Larangan
itu membuat saya da Tajuddin terkilan. Kenapa mesti dilarang, fikir saya dalam
hati. Shafie sudah melampau, tidak hormat dengan orang tua. Dia harus diajar
dengan secukupnya.
Hentak
dadanya dengan penumbuk, biar dia jatuh tergolek-golek di bumi. Dengan itu saja
baru dia sedar diri. Manusia biadap, batin saya
terus bergelora.
“Kau
orang berdua tak puas hati Tamar.?”
Datuk
bagaikan dapat membaca apa yang berombak dalam dada. Tiada j|awapan balas yang
diberikan. Saya cuma senyum tersipu-sipu. Pertanyaan yang sama datuk halakan
pada Tajuddin. I-aina benar Tajuddin termenung sebelura menganggukkan kepala.
"Saya
memang tak puas hati, kenapa kami dihalang."
Tidak
saya duga, Tajuddin begitu berani berterus terang. Ada rasa cemas dalam diri.
Bimbang kalau datuk naik angin. Syukur, datuk tidak naik angin dia nampak
tenang.
"Bukan
apa-apa Tamar, Tajuddin."
Nada
suara datuk rendah sekali. Sesekali dia mengurut-urut batang lehernya. Pak
Habib yang jatuh terlentang sudah pun bangun. Ketika dia mahu berdiri, Shafie
terus menerkam dan melepaskan satu tendangan lagi. Pak Habib lersungkur untuk
kali kedua. Datuk tidak pula bertindak melindungi Pak Habib. Perbuatan datuk
membuat kami berdua kian marah.
"Ini
urusan kami, jadi biarlah kami in uskan. Kamu berdua janganlah masuk
campur," sambung datuk.
"Tapi,
Pak Habib terus diserang orang gila itu." Tajuddin memprotes. Saya sukong
protes tersebut dengan menganggukkan kepala.
"Kamu
berdua memang biadab," pekik datuk lantang, "Sudah aku kata- kan, ini
urusan kami, kamu berdua jangan masuk campur,".
Selesai
saja datuk mengakhiri kata- kata, dia terus menerpa ke arah Shafie dari sebelah
kiri. Sepasang kaki Shafie ditangkap dan ditarik ke arahnya. Shafie menjerit
lalu jatuh tersembam di bumi.Ketika datuk berhasil duduk atas belakang Shafie.
Had Pak Habib berdebar, dia merasakan datuk sudah tidak mampu mengawal perasaan
marahnya.
Dengan
pantas datuk menyauk leher Shafie dengan lengan kiri dan menarik ke belakang
membuat muka anak muda itu mendongak ke langit.
Sementara
tangan kanan datuk terus mengilas tangan kanan Shafie ke belakang.
Shafie
kelihatan terkapar dan sukar melepaskan nafas. Suaranya, bagaikan ddak keluar
dari kerongkong.
'Jangan,
nanti patah lehernya."
NYARING
SUARA
Pak Habib bergema nyaring, ketika dilihatnya datuk mahu merengkuh leher Shafie
lebih jauh ke belakang. Gema suara itu membuat datuk terhenti melakukannya.
Tengkuk dan tangan Shafie segera dilepaskan, tetapi ketika itu Shafie sudah
tidak bermaya lagi. Nampak amat lemah sekali. Datuk yang menyedari perbuatannya
itu agak keterlaluan, segera menyesalinya.
"Saya
hilang sabar."
"Tak
mengapa, kita manusia tidak lepas dari kelemahan dan kekurangan."
"Subhanallah."
Suara
datuk lemah. Muka Pak Habib ditatapnya. Mereka berbalas senyum. • '
LEMAH
BAGAlKANvdiatur,
kedua-duanya segera mendekati Shafie yang lemah dan keletihan. Rawatan
memulihkan tenaga segera datuk lakukan dengan mengurut dan menyentuh bahagian
sendi tertentu. Walaupun begitu, kedua-duanya sentiasa berwaspada, malah
bersedia menghadapi sebarang kejadian di luar dugaan dari Shafie.
Beberapa
minit berikutnya, muka Shafie yang pucat lesi kembali merah. Boleh menggerakkan
sebahagian dari tubuhnya. Tetapi masih belum mampu berdiri. Dalam kepala datuk
dan Pak Habib sudah tersusun rencana yang bakal dilakukan, andainya Shafie
dapat berdiri dan melakukan serangan mengejut pada mereka.
