Friday, August 30, 2013

SIRI 247 DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG

BAYI

Setelah tergendala kira-kira lima minit, datuk kembali berusaha memberikan penjelasan lagi pada si pemandu. Tetapi masih ada gangguan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Datuk terpaksa bersabar dan bertenaga. Bila keadaan sudah terkawal barulah datuk mneruskannya.

“Bila sudah setuju, mayat bayi itu dipuja lagi hingga tidak bergerak dan terus mengecil sebesar ibu jari orang dewasa. Kemudian dimasukkan dalam lubang buluh gading, dibalut kain tujuh warna lalu dimasukkan dalam tabung tembaga putih, mereka gunakan ini sebagai azimat. Satu kerja syirik dan pembohong,” datuk mengakhiri penjelasannya.

“Saya faham sekarang,” terlontar kata dari pemandu Pak Habib. Di wajahnya terbayang kepuasan yang amat sangat. Saya lihat Pak Habib tetap tenang, tidak memberikan sebarang komentar. Anak matanya merenung lembut, penuh simpati ke arah ketiga-tiga lelaki laknat yang berdiri kaku, macam orang bodoh.

“Bagaimana dengan mereka mahu diserahkan kepada polis atau dibiarkan di situ. Kalau tak jadi halangan biar saya yang menghukum,” datuk mengemukakan cadangan.

Saya tahu itu hanya merupakan ugutan untuk menguji ketahanan mental dan keyakinan mereka bertiga. Pak Habib yang bagaikan mendapat alamat, tahu apa yang datuk katakan itu bukanya sesuatu yang benar, turut tersenyum.

“Begini…………..” belum pun sempat Pak Habib menamatkan ucapan, ketiga-tiga lelaki laknat itu menerkam ke arah Pak Habib. Mereka melutu di depan Pak Habib.

“Tolong kami, jangan benarkan lelaki ini menghukum kami,” lelaki berkulit agak gelap menuding jari ke arah datuk. Pak Habib yang tergamam dengan apa yang terjadi di depannya, menarik nafas lemah.

“Ilmunya lebih tinggi dari guru kami, tolong beritahu dia jangan turunkan kutukan kepada kami,” sambung lelaki berkulit agak gelap.

“Tolong selamatkan kami,” sahut dua orang temannya, mereka kelihatan seperti mahu menitiskan air mata. Datuk memalingkan mukanya ke arah kawasan berbukit. Tidak mahu melihat wajah tiga manusia laknat yang sedang merayu.

“Sabar, bangunlah, biar saya uruskan.”

Saat Pak Habib melangkah mendekati datuk, ketiga-tiga manusia laknat itu bangun serentak. Cemas tetap terpamir di wajah mereka. Pak Habib membisikan sesuatu ke telinga datuk. Mereka saling mengangguk, seolah-olah mencapai kata sepakat.

Tiga manusia laknat menanti penuh debar. Begitu juga saya dan pemandu , dada kami sarat dengan pertanyaan. Apakah hukuman yang bakal dikenakan dauk terhadap mereka.

Pak Habib memisahkan diri dengan datuk, lalu mendekati tiga manusia laknat. Dalam sekelip mata , tiga lelaki mengelilingi Pak Habib, macam langau menghurungi bangkai.

“Bagaimana?”

Lelaki berwajah separuh bulat tanpa segan silu terus bertanya. Pak Habib tidak memperlihatkan sebarang reaksi. Saada terkejut atau simpati. Dia kelihatan bersahaja sekali.

Kerana tidak menerima tindak balas yang positif, ketiga-tiga lelaki laknat terus mengeluh penuh kehampaan dan kekecewaan. Saya dan pemandu serentak menggaru pangkal dagu yang tidak gatal.

“Semuanya bertindak lambat,” si pemandu protes.

“Biar lambat asalkan hasilnya baik,” balas saya.

“Kamu memang banyak dalih, Tamar,” si pemandu melepaskan geram untuk saya. Satu perbuatan yang tidak wajar dilayan.

ANGIN

Angin malam yang bertiup mengugurkan dedaun tua. Waktu terus mengisut. Dalam jangkaan saya sudah mendekati waktu tengah malam.

Bulan sudah beberapa kali dilindungi awan. Lolongan anjing liar sudah jarang kedengaran. Begitu juga dengan suara burung hantu dan pungguk sudah berhenti merayu bulan. Kedinginan terasa kian hebat mencubit kulit.

