Friday, August 30, 2013

SIRI 249 MAKAN BERSAMA DIRUMAH TAJUDDIN



Si pemandu tumpukan seluruh perhatian pada permukaan jalanraya yang basah. Lampu kereta dibesarkan. Kelihatan kesan air hujan didaunan dan pepokok, rasa dinging tidak juga berubah. Masih macam tadi, saya menggigil kecil.
Pemandu memaut stereng kereta dengan irat dan kejap, sesekali kelopak matanya terpejam seketika dan kereta yang dipandunya terasa lari ketengah dan ketepi jalanraya. Saya jadi cemas.
Ternyata si pemandu memang sudah mengantuk, dua tiga kali dia mengguap panjang. Secara perlahan dan lembut, saya tepuk belakangnya. Tujuannya agar dia menjengil biji mata. Si pemandu tersenyum. Dia faham maksud saya berbuat demikian.
"Jangan terlena nanti semua maut," perlahan kata-kata itu saya bisikkan ke cuping telinganya.
"Inilah masaalah yang aku hadapi," si pemandu mengakhiri kata dengan senyum. Saya kira dialog yang terjadi antara saya dengan si pemandu, tldak dapat ditangkap oleh gegendang telinga Pak Habib dan datuk.
'Eeeeekkkkkkkk!
Si pemandu menekan brek, seekor musang sesat melintas jalan. Semua yang ada dalam perut kereta tersenggukdan terkejut. Serentak dengan itu, terdengar bunyi brek kecemasan yang panjang dan keras dari beberapa buah kereta yang mengekori kereta yang kami naiki.
"Kenapa? Kamu mengantuk, kalau mengantuk biar aku bawa," Pak Habib mengkemukakan usul.
"Saya tak mengantuk, musang melintas. Saya tak mahu langgar, itulah sebabnya saya tekan brek, "si pemandu memberi alasan. Dan alasan itu dapat diterima oleh Pak Habib dan datuk. Buktinya, mereka tersenyum puas.

TERGUGAT
SELEPAS kejadian itu, si pemandu lebih berhati-hati. Kalau boleh dia tidak mahu ketenangan dan keselesaan Pak Habib dan datuk tergugat.
"Sebaiknya, hiduplah dengan melakukan kebaikan dan kebajikan. Asah hati kita ini dengan kejujuran dan keikhlasan pada setiap masa. Kemudian kita serahkan kepada Allah apa yang kita buat, jangan mengharapkan pembalasan dariNya," tanpa diduga Pak Habib bersuara. Hati tertanya-tanya untuk siapa kata-kata itu dimaksudkan oleh Pak Habib.
"Kalau kebaikan kita buat dan kebaikan pula kita perolehi. Alhamdulillah. Andainya, kebaikan kita lakukan tetapi, kejahatan yang datang, itu adalah ujian dari Allah untuk kita. Semua itu hak Allah,”sambung Pak Habib sambil membetulkan duduknya.
Kuliah pendek itu, ada kaitannya dengan peristiwa yang kami lalui bersama. Dengan kata lain, Pak Habib menyuruh kami berfikir dan merenungi, bahawa apa yang terjadi, ada hikmahnya untuk dijadikan renungan.
"Saya setuju dengan apa yang sahabat katakan. Mengasah hati dan jiwa supaya jadi murni, bukanlah perkara yang mudah," komen datuk.
"Disinilah letaknya ketakwaan atau penyerahan keimanan kita pada Allah. Kalau kita yakin pada kudratNYA, kita boleh melakukanya," jawab Syed Al-Hadad atau Pak Habib. Datuk menganggukkan kepala, mereka membalas senyuman.
Kereta terus meluncur dengan tenang, melepasi beberapa buah selekoh tajam dan beberapa buah perkampungan serta pekan kecil. Si pemandu nampak kian yakin dan selesa dengan apa yang dibuatnya. Semuanya ini menandakan, perjalanan semakin dekat ke tempat yang dituju.
FAJAR
KETIKA fajar mula bangkit di kaki langit, kami pun sampai di rumah Syed Hamid AL-Hadad. Kawasan rumahnya sungguh luas sekali. Tidak jauh dari kawasan rumahnya terdapat beberapa buah rumah batu yang tidak kalah bentuk dan besarnya dengan rumah Pak Habib.
Pak Habib memastikan ketiga-tiga manusia laknat yang menumpang kereta anak buahnya sampai. Kemudian memastikan mereka (tiga manusia laknat) pergi ke rumah yang ditetapkan sebagai tempat pengi- napan untuk membersihkan diri (mandi) sebelum berjemaah di sebuah surau yang tidak jauh dari rumah Pak Habib.
Saya dan datuk diajak oleh Pak Habib terus ke rumahnya. Kami diberikan seorang satu bilik. Dalam rumah besar itu terdapat beberapa buah bilik khas untuk tetamu siap dengan tempat sem bahyangnya sekali. Disediakan senaskah Al-Ouran dan yassin.
Suasana dalam bi lik yang kemas dan teratur, ternyata amat menyenangkan diri datuk. Berkali-kali dia mengucapkan ribuan terima kasih pada Pak Habib yang pada hematnya amat mementingkan keselesaan tetamu.
Setelah mandi dan menikmati secangkir kopi pahit, waktu subuhpun masuk. Kami segera berangkat ke surau yang kecil dan comel.
"Cucu kamu,"kata Pak Habib pada datuk. Saya yang berada di-antara mereka tercenggang.
“Tamar”
Saya renung muka datuk.
"Panggil dan beritahu orang kampung solat subuh sudah tiba," tambah datuk.
"Azan, tuk."
Datuk tidak memberikan jawapan, serentak mereka melangkah ke tengah surau. Saya menarik nafas, Pak Habib dan datuk menyerahkan tanggungjawab untuk saya pikul.
Di awal subuh yang sepi, orang-orang yang bermastutin di sekitar rumah Pak Habib dan penghuni kampung berdekatan, dikejutkan dengan suara laungan azan yang sungguh berbeza dengan suara yang selalu mereka dengar.
INDAH
SEBAIK sahaja mereka sampai ke surau kecil yang indah, ada diantara mereka mengajukan pertanyaan pada siak yang berkhidmat secara sukarela disitu.
"Suara orang bang (azan) tadi berbeza dengan suara yang selalu didengar," tanya seorang jemaah.
"Siapa yang azan tadi? Ada orang baru ke?," tanya pula yang lain.
"Orang yang dibawa Tuan Habib," jawab siak sukarela.
"Katakan Tuan Habib hilang dalam perjalanan balik dari Pangkalan Berandan ke sini,"datang lagi pertanyaan jemaah yang lain. Orangnya sudah agak berusia, tetapi nampak sihat.
"Bila dia balik?" tanya orang itu lagi.
"Dekat dinihari dia balik. Anak buahnya sendiri yang pergi mencari, mereka pergi secara rahsia, tak mahu heboh-heboh," siak sukarela men jelaskan sambil anak matanya menatap wajah-wajah yang mengemukakan pertanyaan padanya.

