Saya
perhatikan keadaan sekitar. Terasa agak sepi sekali, sekali sekala terdengar
suara nyanyian reriang mendakap pohon langsat yang di tingkah suara kicau
murai.
Matahari
terus menyimbah sinarnya kesetiap dedaun, reranting dan permukaan bumi yang
terhampar. Dan dibawah kepak matahari yang kian keras itu, serentak datuk dan
Pak Habib menarik nafas panjang.
Kemudian
mereka saling berpandangan.
“Kerana
kejadian ini dalam kawasan saya, biar saya selesaikan, kalau tak langsai barulah
sahabat datang membantu.”
“Kalau
itu yang dihajati, silakan,” datuk bersuara sambil senyum.
“Saya
pergi,” kata Pak Habib.
“Saya
doakan berjaya,” sahut datuk.
Dengan
tenang dan bersahaja , Pak Habib memulakan langkah menuju ke pintu surau yang
tertutup rapat. Dengan tidak semena-mena, Pak Habib berpatah balik mendapatkan
datuk. Hati saya segera berdebar.
“Kenapa?”
Terhambur
pertanyaan dari dari kelopak bibir datuk.
“Hati
terasa berdebar semacam.”
“Tak
mengapa, teruskan. Saya ada.”
Datuk menyimbah
semangat untuk Pak Habib danPak Habib berpatah balik menuju kearah pintu sura
ang tertutup rapat.
Memang
beralasan, Pak Habib merasai kurang enak atau terasa ada sesuatu yang ganjil.
Biasanya pintu surau terbuka bagi sesiapa yang datang untuk membaca al-Quran atau
membaca kitab. Melakukan apa saja kegiatan
yang ada hubung kaitnya dengan agama.
Buat
beberapa ketika, Pak Habib berdiri kakau di depan pintu surau. Sebahagian
daripada bangunan surau itu dibina darisimen. Manakal sebahagian lagi dari
papan. Pak Habib keberatan untuk mengetuk daun pintu surau. Malah dia tidak
terfikir langsung untukmemberikan salam. Fikirannya bercelaru sekali pada saat
itu. Sungguh mengejutkan, secara sepontan Pak Habib memusingkan badan,
menghadapkan wajahnya ke arah kami sambil melambaikan tangan. Lambaian tangan
itu bukan untuk datuk, tidak juga untuk saya. Lambaian tangan itu ,ilik anak
saudaranya, Tajuddin yang berdiri dibelakang datuk.
“Dia
panggil kamu, pergi cepat.” Tutur datuk.
Tanpa
banyak soal, berlari anak Tajuddin menuju ke arah PakHabibdan terus berdiri disisi pamannya.
Tiada arahan yang dikeluarkan oleh Pak Habib untuk Tajuddin. Dia membiarkan
dulu, anak saudaranya memperoleh ketenangan dan keyakinan diri.
“Kamu
beri salam.”
Itu
arahan Pak Habib untukTajuddin yang dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya
dan datuk. Tanpa berlengah walau sedetik pun Tajuddin terus memberi salam
dengan nada suara yang cukup lantang sekali. Tiada jawapan yang diterima. Salam
segera diulangi untuk kali kedua dan ketiga. Hasilnya tetap sama.
Datuk
kelihatan resah sekali . Dalam saat begini, dia merasakan tidak wajar berada
jauh dari Pak Habib.
“Mari
Tamar.”
Bahu
kanan saya segera dicuit dan kaki segera melangkah mengikut datuk menuju ke
arah Pak Habib dan Tajuddin yang masih tidak bergerak di depan pintu surau.
“Ada
masalah besar ?” Datuk ajukan pertanyaan.
Pak
Habib membisu, ajuddin mengigit bibir. Macam ada sesuatu yang difikirkan oleh
Pak Habib dan Tajuddin. Datyuk pun segera mengulangi pertanyaan yang sama.
“Sudah
diberi salam tiga kali berturut-turut, tak ada jawapan. Peliknya pintu pula
dikunci dari dalam,” terdengar suara Pak Habib seperti merungut. Saya hanya
mengigit bibir. Turut merasa bimbang dengan situasi yang dihadapi.
“Agaknya
tak ada orang di dalam,” komen datuk bersahaja.
