Semasa
meluruskan badan dan menarik nafas sedalam-dalamnya, pangkal belikat terasa
sakit. Buat beberapa saat, saya mendiamkan diri. Dan datuk dapat mengesan apa
yang saya alami.
“Sini,”
katanya.
Saya
segera mendekatinya dan terdengar datuk membaca sepotong ayat dari Surah Al-
Nur (seingat saya). Selesai potongan surah itu dibaca, satu tumbukan hinggap di
belikat kiri. Rasa sakit segera berakhir.
Semua
peristiwa itu diikuti dengan tenang oleh Pak Habib dan Tajuddin. Mereka
memberikan senyum tahniah untuk datuk. Senyum simpati pada saya. Pasangan suami
isteri masih membelai dan memangku Shafie. Kerana datuk dan Pak Habib tidak
melakukan sesuatu pada pasangan suami isteri, mengundang seribu keraguan dalam
diri saya.
“Bawa air itu kemari," sambungnya dalam
tekanan nada suara yang agak keras.
"Baldinva
di mana tuk?'
"Cari
sendiri, gunakan akal."
Agak
kasar bahasa yang datuk gunakan. Saya jadi serba salah. Tidak tahu, apa yang
patut dilakukan.
"Tamar,
baldinya di belakang pintu, bilik air orang perempuan."
Tajuddin
membantu menyelesaikan masalah yang saya hadapi.
"Terima
Kasih, Din."
"Pergi
cepat nanti datuk kamu naik angin."
Dengan
pantas saya bcrgerak ke tempat yang disebutkan oleh Tajuddin. Kemudian berlari
ke arah datuk semula. Belum pun sempat melepaskan penat, datuk menyuruh saya
membawa air satu baldi ke tempat dua lelaki yang muntah darah. Tajuddin ketawakan
saya.
Saya
panas hati. Datuk sengaja mahu mendera saya. Kenapa tidak disuruh dari kolah
terus membawa air satu baldi itu kearah dua lelaki yang muntah darah itu.
Kenapa
mesti dibawa kepadanya dulu, kemudian berpatah balik. Sedangkan jarak antara
orang yang muntah darah dengan kolah tidaklah sejauh dari kolah ke ternpat
datuk.
"Ini
penyeksaan," bentak batin saya
"Sekarang
mari kita pergi ke tempat orang muntah darah tu," tutur datuk. Saya memprotes
tindakan datuk itu dengan memperlahankan langkah. Saya biarkan dia mendahului
saya.
"Cepatkan
langkah kamu Tamar, aku nak selesaikan kerja ni cepat. Bawa air satu baldi
terhegeh-hegeh, macam orang tak makan berbulan-bulan." Terkejut dengan
sergahan itu, secara otomatik saja langkah saya menjadi panjang, Malah terus
berlari anak, saya sampai lebih dahulu dari datuk di tempat dua manusia vang
sedang muntah darah.
"Letakkan
air di sini."
Air
satu baldi segera saya letakkan di depan datuk vang berdiri tegak berpeluk
tubuh. Perlahan-lahan dia merendahkan tubuhnya dan terus duduk bersila di depan
baldi berisi air. Tangannya masih memeluk tubuh. Sepasang kelopak bibirnya bergerak-gerak.
Pasti ada sesuatu yang dibacanya.
"Bismillah...... " katanya tenang.
Setelah
itu dengan cara bersahaja datuk terus menepuk air di- permukaan baldi, se-
banyak dga kali berturut-turut.
Sebahagian
air yang ditepuk mercik ke wajahnya. Manakala sebahagian yang lain mercik ke
permukaan tanah dan melilih di sekeliling badan baldi yang dibuat dari zing.
"Sekarang
Tamar."
Saya
tatap wajah datuk yang nampak serius.
"Ada
tugas untuk saya tuk?"
"Ada,"
datuk tidak meneruskan percakapan.
Dua
lelaki terus muntah darah. Saya resah memikirkan apatah tugas yang bakal
diserahkan itu ringan dan mudah atau sebaliknya.
"Kamu
curahkan air satu baldi ini atas kepala mereka. Aku nak uruskan perkara lain,"
itulah tugas yang datuk serahkan kepada saya.
