Friday, August 30, 2013

SIRI 264 (VS MEI 2003) DITENGAH KAMPUNG TERPENCIL



Dan senyum kesyukuran serta kepuasan terpamer di kelopak bibir pasangan suami isteri.
“Shafie, ulang sekali lagi,” minta Pak Habib.
Shafie segera melaksanakannya. Malah dia meyebut makna dua kalima syahadat dalam bahasa ibunda.
Tanpa mahu membuang masa, serentak Pak Habib dan datuk menerkam dan memeluk Shafie. Kelopak mata kedua-duanya terus digenangi air jernih. Sebaik saja datuk dan Pak Habib berhenti memeluk Shafie, segera digantikan oleh ibu dan ayah Shafie pula, mereka menangis kegembiraan.
“Alhamdulillah, usaha kita dikabulkan oleh Allah,” suara datuk tersangkut-sangkut penuh terharu. Seterusnya mereka berkongsi tenaga memapah Shafie menuju ke tepi surau. Shafie disuruh duduk disitu. Pasangan suami isteri, saya dan Tajuddin hanya mengekoori dari belakang.
“Awak berdua tunggu dan layan dia dengan baik, ceritakan padanya kisah-kisah kecilnya dulu. Kemudian dengar jawapan darinya.” Datuk mengeluarkan arahan pada pasangan suami isteri.
“Buat apa tanya hal-hal lama padanya,” si isteri seperti membantah cadangan datuk. Pak Habib hanya tersenyum sinis.
“Nak uji apa?” sanggah si isteri.
“Untuk menguji ingatannya, kalau dia boleh mengingat kisah-kisah masa kecilnya dulu, mudahlah kita menguruskannya. Kalau tak inagt atau lupa terus, sulitlah sikit,” datuk menjelaskan.
“Kalau itu tujuannya, baik sekali,” balas si isteri.

KOLAH
Datuk dan Pak Habib bergerak melangkah ke arah kolah surau. Pasangan suami isteri berpandangan. Hati keCuba menghalang Pak Habib dan datuk meneruskan perjalanan.
“Kami mahu sembahyang syukur,” bisik datuk ke telinga si suami.
“Oh, maafkan saya, balasnya dengan rasa terkejut.
Dengan segera Pak Habib menyatakan pada si suami, dia tidak perlu merasa cemas atau takut. Selagi Shafie tidak pulih seratus peratus, mereka tidak akan meninggalkan kawasan surau.
“Lagi sekali saya minta maaf, saya cepat sangat buruk sangka.”
“Tak mengapa, kita makhluk lemah dengan sifat buruk sangka, irihati dan cemburu, agak susah nak dihapuskan dari hati kita,: Pak Habib bagaikan memujuk si suami.
Ketika si suami menyatakan keinginannya untuk turut serta melakukan sembahyang sunat syukur, Pak Habib dan datuk tidak pula menghalangnya tetapi memberikan pandangan, ada baiknya dia dan isteri mengawasi Shafie dan mengajaknya bercakap-cakap supaya Shafie dapat mengingati zaman lampau yang secara tidak langsung, Safie akan dapat mengenali dirinya sendiri.
“Memang cakap itu ada benarnya. Adi biarlah kami dampingi dia,” itulah janji dan pengakuan yang diluahkan oleh si suami pada datk dan Pak Habib. Itulah juga pengakuan yang sememangnya amat dinanti-nantikan oleh Pak Habib dan Datuk.
Sebagai tanda terima kasih Pak Habib menghadiakan senyuman. Datuk pula menjatuhkan telapak tangannya keatas bahu si suami dengan penuh mesra.
TANYA
Beberapa detik kemudian Pak habib bersama datuk melangkah tenang menuju ke kolah untuk mengambil air sembahyang. Langkah seterusnya menuju ke perut surau. Manakala si suami terus mengabungkan diri dengan si isteri. Apa yang di suruh oleh datuk, mereka lakukan dengan rela hati.
“Banyak perkara yang kami tanyakan kepadanya.”
Itulah yang disampaikan oleh si suami kepada Pak Habib dan datuk sebaik sahaja mere keluar dari surau dan berdiri di samping pasangan suami isteri. Saya dan Tajuddin yang berada di situ tidak memberikan sebarang komentar.
Kalau diminta, kami bersedia memberikan pandangan, Sebabnya, kami tahu apa yang berlaku masa ketiadaan datuk dan Pak Habib. Terlalu banyak yang ditanyakan oleh pasangan suami isteri pada Shafie. Terlalu panjang pula jawapan yang diberikan oleh Shafie.
Malah, ada ketikanya Shafie naik angin, memaki hamun atyah ibu kerana ada soalan yang diajukan tidak disenangi.
Sungguh beruntung kemarahan itu tidak berlanjutan. Si ibi berhasil melemnutkan hati Shafie dan terus menangis minta maaf. Ada masanya kami berhadapan dengan insiden yang melucukan. Kami terhibur dengan telatah mereka.
“Hasilnya bagaimana?” secara berbisik datuk  bertanya pada si suami.
Tiada jawapan yang diperolehi oleh datuk , kecuali senyum tawar.
“Minta maaf, saya tahu hasilnya, tidak mengembirakan,” celah Pak Habib.
“Betul telahan tuan,” jawab si isteri.
“Tak mengapa,” pujuk datuk.

