Wednesday, June 27, 2012

SIRI 227 (VS APRIL 2000) DIPINTU KEMATIAN


Saya terkejut, bila wanita itu tidak meneruskan langkahnya mendekati All Usman. Suara tangisan bayi terus hilang, begitu juga dengan bentuk lembaga orang Utan.

Keresahan segera mengoncang dada. Wajah datuk pun dijeling, dia nampak tenang sekali. Tetapi, Ali Usman masih tidak bergerak dari tempat dia berdiri.

Perlahan-lahan saya menarik dan melepaskan nafas, bila terlihat beberapa ekor lipas lari di lantai lalu menyusup di bawah kain wanita berwajah hodoh.

"Pelik," terhambur keluhan dan kelopak bibir saya.

"Yahooooo................... "

Tidak dapat saya pastikankan dari arah mana suara itu datang. Tidak dinafikan juga pekikan ltu memekakkan anak telinga, mengganggu konsentrasi datuk. Buktinya, datuk merenung ke arah lelangit rumah.

Hisss............"

Aii Usman mendengus panjang sambil mengkepal-kepal penumbuk. Sepasang kelopak matanya sebentar terbuka dan sebentar terkatup.

Bila kelopak matanya terbuka renungannya ke arah wanita hodoh mendukung anak kecil tidak beralih. Seolah-olah hati serta perasaannya sudah ditakluki wanita aneh itu

"Hati-hati Ali,'' saya mengingatkartnya.

"Itu urusan dia, bukan urusan kamu.''

Datuk meluahkan sebuah protes yang membuat saya kurang senang. Tiba-tiba saya jadi marah pada datuk.

Puncak dari kemarahan ltu, saya tidak mahu melihat mukanya. Dan batang leher bagaikan dipusing suatu tenaga ghaib yang memaksa saya merenung ke arah wanita berwajah hodoh yang tidak disenangi. Pada mulanya saya melakukan penentangan tetapi, akhirnya saya terpaksa mengalah kerana tenaga yang memaksa lebih kuat dari saya.

Bila sepasang anak mata tertampar ke wajah wanita mendukung anak kecil. Rasa terkejut dan pelik bermain dalam tempurung kepala. Rasa pening dan pedih di kelopak mata mula di alami. Dengan seluruh daya dan usaha, saya cuba alihkan pandangan kearah lain.

Pada mulanya saya mengalami kepayahan sedikit tetapi, akhirnya berhasil, dinding rumah menjadi sasaran anak mata. Rasa pening dan sakit kepala segera berakhir, saya kembali selesa dan berpijak pada alam nyata.

Keselesaan yang baru dinikmaati ini harus dipertahankan, fikir saya. Wanita berwajah hodoh mendukung anak kecil, tidak wajar dilihat kerana boleh mendatangkan kesan buruk pada diri sendiri. Itulah keazaman berputik dalam hati.

LEMAH                                                                           

Sayang, keazaman yang kuat itu berjaya dibunuh oleh rasa keinginan yang tidak mampu dibendung untuk melihat perempuan berwajah hodoh bagi sekian kalinya. Dan sebagai manusia yang lemah, saya tunduk pada keinginan itu. Wajah wanita hodoh itu saya tatap tanpa berkedip.

Sungguh mengejutkan, ketika ditatap wajahnya mengalammi proses perubahan secara perlahan-lahan. Kulit mukanya  yang mengerutu, macam kulit katak puru itu relai berkeping-keping jatuh atas kepala bayi yang di dukungnya ,. Bekas kulit yang relai segera diganti dengan kulit baru yang putuh dan licin.

Manakala kepala bayi yang ditimpa oleh kulit yang relai tadi segera ditumbuhi rambut hitam yangkemerah-merahan.

Gigi yang tidak teratur kini nampak  putih bersih, tersusun rapi dan rapat. Ada lesung pipit di kiri dan kanan pipi, bila tersenyumm manis sekali mengingatkan saya pada Mia, gadis yang pernah membuat saya tidak nyenyak tidur malam.

“Cantik,” bisik batin saya.

Mata masih terpaku kearah hujung dagunya yang tajam macam mempelam Siam. Sepasang bulu keningnya nampak tebal, bulu mata nya lentik, padan benar dengan sepasang bibir nipisnya yang merah menarik.

Rasa takut dan benci segera hilang,, bertukar menjadi rasa ghairah. Nafsu berahi meluap-luap, tidak tertahan-tahan lagi. Saya jadi tidak tentu arah.