Ayah
dan ibu Shafie menghampiri datuk dan Pak Habib.
"Izinkan
kami berdua membantu." Ungkap si isteri.
Datuk
dan Pak Habib segera berpandangan, kehairanan.
"Mahu
membantu," Pak Habib minta kepastian.
"Iya,"
angguk si suami.
"Caranya?"
tanya datuk ragu-ragu. Ada renungan memperkecilkan hasrat pasangan suami isteri
tersebut.
"Dengan
berdoa pada Allah. Saya pernah diberitahu oleh seorang ustaz, doa ibu bapa
kepada anaknya lebih mustajab. Kami berharap doa kami berdua dikabulkan oleh
Allah," jelas si suami.
"Kamu
bercakap perkara yang benar, silakan," Pak Habib memberi laluan. Tiada
bantahan dari datuk. Saya dan Tajuddin berpandangan. Sesungguhnya. kami berdua
berdebar menanti kemampuan dan tindakan selanjut dari pasangan suami isteri.
Dengan
langkah dan rajah penuh keyakinan, pasangan suami isteri itu mendekati Shafie
dan terus duduk bersimpuh di sisinya. Mereka menadah tangan ke langit. Mereka pun
berdoa penuh dengan khusyuk dan tawaduk. Mereka menganggap tiada orang lain di
sekitar mereka. Hanya mereka berdua saja yang berada di situ.
Semua
gerak-geri dan tindak tanduk pasangan suami isteri tidak terlepas dari kuasa
mata saya dan Tajuddin. Pak Habib dan datuk kelihatan serius sekali. Seolah-
olah memberikan restu dan bersedia turut
berdoa, jika dipelawa.
"Allah
yang Maha Besar, Maha Pemurah dan Penyayang padamu kami bermohon. Ampunilah
dosa anak kami Shafie. Kembalikan keimanan dalam kalbunya, agar dia menjadi
seorang Islam sejati.
Padamu
kami bermohon, sempurnakanlah keimanannya dan turunkan Hidayah padanya.
Bersihkan hati anak kami. Shafie dari pengaruh jahat. Ya Allah, Engkau
perkenanlah permintaan hambamu yang hina..." Pasangan suami isteri itu
menangis terisak-isak. Perasaan saya dihempap keharuan yang amat sangat.
BERDOA
SEBAIK
saja pasangan snami isteri itu selesai berdoa, terdengar suara azan mewarnai
keadaan sekitar. Saya dan Tajuddin tercari-cari dari mana suara datang.
Rupa-rupanya suara tersebut adalah suara Pak Habib, Dia melaungkan azan dari
satu tempat tinggi. Saya tjkidak sedar ketika mana Pak Habib bergerak, ke arah
tanah yang agak tinggi.
Selesai
azan Pak Habib mendekati kami. Dia menyuruh Tajuddin ambil air kolah surau satu
baldi. Dengan berlari- lari anak Tajuddin menyempurnakan permintaan datuk.
Setelah
air satu baldi dibacakan fat hah tujuh kali lalu dicurahkan ke tubuh Shafie,
mulai dari kepala hingga ke hujung kaki. Setiap curahan mesti berakhir di
kepala lutut kiri dan kanan. Kemudian dimulakan kembali dari kepala hingga ke
hujung kaki dan berakhir di kepala lutut.
Setengah
jam masa berlalu, hasil kerja yang dilakukan oleh Pak Habib, tidak menampakkan
hasil. Tiada perubahan pada diri Shafie masih macam tadi. Ayah dan ibunya terus
berdoa.
"Allah..."
Semua
yang berada di situ tumpukan perhatian pada Shafie yang mula bergerak
perlahan-lahan hingga berjaya menelentangkan tubuhnya merenung langit biru.
“Saya
nak balik mak,”
Shafie
merenung wajah ibunya. Kemudian beralih merenung muka ayahnya. Segaris senyum
bermain dikelopak bibir Shafie yang pucat.
“Ayah
sihat, “ tanyanya.
"Sihat,"
pendek si ayah memberikan jawapan, bersama senyum keriangan.
Beberapa
helai daun kering melayang-layang di udara dibawa angin, sebelum jatuh berhampiran
dua lelaki pengikui setia Shafie.
"Shafie
anakku, mengucap dua kalimah syahadat," lembut sekali nada suara si ibu
mengajukan permintaan.
