Secara lembut
( sebenarnya memaksa) datuk menyuruh lelaki berdarah dahi duduk di
tengah-tengah, antara datuk dan Pak Habib. Kemudian secara penuh diplomasi
disuruh menjerit dengan sekuat hati, mendesak agar kedua-dua kawan-nya berhenli
dari bertarung.
Ternyata kali
ini, agak sukar mengubah pendiriannya. Dia masih seperti tadi, mahu kedua-dua
kawannya itu bertarung hingga salah seorang daripada mereka menemui maut. Sudah
tentu cara itu tidak diperkenankan oleh datuk
dan Pak Habib.
Hasrat lelaki
berdarah dahi itu harus dihalang. Ertinya. Datuk dan Pak Habib mesti bertindak.
Kalau tidak melakukan sesuatu yang
berkesan, datuk dan Pak Habib tetap menjadi
mangsa permainan lelaki berdarah dahi itu. Walau apa pun kerenah yang
dipersembahkan oleh lelaki berdarah dahi itu, datuk dan Pak Habib tetap sabar
melayani nya
Saya yang
berada jauh adakalanya naik darah dengan tingkah laku berdarah dahi. Tetapi,
apakan daya, saya tidak boleh masuk campur. Mesti sabar menanti hingga satu
keputusan muktamad yang bijak akan dilakukan oleh Pak Habin dan datuk.
Angin malam
yang bertiup agak keras membuat saya terasa dingin. Api yang memamah motorsikal
terus menyala dan bergerak ke arah kiri dan kanan mengikut tiupan angin.
"Biarkan
mereka berlawan sampai mati."
LETUPAN
DATUK dan Pak
Habib saling berpandangan. Suara lelaki berdarah dahi kali ini, sungguh luar
biasa lantangnya. Saya dan pemandu yang berada jauh dari mereka turut merasa
bimbang. Terdengar letupan kecil dari tempat motor terbakar. Segumpal bunga api
terbang ke uaara.
"Biarkan
mereka mati," ulang lelaki berdarah dahi.
Dia ketawa
sekuat hati macam orang mabuk dan mula bertindak agak agresif sedikit. Dua
lelaki yang bertarung pada pusingan kedua ini, tidak serancak tadi. Masing-masing
memperlihatkan tanda-tanda keletihan. Dan ini membuat lelaki berdarah dahi itu
bertambah garang dan bersemangat.
"Biarkan-biarkan
mereka jatuh mati."
Dia mula
bertepuk tangan dan menari-nari, seolah-olah dalam beberapa saat lagl dia akan
merayakan sebuah kemenangan besar. Dan situasi yang tidak menggembirakan ini
membuat datuk resah semacam.
"Biarkan
mereka tersungkur, dua-duanya pengkhianat pada kawan sendiri. Mungkir
janji," lelaki berdarah dahi julang sepasang tangannya keatas. Pak Habib
menarik nafas dalam-dalam. Dia juga berada dalam suasana yang meresahkan
Mungkin datuk
sudah hilang sabar dengan karenah lelaki berdarah dahi yang agak keterlaluan.
Inilah yang memaksa datuk bertindak agresif di luar dari kebiasaannya.
KETAWA
DI saat
lelaki berdarah dahi ketawa gamat. datuk terus menekup mulut lelaki itu dengan
telapak tangannya yang kasar dan lebar. Buat beberapa ketika lelaki berdarah
dahi tergamam. Beberapa saat berikutnya dia mula bertindak dan menggigit
telapak tangan datuk. Berkerut muka datuk menahan kesakitan.
Sebelum
gigitan menjadi lebih parah, datuk
segera memulas leher lelaki berdarah dahi dan terus diapit kecelah ketiak.
Seluruh badan lelaki berdarah dahi bergoyang dan bergerak macam ikan keli
menyondol selut.
Kian kuat
lelaki berdarah dahi menggerakkan
badan untuk melepaskan diri, makin kuat kepalanya diapit dan ditekan ke celah
ketiak. Datuk pun mengheret lelaki ilu ke pangkal pokok merbau.
