Friday, August 30, 2013

SIRI 242 JASAD JADI BATANG PISANG



 Perkelahian dua insan yang berlaku di depan mata sungguh mendebarkan. Tetapi tidak pula bagi lelaki berdarah dahi.
Perkelahian itu buatnya sungguh menyeronokkan. Setiap kali orang bertarung di tanah lapang melepaskan tikaman pada lawannya, lelaki berdarah dahi ketawa kepuasan.
“Hebat, “ dengusnya.
Bila pihak lawan membalas dengan tikaman bertubi-tubi, lelaki berdarah dahi bertepuk tangan. Ketawanya semakin keras dan dia melompat-lompat sambil menjerit. Tidak ubah macam orang kena histeria.
“Pelik,” saya merungut dalam hati.
Si pemandu hanya mengigit bibir melihat telatah lelaki berdarah dahi. Datk memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia tidak mahu melihat pertarungan maut yang tidak menguntungkan sesiapa.
“Leraikan mereka!,” seru datuk keras tanpa menoleh ke arah orang yang bertarung.
Si pemandu tahu. saya juga tahu, begitu juga dengan Syed Hamid AI-Hadad. Kata-kata itu datuk tujukan kepada lelaki berdarah dahi. Ternyata seruan itu tidak diendahkannya.
"Berhentikan."
Syed Hamid Al-Hadad atau Pak Habib, secara mendadak menyokong datuk. Saya dan si pemandu jadi serba salah. Apakah kami juga disuruh bertindak meleraikan perkelahian tersebut? Ertinya, ungkapan yang diluahkan Pak Habib sebentar tadi, tidak terhad pada lelaki berdarah dahi saja.
"Kamu berani meleraikannya?," Secara berbisik saya bertanya pada pemandu.
"Aku tak sanggup. bagaimana dengan kamu?," si pemandu menyoal saya kembali. Dengan pantas saya gelengkan kepala. Kemudian kami segera berpandangan.
"Cubalah leraikan mereka," ulang Pak Habib.
"Biarkan mereka mampus," lelaki berdarah dahi membantah.
"Haaaa.........."sahut datuk.
Dengan pantas datuk memusingkan tubuhnya. Wajah lelaki berdarah dahi ditatapnya dengan seribu tandatanya. Penuh rasa hairan dan pelik.
Situasi yang berlaku, membuat Pak Habib tidak tentu arah. Dia bimbang benar, kalau lerjadi pertengkaran antara datuk dengan lelaki berdarah dahi. Akhirnya, Pak Habib menarik nalas lega. Datuk tidak pula memperlihatkan sikap yang agresif, begitu juga dengan lelaki berdarah dahi.
Dua insan yang bertarung di tanah lapang terus memperjudikan nasib. Sukar diduga, antara mereka berdua siapa yang lebih dulu gugurkebumi. Satu hal yang pasti. mereka saling berbalas tikaman. Saling melepaskan buku lima dan tendangan tajam.
Ada ketikanya, kedua-dua insan tersebut saling bergulingan, berlompatan. Dengan mata terbuka, saya melihat beberapa tikaman yang dilakukan tepat mengenai sasaran di tubuh. Tetapl. tidak meninggalkan sebarang kesan. Tidak luka, tidak pula berdarah,
Tubuh kedua-duanya tidak mampan atau lut dengan senjata tajam. Si pemandu mengikuti setiap gerak langkah yang diatur oleh kedua-dua insan itu. Lelaki berdarah dahi. tidak berubah tetap seperti tadi. Ada masanya melompat tinggi, di ketika yang lain menjerit dan ketawa terbahak-bahak sarnbil ber-tepuk tangan.
"Ahhhhhhh.........”     
Salah seorang daripada mereka yang bertarung menjerit panjang. Dia lergelincir lalu jatuh ketika menepis tikaman iawannya. Dalam keadaan yang terkial-kial mahu bangun dia menggunakan kaki untuk mengelak dan menyelamatkan nyawanya. Segala-galanya berlaku dengan pantas sekall.
