Friday, August 30, 2013

SIRI 256 VS SEPT 2002 IMAM SHAFIE PALSU DAPAT ILMU SYAITAN



Ketua kumpulan yang berpakaian serba putih itu memberikan syarahan agama, kemudian merawat sesiapa saja yang memerlukan khidmatnya cara percuma. Semuanya dilayan dengan baik.
Berbotol-botol air sejuk di jual pada orang yang berada di situ. Air sejuk itu dikatakan boleh menyembuh macam-macam penyakit. Kalau mengidapi sakit dalaman, minum saja. Kalau sakit luaran memadai dengan disapu.
Di saat asyik melayani orang ramai. Beberapa orang kanan yang menguruskan pentadbiran masjid segera datang. Mereka dihalau keluar dari kawasan masjid. Di luar sana mereka boleh berbuat apa saja, tetapi bukan didalam kawasan masjid. Pada mulanyam memang ada bantahan dari pengikut dan para jemaah masjid yang bersmpati dengan dengan kumpulan tersebut.
Akhirnya, kumpulan itu mengalah, setelah ketua mereka tidak dapat menangkis hujah-hujah dalam perdebatan kecil berhubung dengan beberapa masalah yang ada kaitanya dengan akidah agama.
Semasa suami malang dan kawannya menemui imam masjid berhubung dengan hal tersebut  Pak Imam menjelaskan, kumpulan itu baru muncul diketuai oleh seorang anak muda yang mendapat ilmu akhirat melalui pertapaan dan mendakwa mendapat petunjuk dari Allah, bahawa apa yang kita amalkan sekarang sudah terpesong dari ajaran Islam sebenarnva. Dia menggunakan kepandaian mengubat orang sakit sebagai senjata mencari pengaruh.
Bila ditanya oleh imam, apakah mereka berdua berminat untuk mengikuti kumpulan tersebut. Jika berminat, mereka dinasihatkan supaya jangan datang ke masjid ini lagi, kerana minggu depan dan seterusnya kumpulan itu akan dihalau dari kawasan masjid. Kalau mereka berkeras, perkara iiu akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa.
Lebih mcngejulkan suami malang dan rakannya, Pak Imam menganggap ketua kumpulan itu orang gila. Begitu juga pengikutnya. Rawatan yang dilakukan pada pesakit, baik secara kebetulan. Sepuluh dirawat kebetulan seorang yang pulih dan yang pulih itu dihebahkan oleh pengikutnya manakala sembilan lagi yang gagal dirahsiakan.
Pak Imam berpendapat, bila dihalang datang ke masjid, besar kemungkinan kumpulan itu akan berhijrah ke lempat lain. Taktik yang sering digunakan oleh mereka ialah Tuk Guru pergi dulu ke masjid atau surau. Tumpang bermalam atau berteduh di situ semalam dua.
Bila sampai waktu yang sesuai terus membual kecoh serta memperlihatkan kehandalannya dalam hal-hal agama. Bersedia beradu kekuatan jika ada pihak yang cuba menghalangnya. Ketika itulah kumpulannya datang dan menyalahkan orang yang menentang ketua mereka. Secara diam- diam mereka mula menyebarkan pengaruh pada orang ramai.
Secara diam-diam pula menghebahkan bahawa ajaran tuk guru mereka benar belaka. Orang yang menentang 'tuk guru' adalah golongan orang munafik.
Bila Pak Imam menyebut ketua kumpulan itu dipanggil "Imam Shafie'. Biji mata suami malang terbeliak, dadanya berdebar. Dia teringatkan anaknya yang hilang. Sebab dipanggil 'Imam Shafie' cara kebetulan nama ketua kumpulan tersebut memang Shafie, jelas Pak Imam lagi.
Kesimpulan yang dibuat oleh Pak Imam bahawa Imam Shafie tiruan itu banyak mmenuntut ilmu syaitan semasa dalam pertapaan.
SAKIT
Setelah mendengar penjelasan Pak Imam tersebut, hasrat suami malang untuk menemui “tuk guru” dan minta jasa baiknya untuk mengubati sakit isterinya terpaksa dibatalkan. Hari itu juga dua sahabat tersebut pulang ke tempat masing-masing.
Apa yang pasti si suami malang akan berusaha mencari orang yang boleh merawat sakit isterinya di samping menjejaki anaknya yang lari malam. Sampai di sini si suami malang menamatkan kisah sengsara yang dilalui bersama isterinya.
"Hebat perjalanan hidupnya." bisik saya dalam hati sambil menjeling ke arah Tajuddin yang tidak berkedip merenung ke surau. Pasangan suami isteri malang juga merenung ke arah yang sama seperti Tajuddin.