"Duduk disini."
Kepala lelaki
itu dikeluarkan dari celah ketiak dan terus ditekan supaya duduk.
"Jangan
ke mana-mana, selagi tak dapat perintah dari aku,” keras dan garang suara
datuk.
Entah apa ayat yang
dihembuskan oleh datuk kepada lelaki berdarah dahi hingga dia tidak
melawan, tidak berani tentang biji mata datuk. Menurut kata, macam kerbau dicucuk hidung.
"Duduk.kau
faham tak cakap aku?"
Lelaki berdarah
dahi anggukkan kepala
Datuk menggeliat
dua tiga kali sambi melihal kesan gigitan dilengannya. Bila jejari nya
digenggam terasa sakit. Sehelai daun pokok 'salang' segera dipetik dan dibalut
pada jejari yang terasa sakit dan bengkak.
Tidak
mengambil masa yang panjang. Sepuluh
minit kemudian balutan daun salang itu dibuka. Rasa sakit terus hilang. Bengkak pun susut. Jari jemari boleh
dibuka dan digenggam. Sebelum
melangkah kearah Pak Habib, datuk renung lelaki berdarah dahi untuk mempastikan,
apakah dia akur dengan arahan yang diberi.
Datuk menarik
nafas lega, lelaki itu memang akur.
Dengan senyum
datuk melangkah ke arah Pak Habib. Belum pun sampai ke tempat yang dituju,
lelaki berdarah dahi terus melompat mengambil sepotong kayu di sisinya. Datuk
tidak menyedari apa yang berlaku di belakangnya. Begitu juga dengan Pak Habib
yang asyik merenung ke kawasan lapang, tempat dua insan bertarung.
Dengan kayu
ditangan, lelaki berdarah buka langkah silat. Tindakan selanjutnya, dia meluru kearah
datuk
"Dari belakang tuk," jerit saya.
Datuk segera
berpaling, menanti kedatangan lelaki berdarah dahi dengan dada dan tangan
terbuka.
"Ahhhhh "
KAKU
LELAKI
berdarah dahi berhenti melangkah. Kayu ditangan dihumban jauh-jauh. Dia berdiri
kaku di depan datuk. Perlahan-lahan datuk merapatinya lalu melepaskan sebuah
hembusan ke muka. Lelaki berdarah dahi nampak lemah, jatuh perlahan-lahan di
kaki datuk dan terus tidur berdengkur di situ.
"Datuk
kamu hebat Tamar."
Itu komentar
si pemandu setelah melihat apa yang dilakukan oleh datuk pada lelaki
berdarah dahi, di depan matanya.
"Tamar! apa kamu tidak mengambil llmu daripadanya?"
Pertanyaan si pemandu saya jawab dengan gelengan kepala yang lemah.
"Aku
mahu belajar dari datuk kamu, Tamar."
"Silakan,"
balas saya selamba.
"Aku
bukan main-main, aku serius ni."
"Siapa
kata kamu main-main. Aku merestuinya."
"Hummmmmm..... " si pemandu mendengus.
Saya
tidak tahu, apakah dengusan yang diluahkan itu membawa maksud kecewa atau
sebaliknya. Tetapi, apa yang pasti, dia amat mengkagumi dengan kebolehan yang
secara tidak sengaja diperlihatkan oleh datuk di depan matanya.
CAHAYA
CAHAYA api dari
tempat motorsikal terbakar mula beransur kurang. Kepulan asap hitam yang tebal
bertukar menjadi nipis dan berwarna kelabu.
Percikan
bunga api yang halus hampir tidak kelihatan sama sekali. Tiupan angin malam
masih tidak berubah, tetap keras. Dan dengkur lelaki berdarah dahi makin
menjadi-jadi.
Bila melihat
datuk masih belum meninggalkan lelaki berdarah dahi yang masih tidur
berdengkur, muncul kesangsian dalam diri
kenapa datuk berbuat demikian?
"Aku
harap, kamu tidak akan mengulangi perbuatan yang tidak menguntungkan diri
kamu," ujar datuk pada lelaki yang masih berdengkur itu.
