DATUK terus mengangkat kaki kiri. Dengan tangan kiri, dia terus menepuk tapak kaki lima kali berturut-turut. Kucing hitam terus mengiau sekuat hati sambil berdiri di kaki. Mulutnya terbuka luas. Mata merah bagaikan seketul bara api dari kayu bakau.
Perlahan-lahan
datuk menjatuhkan kaki kirinya sambil menahan nafas. Bila dia menghembuskan
nafas, tangan kiri terus diluruskan. Sebaik sahaja tapak kaki kiri bertemu
dengan batu jalan. Kucing hitam terus menjerit serta melompat separas kepala
saya. Kucing hitam terus ghaib.
Sekujur
tubuh saya dibasahi peluh. Panas bagaikan menyengat menggigit kulit muka. Mulut
Tajuddin dan Maniam terlopong. Muka mereka bertambah pucat. Datuk menatap muka Maniam
dan Tajuddin. Deru kenderaan yang lalu di dada jalan raya menyumbat lubang
telinga.
Debu-debu
dan kenderaan yang bergerak dalam suasana panas amat membosankan. Beberapa
orang anggota polis yang bertugas di balai merenung ke arah kami. Ganjil bagi mereka
melihat kami bercakap dalam panas yang amat membahang.
“Ular,
ularr..” suara itu datang dari arah pasar. Perhatian terus ditumpukan ke arah
pasar. Suasana di situ kelihatan kelam-kabut, penjual dan pembeli bertempiaran
keluar dari pasar. Mereka berlari tidak tentu arah. Jerit mereka
sambung-menyambung.
Dua orang
penjual ikan dengan pisau pemotong ikan di tangan, melintasi jalan raya. Sebuah
kereta terpaksa melakukan brek kecemasan. Sebuah lori membawa durian yang
berada dalam jarak dekat dengan kereta itu, tidak dapat melakukan brek
kecemasan. Akibatnya, lori itu terus menyondol punggung kereta.
Pemandu
dan penumpang kereta tidak mengalami kecederaan. Begitu juga dengan pemandu dan
kelindan lori yang membawa durian. Suasana menjadi bertambah kacau. Cerita ular
muncul dalam pasar terus merebak dengan cepatnya.
Penjual
ikan yang selamat dari dilanggar kereta kecil terus masuk ke kawasan depan
balai polis. Datuk segera menangkap tangannya. Datuk merampas pisau pemotong
ikan darinya. Manakala yang seorang lagi terus lari ke arah belakang pekan.
Tidak muncul-muncul lagi.
Mungkin
penjual ikan bangsa Cina itu pulang ke rumahnya, fikir saya. Bila saya menoleh
ke arah Maniam dan Tajuddin saya dapati mereka sudah pun meninggalkan saya.
Mereka lari masuk ke balai polis
Beberapa
orang anggota polis segera pergi ke tempat kejadian. Mereka mengawal keadaan
supaya perjalanan kenderaan di jalan raya berjalan dengan lancar. Beberapa
orang anggota polis yang tidak bertugas segera mencari kayu dan buluh untuk
pergi ke pasar.
“Jangan,”
kata datuk pada anggota polis itu. Mereka patuh dengan cakap datuk. Sarjan 1000
segera mendapatkan datuk. Mereka bercakap-cakap sebentar. Sarjan 1000 segera
meyuruh anggota-anggota polis yang membawa kayu dan buluh pulang ke balai.
“Macam
mana rupanya ular tu?” Tanya datuk pada penjual ikan yang berasal dari Kedah.
“Hitam
besar, sebesar pinang dara, menjilat darah ikan lantai pasar.”
“Kamu tahu
dari mana dia datang?”
“Tak tahu,
yang saya ingat sebelum tu ada seorang lelaki tua, bau badannya busuk masuk
pasar.”
“Apa yang dicarinya?”
“Apa yang dicarinya?”
“Dia
berjalan dalam pasar, bila saya kata ada bau busuk lelaki itu hilang, lima
minit kemudian tempat lelaki itu hilang, muncul ular besar, lidahnya menjilat
bangkai ikan dan darah.”
