Saturday, September 1, 2012

SIRI 234 DALAM CENGKAMAN PENGKHIANAT



 Dalam keadaan yang tergamam itu, pandangan tidak berubah. Masih tertumpu ke arah Syed Hamid Al-Hadad  yang terkial-kial cuba bangun. Baru saja separuh berdiri, rebah ke bumi. Sepasang kepala lututnya bagaikan tidak berfungsi. Tidak mampu mengimbangi tubuh yang agak berisi itu.

Lelaki berdarah Arab-Melayu itu tidak kenal putus asa. Mencuba dan terus mencuba. Dan lelaki separuh baya amat gembira dengan kegagalan yang terjadi. Wajahnya rnembayangkan kepuasan.

'Jangan seksa dia." jerit pemandu sekuat hati dari dalam kereta. Jeritan itu tidak diendahkan. Lelaki separuh baya itu bagaikan tidak kisah dengan kami. Matlamat utamanya ialah Syed Hamid Al-Hadad.

Dalam usaha yang tidak putus-putus itu. Akhirnya Syed Hamid Hadad dapat berdiri dengan sempurna. Boleh melambaikan tangan ke arah kami dan melihat langit petang dalam keredupan matahari yang kian menurun kekaki langit.

Lelaki separuh baya yang tersentak dengan keupayaan Syed Hamid Al Hadad segera membuka baju dan melemparkan keatas rumput. Baju dalam yang melekat ditubuhnya sudah berlubang-lubang dan koyak terutama di bahagian ketiak.

'Ahh ...'

Lelaki separuh baya bersuara lantang. Dia melepaskan satu sepakan kencang ke arah muka Syed Hamid Al-Hadad.  Andainya sepakan itu mengenai sasaran pasti dua tiga batang gigi bercerai dari gusi. Telinga boleh pekak dan hidung berdarah selain dari muka lebam dan bengkak.

Dalam keadaan yang belum bersedia Syed Hamid Al-Hadad secepat kilat bergerak ke kanan. Merebahkan tubuh atas rumput dan menggolekkan badannya ke arah perdu pokok ara tua yang ada di situ. Kerana sepakan tidak mengenai sasaran. Lelaki separuh baya terdorong ke depan. Tidak dapat mengawal gerakan kaki dan badan lalu tersasar ke arah batu gunung yang sejak berabad berada di situ. Dadanya terdampar ke batu. Dahinya yang terhantukkan batu mengeluarkan darah, mengalir ke kelopak mata dan seterusnya meleleh ke pipi kiri dan kanan.

Buat beberapa ketika lelaki separuh baya tersadai di situ. Memeluk batu gunung dan tidak melakukan sebarang serangan terhadap Syed Hamid Al-Hadah yang tertiarap atas rumput.

“Tamar bersedia, Tuan Syed memerlukan pertolongan,” kata datuk.

Bila saya menoleh ke arahnya, Datuk sudah pun membuka membuka pintu kereta dan sebelah kakinya sudah pun memijak tanah

Tindakan datuk mendorong saya dan pemandu membuka pintu kereta.

Datuk lebih pantas bergerak. Dalam beberapa detik saja, kami sudah terpisah agak jauh darinya. Langkahnya secepat kilat mendekati Syed Hamid Al-Hadad yang terlentang merenung langit dan awan gemawan.

CEPAT

Sebaik saja saya dan pemandu mempercepatkan langkah, sayup-sayup terdengar bunyi deru enjin motorsikal. Kami buat tidak kisah. Bila bunyi deru enjin makin lama makin dekat. Kami terpaksa berhenti melangkah dan saling berpandangan.

Datuk bagaikan tidak terusik dengan bunyi deru motosikal,  dia terus duduk bertinggung memicit-micit buah betis Syed Hamid Al-Hadad.

Bunyi enjin motorsikal terus menguasai suasana sekitar. Hati saya mula berdebar dan merasakan keselamatan diri berada dalam bahaya.

“Hati-hati Tamar,” satu ingatan dari pemandu.

“Iya, “ saya anggukkan kepala.

Kerana bunyi deru enjin motosikal semakin  kuat dan dekat. Serentak saya dan pemandu menoleh kebelakang. Kami menagalami kejutan buat sekian kalinya.

"Inilah motorsikal yang mengekori kita tadi. Dari mana pula tiba-tiba muncul." sepasang biji mata saya menyorot ke arah motorsikal yang datang. Begitu juga dengan pemandu kereta Syed Hamid Al-Hadad. Nampak resah sungguh.

Ekor matanya terus menjeling ke kiri dan ke kanan. Barangkall dla mencari sesuatu yang boleh dimanfaatkan sebagai senjata untuk melindungi diri.

"Jaga diri kamu, pastikan tempat selamat bila kamu mahu melompat."

Dalam deru motorsikal yang membinggitkan  anak telinga. Pemandu Syed Hamid Al-Hadad masih sempat menghamburkan nasihat.

