Dia bagaikan tahu yang datuk tidak suka dia menyentuh tali pinggang tersebut.

“Saya mahu ini, katanya.

“Ini tali pinggang pesaka,” datuk berdalih.

“Jadi awak tak mahu serahkan pada saya.”

“Bukan tak mahu serah, lain kali saya serahkan pada awak.”

“Kurang ajar ,” jerit ketua lanun lalu melepaskan penampar ke muka datuk. Saya lihat datu tertiarap atas lantai bot. Bila ketua lanun itu mahu menendang datuk, Nyak Sulaiman segera menghalang. Ketua lanun berpusing ke arah Nyak Sulaiman. Nyak Sulaiman terlentang atas lantai bot. Bibirnya pecah dan berdarah.

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, saya segera mencari tempat persembunyian, tetapi usaha saya tidak berjaya. Ketua lanun menyambar tangan kanan saya lalu dikilaskan ke belakang. Saya terus menjerit kesakitan.

“Diam, kalau kamu menjerit aku campak kamu ke laut,” ketua lanun jegilkan mata ke arah saya. Rasa cemas mula menguasai hati, tetapi saya cuba dengan sedaya upaya bersikap tenang dengan mendiamkan diri. Semoga tindakan saya itu melembutkan hati ketua lanun, mudah-mudahan dia akan melepaskan tangan saya yang dipulasnya.

Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Tangan saya terus dipulas. Sakitnya tidak dapat saya gambarkan. Saya mengerang kesakitan danketua lanun terus ketawa kecil.

Dengan keadaan serba tidak kena itu, sasya terus berfikir dan merancang sesuatu untuk melepaskan tangan dari genggaman ketua lanun.


TEKAN

Tiba-tiba secara tidak disangka-sangka, ketua lanun menekan muka saya ke pangkal pehanya. Bau hapak dari seluarnya emmbuat saya terasa mahu muntah pada saat itu juga timbul dalam fikiran saya untuk melakukan sesuatu.  Dengan serta merta saya bertindak, daging pehanya yang dibalut dengan seluar terus saya gigit denga sekuat hati.

“Aduuuhhh!!!” Jerit ketua lanun.

Serentak dengan itu dia melepaskan penampar kencang ke muka, saya terus jatuh atas lantai bot. Kulit muka saya terasa pedih. Pandangan saya berpinar-pinar, bintang di langit kelihatan sekejap besar, sekejap kecil.

Malam yang sememangnya sudah gelap menjadi hitam pekat. Deru ombak sudah tidak begitu jelas kedengaran. Dalam beberapa saat, terasa tubuh menjadi kecil dan terumbang ambing di awang-awangan. Dan seterusnya saya tidak ingat apa yang terjadi.

Bila saya dapat menggerakkan tangan dan membuka mata, saya dapati diri saya berada di celah kangkang ketua lanun. Manakala Nyak Sulaiman sudah pun berdiri sambil mengesat darah di bibir. Datuk duduk mencangkung dengan sepasang mata nerenung ke arah saya.

“Kau tak apa-apa Tamar?” Tanya datuk.

“Eeerrr…,” saya tidak dapat meneruskan percakapan. Kedua belah rahang saya terasa sakit.

“Bertenang Tamar, masanya belum sampai.”

“Saya cuba tuk, tapi mulut saya sakit tuk,” saya terus mengadu dalam keadaan yang serba mencemaskan itu. Rasa sakit itu membuatkan air mata saya mengalir di pipi.

Melihat keadaan yang serba payah itu, timbul rasa belas di hati datuk. Dia tidak rela melihat saya diseksa begitu. Dengan memberanikan diri datuk terus berkata.

“Lepaskan cucu saya.”

“Lepaskan cucu awak? Iya, sekarang saya lepaskan. Ambillah dia di celah kangkang saya ni.”

Mendengar kata-kata ketua lanun itu, terbayang kegembiraan di wajah datuk. Tanpa membuang masa, datuk renung Nyak Sulaiman. Saya lihat Nyak Sulaiman genyitkan mata seolah-olah menuruh datuk supaya mengikuti arahan ketua lanun.

“Lepaska cucu saya,” rayu datuk

“Ambillah, saya tak halang.”

Setelah meyakini yang ketua lanun itu tidak akan memperdayakan dirinya, datuk pun menginsut perlahan-lahan sambil berusaha supaya salah satu anggota tubuhnya masuk ke dalam kangkang ketua lanun itu. Kerana menyedari apa yang datuk inginkan, saya pun hulurkan tangan kepadanya.

Di saat telapak tangan saya hampir bertemu dengan telapak tangan datuk, ketua lanun angkat kaki kiri lalu melepaskan tendangan ke arah datuk. Dengan cepat datuk mengelak dan tendangan itu hinggap ke peti kosong di kanan datuk.  

