Friday, September 30, 2011

SIRI 170 DI BILIK MISTERI




Sebagai manusia, rasa cemas dan takut tetap berombak dalam dada saya. Tidak keteralluan, kalau semua benda yang berada di situ enjadi perhatian mata. Hati kecil yang nakal selalu membuat kesimpulansendiri tentang apa yang ada di situ. Semoa tidak ada perkara menakutkan muncul di depan mata kami. Itu doa saya.

“Masuk,’ kata Mia.

Kami pun masuk kebilik misteri

“Semuanya seperti keadaan asal,” untuk kesekian kali Mia mengulanginya. Andi Kamarool dan saya hanya anggukkan kepala sambil bergerak mengikuti langkah Mia

“Sampai berapa lama, semua benda yang ada di sini dibiarkan begini,” tanya Andi Kamarool.

“Aku sendiri tak tahu. Pertanyaan tu sebaiknya ditanyakan kepada abang aku,”

“Maksud kamu Mia?”

“Kerana dia yang menyuruh aku menjaga dan memelihara semua benda-benda dalam bilik ni. Sebenarnya, aku tidak minat dengan perkara-perkara begini. Malangnya aku tidak dapat menolaknya aku terpaksa lagipun semua tidak menyusahkan malah menguntungkan diri aku.”

“Kami faham Mia,” tingkah Andi Kamarool.

“Tiga tahun atau empat tahun sekali abang aku datang ke bilik ni. Dia ada urusan yang aku sendiri tak tahu. Apa yang pasti, semua peninggalan nenek dan datuk menjadi miliknya kerana dia orang lelaki.”

Macam tadi juga saya dan Andi Kamarool terus anggukkan kepala. Tidak berhasrat untuk mengajukan pertanyaan kepada Mia. Semuanya sudah jelas.

Kerana keadaan bilik menjadi agak gelap, Mia pun segera memetik suis lampu di tepi dinding. Seluruh bilik misteri terang benderang. Kini segala-galanya dapat dilihat denganjelas. Walaupun begitu, Mia tidak dapat menyembunyikan perasaan cemas. Dia melangkah dnegan hati-hati. Sedaya upaya mengelakkan kaki atau tangan menyentuh sesuatu di lantai bilik.

Dan Mia seperti mendapat satu pertanda, bial secara tidak sengaja dia tersepakkan sesuatu di lantai. Kalau tadi dia nampak cemas dan takut-takut tetapi kali ini dia kelihatan lebih berani dan bersemangat.

“Tamar, Andi tengoklah sepuas hati.”

Kami segera berlegar-legar dalamkamar misteri. Sebaik saja kami mendekati katil besi, lampu letrik padam dengan sendiri. Mia segera melompat keluar danterus memtik suis lampu di bahagian ruang dapur. Lampu disitu menyala. Mia kembali ke kamar misteri dan cuba menyalakan lampu, ternyata usahanya gagal.

Mia cuba mencari lilin, tetpai kami menghalangnya. Pergelangan tangan kiri dan tangan kanannya kami pegang. Kami tidak mahu Mia meninggalkan kami lagi. Sama ada suka atau tidak, Mia terpaksa berdiri bersama dalam bilik tersebut. Walaupun lampu di ruang dapur menyala , tetapi cahayanya tidak dapat menerangi atau sampai ke dalam bilik.

Dalam keadaan yang seba gawat itu terdengar suara orang perempuan merintih. Mia terpegun dan memberitahu kami, bahawa suara itu tidak lain tidak bukan, adalah suara nenek nya sendiri. Lagi sekali saya dan Andi Kamarool diserang rasa gementar. Bulu roma saya mula berdiri dan secara tidak semena-mena lampu di ruang dapur turut padam. Senja yang mula bermaharaja di luar menambahkanlagi kegelapan dalam kamar.

“Siapa kamu ?”

Entah dari mana suara itu datang. Kasar dan keras sekali. Saya pasti itu bukan seorang perempuan tetapi, suara seorang lelaki ang saya kira bertubuh besar dan tinggi. Ini berpandukan dari gaya dan tekanan suara yang diluahkannya. Tiada jawapan dari saya dan Andi Kamarool.

“Terangkan,  siapa kamu?”  Ulang suara itu, bertambah keras dan garang.

“Saya dari keturunan Anak Kuntar.”

Terdengar suara Andi Kamarool menjawap pertanyaan. Saya bertambah gementar, saya tak mahu menyebut asal keturunan saya kepada orang yang tidak saya kenali.

GELAP

Suasana terasa sepi dan menyeramkan, dalam gelap itu saya terasa seperti ada sesuatu yang bergerak di sisi saya. Tiada pertanyaan yang dikemukakan oleh suara tersebut. Cuma yang terdengar adala suara seperti orang mengeluh.

Mia ters memegang pergelangan tangan saya dengan kuat. Sesungguhnya, pada saat itu, tidak ada rasa ghairah dan terpikat kepada Mia, mekipun bahu kamu sering bersentuhan dan rambunya yang panjang berbau wangi menyentuh cuping telinga.

Dan adakalanya secara tidak sengaja pipi kami berlaga dalam gelap. Semuanya tidak membangkitkanrasa berahi. Saya memegang dan memaut lengannya semata-mata kerana mau menghilang rasa takut.

“Iya, sekarang aku dah kenal kamu,” cara mengejut suara itu bergema kembali,” ayah kamu pewaris dari Rajo  Kaya?”

“Iya, memang tepat tuk,” jawap Andi Kamarool/.

“Kawan kamu yang satu datang dari tanah seberang.”

“Iya tuk dari negeri bernama Perak.”

“Aku tahu dia tidak merbahaya aku tahu asal keturunannya.”

Saya terus membatu, badan saya menggeletar sendiri.

Suasana dalam kamar itu terasa cukup menggerun kan. Ada bunyi orang berjalan dan sekali terasa kedua belah bahu saya di tepuk dari belakang. Di dinding ada dua cahaya memancar seperti cahaya lampu picit. Saya kira, itu adalah sepasang mata harimau jelmaan.