“Hummmmmmmmmm...,”
datuk mengeluh pendek.
Sarjan
1000 yang mendengar perbualan antara datuk dengan penjual ikan itu menggigit
bibir. Dahinya terus dikedutkan. Sementara itu kereta dan lori yang berlanggar
segera diubahkan ke tepi jalan.
“Mari kita
pergi tengok,” datuk menarik tangan penjual ikan.
“Minta
maaf,” penjual ikan itu menolak.
“Tak
apalah kalau kamu tak mahu.”
“Saya
takut.”
“Tak apa,
kamu pergi ke balai,” sebaik sahaja selesai datuk bercakap, penjual ikan itu
terus menuju ke balai polis. Datuk terus bercakap dengan Sarjan 1000. Datuk
tidak dapat menenma cadangan dan Sarjan 1000 untuk menembak ular tersebut.
“Kalau
tidak dibunuh, ular tu boleh mengancam keselamatan orang ramai,” kata Sarjan
1000.
“Saya tahu
Sarjan, kita cari jalan lain.”
“Apa
caranya?”
“Begini
saja, kita tunggu di sini, awak suruh orang yang ada dua tiga orang tepi jalan
ni pulang, jangan suruh mereka tunggu di situ.”
“Baik.”
PULANG
Sarjan segera menyuruh orang-orang itu pulang. Keadaan kembali tenang. Beberapa orang suri rumah yang masuk ke pasar disuruh pulang. Keadaan dalam pasar sunyi sepi. Panas tengah hari kian mencengkam, batu di jalan kelihatan seperti ada air.
PULANG
Sarjan segera menyuruh orang-orang itu pulang. Keadaan kembali tenang. Beberapa orang suri rumah yang masuk ke pasar disuruh pulang. Keadaan dalam pasar sunyi sepi. Panas tengah hari kian mencengkam, batu di jalan kelihatan seperti ada air.
“Sekarang
awak berdiri di belakang saya dalam jarak sepuluh kaki, Tamar pula berdiri di
belakang awak dalam jarak yang sama,” datuk mengeluarkan perintah pada saya dan
Sarjan 1000. Perintah itu segera kami patuhi. Kenderaan kian berkurangan
melalui jalan raya di depan pasar.
Datuk
terus memeluk tubuh sambil merenung ke arah pasar. Saya lihat sebuah teksi
berhenti mengejut di jalan raya. Di depan teksi tersebut kelihatan seekor ular
hitam sebesar batang pinang dara, berwarna hitam melintasi jalan raya dalam
panas tengah hari yang membahang.
Bila teksi itu bergerak semula, ular hitam sebesar batang pinang dara sudah pun berada di depan datuk. Ular itu mengelilingi datuk. Dalam sinar matahari yang keras itu, saya lihat mulut itu mengeluarkan asap nipis.
Bila teksi itu bergerak semula, ular hitam sebesar batang pinang dara sudah pun berada di depan datuk. Ular itu mengelilingi datuk. Dalam sinar matahari yang keras itu, saya lihat mulut itu mengeluarkan asap nipis.
Datuk
angkat kaki kanan, melangkah tiga tapak ke depan. Datuk membuka tangan yang
memeluk tubuh dan undur tiga tapak ke belakang akhirnya datuk membuka silat.
Serentak dengan itu terdengar satu ledakan yang kuat macam suara petir. Dari
sebelah kanan datuk memancar cahaya kilat yang memanjang menuju ke arah pucuk
kelapa.
Suara
ledakan di tengah bandar itu didengar oleh para penduduk beberapa buah kampung
sekitar pekan kecil tersebut. Bila ledakan itu berakhir, ular hitam sebesar
pinang dara itu terus ghaib.
Saya lihat
tubuh datuk dibasahi peluh. Nafasnya tercungap-cungap. Rumput hijau yang berada
tidak jauh dari datuk nampak hangus. Manakala batu jalan menuju ke balai polis,
tempat ular hitam sebesar pinang dara itu bergerak, kelihatan merkah.
Datuk
meletakkan hujung jari telunjuknya di hujung dahi. Dari hujung dahi, dia
menjatuhkan jarinya perlahan-lahan hingga ke pangkal dagu. Peluh yang disapu
oleh jari telunjuk berjatuhan atas dada.