Ketua lanun naik darah dia segera mencapai sebatang kayu bulat panjang. Dengan sepenuh tenaga dia menghayun kayu itu ke arah datuk. Macam tadi juga, datuk dapat mengelak dan saya pula berjaya keluar dari bawah kangkang ketua lanun dengan cara merangkak. Saya segera menggolekkan diri hingga sampai di sisi Nyak Sulaiman.

Ketua lanun terus melakukan serangan dengan berbagai-bagai cara terhadap datuk. Saya lihat datuk lebih banyak bertahan dan mengelak dari melakukan serangan kepada ketua lanun. Kesimpulannya, datuk tidak mahu mencetuskan perkelahian. Dia mau berdamai dan kekeruhan yang terjadi mahu diatasi dengan cara yang paling baik.

Ternyata harapan datuk tidak difahami oleh ketua lanun yang sedang berang itu. Dia mahu memperlihatkan kekuatan dan kemampuannya. Dia seolah-olah mahu memberitahu datuk yang dirinya tidak dapat ditewaskan oleh sesiapapun. Laut itu adalah kawasan takluknya, siapa yang berani menentang akan kecewa juga akhirnya.


TEMBAK

Setelah puas mengelak dan bersabar, akhirnya datuk mengambil keputusan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Tembak dia!”

Tiba-tiba saja ketua lanun mengeluarkan arahan kepada anak buahnya. Lima muncung pistol menghala ke arah batang tubuh datuk. Tembakan itu berterusan hingga peluru kehabisan.

Anak buah ketua lanun bagaikan terpukau bila melihat tubuh datuk tidak menghadapi sebarang kecederaan. Mereka pun menjauhkan diri dari datuk, masing-masing mencari tempat perlindungan. Mereka mengira datuk akan bertindak.

Ternyata datuk tidak bertindak. Ini membuat anak buah ketua lanun bertambah bingung. Ketua lanun keluarkan pistol lalu mendekati datuk sambil menghalakan muncung pistol ke arah dahi datuk. Sebelumketua lanun menarik picu pistol, datuk segera menghentakkan tumit kaki kanannya ke lantai bot, serentak dengan itu pistol terlucut dari tangan ketua lanun. Jatuh atas lantai lalu meletup sendiri.

Ketua lanun mencabut pedang dari sarung lalu melepaskan tetakan kencang ke arah datuk. Tetakan itu tepat mengenai bahu kanan datuk, tetapi tidak meninggalkan sebarang kesan. Malah pedang yang digunakan terus bengkok dan matanya sumbing.

Melihat keadaan yang luar biasa itu, anak buah ketua lanun segera melarikan diri dengan melompat ke atas bot mereka. Ketua lanun yang terdesak itu mula mencari helah untuk menuruti jejak langkah anak buahnya. Datuk segera memintas dan merapatinya. Datuk pegang leher baju ketua lanun.

“Mahu kemana kamu, tak ada gunanya mengambil harta orang lain untuk dijadikan hak sendiri, awak baliklah dan bertaubat, jangan buat kerja tak senonoh ni,” tutur datuk.

“Kurang ajar, siapa awak nak mengajar saya,” sahut ketua lanun, lalu menepis tangan datuk yang memegang leher bajunya. Pegangan datuk terlucut dan ketua lanun melepaskan penumbuk. Datuk dapat mengelak.

Pada saat itu juga terdengar bunyi jentera kapal lanun dihidupkan. Nyak Sulaiman segera bertindak dengan membelitkan tali botnya kebahagian depat bot lanun. Melihat keadaan sudah terdesak, anak buah ketua lanun  segera mematikan jentera bot mereka lalu melompat kembali ke atas bot Nyak Sulaiman, anehnya, mereka seperti tergamam bila berdepan dengan Nyak Sulaiman, mereka terus mencampakkan senjata ke atas lantai bot.

PETI

Demi untuk menyelamatkan diri, saya terus menyorok di balik peti sambil mengintai tindak-tanduk selanjut antara datuk dengan ketua lanun. Saya lihat ketua lanun cukup geram dengan karenah datuk itu.

“Hei, sial laknat, kenapa diam, tangkap manusia babi ni,” ketua lanun mengeluarkan arahan. Seperti kilat anak buahnya yang tergaman tadi mengambil senjata (parang panjang) atas lantai lalu bergerak ke arah datuk.

Mereka mengelilingi datuk. Dengan tenang datuk menghadapi semuanya, dia memperkemaskan langkah dan duduk.

“Kurang ajar.”

Ketua lanun membuka silat dngan sebilah lawi ayam. Dia menerkam ke arah datuk macam harimau lapar, serentak dengan itu anak buahnya melangkah mendekati datuk sambil menghalakan mata parang ke tubuh datuk. Saya cemas.

“Sedia,” suara ketua lanun datang. Dia terus melompat tinggi dengan perancangan yang teliti untuk jatuh atas badan datuk dengan hujung mata lawi ayam menggaris dari dada hingga ke perut datuk. Dengan berbuat demikian perut datuk akan terbelah dan segala isi perut datuk akan atas perut bot.