Ingatannya itu saya balas dengan anggukkan.

Dalam keadaan yang serba terdesak dan terhimpit itu, saya langsung tidak memikirkan tentang diri datuk dan Syed Hamid Al-Hadad. Apa yang difikirkan ialah bagaimana untuk menghadapi dua insan ber-jaket hitam yang menunggang motorsikal.

Motorsikal honda 5OO c.c. yang dinaiki oleh dua insan berjaket hitam, meluru laju ke arah kami. Bagi mengelakkan diri dari dilanggar, saya molompat ke kiri dan jatuh dalam perdu pisang hutan. Pemandu melompat ke kanan dan tercampak dalam lopak tanpa air. Kedua-dua penunggang  motorsikal ketawa melihat saya dan pemandu terkial-kial mahu bangun.

"Rasanya aku kenal mereka."

Itu yang dikatakan o!eh si pemandu bila saya menghampirinya. Ada kesan bengkak dl kening kirinya. Mungkin dla terhantuk benda keras.

Kerana bimbang motorsikal yang dinaiki oleh dua lelaki berpatah batik untuk melanggar kami, saya dan pemandu mencari tempat berlindung di balik rerumpun pepokok renik. Apa yang kami duga tidak berlaku. Kami bukanlah sasaran pilihan mereka.

 Sasaran utama mereka ialah belakang datuk yang sedang membongkok merawat Syed Hamid Al-Hadad.

"Tuk. mereka datang,” sepenuh tenaga saya menjerit. Secepat kilat datuk menoleh ke arah motorsikal yang meluru laju ke arahnya. Menyedari dlrinya dalam bahaya. Datuk pun mengubah taktik membantu kawannya.

Kalau pada awal-nya. dia mahu mengurut sepasang kepala lutut Syed Hamid Al-Hadad supaya berfungsi dengan baik. Kemudian memapah kawannya ke kereta. Kerana tordesak, rancangan yang disusun terpaksa ditukar. Dengan sisa-sisa tenaga tua yang masih ada. Datuk mengheret Syed Hamid Al-Hadad ke pangkal pokok kabung.

KIRI

PERUBAHAN taktik yang datuk lakukan secata otomalik membantut rancangan dua orang penung-gang motorsikal honda 500 cc.

Mereka mahu menangkap Syed Hamid Al-Hadad dengan cara melanggar dari sebelah kiri. Kegagalan itu membuat kedua-dua lelaki itu marah. Lebih-lebih lagi bila melihat datuk dan Syed Hamld Al-Hadad tidak berganjak dari perdu pokok kabung.

Seiring dengan bunyi enjin motorsikal yang amat bising, mereka mengelilingi pokok kabung berbelas-belas kali. Datuk dan Syed Hamid Al-Hadad tetap bertahan di situ sambil berzikir mengingati nama Allah.

Menyedari usaha yang dilakukan tidak mendatangkan hasil. Enjjin motorsikal dimatikan dan ditinggalkan di tempat lapang. Sungguh mengejutkan. bila lelaki yang terkapar di batu dan berdarah di dahi terus bergabung dengan kedua-dua lelaki yang baru turun dari motosikai. Mereka terus bergerak serentak menuju ke arah datuk dan Syed Hamld Al-Hadad.

"Mereka mahu membunuh datuk saya.''

"Hisss.......        "pemandu juihkan bibir sambil gelengkan kepala. Saya cemas dan bimbang. Nyawa datuk dalam bahaya.

"Tengok, mereka menuju ke arah datuk  saya."

Itulah yang saya lakukan bagi meyakinkan pemandu. Apa yang  saya  katakan memang benar. Saya tidak borbohong. Si pemandu masih bersikap dingin. Tidak bersedia untuk membantu saya.

 'Tamar."

Muka pemandu yang berdahi luas saya tatap.

"Sebenamya, mereka tak minat dengan datuk kamu yang tak ada apa-apa. Mereka tak kenal datuk kamu Tamar.” sambung si pemandu dengan air muka yang selamba.

Saya yang selama ini mengkagumi kehebatan datuk merasa terhina dengan kata-kata yang diluahkan oleh sipemandu berdahi luas. Renungan yang bertakung dengan kemarahan dipancarkan ke wajah si pemandu yang masih belum melakukan sesuatu terhadap majikannya yang tersepit.

"Maafkan aku Tamar. aku tahu kamu marah. Bukan niat hati aku mahu melukakan hati kamu. Aku cakap perkara yang benar, tiga manusia laknat tu mahu menangkap Pak Syed."

MENOLONG

Penjelasan yang membuat saya mengkedutkan kening dan dahi. Barangkali pemandu berada dl pihak yang benar. Tetapi, dia masih belum bertindak. Masih berdiri di kiri saya. Belum me-lakukan sebarang ti-dakan untuk menolong Syed Hamid Al-Hadad.