PINTU
BEBERAPA jemaah yang berada di muka pintu dan sempat mendengar penjelasan siak sukarela, segera memanjangkan leher mencari PakHabib, macam bangau mencari anak seluang. Bila terpandang batang hidung orang yang dicari, mereka terus menyerbu ke arah Pak Habib.
Mereka bersalaman, tidak memadai dengan itu batang tubuh Pak Habib dipeluk dan dipaksa bercerita tentang perkara yang dilaluinya. Hasrat mereka tidak berhasil kerana kesuntukan masa. Waktu solat sudah tiba. malah, Pak Habib sendiri keberatan melayan permintaan mereka yang tidak sesuai pada waktu dan ketikanya.
"Kalau ia pun, nak berpeluk dan mengampu Pak Habib, janganlah merempuh orang sesuka hati, fikirlah sakit orang lain," seorang jemaah yang dirempuh meluahkan kekesalan dengan wajah yang amat kecewa sekali. Lebih menyakitkan hati, orang yang merempuh tidak pula minta maaf.
Dalam situasi yang agak kelam kabut itu, sekali lagi khidmat saya diper lukan untuk melafazkan qamat. Perkara itu segera saya laksanakan. Atas permintaan Pak Habib, datuk disuruh menjadi imam. Segala- galanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
Tiga manusia laknat turut sama berjemaah. Kerana salah seorang daripada mereka (lelaki berdarah dahi) pernah bekerja dengan Pak Habib, kehadiran mereka jadi perhatian. Lebih-lebih lagi mereka sentiasa didampingi oleh kerabat Pak Habib. Selesai sembahyang dan berdoa Pak Habib terus bangun.
"Semua yang ada disini, diminta datang ke rumah anak saudara saya, Tajuddin. Kita beramai-ramai minum kopi dan makan pagi di rumahnya. Kemudian baca doa selamat dan kesyukuran kerana saya dijumpai dalam keadaan sihat, semua dijemput;"tutur Pak Habib.
"Makan apa Pak Habib?"usik seorang jemaah.
"Itu kena tanya Tajuddin,"sahut Pak Habib.
"Kopi dan nasi lemak,' Tajuddin bersuara lantang.
"Ini sudah cukup baik,"terdengar suara nakal dari para jemaah yang disambut dengan senyum oleh Pak habib dan Tajuddin.
Beberapa orang para jemaah yang sebaya dengan Pak Habibsegera medekatinya.Mereka melahirkan rasa terkejut dengan apa yang berlaku atas diri PakHabib.
MENOLAK
MALAH, ada yang mahu Pak Habib bercerita detik kejadian itu secara lerperinci. Pak Habib menolak dengan alasan belum sesuai. Walupun, begitu Pak habib berjanji pada mereka, bila ada masa terluang, boleh jadi esok atau lusa dia akan menceritakannya.
"Bila ada masa sesuai, saya ceritakan pada semua, 'Pak Habib memberikan sebuah janji. Dua tiga orang jemaah yang berada didepannya saling berpandangan sesama sendiri. Mereka seolah-olah sangsi dengan janji yang dila- fazkan oleh Pak Habib.
"Masa yang sesuai itu bila Pak Habib?", tanya seorang dari sebelah kanan. Pak Habib tersenyum ke arah datuk.
"Boleh jadi waktu asar nanti atau subuh esok. Usah fikirkan apa yang saya alami. Soal sekarang kita pergi ke rumah anak saudara saya. Isi perut kita. mari, " cukup lantang suara Pak Habib.
Dengan tenang dia melangkah ke muka pintu surau, memulakan perjalanan menuju ke rumah anak saudaranya. Di rumah Tajuddin, khidmat saya diperlukan lagi untuk membaca doa selamat. Memang pada mulanya saya menolak membaca doa selamat .
Saya kira orang tempatan lebih wajar melakukannya, lagipun saya kurang fasih. Sa- yang sekali, hujjah saya itu tidak dapat diterima oleh Pak Habib dan pa- ra jemaah yang hadir.