“Masih
belum selesai lagi,” rungut datuk. Sarjan 1000 menarik nafas panjang sambil
merenung muka saya dengan seribu macam persoalan.
“Sekarang
orang yang berniaga bolehlah pulang ke tempat berniaga,” datuk beritahu Sarjan
1000. Dan Sarjan 1000 segera menghebahkan perkara itu pada orang-orang yang
berada di situ. Sepuluh minit kemudian, pasar ikan dan sayur berdenyut kembali
dengan manusia. Mereka seolah-olah lupa dengan apa yang berlaku.
Beberapa
orang kampung yang berdekatan, datang ke balai polis. Mereka mahu mengetahui
punca ledakan yang mereka dengar. Mereka kecewa, tidak seorang pun anggota
polis di balai tersebut dapat memberi penjelasan dengan terperinci.
“Tidak ada
sesuatu yang ganjil dan saya sendiri tidak dapat menerangkannya, kalau awak
mahu tahu tanyalah pada penjual ikan dan sayur di market,” itulah jawapan yang
datuk berikan pada salah seorang lelaki yang bertanya padanya berhubung dengan perkara
aneh itu. Orang yang bertanya menggigit bibir lain meninggalkan datuk.
Kerana
waktu Zuhur sudah tiba, saya dan datuk menuju ke masjid. Setelah menunaikan
fardu Zuhur serta berwirid pendek, kamipun meninggalkan masjid yang letaknya
tidak berapa jauh dari Sungai Perak.
Sebabnya
saya beranggapan demikian, kerana pakaian lelaki itu bertampung di sana,
bertampung di sini, tidak jauh darinya terdapat tongkat dan tempurung.
Datuk
berhenti melangkah. Dia terus menyeluk saku bajunya. Bersedia untuk mencampakkan
seringgit dua ke dalam tempurung peminta sedekah. Saya sudah masak benar dengan
perangai datuk. Terlalu murah hati dengan peminta sedekah, sanggup berlapar
asalkan peminta sedekah diberi wang.
“Berikan
padanya” datuk hulurkan wang kertas lima ringgit pada saya.
“Banyak
sangat ni tuk.”
“Berikan
saja, jangan banyak cakap,” datuk membeliakkan biji mata. Saya terkejut dan
terus melangkah mendapatkan peminta sedekah.
Bila saya
berdiri di depan peminta sedekah, bulu tengkuk saya terus berdiri. Perasaan
saya terus berdebar, macam ada sesuatu yang kurang menyenangkan. Saya rasa
sepasang mata lelaki itu begitu tajam menyorot tiap langkah saya. Badan saya
terus menggeletar.
“Apa lagi
yang kau tunggu Tamar,” jerit datuk.
“Saya
takut tuk?”
“Apa yang
kamu takutkan, bukankah dia makhluk macam kamu juga.”
“Saya tak
mahu tuk,” saya segera berpatah balik ke arah datuk yang berdiri tidak jauh dan
saya.
Tidak saya duga, perbuatan saya itu menimbulkan rasa marah pada datuk. Dia segera mengheret saya ke arah peminta sedekah di bawah pokok. Sebaik sahaja saya dan datuk berdiri di depan peminta sedekah tersebut, tanpa diduga peminta sedekah itu segera bangun.
Tidak saya duga, perbuatan saya itu menimbulkan rasa marah pada datuk. Dia segera mengheret saya ke arah peminta sedekah di bawah pokok. Sebaik sahaja saya dan datuk berdiri di depan peminta sedekah tersebut, tanpa diduga peminta sedekah itu segera bangun.
Dia
melemparkan tempurung dan tongkatnya arah utara. Perbuatannya itu memang aneh
sekali. Saya dan datuk merenung ke arah kawasan dia melemparkan tongkat dan
tempurung. Bila kami merenung kembali ke arahnya. Peminta sedekah itu, sudah
tiada lagi di situ. Saya dan datuk terhidu bau busuk yang amat kuat.
“Sudahlah,
kita dipedaya lagi.”
“Siapa
yang mempedayakan kita tuk?”