“Tuan berilah jawapan, jangan kami disiksa begini .”

Dengan serta merta sepasang biji mata saya terbeliak, merenung ke arah lelaki berdarah dahi yang sedang memeluk lutut Pak Habib.

“Masih mahu berderama,” komen sipemandu.

“Jaga mulut kamu,” amaran saya untuknya.

“Maafkan saya,” sipemandu mengalah.

Tindak balas Pak Habib terhadap kelakuan lelaki berdarah dahi, tidak berubah. Masih seperti tadi, dia suruh lelaki berdarah dahi bangun. Jangan memeluk danmencium kepala lututnya. Lelaki berdarah dahi juga disuruh bergabung kembali dengan dua orang kawannya.

Suasana yang dihadapi, terasa kurang menyenangkan. Penuh persoalan dan seribu kebimbangan.

Pak Habib berdiri memeluk tubuh, matanya merenung ke langit sambil melangkah beberapa tapak ke belakang dan ke depan. Perbuatan ini diulanginya beberapa kali. Macam ada sesuatu yang dicarinya, macam ada sesuatu yang difikirkannya.

Tindak tanduk dua lelaki ini (datuk dan Pak Habib) penuh dengan misteri. Masing masing ada gaya tersendiri dalam memecahkan masaalah yang dihadapi. Perbuatan mereka itu membuatkan saya dan pemandu adakalanya merasa benci dan meluat. Selalu membuat kami berada dalam keadaan serba tertekan.

“Menyusahkan,” keluh batin saya sendirian.

“Alhamdulillah…..,”

Sungguh mengejutkan dengan ungkapan yang diucapkan. Pak Habib meluru ke arah ketiga-tiga lelaki laknat. Satu persatu tubuh lelaki terbabit dipeluk dan didakapnya. Paling mengesankan, bila melihat Pak Habib yang tenang dan lembut itu menangis tersedu-sedu.

BEREDAR

Melihat keadaan diluar dugaan, sipemandu segera mendekati majikannya, tetapi Pak Habib menyuruh dia beredar dari sisinya. Dan kembalilah sipemandu mendekati saya dengan wajah muram.

“Tak pernah dia buat perangai macam itu dengan aku,” sipemandu merungut.

Saya tumpang senyum saja.

Rasa terkejut itu turut juga dialami oleh datuk. Seluruh perhatian ditumpukan kepada Pak Habib, kawan barunya. Datuk siap sedia untuk bertindak atau memberi apa saja bantuan pada Pak Habib jika keadaan memaksa.

Setelah bertahan dalam keadaan yang serba tegang dan cemas lebih dari sepuluh minit. Saya merasa bersyukur, kerana tidak berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

Pak Habib kembali berdiri di tempat asal, tetapi dia masih dikelilingi oleh ketiga-tiga manusia laknat yang merasa bertuah kerana didakap oleh Pak Habib. Perkara yang tidak pernah mereka mimpikan,  lebih-lebih lagi sejak tercetusnya peristiwa untuk menculik Pak Habib yang pernah menjadi majikan mereka.

“Saya sedih kerana ada orang Islam sanggup bertuankan syaitan, pada hal mereka itu terdiri dari orang yang ilmu agamanya tidaklah cetek. Saya kecewa, orang yang pernah bekerja dengan saya, pernah saya bantu, memusuhi saya yang seagama. Perkara ini terjadi kerana dorongan nafsu yang diperkudakan oleh syaitan,” dalam tangisan Pak Habib bersuara tersangkut-sangkut.

Saya dan pemandu menarik nafas lega. Datuk mengigit bibir menahan rasa sebak. Ketiga-tiga lelaki laknat yang mengelilingi Pak Habib undur setapak ke belakang.

“Sekarang apa yang boleh aku bantu kalian, asalkan kalian jangan jadi manusia tunggangan nafsu yang dikuasai oleh syaitan. Kamu mahu wang ringgit, harta benda, cakap apa saja. Asalakan kamu jangan melakukan perbuatan ini pada orang lain,” amat lantang suara Pak Habib . Buat seketika tiada tindak balas dari ketiga-tiga manusia laknat . Semuanya membisu.

“Cakap sekarang, apa yang kamu ingin dari aku,” jerita Pak Habib.