Barangkali dia memerlukan pertolongan dari saya. Timbul persoalan dalam hati. Kalau memerlukan pertolongan, dia harus bertindak terlebih dahulu. Itu keputusan hati saya.

"Kamu tahu kenapa mereka mahu menangkap Pak Syed, Tamar."

Saya gelengkan kepala.

'Sebab mereka tahu, orang yang diburu seorang jutawan dan dermawan.”

Kali ini, saya tidak memberikan sebarang reaksi.     Samaada mengelengkan kepala dan berkata se-suatu. Perasaan sungguh tidak tenteram.

"AH……."

Itu yang terkeluar dan mulut. bila lelaki setengah baya berdarah dahi memlsahkan diri dengan dua lelaki berjaket hltam. Lelaki berdarah di dahi datang ke arah saya dan pemandu.

"Orang itu dalang kearah kita.' kata saya

Kerana tidak menerima jawapan. Saya segera menoleh ke arah pemandu di sebelah kiri. Dia sudah tiada disisi.

Cukup pantas dia bergerak meninggalkan saya. menuju ke arah lelaki berdarah dahi. Lelaki itu sudah borsedia menanti kedatangan si pemandu yang tidak dapat mengawal    perasaan. Langkah kedua-duanya cukup kencang dan bersemangat.

Akhirnya. langkah mereka terhenti serentak bertentang mata, bertentang wajah. Macam cerita cowboy, bila hero berhadapan dengan musuh satu lawan satu. Ada rasa cemas dan gementar    menguasai rongga dada mereka berdua.

TUNGGU

SAYA menunggu penuh rasa debar. Siapakah yang akan membuka langkah pertarungan di bawah langit petang menjelang senja. Tengkuk siapakah yang patah. Tempurung lutut siapakah yang bakal retak seribu sambil merintih kesakitan.

"Hei manusia laknat menolong kamu tak ubah macam menolong anliiig tersepit." Jerkah si pemandu. Serentak dengan itu, selangkah dia melangkah kedepan. Menerpa kencang sambil melepaskan penumbuk sulung ke muka lelaki berdarah dahi.

Tumbukan yang kencang bersama lompatan (terpaan) harimau menangkap kijang (istilah yang digunakan dalam ilmu tenaga dalam campur persilatan: Harimau melindung anak)    yang     tepat dihalakan ke pangkal leher, berjaya ditepis oleh lelaki berdarah dahi.

Ternyata lelaki itu bukan tangan kosong. Tidak berebekal gusi denga:n lidah dalam mempertahankan diri.  Pergelangan tangan si pemandu dapat ditangkap lalu dikilas ke belakang yang dituruti dengan satu tendangan padu.Si peman du tergolek di bumi. Merintih kesakitan.

Lelaki yang berdarah dahi (lelaki separuh baya) menerkam ke arah pemandu yang berguling-guling dibumi menahan kesakitan. Dengan pantas lelaki berdarah dahi mengangkat kaki kanan dan bersedia untuk melepaskan satu hentakan padu ke dada pemandu.

Saya tahu hentakkan itu boleh mematahkan tulang rusuk. Kalau kena pangkal bahu sebelah kiri. Boleh mengakibatkan mati badan sebelah secara perlahan-lahan.

Menyedari bencana yang bakal dihadapi oleh pemandu Syed Hamid Al-Hadad yang juga rakan baru saya. Secara tiba-tiba hati jadi panas dan marah. Dan secara mendadak suatu kekuatan baru tumbuh dalam diri.

“Dreber tu mesti diselamatkan sebelum dia jadi lebih teruk. Kamu ada kemampuan menghalang perbuatan lelaki laknat tu," terngiang-ngiang suara halus dicuping telinga.

Dua tiga kali ungkapan itu diulangi oleh suara yang sukar dipastikan suara siapa dan dari mnana suara itu datang. Darah saya tersirap. Cabaran itu harus dijawab. Demikian saya membuat keputusan.

"Bismillahhirrahman nirahimmmm"

Selesai mengucapkan kata penuh hikmat itu. Tanpa membuang masa walaupun sedetik. Saya pun membuka langkah, mengatur tapak, 1-2-3 sambil mencari tempat selesa untuk mengatur serangan. Saya juga menghitung dan mengambil kira, bahagian tubuh yang mana wajar dilepaskan tendangan atau pun tumbukkan padu.

MAUT

BlAR penumbuk dan tendangan yang dilepaskan dapat memberikan kesan teruk tetapi tidak membawa maut. Setelah dihitung dan dikaji buruk baik, untung ruginya. Saya pun segera menerkam bersama lompatan dan tendangan kuda biang.

Dalam hitungan yang dibuat. tendangan kaki kiri akan hinggap di bahu kanan. Beberapa detik berikutnya akan disusuli dengan penumbuk kencang. Tepat mengena pangkal belikat kiri. Bila semua yang dirancang dapat berjalan seperti apa yang diingini. Pasti lelaki berdarah dahi, tidak boleh bangun untuk membalas serangan yang saya lakukan itu.