Dalam saat mengelamun sambil membelai rasa ghairah yang bagaikan tiada hujungnya itu, bayi dalam pangkuan wanita tersebut hilang secara mengejut. Tidak memadai dengan semuanya itu, kain putih yang membalut sebahagian dari tubuhnya dijatuhkan perlahan-lahan. Saya jadi kelam kabut.

“Dia telanjang bulat,”

Itu reaksi saya semua kain putih pembalut sebahagian tubuhnya jatuh dikaki. Setiap liku dan lekuk di tubuhnya, termasuk bahagian alat sulitnya berada dalam mata saya.

“Huuuhhhh.....” saya mengeluh geram.

Saya terpesona, bila dia memusingkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan gerakan-gerakan yang membakar nafsu muda. Seluruh pembuluh darah menjadi tegang semacam, badan mengeletar geram bersama ghairah nafsu muda yang sukar dikawal.

Dalam keadaan yang tidak menentu itu, akal mula dikuasai nafsu. Saya seperti terasa ada tenaga mendorong saya untuk mendekati wanita yang pada penglihatan saya ketika itu cukup cantik sekali.

“Rapatlah.”

Saya seakan akan terdengar suara wanita itu berkata demikian pada saya.

“Rapatlah, Cuma kita saja disini,” ulangnya dengan suara yang serak-serak basah. Gerak bibir dan gerak tubuh mengiringi kata-kata yang diluahkan, membuat saya, macam berada di dunia fantasi yang tidak bertepi.

Dengan hati-hati langkah pertama diatur ke arah wanita yang sedangkan mendepangkan kedua belah tangannya. Dua ketul daging hidup yang tegang melekap di dada, terbuai-buai setiap kali dia bergerak atau melonjak. Semuanya itu menyebabkan perasaan muda saya terhumban ke tasik nafsu berahi yang sukar dikawal.

Langkah pertama yang teragak-agak dan hati-hati segera bertukar menjadi rancak penuh semangat. Suara ketawa penuh manja dari wanita itu menyambut lubang telinga kiri kanan. Tidak memadai dengan itu terdengar suara mengerang kenikmatan, bersama renggekan berahi.

Situasi begini membuat saya lupa pada keadaan sekeliling. Ali Usman bagaikan tidak wujud lagi. Begitu juga dengan datuk. Apa yang ada dalam kotak fikiran, hanya saya dan perempuan itu sahaja yang berada disitu, bagaikan berada di sebuah taman bunga yang indah.

GELORA

Bersama gelora berahi dan nafsu yang bergelombang hebat dalam batin , saya terus melangkah dan melangkah. Matlamat dalam diri ialah  wanita bogel di depan mata harus di kuasai lahir batin. Langkah  makin rancak, makin bersemangat.

“Tamar,” terpinga-pinga suara datuk, “ kawal diri kamu, jangan biarkan akal fikiran dan perasaan dikuasai roh jahat.”

Saat memikirkan kata-kata itu, terdengar bunyi berdesing yang amat kuat. Tidak tahu dari arah mana bunyi itu datang. Kerana bunyi nya amat kuat  dan panjang membuatkan gegendang telinga seperti mahu pecah. Rambut di kepala macam mahu tercabut.

Pandangan saya mula berpinar-pinar. Wanita cantik tanpa kain yang wujud di depan mata, tidak kelihatan lagi. Tidak tahu, entah mana ghaibnya. Batang leher terasa sakit bila digerakkan ke kiri dan ke kanan. Bunyi berdesing tidak juga berhenti.

“Datuk, tolong saya.”

Suara saya tidak keluar, tersangkut dan tenggelam di tekak. Saya semakin lemas, tidak tentu arah. Tidak tahu apa yang harus saya lakukan ,. Kepala semakin terasa berat.

Usaha terakhir yang dilakukan ialah membongkokkan separuh badan. Kemudian duduk bersila di lantai sambil melunjurkan kedua belah kaki. Pada masa itu, entah macam mana saya terfikir membaca “surah An-Nas” hingga tamat. Bunyi berdesing yang memekakkan itu beransur perlahan dan terus hilang.

"Haaaa sudah ber henti!"

Saya seperti tersentak dari sebuah lamunan yang cukup panjang. Seluruh badan berpeluh, nafas tercungap-cungap. Saya lihat sekitar dan pasti segala-galanya kembali pada keadaan asal.