TIKAM
DI SAAT lawan menerkam dengan senjata  terhunus ditangan lelaki yang terbaring segera mengangkat kaki kanannya. Dia melepaskan tendangan yang padu dibahagian punggung lelaki yang menerkam. Tendangan itu menye-babkan lelaki yang menyerang terdorong ke belakang lalu jatuh terlentang.
Tetapi dengan tangkas bangun dan menerpa bagaikan singa tapar. Satu tikaman lepat dilepaskan ke bahagian depan rusuk orang yang terbaring. Hujung senjata tajam (macam bentuk golok) bagaikan tergelincir ke arah lain dan terus lerbenam ke bumi.
Sepatutnya, senjata tajam lerbenam dirusuk lelaki itu. tetapi, seperti ada tenaga ghaib yang menolak pergelangan langan orang yang melepaskan tikaman.
"Kedua-duanya memang handal. semua jenisbesi tak boleh tembus kulitnya. Peluru senapang. peluru pistol, malah peluru meriam sekalipun tak lut. Guru mereka, boleh telan bara api," lelaki berdarah dahi memberitahu si pemandu penuh semangat
"Kalau macam itu caranya, sampai pagi esok pun pergaduhan tak berhenti, susah jadinya," balas si pemandu dengan wajah yang cemas. Saya yang dapat menangkap per cakapan mereka berdua turut jadi resah semacam. Bayangkan kalau pertarungan itu berlanjutan sampai ke pagi. Siapakah yang sanggup menunggu?
"Bila salah seorang dari mereka mati dengan sendirinya perkelahian ini berhenti. Biarkan lembu-lembu tu berlawan," itu jawapan dari lelaki berdarah dahi untuk sipemandu.
"Kamu manusia pelik." songsong si pemandu.
"Mereka lagi pelik." tingkah si lelaki berdarah dahi. Dia terus ketawa berdekah-dekah. Mengoyang-goyang-kan tubuhnya macam orang menari joget.
TIDAK DISENANGI
PERBUATAN lelaki berdarah dahi itu ternyata tidak disenangi oleh datuk dan Pak Habib.
"Mereka mesti di-berhentikan dari pergaduhan yang lidak menguntungkan ini." Pak Habib merenung muka lelaki berdarah dahi, Seolah-olah minta lelaki itu melakukan sesuatu yang bermanfaat.
Tetapi,  lelakiberdarah dahi buat tidak kisah, wajahnya dipalingkan kearah lain. Dia tak mahu merenung muka dan biji mata Pak Habib.
"Kita mesti bertindak, jangan biarkan pergaduhan sampai ada yang rnati." sambung Pak Habib sambil meninggikan suara-nya. Taktik yang dilakukan itu berhasil menarik perhatian lelaki berdarah dahi. Dia terus merenung batang hidung Pak Habib semula.
"Kamu pergi  leraikan. Bukankah mereka berdua kawan kamu?" Datuk yang tadi lebih banyak mendengar mula mengorak langkah, Bahu kanan lelaki berdarah dahi digoyangnya berka!i-ka!i. Sepasang anak mata lelaki berdarah dahi berada dalam sepasang anak matanya.
Dan lelaki berdarah dahi terkejut besar dengan tindakan datuk yang tidak disangka-sangkaitu. Dia terus mengangguk seraya berkata: "Saya lebih suka mereka berlawan terus sampai mereka keletihan."
  "Itu penyeksaan namanya, tak baik menyeksa manusia macam itu. Mereka bukan binatang."
"Saya tahu, sebenarnya      "
"Tahu apa?" Sebe-narnya apa?." Datuk menyergah.
Suaranya keras sekali. Buat beberapa saat lelaki itu kelihatan seperti kehilangan kata-kata untuk dituturkan. Terpaksa mengkerutkan kening dan mengecilkan kelopak mata.
"Sebenamya begini, perangai mereka berdua pun lebih kurang macam binatang," tutur lelaki berdarah dahi dengan penuh yakin. Dia menarik nafas dalam-dalam. Bagaikan mencari kekuatan dalam diri untuk berdepan dengan datuk.
"Kurang bijak menuduh orang macam binatang."
"Saya berkawan dengan mereka, saya tahulah. Awak mana tahu."