Akibat kemunculan dua cahaya di tepi dinding, suhu badan Mia segera bertukar dari normal menjadi panas, saya berusaha memisahkan telapak tangan yang mencengkam pergelangan Mia.

Ternyata usaha saya itu tidak berjaya, tangan saya terus melekat bagaikan diikat. Saya terpaksa menahan rasa panas yang amat sangat.

“Apakah tuk dan nenek marah kerana saya dan kawan datang ke sini?” Andi Kamarool terus bertanya.

“Tidak, tidak cucu Rajo Kaya, aku gembira kerana kamu mahu bersahabat dengan cucu aku si Mia.”

Setiap patah kata yang diungkapkan oleh suara misteri kepada Andi Kamarool, saya ikuti dengan teliti. Dengan demikian saya dapat membina keyakinan dan kekuatan dalam diri sendiri. Secara tidak langsung rasa takut dan cemas tersingkir dari lubuk hati.

Bila rasa takut tidak dapat menguasai diri, suhu pans di badan Mia kembali normal. Rasa panas di telapak tangannya terus hilang. Aneh sungguh, cahaya di dinding, rasa takut, bagaikan mempunyai hubungkait denagn diri Mia, gadis misteri.

“Tuk dan nenek, kenal rapat dengan Rajo Kaya.”

“Secara tentang muka kami tak pernah kenal, secara batin, aku sekarang mengenalinya. Rajo Kaya juaga ada menyimpan harimau yang kemudiannya diserahkan kepada ayah kamu. Apa tujuan kamu datang ke mari.”

“Tak ada membawa maksud apa-apa, sekadar untuk menziarahi saja, tuk,” dengan nada suara penuh keyakinan Andi Kamarool menjawap pertanyaan dari suara ghaib.

SEPI

Suasana kembali sepi. Saya berdoa dan mengharap tidak ada lagi dialog antara Andi Kamarool dengan menausia ghaib itu. Saya sudah lemas dan jemu berhadapan dengan keadaan begini. Kalau boleh saya mahu segera keluar dari kamar yang penuh misteri ini.

“Aku senang kamu dan kawan kamu datang menziarahi kami. Aku harap perkenalan kamu dengan cucu kami akan berlanjutan,” suara yang bertanya sudah bertukar kepada suara orang perempuan, lembut dan bersopan santun. Barangkali itu suara nenek Mia. Dari nada suara yang terucap menandakan bahawa dia (dan mungkin suaminya) menyenangi kedatangan kami.

“Sekarang kamu berdua sudah tahu yang Kutar itu anak lelaki Dubalang Api, menantu kesayangan Rajo Kaya.

Keturuan kamu keturunan orang yang hebat-hebat belaka, lebih handal dari kami, jangan sia-siakan peninggalan nenek moyang kamu. Mahu aku terangkan pada kamu yang bapa kamu isterinya seorang saja,”

Saya tidak tahu apa reaksi Andi Kamarool mendengar kara-kata itu. Saya tidak melihat wajahnya (Andi Kamarool) dalam gelap. Saya ramas tangan Mia dalam rasa aneh yang memanjang. Manusia harimau dalam alam ghaib itu, dapat mengetahui segala-galanya tentang asal keturunana Andi Kamarool. Walaupun semasa hayatnya dulu, manusia harimau tidak mengenali keluarga atau keturunan Andi Kamarool.

Memang saya harapkan suara ghaib itu tidak menyorot asal keturunan datuk saa, Tetapi, kalau hal itu dilakukannya pasti saa tidak dapat berbuat apa-apa. Hati kecil saya terus berdoa agar perkara sedemikian tidak akan terjadi.

“Benar nenek, isteri bapa seorang saja sampai mati,” Andi Kamarool bersuara dengan bangga.

“Kamu belum berkahwin lagi?”

“Ia nenek, saya sedang mencari.”

“Kalau sudah mendapat jodoh, kamu harus setia dan menjaga kesejatiannya. Aku tahu kamu mampu mengumpul wanita sebanyak mana yang kamu inginkan. Kamu mampu menundukkan wanita, jika kamu mahu,” suara dalam gelap terus bergema.

“Saya faham nek.”

“Andi,” sambung suara ghaib itu kembali, aku harap kamu tidak melakukannya, kerana itu bukan caranya mempertahankan kesejatian. Takdirnya, pada suatu hari nanti, kamu akan menurunkan warisan mu kepada cucu leleki kamu. Apa jadinya, kalau semua yang mahu kamu perturunkan sudah hancur musnah, semuanya kerana kamu tidak pandai menjgaganya.”

Saya terdengar Andi Kamarool mengeluh kecil. Dan Mia menyatakan resah. Dia mengerakkan bahunya sehingga berlaga denganbahu saya. Bunyi nafasnya jelas kedengaran.

“Kerana itu, jangan sekali-kali kamu turutkan keinginan dan hasrat kebinatangan dalam diri manusia. Tidak ada faedahnya, selain adri kehancuran. Cubalah kamu fikirkan Andi, Dubalang Api dan Rajo Kaya sebagai pemangku keturunan tetap beristeri satu,” bergema lagi suara nenek Mia.

Macam tadi juga, Andi terpaksa mengambil masa untuk menjawap hujah diluahkan oleh suara ghaib itu.

“Tapi adik dan abang ayah berkahwin lebih dari satu?” tanya Andi Kamarool.
  
“Itulah sebabnya mereka tidak boleh memangku warisan keturunan. Mereka tidak memperolehi hak untuk memelihara harimau keturunan. Jika kamu ada kesulitan, datang menemui aku. Sayang…….” Suara ghaib itu terputus dan digantikan dengan keluhan yang memanjang. Saya terdengar Andi Kamarool terbatuk.

Hati kecil saya terus didatangi doa, semoga Andi Kamarool tidak melanjutkan pertanyaan. Sesungguhnya saya sudah lemas dan bosan berada dalam kamr yang gelap ini.