Wanita yang menghairankan itu kembali berada di tempat asalnya dengan wajah hodoh yang menakutkan mendukung bayi berkepala licin. Kecantikannya yang hampir berjaya memperdaya kan saya terus hilang.

Kerana keadaan sudah agak normal, tanpa membuang masa saya terus menoleh ke arah All Usman. Dia masih macam tadi, berdiri kaku macam patung menggenggam penumbuk, matanya masih terpaku kepada wanita hodoh yang mendukung anak kecil.

‘Rapatlah," wanita hodoh bersuara parau semacam. Anak mata­nya tetap menyorot tajam ke muka Ali Usman yang kelihatan seperti orang bodoh. Dan saya yang sudah pulih dari kuasa semangat wanita hodoh, itu resah melihat keadaan Ali Usman yang tidak stabil itu.

"Rapatlah," kata wanita itu lagi, "aku tidak boleh melepasi garis di lantai ini,"

Saya segera mencai garis di lantai yang dimaksudkan oleh wanita tersebut. Nyata, dia tidak berbohong. Memang ada garisan berwarna putih melingkari tempatnya sendiri.

"Rapatlah, “ ulangnya untuk sekian kali.

Ali Usman masih ragu-ragu sama ada mahu melangkah memenuhi permintaan wanita tersebut atau sebaliknya.

"Bila aku melangkah atau melanggar garisan ini, bererti apa yang mahu disampaikan atau mahu diturunkan oleh bapa saudara kamu kepada kamu habis hancur, semua­nya menjadi sia-sia. Aku tak boleh melangkah garisan putih, ini sumpah kami berdua antara bapa saudara kamu dengan aku” nada suara wanita ho­doh lembut merayu minta simpati.

TERMAKAN

ALI USMAN termakan dengan rayuan itu. Dia pun melangkah setapak ke depan.  Wanita berwajah hodoh ketawa mengilai. Bayi dalam dukungan  merenggek manja, macam di acah seseorang. Saya jadi resah kerana datuk masih berdiam diri, tidak mahu melakukan sesuatu bagi menghalang niat jahat wanita hodoh tersebut.

"Aku datang sekadar mahu menyampaikan amanat orang yang sudah tiada, kau berhak menerima peninggalannya," dalam ketawa yang mengada-ngada wanita itu bersuara manja. Ali Usman melangkah setapak lagi. Perasaan saya bertambah tidak tenteram.

Pada hemat saya sesuatu harus dilakukan, kalau dibiarkan pasti menimbulkan masalah yang rumit, mungkin Ali Usman bakal menjadi mangsa wanita berwajah hodoh.

"Terimalah warisan peninggalannya." rayu si wanita hodoh

Ali Usman terus melangkah, ketawa wanita dan renggekan si bayi dalam dukungan kian menjadi-jadi, menguasai seluruh bilik khas itu.

"Jangan pergi Ali, bahaya tu," jerit saya separuh keras. Sebaik saja jeritan berakhir saya menerpa ke arah Ali Usman dan menarik tangan kirinya seraya menyuruh dia berhenti dari melangkah ke depan.

Saya kira usaha itu berhasil kerana Ali Usman berhenti melangkah. Dia pun memusingkan tubuhnya ke belakang lalu merenung tepat ke arah batang hidung saya. Wajahnya nampak bengis. Marah benar dia kerana saya mengganggu urusannya.

"Aduh,” jerit saya. Satu hentakkan siku yang kencang singgah dibahu membuat bahu kanan terasa sengal.
Tidak memadai dengan itu, sebiji lagi penumbuk Ali Usman singgah di pangkal dagu. Saya jatuh tersandar di dinding, tidak bermaya rasanya mahu bangun. Ketawa wanita berwajah hodoh makin galak, makin mengada-ngada. Dalam renungan yang berpinar-pinar itu, saya lihat dia bertepuk tangan gembira.  Bayi dalam pangkuannya melonjak-lonjak.

"Dia penghalang," kata wanita itu.

BENGIS

ALI USMAN merenung bengis ke arah saya yang terkapai-kapai berusaha untuk bangun. Kerana menyedari tidak mampu melawan Ali Usman, saya hanya bersikap pasrah saja. Rela menerima tumbukan atau tendangan darinya.

"Huuhhhhh.................. "

Ali Usman melempiaskan kemarahannya tanpa menumbuk atau menyepak saya. Dia memusingkan badannya lalu menentang kerelaan.