Beberapa saat
berikutnya, datuk pun bergerak mendekati Pak Habib yang matanya tidak berkedip
menonton pertarungan hidup dan mati dua manusia di
tanah lapang.
" O r a
n g yang bawa masalah sudah saya kunci," beritahu datuk pada Pak Habib
yang disambut dengan senyum hambar.
"Langkah
seterusnya apa kita nak buat?"
Pertanyaan
Pak Habib mahukan jawapan pasti yang boleh menyelesaikan masalah tidak
diundang. Tanpa kehadiran tiga manusia pengacau, sudah lama dia sampai ke
Medan.
Sambil
mengerutkan dahi dan kening, Pak Habib alihkan pandangan dari tanah lapang ke
arah saya dan si pemandu. Menyedari majikannya merenung ke arahnya, si pemandu
segera angkat tangan. Dan lambaiannya segera dibalas. Pak Habib ubahkan
pandangan lagi, kali ini anak matanya ditumpukan kepada datuk yang berdiri di
sebelahnya.
"Biar
aku cuba selesaikan."
“Jangan,"
tahan datuk.
“Tak mengapa,
aku mencuba."
Pak Habib
melangkah ke tanah lapang hingga sampai ke kawasan dua manusia yang bertarung, macam
lembu. Tidak merasa penat, tidak merasa sakit, walau-pun sudah hampir lebih
dari dua jam bergasak. Seluar baju habis koyak, badan bermandi peluh bercampur
darah.
"Hai
insan Islam, berhenti bergaduh sesama sendiri. Bila kamu bergaduh un-tungnya
lblis dan memang tujuan iblis mahu menyesatkan anak Adam," lantang sekali
suara PakHabib.
Dan dua insan
yang bertarung berhenti seketika. Mereka renung muka Pak Habib sebentar,
kemudian bertarung kembali.
"Berhentilah,"
rayu Pak Habib.
"Berhentilah."
rayu datuk.
Semuanya
tidak diendahkan, mereka terus beradu kekuatan tanpa mempedulikan kehadiran
datuk dan Pak Habib di sisi.
BERHENTI
SUNGGUH
mengejutkan. pertarungan yang rancak terhenti dengan tiba-tiba. Dua manusia
yang keletihan itu merenung ke arah datuk dan Pak Habib, mereka melahirkan
senyum persahabatan dan bersedia untuk memberhentikan pertarungan.
Suasana di
luar dugaan ltu menyebabkan datuk dan Pak Habib menarik nafas lega.
Ternyata rasa
lega itu, tidak dapat bertahan lama di hati datuk dan Pak Habib, bila mereka terpandang
ada sesuatu yang melintasi di atas kepala dua manusia di kawasan tanah lapang.
Bentuk dan
benda yang melintasi di atas kepala kedua-dua manusia tersebut menyerupai
sehelai tikar putih. Bila lintasan tikar putih itu hilang, mereka segera
mendongak ke langit untuk beberapa detik. Kemudian kedua-duanya serentak merenung
ke kiri.
Semasa
merenung ke kiri, sepasang cuping telinga nampak seakan -akan bergerak- gerak.
Begitu juga dengan sepasang anak mata, bergerak liar ke kiri dan ke kanan,
Tindak-tanduk mereka membayanglan yang mereka menerima sesuatu arahan dari
makhluk yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar
"Ada
yang mendampmgi mereka," ujar datuk pada Habib.
Pak Habib
tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kata-kata yang datuk luahkan. Pak
Habib tetap setia berdiri di tepi kawasan tanah tapang. Masih yakin yang
kedua-dua manusia tersebut akan mendengar cakapnya.
Kedua-dua
lelaki di tanah lapang merenung kearah datuk dan Pak Habib untuk kali kedua
dalam keadaan yang berbeza sekejap tenang dan sekejap bergelora. Renungan kali
ini, bukan renungan persahabatan. sebaliknya sebuah renungan seteru yang penuh
dengan dendam kesumat.