“Apa yang sayang tu nek, ” Andi Kamarool membunuh harapan yang berbunga dalam hati. Bunti tarikan dan luahan nafas cukup jelas kedengaran.

“Sayangnya kamu tidak mahu memelihara harimau yang ditinggalkan untuk kamu, Andi.”

“Sebenarnya bukan apa-apa, saya kira memelihara harimau ghaib dalam dunia serba maju, bukanlah sesuatu yang baik. Lagi pun saya tidak berminat.”

“Aku tak dapat buat apa-apa. Itu kemahuan kamu, kesian harimau warisan menjadi kurus kering, merayau-rayau mencari tuan, sedangkan orang yang berhak, tidak mahu memeliharanya. Kamu harus memikirkan masalah ini, Andi.”

“Saya tidak mahu memikirkannya, saya tidak mahu membawa masalah pada diri saya dan keturunan saya nek.”

“Tidak teruk memeliharanya, makanannya hanya tujuh biji bertih , sebulan sekali kami harus melayani di bawah sinaran bulan.”

“Keputusan saya muktamad nek, saya tidak memerlukannya. Sekarang bukan zamannya,” begitu bertenaga Andi Kamarool mengucapkan kata-kata.

“Apa boleh buat, keadaan memaksa waris keturunan harimau jadian lenyap begitu sahaja. Keturunan yang kemudian tidak mahu mempertahankannya, inilah nasib malang kami,” nada suara nenek (ghaib) lemah, membayagkan rasa putus asa dan kecewa yang amat sangat.

MENYALA

Seterusnya, suasana dalam kamar terasa hening sekali. Dan tiba-tiba lampu bilik menyala sendiri. Buat beberapa detik, kami berpendadangan sama sendiri.  Kemudian saya dan Andi Kamarool merenung ke arah katil besi (Mia merenung ke ruang dapur). Tidak ada apa pun berubah. Cadar putih tetap seperti tadi, begitu juga dengan dua biji bantal tanpa sarung. Semuanya seperti tadi.

“Kamu berdua dah dengar dan lihat.”

Mia tatap wajah kami. Saya anggukan kepala begitu juga dengan Andi Kaamrool. Tetapi, hati kecil saya terus bertanya. Benarkah suara yang saya dengar itu suara nenek Mia. Mungkin suara orang lain yang menyamar.

Semasa otak saya berputar ligat memikirkanperkara tersebut, terasa seperti kuku harimau mengcengkam batang tengkuk saya dari belakang. Saya rasa gentar dan secara tidak langsung apa yang bermain dalam hati kecil saya (tentang suara nenek Mia) turut terhakis. Bila saya tidak memikirkan tentang perkara tersebut, kuku harimau yang mencengkam batang leher turut hilang.

Saya tidak tahu bagaimana perkara tersebut boleh terjadi. Bagaikan ada kaitan antara suara hati dengan kuku harimau yang mencengkam batang leher saya. Apakah makhluk yang menghuni kamar aneh  ini sudah menguasai hati nurani saya.

“Bagaimana kalau aku bawa kamu berdua ke tempat lain,” lanjut Mia dengan sinar mata yang bercahaya. Dengan serta merta saya memalingkan muka ke arah Andi Kamarool. Secepat kilat Andi Kamarool mengenyitkan mata, menyuruh saya mengajukan pertanyaan.

“Mia nak bawa kami ke mana?”

“Ikut saja,” kerana saya bertanya, kata-kata itu di tujukan kepada saya. Andi Kamarool hanya tersengih kemudian melangkah keluar dari bilik misteri itu.

Kami bertiga (Mia, saya dan Andi Kamarool) melintasi ruang dapur yangterang benderang, menuju ke halaman (bahagian belakang rumah) yang sudah dikuasai oleh warna senja yang samar dan kelabu.

“Kemana kamu nak bawa kami Mia?” Tanya saya.

“Ke kubur nenek aku.”

‘Haaaaa….,” Andi Kamarool seperti terkejut, “ kamu mahu bergurau dengan kami Mia.”

“”Tidak, aku seriusni, Andi.”

“Aku tak mahu ke kawasan kubur waktu senja begini, kalau kamu semua nak pergi teruskan. Biar aku balik ke rumah papan,” saya melahirkan protes dan memberhentikan langkah.

Tindakan mengejut yang saya buat menimbulkan rasa serba salah kepad Mia dan Andi Kamarool. Mereka juga berhenti melangkah lalu mendekati saya.

“Kenapa Tamar?” Tanya Mia lembut.

“Kamu gila, nak pergi ke tanah kubur waktu senja. Nanti banyak bencana yang kami terima.”

Mia menhela nafas, sesekali dia mengaru cuping telinga sebelah kiri. Dia jadi resah dengan tindakan yang saya buat.

“Bukan di kawasan tanah perkuburan, Tamar.”

Kata-kata yang diluahkan oleh Mia membuat saya membeliakkan sepasang biji mata. Kalau bukan di tanah perkuburan, di mana pula neneknya di kebumikan? 

“Habis, nenek kamu dikebumikan di mana Mia?’

Saya lihat Mia tersenyum. Barangkali pertanyaan yang saya ajukan itu seolah-olah memberi harapan yang saya bersedia mengikut cakapnya.

“Di kawasan rumah ni, tak jauh dari sini. Di bawah pokok, buluh kuning  di bucu kanan kawasan rumah,: Mia meluruskan telunjuk kepada rumpun buluh kuning yang tumbuh merimbun di sudut kanan halaman rumah.

“Mari.”

Mia menambar pergelangan tangan kanan, menarik saya menuju ke arah rumpun buluh kuning. Saya tetap enggan pergi dan terus berdiri kaku. Andi Kamarool segera mendekati saya.

“Ikut saja Tamar,” itu yang dibisikkan oleh Andi Kamarool ke telinga saya.

“Aku takut kalau terjadi perkara yang buruk, Andi.”