“Nantilah,
aku terangkan kemudian.”
“Saya
boleh agak orangnya tuk.”
“Sudahlah,
jangan nak merepek.”
Nada suara
datuk yang keras itu, membunuh hasrat saya untuk menunjukkan sebarang
pertanyaan. Tetapi, otak saya segera memikirkan tentang Kamal. Semua
gerak-gerinya timbul dalam kepala. Dua tiga kali, saya menggosok kelopak mata,
saya bagaikan terpandang-pandang tubuh Kamal dan kakinya yang tokak wujud di
depan saya.
“Berusaha
melupakannya, bila kau ingat atau terkenangkan dirinya, dia datang dekat kamu,”
kata-kata datuk it membuat seluruh bulu roma saya tegak berdiri. Saya tidak
berjaya melupakannya, makin kuat saya mahu melupakannya, makin kuat pula
ingatan itu berlegar-legar dalam kepala.
Datuk
segera mengeluarkan sapu tangan. Muka saya digosoknya dengan saputangan dua
warna iaitu hitam dan kuning, bentuknya tiga segi. Dua kali muka saya digosok
dengan saputangan. Kepala saya terasa berdesing sebentar kemudian terasa cukup
lapang. Bayang Kamal terus hilang
MAKAN
Saya dan datuk singgah di kedai makan, tidak jauh dari tebing sungai. Saya minta nasi dan gulai tempoyak ikan baung. Datuk hanya meminta segelas air sejuk. Sebelum, air itu diteguk datuk membaca sesuatu.
Saya dan datuk singgah di kedai makan, tidak jauh dari tebing sungai. Saya minta nasi dan gulai tempoyak ikan baung. Datuk hanya meminta segelas air sejuk. Sebelum, air itu diteguk datuk membaca sesuatu.
Sementara
menanti saya selesai makan, datuk terus termenung. Sesekali dia menggaru batang
lehernya. Dua orang lelaki yang duduk tidak jauh dan meja kami, bercerita
dengan rancaknya tentang buaya putih yang dilihat o1eh beberapa penduduk di
kampung seberang.
Menurut cerita
kedua lelaki itu, buaya putih tersebut muncul di tengah sungai waktu bulan
mengambang penuh. Buaya itu mengekor sampan yang digalah oleh orang-orang yang
pulang malam dari pekan Parit. Setakat ini belum ada orang yang diganggu oleb
buaya putih itu.
Buaya itu
sekadar memperlihatkan dirinya sahaja. Bila ada orang memaki hamunnya, buaya
putih akan membuka mulutnya luas-luas sambil ekornya memukul air sungai.
“Buaya
putih tu, buaya keramat, malam esok orang-orang kampung aku akan mengadakan
jamuan untuk buaya putih,” saya menjeling ke arah lelaki yang bercakap itu.
Orangnya berbadan kurus, ada misai nipis melintang di bibir. Di dagunya
tergantung sejemput janggut. Saya menyebut janggut jenis itu sebagai janggut
kambing.
“Buaya
putih itu berasal dan manusia, kalau tak dibuat jamuan atau semahan akan
mendatangkan bala pada kita,” sambung lelaki itu. Kawannya yang tertonggok di
depan anggukkan kepala. Datuk segera mencuit bahu saya. Dia suruh saya makan
cepat. Datuk tidak begitu minat mendengar perbualan kedua orang lelaki itu.
Dari cara
kedua lelaki itu bercakap (dengan nada suara yang keras), seolah-olah mahu
menanik perhatian pelanggan-pelanggan lain yang berada dalam kedai makan. Saya
tidak tahu tujuan sebenar kedua-dua orang lelaki itu.
“Bangun,”
kata datuk. Saya anggukkan kepala dan terus bangun. Saya terus menuju ke meja
penerima wang. Saya jelaskan bayaran makan dan minuman yang dipesan. Kami
tinggalkan kedai makan.
“Memuja
dan membuat jamuan tu kerja khurafat, mana ada buaya keramat,” bisik datuk pada
saya.
“Habis
buaya itu, buaya apa tuk.”
“Boleh
jadi memang ada buaya putih, boleh jadi itu kerja syaitan.”