Aduhai apalah malangnya diri ini.

Apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Lelaki separuh baya. (berdarah di dahi panjang akal bicaranya. Langkah gerak dan percaturan sendiri, dapat dibacanya.

Di saat tumbukan dan tendangan menghampiri sasarannya, kira-kira dalam jarak seetengah kaki, lelaki berdarah dahi menggerakkan tubuhnya tiga inci ke sebelah kiri. Dan sepasang tangannya terlalu pantas menyambar telapak kaki kiri saya sekuat hati.

Sakilnya bukan kepalang. Sendi pangkal paha rasanya bagaikan lercabut. Begitu juga dengan bahagian-bahagian sendi yang lain.

Tulang-temulang  dirasakan patah remuk. Tubuh terasa melayang ke kanan. Tetapi, mata masih sem-pal melihat lelaki berdarah   dahi berdlri bercekak pinggang merenung ke arah saya yang melayang di udara.

Sekujur lubuh saya tercampak ke perdu senduduk putih bercabang lima. Salah  satu daripada cabang senduduk itu mencucuk perut.

PERDU

NASIB baik tidak tembus.  Kalau tembus sudah tentu perut bertabur ditanah. Baju pembalut tubuh habis koyak rabak. Kulit perut  bergaris  dan lebam.

Seturuh kekuatan saya kumpul untuk bangun. Hasilnya saya dapat duduk. Bila berdiri, saya terus jatuh bergolek. Tulang kering dan paha tidak mampu menampung badan  saya.

Dengan tenaga yang masih tersisa, saya merenung sayu ke arah pemandu; Syed Hamid AI Hadad. Dia sudah berjaya duduk tetapi, masih gagal untuk berdiri.

“Tamar." Gegendang ielinga dapai menangkap suaranya yang separuh keras. Sebagai jawapan. saya   hanya   menggangukan kepala.

"Kamu parahhkan,    Tamar?”

Macam tadi juga, saya hanya mengangguk. Pandangan saya mula berpinar-pinar. Lelaki berdarah di dahi masih bercekak pinggang, berdiri macam tadi.

"Tamar, aku dah tak sakit lagi."

Sayup-sayup terdengar suara-nya lagi. Pandangan tadi kabur, bentuk tubuh pemandu tidak dapat dilihat dengan jelas. Begitu juga dengan lelaki berdarah dahi.

Permukaan bumi rasa bergerak Tubuh terasa berpusing-pusing. Apa yang dilihat semuanya nampak samar-samar dan bergoyang ke kiri dan ke kanan.

Lubang hidung terasa pedih, ada cecair yang keluar dari situ. Telinga terus berdesing dan ada cecair yang keluar. Sukar untuk dipastikan sama ada air atau darah. Saya kehabisan tenaga lalu menelentangkan tubuh ke dada langit.

Tidak tahu. berapa lama saya terpana terpisah dari keadaan sekitar. Apa yang pasti, ketika mahu menggerakkan kaki kanan, terasa sakit yang amat sangat.

"Allah huakbar."

Sebaik saja kata itu terpancut dan mulut, telinga saya boleh menangkap bunyi deru angin. Mata boleh melihat langit, awan dan   pokok   dalam keadaan yang normal.

Lelaki berdarah   dahi, tidak kelihatan berdiri di tempatnya. Cecair yang   keluar dari   lubang hidung   dan telinga, segera saya raba dengan telapak tangan.

"Darah."

Darah hidung dan telinga bersatu di telapak tangan. Cemas seketika. Bagi mempastikan, apakah darah masih keluar berterusan. Lagi sekali lubang telinga dan  hidung diraba. Darah lidak keluar lagi. Saya cuba bangun. macam tadi juga,   masih  gagal. Bahagian pinggang terasa amat sakit.

Dalam keadaan yang serba tidak kena dan menjadi itu. Secara sepontan saya teringat, datuk pernah menggunakan daun senduduk putih untuk menghilangkan rasa sakit sendi dan pinggang.


Friday, August 31, 2012

SIRI 233 DUGAAN PERJALANAN

 Si dreber tumpukan perhatian kepada tugas. Kereta terus meluncur laju membelah jalanraya. Macam tadi juga, datuk dan Syed Hamid Al-Hadad masih rancak berbual.

Bila diamat-amati topik perbualan mereka lebih banyak menekankan pada akidah, tarikat. Disamping itu, mereka juga mencuit persoalan penyelewengan dalam akidah yang secara tidak disedari atau disengajakan oleh orang-orang yang dalam dan tinggi pengetahuan agamanya.

“Zeeeekkkkk..........”

Empat tayar kereta terhenti berputar secara mengejut. Semua yang ada kereta terangkat punggung dan tersengguk ke depan. Kaki dreber melekat ke pedal berek. Kedudukan badan kereta berubah 45 darjah ke bahu jalan.