“amar, bukan niat hati mahu menjahanamkan kamu berdua. Aya mahu menunjukkan perkara yang saya tahu. Tapi, kalau kamu berdua ak mahu, saya tak kisah,” kata Mia, air mukanya menggambarkan rasa hampa dankecewa yang amat sangat.

WAJAR

Saya tergamam, diluar dugaan Mia berindak begitu. Mungkin perasaannya tersentuh dengan tindak tanduk saya perlihatkan. Dan sememang tidak wajar saya bersikap demikian. Saya hars menhormatinya.

“Ok, kita pergi sekarang,Mia. ”

 Mia tersenyum riang, Andi kamarool terus menyambar jari-jemari tangan kiri saya dan terus dirampas penuh mesra.

“Terima kasih Tamar.”

“Aku harap keputusan yang aku buat ni mengembirakan hati kamu dan Mia.”

“Iya, sduah semestinya,” sahut Mia.

Tanpa banyak cakap, saya dan Andi Kamarool mengikuti Mia ke rumpun buluh kuning. Makin hampir dengan kawasana buluh kuning, makin terasa cemas. Macam ada sepasang mata yang mengawasi gerak-geri saya dan Andi Kamarool. Keadaan hari yang semakin samar membuat suasana terasa seram sekali. Mia memepercepatkan langkahnya dan saya semakin resah, cuping telinga kiri dan kanan saya seperti disentuh benda bulat yang berbulu.

Sukar untuk meneka rupa bentuknya dengan tepat kerana benda itu tidak dapat di lihat. Saya hanya dapat mengagaknya saja yang benda itu bulat dan berbulu. Walau apa pun, gangguan benda tersebut membuat saya rasa tidak selesa. Saya tidakpasti, apakah Andi Kamarool mengalaminya?

“Melangkah perlahan, jangan bercakap dan bersihkan hati ari takbur. Kalau terlihat benda hanjil diam,” Mia mengeluarkan arahan. Langkah saya dan Andi Kamarool terhenti. Kami menanti arahan selanjutnya dari Mia.

“Sekarang bergerak dengan mendahulukan kaki kanan. Renung terus ke depan, jangan toleh kanan.”

“Baik Mia,” jawap kami serentak.

Dua tiga detik berikutnya, Mia melangkah enam tujuh tapak kedepan mendahului kami sambil mengangkat tangan kiri melepasi kepala, memberi isyarat supaya ami berdua mengikutnya. Kami tetap patuh dengan arahannya itu.

Lebih kurang antara10 hingga 15 langkah kami melangkah, kami disuruh berhenti di hadapan timbunan batu-batu sungai dan gunung. Ada yang berbentuk bujur , bulat dan nipis. Dalam cuaca ang bertambah kelam itu, saya masih dapat melihat bebatu tersebut. Ada yang warna kelabu, hitam, warna tanah liat dan ada juga berwarna putih bersih.

“Timbunan batu apa ni Mia?” Tanya saya.

“Inilah dia.”

“Maksud kamu Mia. Ini kubur nenek kamu,” serentak saya dan Andi Kamarool bersuara.

“Iya, inilah kuburnya.”

“Ditanam dalam kawasan rumah, ditimbus dengan batu-batu gunung dan sungai. Aneh sungguh.”

“Iya, seperti yang dihajatinya, kenapa kamu bertanya perkara yangsudah tahu,” dari tekanan nada suaranya, ada semacam keresahan dalam diri Mia. Dia seolah-olah kurang puas hati dengan saya yang kerap bertanya dan kerap pula memberi komentar.

“Maafkan dia Mia,” Andi Kamarool bersuara.

Mia segera anggukkan kepala sambil melahirkan senyum. Itu tandanya dia sudah memaafkan saya. Tentu saya amat gembira sekali dengan tindakannya itu. Saya pun menarik nafas lega.


SENJA

Di bawah kamar senja yang kian memberat itu, saya mengambil kesempatan menjeling ke kiri dan ke kanan. Aneh setiap kali melakukan perbuatan itu perasaan saya jadi tidak tentu arah. Darah gemuruh menguasai urat-saraf, kepala terasa pening, pandangan jadi berpinar-pinar.

Dua tiga kali saya seakan-akan melihat harimau melompat-lompat, duduk mencangkung di tepi longgokkan batu sambil memain-mainkan ekornya. Bila direnng dengan tetap ke arah tempat tersebut, bayang-bayang harimau itu memeng tidak wujud sama sekali, kecuali longgokan batu.

Semuanya ini membuat saya resah. Dan saya mula mengerti kenapa Mia melarang saya dan Andi Kamarolol merenung ke kiri dan ke kanan. Tegahannya bukan kosong tetapi berasas.

“Tamar,” kata Adi Kamarool dalam nada suara yang perlahan sekali. Saya renung mukanya.

“Ada apa Andi?”

“Hadiahkan fatihah untuk roh si mati.”

Saya anggukkan kepala. Dan kami segera duduk atas ketulan batu yang agak terpisah dengan longgokan batu atas kubur. Mia masih berdiri, sepasang matanya merenung ke arah rumpun bambu kuning, macam ada sesuatu yang diintainya di situ. Kami memutuskan tidak mahu menganggu Mia. Biarlah dia denagn caranya.

Dengan penuh ketenangan dan khusyuk, saya dan Andi Kamarool melafadzkan doa yang diakhiri dengan Al-Fatihah untuk roh si mati. Semoga diampuni oleh Allah segala dosanya dan rohnya di tempatkan di kalangan roh insan yang soleh.

“Kubur Rajo Kaya dan Dubalang Api macam ini juga, agaknya keturunan manusia harimau mesti ditindih dengan batu sungai atau gunung,” itu yang dibisikan oleh Andi Kamarool ke telinga saya.

Kerana tidak pernah melihat bentuk kubur manusia yang dikatakan oleh Andi Kamarool, saya tidak dapat memberikan sebarang komen kecuali tersenyum lebar. Barangkali, Andi Kamarool faham dan mengerti kerana itu dia tidak melanjutkan cerita tenang dua pusara tersebut. Dengan perlahan-lahan Andi Kamarool bangun dang saya menyusul beberapa sat kemudian.   






