Friday, August 30, 2013

SIRI 241 DENDAM



 DALAM keadaan yang tidak menentu itu, saya cuba memeriksa diri. Apakah kesalahan yang telah dilakukan. Apa pula pantang larang yang  dilanggar. Rasa-rasanya, tidak ada kesalahan yang dibuat.
Bila menjeling ke arah pemandu. dia juga termenung panjang. Barangkali, dia juga memeriksa diri sendiri,  macam saya.
"Eh, kamu berdua"
Berderau darah dalam tubuh. Lelaki berdarah dahi ini sudah melampau. Apakah dia tidak boleh menggunakan bahasa yang sopan untuk memanggil saya dan pemandu. Sungguh biadab lelaki laknat kutuk saya dalam hati.
Tetapi rasa marah yang membuak-buak terus menurun melihat si pemandu di sebelah, bersikap tenang dan bersahaja.
"Maafkan aku."
Permintaan maaf dari lelaki berdarah dahi, membuat saya terasa lemah. Kemarahan terus lupus dari kalbu. Senyum persahabatan ditujukan kepadanya.
"Begini, aku nak tegur parangai, kamu berdua...........”      
Kerana kata-kata selanjutnya, tidak diteruskan. Dada mula  digoncang debar yang hebat.
“Silakankan, kami tak marah." si pemandu  berbahasa lembut.
Saya lihat lelaki berdarah dahi menarik nafas panjangj. Tangan kanannya meraba-raba pangkal  paha kanan berkali-kali, macam ada sesuatu  yang dirasakannya disitu.  Kemudian dia mengeliat. Fahamlah saya bahawa lelaki berdarah dahi itu mengalami lenguh-lenguh pinggang.
“Begini, mengikut petua guru aku. semasa dalam perjalanan mengesan atau memburu musuh, tak boleh bercakap, bersiul, menegur benda melintas. Tak boleh bertekak dan cepat marah. Kalau kamu berdua tak boleh ikut petua, biar aku mita diri. Kamu berdua uruskanlah hal ini,” nada suaranya lembut.
 Tetapi ada perkataan-perkataan tertentu yang sebutannya sengaja dikeraskan oleh lelaki berdarah dahi.
Saya dan pemandu faham, kenapa dia berbuat demikian? Terutama tentang ungkapan yang berbunyi:
"Biar aku minta diri kamu berdua uruskan."
lni menunjukkan dia marah dan kecewa di samping itu cuba mengugut kami berdua.
Memang menyampah dan meluat mendengar ugutan seperti itu. Lebih-lebih lagi dari orang asing yang baru dikenali, tidak sampai seminggu.Tetapi,kalau ugutan itu dikotakan oleh lelaki berdarah dahi. Saya dan pemandu akan berdepan dengan masalah yang sukar
Jadi  sebelum keadaan menjadi bertambah sulit. Perkara ini harus ditangani dengan baik. Biar segala-galanya berjalan dengan lancar dan teratur. Fikir saya sendirian.
PENCARIAN
 DALAM usaha  mencari jalan terbaik itu, otak terus berfikir dan berfikir. Kepala terus didongakkan ke langit. Awan nampak bertompok tompok.  Bergerak lemah mengikut arah angin. Juga kelihatan sekawan keluang terbang rendah menuju ke arah puncak bukit yang nampak berbalam¬balam. Nyamuk dan agas mula menyerang.
"Maafkan kami."
Sungguh di luar dugaan si pemandu berkata begitu. Nampaknya, dia hertindak lebih awal dari saya,  dalam usaha mencari kejernihan.
"Juga  maafkan saya,” dengan pantas saya mencelah.
"Kami berjanji tak buat lagi perkara semacam itu,” si pemandu memberikan sebuah ikrar dan janji. Saya anggukkan kepala.
Lelaki berdarah dahi terus membisu. Sepasang matanya memanah ke arah langlt luas.Sesekali dia meraba-raba hujung taping telinga kanannya. Ditekan tekan dan dipusingnya sekali dua.