“Kami tak mahu apa-apa tuan,” suara lelaki wajah separuh bulat.

“Hummmmm………,” dengus Pak Habib.

“Maafkanlah kami tuan, ampunkan kami tuan, selama ini kami fikirkan kami bertiga handal kerana ada azimat dan tangkal, rupanya tua dan kawan tuan lebih hebat dari kami.” Lelaki berkulit agak gelap bersuara.

BERAT

Pak Habib kelihatan agak berat untuk memberikan jawapan pasti. Buat seketika dia termenung panjang sambil menahan rasa sedih, hampa dan kecewa. Secara perlahan-lahan datuk segera mendekatinya.

“Usah dikesal dengan apa yang terjadi,” bisik datuk.

Pak Habib angguk-anggukan kepala sambil mengesat kesan air mata di pipi.

“Ini ujian Allah untuk aku dan untuk mereka juga,” suara Pak Habib lemah sekali. Kalau tadi Pak Habib anggukkan kepala, kini giliran datuk pula mengangguk.

“Jadi kita harus cari penyelesaian,” celah datuk.

“Kamu marah dengan mereka?” Pak Habib mula bertanya.

“Kalau tak marah tu pembohong namanya, saya marah tapi sekarang dah kurang. Cuma saya kesal dengan perbuatan mereka,” jelas datuk.

“Kamu dendam dengan mereka?,” Datang lagi pertanyaan dari Pak Habib.

“Tak dendam.”

Jawapan dari datuk membuatkan Pak Habib tersenyum senang. Dia melangkah ke arah ketiga-tiga lelaki laknat. Wajah ketiga-tiga manusia yang cemas direnungnya satu persatu..

:



Pemandu dan saya didakap keresahan. Begitu juga dengan tiga manusia laknat. Mereka menanti ungkapan yang bakal dilontarkan oleh Pak Habib atau datuk. Kalau elok kata yang keluar, selamatlah mereka. Kalau buruk yang diucapkan, celakalah hidup mereka.

“ Aku maafkan perbuatan kamu semua.”

Ketiga-tiga manusia laknat menarik nafas lega. Serentak menatap bumi di kaki dan serentak pula mengangkat wajah bersama tangisan kesyukuran. Dalam saat yang sama, salah seorang daripada mereka (yang berwajah separuh bulat) merenung tajam kearah saya. Kemudian terus mendekati datuk.

“Apa tuan tidak melepaskan kutukan dan sumpah buat kami dan keturunan kami?” Itulah pertanyaan yang dlemparkan pada datuk.

“Kamu orang Islam?” Datuk renung biji matanya.

“Iya, “ angguknya, “tetapi Islam pada nama saja.”

“Soal kutukan, soal sumpah, bukan kerja orang yang beriman. Orang Islam yang beriman tidak percaya pada kutukan, pada sumpah, pada tangkal azimat selain pada Allah.”

“Tuan, saya jadi orang Islam yang baik dan beriman, bagaimana tuan?”

“Carilah ilmu dari orang yang ada ilmu,”

BERKERUT

Lelaki itu terdiam seketika, dahinya nampak berkerut. Dua orang rakannya yag dapat mendengar kata-kata datuk turut termenung. Macam ada sesuatu yang berlegar di dalam tempurung kepala mereka.

“Ah.......”

Tiba-tiba saja lelaki berdarah dahi mengeluh pendek. Bayangan kekesalan terpamer di muka. Agaknya menyesali diri sendiri. Sepatutya sebagai sebagai seorang yag mempunyai asas ugama serba sedikit, tidak wajar dia terpengaruh dengan perbuatan syirik.

“Allah ampunilah perbuatan hamba mu ini yang dhaif dan hina ini,” keluhan leaki berdarah dahi berlanjutan dengan sedu yang mengocang bahu.

“Sudahlah,” pujik datuk, tangisan bersama sedu beransur reda dan akhirnya hilang. Keadaan sekita terasa sepi dan hiba. Angin malam yang bertiup terus mengugurkan dedaun tua.

“Tidak ada apa yang harus kamu risaukan,” nada suara datuk begitu simpatik sekali.

“Pak Habib ini orang baik, aku fkir dia akan memaafkan kamu semua. Jadi kamu bertiga harus sedar, mesti insaf dan bertaubat.”