Saya tidak boleh mengelak dan terpaksa menerimanya dalam senyum, tetapi hati terasa amat berat dan berdebar semacam. Alhamdullah saya lulus ujian. Tidak ada seorang pun yang mengkritik, semuanya memuji. Saya bangga dalam hati tetapi, datuk terus tersenyum lebar.
Sesungguhnya, peristiwa yang dilaluinya beberapa minit tadi, secara tidak langsung membuktikan saya lulus ujian sebagai anak muda kampung yang boleh ditolak ke depan dan ke belakang.
Dalam masyarakat kampung Melayu tradisional yang bersandarkan pada ajaran agama dan adat budaya, saya dikira anak muda yang boleh diharap. Boleh jadi tukang azan, boleh baca doa. malah, dalam saat-saat terdesak boleh jadi imam dan menikahkan orang serta menyembahyangkan jenazah.
SEMINGGU
SETELAH dua hari menginap di rumah Pak Habib, saya dan datuk berkesempatan mengikuti agenda yang ditetapkan oleh Pak Habib terhadap tiga manusia laknat. Semuanya berjalan dengan baik seperti yang disusun.
Hubungan tiga manusia dengan tuan rumah yang ditum pangi cukup mesra. Setiap waktu solal mereka berjemaah bersama penduduk tempatan. Mengikuti kuliah subuh dengan sempurna. Semuanya menyenangkan keluarga Pak Habib.
Pada hari Rabu, hari ketiga berada di rumah Pak Habib, datuk memberitahu, dia mahu pulang ke Tanah Semenanjung pada petang Khamis, merentasi Selat Melaka dengan kapal barang ke Pulau Pinang.
Bila ditanya siapa yang menguruskan semuanya itu. Datuk hanya sekadar memberitahu, kapten kapal itu adalah anak sahabat baiknya. Bagi merealisasikan irnpiannya itu, datuk berhasrat mahu menyatakan perkara tersebut pada Pak Habib keesokannya, iaitu pada hari keempat.
Secara kebetulan pada hari kempat sebaik saja saya dan datuk masuk ke ruang tamu rumah PakHabib, tiga lelaki laknat sudah berada disitu. Saya lihat jam di dinding sudah pukul sepuluh pagi.
"Duduk sahabat,"  kata Pak Habib. Kerana tidak mahu menganggu urusan yang sedang berjalan, saya dan datuk mengambil tempat yang agak jauh dari manusia bertiga.
"Biar saya selesai perkara ini dulu sahabat, lepas itu barulah kita bercerita. Lagipun sahabat tidak ada rancangan nak kemana-mana. Semalam dah jalan jauh" Usik Pak Habib.
“Teruskan tugas." Sahut datuk.
Pak Habib segera memberikan wang tambang kepada ketiga-tiga lelaki laknat itu untuk pulang dibawa pulang kekampung masing-masing menemui kaum keluarga. Disam[ing itu Pak Habin turut juga membekalkan beras dan gula kopi serta beberapa keperluan lain di samping wang saku. Bila semua urusan selesai, tiga ma- nusia laknat bersalaman dengan Pak Habib, kemudian me- larat kepada saya dan datuk.
"Mereka balik kampung seminggu saja. Hari khamis depan mereka balik ke mari untukbekerja," dengan nada penuh keyakinan Pak Habib memberi-tahu datuk.
"Sahabat percaya dan yakin?"
" Saya yakin mereka datang untuk bekerja dengan saya dan belajar agama. Mereka menyesal dengan apa yang mereka buat, mereka dah bertaubat."
"Kalau sahabat sendiri yakin, saya tak mahu cakap apa-apa. Sebabnya, sesuatu yang baik bila disertai dengan keyakinan diri dan kuasa Allah, selalunya berhasil.
 Sahabat ini, ber- cakap berbunga-bunga, macam ahli sofi."
"Terlalu tinggi memuji saya," balas datuk.
Kedua-dua sahabat yang membina kemesraan dan hubungan, tidak sampai seminggu ternyata kelihatan cukup akrab.Saling hormat menghormati dan saling mempercayai satu selain.


No comments:

Post a Comment