Datuk meraba hujung hidung berkali-kali. Menenangkan perasaan. Cara lelaki berdarah dahi menuturkan kata agak kasar dan keras.

SEDAR
DATUK sedar, lelaki berdarah dahi kurang senang dengan tindakannya yang menyuruh dia (lelaki berdarah dahi) meleraikan kawannya yang sedang berga-duh. Dia merasakan perbuatan datuk itu sudah keterlaluan.
 "Pantang    datuk nenek saya diperintah, disuruh sarah orang tak ada sangkut paut dengan darah daging saya," lelaki berdarah dahi melahirkan protes secara terang-terangan. Dia sengaja bercakap kuat-kuat agar dapat didengar oleh datuk. Dan datuk yang sudah dapat mengawal perasaan tetap tenang. Malah senyum pula.
Pak Habib renung muka pemandunya. Renung muka saya dan akhirnya renung muka datuk. Tetapi, wajah lelaki berdarah dahi tidak meniadi sasaran anak matanya. Dua lelaki yang bertarung di tanah lapang, tidak serancak tadi. Sudah ada tanda-tanda keletihan pada diri masing-masing. Lelaki berdarah dahi telap menumpukan seluruh perhatian ke lanah lapang.
 "Ehemmmmm.
Lelaki berdarah dahi memalingkan mukanya ke arah datuk yang berdehem lalu menghadiahkan renungan sinis.
"Apa lagi?"
"Begini,    mereka berdua kawan kamu. sama-sama mahu menjahanamkan aku," lembut benar nada suara Pak Habib. Kali ini batang hidung lelaki berdarah dahi jadi habuan sepasang anak mata milik Syed Hamid Al--Hadad (PakHabib).  Direnungnya anak mata lelaki berdarah dahi itu dalam-dalam.
CEMAS
TIDAK ada sebarang perubahan di wajah lelaki itu. Tidak gementar. Tidak cemas, tidak takut. Nampak bersahaja dan memang dia mengharapkan salah seorang daripada rakannya yang bertarung akan tewas. Kalau boleh kedua-duanya sekali rnati.
"Saya minta kamu berhentikan perkelahian ini. Kamu memang layak jadi pen-damai, mereka kawan kamu," Pak Habib seperti merayu. Lelaki berdarah dahi tersenyum.
"Biarkan mereka mati.”
Ungkapan dari lelaki berdarah dahi itu menyebabkan datuk mengenggam buku lima. Entah mengapa dia jadi marah semacam. Dua insan yang bertarung di kawasan tanah lapang mula bergerak dalam keadaan terhad. Tercungap-cungap keletihan.
Beberapa detik berikutnya, buku lima yang lergenggam di-buka oleh datuk secara perlahan-lahan. Dan lima jari Jemari tangan kiri dan kanan terkembang. Semuanya menunjuk ke bumi. Kemarahan sudah gugur di hati datuk. Sebuah ketenangan segera terukir di wajahnya.
"Jangan biarkan kawan kamu mati sia-sia," nada suara yang seakan-akan merayu dari Datuk membuat lelaki berdarah dahi tunduk merenung permukaan tanah. Kalau tadi dia melihat kawannya yang bertarung di kawasan tanah lapang penuh dengan rasa marah dan dendam kini bertukar simpati.
"Tolong selamatkan, jangan biarkan kawan kamu mati sia-sia. Mati katak.Tolonglah mereka." datang lagi rayuan dari datuk. Pak Habib berdebar menanti jawapan dari lelaki berdarah dahi.
"Dulu dan beberapa jam yang lalu, mereka berdua kawan saya, Sekarang mereka musuh saya."
"Heiiii.............." datuk separuh terkejut. Lelaki berdarah dahi terus ketawa. Saya dan pemandu yang tahu kedudukan sebenar, tidak merasakan apa-apa. Berbeza dengan Datuk dan Pak Habib yang kelihatan cemas dan bimbang.
LETUPAN
DARI kawasan lapang. tempat kedua-dua lelaki beradu kekuatan terdengar bunyi letupan-letupan kecil,  beriringan dengan sinaran cahaya seperti sinaran kilat.