Pak Habib
menyedari keadaan tersebut. Tetapi, dia masih bersikap lembut. Baginya, orang yang marah harus dihadapi dengan lemah
lembut.
"Berhentilah
bergaduh," Pak Habib merayu jawapan dari rayuan tersebut, sungguh diluar
dugaan. Berlaku satu letupan kecil, betul-betul di depan tempat Pak Habib dan
datuk berdiri.Kayu dan tanah berterbangan.
DEBAR
KETUL-KETUL
tanah yang halus bertebaran, berjatuhan atas bahu Pak Habib dan datuk. Semuanya
itu, tidak mematahkan semangat Pak Habib dan datuk.
Mereka tetap
berpegang pada konsep, berlembut, bertolak ansur dan timbang rasa adalah pintu
kedamaian yang baik. Penyelesaian masalah tidak akan masuk ikut pintu
kekerasan. Berlandaskan pada konsep tersebut, mereka (datuk dan Pak Habib}
terus memujuk dan merayu.
"Kenapa
memusuhi kami yang mahu membawa kamu pada jalan kebaikan." kali ini nada
suara Pak Habib agak keras sedikit.
Dua lelaki di
tanah lapang renung ke arah langit seketika seolah-olah mencari sesuatu. Dan
angin malam kian terasa dingin, sayup-sayup terdengar bunyi deruan kenderaan
bersama lolonan anjing yangmemanjang.
"Kamu
berdua, sesama Islam. kenapa berkelahi berhentilah."
Datuk
tunjukkan kata-kata itu pada salah seorang lelaki di tanah lapang yang
kelihatan amat letih sekali.
Sungguh mendebarkan.
kata-kata datuk dijawab oleh lelaki Itu dengan jelingan biji mata yang merah
menyala. Dengan rasa geram, sepasang tumit kakinya dihentakkan dipermukaan
bumi. Dengan serta merta muncul api lalu membakar apa saja yang ada di sekitar
datuk dan Pak Habib.
Satu
pemandangan yang mencemaskan buat saya dan si pemandu. Rasa cemas itu. tidak
pula dialami oleh datuk dan Pak Habib. Mereka tenang sekali, walau-pun api yang
kecil sudah mula membesar dan boleh mendatangkan kecelakaan pada mereka.
Suara
lolongan anjing (saya kira bukan anjing tetapi serigala) terus rancak bersama
bunyi suara burung hantu.
“Bagaimana?
Perlukah kita menolong?" bisik si pemandu.
"Jangan
musuh menggunakan bantuan luar, orang macam kita bukan lawan nya," balas
saya sambil merenung ke langit. Tidak banyak bintang yang bertaburan. Suara
lolongan serigala yang panjang dan mendayu-dayu mengundang rasa seram yang
bukan kepalang.
KERESAHAN
SI PEMANDU
yang berdiri di sebelah saya, mula keresahan tidak menentu. Lelaki berdarah
dahi yang tidur terus berdengkur macam bunyi suara kerbau balau menguak panjang.
"Tak
usah tunjuk kehebatan kamu, Apa yang kami mahu. kamu berdua berhenti bergaduh."
Pak Habib menarik nafas panjang. Bahang panas mula terasa.
"Kemudian
beritahu kami, kenapa kami didera begini," sambung Pak Habib bersahaja.
Api yang dihantar
secara sihir oleh salah seorang dari dua lelaki tersebut, terus memamah apa
sahaja yang ada di sekeliling datuk dan Pak Habib. Walaupun keadaan agak
terdesak. Datuk tetap mempastikan api yang merayap tidak akan menyambar pakaian
dibadan Pak Habib dan dirinya.
"Berhentilah
bergaduh.”
Salah seorang
dari lelaki di kawasan tanah lapang memberi jawapan pada rayuan datuk dengan
membongkok lalu melepaskan penumbuk kencang ke permukaan bumi. Serentak dengan
itu terdengar bunyi ledakan yang amat kuat. Rasanya semua tumbuhan dibumi pada
saat itu (pada malam itu) semuanya habis tercabut.