Tetapi, semua gerakkan ketua lanun itu dapat datuk baca kerana itu di saat ketua lanun itu melompat, datuk sudah mengatur strategi yang berkesan. Dia merendahkan badannya, di saat tubuhnya mahu dihempap oleh ketua lanun, datuk segera bangun lalu menyambar tangan kiri ketua lanun yang tidak bersenjata. Tangan kiri itu dikilas sekuat hati hingga lawi ayam yang berada di tangan kanan terlucut. Pada saat itu juga datuk memusingkan tubuh ketua lanun lalu menjulang ke atas dengan kedua belah tangannya.

“Kamu yang mencari musuh,” kata datuk lalu memusingkan tubuh ketua lanun yang besar dan tegap itu sebanyak tiga kali. Kemudian batang tubuh ketua lanun dihumban ke laut. Ternganga mulut Nyak Sulaiman melihat kejadian yang tidak pernah difikirkannya berlaku di depan mata. Sayup-sayup terdengar suara ketua lanun memaki hamun datuk dari permukaan laut. Dia terpaksa berenang untuk mengimbangi badannya agar jangan tenggelam ke dasar laut.

“Siapa lagi.”

Datuk terus menatap biji mata anak ketualanun yang mengelilingi. Semuanya terdiam, ada diantara menjeling ke arah laut yang nampak sekata dengan gelap malam.

“Siapa lagi, sila rapat.”

Datuk pun merendahkan tubuhnya lalu membuka silat sambil mengambil pedang ketua lanun yang terdampar atas lantai bot. Melihat datuk berbuat demikian, dua orang dari mereka undur  tiga tapak ke belakang, kemudian menjerit lantas terjun ke laut.

Tiga orang yang masih tinggal, tetapi kelihatan tenang dan cuba mahu menentang datuk. Mereka berpandangan sama sendiri dan saling mengenyitkan mata. Salah seorang dari mereka yang wajahnya seperti orang Arab, bertubuh tinggi tetapi kulitnya hitam dengan misai dan jambang yang lebat maju setapak ke arah datuk.

Bagaikan kilat dia mengeluarkan ekor  pari dari dalam bajunya lalu melibaskan ke arah datuk. Libasan pertama membelit tubuh datuk hingga meninggalkan kesan bintit-bintit merah di pipi dan bahu, baju datuk terus koyak. Datuk tidak pula jatuh atau mengalami sebarang rasa kesakitan. Dia tetap seperti tadi, masih mengatur langkah silat untuk mempertahankan diri dari sebarang kemungkinan. 


Monday, August 29, 2011

SIRI 139 SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG



Sebaik saja mendengar kata-kata datuk itu, terpamer senyum di wajah anak muda. Dengan ramah dia menepuk bahu datuk dan saya berkali-kali. Kepuasan dan ketenangan dapat saya rasa dari gerak-gerinya.

“Kenapa kamu tak ikut jalan darat? Kenapa kamu pilih jalan laut? ” Datuk mengulangi pertanyaan yang tidak berjawap.

“Nanti saya ceritakan, beri saya masa untuk menghisap rokok,” anak muda itu memberi jawapan. Datuk angguk kepala,  lalu memenuhi permintaannya.

Dengan tergesa-gesa anak muda mengeluarkan sekotak rokok dari saku seluar. Dicabutnya sebatang, setelah diapit ke bibir dan dipasang api dia menyedutnya dalam-dalam. Asap rokok di hembusnya perlahan-lahan.

 “Maafkan saya, biar saya habiskan sebatang rokok ni dulu,” katanya lalu duduk  di bahagian pangkal akar pokok besar yang condong ke laut. Bau asap rokok keretek yang kurang menyenangkan itu terus menyumbat lubang hidung. Akhirnya, anak muda menghabiskan sebatang rokok.

“Panjang ceritanya kenapa saya ikut laut,” anak muda itu memulakan cerita, pada masa itu kaki langit kian cerah, matahari sudah pun mengembangkan sayapnya, kabus nipis sudah berkurangan.

“Lain yang dirancang, lain pula jadi. Mula-mula disuruh ikut jalan darat, bila semua persiapan dibuat, disuruh ikut jalan laut, akibatnya saya lambat jumpa tuan,”lanjut anak muda itu dengan wajah yang serius.

“Tak mengapa, mungkin ada sebab tertentu yang bapa saudara kamu suruh buat macam tu, soalnya sekarang, kamu sudah pun menjalankan tugasnya.”

“Saya faham tuan” 

“Usah bertuan dengan aku, umur kamu dengan cucu aku, bezanya tidak jauh. Kamu muda antara lapan hingga sepuluh tahun saja,” datuk memberi saranan kepadanya, Anak muda itu anggukkan kepala setuju dengan saranan itu.

“Sudah bercakap begini lama, kamu tak perkenalkan diri kamu pada aku?” Dalam senyum datuk bersuara.

“Oh ya, nama saya Nyak Abdul Jabar, orang panggil Nyakbar saja.”