"Masuklah ke sini, langkahlah garisan putih itu." Wanita berwajah hodoh menghulurkan sepasang tangannya ke arah Ali Usman. " Jari-jemarinya yang lentik berkuku panjang bergerak-gerak, macam ekor cicak putus dari badan. Ali Usman terus menghulurkan tangan untuk menyambut hujung jari-jemari wanita tersebut.

“Sambutlah, pegang kuku di jari hantu,” wanita berwajah hodoh mengeluarkan arahan. Ali Usman anggukkan kepala, tanda setuju.

"Bercantum."

Itulah yang keluar dari mulut saya yang secara kebetulan terlihat anak dalam dukungan wanita itu seperti bercantum dengan dada wanita berwajah hodoh.

Bila hujung jari Ali Usman hampir menyentuh hujung kuku jari hantu wanita itu, terdengar suara hilai ketawa yang nyaring bersama paluan gendang kemenangan. Pada fikiran ketika itu, segala-galanya akan berakhir dengan kepunahan. Saya dan datuk bakal jadi korban penunggu rumah RAJA SUSUK, mungkin nasib saya dan datuk termasuk dalam istilah MATI KATAK.

"Sikit  lagi, langkah setapak lagi,”  rayu wanita itu.

Dan Ali Usman akur pada rayuan itu. Dia menjengkitkan kakinya sambil rnencondongkan tubuh.  Saat jari Ali Usman hampir  menyentuh hujung kuku jari hantu wanita hodoh, suara ketawa dan gendang makin ber tambah gamat. Suasana kettka itu seperti dalam keadaan kacau bilau.

Pada saat itu, apa yang terbayang dalam kepala ialah pintu kematian untuk saya dan datuk. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan. Saya menarik nafas hampa dan kecewa. Entah macamana timbul keinginan untuk melihat datuk, saya segera menoleh ke arahnya yang sudah bersila atas lantai.

Sepasang bibir datuk bergerak-gerak, saya pasti dia sedang membaca sesu- atu. Sudah pasti ayat Quraan yang dibacanya. Saya cuba menenangkan perasaan dengan membaca surah "ALAM NASRAH" beberapa kali. Dengan izin Allah, ketenangan dan keyakinan segera datang dalam dada.


Saat  Ali Usman mengangkat kaki untuk melangkah garisan putih, datuk seperti hilang sabar. Dia terus bangun dan menerpa ke arah Ali Usman.


MENJERIT

DENGAN kekuatan tangan kiri tubuh Ali Usman ditolak kebelakang hingga jatuh terkapar di lantai, tidak bergerak, kecuali se­pasang kakinya yang tersentap-sentap.

Tindakan datuk menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari wanita berwajah hodoh.

Wanita itu menjerit- jerit dan melompat dalam kawasan bergaris putih sambil menghamburkan kata-kata yang sukar difahami. Datuk buat tidak kisah dengan tindak tanduk wanita berwajah hodoh. Perhatian lebih ditumpukan pada Ali Usman yang terkapar di lantai. Semasa datuk bertinggung mahu me-lakukan sesuatu, seluruh tubuh Ali Usman bergerak, satu sepakan kaki kiri dilepaskan oleh Ali Usman.

Kerana serangan itu cara mengejut dan tidak diduga, datuk tidak dapat mengelak dan satu sepakan tepat mengenai pangkal belikat kanan. Datuk terduduk. Ali Usman yang memperolehi kekuatan luar biasa segera bangun dan melakukan serangan bertubi-tubi. Datuk terus mengelak dan berusaha dengan sedaya tidak mahu membalas serangan tersebut.

Bila dapat berdiri dalam keadaan yang cukup selesa, datuk berusaha menentang anak mata Ali Usman sambil melafazkan kata "BISMI- LLAH" yang kemudian diikuti dengan bacaan petikan surah tertentu dan Al-Quran. Hasilnya, kekuatan luar biasa Ali Usman menjadi lemah, terutama setelah lima jari kiri datuk ditayangkan ke muka All Usman.

Dan anak saudara Raja Susuk itu pun jatuh terkulai di lantai untuk kali kedua. Bezanya, jatuh kali pertama terus pengsan dan kemudian memperolehi kekuatan luar biasa.

Jatuh kali kedua, dia seakan-akan terkejut dan tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya.

"Apa yang terjadi?" tanyanya kehairanan.


MEMBISU

SAYA dan datuk terus membisu. Kami menanti reaksi selanjutnya dari wanita berwajah hodoh yang sedang memangku anak.