Dari dada langit, renungnya beralih ke arah pepohon yang tinggi menjulang. Agak lama iuga dia menatap dedaun pokok yang tertegun kaku. Macam ada sesuatu yang dicarinya disitu. Fikirannya. berkelana jauh tidak menentu. Sesungguhnya Iceatuan le!aki berdarah dahi membuat saya dan pemandu  jadi  resah semacam.
TENANG
 KELUHAN yang terhambur dari mulut lelaki berdarah dahi,  rnembuat mata kami tertancap kewajahnya. Entah mengapa hati terasa tenang. Wajahnya yang tadi keruh nampak beransur cerah dan ceria.
 Mata yang tad  merah dan bersinar garang,  bertukar menjadi lembut. Hidungnya  tidak lagi kembang kempis. Segala-galanya kembali pada keadaan normal, macam tadi.
“Jangan sekadar berjanji saja ." bentaknya keras.
"Demi Allah. kami berjanji. Kalau salah seorang daripada kami ingkar, celakalah diri," kami berdua terus berikrar sambil mengangkat tangan separas bahu
'Bagus!" sambut lelaki berdarah dahi.
Perjalanan yang terhenti diteruskan. Entah mengapa , setelah disergah oleh lelaki berdarah dahi, saya seperti mendapat semangat baru. Jadi berani semacam , tidak takuT dengan hantu syaitan. Tidak takut dengan binantang buas.
Kerana merasakan ada kekuatan semangat serta keberanian tersendiri. Saya pun berusaha menjarakkan diri dengan s pemandu sejauh mungkin. Semangat wira mengelegak bagaikan air panas. Sentiasa mengharapkan sesuatu yang boleh diajak bertarung muncul di depan mata.
Apa yang diharapkan, tidak menjadi kenyataan. Perjalanan seterusnya cukup aman dan selesa sekali. Hari yang semakin gelap, terasa seperti berada diwaktu petang saja
"OooPPPPPPP."
Lelaki berdarah dahi yang jadi kepala jalan. angkat tangan kanan. Memberitahu ada rintangan dalam perjalanan.
“Ada parit, terpaksa melompat." tutur lelaki berdarah dahi.
Keberanian yang membuak-buak dalam dada terus surut, bila berdiri di tebing parit yang lebar dan dalam  tanpa air.
Lelaki berdorah dahi dan si pemandu sudah pun memperlihatkan kehebatan din masing-masing. Dengan sekali lornpat, mereka lepas ke seberang.
''Lompat Tamar." si pemandu memberi arahan.
“Baik.”
Saya pun mencari ruang       u n t u k  memulakan lompatan. Langkah pertama teragak-agak, saya batalkan lompatan. Kali kedua, disaat mahu melompat, teringat permukaan parit yang luas dan dalam. Lompatan segera saya tangguhkan. Lelaki berdarah dahi dan si pemandu yang berada di seberang sana mula resah.
BUNTU
Dalam keadaan yang buntu itu saya terus berusaha dan berfikir. Entah macam mana saya berusaha mencari tempat lapang. Dari situ melakukan larian kencang. Bila sampai tepi parit. Pejamkan mata dan terus melompat. Samaada mahu atau tidak,  perkara taersebut mesti dilaksanakan. Dengan keyakinan yang padu saya pun memulakannya.
Al-hamdulillah percubaan yang ketiga berhasil. Selamat sampaiu keseberang. Lelaki berdarah dahi dan pemandu segera membangunkan saya yang jatuh terduduk. Punggung terasa sakit, maklumlah terduduk atas akar kayu yang keras. Urat-urat dipangka peha teras tegang seketika. 
SUARA
Setelah melepasi parit kecil, kami terpaksa mendaki kawasan tanah yang agak tinggi. Dan situ ternampak cahaya api. Sayup- sayup terdengar suara orang seperti membaca sesuatu. Dalam keadaan yang gelap itu, pemandu mencuit bahu saya.    
"Ada suara," bisiknya.
Saya anggukkan kepala.
Bila diamat-amati, suara tersebut adalah suara orang membaca Quran. Sukar untuk menentukan surah apa yang dibaca. Mendengar suara orang membaca Quran di tengah hutan, waktu maghrib membuat bulu tengkuk meremang. Rasa takut dan cemas memang tidak dapat dihindarkan.