“Kalau begitu aku panggil kamu Nyakbar juga, apa macam kamu setuju?”

“Tentulah setuju,” anak muda anggukkan kepala, “ kata bapa saudara saya, pak cik bukan sebarang orang,” sambungnya.

“Ah, kamu jangan dengar sangat cakap bapa saudara kamu tu,” tingkah datuk. Mereka terus ketawa dan saya tumpang tersenyum.

Abdul Jabar dan datuk merenung ke arah laut, sinar matahari mula meninggi, kicau burung agak berkurangan. Saya kira dalam tempoh setengah jam lagi, seluruh alam akan terang-benderang.

“Mari kita pergi pak cik, dalam perahu nanti saya cerita kisah sebenar kenapa saya tak ikut jalan darat.”

“Silakan, pak cik hanya mengikut saja, pokoknya pak cik mesti berada ditempat yang dijanjikan sebelum pukul lapan pagi.”

“Saya faham, pak cik.”

Abdul Jabar memulakan langkah menuju ke perahu, lalu diikuti oleh datuk dan saya. Kami bertiga menolak perahu kecil ke dalam air. Bila perahu sudah berada di air, saya disuruh naik dulu. Disuruh duduk diam-diam di situ sambil mengimbangi tubuh mengikut rentak gelombang air laut.

Beberapa minit kemudian, datuk mula naik. Duduk di hujung perahu. Abdul Jabar menolak perahu supaya lajak agak jauh di tengah, masa perahu itu bergerak dia melompat ke dalam perahu. Dia duduk di pangkal perahu dengan dayung di tangan. Saya tidak sedar, bila masa dia mengenakan terendak kepalanya.


BELAKANG

Perahu yang didayung terus melawan ombak, terumbang ambing. Tubuh saya juga turut bergerak, tersengguk ke depan, tersengguk ke belakang.

“Kalau dengan perahu ini kita ke Sumatera, alamat kita mati kering, Entah-entah kita bertiga masuk perut ikan Yu,” saya luah rasa bimbang kepada datuk. Datuk Cuma tersenyum tetapi, Abdul jabar ketawa besar.

“Kita tak akan mati, ada orang bergayut pada papan sekeping di laut boleh hidup,” Abdul Jabar memberi komen. Saya terus gigit bibir.

Abduk Jabar terus mendayung perahu. Pancaran matahari kian terasa, beberapa bahagian tubuh saya mula diruapi peluh halus. Ombak terus mengalun menatang buih menuju pantai. Perut mula terasa perit dan saya terus sendawa beberapa kali. Kepala terasa berat dan rasa mahu muntah tidak dapat ditahan-tahan lagi.

Melihat wajah saya pucat dan tidak bermaya, datuk segera meletakkan tangannya ke batang  leher saya., Jari-jemarinya segera bergerak mencari urat lalu memicitnya. Lebih kurang lima minit datuk memicit batang leher saya, jari-jemarinya terus beralih ke tapak kaki saya. Di situ juga datuk mencari urat dan memicitnya.

Rasa pedih perut, mau muntah dan sakit kepala segera hilang.  Dua tiga kali kentut. Abdul Jabar terus ketawakan saya. Muka dan badan saya berpeluh dengan banyaknya, saya kembali bertenaga. Pada saat itu juga saya menyedari yang Abdul Jabar tidak mendayung ke arah tengah laut tetapi menyusur pantai arah ke selatan.

“Kalau nak naik tongkang kena dayung ke tengah laut Nyakbar, kenapa kamu dayung menyusur pantai, agaknya kamu tersilap atau terlupa,” belum pun sempat saya berkata apa-apa, datuk sudah pun meluahkan teguran untuk Abdul Jabar.

“Saya tak  lupa pak cik, saya tak silap. Sengaja saya buat macam ni.”

“Sengaja kamu buat?” Datuk jegilkan biji mata.

“Iya,” sahut Abduljabar penuh yakin.

Saya lihat datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Dia termenung panjang macam memikirkan sesuatu. Mungkin dia merasakan dirinya sudah dipermainkan atau ditipu oleh nakhoda tongkang dari Aceh.

“Inilah rahsianya saya mahu bagi tahu pak cik,” kata anak muda itu sambil memegang pendayung dengan kemas.

“Rahsia apa Nyakbar.”

“Rahsia janji yang tak sama pak cik.”

“Aku tak faham dengan cakap kamu Nyakbar.”

“Mudah aje pak cik, bapa saudara saya janji dengan pak cik naik tongkang, nampaknya janji tu dah bertukar.”

“Kenapa jadi begitu Nyakbar?” Tanya datuk agak gugup. Matanya tetap terpaku ke wajah Abdul jabar yang mengunakan sepenuh tenaga untuk mendayung perahu.

“Tongkang bapa saudara tak jadi pergi ke Belawan, dia suruh saya bawa pak cik ke satu tempat…..”

“Kemana?” Datuk segera memotong cakap Abdul Jabar.