Ali Usman mengulangi pertanyaan yang sama. Saya dan datuk tetap bersikap macam tadi. Wanita berwajah hodoh pura-pura batuk.

"Kamu harus bertanya pada aku, bukan pada mereka yang tiada urusan dalam hal ini. Kenapa kamu bawa dua manusia ini suara wanita menguasai ruang khas.

Semasa suara itu bergema, saya lihat kelopak bibir wanita tersebut tidak bergerak langsung. Dalam erti kata lain, suara itu tidak datang dari mulut wanita itu.


Dalam keadaan saya terpingga-pingga itu, saya lihat datuk mendekati Ali Usman. Ada sesuatu yang datuk bisikan padanya. Ali Usman anggukkan kepala lalu melangkah mendekati garisan putih.

"Hai perempuan, apa yang harus aku tanyakan kepada kamu," keras sungguh nada suara Ali Usman. Wanita itu tersenggih sambil menghayunkan bayi yang didukungnya ke kiri dan ke kanan.

"Aku sebenarnya memang mahu mencari kamu, bila kamu sudah datang memudahkan kerja aku."

"Maksud kamu?" Sergah Ali Usman.

"Guru kepada bapa saudara kamu, mengambil aku bersama anak dari kubur untuk dipelihara sebagai kunci atau ibu pada segala ilmu yang dituntut. Bila guru itu mati, aku dan anak diserahkan untuk peliharaan bapa saudara kamu,'' wanita berwajah hodoh berhenti bercakap.

"Apa hubungan aku dengan kamu?”

"Bapa saudara kamu berjanji untuk melihara aku dan anak ini sampai hari kiamat. Bila dia mati, pewarisnya adalah kamu, segala ilmu yang dituntutnya dulu dengan sendiri akan turun kepada kamu. Tidak susah membela kami, makanan kami tulang, minuman kami darah binatang."

"Oh, itu bukan urusan aku membela syaitan bukan kerja aku, bukan kerja orang beriman."

Kata-kata itu membuat wanita berwajah hodoh jadi marah. Dia mendengus macam kerbau. Anak dalam pangkuannya bertukar jadi merah macam kayu arang dibakar. Mata wanita itu juga berubah dan wajahnya bertambah garang dan seram yang dalam sekelip mata seluruh badannya bertukar mejadi rangka.