Kita bawa saja dia balik ke rumah."
Cadangan Pak Habib tidak mendapat sebarang bantahan. Semua setuju. Bagi mengukuhkan lagi cadagannya itu, Pak Habib menyebut, bila sampai di rumah kelak, rawatan yang lebih berkesan dan teratur dapat dilakukan.
Tetapi, ada masalah sedikit," Tajuddin bersuara.
"Apa masalahnya,' sanggah Pak Habib keras.
"Bagaimana dengan dia orang tu," balas Tajuddin sambil menjuihkan bibirnya ke arah dua Ielaki yang duduk mengcangkung menghadapi dinding surau, macam orang bodoh.
Kemudian, dia me- ngclu"Jangan hiraukan mereka, biarkan di situ sampai mati. Mereka yang bertanggung jawab merosakkan akidah anak saya." tiba-tiba saja s isteri bersuara garang. Sebagai melepaskan rasa geram dan marah. dia terus menghentakkan tumit kaki kanannya ke bumi.
Kemudian dia mengeluh kesakitan, tanah yang dihentaknya keras. Saya hampir mahu ketawa. Mujurlah dapat mengawal perasaan.
"Jangan begitu, kalau dia orang mahu ikut apa sa- lahnya. Barangkali kita boleh dapat rahsia dari mereka, boleh membantu kita menyelesaikan masalah Shafie," si suami menyanggah pendapat si si isteri. Saya dan Tajuddin sependapat dengan sang suami.
"Hissssss..." si isteri mendengus.
Datuk dan Pak Habib berpandangan. Mereka berbalas senyuman sedangkan sang suami terus merenung ke arah dua Ielaki yang masih mencangkung. Merenung dinding surau.
Pak Habib minta pasangan suami isteri itu melupakan tentang dua Ielaki pengikut setia Shafie. Mereka berdua tidak penting, malah tidak tercatat dalam agenda Pak Habib dan datuk. Agenda utama mereka ialah menyelamatkan Shafie.
 "Jangan buang masa memikirkan mereka," kata Pak Habib.
lya." tingkah Tajuddin.
"Kita harus mencari jalan mudah dan terselamat, tanpa sebarang gangguan untuk membawa Shafie sampai ke rumah orang tuanya." itu komen datuk
Bagi memudahkan perjalanan ke rumah orang tua Shafie yang letaknya agak jauh dari surau, satu perbincangan kilat diadakan. Ayah Shafie menyarankan supaya menggunakan basikal tetapi dibantah oleh ibu Shafie.
“Tak payah gunakan basikal, bukannya jauh kira-kira tiga batu dari sini. Lagi pun dengan berjalan kaki mudah mengawal Shafiee.” Kata ibu Shafie.
"Saya fikir elok kita gunakan kereta, pakai tiga buah kereta saya, bersama dengan pemandunya, lagi cepat sampai," kata Pak Habib. Buat seketika tiada bantahan dari sesiapa. Seolah-olah semuanya setuju dengan cadangan Pak Habib.
'Terima Kasih tuan, saya fikir jalan kaki lebih cepat. Saya lalui jalan pintas supaya cepat sampai ke rumah saya. Lalu kawasan kampung terpencil, orang tak ramai. Kita lalu kawasan sawah.  Kalau berkereta atau berbasikal orang sekeliling rumah jadi terkejut, macam-macam cerita timbul. setakat ini saja nama keluarga kami jadi buah mulut orang." kata ibu Shafie. Semua yang ada di situ terdiam.
SETUJU