“Tak
mungkin tak ada orang di dalam, saya tengok sendiri dia masuk ke dalama masjid,
selepas dia mengejar Kamarul dengan parang panjang . Agaknya dia dah bunuh
diri,” tekanan nada suara Tajuddin keras sekali.
Semua
berada di situ saling berpandangan, Kepala masing-masing terus digayuti dengan
seribu persoalan.
Matahari
terus bersinar garang. Kicau murai sudah lama berhenti, begitu juga dengan
nyanyian reriang. Nasib baik kehadiran dan kegemparan yang dibuta oleh lelaki
berambut panjang tidak tersebar merata-rata, sekadar berlegar-legar di kawasan
rumah dekat suaru sahaja. Dan jumlah orang yang mengetahuinya juga agak terhad.
“Biar
saya uruskan,”
Datuk
segera melangkah mendekati pintu surau yang bertaut rapat. Salam ytang diberi
tidak mendapat jawapan. Langkah kedua yang dilaksanakan oleh datuk ialah
menolak daun pintu dengan ibu jari kiri.
Tiga kali tolak, daun pintu tidak berkuak.
“Dikunci
dari dalam,” terhambur kata dari datuk.
Pak
Habib anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat datuk. Saya sudah mula bosan
berdiri di muka pintu surau yang bertutup. Panas pagi yang kian menyengat membuat
badan berpeluh dan terasa bergetah.
Tajuddin
yang saya duga menghadapi rasa bosan seperti saya kelihatan menarik nafas dan
menguap panjang. Kelopak matanya mula berair.
Dalam
keadaan yang serba tidak menyenangkan itu, terdengar bunyi sesuatu di dalam
surau, Saya dan Tajuddin berpandangan. Pak Habib memberi isyarat supaya kami
menumpukan perhatian terhadap bunyi tersebut.
Setelah
diamat-amati, saya berpendapat dan yakin bahawa bunyi itu adalah bunyi telapak
kaki sesaorang sedangberjalan dalam surau. Saya harap pendapat saya itu tidak
jauh berbeza dengan pendapat Pak Habib, datuk dan Tajuddin. Tidak lama
berselang terdengar suara orang bercakap dalam loghat bahasa yang sukar difahami.
TINGGI
Cuaca
panas yang kian meninggi menundang bintik-bintik peluh di hujung hidung. Suara
dari dalam surau bertambah kuat. Kepala terasa sakit mendengar kata-kata yang
diluahkan.
“Orang
itu membaca mentera bercampur dengan bahasa Arab, Melayu dan Jawa Kuno,” cetus
Pak Habib.
Datuk
tidak memberikan sebarangf komentar. Cuma kelopak matanya kelihatan mengecil
sementara gigi atas dengan gigi bawah tearus bergeseran yang menghaslkan bunyi
seperti batru kerikil berlaga sama sendiri. Tajuddin tunduk merenung tanah.
Berusaha mencari akal untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
“Sahabat
fikirlah sendiri, baik buat sahabat baiklah buat saya,” Pak Habib meletakkan
keputusan di tangan datuk.
“Baiklah,
kalau itu hajatnya,” pendek datuk menjawab.
Pak
Habib dan Tajuddin segera membaeri laluan pada datuk. Satu beban besar yang
harus dipikul dan diselesaikan oleh datuk. Kalau terlajak langkah buruk
padahnya.
Datuk
berdiri tenang dipintu. Macam tadi juga datuk terus menghambur salm sebanyak
tiga kali, bersama ketukan di pntu bertubi-tubi. Datuk tidak menerima sebarang
reaksi dari dalam surau.
Perlahan-lahan
datuk toleh ke arag Pak Habib sambil anggukan kepala. Dengan pantas Pak Habib
membalas anggukkan datuk itu dengan mengangkat tangan kanan separas dada. Ertinya,
Pak Habib merestui dengan apa juga keputusan yang bakal diambil oleh datuk.
Tindakan
selanjutnya sungguh melucukan, datuk bertindak macam kanak-kanak main
tepuk-tepuk pohon. Datk pula melekapkan telapak tangan kirinya ke atas daun
pintu sebelah kanan. Beberapa detik berikutnya daun pintu sebelah kiri terkopak
sendiri.