"Macamana kamu tahu anak kamu ada di sini?"        
Suami malang merenung muka datuk yang mengajukan pertanyaan. Secara spontan dia terus tersenyum. Itulah kali pertama saya melihat dia senyum, sejak berada di situ.
"Sahabat saya yang bagi tahu!" katanya.
"Sekarang apa yang mahu kamu buat, membiarkan dia begitu atau memisahkan dia dengamn orang-orang yang mendewa-dewakan dia,” Pak Habib minta kepastian.
Suara orang berzikir dan berkasidah jelas kedengaran dari surau. Isteri kepada si suami malang masih belum mengubah pandangan tetap renung ke surau. Dari sorotan ternyata dia amat merindui kehadiran anak yang hilang di sisinya.
"Oh Tuhan Kau.... selamatkan anakku," keluhnya.
Hiba perasaan saya dibuatnya. Perlahan-lahan dia alihkan pandangan dari surau kewajah datuk. Renungannya mengandungi harapan, agar datuk atau Pak Habib melakukan sesuatu yang terbaik buatnya dan suami.
"Bagaimana?"
Suami malang terkejut dari lamunan. Dia merasakan kata yang diucapkan oleh Pak Habib memberikan sebuah harapan untuk dirinya.
"Saya memerlukan jasa baik awak berdua untuk menyelamat anak saya, dia sakit otak. Tetapi, peliknya orang yang tak sakit otak memuliakan dirinya, anggap dia orang yang tinggi ilmu dalam agama." si suami malang meluahkan harapan.
Pak Habib menggigit bibir. Harapan suami malang itu mudah dan kecil.Bagi melaksanakannya bukanlah semudah menelan air liur. Penuh cabaran dan menuntut kesabaran yang panjang
"Sekiranya tak dihalang dari sekarang, ramai yang jadi sesat dan tidak tentu hala. Agarna dipermain-mainkan, kita mesti bertindak. Saya tak mahu orang lain mengambil kesempatan dari masalah yang dihadapi anak saya.'' tanpa diduga isteri malang meluahkan apa rang ada dalam kalbunya.
"Dia bercakap perkara yang benar," hati kecil saya memberi komentar.
"Kita kena bertindak dengan segera, sebelum perkara ini melarat, saya mahu anak saya balik kepada saya, ikhtiarkan dengan apa cara sekalipun," sambung isteri malang penuh keyakinan dengan sepasang anak matanya memanah ke wajah suaminya.
Suaminya masih terkaku, meraba-raba mencari sebuah keputusan.Cuba mengawal rasa berdebar dalam dada. Gegendang telinganya terus diasak dengan suara orang berkasidah.
"Selamatkan anak kita bang," rayu isteri.
"Sudah tentu, dia darah daging kita. Walau apa yang terjadi, dia mesti diselamatkan," si suami memberikan harapan pada isteri yang kelihatan berada dalam keadaan serba salah.
"Tapi bang?'
Tapi, apa lagi?" suami mula resah dan bosan bila terlalu banvak pertanvaan dfajukan padanya.
"Caranya bang."
"Hummmm..." Si suami seperti tersentak dan mula terfikir apa yang diajukan oleh isterinya memang betul. Buat beberapa saat dia termenung, beberapa kali dia menjeling ke arah datuk dan Pak Habib. Macam ada sesuatu yang mahu disampaikannya lagi.
'Kita minta bantuan mereka," dengan spontan suami berkata. Ibu jarinya menghala ke arah da­tuk dan Pak Habib.
"Bersediakah mereka bang, tadi kita beritahu, mere­ka tak kata apa-apa."
 "Kita cuba lagi."
REAKSI
SAYA lihat Pak Habib dan da¬tuk tidak memberikan sebarang reaksi. Pada hal mereka mendengar apa yang diucapkan oleh pasangan suami isteri itu.
Barangkali Pak Habib dan datuk beranggapan  pasangan suami isteri tidak serius. Sekadar bersandiwara saja. Si isteri yang lebih cekap mengenali dan menguasai suasana, segera mendekati Pak Habib yang masih termenung.
"Bagaimana boleh menolong kami, tolong selamat-kan anak kami yang dimuliakan orang yang singkat akal."
Datuk tarik nafas panjang sambil merenung muka Pak Habib dengan sejuta persoalan.
"Kenapa diam, kalau tak boleh katakan tak boleh, jangan biarkan kami menunggu. Kalau tak upaya, kami boleh berikhtiar di tempat lain," keras sekali tekanan suara si isteri.