“Maafkan saya Pak.”

Dreber menoleh ke belakang. Renung muka Syed Hamid Al-Hadad dan datuk. Kedua-duanya kelihatan terpinga-pinga sambil membetulkan duduk yang sudah berubah.

“Gajah melintas Pak, saya terpaksa berek.”

“Tak apa. Syukur pada Allah kita semua selamat,” ucap Syed Al-Hadad.

Empat ekor gajah berdiri di depan kereta.

Salah seekor dari gajah itu, paling besar dengan sepasang gading yang tajam. Panjangnya dianggarkan lebih dari tiga kaki. Sambil bertempik gajah tersebut menjatuhkan belalainya atas bonet kereta. Semua yang ada dalam kereta kecut perut.

“Tenang, jangan bising dan jangan bunyikan hon kereta,” ujar datuk perlahan.

Arahannya segera dipatuhi. Kami saling berpandangan penuh dengan kebimbangan. Dari atas bonet depan belalai gajah yang lembut bergerak ke atas bumbung kereta. Bila kaki depannya digeselkan kebadan kereta, seluruh kereta bergegar. Kami bergerak ke kiri dan ke kanan mengikuti gerak kereta yang digesel kaki gajah.

Lebih dari lima belas minit kami mematikan diri. Entah kenapa tidak ada sebuah kereta yang melintas ketka itu.

Mungkin para pemandu yang selalu menggunakan jalan raya tersebut sudah tahu, ketika kami melalui jalan tersebut, adalah ketika dan saat binatang liar melintasi jalan. Beralih tempat mencari rezeki di seberang jalan. Mungkin apa yang berlaku itu adalah secara kebetulan.

Dalam saat yang serba mencemaskan itu, gajah besar terus bertempik, dengan sekuat-kuatnya. Gajah-gajah yang lain segera mendekatinya lalu mengelilingi kenderaan kami. Tidak ada apa yang dapat dilihat kecuali kaki gajah yang hitam menutup pandangan. Kami pasrah kepada Allah.

Perlahan-lahan saya gerakkan kepala. Menoleh ke arah datuk dan pandangan kami bersambung. Sepasang bibir terasa bergerak-gerak lemah. Tetapi tidak ada sepatah kata terlontar dari mulut.

Dan datuk yang mengerti gelodak batin segera meletakkan telapak tangan kiri ke atas bahu.

“TenangTamar.”

“Tapi saya takut.”

“Mohon pertolongan dari Allah dengan ayat-ayat Quran yang aku bekalkan kepada kamu,” lembut nada suara datuk. Penuh diplomasi membangunkan sebuah keyakinan diri dalam kalbu.

Saya menggangguk dan renungan kembali pada posisi asal. Merenung cermin kereta dan kumpulan gajah liar yang masih belum berganjak. Dari celah-celah kaki gajah, gumpalan awan putih yang bergerak di dada langit, masih boleh dilihat.

KABUL

Doa kami berempat yang sengsara dalam perut kereta diperkenankan oleh Allah. Gajah besar terus bertempik, seolah-olah mengeluarkan sebuah arahan.

Beberapa detik berikutnya kumpulan gajah itu, seekor demi seekor bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh belalai gajah besar.

Saya dan pemandu menarik nafas kelegaan. Pandangan tidak lagi dihalang oleh kaki dan badan kumpulan gajah liar. Gajah besar membawa anak buahnya memasuki hutan di kaki sebuah bukit. Barangkali di situ kaya dengan pokok bayas yang lembut umbutnya di sampingnya pisang hutan yang tumbuh merata-rata.

“Allah hu Akbar,” balas datuk.

Saya dan pemandu berbalas senyum. Wajah yang sebentar tadi cemas semacam, segera bertukar menjadi ceria. Penuh semangat dan keyakinan yang cukup tinggi. Si pemandu besedia meneruskan tugas yang terganggu.

“Bagaimana perasaan kamu? Sudah aman?” Syed Hamid Al-Hadad menatap wajah pemandunya yang berdahi luas.

“Sudah aman Pak.”

“Kalau begitu, teruskan perjalanan. Kalau lambat nanti kita senja di perjalanan. Lagi pun kawasan ini bukan kawasan aman. Banyak orang jahat.”

“Maksud tuan Syed?” secara spontan datuk bertanya.

“Kenderaan yang lalu di sini selalu dirompak. Kadang-kadang dibunuh dan mayat dibuang dalam hutan untuk makanan binatang buas.”

“Oh, begitu,” ada keresahan dihati datuk.

Sambil menarik nafas, kiri kanan jalan direnungnya. Apa yang dilihatnya ialah pokok besar yang berdiri kukuh. Entah mengapa secara tiba-tiba saya terasa seram.

“Kenapa masih belum bergerak?”

Syed Hamid Al-Hadad mencuit bahu pemandunya.