Seorang
lelaki, berusia awal tiga puluhan, nerambut panjang berdiri di muka pintu surau
dengan sebilah parang panjang di tangan. Hujung parang menikam lantai surau.
“Eh...”
kata datuk.
“Eehhh...”
jawab lelaki berambut panjang.
Sekujur
tubuh datuk ditatap atas bawah. Dia tersengih panjang. Sepasang bibirnya
dijuihkan kedepan, macam muncung ikan gelama kehabisan udara. Lelaki itu
memperlecehkan datuk.
“Dummmmm......”
Satu kejutan, lelaki itu menghempaskan daun pintu sekuatnya. Tubuhnya hilang
dibalik pintu surau. LElaki itu mengulangi ungkapan bahasa yang pelik di dalam
surau. Kami bertiga menarik nafas panjang. Kekecewaan terbayang di muka Pak
Habib.
“Kurang
ajar,” Tajuddin melempiaskan kemarahan.
“Sabar,” Pak Habib menenangkan perasaan anak
saudaranya.
Datuk
pun mengeluarkan arahan, minta kami bertenang. Jangan bertindak terburu-buru.
Berkeras kalau lelaki itu bertindak luar batas kemanusiaan. Dalam saat beringat
dan berjaga-jaga itu, daun pintu surau bergerak perlahan-lahan.
“Shhhhhh.....”
datuk mendekatkan hujung jari telunjuk kebibir , kemudian jari telunjuk
dihalakan ke arah daun pintu yang bergerak amat peralahan sekali. Andainya
tidak diperhatikan dengan teliti, tidak ada sesiapa yang menyangka daun itu
bergerak.
“Lihat....”
Bisik datuk.
Serentak
kami mengangguk.
“Paaannngggg....”
daun pintu terhempas ke jenang. Lelaki berambut panjang berdiri di depan kami,
keadaannya sudah jauh berbeza dari tadi. Kalau tadi dia mengenakan pakaian hulubalang,
kini keadaan menjadi sebaliknya. Tengkolok ditukar dengan kopiah putih,
berlilit kain serban.
Seluar
dan baju hulubalang perang, digantikan dengan seluar dan baju labuh, macam
pakaian orang Afghanistan lalu dibalut dengan jubah hitam. Ada mata rantai
tasbih tersangkut dihujung jari. Wajahnya agak ceria dan memperlihatkan sikap
persahabatan. Langkah teratur penuh kesopanan. Pendek kata, wajah amat jauh berbeza dari watak sebelumnya.
“Lakonannya
sungguh hebat,” bisik hati saya.
“Cepatnya
berubah,” bisik Tajuddin pada saya.
“Diam
jangan banyak cakap, tengok dan lihat apa yang mahu dibuatnya.”
Kata-kata
itu datuk arahkan untuk Tajuddin dan saya yang suka memberi komen. Ada kalanya,
komen yang dikeluarkan tidak kena pada tempat dan waktunya.
“Kamu
bertiga datang nak jumpa aku, mahu belajar dari aku. Memang bagus kalau itu hajat
hati kamu semua. Aku tengok banyak perkara tidak betul jadi amalan disini.”
Tiba-tiba
sahaja lelaki itu bersuara dengan wajah yang serius. Hujung jubahnya digerakkan
ke kiri dan ke kanan. Tasbih dihujung jari, turun naik mengikut ferak jarinya.
“Banyak
membuat amalan yang tidak betul,”
tambahnya.
Muka
datuk dan Pak Habib direnung agak lama. Anak matanya bergerak menalanjangi
wajah Tajuddin.
“Kamu
orang baik kerana membenarkan aku duduk disini, tetapi amalan kamu jadi rosak
kerana bersubahat dengan orang yang melakukan perbuatan salah,” lelaki itu
berhenti bercakap. Anak matanya masih terdampar kewjah Tajuddin.
Datk
dan Pak Habib terus membatu, tidak mahu campur dalam urusan tersebut. Tajuddin
merasi dirinya kesaorangan. Saya pula tidak mahu menentang biji mata lelaki itu
yang saya kira ada kuasa untuk melemahkan semangat sesaorang.
“Maafkan
aku kerana menghalau orangdengan parang, kamu mahu tahu sebabnya; lelaki itu
menyoal Tajuddin. Kerana terdesak dan tidak tahu berbuat apa-apa, Tajuddin
terus anggukkan kepala.