Sejenak
Shafie termenung, macam ada sesuatu yang berlegar-legar dalam tempurung
kepalanya.
Sepasang
kelopak bibir Shafie bergerak tetapi, tiada suara yang terkeluar. Kelihatan
amat payah sekali bagi Shafie untuk melafazkan dua kalimah syahadat.
"Emak."
Suara
Shafie tersekat. Dia gelengkan kepala. Perasaan ibu dan ayahnya terus diresap
kehampaan yang panjang. Seketika lerdengar keluhan dari si ayah. Harapan dan
cita-citanya untuk melihat Shafie jadi ulama besar terus berkecai. Tidak akan
menjadi kenyataan sampai bila-bila pun.
Melihat
pada situasi. Pak Habib yakin agak lambat menemui titik akhir. Dia segera mendekati
ayah Shafie dan terus membisikkan sesuatu. Orang tua (ayah Shafie) yang
kelihatan lemah dan kecewa itu terus anggukkan kepala. Malah memberi ruang pada
Habib untuk duduk di sisi Shafie.
"Saya
mulakan," kata Pak Habib.
"Silakan,"
jawab ayah dan ibu Shafie serentak.
Pak
Habib pun membongkokkan badan, mendekatkati kelopak bibir ke telinga Shafie
lalu membisikkan sesuatu. Saya yakin, Pak Habib membisikkan potongan-potongan
ayat pilihan dari al- Quran. Tiada sebarang tindak balas dan Shafie, setelah
mendengar bisikan tersebut.
Pak
Habib tidak berputus asa dan terus mengulangi perbuatan yang sama sebanyak
tujuh kali berturut-turut. Usaha Pak Habib membuahkan hasil.
Shafie
terus duduk bersila di hadapan ayah dan ibu. Sepasang anak matanya yang
bercahaya garang tertumpu ke wajah Pak Habib. , Antara Pak Habib dan Shafie ada
adegan pertarungan melalui kelopak mata. Kelopak bibir Pak Habib nampak bergetar, ada sesuatu yang
dibacanya.
MENGEJUT
SUNGGUH
mengejutkan, malagh semua ada di situ bagaikan tidak yakin kata . "Assalamualaikum"
terpancut keluar dari mulut Shafie yang ditujukan pada Pak Habib. Dengan pantas
Pak Habib membalas salam samhil nienghulurkan tangan. Shafie menyambut huluran tangan
Pak Habib. Mereka berjabat tangan penuh kemesraan.
"Emak,
saya nak balik," kata Shafie.
"Boleh,
tapi..."
“Tapi,
apa emak," potong Shafie.
"Kena minta izin dengan orang yang kamu
salam tadi." Tutur ibunya dengan tenang, penuh keyakinan. Lagi sekali
Shafie renung muka Pak Habib.
"Saya
nak balik ke rumah emak saya, tuan."
"Sudah lentu boleh kerana itu adalah
rumah kamu dengan syarat...," Pak Habib tidak menamatkan kata-katanya.
Mulut Shafie terlopong, sepasang biji matanva bagaikan mahu tersembul.
"Ikut
saya mengucap dua kalimah syahadat secara betul, ikhlas dalam hati,"
sambung Pak Habib.
Dengan
serta merta si ibu memberikan isyarat mata pada Shafie, agar mematuhi saranan
Pak Habib. Tiada tindak balas positif dari Shafie. Si ibu mengulangi perbuatan
yang sama pada Shafie. Kali ini reaksi yang diberikan amat menyenangkan hati si
ibu serta si ayah.
"Boleh,
saya ikut cakap tuan," itu kata pemutus dari Shafie. Pak Habib tersenyum
dan mengucapkan terima kasih pada Shafie dan kedua orang tuanya.
Dengan
pantas Pak Habib memanggil datuk, saya dan Tajuddin agar segera menghampirinya.
Secara tidak langsung, kami bertiga dikehendaki berada di sisi Shafie dan kedua
orang tuanya. Permintaan Pak Habib segera kami kabulkan.
Dengan
disaksikan oleh kedua-dua orang tuanya, saya, datuk serta Tajuddin. Pak Habib
pun melafazkan dua kalimah syahadat dengan terang dan lancar. Kemudian turut dilafazkan
oleh Shafie dengan nada suara yang lancar dan terang sekali.
No comments:
Post a Comment