Saya lihat ketiga-tiga laknat itu terdiam membatu. Pemandu disisi saya menggaru hujung hidungnya. Dia tahu datuk akan menyambung kata, penunjuk arah agar ketiga-tiga manusia menjadi insan yang baik.

“Sekiranya kamu bertiga berjanji palsu dan meneruskan perbuatan ini lagi, munkin kamu bertiga dak akan bertemu dengan orang yang sebaik Pak Habib.  Kalau silap carannya,  isi perut kamu terburai kena kerambit,” satu persatu wajah ketiga-tiga lelaki itu datuk tatap.

ARAH

Lelaki berdarah dahi, kelihatan tidak tentu arah. Dia menark nafas dalam-dalam. Kemudian renung muka dua orang kawannya. Pak Habib kelihatan tenang. Sesekali dia merenung ke dada langit.

Secara mengejut lelaki berdarah berdarah dahi memeluk uuh kedua-dua orang temannya sambil berbisik sesuatu.

“Kami bertiga berjanji , tidak akan melakukan perkara seperti ini di masa akan datang,” ketiga-tiga manusia laknat mengangkat tangkat kanan, berikrar di depan Pak Habib dan datuk. Tetapi, datuk dan Pak Habib tidak memberikan reaksi positif.

“Kami bertaubat, berjanji tak buat lagi perkara macam ini, maafkan kami, jangandihukum kami,” serentak tiga lelaki laknat bersuara.

“Aku memang sudah lama memaafkan kamu.”

Perkataan yang keluar dari kelopak bibir Pak Habib mengejutkan saya dan pemandu tetapi, idak buat datuk. Dia bagaikan sudah tahu bakal keputusan yang akan dibuat oleh Pak Habib.

“Tetapi kamu....” Jari telunjuk Pak Habib Pak Habib menuding ke arah lelaki yang berdarah dahi yang kelihatan pucat dan sedikit mengeletar, “kamu yang tahu serba sedikit asas agama, boleh terpengaruh pada orang yang kurang ilmu.”

Tiada jawapan yang diberikan oleh lelaki berdarah dahi pada pertanyaan tersebut.

“Dua hari lagi, kamu bertiga jumpa aku di rumah, aku nak bagi kamu kerja tetap, sebelah malamnya kamu semua boleh belajar agama dan membaca Quran dengan tafsirnya sekali dari guru yang aku sediakan,” sambung Pak Habib tenang, seolah-olah tiga lelaki itu tdak pernah menjadi musuhnya.

“Tetapi, tuan Habib....” lelaki berwajah separuh bulat tdak dapat meneruskan percakapannya.

“Apa yang mahu kamu cakapkan? “ Pak Habib menyoal.

“Kami dah tua nak belajar apa?”

“Belajar ilmu agama tidak ada had umur. Dari baligh hingga masuk lubang kubur, orang belajar. Kalau belajar main ikut-ikut atau separuh jalan macam kamu bertiga, memang bleh jadi salah pedoman atau sesat. Sahbanyak fkir lagi, mari kita keluar dari sini,” Pak Habib memberkan keputusan muktamad.


BERGERAK

Beberapa minit kemudian, kami semua beredar dari kawasan lapang menuju ke arah jalanraya. Kerana lelaki berdarah dahi memang arif dengan keadaan sekitar, maka dia disuruh oleh datuk jadi kepala jalan. Dia tidak membantah dan menerima arahan itu sebagai satu penghormatan pada dirinya.

Dalam rancak melangkah, terdengar suara salakan anjing yang menandakan bahawa kami berada tidak jauh dari kawasan yang dihuni manusia.

Dari jauh sudah kelihatan cahaya api jamung, Deru kenderaan juga mula kedengaran sayup-sayup. Semuanya itu tidak menarik perhatian saya, mungkin juga orang lain.

Apa yang berlegar dalam kepala, mahu segera sampai ketempat kereta tersadai. Kemudian segera berangkat ke  Medan. Badan sudah terlalu letih, sudah tidak bermaya rasanya mahu menangkat kaki untk melangkah. Itik-titik embun jantan terus jatuh ke bahu, pepokok renik terus diredah.

Makin lama makin hampir kami dengan bibir jalan raya tempat kereta tersadai, Riuh rendah suara orang bercakap dan bertengkar makin jelas kedengaran, segala-galanya makin hampir.

