Kerana
merasakan suasana tidak sehangat tadi, dan keadaan boleh dikawal, Pak Habib
segera menggamit datuk supaya datang ke sisinya. Tidak sampai lima saat, datuk
sudah tegak di sisi Pak Habib. Kurang seronok rasanya, bila saya dan Tajuddin
disuruh berada di tempat biasa.
“Betul,
dia anak kamu berdua?”
Datuk
mengambil alih tugas Pak Habib. Srpasang wajah suami isteri tersebut, datuk
tenung dalam-dalam. Pasangan suami isteri tidak cemas, malah mereka senyum
penuh keyakinan.
“Sebagai
seorang Islam, kami tak mahu berbohong, kami boleh berbohong di depan tuan
berdua atau sesiapa saja. Tetapi, kami tidak boleh menipu Allah. Kami tidak mahu didakwa di mahkamah Allah kelak,” satu
penjelasan yang membunuh manik-manik keraguan di kalbu datuk dan juga Pak
Habib.
“Sudah
takdir,” tutur si isteri.
Wajahnya
dibalut rasa putus asa, nada suaranya mengutus rasa kecewa yang tiada
sempadan. Berhadapan dengan situasi
begitu, datuk dan Pak Habib jadi serba salah.
Si
isteri pun menggunakan senjata lumrah seorang wanita. Air mata seorang ibu
berbenang-benang di pipi. Sedu pun datang mengiring untuk memperlengkapkan
derita seorang yang tabah.
“Inilah
ujian untuk kami suami isteri, tetapi tidak menduga sampai begitu jauh
terpesong’, sambung si isteri sambil mengesat air mata. Manakala suaminya,
tidak putus-putus menarik nafas dalam-dalam sambil matanya menatap permukaan
bumi.
Lelaki
berbadan besar dan tegap menjuihkan sepasang bibir tebal ke depan. Meluat dan
menyampah melihat karenah pasangan suami isteri tersebut.
KERAS
Konco-konconya
bercakap sesame sendiri. Pada mulanya secara perlahan-lahan, kemudian bertukar
kuat dan keras. Matlamatnya untuk mengannggu perbualan sepasang suami isteri
itu dengan datuk atau Pak Habib.
Tingkah
laku para pengikut lelaki berbadan besar dan tegap itu dianggap oleh datuk dah
keterlaluan. Secara lembut dan rendah diri datuk minta ketua puak terbabit
supaya memberi kesempatan pada Pak Habin untuk bertanya. Lelaki berbadan besar
dan tegap terus protes. Bila datuk
memperlihatkan sikap keras dan melawan, lelaki berbadan besar dan tegap mula
lembut dan memperlihatkan sikap bertolak ansur.
”Maaf
saya nak bertanya?”
Datuk
terus renung muka pasangan suami isteri itu. Pak Habib membiarkan datuk
memainkan peranannya. Dia tidak mahu ganggu. Sekiranya datuk gagal, barulah dia
campur tangan. Apa yang pasti orang berbadan besar dan pengikutnya tetap resah.
“Silakan.”
Serentak
pasangan suami isteri menjawap. Datuk menarik nafas lega. Pak Habib senyum puas
kerana mendapa kerjasama dari pasangan yang terlibat.
Tetapi,
puak lelaki badan besar dan tegap ternyata kurang senang berdepan dengan
suasana semacam itu. Saya dan Tajuddin tetap berwaspada. Bersedia menghadapi
sebarang kemungkinan, samada bai atau sebaliknya.
“Siapa
namanya?” Datuk bertanya.
“Shafie,
“ jawap si isteri.
“Satu
nama yang baik, serupa dengan Imam Shafie,”
“Memang
hajat di hati biar dia jadi ulama besar,” celah si ayah dengan wajah sedikit
gusar.
Puak
lelaki berbadann besar dan tegap bercakap sama sendiri. Berulang kali mereka
menyebut perkataan “Imam Shafie” dan kata “Ulama” dengan kuat dan lantang.
Tidak pula diketahui kenapa kata-kata itu disebut kuat-kuat. Datuk pura-pura
batuk, perbuatan datuk segera diketawakan oleh puak lelaki berbadan besar dan
tegap. Malah beberapa orang dari mereka bersorak ke arah datuk sambil mencarut.
TEKAN.
Datuk
yang tertekan dengan keadaan tersebut, mula resah semacam. Wajah Pak Habib mula
jadi sorotan mata datuk.