Thursday, September 29, 2011

SIRI 169 MENDENGAR SUARA GANJIL




Setelah menunaikan sembahyang asar, saya terus berlegar-legar dalam bilik surau. Datuk membaca al-Quran, Haji Basilam terus berwirid panjang . Andi Kamarool baring terlentang di bucu surau, sepasang matanya merenung siling surau . Barangkali dia sedang pasang angan-angan tentang Mia agaknya.

Agaknya dia sedang membayangkan dirinya berjalan berdua-duaan dengan Mia di padang lapang. Mereka berkejar-kejaran, berjatuh-jatuhan di tanah lapang. Saling gelak ketawa. Biarlah Andi kamarool dengan dunianya, bisik batin saya sambil mengeliat.

“Hummmmm…….”

Saya menoleh ke arah Andi Kamarool yang mengeluh. Kedudukannya sudah berubah, kalau tadi dia menelentang kini dia meniarap pula. Datuk dan Haji Basilam masih seperti tadi.

Saya berubah tempat dari penjuru sebelah kanan, bergerak ke penjuru kiri. Dan pada saat itu sepasang mata saya tertumbuk ke arah beberapa keping sejadah yang tersangkut ke dinding. Sesungguhnya, saya tidak berminat dengan sejadah yang dilipat tiga segi serta ditindih dengan anak lesung batu.  Terletak betul betul dibawah jendela yang daunnya tertutup rapat.

Kerna kedudukan nya terasing dari sejadah-sejadah yang lain dan ditindih dengan anak lesung batu pula, membuat saya tidak sabar-sabar untuk melihat rupa dan bentuk sejadah tersebut. Tanpa mahu membuang masa, anak lesung batu saya tolak, sejadah yang berlipat tiga terus ditarik dan dibentangkan atas lantai.

Bila sejadah terhampar di depan mata, saya terlihat potret harimau. Badan harimau berwarna kuning dengan belang-belang hitam berlatar belakangkan pepohon yang menghijau segar. Saya tatap potret muka harimau untuk beberpa saat dan saya rasa sepasang telinga dan matanya bergerak. Dan pada saat itu juga, seluruh urat saraf terasa lemah, darah jadi gemuruh dan perasaan jadi gementar.

Saya renung ke arah datuk, Haji Basilam dan Andi Kamarool, semuanya tidak merenung ke arah saya. Cepat-cepat sejadah aneh itu saya lipat tiga kembali, lalu saya tindih dengan anak lesung batu. Tempat itu segera saya tinggalkan, bergerak perlahan-lahan ke arah Andi Kamarool.

Buat beberapa saat, saya terpaksa duduk bersila di hujung kepala Andi Kamarool untuk menenangkan perasaan dan menghilangkan darah gemuruh yang berlari dalam urat saraf. Bila perasaan kembali normal, saya segera mendekati Haji Basilam yang secara kebetulan sudah selesai wirid.

“Kenapa muka kamu nampak cemas Tamar?”

“Tak adalah, saya macam biasa.”

“Kalau begitu, aku yang salah pandang,” kata Haji Basilam sinis.

Debar hati dikala itu hanya Allah saja yang tahu. Haji Basilam bangkit dari duduknya.

Kerana merasa tidak selesa, Andi Kamarool terus duduk dan kemudian berdiri. Datuk menutup Quaran dan meletakkan di atas rak. Haji Basilam melangkah ke tengah surau dengan diikuti oleh datuk. Mereka berhenti di situ.

“Sekarang kita pergi ke rumah lain, kita bermlam di situ,” kata Haji Basilam kepada datuk.

“Ayuh, kita pergi sekarang,” balas datuk sambil melemparkan pandangan ke arah saya dan Andi Kamarool.

Kami (saya, Andi Kamarool dan datuk) dibawa oleh Haji Basilam menuju ke sebuah rumah yang terletak di sebelah kanan rumah batu besar, araknya, dengan rumah batu besar, kira-kira sepelaung saja. Dengan tenang, Haji Basilam membuka pintu..

“Naiklah,” katanya dari ambang pintu.

Datuk pijak anak tangga dengan teliti dan akhirnya tubuh datuk hilang ditelanpintu rumah. Saya dengan Andi kamarool saling berpandangan, siapakah yang harus naik dulu? Aya atau Andi Kamarool.

Lapang rasa dada, bila Andi Kamarool mendahului saya memijak anak tangga rumah. Saya mengekori dari belakang. Kalau ada bencana, pasti Andi Kamarool menerima risikonya terlebih dahulu dan saya masih ada kesempatan untuk mengelak atau cabut lari.

Berada dalam perut rumah tubuh terasa sejuk sekali. Haji Basilam tidak ambil peduli kehadhiran kami, dia asyik memberi penerangan entang rumah papan kepada datuk. Saya lihat datuk anggukkan kepala saja.


MEJA

Rumah papan tiga bilik itu mempunyai ruang tamu yang luas. Tersedia sebuah meja bundar (bulat) yang diperbuat dari papan jati, di kelilingi empat kerusi rotan. Di tengah bundar ada patung harimau sedang tidur dibuat dari tembikar.

Tidak jauh dari meja bundar, tersedia meja empat persegi yang dibuat dari kayu cengal beralaskan cermin tebal. Di bawah cermin tersedia potret harimau dengansepasang mata bersinar. Potert harimau itu nampak seperti hidup. Kerana emosi terganggu menorong saya bertindak, menarik kain tutup meja berwarna kuning di bawah meja bundar, lalu menutup potret harimau Sumatera itu.

“Eh tamar, jangan amu kacau meja tu. Itu meja tulis bapa Mia, sebaiknya kamu beredar dari situ,” teriak Haji Basilam. Gerak-geri saya dapat dikesannya.

“Saya tak tahu Tuk Aji.”

“Aku lupa nak cakap tadi, dulu meja kaca tu di tempatkan di rumah batu, kemudian di pindahkan ke sini.”