“Saya kira bapak ada urusan lagi.”

“Urusan apa? Tak ada urusan. Ayuh, sekarang jalan.”

“Baik pak”

Kereta kembalii bergerak. Mula-mula perlahan-lahan kemudian beransur laju dan terus laju. Meninggalkan pepokok, bukit bukau di belakang. Suasana di jalanan terasa agak lengang, kenderaan tidak serancak tadi. Samada yang ke Medan atau sebaliknya. Langit masih cerah. Awan juga bergerak lemah. Tetapi matahari kian condong ke barat.

Pemandu di sebelah tetap hati-hati dan teliti mengemudi kenderaan yang dikendalikan. Matanya tajam merenung dada jalan, sesekali dia menoleh ke arah kiri dan kanan jalan.

Macam ada sesuatu yang diawasinya. Dua tiga buah kenderaan berat memotong, tidak memberikan peluang kepada kenderaan kami untuk menyelit di tengah.

Secara berbisisk, pemandu memberitahu kenderaan berat yang membawa barangan dari kota raya Medan, akan bergerak secara konvoi, tidak bersendirian. Tujuan untuk keselamatan pemandu dan barang yang dibawa. Penjahat jalanan tidak akan merompak kenderaan barang yang bergerak secara berkumpulan.

Atas alasan keselamatan, pemandu kenderaan berat tidak mahu terpisah antara satu sama lain dalam jarak yang jauh. Mereka juga tidak mahu di antara jarak tersebut ada kenderaan lain menyelit.

Kerana kenderaan ang menyelit di tengah-tengah itu belum pasti penumpang atau pemandunya orang baik-baik. Siapa tahu, kalau penjahat jalanan menyamar jadi orang baik-baik untuk merompak.

“Di jalanraya ini, macam-macam boleh jadi. Orang yang nampak baik, raut muka macam orang berpelajaran , belum tentu baik. Orang yang nampak kasar dan muka macam mahu makan orang, belum tentu jahat. Pendek kata para pemandu di sini diselubungi misteri. Jadi, saya harus berhati-hati dan beringat. Salah perhitungan celaka badan,” bisik si pemandu, antara jelas dengan tidak.

OTAK

Sikap si pemandu memberitahu secara berbisik menimbulkan berbagai-bagai persoalan dalam otak. Kenapa dia tidak mahu menerangkan secara terbuka. Kenapa mesti bisik-bisik? Mungkin dia berbuat demikian kerana tidak mahu perkara tersebut sampai ke pengetahuan Syed Hamid Al-Hadad dan datuk.

Bila perkara yang tidak menyenangkan itu diketahui oleh kedua-dua orang tua yang duduk di belakang, macam-macam masalah boleh timbul. Setidak tidaknya perasaan mereka tidak akan aman. Sentiasa diburu keresahan dan rasa takut.

Dan hati kecil saya membuat kesimpulan, bahawa pemandu di sebelah saya ini termasuk istilah pemandu misteri yang disebut pada saya sebentar tadi.

“Uhhh........”

Sebuah keluhan tanpa sebab terhambur dari mulut. Ada jelingan tajam dari pemandu untuk saya. Serentak dengan jelingan itu, ada sekilas senyum pendek beralun di kelopak bibirnya. Barangkali senyum sindiran.

Dan boleh juga jadi senyum simpati. Macam-macam andaian timbul akibat senyum. Tidak salah, kalau saya mengkategorikan pemandu di kanan saya termasuk dalam golongan pemandu seribu kemungkinan.

Sesungguhnya, bermula dari bisikan, telatah dan senyum tang dipamirkan oleh si pemandu, menghimpunkan sejuta keresahan, ketakutan dan kecemasan yang memanjang dalam rongga dada. Tetapi, mujurlah apa yang memuak di rongga dada dapat dikawal dan ditenteramkan. Terutama bila melihat si pemandu memaut stering kereta seerat mungkin. Kereta terus meluncur laju.

Sinar matahari petang kian redup. Bila kenderaan melalui jalan yang di kiri kanannya ditumbuhi pepohon besar dan berdaun lebat, terasa agak gelap. Suasana begini tidak menganggu datuk dan Syed Hamid Al-Hadad yang duduk tersandar di kusyen belakang dan berborak.

Sesekali terdengar suara mereka bercakap, Biasanya, percakapan itu tidak berlangsung lama, hanya untuk beberapa minit saja. Kemudian masing-masing membisu. Bercakap lagi untuk beberapa minit. Membisu lagi, begitulah silih berganti.

Dan tekanan nada suara bila bercakap cukup rendah sekali. Sukar untuk dikesan tentang perkara yang mereka perkatakan.

Sebuah lori datang meluru dari arah belakang sambil membunyikan hon dengan kuat, minta laluan. Sungguh tidak sopan pemandu lori itu. Sambil memotong dia terus menhimpit lorinya ke arah kereta yang kami naik. Pemandu sebelah saya jadi kelam kabut dan terus menekan berek serta memandu kereta ke tepi jalan.