“Sudahlah,
jangan tanya perkara macam tu pada aku Tamar.”
Kerana
patuh dengan permintaannya, saya tidak mengajukan sebarang pertanyaan pada
datuk. Kami menuju ke arah stesen minyak. Dan situ kami bergerak menuju ke
kedai menjual kain baju. Berdiri di situ menanti bas. Hampir sepuluh minit
berdiri bas yang ditunggu tidak juga datang.
“Kita cari
teksi Tamar,” kata datuk.
“Elok juga
tu, kalau tak dapat teksi betul, kita baik teksi sapu tuk.”
“Mana-mana
pun boleh.”
Saya dan
datuk menuju ke tempat teksi. Nasib kami cukup baik. Malik Cina (kawan datuk)
yang membawa teksi sapu bersedia untuk menghantar saya dan datuk pulang dengan
percuma.
Pada mulanya, datuk enggan menerima tawaran itu tetapi setelah dipujuk beberapa kali oleh Malik Cina datuk menerimanya.
Pada mulanya, datuk enggan menerima tawaran itu tetapi setelah dipujuk beberapa kali oleh Malik Cina datuk menerimanya.
Datuk
memberitahu saya, sebab kawannya itu dipanggil Malik Cina kerana wajahnya mirip
orang Cina serta boleh bercakap bahasa Cina dengan lancar sekali.
“Ini cucu
awak,” tanya Malik Cina pada datuk.
“Ya,”
datuk anggukkan kepala. Malik Cina senyum lalu mempersilakan saya dan datuk
masuk ke keretanya.
“Setahu
aku, kamu dulu pindah ke Kelantan, habis macam mana kamu boleh bawa teksi di
sini.”
“Betul, itu dulu, malah aku sudah mengambil keputusan nak menetap di Kuabang Kerian,” Malik Cina meraba batang lehernya.
“Betul, itu dulu, malah aku sudah mengambil keputusan nak menetap di Kuabang Kerian,” Malik Cina meraba batang lehernya.
“Habis
kenapa balik ke sini?”
“Bila anak
perempuan sulung aku kahwin, nasib buruk menimpa keluarga kami.”
“Nasib
buruk macam mana? Rumah kamu terbakar, harta benda kamu dirampas orang atau
kamu dapat menantu orang jahat.”
“Bukan
itu,” jawab Malik Cina pendek.
Saya lihat
muka Malik Cina gusar. Sesekali dia menarik nafas panjang sambil memandu kereta
dengan tenang. Datuk menggigit bibir sambil merenung ke arah pepohon yang
tumbuh subur di kaki kiri kanan jalan. Kereta yang dipandu oleh Malik Cina
melalui liku jalan yang tajam.
Angin
terasa memukul wajah saya. Rambut saya mengerbang tidak tentu arah. Terpaksa
disikat dengan rapi tetapi, rambut yang disikat itu mampu bertahan untuk
beberapa minit sahaja.
“Menantu kamu tu orang mana?” tanya datuk.
“Menantu kamu tu orang mana?” tanya datuk.
“Orang
Mersing, sama-sama kerja satu pejabat dengan anak perempuan aku.”
“Apa
kerjanya?”
“Kedua-duanya
kerja di Jabatan Parit dan Taliair,” Malik Cina menjeling datuk dengan ekor
mata.
Datuk
mengkepal-kepal kedua belah tangannya. Sesekali meraba hujung mata dengan jari
kelingking. Saya sandarkan badan ke kusyen berlagak macam orang kaya. Bergerak
ke sana, bergerak ke sini dengan bebas maklumlah duduk seorang diri di
belakang.
“Tiga
minggu lepas nikah, anak perempuan aku buat perangai, masuk saja waktu asar,
dia terus menjerit dan mengoyak pakaiannya hingga hancur. Dah puas aku bawa
jumpa doktor pakar jiwa, sakitnya tak juga berubah.”
“Berubat
cara kampung kau tak cuba.”
“Sudah,
berpuluh pawang dan bomoh yang lari lintang pukang.”
“Kenapa
jadi macam tu?”