Pancaran cahaya itu kelihatan seperti keluar dari telapak tangan kanan, kedua-dua lelaki Itu.
"Keadaan semakin teruk," bisik pemandu pada saya.
"Kita tenang, jangan takut."
"Aku setuju,"jawab si pemandu.
Pak Habib dan datuk nampak lebih bersedia untuk,menghadapi sebarang ke-mungkinan. Lelaki berdarah dahi terpegun. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya. Akibat dari pancaran cahaya tersebut sebahagian daripada kawasan tempat kami berdiri, cerah sekelika.
"Mereka cuba memperlibatkan ilmu kebatinan yang ada pada diri mereka. Makin lama mereka berlawan, makin banyak ilmu batin yang ada dalam diri mereka gunakan. Dengancara itu kita dapat mengetahui kehebatan dan kekurangan diri mereka."
"Tujuannya?" pintas datuk meningkah cakap lelaki berdarah dahi.
"Tujuannya mudah saja."
"Apa yang mudah?," Tekan datuk lagi.
Dengan berani lelaki berdarah dahi itu jegilkan sepasang biji matanya kearah datuk. Bibir tebalnya dijuihkan ke depan.
"Bila mereka letih dan menunjukkan semua ilmu yang ada, mudahlah saya me-ngalahkan mereka. Kedua-duanya pengkhianat. Cakap mereka tak boleh dipakai. Mereka manusia munafik."
Tergamam Pak Habib dan datuk mendengar kata-kata yang diluahkan oleh lelaki berdarah dahi itu.
"Mereka munafik," jerit lelaki berdarah dahi.
Dia segera mengambil sepotong kayu di hujung kaki untuk dilemparkan pada dua orang yang bertarung. Mujurlah perbuatannya dapat dihalang oleh datuk dengan ungkapan pujukan. Mungkin kerana kecewa lelaki berdarah dahi terus duduk di tanah sambil memegang kepala.
Pak Habib segera mendekati datuk memberitahu sesuatu secara berbisik-bisik. Saya dan pemandu hanya berpandangan antara satu dengan lain. Bersedia menerima dan mematuhi sebarang perintah dari datuk dan PakHabib.
Pertarungan dua manusia di kawasan lapang terus berjalan dalam keupayaan tenaga yang kian lemah. Banyak menggunakan ilmu batin yang dimanfaatkan melalui gerak udara dan pancaindera yang lima. Masing-masing mahu menewaskan antara satu sama lain. Dari letupan dan kiiauan cahaya, mereka bertukar menggunakan kepulan asap bersama percikan bara api yang kadangkala muncul dari beberapa sudut di kawasan lapang.
Di peringkat awal pergaduhan kebanyakan tikaman maut ditumpukan pada bahagian rusuk. Kini, tempat sasaran berubah, serangan dan tikaman banyak ditumpukan pada bahagian batang leher di bawah telinga terutama di sebelah kanan. Barangkali. di situ kunci kelemahan diri masing-masing.
"Bagus, hentak kepalanya."
Lelaki berdarah dahi melompat kegembiraan. Salah seorang daripada mereka mencapai sepotong kayu lalu menghayunkan kearah kepala lawan. Orang yang diserang mengelak lalu terbabas ke kanan. Badannya terdampar pada batang pokok, Kayu yang digunakan si penyerang terlepas dari tangan.

SENJATA
 Sipenyerang menerkam guna kan senjata tajam dan orang yang diserang sudah bersedia dengan kedudukan yang agak baik. Sebaik sahaja orang yang menyerang mendekatinya, maka orang yang diserang melepaskan satu tendangan padu. Si penyerang jatuh tergolek di tanah. Dengan senjata di tangan orang yang di-serang bertindak balas. Dia menerkam.
Rupa-rupanya orang yang terlentang sudah bersedia. Pergeiangan tangan orang bersenjata dapat dipegangnya. Dalam saat mengelakkan senjata tajam menembusi dadanya, ternyata tenaga orang yang terlentang makin berkurangan. Dia tidak mampu melawan dan pasrah pada keadaan.