Dalam cuaca gelap yang semakin berat itu, lelaki berdarah dahi. angkat tarngan rendah separas bahu. Semasa menyuruh saya dan pemandu berhenti berjaIan, dia angkat tangan melepasi  kepala.Tetapi kali ini paras bahu.
“Tanda isyarat apa tu?" Secara berbisik saya bertanya pada si pemandu
"Berjalan rendahkan badan, melangkah perlahan-lahan. Jangan pija benda yang boleh menimbulkan bunyi," balas si pemandu.
lalan membongkok dengan langkah yang berhati-hati dalam keadaan gelap memang menyusahkan. Makin lama kami melangkah makin rapat kami dengan cahaya api. Suara orang membaca Ouran semakin jelas. Saya pasti suara itu, bukan suara datuk. Saya juga yakin orang itu sedang mem baca surah yassin
POHON
DALAM suasana yang penuh dengan persoalan dan pertanyaan itu, kami terus rnelangkah,  membongkok dicelah-celah pepohon renik yang hidup subur. Dua tiga kali ranting mencucuk rusuk dan lengan, semuanya terpaksa ditanggung. Pokoknya,  kedatangan kami menghampiri cahaya tidak boleh dikesan oleh sesiapa pun.
Walaupun sudah hampir dengan api yang membara, tubuh dan wajah orang membaca Quran masih belum kelihatan. Bahang dari api yang marak itu membuat muka terasa panas dan badan berpeluh. Dengan pertolongan cahaya api yang agak luas itu, kami terus mencari batang tubuh orang membaca surah yassin. Usaha kami gagal.
Lelaki berdarah dahi mencadangkan supaya karni meniarap situ sehingga orang yang rnembaca Quran itu keluar dart tempat persernbunyiam. Cadangan itu diterima. Dalam masa rneniarap itu saya terhidu bau minyak yang cukup kuat. Kerana takut diherdik ofeh lelaki berdarah dahi. perkara itu tidak saya sampaikan padanya dan pemandu.
"Kamu ada tercium bau minyak petrol, tak?" tanya lelaki berdarah dahi pada pemandu dan saya.
“Ada,” jawab kami serentak.
Motorsikal, kawan aku yang jahat terbakar.'
Lelaki  berdarah dahi terus berdiri. Renung sekitar kawasan yang diterangi cahaya api. Dia meniarap kembali.
"Kita dah sampai pada matlamatnya, bau minyak petrol itu datang dari arah sana," dia menajamkan mulutnya lalu menghalakan ke kanan.
Bi!a kami merenung ke arah yang ditunjuknya. memang ada cahaya api yang sedang marak. Kepulan asap hitam naik ke langit.
'Tadi mereka duduk di sini, `  bila menyedari ada orang mengintip mereka lari dan tak sempat nak memadamkan api lelaki berdarah dahi membuat sebuah andaian. Suara orang membaca Quran terus menyumbat lubang telinga.
Lelaki berdarah dahi rnenyuruh kami duduk dekatnya. Kami akur dengan permintaannya. Dia terus menerangkan tentang rancangan yang bakal dilakukannya. Kerana dia percaya, dua orang kawannya bertelagah sesama sendiri. Dia memutuskan untuk menyusuri kawannya yang pada pendapatnya tidak berpegang pada janji. Dia mahu membuat perhitungan peribadi dengan kedua-dua kawannya itu.
Saya dan pemandu disuruhnya bergerak perlahan-lahan ke arah perdu pokok besar yang berbanir. Tingginya melangit, sukar diduga.
"Kita bergerak sekarang."
"Baiklah," sahut saya dan pemandu.
CAHAYA
LELAKI berdarah  dah segera melangkah menuju ke arah cahaya yang diduga tempat motorsikaI kawannya terbakar. Saya dan pemandu segera bergerak ke arah pokok besar.
“Suara orang membaca Ouran itu datang dari celah-celah banir pokok yang besar itu,” itu yang saya beritahu pada pemandu.
"Aku juga fikir macam tu ," jawabnya.