“Kenapa dipindahkan ke rumah kecil Tuk Aji?” Soal Andi Kamarool.

Saya lihat Haji Basilam mengigit bibir. Ia seperti keberatan mahu menjawap pertanyaan Andi Kamarool.

“Pelik juga, dari rumah batu dipindahkan ke rumah papan,” kata saya. Dan kali ini say alihat Haji Basilam melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Daia mundar-mandir di depan kami dan akhirnya berhenti di depan saya.

“Sebabnya,” Haji Basilam tidak meneruskan kata-kata. Dia renung muka datuk buat beberapa saat. Bila datuk anggukkan kepala, Haji Basilam pun meneruskan percakapan yang tersangkut, “ sebabnya, Mia selalu terlihat bentuk manusia yang menyerupai bapanya membaca dan menulis di meja itu waktu tengah malam, terutama pada malam Jumaat dan Isnin, kadang-kadang dia nampak anak harimau bermain atas meja tu.”

“Haaaa…” mulut saya terlopong.

Dengan serta merta bulu roma saya berdiri. Saya segera beredar dari tepi kaca empat segi.

“Bagus jangan dekat meja itu,” puji Haji Basilam, dia melihat saya beredar disisi tanpa memeprdulikan Andi Kamarool yang sedang berbual dengan datuk. Dari bibir jendela, saya menatap pepohon yang hijau damai di lereng bukit, hati terhibur melihat awan gemawan berarak lembut bersama kicau burung. Dedaun kelapa melintuk-lintuk disentuh bayu petang yang bertiup lembut.

Haji Basilam bergerak menuju ke arah datuk dan Andi Kamarool.

“Memang saya tak duga, abang Aji nak singgah dan bermalam di sini,” suara datuk menerkam gegendang telinga saya.

‘Bukan apa-apa, aku Cuma nak beri pengalaman baru kepada cucu kamu dan kawanya. Aku tak mahu mereka dengar cerita-cerita yang bukan-bukan , kemudian mereka percaya dengan cerita itu lalu dihebahkan kepada orang lain, sedangkan mereka sendiri ak tengok,” terang Haji Basilam.

“Maksud abang aji?” Tanya datuk.

“Mereka berdua pernah bagitau aku yang mereka pernah dengar cerita-cerita pelik dan aneh di Kerinci ni, jadi aku mahu mereka tengok sendiri apakah cerita yang mereka dengar itu benar atau sekadar cerita saja.”

“Saya faham sekarang, tapi….”

“Tapi apa?” Haji Basilam tentang biji mata datuk.

“Soalnya, beranikah budak bersua tu menghadapinya?”

“Kita tengok dulu, kalau dia orang boleh, kita biarkan. Kalau dia orang tak boleh kita suruh dia orang undur.”

“Saya setuju,” suara datuk riang benar. Ada senyum berlari di kelopak matanya.

BULAT

Bila dialog antara Haji Baslam dengan datuk dak dapat ditangkap oleh gegendang telinga, saya segera menoleh ke arah mereka. Ingin mengetahui kenapa mereka diam. Dan pada saat itu saya dapati Andi Kamarool sudah berubah tempat. Dia membelek-belek kitablama di bawah meja bulat. Andi Kamarool mencangkung di situ, macam anjing merenung tulang.

“Berapa lama agaknya kita di sini abang Aji?”

“Ikut keadaan,” sahut Haji Basilam sambil menyuruh datuk masuk ke bilik tengah untuk berehat.

“Abang Aji bilik mana?”

“Aku di bilik dekat pintu masuk.”

“kalau begitu, buda-budak berdua di bilik sebelah kiri,” datk menoleh ke arah saya dan Andi Kamarool, sebelum dia merenung ke arah bilik yang terbuka sebelah.

Di sebelah kanan pintu (lebih tetapnya dinding sebelah luar) tersangkur sebilah sundang. Di hujung sundang tergantung pedang lama tanpa sarung. Mata pedang nampak berkarat. Melihat pintu bilik yang terbuka separuh, sundang dan pedang tanpa sarung membuat hati saya berat sekali untuk menginap dibilik tersebut.

“Saya dengan Andi tidur dibilik itu, Tuk Aji,” saya meluruskan jari telunjuk ke arah pintu bilik yang terbuka separuh. Pertanyaan saya tidak dijawap oleh Haji Basilam. Dia hanya tersenyum.

“Belum tentu kamu berdua boleh tidur di situ,” jawapan dari haji Basilam membuat jantung saya berdebar. Seribu persoalan menari-nari dalam kotak minda saya.

“Habis kami tidur di mana?” Andi Kamarool minta kepastian.

“Aku mahu kamu berdua tidur di anjung rumah batu.”

“Anjung rumah batu mana Tuk Aji,” potong saya.

“Di anjung rumah batu Mia.”

“Minta maaf,” celah Andi Kamarool.

Haji Basilam ketawa, datuk mengelengkan kepala mendengar ungkapan yang diluahkan oleh Andi Kamarool.

“Jangan mudah mengalah sebelum mencuba, kamu berdua boleh tahu siapa Mia yang sebenar.”

Saya dan Andi Kamarool kerutkan kening dan serentak kami merenung muka Haji Basilam dengan seribu persoalan. Ternyata reaksi kami tidak mengejutkan Haji Basilam, malah dia mempamirkan senyum sinis. Tanpa mahu mengikuti perkembangan selanjutnya, datuk terus melangkah ke dalam kamar yang dikahskan untuknya. Haji Basilam mengikuti datuk sehingga di ambang pintu bilik.

“Aku nak bawa budak-budak ni keluar.”

“Silakan abang Aji,” sahut datuk dari dalam kamar.

Kerana sudah tahu matlamatnya, saya dan Andi Kamarool keberatan memenuhi ahakan Haji Basilam itu. Walaupun dia sudah berada di muka pintu.

“Mari, kenapa diam di situ,” suara Haji Basilam lembut. Dan kami tidak berupaya membantah. Akur dengan kemahuannya.