Pak Habib terus angkat tangan memberi isyarat supaya kami melagkah berhati-hati. Jangan memijak sebarang dahan atau ranting kering yang boleh menimbulkan bunyi. Sungguh  menyiksakan melangkah dalam keadaan terbongkok-bongkok di celah pepohon dara dalam keadaan cuaca malam yang tidak begitu terang.

Begitulah, dalam keadaan yang serba sukar, kami sudah dapat mendengar dengan jelas perkara-perkara yang mereka perkatakan. Pak Habib menyuruh kami mencangkung seketika untuk mengikuti perkara yang dibincangkan secara terperinci oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Ternyata kumpulan itu sedang berbincang untuk mencari sesaorang yang hilang. Mereka sedang merumuskan satu keputusan muktamad, samaaada menggunakan khidmat anjing pemburu atau mereka masuk beramai-ramai kedalam kawasan hutan dara untuk mencari orang yang hilang.

Tetapi siapakah y ang mereka cari? Hampir lima minit kami menunggu, tidak sepatah pun diantara mereka menyebut nama orang hilang yang bakal dicari. Mungkinkah Pak Habib atau orang yanglebih penting dari Pak Habib.

“Bergerak,”  Pak Habib memberi arahan.

Seperti tadi juga, arahannya tetap kami patuhi. Lebih kurang sepuluh tapak kaki melangkah, Pak Habib menyuruh kami mencangkung macam tadi. Kemudian berjalan lagi, berhenti lagi dalam keadaan mencangkung.

TERATUR

Pergerakan yang teratur dan terancang itu memang berhasil. Gerak geri kami tidak dapat dicium oleh kumpulan manusia yang sedang berbincang. Kami  pun semakin hampir dengan gigi jalan dan kereta tersada. Perbincangan merfeka dapat kami ikuti dengan jelas.

Bunyi pintu kereta (milik Pak Habib) yang tersadai dibuka dan ditutup jelas kedengaran. Mereka menyebut nama Pak Habib dan pemandunya berkali-kali. Dua orang lelaki dari Tanah Melayu (saya dan datuk) yang menaiki kereta Pak Habib dari Medan ke Pengkalan Beranda juga disebut-sebut.

Saya dan datuk disyaki menjadi punca segala-galanya. Kecut urat perut, bila ahli kumpulan itu secara terang-terangan menuduh saya dan datuk mahu menyembunyikan Pak Habib atas niat melakukan pemerasan.

“Manusia tidak lepas dari rasa syak wasangka dan terlalu cepat menghukum, inilah kelemahan manusia, Kelemahan itu ada kalanya dijadikan senjata oleh hati yang busuk, tidak ikhlas, tidak ingatkan Allah untuk merosakkan manusia sebagai laluan ke neraka,” Pak Habib memberitahu datuk.

Secara tidak langsung pemberitahuan itu menyatakan Pak Habib akan berdiri di belakang datuk.

“Kamu usah bimbang,” kata Pak Habib lagi.

“Segala-galanya saya serahkan pada Allah, “ jawab datuk. Keduaduanya tersenyum.

Sebelum kumpulan tersebut melakukan pencarian, Pak Habib bersama pemandu segera meluru ke arah kumpulan itu. Melihat kemunculan Pak Habib dan pemandunya, suasana menjadi bising.

Beberapa orang wanita dan lelaki segera memeluk Pak Habib tanpa mempedulkan si pemandu. Manakala beberapa lelaki yang berdiri tidak jauh dari kereta Pak Habib yang tersadai kelihatan bengis sekali.

Sekurang-kurangnya dua dari lelaki disitu menyandang tiga pucuk senapang kampung berlaras satu dan dua. Manakala yang lain membawa lembing dan parang panjang.

Melihat situasi yang tidak menyenangkan itu, saya segera mendekati datuk.

“Kita dalam bahaya tuk,  kalau kita tunggu kita tak balik kampng tuk.”

“ Sabar cu, Pak Habib suruh kita dan tiga penyanggak besar itu tunggu dulu, bila dia beli isyarat baru kita keluar.”

“Antara orang bertiga dengan kita siapa keluar dulu tuk.”

“Orang bertiga dulu, kita orang terakhir.”

Ah, penyakit,” keluh saya.

Datuk hanya senyum, dia nampak tenang sekali. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Ternyata tiga manusia laknat juga bimbang seperti apa yang saya bimbangkan. Mereka duduk berhimpit-himpit macam tikus kesejukan.