Saya dipesan ole bapa saudara saya supaya jangan memberitahu nama tempat tersebut, kecuali bila sudah sampai.”

“Agaknya nak dihantar ke tempat lanun,” tingkah saya.

“Boleh jadi tempat lanun, boleh juga jadi tempat orang penyeludup barang,” sahut Abdul Jabar.

“Kalau aku dan cucu aku selamat, aku tak kisah, kalau dalam bahaya kamu teruk aku kerjakan Nyakbar,” suara datuk keras, wajahnya nampak garang sekali.

“Rasanya, tidak sampai ke situ pak cik,” dengan tenang Abdul Jabar bersuara. Seluruh badannya basah dengan peluh.

“Aku juga fikir begitu,” datuk anggukkan kepala.

Perahu terus meredah ombak, sinar matahari makin garang. Kulit muka saya mula terasa pedih tetapi tubuh terasa segar disentuh bayu laut. Dari jauh kelihatan berbalam sebuah tanjung, juga kelihatan kepulan asap.

“Itulah tempat yang kita nak tuju, pak cik”

“Hum, kalau tak silap aku, itu Tanjung Keluang, tak jauh dengan Kuala Panchor,” kata datuk sambil mengkedutkan dahi, matanya kelihatan mengecil merenung tajam ke arah tanah yang terjulur ke permukaan laut.


TANJUNG

Akhirnya, kami sampai ke pengkalan kecil Tanjung Keluang, terdapat beberapa buah perahu nelayan. Kerana datuk pernah datang ke situ dia dapat menceritakan kepada Abdul Jabar serba sedikit tentang tempat tersebut, menurut datuk kira sepuluh keluarga tinggal di situ, kebanyakannya berasal dari seberang (Sumatera). Mereka datang ke Tanjung Keluang sebelum perang dunia kedua.

Di situ terdapat sebuah surau dan sebuah balairaya. Pada masa itu tidak ada kemudahan asas di tempat tersebut. Bagi mendapatkan air mereka menggali perigi.

Waktu malam mereka menggunakan lampu minyak tanah. Anak-anak mereka bersekolah di Kampung Panchor. Apa yang menariknya setiap rumah mempunyai radio yang menggunakan bateri kering.

Mata pencarian mereka ialah ke laut atau menjadi buruh kepada beberapa buah syarikat nelayan di Bagan Panchor. Ada juga yang menjadi peniaga di Pantai Remis, Sungai Batu dan Tuntung.

“Kalau begitu nampaknya, pak cik banyak tahu tempat ini,” dari nada suara Abdul Jabar terus mengikat perahu di pengkalan.

“Serba sedikit pak cik tahu,  bukan semua,” datuk tatap wajah Abdul Jabar, mereka berbalas senyum.

“Di zaman Belanda jadi raja di Sumatera, tempat ini jadi tempat perlindungan orang dari Aceh, Jambi, Palembang, Deli dan Serdang, mereka ke mari melarikan diri dari ditangkap askar Belanda,” datuk lanjutkan cerita.

Saya dan datuk mengikut langkah Abdul jabar menuju ke arah sebuah bot usang yang letaknya agak terpencil dengan bot-bot lain, sambil berjalan saya terus mengawasi keadaan sekeliling.

“Pak cik,” Abdul Jabar berhenti melangkah, “ orang itu yang akan menguruskan pelayaran pak cik,” sambung Abdul Jabar sambil telunjuknya menuding ke arah seorang lelaki yang memakai baju dan seluar ala tentera, orangitu menyandarkan tubuh ke batang kelapa sambil menghisap rokok dengan tenang.

Melihat kedatang kami, lelaki itu bergegas menuju ke arah pelantar kecil yang dibuat dari pelepah kelapa. Tetapi, empat tiangnyadai batang jambu batu. Tingginya kira-kira dua kaki dari permukaan bumi.

Lelaki itu duduk di pelantar dan cuba melindungi mukanya dari dilihat oleh datuk dengan merenung ke arah rimbunan pepokok renek di sebelah kiri pelantar, asap rokok yang diluah berkepul di udara.

“Assalamualaikum…” datuk memberi salam mendahului Abdul Jabar. 

“Mualaik….,” lelaki berpalingke arah datuk. Dengan serta merta dia bangun.

Matanya tidak berkelip merenung datuk denagn wajah yang serius. Lagaknya seperti berhadapan dengan musuh. Saya jadi cemas lalu memandang ke arah Abdul Jabar, saya lihat Abdul Jabar juga resah seperti saya. Keselamatan datuk dan saya dalam bahaya.

“Hai kawan,  kiata berjum juga,” lelaki itu menjerit dengan lantang. Dia menerkam dan memeluk datuk, sudah tentunya perbuatannya itu amat mengejutkan diri ssaya. Datuk saya lihat terpampan.

“Ingat saya?”
Dia mengajak datuk duduk di pelantar.