“Bila dia
tengok pawang atau bomoh, sakitnya menjadi jadi kekuatannya macam orang lelaki,
tiga orang tak mampu memegangnya, api bara dipijak dan dimakan.” Malik Cina
menelan air liur.
Saya
tumpukan seluruh perhatian pada cerita yang disampaikan oleh Malik Cina pada
datuk. Menarik tetapi tetap terasa seram. Saya terus menyikat rambut yang
menutup dahi. Bila tayar kereta melanggar lopak, badan dan kereta terasa
bergegar, bagaikan dinding dan pintu mahu tercabut rasanya maklumlah kereta
tua.
"Setelah
berfikir panjang, semua tanah dan rumah saya di Kubang Kerian saya jual dan
menantu saya pula mengizinkan saya membawa isterinya dengan tujuan nama
berubat, dah lima bulan aku menetap di Sungai Siput,” sambung Malik Cina.
“Jauh
sungguh kamu cari penumpang sampai ke sini.”
“Pagi
tadi, ada orang sewa kereta aku ke Teluk Intan. Dari Teluk Intan, aku dapat
penumpang nak ke Parit, supaya jangan pulang kosong aku cari penumpang untuk ke
Kuala Kangsar, dari Kuala Kangsar aku cari penumpang untuk ke Sungai Siput,
tiba-tiba aku jumpa kamu,” Malik Cina ketawa berdekah-dekah.
“Lepas
kamu hantar aku ni, kamu nak cari penumpang lagi?” tanya datuk.
“Tidak, aku
nak terus balik,” jawab Malik Cina.
Malik Cina
memberhentikan teksi sapunya di tepi jalan. Datuk hulurkan wang sewa teksi
sapu. Malik Cina meno1ak dengan alasan apa yang dilakukan itu sebagai tanda
persahabatan. Menurutnya, dia bersyukur kerana dapat berjumpa dengan datuk.
Perjumpaan itu tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit.
“Aku cuma
nak minta tolong pada kau satu saja,” suara Malik Cina mendatar masuk ke lubang
telinga datuk.
“Apa dia
Malik?”
“Kalau kau
ada kenal bomoh atau pawang handal, sila beritahu aku. Aku nak berikhtiar nak
ubat anak aku.”
“Tak
usahlah, kau berubatlah ke hospital.”
“Aku bukan
tak percaya dengan doktor tapi, aku dah berusaha ke arah itu, hasilnya kurang
berkesan, aku juga tak percaya pada bomoh dan pawang, banyak bomoh dan pawang
menipu tapi, aku mencuba,” Malik Cina menelan air liur.
Datuk
termenung panjang. Dia renung muka saya sejenak. Angin petang di bawah sinar
matahari yang redup terasa menampar-nampar kulit muka saya. Perlahan-lahan saya
menarik nafas dalam-dalam.
Nantilah
aku tanya orang-orang kampung kalau ada yang tahu pawang atau bomoh,” datuk
memberikan jawapan. Cepat-cepat Malik Cina menyambar tangan datuk. Dipegangnya
erat-erat. Mukanya kelihatan berseri-seri.
“Aku ingin
nak tengok penyakit anak kamu tu Malik?” tambah datuk.
“Bila,
kamu nak datang bagi tahu, biar aku ambil kamu.”
“Tak
tentu, boleh jadi dalam minggu depan.”
“Macam tu
susahlah.”
“Tak
susah, kau lukis rajah ke rumah kamu Malik,”
“Ya,
tunggu sekejap,” Malik Cina mengambil sekeping kertas dan pensel dari dalam
kereta.
Kemudian
Malik Cina melukis rajah jalan ke rumahnya. Setelah siap dilukis kertas itu
diserahkan pada datuk. Datuk meneliti rajah yang dibuat oleh Malik Cina dengan
teliti. Datuk anggukkan kepala dua tiga kali.
“Aku tahu,
tanah dan rumah yang kamu beli tak jauh dari Kampung Bahagia.”
“Betul,
tapi kena lalu Kampung Bahagia dulu baru sampai ke rumah aku, pada hal jaraknya
dengan jalan raya Kuala Kangsar - Ipoh tak jauh, kerana tak ada jalan pintas
semuanya jauh.”