"Barangkali datuk dan tuan syed bersembunyi di situ.”
"Tak tahu nak cakap," suara sipemandu lemah sekali.
Setelah berada di kawasan perdu pokok besar, dengan cahaya api saya dan pemandu dapat meninjau keadaan sekitar. Tidak jauh dari perdu pokok besar itu, di sebelah kanan terdapat sebatang anak sungai. yang airnya mengalir deras.
"Hati hati melangkah Tamar."
“Iya, aku tahu. Terima kasih atas ingatan tu," dengan ditemani cahaya api yang samar-samar, muka si pemandu saya renung. Dia  nampakt enang dan bersahaja.
Bila air sungai yang mengalir deras melanggar bebatu dan bebatang yang menghalang perjalanannya, akan menghasilkan satu macam jenis bunyi. Sekejap kuat, sekejap perlahan. Nada  bunyi itu menyenangkan perasaan.  .
Sebahagian dari pada banir atau akar besar dari perdu tersebut berada di dalam sungai. Jika ada manusia yang bersembunyi di celah-celah banir tersebut, boleh turun naik ke sungai tanpa dapat dikesan oleh  orang lain atau binatang buas. Saya dan pemandu terus melangkah. Penuh hati- hati dan teliti.
JELAS
SUARA orang membaca Quran semakin jelas. Dalam masa yang sama kami terdengar bunyi beberapa letupan kecil secara berturut-turut.
"Bukan dari tempat kita meniarap tadi," si pemandu menudingkan jarinya kearah cahaya api yang lagi satu, iaitu tempat yang ditujui oleh lelaki berdarah dahi.
"Biarkan orang itu uruskan.“
Mendengar kata¬kata saya itu, si pemandu senyum panjang.
Sebaik saja mendekati perdu pokok besar, terdengar suara orang - berdehem.Cukup hampir dengan saya. Si pemandu terus memberi isyarat, menyuruh meniarap dan mengawasi keadaan sekeliling. Malangnya suara orang berdehem itu tidak muncul. Puas saya mengawasinya tetapi, kelibatnya pun tak ada.Kami berdua terus mematikan diri.
Sepuluh minit kemudian, terdengar lagi suara orang berdehem. Kali ini betul¬betul di belakang kami. Saya tidak pula merasacemas. Saya yakin, suara itu adalah suara datuk. Sudah jelas kini, suara yang  mengalunkan surah Yassin itu adalah suara Syed Hamid Al-Hadad.
"Macamana kamu berdua boleh berada di sini."
Belum pun sempat kami menoleh ke belakang dan menjawab pertanyaan. Tubuh saya dan pemandu diheret ke celah banir besar, terus ditolak didepan Syed Harnid Al-Hadad yang terpaksa berhenti membaca Quran.
Saya kagum dengan lelaki keturunan Arab itu. Dia seorang hafiz Quran.
 “Kamu berdua belum solat maghrib lagi?” soal datuk
Saya dan pemandu pemandu mengangguk serentak.
Syed Hamid Al-Hadad yang tidak terkejut dengan apa yang berlaku. Dia merenung ke arah kami dengan waiah yang lembut sambil berkata:
"Pergi ambil wuduk terus solat. Waktu maghrib belum habis. Lepas itu kita keluar dari sini.  Agaknya orang membuat aniarya pada kami dah Iari."
"Ikut cakap Pak Habib tu," datuk menyokong.
Tanpa berlengah-lengah lagi kami pun menuruni tebing yang curam sambil berpaut pada akar pokok besar.
Selesai solat dan berdoa. Datuk dan Syed Hamid Al-Hadad minta kami bercerita  tentang pengalaman yang dilalui, setelah berpisah dengan mereka. Kerana merasa kikuk bercakap depan datuk, saya suruh pemandu kepada Pak Habib (Syed Humid Al-Hadad) bercerita.
 PERASAAN
Denga penuh perasaan Si pemandu mengungkapkan detik-detik cemas yang kami lalui. Beberapa kali datuk dan Pak Habib menarik nafas sambil mengeleng-gelengkan kepala.