“Ingat tak saya?” Ulang lelaki yang berkulit hitam, bentuk muka nya bujur sirih. Datuk segera kerutkan dahi dan kening untuk mengingati sesuatu. Perasaan saya terus berdebar, macam mana dia boleh kenal dengan datuk? Agaknya dia salah orang.

Dengan ekor mata saya jeling lelaki itu, ternyata dia resah selagi datuk tidak memberi jawapan. Dia luruskan kaki kanan dan menyeluk saku seluar mengeluarkan pistol jenis browning lalu diletakkan atas lantai pelantar. Datuk masihlagi kerutkan dahi dan kening. Sepasang kaki saya terasa lenguh, saya segera duduk di batang kelapa. Abdul Jabar juga turut duduk sama.


HITAM  

Lelaki berkulit hitam manis dalam usia 45-50 itutersu mencapai pistol. Muncung pistol dihalakan ke arah kepala datuk, sementara jari telunjuknya ke arah kepala datuk, sementara jari telunjuknya terus bergerak di sekitar picu pistol. Darah saya berderau, nyawa datuk dalam bahaya. Andainya jari telunjukitu tertarik picu, pasti muncung pistol meluahkan peluru segar ke arah kepala datuk. Darah bersemburan dan datuk jatuh tergolek atas pelantar menjadi mayat.

Anehnya, datuk tetap tenang menghadapi suasana yang begitu mendebarkan hati saya, mungkin juga hati Abdul Jabar.

“Awak tak ingat saya?” ulang lelaki itu lagi.

Muncung pistolnya tidak juga berubah dari sasarannya. Abdul jabar tunduk merenung pasir. Barangkali dia mengawal perasaan cemas yang berkocak di dadanya.
“Iya, saya ingat sekarang,” suara datuk bergetar.

“Apa yang awak ingat tentang saya.?”

“Saudaralah yang menerima wang derma yang saya kumpulkan untuk membantu orang-orang di Tanah Acheh melawan Belanda,” tambah datuk. Ada senyum terpamer di wajah lelaki berkulit hitam, hanya untuk seketika.

“Betul, saudara masih ingatkan saya,” kata lelaki dalam nada suara yang lemah. Keriangan di wajahnya segera bertukar menjadi muram, “ tetapi awak tidak mahu membantu saya , bila saya menjadi pengikut Wood Barueh menentang Sukarno,” sambungnya dengan rasa hampa yang amat sangat.

Perlahan-lahan dia menghalakan muncung pistolnya kearah tandan buah kelapa gading. Dia menarik picu pistol dan bunyi tembakan bergema, serentak dengan itu juga dua biji kelapa muda jatuh ke bumi.

“Kamu menyimpan dendam kerana aku tidak menolong kamu?”

“Dendam-mendendam bukan amalan hidup saya. Sama ada awak mahu menolong atau tidak, itu hak awak.” Jawap lelaki itu lalu memasukkan pistol ke saku seluar kuningnya.

Saya dan Abdul Jabar segera mendekati datuk dan lelaki berwajah bujur sirih.

“Nama kamu Nyak Sulaiman?” Tanya datuk. Lelaki itu anggukan kepala.

“Sudah kenal, tak perlulah saya perkenalkan,” celah Abdul Jabar bersama senyum riang.

“Iya Jabar, ayah saudara kamu menyuruh kamu membawa lelaki ke sini,” Nyak Sulaiman menatap wajah Abdul Jabar.

“Iya,” angguk Abdul jabar.

“Kamu tahu yang bapa saudara kamu menyuruh aku membawa orang ini ke Sumatera?”

“Itu saya tak tahu.”

“Sekarang kamu sudah tahu, kalau begitu eloklah kamu tinggalkan kami di sini,” tutur Nyak Sulaiman kepada Abdul Jabar.

Tanpa mau membuang masa, Abdul Jabar hulurkan tangan pada Nyak Sulaiman. Kemudian bersalam dengan saya dan datuk. Dengan senyum Abdul Jabar atur langkah menuju ke perahunya.

“Dia tu ada pertalian keluarga dengan saya, begitu juga saya dengan Nakhoda Tongkang, kami berasal dari satu moyang,” terang Nyak Sulaiman, dia juga memberitahu datuk bahawa nama sebenar Nakhoda Tongkang ialah Amirul, di zaman menuntut kemerdekaan dia mengetuai pasukan gerila yang bergerak dari Acheh Timur hingga ke kawasan Acheh Utara.

Bila Indonesia mencapai kemerdekaan dia terus terjun ke dalam dunia dagang. Hasil bekerja keras dalam dunia dagang dia berjaya membeli dua bua buah kapal untuk membawa barang dari Singapura ke Tanjung Pinang, Lhok Seumawe dan ke Sigli di Acheh. Dari situ balik semula ke Pulau Pinang, kerana perniagaan awalnya menggunakan tongkang, dia terus dipanggil Nakhoda Tongkang hingga ke hari ini.