“Sial.....’

Itu yang terkeluar dari mulut pemandu. Mukanya merah menahan kemarahan. Lori yang memotong lesap dari pandangan. Syed Hamid Al-Hadad dan datuk tidak memberi sebarang komen.

“Sial, dia memang manusia syaitan laknat,” terhambur lagi ungkapan dari rahang mulut pemandu. Api kemarahannya masih belum menurun.

“Jangan maki hamun orang macam itu. Itu bukan amalan orang yang berhati mulia,” Datuk cuba memberikan ketenangan.

“Habis macam mana saya tak marah. Dia menghimpit kereta kita. Dia mahu membunuh kita semua. Dia ingat dia seorang saja mahu hidup,” ledakan kemarahan terus diluahkan oleh si pemandu.

‘Kita mengalah saja, beri laluan kepadanya.” Syed Hamid Al-Hadad memberikan sebuah pandangan.

Si pemandu yang dadanya masih bersarang dengan api kemarahan terdiam. Dua tiga kali dia menelan air liur sambil menggosok pangkal hidungnya berkali-kali.

“Maafkan saya, memang saya tak boleh tahan dengan perangai biadabnya,” si pemandu renung muka Syed Hamid Al-Hadad dan batuk berkali-kali.

“Lupakan .”

Serentak datuk dan Syed Hamid Al-Hadad bersuara. Si pemandu yang api kemarahannya beransur reda mengangguk. Dan enjin kereta yang mati dihidupkan kembali.

TENANG

Dengan tenang setering kereta dipulas ke kanan. Empat tayar kereta yang terbabas ke dalam rumput di gigi jalan berjaya dinaikkan ke atas dada jalanraya.

Seterusnya kereta kembali bergerak lancar. Tetapi, rasa kemarahan masih belum padam seratuds peratus dari dalam hati pemandu di sebelah saya.

Buktinya, dapat dikesan dari mulutnya yang kumat-kamit. Saya kira dia masih memaki hamun, menyumpah seranah pemandu lori kecil yang tidak senonoh. Cuaca petang, kian redup. Matahari makin condong kebarat. Pada hemat saya, tidak sampai dua jam lagi, matahari akan terbenam di kaki langit. Perjalanan seterusnya di rasa cukup selesa.

“Pengalaman kereta dihimpit dan dilanggar orang dari belakang, atau terbalik dalam gaung, memang sudah saya rasakan. Tetapi, pengalaman....” Syed Hamid Al-Hadad yang memulakan percakapan dengan datuk, tidak meneruskannya.

“Kenapa berheni,” datuk mendesak.

”Saya rasa kurang sopan, kalau saya meneruskan.”

“Demi persahabatan ini, anda harus meneruskan.”

Sepasang anak mata hitam datuk tertampar kewajah Syed Hamid Al-Hadad mengangguk tanda setuju.

“Ini pengalaman pertama saya berdepan dengan gangguan gajah liar di jalanraya. Semangat saya terasa melayang. Sebelum ini, awak pernah mengalaminya?, “ jujur sekali Syed Hamid Al-Hadad memnyampaikan apa yang ada di dalam hatinya.

Datuk tidak memberikan tindak balas yang positif terhadap pertanyaan yang diajukan.

Memang ada rasa sedikit kehampaan di hati Syed Hamid Al-Hadad. Dia tidak berputus asa dan terus mengajukan pertanyaan yang sama.

“Pernah,:” balas datuk pendek.

“Mencemaskan?”

“Kali pertama memang mencemaskan. Bila masuk kali kedua dan ketiga, kurang sikit rasa takutnya.”

“Bagaimana kalau perkara macam ini berlaku masa depan.”

“Saya berharap dan berdoa kepada Allah, janganlah perkara itu berlaku lagi,” tegas datuk.

“Saya pun harap begitu,” kata Syed Hamid Al- Hadad. Kedua-duanya ketawa kecil penuh dengan kemesraan dan kekeluargaan.

Saya dan pemandu yang mendengar dialog antara Syed Hamid Al-Hadad dengan datuk turut tersenyum.

Memang melucukan . Sepatutnya mereka bercakap atau berbual hal-hal yang lebih besar dari itu. Agaknya perkara itu sengaja dilakukan sebagai sebuah pelarian untuk menhilangkan rasa bosan atau takut tentang sesuatu yang bakal berlaku. Dan cara kebetulan pula, kotaraya Medan masih jauh lagi.

“Ada motor mengekori kita dari belakang,” kata pemandu sambil merenung cermin kecil di depannya. Saya anggukkan kepala dan menganggap kehadiran sebuah motosikal yang dinaiki dua insan memakai jaket hitam adalah perkara biasa.