Saya dan Andi Kamarool mengekori Haji Basilam  menuju ke rumah batu besar. Lagi sekali kami terdampar di ruang tamu rumah batu.

Bila berdepan dengan Mia, keresahan di hati pun berakhir. Jauh di sudut hati, saya amat mengkagumi kecantikannya. Dia kelihatan lemah-lembut dan bersopan santun. Saya kira Andi Kamarool juga sependapat dengan saya.

“Si Andi dan Tamar nak melawat kawasan rumah kamu, Ma”

“Boleh ayah bawalah,”

“Begini Mia, kamu sendiri yang bawa mereka.”

“Ayah nak ke mana ?”

“Aku nak berehat, lagipun mereka nak tidur di anjung rumah kamu,” kata Haji Basilam sambil bangun. Tanpa mahu merenung ke arah saya dan Andi Kamarool, Haji Basilam melangkah keluar dari ruang tamu.

Saya dan Andi Kamarool termangu kerana tidak menduga Haji Basilam membuat keputusan begitu drastik sekali. Sepasang biji mata Mia silih berganti menatap kami. Dia bagaikan tahu apa yang bergolak dalam lubuk hati saya dan Andi Kamarool.

“Cakap dengan jujur, kamu erdua pernah mendengar cerita yang pelik-pelik tentang aku,” soal Mia.

Serentak kami gelengkan kepala.

“Ayah tak cerita apa-apa,”

“Tak ada, “ jawap kami serentak.

GARU

Buat beberapa detik Mia mengaru-garu pangkal dagunya denganjari kelingking. Kemudian dia menarik nafas kelegaan. Mia puas hati dengan penjelasan yang kami luahkan.

“Mari,” Mia renung muka kami sekali lagi. Ia terus bangun dari kerusi dan melangkah ke pintu. Kami terus mengekorinya, sebaik sampai di halaman, Mia tidak meneruskan langkah, Dia terus duduk dibangku panjang.

“Kenap Mia? Kamu sangsi dengan kami,” tanya saya.

“Tidak,” dia terus bangun, “ tapai aku…”

“Tapi apa Mia?” potong Andi Kamarool.

Mia senyum dengan sepasang mata yang cantik, bercahaya menampar wajah Andi Kamarool. Hati saya terus berdebar. Mia terlalu banyak berteka teki dalam hal ini, fikir saya dalam hati. Rasa meluat dan benci kepadanya mula bermain dalam diri.

“Terus terang saja dengan kami Mia,” saya merayu.

“Kalau jumpa benda-benda ganjil janagna terkejut. Aku tahu ada pelbagai cerita entang rumah ni, kerana kamu datang bersama ayah, aku yakin kamu ikhlas, aku harap kamu berdua dapat mencari perkara yang ganjil tu,” tambah Mia.

“Kami faham Mia, cerita di luar kadang-kadang lebih hebat dari cerita sebenar. Memang adat manusia suka menambah cerita,” Andi Kamarool memberikan pendapat.

“barangkali cakap Andi betul,’ balas Mia bersama senyuman dan jelingan anja ke arah Andi Kamarool yang wajahnya mirip pelakun Mustapha kamal semasa muda dulu). Jelingan dan senyuman segera dibalas oleh Andi Kamarool dan Mia nampak tergamam sedikit. Saya kira, antara mereka ada getaran rasa yang terpancar dari senyuman dan kerlingan.

“Mari kita mulakan,”

“Ayuh,” jawap saya dan Andi Kamarool serentak.

  
Untuk melawat seluruh kawasan rumah batu lama itu, perjalanan di mulakan dari sebelah kiri halaman menujuke kanan. Berjalan-jalan di kawasan rumah yang luas, di bawah sinar matahari petang yang memancar lembut memang menyeronokkan. Tetapi sebagai manusia saya tetap berhati-hati.

“Mia dudk seorang di sini?” saya bertanya dlam usaha mengatasi rasa jemu berjalan.

“Iya saya tingal seorang. Kenapa Tamar tanya perkara macam tu?”

“Sengaja tanya, saya kira Mia seorang perempuan yang berani.”

Mia terdiam, langkah yang rancak diperlahankannya. Kicau burung terus mengasak lubang telinga kami. Di udara kelihatan helang liar terbang rendah.

“Keluarga saya oercaya, saya dikawal oleh nenek sendiri. Dalam bahasa di sini sebut Opung,” penjelasan yang diungkapkan oleh Mia itu membuat kami bingung. Haji Basilam tidak pernah menyebut tentang nenek Mia. Saya renung ke kiri dan ke kanan danke arah rumah batu, mudah-mudahan biji mata saya dapat mengesan rupa paras nenek Mia. Harapan saya tidak menjadi kenyataan.

“Tapi, sejak tadi kami tak nampak nenek Mia?” Andi Kamarool pula bertanya dalam nada suara yang membayangkan rasa cemas.

“Dia datang bila dipanggil.”

“Kami ingin bertemu dengannya Mia,” saya hulurkan permintaan.

“Datuk nenek tidak datang secara fizik.”

“Kenapa begitu Mia?” Saya mula cemas.

“Datuk dan nenek saya sudah mati.”

“Huhhhhh….,” keluh saya, seluruh sendi kaki terasa lemah. Bagaikan tidak berdaya mahu melangkah. Mahu saya nyatakan pada Mia supaya membatalkan saja melawat kawasan rumahnya.

“Mia kita berhenti di sini.”

Permintaan saya tidak dihampakan. Mia bersedia berhenti di bawah pokok besar dandudk atas batang kayu tumbang yang terdapat di situ.

“Mia, kamu harus berterus terang dengan kami.  Cerita kamu menimbulkan macam-macam sangkaan buruk di hati,” begitu spontan Andi Kamarool menyuarakan suara hatinya.Tanpa segan-segan dia terus duduk.

“Pada kamu berterus terang tetapi, kami tidak dapat menangkap maksud dari kata-kata kamu,Mia.”

“Jadi, kamu mahu akau bercerita cara terang-terangan Andi?”

