Friday, August 30, 2013

SIRI 259 (VARIASARI DISEMBER 2002) TANAM GELAS DENGAN TUMIT

“Ada semangat jahat dalam badannya,” kata Pak Habib.
“Iya.” Angguk datuk.
“Bagaimana nak mengeluarkannya?” Pak Habib bertanya lagi.
“Saya usahakan, dengan  izin Allah berjaya.
Pak Habib renung muka datuk lama-lama, seolah-olah memberikan semangat dan keyakinan. Senyum restu pun dilepaskan Pak Habib untuk datuk. Dengan pantas datuk mendekati baldi lalu duduk berdiri lutut.
Dengan serius datuk menepuk air dalam baldi, tiga kali berturut-turut. Setelah menoleh ke kanan tiga kali, ke kiri tiga kali. Baldi terus diangkat separas pusat dan air dicurahkan ke badan Shafie.
Bagaikan terkena besi panas, badan Shafie mengeletek dan bergolek-golek di bumi buat beberapa ketika. Akhirnya terbujur kaku. Pasangan suami isteri terus menjerit dan bersedia untuk menerpa ke arah Shafie. Bersedia untuk melindungi anak kesayangan. Menyedari, apa yang bakal dilakukan oleh pasangan suami isteri itu, datuk segera menoleh ke arah mereka.
“Jangan dekati dia,” Pak Habib mengeluarkan amaran.
“Sebab?” Sanggah si suami dengan suara lantang.
“Kami sedang berusaha membetulkannya, syaitan besar dah meresap dalam dirinya. Kalau tak dibetulkan, boleh jadi dia menghisap darah manusia dan binatang. Apa kamu berdua mahu Shafie jadi macam itu,” terang datuk. Si suami diam tidak berkata, begitu juga dengan si  isteri.
Buat beberapa ketika datuk dan Pak Habib tidak melakukan sesuatu. Mereka menanti reaksi selanjutnya dari ibu bapa Shafie. Saya tahu Tajuddin memang disuruh mengawasi pasangan suami isteri tersebut. Tugas saya membantu Tajuddin. Rasanya pasangan suami isteri itu tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan masaalah besar pada datuk dan Pak Habib.
Saya menjeling ke arah si isteri. Wajahnya nampak sedih sekali. Hati dan perasaanibu mana yang tidak tersentuh melihat anak yang dilahirkan tergolek di tanah. Sepasang kelopak matanya digenangi air jernih.
“Saya tak sampai hati melihat anak saya begini, kesian dia. Kalau boleh, tolong selesdaikan cepat,” dalam sedu si isteri menyampaikan rayuan kepada datuk dan Pak Habib. Si suami dapat mengawal emosi. Cuma sesekali dia menarik dan melepaskan nafas. Perasaan saya juga turut tersentuh.
“Awak berdua diminta bertenang, memang agak kasar perbuatannya. Apa boleh buat, kami terpaksa melakukannya. Percayalah dengan izin Allah semuanya akan menjadi baik,” memang kata-kata itu datuk tujukan pada sepasangsuami isteri yang dibalut kedukaan.
DUGAAN
Reaksi yang mereka berikan sungguh di luar dugaan. Perlahan-lahan mereka anggukkan kepala. Akur dengan permintaan datuk. Shafie masih lagi tergolek di bumi.
Angin yang bertiup lerus juga menjatuhkan dedaun kering. Awan gemawan terus berarak di dada langit
"Ahhh...."
Suara saya meninggi sambil mengerutkan dahi. Saya tidak terfikir yang duk sanggup memukul badan Shafie dengan baldi. Bukan satu atau dua kali, tetapi tujuh kali berturut-turut. Anehnya, Shafie tidak mengeluh atau menjerit. Tidak juga melawan. Pasangan suami isteri memalingkan muka ke arah lain. Tidak sampai hati melihat anak mereka diperlakukan demikian.
Shafie lerkapar di tanah. Tidak bermaya. Pak Habib menyuruh Tajuddin mencari gelas baru. Kerana gelas yang digunakan sebentar tadi, sudah ditanamkan dalam tanah dengan kedudukan terbalik.
Cara menanam gelas dalam perut bumi memang agak unik sekali. Dengan senafas Pak Habib benamkan gelas melalui tumit kaki kiri. Selesai kerja itu dilakukan, dahi Pak Habib berpeluh, nafasnva sesak kepenatan.

Saya diberitahu, ini merupakan petua orang terdahulu. Membelenggu syaitan secara simbolik agar jangan mengulangi perbuatan yang sama pada mangsanya. Saya kira perbuatan ini tidak bertentangan dengan akidah agama. Bila saya minta penjelasan dari Pak Habib (seminggu setelah peristiwa itu) apakah perbuatan iiu salah dari sisi agama. Dia tidak memberikan sebarang komentar.