SEMPAT
BELUMPUN
sempat saya bertanya, bagaimanakah arahan itu harus laksanakan. Datuk
tergesa-sesa meninggalkan saya menuju ke arah Pak Habib yang menanti kedatangan
datuk di bawah pokok rambutan.
Saya
tcrkapai-kapai sendirian. Tidak tahu kepala lelaki mana yang harus dijirus
dulu. Sebelah kiri atau sebelah kanan dulu. Surah apa yang harus dibaca. Surah
Fatihah atau ada surah-surah yang lain.
Bila
kepala mereka dijirus air, apakah mereka akan diam atau memberikan tindak balas
yang melampau? Boleh mengancam nyawa saya sendiri?. Seribu persoalan
menggoncang dada sedangkan jawapannva tetap kosong.
Saya
pun mengambil inisiatif sendiri. Sebelum kepala kedua-dua lelaki yang muntah
darah itu saya jirus dengan air, saya renung ke arah datuk dan Pak Habib. Cara
kebetulan pula. datuk juga merenung kepada saya, lantas pandangan kami berlaga.
Dengan
pantas datuk memberikan isyarat tangan, supaya saya segera melaksanakan
arahannya. Tetapi, saya masih ragu-ragu untuk melaksanakannya.
"Segerakan Tamar, kalau kamu lambat-lambatkan.
Kamu susah nanti," gegendang telinga menangkap suara teriakan dari Pak Habib.
"Segerakan
tamar, sebelum kamu dapat susah." itu suara datuk dalam nada marah.
Dua
teriakan dari dua lelaki tua yang saya hormati, mcndorong saya mengangkat baldi
setinggi yang termampu. Air dalam baldi membasahi kepala kedua-dua lelaki yang
mencangkung sambil batuk darah. Mereka tersedak dengan kuat dan tidak batuk
darah lagi.
Beberapa
saat kemudian. kedua- duanya rebah tergolek di bumi. mengigil kesejukan buat
seketika. Akhirnva terdiam kaku macam mayat. Daiam keadaan yang tidak tentu
arah itu, hati saya berdebar menanti arahan selanjutnya dari datuk. Lima saat
masa berlalu, tiada arahan yang saya terima dari datuk atau dari Pak Habib.
Disebabkan
bosan menanti arahan yang tidak datang, datuk dan Pak Habib saya renung lagi.
Mereka bagaikan tahu masalah yang saya hadapi.
"Kamu
tunggu sampai mereka bangun," Iantang suara datuk.
Terbukti
datuk lidak berbohong. Sebaik saja ungkapannya berakhir tubuh kedua-dua lelaki
itu kelihatan bergerak perlahan.
Baldi
kosong di sisi, segera saya campakkan jauh-jauh. Dua langkah undur ke belakang
untuk keselamatan diri, jika nyawa terancam saya perlu bertinadak pantas,
kerana itu persediaan rapi mesti disusun.
TANGAN
SAYA
lihat sepasang kaki dan tangan kedua-dua lelaki itu tersentap-sentap. Kemudian
mereka menggeliat dan mula duduk dengan melunjurkan sepasang kaki. Mereka
menggeliat lagi macam kucing baru bangun tidur. Sungguh mengejutkan bila mereka
terus duduk bersila sambil menghadapkan wajah kepada saya.
Meskipun
mereka memperlihatkan wajah bodoh, saya tetap panik. Lagi sekali saya memalingkan
muka ke arah Pak Habib dan datuk untuk minta bantuan, Kalau dalam renungan
pertama dan kedua tidak nampak wajah Tajuddin, tetapi kali ini, saya nampak
Tajuddin tersenyum sinis.
Saya
gunakan bahasa isyarat dengan menggerakkan tangan yang bermaksud:
"Macamana
dengan dua orang ni."
Datuk
juga menjawap dengan gerakan tangan yang bermaksud:
"Biarkan
mereka di situ, kamu datang ke sini."
Memang
itu yang saya nantikan. Bagai kan orang mengantuk disurung bantal. Saya
melompat kegirangan dan terus berlari ke arah Tajuddin, Pak Habib dan datuk di
bawah pokok rambutan. Mereka menyambut ketibaan saya dengan senyum lebar.
Pasangan suami isteri masih berada di sisi anaknya.