"Awak berdua bersungguh-sungguh atau sekadar mahu mencuba," Pak Habib minta kepastian.
"Kalau sekadar mahu mencuba, kami tak mahu," datuk mencelah.
"Memang kami mengharapkan sepenuh hati, pada siapa lagi kami mahu minta tolong." si isteri bagaikan merayu, sedangkan suaminya kelihatan termenung, perasaan kecewa mendengar jawapan dari datuk.
Sebut berapa upahnya, kami sediakan," secara tiba-tiba si suami bersuara dengan nada yang tinggi. Dia memperlihatkan rasa marah dan geramnya.
'Bukan wang yang kami cari, kami menolong dengan ikhlas dan kami mahu orang yang minta tolong itu juga mesti ikhlas, kami tak mahu bila pertolongan diberikan, orang yang menerimanya tidak ikhlas, semua suruhan tak dibuat. Kami macam dipermainkan," cukup ringkas datuk mcmberikas penjclasan.
"Saya setuju dengannya,"
Pak Habib menyokong saranan datuk. Muka pasangan suami isteri direnungnya dengan tepat seketika, kemudian renungan itu dialihkan ke arah surau. Suara orang berzikir masih juga mengalun.
"Kamu berdua memang memerlukan pertolongan kami."
"Dengan apa lagi yang mahu kami buktikan pada tuan berdua yang kami ini memang mengharapkan bantuan," kata si suami dengan suara tertahan-tahan menjawab pertanyaan Pak Habib.
"Baiklah, kami mulakan sekarang. jangan cakap atau tegur bila kami membuat perkara yang ganjil terhadap anak kamu," tegas datuk.
ANGGUK
PASANGAN suami isteri itu anggukkan kepala. Tetapi anak mata mereka tidak terlepas dari merenung muka datuk dan Pak Habib.
"Kita semua ke surau." datuk keluarkan arahan.
Arahan datuk kami patuhi, termasuk pasangan suami isteri. Pak Habib menjadi ketuanya dan yang Iain-lain mcngekori dari belakang. Rasa gementar tetap bersarang dalam dada.
Dalam jarak beberapa kaki mahu sampai ke inuka pintu surau, suara orang berzikir terhenti. Mereka bagaikan tahu kedatangan kami.
"Begini, biarkan kami uruskan hal ini, kamu berdua pergi duduk di sana di bawah pokok rambutan, bila aku panggil baru datang," datuk renung muka pasangan suami isteri. Dengan segera mereka beredar dari situ.
"Puuuuummmpp.......       "
Terdengar bunyi kaca terhempas ke atas lantai surau. Cepat datuk renung muka Pak Habib dan Pak Habib segera memberi isyarat tangan supaya bcrsabar dan jangan peduli dengan apa yang berlaku.
"Saya, sahabat dan cucu saya, masuk ke dalam surau, Tajuddin tunggu di pintu, kalau terasa ada sesuatu yang ganjil semasa kami berada dalam surau, kamu selamatkan atau sembunyikan orang laki bini di bawah pokok rambutan,” itu pesan yang datuk tinggalkan untuk Tajuddin yang disambut dengan senyum oleh Tajuddin.
Kami bertiga bergerak serentak menuju pintu surau. Sebelum itu, datuk telah mengingatkan saya dan Pak Habib supaya berhati-hati dan waspada. Mana tahu, kalau orang dalam surau keluar ikut pintu belakang dan terus melakukan serangan mengejut
"Tunggu diluar dulu," beritahu datuk.
Sebaik saja melangkah masuk, satu tendangan dari dalam dilepaskan pada datuk. Nasib baik datuk dapat mengelak dengan merendahkan badan sambil menangkap pergelangan kaki orang berkenaan. Dengan sepenuh tenaga kaki orang itu direntap dan dilemparkan keluar.
Mungkin orang dalam surau terkejut dengan kejadian itu hingga tiada serangan susulan dilakukan. Datuk terus melangkah masuk. Saya dan Pak Habib segera mengekorinya. Datuk berdiri di tengah ruang surau bercekak pinggang. Saya berada di sebelah kiri dan Pak Habib berada di sebelah kanan.
"Mana tuk guru kamu, aku nak buat perhitungan,".
Semua yang ada dalam surau terdiam tunduk. Tiada seorang pun yang bersuara, apa lagi panggungkan kepala menentang muka datuk. Saya jeling ke arah lelaki berbadan besar dan tegap. Dia membisu. Kehebatan dan garangnya, hilang entah ke mana.
Bersambung ................

No comments:

Post a Comment