TEMBAK

Dalam keadaaan yang serba tidak menguntungkan diri datuk dan saya itu, salah seorang dari lelaki yang menyandang senapang melepaskan tembakan ke udara dua kali berturut-turut. Jantung terasa saya bagaikan berhenti dari berdenyut.  Datuk masih juga tersenyum.

Lelaki yang melepaskan terus mendekati Pak Habib.

Mana dia dua manusia dari Tanah Melayu tu, biar saya ajar mereka, kalau yang lain takut bertindak, ini anak saudara Syed Hamid Al-Hadad, boleh menjadikan mereka mayat” sebaik saja selesai bercakap dia melepaskan lagi dua tembakan ke udara.

“Nanti dulu Tajuddin,” pujuk Pak Habib dan secara sepontan dia mengambil senapang kampung berlaras satu dari anak saudaranya yang sedang naik darah.

Senapang itu segera di berikan kepada seorang wanita tua (yang kemudiannya saya ketahui ibu kepada lelaki itu) yang memakai jubah putih. Wanita itu pula menyerahkan senjata api itu kepada wanita lain untuk disembunyikan.

“Mereka mahu menculik paman kita, ini kerja dari orang semenanjung tu, bunuh saja mereka,” pemuda yang berjambang dan mempunyai raut muka Arab menggengamkan penumbuk.

Beberapa orang yang bersenjatakan senapang dan parang mula rapat pada pemuda tersebut. Mereka menyoong tindakan anak sadara Pak Habib. Keadaan sudah cukup panas sekali. Tetapi, Pak Habib dengan lembah lembut meminta sanak saudara, kaum kerabatnya bersabar.  Mereka disuruh mengucap. Mana yang tidak boleh menahan rasa marah diminta mengambil wdhuk.

TAKUT DAN CEMAS

Tiga manusia laknat yang berada tidak jauh dari saya dan datuk ternyata tidak dapat menahan rasa akut dan cemas. Kalau tadi mereka masih boleh bersabar dan merasakan nyawa mereka tetap dalam keadaan selamat, kini keadaan menjadi sebaliknya.
“Keluar berlindung tempat lain,” kata lelaki berwajah separuh bulat.

“Ayuh, “ jawap dua orang kawan yang lain.

“Nanti, jangan keluar, merbahaya,” tahan datuk.

“Maaf Pak, kami bimbang,” jawab mereka.

Saat ketiga-tiga manusia laknat itu bangun dan melompat keluar dari tempat persembunyian. Mereka terus ditangkap oleh kumpulan lelaki yang sedang naik darah.

Pak Habib cuba mententeramkan keadaan tetapi, suara larangan Pak Habib tidak di pedulikan. Ketiga-tiga manusia laknat terus dipukul setengah mati kerana di sangka mereka bertiga adalah orang dari Tanah Melayu yang menculik Pak Habib.
Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Tidak boleh dikawal lagi. Dalam keadaan yang terdesak itu, Pak Habib merampas senapang dari salah seorang anak buahnya lalu melepaskan tembakan ke udara. Kumpulan yang sedang memukul tiga manusia  laknat segera berhenti.

Pak Habib menerkam ke arah ketiga-tiga manusia laknat itu. Dia memohon maaf atas perbuatan biadap anak buahnya. Tiga manusia laknat yang dibelasah tidak melawan hanya mengangguk dalam keadaan badan  yang bengkak bengkik dan muka lebam birat kena buku lima. Malah, ada kulit yang terkoyak.

Pak Habib menyuruh anak buahnya merawat dengan sempurna. Pak Habib menceritakan apa sebenaryang terjadi.

Disitu juga, Pak Habib memberitahu anak buahnya, ketiga-tiga lelaki yang dipukul dengan teruk terus diterima sebagai anggota keluarganya dunia akhirat. Sebahagian anak buah yang tidak setuju menunjukkan protes dengan meninggalkan tempat tersebut secara diam-diam.

“Mana dia orang dari Malaya (Malaysia),” anak saudaranya yang panas baran bertanya penuh emosi. Pak Habib memberitahu anak saudaranya itu, dia tidak akan memanggil sahabat barunya dari Malaya, selagi anak saudaranya tidak bersikap terbuka dan tenang. Akhirnya anak saudara Pak Habib patuh pada permintaan.

 ..

:


No comments:

Post a Comment