Dalam jarak tidak sampai dua inci hujung senjata tajam mahu mencecah kulil dada orang yang terlentang. Orang yang rnemegang senjata tajam tergamam. Senjata dalam genggaman bertukar menjadi seketul kayu. Jasad orang yang terlentang bertukar menjadi batang pisang. Kami melihat ada bebayang lembaga hitam berdiri di belakang orang yang mahu menikam mangsanya.
Bebayang lembaga hltam yang tinggi itu segera membongkok lalu menarik tengkuk orang yang mahu menikam mangsanya ke belakang dan dihumban-kan ke sudut tanah lapang. Bila bebayang lembaga hitam itu hilang, kelihatan tengkorak manusia bergerak di udara dan terus hilang.
Serentak dengan kehilangan lembaga hitam dan tengkorak, jasad yang menjadi batang pisang kembali kepada asalnya. Lelaki berdarah dahi dengan tidak semena-mena terus terkulai pengsan. Saya dan pemandu ditugaskan untuk memulihkan manusia yang berperangai  bodoh sombong itu. Bila pulih, dia terus terrnenung tanpa banyak cakap.
DUGA
SAYA menduga, setelah kejadian luar biasa yang tidak masuk diakal berlaku, pertarungan dua manusia itu akan turut berakhir. Andaian saya (mungkin juga Pak Habib, datuk dan pemandu) tidak menjadi kenyataan. Dua manusia itu kembali bertarung.
"Leraikan mereka,"bisik Datuk pada lelaki berdarah dahi yang sedang keletihan tu. Dia gelengkan kepala.
"Kamu tak mahu  leraikan," datuk minta kepastian.
"Sudah tentu," jawabnya penuh bertenaga. Dan dia mula bangun untuk melihat kedua-dua kawannya yang sudah pun memulakan pertarungan.
"Kalau begitu, kamu jangan marah bila aku bertindak," satu amaran awal dari Syed Hamid Al-Hadad yang nyata sudah bosan dan meluat melihal pertarungan dua lelaki yang tidak diketahui bila akan berakhir.
" Apa yang kita lihat, mereka menunjukkan ilmu iblis, penuh sihir," runggut Pak Habib dengan wajah yang penuh kesal.
"Biarkan mereka tuan Habib."
Lemah sahaja nada suara lelaki berdarah dahi. Dia tidak mahu menentang mata Syed Hamid Al-Hadad yang merenung tajam ke arahnya. Datuk saya lihat resah sekali, Si pemandu tidak berkata sepatah apa pun.
Pertarungan dua lelaki di babak kedua bertambah hangat. Mereka seperti mendapat semangat baru. Kalau mengikut lojiknya, mereka sudah amat penat. Sudah hancur tulang-temulang kena penumbuk dan penendang. Sudah bertaburan daging tubuh akibat tikaman senjata tajam.
Semuanya itu tidak berlaku, tidak ada setitik darah pun yang tumpah ke tanah. Macam ada tenaga luar yang melindungi dua insan itu.
''Pada hemat saya bukan manusia yang berlawan. Syaitan yang berkelahi menyerupai manusia," saya terdengar datuk berbisik dengan Pak Habib. Tidak lama berselang Pak Habib berbisik sesuatu pada pemandunya.
Setelah faham dengan apa yang disampaikan oleh majikannya, si pemandu segera beredar secara perlahan-Iahan memisahkan diri dengan Pak Habib dan datuk lalu mendekati saya.
"Pesan dari datuk kamu dan Pak Habib, jauhkan diri dengan lelaki itu. Ikut aku. mari kila cari tempat selamat."
"Di mana?"
"Ikut saja jangan banyak soal."
Saya segera mengekori si pemandu menuju ke satu kawasan yang agak terpisah dari kawasan tadi. Menyedari kami beredar, lelaki berdarah dahi mahu turut serta.
"Jangan ikut, biarkan mereka pergi." Datuk segera menghalangnya. 

Tindakan datuk itu segera mendapat protes darinya. Tetapi. setelah dipujuk lelaki berdarah dahi pun akur.

No comments:

Post a Comment