Terbukti
lelaki berdarah Arab itu memang kurang senang dengan telatah puak lelaki
berbadan besar dan tegap. Kerlingan mata dari Pak Habib untuk datuk menghantar
isyarat supaya datuk bersabar dan bertenang. Berusaha mencari jalan bagi
mengatasi masaalah yang dihadapi dengan penuh diplomasi.
Melihat
datuk dan Pak Habib tidak memberikan sebarang tindak balas, puak yang diketua
lelaki berbadan besar dan tegap, kian gamat bersorak. Mulut mereka makin
lancing menghamburkan maki nesta sesuka hati. Saya mula merasakan bahawa
keselamatan diri memang tidak terjamin.
Ketika
itu, saya tidak langsung memikirkan tentang diri Tajuddin. Apa yang saya
fikirkan ialah bagaimana mahu melepaskan diri bila nyawa terancam.
Semasa
saya mencari ruang untuk mencelah keluar lari dari kawasan tersebut, tanpa
disangka-sangka saya terpandang wajah datuk.
Darimimik
wajahnya saya dapat menduga dan membuat kesimpulan dalam kalbunya terbuku rasa
sebuah kemarahan yang amat sangat. Bila-bila saja boleh meledak dan andainya
meledak, sukar untuk saya gambarkan apa yang akan terjadi. Perbuatan anak buah
lelaki berbadan besar dan tegap, memang membakar perasaan datuk.
“Syukur.”
Itu
yang terhambur dari mulut saya, bila melihat menegakkan jari hantunya kea rah
Pak Habib. Dalam erti kata lain datuk akan melaksanakan pesan Pak Habib dengan
sebaik mungkin.
“Biar
saya bertanya dulu, kita mencari sesuatu yang baik. Perkara yang keruh kita
jernihkan. Apa yang meragukan kita cari jalan penyelesaian,” suara datuk
bergetar keras. Kata-kata itu datuk tujukan kepada lelaki berbadan besar dan
tegap. Malangnya tidak mendapat tindak balas yang baik.
Tetapi
lain pula reaksi yang diperlihatkan oleh pasangan suami isteri. Mereka setuju
dengan apa yang datuk ungkapkan. Buktinya mereka anggukkan kepala.
“Setuju
dengan saya?” Tanya Datuk.
“Setuju,’’
jawap si isteri penuh yakin.
“Ah,”
suara lelaki berbadan besar dan tegap menguasai keadaan sekitar. Anak buahnya
terus bertindak biadap. Beberapa orang dari mereka menerpa kearah datuk sambil
melompat dengan menghulurkan kaki kea rah muka datuk.
“Jawap.”
Lantang
sekali suara Pak Habib yang ditujukan untuk datuk.Tanpa membalas kata-kata Pak
Habib dengan pantas sekali datuk merentap batang kayu yang dipegang oleh sala
seorang daripada anak buah lelaki berbadan besar dan tegap. Suasana yang hiruk
pikuk menjadi sepi. Semuanya terdiam kaku macam kena pukau.
Dalam
suasan sunyi itu, datuk terus lambungkan batang kayu ke udara setinggi lima
tingkat bangunan. Semasa kayu itu berada di awang-awangan terdengar letupan,
macam bunyi mercun. Saat batang kayu itu jatuh menjunam, datuk hulukan tangan
kirinya. Bila batang kayu menghempap lengan kirinya terdengar bunyi.
Krrruummmpppp yang amat kuat.
HANCUR
Semua
yang berada di situ memalingkan muka ke arah lain. Pada hemat mereka lengan
kiri datuk hancur patah sembilan dihempap batang kayu. Mungkin juga datuk jatuh
tersembam, menggelupur di bumi, macam ikan keli yang kepalanya kena hentak
dengan batu besar. Bila bunyi krummmppp berakhir, mereka tidak mendengar
jeritan atau keluhan dari datuk. Suasana terasa cukup sepi sekali.
Puak
lelaki berbadan besar dan tegap menduga datuk sudah menemui ajalnya. Begitu
juga dengan puak sepasang suami isteri. Perlahan-lahan mereka mengalihkan
pandangan kea rah tempat datuk berdiri. Perlahan-lahan mereka membuka kelopak
mata.
“Waaaaaahhhhhh.”
Semunya
terkejut. Tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Datuk tidak mengalami
sebarang kecederaan, Lengannya tidak patah, tidak luka. Batang kayu hancur dan
serpihannya bertaburan. Sepasang suami isteri dan pengikutnya mengucap panjang.
Lelaki
berbadan besar dan tegap terpegun seketika macam patung batu. Beberapa detik
selanjutnya dia bertindak pantas macam kilat. Dia merejamkan kayu di tangan kea
rah datuk. Barangkali dia mahu menguji kebolehan dan ketangkasan datuk
bertindak.