Tetapi, sebaliknya bertanya pada saya. Apakah saya merasakan perbuatan itu sesuatu yang syirik.
"Ini gelasnya."
Saya menoleh ke arah suara tersebut Dan sepasang anak mata menikam ke arah tangan kanan Tajuddin yang sedang menghulurkan gelas kosong kepada Pak Habib, kemudian saya alihkan renungan ke arah dua lelaki yang muntah darah tadi. Mereka berjalan terhoyong-hayang mengelilingi surau. Tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian.
Perbuatan dua lelaki mengelilingi surau, tidak menarik minat Pak Habib dan datuk langsung. Saya ditegur kerana asyik melihat mereka. Saya disuruh tumpukan perhatian pada keadaan sekitar diri Shafie  dan kedua orang tuanya. Saya patuh dengan kemahuan datuk dan Pak Habib.
Dalam keadaan suasana yang tegang dan membosankan itu, saya mula memikirkan dari mana Tajuddin memperolehi gelas kosong? Barangkali dia mengambilnya dalam setor surau.
“Kenapa gelasnya kosong, mana airnya?”
Sergahan Pak Habib pada Tajuddin, membuat apa yang bermain dalam tempurung kepala terus hilang. Tajuddin termangu-mangu. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Kejadian depan mata mengingatkan saya pada kerenah datuk. Ada persamaan dengan apa yang dilakukan pada Tajuddin. Mereka memberi arahan tidak sekali, suka berperingkat-peringkat.
Barangkali memang begitu cara Pak Habib dan datuk menyelesaikan kerja. Macam ada unsur-unsur mendera pada orang yang diperintah.
“Kenapa tak cakap tadi, mahu airnya sekali,” Tajuddin protes.
“Kenapa kamu tak mahu bertanya?” Balas Pak Habib.
“Boleh.”
Tajuddin terus berlari ke kolah mengambil segelas air. Dalam keadaan tercungap-cungap berpatah balik lalu menyerahkan segelas air pada Pak Habib.
TAWAR
Seperti tadi juga, air putih segelas ditawar oleh Pak Habib. Setrusnya air putih itu dijiruskan ke tubuh Shafie yang terkapar. Dimulai dari kepala hingga kehujung kaki sehingga air tersebut tidak tersisa sedikit pun.
Tiba-tiba Shafie tersedak panjang. Ayah dan ibunya segera bangun dan menoleh ke arahShafie. Datuk segera memberi isyarat kepada mereka supaya jangan bergerak. Tunggu disitu dan lihat apa yang bakal berlaku. Cuma sekali saja Shafie tersedak, lepas itu keadaannya tetap seperti biasa. Perhatian saya tumpukan seluruhnya pada Pak Habib. Memang saya mahu melihat teknil yang digunakannya oleh Pak Habib untuk membenamkan gelas dalam bumi dengan kaki. Sambil memeganag gelas kosongPak Habib mendekati datuk, Mereka berbisik sesuatu.
Harapan saya untuk melihat Pak Habib membenamkan gelas dalam tanah dengan tumit kaki kiri, tidak menjadi kenyataan. Kali ini dengan menggunakan ibu jari kanan, gelas kosong
dilambung linggi, berikutnya terdengar ledakkan kecil di udara. Kulit muka terasa seperti dilekati dedebu halus.
Saya yakin dedebu itu berpunca dari sepihan kaca gelas yang meletup di udara. Datuk dan Pak Habib tidak terkecuali dari menjadi mangsa dedebu halus tersebut. Dalam situasi yang serba tidak kena itu, terdengar suara batuk Shafie panjang. Batuk yang agak aneh kedengarannya itu berulang sebanyak tiga kali berturut-turut.
Kerana keganjilannya. saya cuba mengamat-amati bunyi dan nada batuk itu. Saya pasti, bunyinya tidak ubah macam suara lolongan anjing liar waktu malam. Cuma kurang nyaring. Tajuddin nampak resah sekali dan cuba menyapu dedebu halus di wajah dengan telapak tangan. Begitu juga dengan orang tua Shatie.
"Hebat cabarannya."
Itu komentar datuk, bila mendapati dedebu halus berhenti dari berterbangan. Lesap entah ke mana. Sebagai jawapan dari komentar itu, Pak Habib hanya senyum pendek sambil anggukkan kepala.
"Semoga Allah memperkenankan kerja kita," rendah nada suara datuk. Pak Habib tetap macam tadi, tidak memberikan sebarang komen. Dia hanya senyum penuh misteri.