“Tak mengapa ini ujian untuk kita semua," tenang benar datuk bersuara. Pak Habib tidak memberikan sebarang komentar. Bunyi air sungai yang melanggar bebatu di tengah sungai, cukup menyenangkan. Macam ada irama tersendiri. Gelap malam terus menguasai maya. Badan pun mula terasa dingin.
"Kata kamu, seorang musuh dah jadi kawan kamu berdua. Mana dia?" Pak Hamid mengajukan pertanyaan pada pemandunya yang setia.
Buat beberapa saat si pemandu melemparkan pemandangan kearah saya. Cepat-cepat soya genyitkan mata, beri laluan pada padannya supaya menjawab dengan pantas berhubung dengan pertanyaan yang diajukan oleh Pak Habib.
"Dia tengok motor-sikal terbakar.”
Datuk dan Pak Habib kerutkan kening. Mereka berpandangan sama sendiri. Dan semua yang berada di celah banir terkejut mendengar bunyi ledakan yang kuat. Seluruh kawasan diterangi dengan cahaya api seketika. Suasana kembali normal.
“Berapa buah yang terbakar?”  Soal datuk.
Si pemandu kerutkan kening, macam mengingati sesuatu. Kemudian perlahan- lahan gelengkan kepala ke kiri dan kanan.
"Saya tak tahu, sebab tak nampak," jawab si pemandu spontan. Saya anggukkan kepala menyokong penjelasan si pemandu.
“Mari kita tolong mereka."
 DIHALANG
PAK HABIB segera bangun dan bersedia untuk melangkah keluar dari celah banir. Perbuatan itu segera dihalang oleh pemandunya yang setia.
"Kenapa halang saya?"
“Dia musuh Tuan Habib."
Syed Hamid Al-Hadad tersenyum. Muka pemandu direnung sebentar. Kemudian bahu si pemandu ditepuknya berkali-kali.
"Mereka dalam kesusahan, kite harus menolong, lagi pun mereka satu agama dengan aku, begitu juga dengan kamu. Orang Islam yang baik tidak menaruh dendam kesumat. Soal dia mahu membunuh aku, itu soal lain. Begitu iuga kalau dia berdendam  dengan aku. Itu urusannyanya dengan Allah. Aku tak memusuhinya, aku maafkan kesalahanya."
Satu  penjelasan yang saya kira cukup sulit untuk diterima oleh si pemandu dan kebanyakan orang Islam termasuk diri saya.
Pada hemat saya, musuh tetap musuh. Mesti dimusnahkan. Tidak kira dia orang Islam atau sebaliknya, kalau musuh diberi kesempatan rnelepaskan diri. Lambat laun musuh akan datang semula kepada kita. Mungkin bertindak lebih kejam lagi.
"Jangan simpan sifat dendam dalam diri kita. Orang opendendam tidak disukai Allah,” kata Pak Habib (Syed Hamid Al-Hadad) pada pernandunya. Anehnya. saya rasakan kata-kata itu seperti ditujukan pada diri saya-
“Mari.'
Dia pun memulakan langkahnya.Datuk segera mengekori Pak Habib, begitu juga dengan saya dan pemandu.
Perjalanan menuju ke tempat motorsikal terbakar tidak begitu sukar. Selain dari keadaan permukaan tanah yang dilalui agak rata, tidak ada pepokok besor yang tumbuh di situ bagi menghalang perjalanan.
Cahaya api tidak jauh dari perdu pokok besar memberi pertolongan yang amat besar pada kami. Begitu iuga dengan cahaya dari tempat motorsikal terbakar di depan, memudahkan perjalanan ke tempat yang dimaksudkan.
Sebaik sampai dekat kawasan motorsikal terbakar, api yang marak menjulang mula perlahan. Kepulan asap juga tidak sebanyak dan sehebat tadi.
"Subhanallah.....
Pak Habib dan datuk serentak menepuk dahi. Saya dan pemandu tergamam, sedangkan lelaki berdarah dahi yang muncul secara tiba-tiba di sisi kami, tersenyum melihat dua orang kawannya bertarung sama sendiri menggunakan keris.

No comments:

Post a Comment