Bagaikan
harimau menerkam kambing dara, datuk menyambar kayu yang menjunam kea rah
dadanya. Kayu dibaling ke arah rumpun pisang yang berdekatan. Kayu itu
menembusi batang pisang dan terus melekat disitu.
“Kalau
awak semua mahu main kasar, saya juga boleh main kasar,’ nada suara datuk penuh
dengan rasa amarah yang tinggi. Muka yang tenang dan selamba segera bertukar
garang serta geram. Bersedia untuk bertindak balas terhadap lelaki berbadan
besar dan tegap.
“Ehhheeemmmmm,
sahabatku. Allah suka pada orang yang sabar. Tidak bertindak mengikut
perasaan,” lembut suara Pak Habib menyentuh gegendang telinga datuk.
Secara
sepontan Pak Habib mengingatkan datuk, bahawa kata-kata yang baru diucapkannya
itu, ada unsur-unsur riak dan takbur. Menyedari keterlanjurannya itu, datuk
segera beristighfar beberapa kali. Seterusnya diam, tidak melakukan sesuatu.
Datuk punberusaha menurunkan perasaan marahnya ketahap paling normal.
“Maafjkan
saya,” pekik datuk ke arah lelaki berbadan besar dan tegap.
Tiada
reaksi yang memberangsanagkan diterima oleh datuk.
“Maafkan,
“ ulang datuk lagi.
Reaksinya
tetap sama macam tadi juga. Tidak menerima maaf dari datuk. Datuk tidak merasa
tergugat dengan keadaan tersebut. Begitu juga dengan Pak Habib. Tetapi, saya
tetap berdebar.
Satu
keputusan yang drastic datuk lakukan. Dia seolah-olah melupakan kehadiran puak
lelaki berbadan besar dan tegap.
Datuk
tumpukan perhatian ke arah pasangan suami isteri. Begitu juga dengan Pak Habib.
Pasangan suami isteri itu lebih jujur dan ikhlas. Dari gerak geri, raut
wajahnya dan gerak mata, ternyata
pasangan suami isteri itu dihempap rasa takut dan cemas yang tidak bertepi,
semangat mereka bagaikan lari jauh. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Datuk
segera melakukan sesuatu supaya semangat pasangan suami isteri kembali pilih.
Boleh bertindak dan boleh berfikir. Saya lihat kelopak bibir datuk bergerak.
Saya yakin datu sedang membaca beberapa potong ayat dari al-Quran untuk
membasmi sihir dan kuasa syaitan. Muka pasangan suami isteri datuk hembus.
Memang
ada perubahan rasa cemas dan takut di wajah pasangan suami isteri itu tidak
ketara sangat. Wajah mereka yang pucat, mula kelihatan merah. Sinar mata yang
tadi nampak layu kelihatan bercahaya.
SEMANGAT
Disaat
pasangan suami isteri itu mendapat semangat baru, puak yang diketuai oleh
lelaki berbadan besar dan tegap sedikit demi sedikit bergerak arah ke selatan.
Mereka
berusaha menjauhkan diri dari datuk, Pak Habib dan pasangan suami isteri. Bila
sampai dekat seketul batu besar mereka berhenti seketika di situ sambil
berbincang sama sendiri.
Kemudian
mereka bergerak lagi, kali ini kumpulan itu menuju ke arah lelaki berambut
panjang yang terlentand di tanah. Mereka usung lelaki itu dekat pintu surau.
Memang ada percubaan untuk membawa lelaki yang diusung kedalam surau. Tetapi,
lelaki berbadan besar dan tegap menghalang.
“Pedulikan
mereka.”
Datuk
renung muka sepasang suami isteri.
“Betul
kata awak, kalau mereka dah sesat, kenapa kita mesti ikut sesat.” Si suami mula
berani bercakap.
“Pendapat
yang tepat, ceritakan secara terperinci. Kalau boleh kami tolong, kami sedia
membantu,” cukup teratur dan tenang datuk bersuara.
“Percayalah,
kami bukan dari golongan mereka. Mami bersedia menolong kamu semua, asalkan
kamu berterus terang,” secara mengejut sekali Pak Habib melibatkan diri.
Menanam rasa yakin terhadap pasangan suami isteri dan kumpulannya.
“Berterus
teranglah,’ desak datuk.