“Uuhhhuuuuu. ' Shafie mengeluh, serentak dengan itu badannya bergerak-gerak melintuk-liuk, macam ular. Bila pergerakan badannya berhenti, terdengar siulan panjang keluar dari mulut Shafie. Secara mendadak dua lelaki yang mengelilingi surau menjerit panjang. Tubuh mereka terangkat tinggi melepasi bumbung surau, terawang-awangan di di situ seketika.
"Bummmmmm."
Tubuh kedua-dua lelaki itu jatuh di sisi  Shafie, macam ada tenaga ghaib yang mencampakkan mereka ke situ. Kedua- duanya kejang dan kaku. Shafie bagaikan mendapat tenaga baru. Dengan serta mera dia teras duduk.
'Halang dia.' pekik Pak Habib.
Dengan pantas datuk menerpa lalu menekan dada Shafie hingga jatuh terlentang. Shalie bertindak balas. Dengan
menggunakan kaki kanan, dada datuk ditendang hingga terdorong ke belakang. Secepat tendangan yang dilepaskan Shafie datuk menerkam kembali ke arahnya lalu menekan dada Shafie hingga jatuh ke tanah semula. Keadaan itu berlanjutan agak lama juga.
PUTUS
SHAFIE tidak putus asa. Dia terus mencuba dan mencuba. Satu kelika Shafie berhasil berdiri setelah berjaya melepaskan penumbuk kencang kepangkal leher datuk. Dalam keadaan pening-pening lalat datuk tersembam mencium bumi.
Kesempatan yang terhidang terus dimanfaatkan oleh Shafie. Dia mahu meluru ke arah surau. Dalam keadaan yang tidak seimbang itu, secara kebetulan sepasang tangan datuk terkena kaki kanan Shafie. Dengan pantas datuk menariknva. Shafie jatuh melintangi atas tubuh kedua-dua pengikutnya yang kejang kaku.
Sebelum sempat Shafie bangun, datuk segera mendekati dan memeluknya dengan sekuat mungkin. Dalam keadaan yang sukar itu, datuk mendekatkan mulutnya ke telinga kanan Shalie lalu membisikkan sesuatu. Bila gerak bibir datuk berhenti, Shafie mengeluarkan suara seperti salakkan anjing liar.
Salakan yang pada mulanya keras dan mendayu-dayu beransur-ansur perlahan dan akhirnya hilang terus. Shafie kelihatan amat letih. Tidak bermaya. Saat dia menarik dan meIepaskan nafas. gerak dadanya amal perlahan sekali. Bila diyakini Shafie kehabisan tenaga dan tidak boIeh melakukan sesuatu, barulah datuk melepaskan sepasang tangannya yang memeluk tubuh Shafie
Pak Habib segera mendekaiti datuk. Saya dan Tajuddin turut sama mendekatinya. Tetapi, pasangan suami isteri tidak berganjak dari tempat asalnya.
“Tajuddin dengan Tamar."
Saya dan Tajuddin segera merenung wajah datuk. Kami mengharapkan dia akan menyambung percakapan yang terhenti. Hampir lima saat menanti tiada kata-kata yang terhambur dari mulut datuk.
"Hiiiiiiiiiiissssssssssssssss."
Tajuddin mendengus panjang. Dia memprotes sikap datuk yang suka berhenti bercakap secara mengejut. Sesungguhnya, saya  juga meluat dengan perangai tersebut.

“Tamar, Tajuddin,” datuk menyambung kembali kata-kata yang terputus tadi. “ Angkat mereka bertiga dan susun sebaris, Shafie mesti berada di tengah-tengah.”

“Baik” serentak saya dan Tajuddin memberikan jawapan.

                                         TUBUH

MULA-MULA, saya dan Tajuddin ahgkat tubuh Shafie dulu. Terasa berat macam ada batu dalam badan. Kemudian baru mengangkat tubuh pengikutnya. Seorang diletakkan sebelah kanan, manakala seorang lagi disebelah kiri.

Saya disuruh oleh datuk mengambil tiga helai sejadah dari dalam surau. Arahan itu saya patuhi. Semasa sejadah mahu diserahkan pada datuk, dia tidak mahu menerimanya. Saya hulurkan pada Pak Habib. Dia juga tidak mahu mengambilnya, saya jadi serba salah.

“Tajuddin kamu ambil sehelai, tutup orang di kini Shafie.”

Dengan tenang Tajuddin mematuhi arahan datuk.
 
“Ambil lagi sehelai, tutup orang di kanannya. Terbalikkan sejadah itu, kemudian kamu beredar dari situ, pilihlah sendiri tempat mana kamusuka."

Seperti tadi, Tajuddin terus mematuhi arahan datuk dengan cemerlang. Bila tugasnya selesai, Tajuddin terus berdiri dekat Pak Habib. “Tugas kamu Tamar”
 
Saya hadapkan wajah ke arah datuk, menanti arahan selanjut darinya. Kerana lambat sangat ' datuk mengeluarkan arahan, saya terus mengajukan pertanyaan padanya.
 
 “Apa yang mesti saya buat tuk?

 “Kamu tak tahu erti sabar,” datuk mengherdik.

“Minta maaf tuk.”

“Huhhh, kamu lipat tiga sejadah yang ada ditangan kamu, tutup muka Shafie dengan sejadah tu. Kemudian kamu berdiri dekat Tajuddin.

“Baik tuk.”

Saya pun menyempurnakan tugas yang diberikan oleh datuk. Semasa sejadah diletakkan di muka Shafie, terdengar bunyi nafasnya macam orang bersiul yang di ikuti dengan bunyi suara anjing merebut tulang

No comments:

Post a Comment