Tuesday, June 26, 2012

SIRI 226 (VS MAC 2000) WANITA DALAM BILIK PAWANG

 
Tanpa membuang masa saya dan datuk melihat ke dalam bilik. Samar-samar kelihatan seorang lelaki duduk bersila dengan sepasang tangan berada diantara kedua belah paha dan kaki.
Sebuah tempat bara berada di depannya, mengeluarkan asap berbau cengkih dan kemenyan.
Lelaki yang berwajah serius dan bengis itu seperti bertafakur dengan sepasang kelopak matanya dirapatkan. Kepala dililit dengan kain kuning.
“Dari mana datangnya makhluk ini” bisik batin saya.
“Eehemmmmm………,” suara datuk menyumbat lubang telinga. Dan sudah pasti, suara tersebut adalah isyarat untuk saya mengawal perasaan, jangan memikirkan tentang sesuatu.
Asap kemenyan yang bergerak lembut si sebelah kiri dan kanan lelaki itu, melakarkan sekumpulan bebayang makhuk ganjil yang menakutkan. Ada yang bertanduk, bermisai, mata berlubang, berdagu panjang hingga ke lantai dan bermacam-macam lagi. Saya segera merenung ke arah datuk. Tenang sahaja datuk menghadapi suasana yang mencemaskan itu. Bibirnya seperti bergetar. Dan saya menduga, datuk sedang membaca petikan ayat al-Quran untuk menghalau syaitan.
Usaha datuk yang direstui Allah mendatangkan hasil yang sungguh mengesankan. Satu persatu bayang yang menakutkan itu menipis, membulat dan memanjang.
Sebelum ghaib dari penglihatan terdengar seperti suara hembusan angin yang keluar dari belon mainan akibat dicucuk dengan jarum.
“Dah hilang,” cetus hati saya.
Datuk berdehem dan saya sedar tentang kesilapan yang tidak saya sengajakan. Dua tiga kali saya menarik dan melepaskan nafas sambil mengutuk diri sendiri.
MUngkin menyedari tidak ada sebarang gangguan lagi menyebabkan datuk menumpukan seluruh perhatiannya kepada Ali Usman kembali. Macam tadi juga, Ali Usman masih lagi mamai. Dua kali bahu Ali Usman saya singgung dengan kuat. Tetapi, dia tidak memberikan tindak balas yang sewajarnya.
“Áli, apa yang kamu lihat itu, itulah juga yang aku Iihat. Sekarang semuanya sudah selesai, sudah tak ada lagi, Cuba buka mata kamu "
Datuk dan saya segera berusaha mendirikan Ali Usman. Kepalanya yang terkulai kami tegakkan, Wajahnya dihalakan ke arah pintu bilik yang terdedah.. Pelahan-lahan Ali Usman mambuka kelopak matanya.
"Kamu tengok sekarang, semuanya sudah hilang."
Itulah yang datuk bisikkan ke lubang telinga Ail Usman. Dengan lemah saya lihat Ali Usman anggukkan kepala. Dia hanya berkerut, buat beberapa ketika Ali Usman menarik dan melepaskan nafas dalam usahanya mencari ketenangan dan ketenteraman.
"Bagaimana perasaan kamu sekarang? Dah tenang," susul datuk.
Ali Usman anggukkan kepala, senyumnya kian lebar.
"Kalau gitu kamu mulakan,"
Datang lagi usul dari datuk dan ternyata tiada bantahan dari Ali Usman. Dia pun melangkah melepasi bendul pintu bilik.
Setelah mendapat isyarat dari datuk, saya turut melangkah ke dalam bilik yang kelihatan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Datuk pun membekalkan pesan agar jangan menyentuh apa juga barang yang terdapat di situ, kecuali setelah mendapat kebenaran darinya.
KHAS
BERADA di dalam bilik khas yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, terasa nyaman bagai kan berada di dalam bilik yang berhawa dingin. Keganjilan yang dialami setiap kali melangkah, saya seperti tidak dapat mengimbangi seluruh tubuh, terhoyang hayang ke kiri dan ke kanan. Bagi mengelak dari jatuh terpaksa berpaut pada tubuh Ali Usman.
Apakah perkara yang saya alami turut dirasakan oleh Ali Usman dan datuk? Tetapi, melihat pada gaya dan gerak mereka temyata perkara itu tidak berlaku.
Dengan tidak semena-mena terdengar seperti suara kumbang mengorek lubang dikayu. Keadaan begini memang kurang tenteram, memberi kesan yang tidak tentu arah disanubari.
"Apa pula sialnya si kumbang ni, mengacau urusan orang dan menakutkan aku,” jerit batin saya.
“Ehemmmm.. “ Datuk berdehem pendek
Dan secara sepontan saya menoleh ke arah datuk, pandangan kami bertembung.
"Jangan ditegur atau dikomen bila kamu melihat atau mendengar sesuatu yang pelik. Cuba fikir dulu sebelum mengikut kata hati. Jangan pandai-pandai nak mengutuk atau marah tidak bersebab."
Itulah komentar datuk. Dia bagaikan tahu erti renungan mata saya sebentar ta­di. Saya mengigit bibir, susah sungguh berurusan dengan manusia yang dapat membaca suara hati kita.