Berputik
dari kata-kata Pak Habib dan datuk membuat si isteri lebih pantas menguasai
suasana. Mulutnya lebih ligat melontarkan kata, Agak berbeza dengan suaminya
yang agak pemalu menyingkap rahsia keluarga. Mungkin kisah keluarga dianggapnya
sebagai rahsia peribadi yang tidak boleh dilontarkan pada sebarang orang.
“Berterus
terang saja pada kami, terangkan siapakah puak yangmendewa-dewakan anak kamu?”
Pak Habib mendesak yang secara tidak langsung mengambil alih tugas datuk.
Barangkali Pak Habib berpendapat ini lebih berkesan dan cepat dari mengharapkan
datuk seorang saja.
“Kami
mahu dia jadi orang alim, kerana itu sebaik saja dia tamat sekolah rendah kami
hantar dia masuk pesantren di Surabaya,” si isteri mula membuka rahsia.
“Sampai
tamat menuntut?” Pak Habib bertanya. Tanpa diduga si suami memberikan aksi
positif dengan menganggukan kepala.
“Kemudian
apa tindakan kamu selanjutnya,” datang lagi pertanyaan dari Pak Habib. Tiada
jawapan yang diterima.
KAmu
tak berusaha menambahkan ilmunya lagi ?” dauk mencelah.
“Bila
dah tamat pengajian dia balik ke kampoung,” kelancaran dan kepetahan si isteri
bercakap bagaikan terganggu. Perkataan yang diucapkannya keluar satu-satu.
KEGAGALAN
Akhirnya
dia berhenti di situ. Uaminya minta dia menyambung cerita yang terputus. Usaha
si suami menemui kegagalan.
Kerana
menyedari isterinya mengalami tekanan perasaan yang cukup hebat, si suami minta
bantuan beberpa orang wanita (dari puak pasangan suami isteri tersebut)supaya
membawa isterinya ke satu sudut untuk diberikan rawatan ringkas.
Wanita
malang itu dibawa ke bawah pokok mempelam lalu didudukkan di situ. Badan,
kepalanya dipicit dan diberikan minuman.
Si
suami yang pemalu dan perahsia diminta oleh datuk dan Pak Habib menyambung kisah
yang terputus. Pujukan pertama gagal, kedua juga gagal, begitu juga dengan
pujukan ketiga dan keempat.
“Kalau
kamu macam ini , masih merahsiakan, kami tidak boleh membantu kamu dan anak
kamu. Jika keadaan ini tidak diselamatkan hidup anak kamu binasa dan makin
banyak orang yang rosak dan sesat kerananya,” Pak Habib berterus terang.
“Fikirkanlah
baik-baik, sebelum kami buat keputusan,” kata datuk.
“Fikirkanlah
dengan tenang,” ulang Pak Habib.
Setelah
termenung panjang lebih dari lima minit, akhirnya si suami yaqng pemalu dan
perahsia menyahut kata-kata datuk dan Pak Habib.
“Semasa
di kampong dia mengajar agama sukarela, saya dan isteri sudah mengumpulkan wang
untuk menghantar dia belajar di Madinah. Dia dipelawa mengajar di sebuah
pesantren. Jadi kami fikir, sementara menanti panggilan belajar di luar negeri
apa salahnya dia jadi ustaz sementara, dapat juga duit,” dengan tulus si suami
bercerita.
“Kesudahannya
dapa anak kamu ke Madinah? “ ternyata datuk kurangf sabar.
“Dapat,
dia diterima bellajar di Univesiti Madinah. Malangnya atau memang sudah takdir
nasib kami berdua,” kata-katanya tidak dapat diteruskan. Nafasnya secara
mendadak turun naik dengan cepat sekali. Tercungap-cungap.
“Kenapa?”
datukk bertanya cemas.
“Beri
saya rehat sekejap.” Pintanya.
Pak
Habib dan Datuk mengizinkan.
Lama
juga si suami itu berehat. Bila perasaannya kermbali tenang, tanpa didesak dia
terus bercerita.
“Lebih
kurang dua minggu lagi mahu ke Madinah,
masa itu semua keperluannya sudah sedia, tiba-tiba saja anak kami jatuh sakit
ketika mengajar. Kerana dalam masa sihat jatuh sakit, macam-macam cerita kurang
manis dikaitkan dengan anak kami. Kononnya anak kami dibuat orang (sihir)
kerana dengki. Anak kami dikatakan diberi perhatian yang lebih oleh pengetua
pesantren, dijadikan anak emas berbanding dengan ustaz-uztaz dan ustazah yang
lebih lama mengajar di situ,” si suami malang berhenti bercerita.
No comments:
Post a Comment