“Iya, sudah mestinya begitu.”

Semua keluarga percaya, datuk nenek kami keturunan manusia harimau. Bapak saya, emak saya, adik beradik dan saya memang manusia keturunan harimau. Apa kamu berdua sudah puas  dengan penjelasan ini, mari aku tunjukkan buktinya.”

Sebelum menyahut pelawannya itu, saya dan Andi Kamarool didakap keresahan. Saya melangkah ke kiri dan ke kanan di hujung batang kayu. Andi Kamarool,  sekejap duduk, sekejap bangun. Mia tetap tenang.

“Macam mana! Setuju ikut aku?”

Mia minta kepastian. Kami masih belum dapat memberikan jawapan pasti.

“Sekarang macam mana, kamu berdua setuju atau tidak ?” Ulang Mia.

“Setuju,” sahut saya.

Andi Kamarool terkejut dengan tindakan saya itu.

“Kalau dah setuju mari ikut saya.”

“Ke mana Mia?” Andi Kamarool mula ragu-ragu.

“Berpatah balik ke rumah batu.”

“Jum…….” Saya memberi keputusan muktamad.

Kami terus mengikuti Mia. Anehnya, dia membawa ke bahagian belakang rumah dan kami di suruh masuk ikut pintu dapur , bukannya ikut pintu hadapan.

Ini membuat perasaanb saya semakin cemas. Ruang dapur yang luas, bersih dan teratur saya renung setiap sudut. Pinggan mangkuk, cawan dan piring dari luar negeri tersusun rapi dalam rak. Saya dan Andi Kamarool mengambil sikap membisu.

SUDUT

Mia membawa kami ke sebuah bilik di sudut ruang dapur. Denganperlahan-lahan dia menolak daun pintu. Memang, Mia tidak berusaha  untuk msuk ke kamar tersebut. Malah dia mengingatkan saya dan Andi Kamarool supaya jangan menyentuh apan atau pintu kamar.

Dalam kamar yang agak luas itu tersedia sebuah katil besi, tilam yang ditutup dengan kain cadar berwarna putih. Ada percikan darah yang sudah kering pada cadar tersebut.

“Nampaknya, bilik ini tidak digunakan.”

“Memang betul cakap kamu Tamar,” Mia renung biji mata saya.

“Dulu, siapa yang tinggal di sini Mia?” Andi Kamarool pula bertanya.

“Ini bilik nenek.  Sejak dia mati, bilik ini terus kosong, tak ada siapa yang mahu dudk di situ, orang tua saya dan abang sendiri tak suka melihatnya, kecuali saya sekali-sekala datang menjenguk dari luar. Saya tak berani masuk.”

Penjelasan dari Mia membuat sya dan Andi Kamarool undur dua tiga tapak ke belakang. Tidak mahu mendekati dinding atau pintu bilik.

“Kesan darah di cadar tu, darah siap Mia?”

Akibat oertanyaan yang saya ajukan, Mia menarik nafas dalam-dalam. Ada keresahan dalam hati terpamir di wajahnya. Dia seperti kurang senang dengantindak tanduk saya yangbanyak bertanya.

Buat beberapa ketika, Mia menundukkan kepalanya merenung lantai simen dapur. Dia seperti bertafakur seolah-olah mengasingkan dirinya dengankami dan duia luar. Saya dan Andi Kamarool segera mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Manalah tahu, dengan tiba-tiba Mia menjelma menjadi harimau betina lalu membaam kami.

Sudah lima minit masa berlalu, keadaan Mia teta[ seperti tadi. Situasi begini membuat degup jantung saya dan Andi Kamarool bertambah hebat. Keadaan ruang bertambah suram kerana matahari sudah pun jatuh di kaki langit. Bebunga senja mula menguasai kawasan sekitar rumah.

“Mia, kalau semuanya ini menyusahkan kamu, aku minta maaf,” sebaik saya menamatkankata-kata itu, Mia segera menegakkan kepalanya. Dia mereningsaya dan Andi Kamarool dengan renungn yang tajam tetepi, tidak membayangkan rasa dendam.

“Saya faham Tamar, tak ada apa yang saya mahu rahsiakan dari kamu berdua,” tiba-tiba Mia bersuara membunuh keraguan hati kami.

“Cadar putih atas katil tu, cadar kepunyaan nenek di saat-saat kematiannya, kedudukan cadar itu tidak diusik. Sebelum mati, nenek mengalami luka-luka di tubuh. Darah yang keluar tidak berhenti-henti, sebahagian dari darah tu terkena kain cadar,” sambung Mia.

“Kasihan dia,” keluh Andi Kamarool.

Mia tersenyum dan menerangkan, semasa peristiwa itu berlaku di depan matanya. Ketika itu dia baru berusia tujuh tahun. Nenek juga memberitahu keluarga, agar mayatnya tidak dikebumikan di tanah perkuburan umum.

“saya masih ingat kata nenek kepada orang tua lelaki saya, begini katanya. Tanam saja mayat aku di kawasan rumah kita,” lanjut Mia dengan wajah yang serius.

Saya segera terfikir, aneh juga dalam duniayang serba maju ini, masih ada orang yang mahu mayatnya dikebumikan di kawasan perumahan. Tetapi menurut Mia, tak seorang pun antara keturunan manusia harimau itu yang berani membantah hasrat neneknya itu.

“Antara nenek dan datuk , siapa dulu yang meninggal duni Mia,” tanya Andi Kamarool.

“Menurut cerita orang tua saya, ayahnya mati jatuh ke dalam gaung di sebuah gunung. Mayatnya terus hilang, tidak dapat dikesan. Sejak kematian nenek, kami sekeluarga sering terdengar suara orang bercakap dalam bilik ni. Semua keturunan kami membuat kesimpulan, suara itu adalah suara nenek dan suaminya,’ begitulah Mia mengesahkan tentang sejarah kamar yang terdapat di sudut ruang dapur. Sekali pandang keadaan kamar itu amat menyeramkan.