Dan buat sekian kalinya, saya menatap wajah All Usman. Dia nampak bersahaja. Tetapi gerak mata hitamnya membayangkan sekelumit keresahan dalam dirinya Dia cuba tersenyum dan ternyata senyum yarng dipaksa itu hilang serinya.
Bilik yang nampak kecil itu, tenyata cukup besar dan luas. Buktinya. sudah lebih sepuluh langkah kami melangkah dari bendul, masih belum sampai ke bahagian tengah bilik. Ali Usman memberikan isyarat tangan, supaya kami menuju ke bucu bilik sebelah kiri. Dan saya yang sangsi dengan arahan tersebut enggan melangkah.
"Ke sana, sebelah kiri,” keras suara. Ali Usman.
"Maaf," bisik saya padanya.
"Bodoh,”' Sakit benar rasa hati menerima ungkapan kata yang ditujukan oleh Ali Usman untuk saya. Kalau tidak memikirkan berada di tempat orang mahu rasanya melepaskan penumbuk sulung ke mukanya. Biar pecah berdarah dan tersungkur di lantai.
"Ehemmm,,,.' datuk bersuara.
Menyedari kesilapan yang dilakukan, saya minta maaf dengan menganggukkan kepada pada datuk.
Saya dan datuk mengekori Ali Usman menuju ke tempat yang dimaksudkan. Keadaan di situ agak gelap dan lubang hidung mula diasak dengan bau bunga cempaka kembang pagi. Terdengar bunyi seperti kain batik dikoyak berkali-kali. Sesekali terdengar suara wanita berbisik sesama sendiri.
Dalam suasana yang agak gelap itu, sepasang telapak tangan jatuh atas sayap bahu kiri dan kanan. Berdebarlah hati saya, rasa cemas dan takut terus memuncak. Perlahan saya raba tangan di bahu kiri, terasa kasar dan keras dengan urat-urat timbul di belakang tangan.
Bila telapak tangan merayap di lengan orang yang belum saya pasti siapakah orangnya, rasa gementar terus menguasai tangkai hati, lebih-lebih lagi bila telapak tangan menyentuh bulu roma yang keras terpacak.
Pergerakan telapak tangan terhenti di hujung siku, bila tersentuh bulu berlebihan daging yang lembik dan lembut. Tidak salah lagi tangan yang memegang kedua belah sayap bahu ialah tangan datuk dan dengan serta merta degup jantung saya kembali normal.
“Bertenang dan kawal perasaan kamu Tamar, jangan menggelabah tak tentu pasal,” suara datuk masuk ke lubang telinga.
“Baik tuk.”
Serentak dengan itu cengkaman sepasang telapak tangan di bahu kiri dan kanan segera berakhir. Saya bernafas lega kerana datuk berada tidak jauh dari saya.
LILIN
Ali Usman menyalakan api di hujung lilin besar. Tidak diketahui dari mana dia memperolehi mancis.
Cahaya di hujung lilin yang sekejap besar, sekejap kecil itu mampu memberikan sinar yang cukup terang untuk kami melihat apa saja barang atau peralatan yang berada disitu.
Terdapat sebuah perahu Bugis, lengkap dengan layar dan pendayungnya terbelenduh di bucu bilik. Bahagian bawah (perut) perahu terletak di atas empat pasu besar Cina yang berukiran naga dengan latar belakang biru kuat. Pada hemat saya, tujuan berbuat demikian bagi mengelakkan kerosakan lantai bilik dan perut perahu.
“Kita ke sana.”
Ali Usman menuding jari telunjuk ke arah yang dimaksudkan. Saya dan datuk pun bergerak ke arah yang dimaksudkan. Tidak ada apa pun yang terdapat di situ, kecuali kain tabir yang berwarna hitam.
“Ada rahsia di sebalik tabir ini.”
Dengan pantas Ali Usman menjatuhkan kain tabir berwarna hitam lalu digulung serta di ketepikan berhampiran dinding.
“Pasu pertama diisi tulang gajah mati beragan, pasu kedua atau di tengah-tengah ditaruh tulang badak sumbu mati berlaga di tepi danau dan pasu yang ketiga ditaruhkan dengan tulang harimau jantan yang ganas.”
Mulut saya terlopong mendengar penjelasan dari Ali Usman yang memang tidak diduga atau dijangkakan. Datuk hanya anggukkan kepala sambil mengharapkan ada penjelasan selanjutnya dari Ali Usman. Dan apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
Keadaan sekitar terasa amat sunyi sekali tetapi, beberapa minit kemudian tulang temulang dalam ketiga-tiga pasu besar itu bergerak dan berlaga sama sendiri. Beberapa potong tulang terangkat sendiri. Dalam masa yang sama, terdengar seperti ada orang menjilat dan menyedut tulang yang terangkat dari pasu besar. Saya cuba mengesan dari arah mana datangnya bunyi orang menjilat dan menghisap tulang itu.
Ali Usman tahu yang saya sedang mengesan bunyi ganjil tersebut. Dia cuba berusaha menghalangnya dengan cara yang paling sopan sekali.