PERSETUJUAN sebulat suara tercapai. Hasrat ibu Shafie ditunaikan. Bagaimana cara bergerak mahu dimulakan diserahkan bulat-bulat atas bahu Pak Habib.
Alasan yang diberikan kerana Pak Habib orang tempatan yang dihormati, bila Pak Habib jadi ketua, tidak ada orang tempatan yang mempertikaikannya. Atas alasan itulah Pak Habib menerimanya dengan senang hati.
Atas permintaan Pak Habib, Shafie harus berada di tengah-tengah kumpulan bila bergerak nanti. Saya disuruh berada disebelah kanan Shafie. Manakala Tajuddin di sebelah kiri. Di hadapan Shafie ayahnya sebagai kepala jalan. Di belakang Shafie ialah ibu kandungnya yang disuruh oleh Pak Habib membaca surah An-Nas sepanjang perjalanan.
Pak Habib pula mengambil tempat di sebelah saya. Datuk pula di sebelah Tajuddin. Tujuan Pak Habib berbuat demikian, supaya mudah mengawasi Shafie. Jika dia mahu mengamuk, mudah pula menangkap dan merebahkannya ke bumi.
Secara terbuka datuk memberitahu, saya dan Tajuddin boleh bertindak tanpa perlu meminta izin darinya atau Pak Habib. Secara tidak langsung, datuk mencabar kami berdua. Tadi kami mempro- tesnya kerana menahan kami bertindak, sekarang tugas itu terus diletakkan atas bahu kami.
Pengumuman itu membuat saya cemas. Jantung berdegup ken- cang. Setelah membaca al-fatiha sebanyak tujuh kali berturut-turut yang diiringi dengan selawat, saya rasakan degup jantung beransur kurang dan akhimya kembali tenang.
DINDING
DUA lelaki pengikut setia Shafie masih lagi mencangkung merenung dinding surau. Mereka bagaikan tidak tergugat dengan suasana sekitar. Setelah mempastikan semua arahannya dipatuhi dengan sempurna, Pak Habib terus mengarahkan kami supaya bersiap sedia.
"Kita melangkah sekarang," kata Pak Habib.
Saat langkah pertama dimulakan, dua lelaki yang duduk mencangkung mengadap dinding surau segera berdiri. Kemudian, mereka terus mengekori rombongan kami dalam jarak jauh. Perbuatan kedua-clua lelaki itu meresahkan perasaan ibu Shaiie. Kerana tidak dapat mengawal perasaan marahnya. Dia terus memaki hamun dua lelaki sesuka hati. Tindak tanduk ibu Shafie, ternyata lidak disenangi oleh Pak Habib dan datuk.
"Jangan begitu, sabar dan kawallah perasaan," si suami cuba menenangkan perasaan si isteri. Tetapi, si isteri tenis juga rnerungut Saya dan Tajuddin kurang senang dengan suasana begitu. Setakat ini, Shafie tidak memperlihatkan tindak- tanduk yang membimbangkan. Dia kelihatan tenang dan sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan ayahnya yang mengepalai perjalanan.
Dua orang pengikut Shafie yang tadi berada dalam jarak yang jauh, kelihatan mempercepatkan langkah. Berusaha mendekatkan jarak agar tidak terpisah jauh dari kami.
"Hati-hali dengan mereka," Pak Habib mengingatkan dan melarang saya dengan Tajuddin menoleh ke belakang. Rupa-rupanya, Pak Habib tahu apa yang berlaku, walaupun dia tidak toleh kiri, tidak toleh kanan, tidak renung ke belakang.
Si isteri yang membebel bagaikan kehabisan suara. Tidak bercakap, membisu semacam. Si suaminya masih seperti tadi melangkah dengan tenang dan hati-hati. Cuma yang agak ganjil sedikit ialah. Shafie, ada ketikanya dia senyum sendirian, mengomel sendirian tidak jelas apa yang diperkatakannya.

No comments:

Post a Comment