“Tanah siapa yang kamu beli?”
“Tanah siapa yang kamu beli?”
“Tanah
Cina, jangan terkejut bila kamu datang ke rumah aku, kamu melihat anak
perempuan aku berpakaian tak senonoh, macam orang separuh bogel dan memaki
hamun kamu.”
“Itu
perkara biasa,” balas datuk.
Datuk
mempelawa Malik Cina ke rumah untuk menikmati kopi petang. Malik Cina menolak
dengan alasan dia mahu pulang segera. Lagi sekali datuk dan Malik Cina
bersalam-salaman. Beberapa saat kemudian teksi sapu milik Malik Cina
meninggalkan saya dan datuk di bibir jalan.
Sampai di
rumah datuk memberitahu saya, umurnya dengan Malik Cina berbeza hampir lapan
tahun. Tetapi, Malik Cina nampak lebih tua dari datuk. Datuk juga memberitahu
saya, Abang Malik dikenali maka Suhaimi Jepun, jadi kawan rapat datuk ketika
menuntut ilmu silat.
Tetapi,
Suhaimi Jepun mati gantung diri kerana malu isterinya dilarikan oleh orang.
Malu dengan peristiwa yang dilakukan oleh abangnya yang bertentangan dengan
ajaran agama Islam itu, Malik Cina pindah ke tempat lain. Itulah latar belakang
keluarga Malik Cina yang dinyatakan oleh datuk pada saya.
BERJALAN
Saya terkejut bila datuk menyatakan dia mahu pergi ke rumah Malik Cina. Saya termenung panjang, padahal semalam datuk memberitahu Malik Cina dia mahu pergi ke tempat tersebut dalam minggu depan.
Saya terkejut bila datuk menyatakan dia mahu pergi ke rumah Malik Cina. Saya termenung panjang, padahal semalam datuk memberitahu Malik Cina dia mahu pergi ke tempat tersebut dalam minggu depan.
“Kenapa
mendadak saja tuk nak pergi?”
“Itu soal
aku, bukan soal kamu,” tebal rasa kulit muka saya.
“Pukul
berapa kita nak pergi tuk.”
“Sekejap
lagi, aku mahu sampai ke rumahnya sebelum waktu Asar, kau pergi dulu naik bas,”
terkejut lagi saya mendengar kata-kata dari datuk.
Belum
pernah datuk menyuruh saya pergi ke sesuatu tempat seorang diri. Ke mana-mana
kami tetap bersama barang kali datuk mahu menguji saya? Apakah saya mampu pergi
ke mana-mana seorang diri. Cabaran ini mesti dijawab. Saya anak jantan bukannya
pondan, timbul azam dalam diri saya.
“Datuk
pula macam mana?”
“Itu
urusan aku, kamu pergi dulu, nanti aku dekat simpang masuk ke Kampung Bahagia.”
“Baiklah tuk,” balas saya.
“Baiklah tuk,” balas saya.
Datuk
memberikan wang tambang. Dia juga memilih pakaian yang perlu dibawa dan
memasukkan ke dalam beg sandang. Nenek tidak dapat berbuat apa-apa.
Saya
terpaksa naik bas sendirian. Terasa bosan kerana tidak ada kawan untuk dilawan
bercakap. Semuanya saya hadapi dengan perasaan yang tenang dan tabah. Saya
beruntung dalam perjalanan itu, saya bertemu dengan seorang pemuda yang sebaya
dengan saya. Namanya, Zainuddin dan nama bapanya Ismail.
Saya
bertemu dengan Zainuddin di perhentian bas Kuala Kangsar. Dia dalam perjalanan
ke Ipoh. Dari Ipoh dia akan meneruskan perjalanannya dengan bas ekspres ke
Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur dia naik has untuk ke Melaka menziarahi ayah
saudaranya yang bertugas sebagai tentera di Terendak Kem.
Akhirnya
saya sampai juga ke simpang masuk ke Kampung Bahagia. Saya tersentak bila
melihat datuk sudah ada di situ. Dia menyambut saya dengan wajah yang manis.