Makin lama, motosikal itu makin dekat dengan kereta yang kami naiki. Malah jaraknya tidak sampai 50 meter. Tidak dapat dipastikan darimana motosikal yang ditunggang oleh dua insan itu mengekori kereta kami. Saya yakin, motosikal itu muncul setelah kenderaan kami melepasi selekoh tajam.

Kehadiran motosikal dengan dua insan berjaket hitam itu turut disedari oleh Syed Hamid Al-Hadad dan datuk. Kedua-dua orang tua tersebut bagaikan tidak kisah. Meskipun sekali sekala Syed Hamid Al-Hadad menoleh ke belakang.

KEJUT

“Tamar,” mengejut saja pemandu bersuara.

“Kenapa?.”

“Motosikal misteri dan orangnya dah hilang.”

“Kau jangan bergurau.”

“Aku tak bergurau, kau tengok ikut cermin tepi.”

Syur pemandu segera saya patuhi. Memang, dia tidak bergurau.

Motosikal yang ditunggangi oleh dua insan berjaket hitam hilang entah kemana. Dan ini mengukuhkan lagi andaian saya bahawa mereka tidak mengekori kenderaan yang kami naiki.

“Kemana mereka menghilang,” pemandu bertanya.

“Pulang ke rumah, hari dah nak malam,” jawap saya bergurau, pemandu tersenyum. Minyak kereta terus ditekan, walaupun ketika itu, kereta sedangmenuruni kawasan berbukit.

“Kurangkan laju, kamu memandu menuruni bukit dan di depan ada dua selekoh merbahaya,’ tegur Syed Hamid Al-Hadad.

Dengan serta merta jarum meter menurun dari 120km sejam kepada 70km sejam. Saya menegakkan ibu jari kanan. Pemandu yang mengerti dengan maksud saya tersenyum.

“Kau nakal,” katanya sambil menolak tangan saya, Dalam kesuraman sinar matahari petang, sayup-sayup terlihat orang berdiri di tepi jalan sambil mengangkat tangan menahan kenderaan yang lalu. Makin lama, makin jelas bentuk tubuh orang yang berdiri itu. Seorang lelaki separuh baya memakai kemeja lengan panjang berjalur hitam putih. Seluarnya berwarna kelabu taik anjing.

“Berhenti dan bantu dia.” Arahan dari Syed Hamo\id Al-Hadad kepada pemandunya.

Entah kenapa hati saya berdebar. Datuk tidak memberi sebarang komen. Air mukanya membayangkan rasa bimbang.

“Kita tak kenal dia,” kata pemandu.

“Itu bukan soal, dia manusia memerlukan bantuan. Bantu dia.” Syed Hamid Al-Hadad terus berkeras. Pemandu anggukkan kepala. Patuh pada perrintah majikan. Kira-kira dalam jarak tiga tiang telepon, mahu sampai ke tempat orang yang berdiri di tepi jalan, si pemandu memperlahankan kereta yang dipandunya.

“Hati-hati,” terdesak suara datuk dalam nada resah

“Terima kasih atas ingatan saudara, saya yakin dia orang yang memerlukan bantuan. Boleh jadi orang susah,” balas Syed Hamid Al-Hadad. Saya mengigit bibir sementara pemandu menarik nafas dalam-dalam. Tidak tahu apa yang difikirkannya.

Menyedari kereta yang kami naiki, semakin lama semakin perlahan dan menghampirinya. Orang yang di tepi jalan kian kerap menurun naikkan tangannya. Malah, dia bergerak ke tangah jalan sambil menghalakan wajah dan dadanya ke arah kereta. Tidak takut dengan kemalangan yangmenanti seandainya si pemandu bertukar fikiran dari menekan berek kepada pedal minyak.

Orang ini ada muslihat tertentu, fikir saya dalam hati, Barangkali pemandu juga berfikiran demikian. Itulah sebabnya, dia agak keberatan mematuhi arahan Syed Hamid Al- Hadad tadi. Datuk juga tidak berkecuali, buktinya dia turut mengingatkan pemilik kereta supaya berhati-hati.

Sebaik saja kereta berhenti dan enjin dimatikan. Tergesa-gesa Syed Hamid Al-Hadad memuka pintu kereta dan terus keluar.

Lelaki yang berdiri di tengah jalan segera menerpa ke arahnya menghulurkan tangan untuk bersalaman. Di saat kedua-dua telapak tangan untuk bersalaman, lelaki itu berpusing lalu menyambar pergelangan Syed Hamid Al-Hadad.

Dengan sekelip mata, tangan Syed Hamid Al-Hadad dikilasnya ke belakang. Serentak dengan itu satu tendangan padu dilepaskan kerusuk Syed Hamid Al-Hadad. Lelaki berdarah Arab Melayu itu jatuh tersungkur di bumi dan mengerang kesakitan.

Saya dan pemandu tergamam. Tidak tahu apa yang harus dlakukan. Datuk juga demikian. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya.