Friday, August 30, 2013

SIRI 254 (VS JULAI 2002) TUK GURU SASAU



Datuk dan Pak Habib masih menanti suami malang menyambung cerita yang terputus. Sudah hampir lebih dari sepuluh saat masa berlalu, suami malang masih juga membisu.Datuk mula nampak resah. Pak Habib masih macam biasa, tenang dan selesa.
Pada hemat saya apa yang di ucapkan oleh si suami malang diikuti dengan teliti oleh datuk dan Pak Habib. Saat saya menoleh ke kanan, terpandangkan isteri kepada lelaki (suami malang) tersebut tunduk merenung permukaan bumi, tiada seorang pun tahu apa yang bermain dalam tempurung kepalanya.
Dalam keadaan serba tenang tetapi, mendebarkan itu, datuk menarik nafas dalam-dalam, dia merasakan lelaki itu seperti keberatan mahu meneruskan kata-kata. Andainya, telahan datuk itu tepat, memang sungguh menghampakan, bukan saja buat dirinya, malahan melibatkan Pak Habib dan diri saya sendiri.
Kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap yang menjauhkan diri dari kami, terus merawat dan melayani anak muda yang mereka anggap dan gelar “ Tuan atau Pak Guru”. Beberapa orang dari mereka menangis sambil mengharapkan orang yang mendatangkan kecelakaan kepada pemimpin agung mereka, akan ditimpa bencana.
“Anak kamu memang hebat, dia ada kebolehan dan pelajaran, memang tak berhati perut orang yang dengki dengannya,” datu mula mengocak suasana yang agak sepi, sekali gus secara diplomasi mengajak lelaki itu membuka mulut.
“Iya, mereka memang tak patut,” si isteri yang menyampuk.
Datuk dan Pak Habib berpandangan.
“Anak kami selalu dihantar oleh pengetua pesantren menghadiri seminar di luar negeri,” si lelaki meningkah cakap isteri dengan nada suara yang megah.
MENJERAT
“Dihantar kemana tu?” datuk cuba menjerat.
“Ke Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Siam dan Arab Saudi. Ada cerita lain orang dengki dengan anak saya.”
“Cerita macam mana tu.” Pak Habib pula bertanya.
“Kononnya anak saya ni sombong dengan ustaz-ustaz din situ, maklumlah dia ada pelajaran tinggi, selalu memandang rendah pada orang lain, cerita ini susan nak percaya,” si lelaki itu menelan air liur dan berhenti bercakap.
“Hidup ini memang sudah, miskin orang benci bila senang ada pelajaran sidikit, timbul macam-macam fitnah,” si isteri memberikan komen yang agak terkesan dalamm diri saya.
“Ada cerita lagi tentang dirinya,” datuk cuba membunuh [ercakapan si isteri yang pada pendapat datuk sudah keluar dari perkara yang diperkatakan.
“Ada,” jawap si lelaki.
“Apa dia? Ceritakanlah,” Pak Habib mendesak.
“Kononnya, dia menolak cinta seorang gadis. Tetapi, malangnya sigadis tidak dapat menerimanya malah terus merayu dan memujuk. Anak saya bosan dengan sikap gadis , dia jadi marah lalu terkeluar kata-kata yang pedih dan bisa dari mulut anak saya. Gadis yang kecewa, kononnya terus gunakan khidmat bomoh hitam,” ujar lelaki tersebut, nada suaranya sekejap meninggi dan sekejap merendah.
“Allah huakbar.”    
Pandangan saya segera beralih ke arah kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap. Mereka sedang menjulang “Tuk Guru” sambil bergerak ke bucu surau belah kanan.
“Mereka mendewa-dewakan anak kami,” keluh si lelaki merenung ke arah kumpulan berbadan besar dan tegap.
“Mereka orang jahil yang  harus kita perbetulkan,” kata Pak Habib.
“Itu juga harapan kami berdua,” serentak pasangan suami isteri bersuara..
Kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap segera meletakkan “Tuk Guru” disudut surau tersebut. Mereka terus memuji dan memuja Tuk Guru.
LANGIT
Pak Habib medongak ke langit melihat awan, datuk mngerutkan dahi. Mereka berdua sedang memikirkan sesuatu untuk menyelesaikan masaalah yang dihadapi. Tidak manis dibiarkan perkara ini berlarut. Memang kejam kalau dibiarkan pasangan itu terkatung-katung dengan masaalah tanpa diberikan penyelesaian sewajarnya.
Tidak berakal namanya, membiarkan kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap mendewa-dewakan Shafie yang ternyata kurang waras. Pada anggapan kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap Shafie orang yang  tinggi ilmu agamanya. Jika perkara ini tidak dihalang akan menambahkan lagi bilangan orang yang terjebak dalam ajaran sesat, barangkali itu yang bermain dalam kepala Pak Habib.
“Bagaimana? Perlukah kita selesaikan masalah ini.” Datuk tatap wajah Pak Habib.
“Bukan cara orang berilmu meninggalkan kerja yang belum selesai.Sekali masuk gelanggang, selesaikan langkah supaya tidak sumbang. Jangan jadi guru kepalang ajar, ilmu murid bagaikan kembang tak jadi,” kata Pak Habib.
“Faham dengan maksud yang diungkapkan. Kalau begitu mari kita selesaikan bersama,” jawab datuk penuh keyakinan. Dengan pantas sisuami malang menjeling kearah isterinya yang termanggu. Dia mengajak isterinya beredar dari situ.
“Nanti dulu, jangan beredar begitu saja, cerita tentang anak kamu belum habis lagi. Tak boleh cerita separuh jalan, nanti semuanya jadi rosak,” datuk menghalang pasanga suami isteri beredar.
“Cakapnya itu memang benar, lemah tekanan suara Pak Habib menyokong tindakan datuk.
Pasangan suami isteri itu termenung sejenak. Kemudian mereka mengangguk setuju.
“Ceritakan apa yang mahu kamu ceritakan,” kata Pak Hbib bersahaja.
“Bila anak kami diserang penyakit ganjil ini, memang azab rasanya. Orang hanya simpati, kami yang menanggungg tak tahu nak cerita. Macam kata orang dulu-dulu, betapalah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,” si isteri mengambil alih tugas si suami bercerita.
“Tak berusaha mengubatinya ? sanggah datuk.
“Masdakan kami tak berusaha, tak ada emak bapak yang mahu menengok anaknya sakit. Jangan bercakap ikut sedap mulut saja,” siisteri memperlihatkan bunga kemarahan pada datuk. Tidak memadai dengan itu dia melepaskan jelingan yang cukup tajam, bagaikan mata pisau, kearah datuk.
Di saat suasana yang lebih kuat, mengarah kepada sempadan ketegangan, Pak Habib cepat bertindak. Dia minta maaf bagi pihak datuk andainya kata-kata yang diucpkan tadi menyinggung perasaan pasangan suami isteri.
Pak Habib segera menerangkan, dalam usaha mencari sebuah penyelesaian yang jitu tidak terniat di hati datuk atau dirinya untuk melukakan sesiapa. Saya bersyukur, penjelasan beruntung kerana apa yang dikatakan oleh Pak Habib itu disambut dengan baik oleh pasangan suami isteri terbabit.
Suara pekikan Allah hu akbar, tidak lagi kedengaran dari kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap. Mereka sekadar mengelilingi ‘tuk guru’ yang sengaja menelentang tubuh di tanah. Kedua belah tangannya berada atas dada, tidak ubah seperti mayat yang terbujur.
Beberapa orag saudara mara terdekat Pak Habib mula datang ke tempat kejadian. Tidak berapa lama berselang orang-orang kampung berdekatan datang beramai-ramai, cerita orang mengamuk di surau sudah tersebar jauh.
“Kerana percayakan cakap orang anak kami di sihir, kami tidak membawanya ke hospital untuk berubat. Kami j uga berikhtiar ubat cara kampong,” si suamimalang telan air liur untuk sekian kalinya. Kemudian garu pangkal leher. Si isteri Nampak cemas sedikit, melihat orang kampong kian ramai datang.
KAMPUNG
Kumpulan orang kampug itu, kebanyakannya ada hubungan darah dengan Pak Habib. Mereka mula melingkungi kawasan sekitar. Tajuddin segera bergabung degan mereka dan perbuatan Tajuddin tidak ditegah oleh Pak HABIB. Suasana yang mahu dirahsiakan oleh datuk dan Pak Habib dari pengetahuan ramai, sudah tidak menjadi rahsia lagi.
Sebahagian dari mereka yang datang itu (kaum lelaki) segera mengelilingi kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap yang menghurungi “Tuk Guru”.
Memang, dari kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap, ada percubaan mahu mengusung Tuk Guru keluar dari kepungan orang ramai. Ternyata percubaan itu gagal, mereka dipaksa duduk diam disitu.
Kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap cuba membantah. Tetapi, puak orang kampung menunjukan tindak balas yang kasar. Mereka terud berdiam. Bila sudah ramai yang datang ke kawasan surau, keadaan menjadi sudah tidak terkawal. Nampaknya Pak Habib dan datuk gagal untuk menguasai keadaan sekitar. Mereka yang datang mahu segera mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.
“Semua dukun dan pawang yang ditemui sepakat mengatakn ank kami kena sihir. Mereka cuba berikhtiar mengubatinya. Usaha mereka gagal, malah keadaan anak kami semakin bertambah teruk,” tiba-tiba sahaja suami malang menyambung kembali cerita yang terputus.
“Kalau boleh segerakan cerita tentangnya, jangan terhenti-henti, kamu tengok keadaan sudah jadi kelam-kabut, kalau ceritanya selalu sahaja terputus-putus, masalah tak boleh selesai dengan cepat, anak kamu tidak boleh diselamatkan, saya takut orang yang datang ini bertambah marah bila mereka dapat tahu anak kamu buat kacu dalam surau,” Pak Habib bersuara sambil menyuruh pasangan suami isteri merenung keadaan sekitar.
Pasangan suami isteri segera merenung keadaan sekitar. Kali ini mereka amat cemas sekali. Wajah mereka Nampak pucat. Malah si isteri kelihatan mengeletar.
“Kamu lihat sendiiri,” kata Pak Habib.
Pasangan suami isteri itu mengangguk.
“Saya tidak berbohong,” tambah Pak Habib.
“Iya, awak tak berbohong,” sahut si isteri.
“Kalau begitu selesaikan masalah ini, suruh suami kamu tamatkan cerita tentang anak kamu berdua dengan segera. Dengan cara itu, masalah kamu boleh diselesaikan dan anak kamu dapt diselamatkan,” kali ini nada suara Pak Habib cukup keras dan wajahnya nampak serius.
MALANG
Setelah dua tiga kali mohon maaf pada datuk dan Pak Habib, si suami malang memperlihatkan perubahan yang sungguh mengejutkan. Dia tidak mudah bersedih. Malah wajahnya memperlihatkan rasa yakin tidak berbelah bagi pada datuk dan Pak Habib.
“Usaha cara tradisional gagal, kami bawak anak kami jumpa doctor di rumah sakit, setelah diperiksa didapati kepanasan badannya melampaui had normal disamping anak kami juga mengalami tekanan perasaan. Malah dia ditempatkan dalam had khas yang dikandang, takut dia melakukan hal yang tak diingini pada pesakit lain,” si suami malang berhenti sejenak, sambil mengerutkan dahi macam mengingati sesuatu.
Kemudian dia bercerita kembali, setelah seminggu berada di hospital keadaannya beransur baik. Badannya kembali normal. Tetapi, dia suka bercakap sendirian. Kerana yakin keadaan anaknya boleh baik, dia minta izin dari pihak hospital untuk membawa anaknya pulang kerumah. Permintaannya segera dipenuhi.
Kerana Shafie suka meracau dan menjerit sesuka hati, tanpa mengira waktu samada malam atau siang, pagi atau petang. Pasangan suami isteri itu menempatkan isteri dalam kandang buluh yang didirikan di ruang tamu rumah. Shafie dibiarkan bergerak bebqs disitu. Makan minumnya diatur dengan sempurna. Begitu juga dengan pakaiannya. Sampai waktu andi terus dibawa ketelaga.
JANGGUT
Pada suatu hari, rumah pasangan itu didatangi oleh seorang tua yang berjanggut putih separas dada. Orang tua itu memarahi pasangan suami isteri yang disifatkannya melayani anak seperti melayani binatang. Pasangan suami isteri itu menerangkan keadaan yang sebenar. Orang tua yang tidak diketahui asal usulnya, dari mana datangnya, tidak mahu menerima alas an tersebut. Malah dia menawarkan diri untuk mengubati Shafie dengan bayaran tertentu.
Pasangan suaki ister setuju dengan tawaran tersebut. Bila persetujuan dicapai, minta syarat diubah dari nilai rupiah ke sebentuk cincin. Kerana anak, si ibu sanggup memenuhi syarat yang ditetapkan.
Orang tua itu berjanji tiga hari lagi dia akan datang untuk memulakan pengubatan tradisional yang didakwanya mempunyai kaedah baru dengan mencampur adukkan perubatan tradisional dengan perubatan moden.
Pasangan suami isteri hanya diminta  menyediakan sebentuk cincin sebagai upah dan tiga ruas buluh kuning sebagai alat untuk mengubat, manakala orang tua itu akan membawa ubat-ubatan  berupa pil dn cecair yang didakwanya dibeli di luar negeri. Menurutnya dalam tempoh seminggu Shafie akan pulih seperti sediakala dan boleh menyambungkan pelajarannya di Jordan.
Seperti yang dijanjikan, cukup tempohnya orang itu pun datang ke rumah pasangan suami isteri tersebut. Diaa datang lepas isyak, kali ini, dia tidak datang sendirian, ditemani dua orang muda yang berpakaian rapi, dan memperlihatkan cirri-ciri orang berpelajaran dalam bidang kedoktoran.
Sebaik sampai di rumah pasangan suami isteri tersebut, kedua-dua orang muda itu terus menemui menemui Shafie yang berada dlam kandang buluh di ruang rumah. Shafie mebiarkan sahaja kedua-dua orang muda itu memeriksa tubuhnya dengan menggunakan alat yang menyerupai ‘skrew driver’ disamping beberapa wayar yang dilekapkan kebadan Shafie. Bila urusan pemeriksaan selesai, kedua-dua anak muda itu segera melapurkan pada orang tua yang sedang duduk bersila menghadapi tempat bara. Bau setanggi menguasai seluruh ruang tamu.
Dalam keadaan separuh sedar orang tua berjanggut itu menhukurkan jari hantunya pada ibu shafie agar disarungkan cincin bermata berlian. Semuanya dilaksanakan oleh si wanita yang kepingin melihat anaknya sembuh. Bila cincin sudah berada dijari, orang tua menyuruh dua anak muda mengeluarkan Shafie dari kandang buluh. Kalau tadi Shafie hanya mengikut saja, macam kerbau dicucuk hidung, kali ini keadaan sungguh berbeza. Dia mula melawan dan meronta-ronta. Sebaik sahaja pintu kandang dibuka, Shafie terus menolak kedua-dua anak muda itu hingga jatuh dalam kandang. Orang tua berjanggut terus membakar kemenyan. Sebaik sahaja orang tua berjanggut itu membuka mata, dilihatnya Shafie sudah berdiri di depannya. Dalam keadaan terketar-ketar dia membaca mantera untuk melemahkan Shafie. Segala jenis jembalang dan hantu disebutnya.
Dalam keadaan serba tidak kena itu, orang tua berjanggut terus melucutkan cincin di jari dan diletakkan kembali atas lantai. Tempat perasap di depannya terus ditendang oleh Shafie. Bara api berterbangan mengenai baju dan pipi orang tua berjanggut. Kerana terasa sakit dia terus menjerit dan terjun dari rumah. Shafie terus memburunya. Kedua-dua orang tua Shafie yang terkejut dengan kejadian itu jatuh terduduk dilantai

No comments:

Post a Comment