“Sebabnya,
dia sembahyang lepas waktu subuh, lepas subuh tak ada sembahyang lagi,” kata
lelaki itu riang. Cara dia memberi penjelasan kelihatan bergaya sekali. Macam
seorang guru agama menerangkan sesuatu pada anak muridnya.
Datk
dan Pak Habib terkejut. Dan mula dapat mengesan sesuatu yang kurang dalam diri
lelai tersebut.
Tajuddin
yang tadi merasa cemas dan tidak tentu arah, bagaikan mendapat semangat baru
mendengar perkataan “SESAT”. Tajuddin mengambil keputusan untuk memberkan
penjelasan sebenara tentang sembahyang duhar yang mahu dilakukan oleh Kamarul
yang diburunya tadi.
MULUT
Ketika
Tajuddin mahu membuka mulut, Pak Habib bertindak pantas menahan Tajuddin
bercakap. Biarkan dia bercakap, dari situ dapat kita sukat ilmu yang ada dalam
dadanya, Dapat kita nilai dirinya dari golongan mana. Itulah yang dibisikkan
oleh Pak Habib ke telinga anak saudaranya. Nasihat itu diterima oleh Tajuddin.
BERDIRI
Sudah
hampir setengah jam berdiri di pintu surau. Masalah yang kusut masih belum
dapat diluruskan. Asal usul lelaki berambut panjang masih belum dapat dikesan.
Tujuan dan matlamatnya tumpang berteduh disurau masih belum diketahui. Dalam
situasi tanpa hujung membuat perasaan saya jadi resah semacam.
Matahari
kian meninggi, bahang panas terasa mengigit setiap nci kulit. Bintik-bintik
peluh terus membesar dan kembang lalu mengalir dicerun-cerun pipi. Tiada lagi
kicau murai, diganti dengan burung helang sewah terbang rendah bersama suara
yang nyaring mengintai anak ayam turun sepuluh bermain dijemuran padi.
“Panas,
“rungut saya sendirian.
Serentak
dengan itu, lelaki berambut panjang mengubah kedudukan dirinya. Dari berdiri
terus duduk bersila di depan pintui surau.
Melihat
empat lelaki yang berada di depannya, tidak memberikan sebarang komentar atau
menyanggah pendapatnya, dia menduga apa yang diluahkannya dapat diterima oleh
Pak Habib dan datuk. Saya dan Tajuddin tidak
terkecuali.
“Dunia
sudah cukup tua, sudah berjutra tahun tak lama lagi dunia kiamat,
sebelumkiamat, sebelum Imam Mahadi datang marila kita bertaubat, kita pergi ke
tempat yang jauh dan sunyi untuk melakukan amal ibadat, disana tak sembahyang,” lelaki itu memulakan
ceramah. Datk resah sekali.
“Aku
nak ajak kamu ikut aku ketempat tersebut, tak payah amalkan rkun Islam yang
lima, cukup hanya menyebut Allah saja,” tambahnya sambil merenung ke
arah Pak Habib dan datuk yang kelihatan
macam orang bodoh.
“Gila,”
jerit Tajuddin.
Lelaki
berambut panjang terus bingkas bangun, mencapai parang panjang disisinya,
bagaikan helang menyambar anak ayam di tepi jemuran dia melompat ke arah
Tajuddin dengan parang terhunus di tangan. Keadaan menjadi kelam kabut sekali.
Saya segera lari ke bahagian tepi surau ntuk menyelamatkan diri. Rupa-rupanya ,
Tajuddin berlindung di tempat yang sama.
“Berhenti,”
Suara
datuk yang bergema itu membuat lelaki berambut panjang berhenti memburu
Tajuddin. Dia mengubah haluan menerpa ke arah datuk. Saat dia menghayunkan
parang panjang kebahagian leher datuk, Pak Habib datang dari sebelah kanan.
Dengan
satu jentikan dari Pak Habib di pangkal cuping telinga kanan lelaki berambut
panjang, seluruh tubuhnya menjadi lemah. Parang ditangan terlepas dan lelaki
berambut panjang rebah terkapar dihalaman surau.
No comments:
Post a Comment