Nyak Sulaiman mengajak saya dan datuk menjenguk bahagian dalam bot. saya tersentak dengan apa yang wujud di depanmata saya. Sesungguhnya bot yang kelihatan usang dan tidak menarik diluar, ternyata berbeza bila berada di dalamnya, bagaikan bot kepunyaan jutawan. Semuanya nampak lengkap. Ada bilik tidur, bilik istirahat dan mesyuarat. Keadaan di dalamnya sungguh lapang sekali. 

“ Ini bukan bot nelayan nak menangkap ikan,” komen datuk setelah duduk di bangku ruang tamu. Nyak Sulaiman anggukkan kepala, setuju dengan pendapat datuk itu.

“Aku rasa, dulu kau bawa bot lain,” tutur datuklagi sambil melihat setiap sudut.

“Iya, masa itu botnya kecil. Bot yang awak naik ini, bot orang Belanda, kamicuri masa revolusi di Tanjung Periuk, kami ubah suai ikut selera kami, catnya kami tukar, bila revolusi sudah selesai, bot ini diserahkan kepada saya,” Nyak Sulaiman berhenti bercakap. Dia tinggalkan saya dan datuk di bilik tamu. Nyak Sulaiman masuk ke bilik sebelah, entah apa yang dibuatnya di situ, saya tidak tahu.


 TALAM

Nyak Sulaiman keluar dari bilik sebelah dengan menatang talam bersama dua cawan kopi.

“Minum,” dia meletakkan talam atas meja, kemudian dengan tenang dua cawan kopi di depan saya dan datuk. Asap nipis berkepul di permukaan cawan

“Minum, kopi asli Acheh, bijinya saya kisar sendiri. Biji-biji kopi ni saya jual sepikul sepuluh ringgit, kepada pengilang di Sungai Batu, pengilang kopi kisar pakai mesin kemudian di jual kepada kedai runcit dan kedai kopi dengan harga sekati tujuh ringgit,” sambung Nyak Sulaiman.

“Baunya sudah membuka selera,” kata datuk.

“Maklumlah barang tulin tentulah baik,”

“Lagi apa kau bawa dari Sumatera untuk kau jual di sini?” Risik datuk lagi.

“Macam-macam, kalau awak nak orang pun saya boleh carikan,” Nyak Sulaiman bergurau. Datuk ketawa begitu juga dengan Nyak Sulaiman, saya hanya tersenyum saja.

Setelah minum kopi panas, badan rasa segar danberpeluh. Hembusan bayu dari Selat melaka yang masuk ke ruang tamu bot membuat saya terasa mengantuk dan menguap panjang.

“Mari saya tunjukkan tempat rahsia di bot ni.”

“Tempat rahsia?” Datuk jegilkan biji mata.

“Iya, mari ikut saya.”

Nyak Sulaiman segera menarik tangan datuk menuju ke tempat rahsia. Saya hanya mengekori dari belakang. Nyak Sulaiman menunjukan tempat menyimpan senjata api, tempat menyimpan barang-barang keperluan seharian untuk diseludupkan ke Sumatera semasa merebut kemerdekaan dari Belanda.

Tempat rahsia ini dibuat di bahagian lantai, dindingnya dilapisi dengan zink dan penutupnya dari papan yang menyerupai lantai, sukar membezakan antara penutup tempat rahsia dengan lantai bot.

Sekali pandang kelihatan sama, tidak ada siapa yang dapat menduga bahawa di bawah lantai yang dipijak itu tersembunyi khazanah yang berharga yang sukar dapat dikesan oleh Tentera Laut Belanda. Saya tetap memuji, mengagumi orang yang mereka cipta tempat khas itu.

“Sekarang ini, tempat ini tak digunakan lagi?” Soal datuk.

“Kamu masih membantu orang-orang Daud Berawih yang mahu mendirikan Republik Islam Acheh atau ringkasnya RIA.”

Nyak Sulaiman tidak menjawap pertanyaan yang datuk ajukan kepadanya. Sebaliknya dia menarik tangan kanan datuk menuju ke bucu bot. Dengan menggunakan besi bulat sebesar ibu jari yang bahagian hujungnya bengkok dan tajam, dengan senyum dia memanfaatkan besi itu untuk mencungkil sekeping papan berlidah.

Setelah papan sekeping itu dicabut adri tempatnya, apa saya lihat tersusun sepuluh pucuk rifle panjang, sekarang rifle itu tidak digunakan lagi. Rifle jenis ini amat  popular semasa perang dunia kedua dan di zaman darurat. Di samping itu terdapat lima pucuk senapang kampung laras satu. Lima dari sepuluh bom tangan dan peluru ditempatkan di situ. Saya lihat datuk menarik nafas panjang, entah apa yang datuk fikirkan, saya sendiri pun tidak tahu.