Bukit dan
gunung habis runtuh Bila gema dan ledakan itu berakhir. Api yang mengelilingi tempat
datuk dan Pak Habib berdiri terus lenyap.
TERNGANGA
DATUK dan Pak
Habib tergesa-gesa bangun, tidak dapat dipastikan ketika mana, mereka
berdua jatuh.
"Habib."
Suara datuk
keras. Seekor ular besar berdiri. tidak jauh dan Pak Habib dengan mulut
ternganga. Ular besar itu bersedia untuk menelan Pak Habib.
"Semuanya
kerja iblis. kerja sihir," datuk bersuara lantang. Pak Habib tidak
menjawab tetapi, memberikan syarat dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya
macam orang mahu melakukan takbir. Datuk anggukkan kepala.
Perlahan-lahan
Pak Habib bergerak ke kanan dua langkah. Lepas itu bergerak ke belakang dua
langkah. Kerana langkahnya amat perlahan per-gerakan tidak dapat dikesan oleh ular
besar yang berada di depannya.
“Azan,”
terluah kata dari datuk.
Pak Habib
anggukkan kepala. Datuk memberikan laluan agar laungan azan dilaungkan oleh Pak
Habib. Dua lelaki dikawasan tanah lapang, melihat saja apa yang berlaku. Saya
dan pemandu secara tidak sengaja terpandangkan sesuatu yang pelik datang bergolek
ke arah kami. Bila diamat-amati benda yang bergolek itu ialah bungkusan mayat.
Kami jadi panik. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
"Tamar,
jangan kelam-kabut. tenang. Gunakan apa yang sudah aku ajarkan kepada kamu,
baca ayat-ayat pilihan dari al-Ouran.” tanpa menoleh ke arah saya, datuk terus
mengeluarkan kata kata tersebut.
Datuk kamu
meIihat kamu dengan indera yang ke enam Tamar?” lsi pemandu menyoal.
“Tak
tahu, perkara semacam itu kerap aku
lalui.”
“Kamu cucu
yang bertuah, nanti banyak ilmu yang bakal diturunkan kepada kamu"
“Usah banyak
cakap kita dalam bahaya."
Syukur,
ungkapan yang saya luahkan itu berjaya menutup mulut pemandu.
Walaupun demi
kian, dia tetap resah. Benda putlh yang bergolek itu kian menghampiri kami. Surah yang saya baca jadi tidak tentu. Saya
memberitahu pemandu, sekiranya benda bulat Itu menghampiri saya dalam jarak yang
amat dekat akan saya tendang.
BANTAH
SIPEMANDU membantah
rancangan saya. Dalam masa berbincang-bincang itu, benda putih yang bergolek
lerus hilang. Laungan azan mula bergema dalam hutan kecil di malam yang kian
dingin. Suara azan itu menenggelamkan bunyi lolongan serigala dan bunyi burung
hantu. Malah, angin yang bertiup terhenti sama sekali.
Sebaik saja
laungan azan berhenti, dua lelaki di tanah lapang rebah di bumi. Bergolek-golek
macam menahan rasa sakit yang amat kuat. Lebih dari lima belas mimt mereka
berkeadaan demikian. Kemudian mereka terbujur kaku. Tidak bergerak.
Dan hujung
ibu jari kaki kiri kedua-dua lelaki tersebut, asap nipis keluar, seluruh kawasan
dikuasai bau kemenyan naik meninggi, bertukar menjadi hitam tebal lalu
membentuk lembaga tinggi besar menyerupai raksasa. Bebayang itu, makin lama.
makin menipis dan akhirnya hilang.
Serentak
dengan kehilangan kedua dua bebayang itu. Dua lelaki yang terbaring terus
bangun terkapai.
Datuk segera
mendekatinya lalu membacakan beberapa potong ayat pilihan untuk menghalau
iblis. Selesai sa]a ayat-ayat itu dibacakan, kedua-dua lelaki ilu
termanggu-manggu macam baru tersedar dari mimpi yang mengerikan.
No comments:
Post a Comment