"Kamu
memang hebat Tamar."
"Aku
tak makan puji," saya menjawab sambil menjuihkan bibir pada Tajuddin. Dia
senyum lagi.
Datuk
dan Pak Habib bergerak ke arah pasangan suami isteri. Kehadiran mereka bagaikan
tidak dipedulikan oleh pasangan suami isteri terbabit.
"Sara
mahu menunaikan janji saya pada awak berdua." tenang sekali datuk
bersuara.
Pasangan
suami isteri segera angkat muka. Renung wajah datuk dan Pak Habib silih
berganti. Ada keraguan di wajah mereka.
“Jangan
bimbang kami berdua berpegang pada janji, percayalah.' Pak Habib cuba
menanamkan keyakinan pada mereka.
"Apa
yang patut kami buat?" Sepasang mata isteri tertumbuk ke wajah Pak Habib.
"Beritahu
apa yang patut kami buat," si suami menyampuk.
Buat
beberapa ketika Pak Habib dan datuk kerutkan kening. Tajuddin kenyit mata ke
arah saya. Pasangan suami isteri masih sabar menanti apa yang bakal diucapkan
oleh datuk dan Pak Habib.
"Awak
berdua minta ke tepi dulu, ubah tempat ke sana."
Pak
Habib mengarahkan pasangan sugrni isteri berdiri dekat Tajuddin, membelakangi
saya. Tiada sebarang bantahan dari pasangan terbabit. Setelah pasangan itu
beredar. datuk segera duduk melutut di hujung sepasang kaki Shafie. Pak Habib
duduk bersila dekat bahu sebelah kanan Shafie.
Sebelum
daun kering yang menutup pusat Shafie diambil, datuk terlebih dahulu menyentap
sepasang kaki Shafie dengan kuat. Seluruh badan yang kaku bergerak-gerak ke kiri
dan ke kanan, selepas itu kembali kaku dari mulutnya keluar buih macam buih
sabun melilih di kiri kanan pipi.
"Pergi
ambil air kolah satu baldi dan bawa ke mari."
Arahan
datuk segera saya patuhi. Tajuddin pula diarah oleh Pak Habib mencari gelas
kosong. Macam saya juga arahan itu segera dipatuhi, walaupun dia nampak kurang
selesa melakukannya.
DEPAN
SEKARANG,
air satu baldi berada di depan datuk. Gelas kosong dalam genggaman Pak Habib.
Saya dan Tajuddin menanti arahan selanjutnya dari Pak Habib dan datuk. Kami
berdua bersedia melakukan apa saja. jika disuruh.
Pasangan
suami isteri dibawah pokok rambutan tetap resah, melihat anak mereka (Shafie)
terlentang kaku dipanah matahari. Tetapi, mereka tidak berani bertanya atau
protes. Angin yang bertiup menggugurkan dedaun kering ke atas permukaan tanah.
Setelah
bercakap sesuatu dengan datuk. Pak Habib segera mengambil segelas air dari dalam
baldi. Air itu segera 'ditawar' oleh Pak Habib. Kemudian terus direnjiskan ke
wajah Shafie. Satu kejutan terjadi membuat saya dan Tajuddin tersentak.
Bersedia untuk berlari ke pangkal pokok rambutan.
Secara
tiba-tiba Shafie melompat tinggi, melepasi kepala Pak Habib dan datuk. Renjisan
air tersebut bagaikan memberi semangat dan kekuatan rang tidak terduga pada
Shafie.
Sebelum
telapak kakinya memijak bumi, kaki kirinya dihalakan ke dada datuk dan kaki
kanan ke dada Pak Habib. Mungkin sudah diduga yang serangan akan dihalakan
kepada mereka, Pak Habib dan datuk membuat persiapan terlebih awal. Sasaran
sepasang kaki Shafie tidak mcngenai dada datuk dan Pak Habib.
Tendangan
Shafie tersasar pada sebatang pokok kecil. Jatuh tergolek dan dengan serta
merta dia terus bangun. Tubuh yang tadi lemah, kini penuh bertenaga, matanya
merah. Rentak dan langkahnya kejap dan utuh. Anak matanya liar sekali.
Bersambung
ke siri 259 TANAM GELAS DENGAN TUMIT
No comments:
Post a Comment