“Sekarang awak dah tahu apa yang saya buat,” kata Nyak Sulaiman sambilmengenakan papan sekeping di tempat asalnya. Dengan menggunakan besi bengkok, dia mencantumkan lidah papan hingga rapat dan kejap. Dengan kata-kata yang diucapkan oleh Nyak Sulaiman itu fahamlah datuk bahawa Nyak Sulaiman masih menyokong perjuangan
untuk menegakkan RIA (sekitar awal enam puluhan)

Saya lihat datukberada dalam keadaan yang serba salah. Datuk sebenarnya tidak mahu terjebak dalam situasi yang tidak menyenangkan ini.

“Dari mana kau dapat semua senjata ini?”
“Dari Thailand, Burma, India semuanya dibekalkan orang anggota RIA, saya hanya menyeludupkan sahaja.”

“Aku masuk perangkap,” datuk mengeluh.

“Maksud awak?”

“Aku tak mahu terlibat dalam hal yangmerugikan ini. Aku sudah melihat saudara-saudaraku melawan Belanda, kemudian saudara-saudara itu berperang sesama sendiri. Kenapa tak bersatu di bawah pimpinan Sukarno,” datuk gelengkan kepala.

Nyak Sulaiman menggigit bibir, kemudian menelan air liur. Wajah datuk ditatapnya penuh simpati.

“Usah bimbang, awak tak akan menghadapi apa-apa masalah. Awak selamat,” Nyak Sulaiman meluahkan janji kepada datuk. Dia bergegas menuju ke bahagian enjin. Beberapa saat kemudian bot mula meraung.


BERGERAK

Di saat bot mula bergerak, lima orang lelaki melompat ke atas bot. Saya tidak tahu dari mana lelaki itu muncul. Bagi mengetahui keadaan sebenar , saya terus menuju ke tempat enjin. Di situ kelima-lima lelaki itu mengelilingi Nyak Sulaiman. Mereka mendengar arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Nyak Sulaiman dengan tenang. Menyedari kedatangan saya dan datuk,Nyak Sulaiman terus bersuara:

“Usah bimbang mereka semua adalah anak buah saya.”

“Begitu,” kata datuk dengan senyum.

“Kamu uruskan perjalanan ini,” tutur Nyak Sulaiman kepada salah seorang anak buahnya .
Tanpa banyak cakap, anak buah yang telah diberikan tugas terus mengendalikan perjalanan yang sudah ditetapkan haluan dan arahnya. Bot terus membelah ombak. Saya dan datuk dibawa oleh Nyak Sulaiman ke ruang tamu kembali. Kami di layan dengan baik.

Kira-kira satu setengahjam perjalanan dilaut yang tidak kelihatan tanah tepi, saya terasa mual, isi perut terasa mahu keluar. Mungkin semuanya ini bepunca dari bot yang terlalu kuat dilambung ombak. Bagi mengatasi masalah itu, saya rebahkan diri di bangku tanpa memperdulikan datuk dan Nyak Sulaiman yang rancak berborak.

Mungkinmenyedari keadaan saya tidak begitu baik, datuk segera mengurut tiap sendi saya. Akhirnya dia mengurut bahagianperut hingga badan saya berpeluh. Kemudian datuk suruh saya minum segelas air setengah masak. Rasa muak segera hilang, saya kembali bertenaga, dapat melihat ombak laut yang beralun dalam sionaran matahari yangkian meninggi. Sayup-sayup saya melihat kapal dagang yang besar bergerak di permukaan laut.

“Bersedia,” jerita Nyak Sulaiman sekuat hati, bila melihat bot laju menghampiri bot yangkami naiki.

“Awak berdua tenang saja,” sambungnya lagi lalu keluar ke bahagian atas bot. Empat orang anak buahnya segera mengikuti Nyak Sulaiman.

“Perlahankan, “ jerit nyak Sulaiman lagi. Bot yang kami naiki mula memperlahankan lajunya. Dan bot yang mendatang segera mendekati bot kami.

“Matikan enjin dan campakan sauh,” dengan mudah arahan yang dikeluarkan oleh Nyak Sulaiman dipatuhi oleh anak buahnya. Bahagian tepi bot kami bertemu dengan bahagian tepi bot pendatang.

Bentuk bot yang mendatang itu agak kecil dari bot milik Nyak Sulaiman. Dua orang lelaki berpakaian seperti nelayan melompat keatas bot Nyak Sulaiman. Bercakap dengan Nyak Sulaiman. Saya dan datuk berpandangan, rasa cemas dan takut tetap bersarang dalamdada saya. Mana tahu, kalau Nyak Sulaiman menyerahkan saya dengan datuk kepada nelayan tersebut.

Setelah berbincang agak lama. Nyak Sulaiman membawa kedua orang nelayan ke tempat rifle, Dia serahkan rifle, senapang kampung dan bom tangan kepada dua orang lelaki itu.

Dengan pantas dua lelaki itu membawa senjata api ke dalam botnya lalu diletakkan di tempat khas di bahagian perut bot yang kemudianditup dengan papan lapis. Diatas papan lapis diletakkan hasil ikan dan alat alat kelengkapan menangkap ikan.