Dia bertanya pengalaman saya naik bas. Semuanya saya ceritakan. Bila saya
bertanya, bagaimana datuk boleh berada di situ. Apakah dia naik teksi atau bas?
Datuk tidak mahu menjawab.
Bila saya
tanya berulang kali, datuk jadi marah. Dia jegilkan biji mata ke arah saya.
Saya dan datuk terus berjalan kaki melalui kawasan perumahan. Lebih kurang 200
meter mahu sampai ke rumah Malik Cina, kami bertemu dengannya.
"Naik
kereta saya, kenapa semalam tak mahu cakap, kalau cakap siang-siang bukankah
mudah,” Malik Cina menyatakan nasa kesalnya. Datuk hanya ketawa sahaja sambil
masuk ke kereta (teksi sapu).
“Kamu tak
cari penumpang hari ni, Malik?”
“Hari ini
cuti, semalam dapat lebih.”
“Ini kerja
orang malas namanya.”
“Kerja
sendiri.”
“Betul
cakap kamu, kerja sendiri tak ada siapa yang marah kalau tak buat, kalau tak
ada beras di rumah pun orang tak marah,” usik datuk, serentak kami ketawa.
DADA
Setelah menunaikan sembahyang Asar, datuk mengajak saya melihat keadaan anak perempuan Malik Cina. Orangnya cantik, berkulit putih, hidung mancung tinggi lampai dengai rambut panjang separas dada. Usianya sekitar dua puluhan. Saya merasa kasihan melihat gadis secantik itu tidur dalam keadaan kakinya dirantai.
Setelah menunaikan sembahyang Asar, datuk mengajak saya melihat keadaan anak perempuan Malik Cina. Orangnya cantik, berkulit putih, hidung mancung tinggi lampai dengai rambut panjang separas dada. Usianya sekitar dua puluhan. Saya merasa kasihan melihat gadis secantik itu tidur dalam keadaan kakinya dirantai.
Saya dan
datuk kembali ke ruang anjung rumah. Datuk mencungkil rahsia dari Malik Cina.
Tanpa berselindung-selindung Malik Cina memberitahu, bila perempuan cantik itu
terjaga dari tidur dia akan menjerit, untuk memberhentikan dirinya dari
menjerit, terpaksa diberi kain. Kain itu akan dikoyaknya hingga hancur.
“Sekarang
ni, saya menggantikan kain itu dengan kertas nampaknya dia dapat menerima
kertas tu, saya terpaksa menyediakan lima enam kati kertas sehari, kalau tak
diadakan, dia akan menjerit sambil mencubit kulit badannya dan membuka
pakaian,” sebaik sahaja Malik Cina habis berkata kami terdengar suara perempuan
menjerit. Bulu roma saya terus berdiri.
Malik Cina
meninggalkan kami. Dia membuka rantai kaki anak perempuannya. Isteri Malik Cina
segera membawa setimbun kertas dan diletakkan di bawah pokok manggis di
belakang rumah. Bila rantai kakinya dibuka perempuan cantik itu segera
mendapatkan timbunan kertas.
Dia terus
mengoyak kertas sesuka hati, ketika itu kalau dibersihkan makanan atau air
minuman, semuanya habis dicampakkan ke mana sahaja mengikut sesuka hatinya.
Jiran-jiran
yang berdekatan, segera mengerumuni perempuan cantik itu. Mereka merasa
terhibur melihat perempuan cantik mengoyak kertas, malah ada yang datang itu
membawa kertas dan kain untuk diberikan padanya.
Saya
merasa perbuatan jiran-jiran itu sudah keterlaluan, mereka mencari hiburan dari
orang yang sedang sakit. Sepatutnya mereka bersimpati dengan penderitaan gadis
tersebut.
“Mari
Tamar, kita lihat lebih dekat lagi perangainya,” kata datuk.
“Boleh
juga tuk,” balas saya. Kami terus melangkah ke arah pokok manggis. Malik Cina
dan isterinya yang ada di situ kelihatan sugul melihat kedatangan kami.
Datuk
berhenti di depan gadis cantik. Datuk bertinggung di depannya. Perempuan itu
terus mengoyak-nyoyak kertas.