Berkali-kali dia mengedutkan dahi sambil mengaru pangkal leher kanan, macam ada sesuatu yang mahu dituturkan.
“Semua yang saya cakapkan tadi, bukan rekaan. Hal itu diberitahu oleh bapa saudara saya sendiri. Pesannya, bila dia sudah tiada, saya mesti menjaga apa yang ada di dalam rumah ini.” Ali Usman mengakhiri kata dengan senyum yang memanjang. Saya dan datuk berbalas renungan.
KHASIAT
“DIA tak cakap pada kamu tujuan dia menyimpan tulang temulang binatang dalam pasu?” Satu pertanyaan datu ajukan dalam nada suara yang lembut sekali.
“Untuk tujuan perubatan,” jawap Ali Usman.
“Untuk ubat.” Datuk minta kepastian.
“Iya,” angguknya penuh yakin.
Mungkin untuk meyakinkan kami berdua, Ali Usman pun menerangkan tentang khasiat-khasiat yang boleh diperolehi dari tulang-temulang binatang yang ada di dalam ketiga-tiga pasu tersebut.
“Kalau kena cirit birit atau kolera, panas badan, darah tinggi, runsing dan sukar tidur malam, rendam tulang paha gajah semalaman bersama air telaga, kemudian minumlah air tersebut bersama dengan campuran biji tembikai.”
“Lagi, tulang yang lain macam mana?” desak datuk.
“Air rebusan tulang harimau ganas, diminum waktu pagi dicampur dengan sedikit jintan manis, boleh menghilangkan lenguh-lenguh sendi, lelas, lesu badan, kencing manis, gaut, tekanan darah rendah, menambahkan nafsu makan.”
“Macam mana tulang badak sumbu mati berlaga.”
“Air rebusan dari tulang kaki badak mati berlaga diminum bersama campuran kicap pekat dan air tebu hitam diminum waktu pagi cukup berkesan untuk menguatkan dan mengeraskan alat kelamin lelaki, tahan lama berjuang lama di katil. Perempuan belum beranak dilarang minumnya, boleh menyebabkan mandul.”
“Haaaa………” Datuk seperti terkejut.
Sesungguhnya saya tidak melibatkan diri dalam perbincangan itu (antara datuk dan Ali Usman) lebih banyak mendengar dan memerhatikan saja. Kalau masuk campur, mungkin tidak disenangi oleh Ali Usman.
Malah, mungkin dimarahi datuk. Ali Usman bergerak ke arah lain, kesudut paling kanan. Datuk mengikut saja ke mana Ali Usman melangkah, begitu juga dengan saya.
Berada di sudut paling kanan dalam bilik tersebut seluruh badan terasa panas berbahang, macam berdiri dekat unggun api. Peluh mula mercik di seluruh badan.
“Panas?” Tanya Ali Usman.
Saya mengangguk.
“Tetapi, datuk kamu sejuk mengigil.”
Bagi mempastikan cakap Ali Usman benar atau sebaliknya, saya toleh ke arah datuk, memang benar dia mengeletar. Saya berhadapan dengan suasana yang sungguh menakjubkan. Dalam sebuah bilik, kami berhadapan dengan hawa yang berbeza.
“Tak apalah, sebentar lagi kamu akan kembali normal, setiap orang yang baru masuk ke sini akan mengalami rasa sejuk dan panas tidak bersebab,” jelas Ali Usman dengan tenang.
Saya dan datuk menerima penjelasan itu dengan hati yang terbuka. Kata-kata Ali Usman terbukti benar. Lima minit kemudian suhu badan saya dan datuk kembali normal.
“Ini tempat paling rahsia, hanya saya seorang saja yang diizinkan masuk di sini, orang lain diharamkan. Hari ini saya melanggar akibatnya,” tutur kata Ali Usman tersangkut sangkut.
Datuk tidak memperlihatkan sebarang reaksi. Bagaimanapun, Ali Usman tidak terdaya menyembunyikan keresahan batinnya dari terpamir diwajahnya.
BANTAL
Sudut paling kanan ini saya kira cukup istimewa berbanding dengan sudut sebelah kiri, terdapat tilam bersarung kain kuning, dua biji bantal beropol kain kuning juga.
Terdapat longgokkan buku (kitab) lama yang kertasnya sudah kuning. Terdapat lampu minyah tanah antik, badannya dari kaca dan corongnya juga dari kaca.
Di hujung tilam, atas rak yang dibuat dari buluh kuning tersusun berpuluh botol kecil yang berisikan aneka minyak, ada minyak dagu, minyak tupai jantan, minyak tembuni, minyak mani gajah, dan berbagai lagi. Kegunaannya untuk pengasih dan menegangkan kulit muka, demikian saya diberitahu oleh Ali Usman.
“Ini pula taring babi hutan yang mati beragan,”
Ali Usman menuding jari telunjuk ke arah tali pinggang yang penuh taring babi hutan yang berwarna putih berkilat.
“Untuk apa?” secara sepontan datuk menyoal.
“Sesiapa yang memakainya, digantung di leher, diikat di pinggang atau dijadikan azimat, orang itu tak lut peluru atau senjata tajam. Itulah yang diberitahu oleh bapa saudara kepada saya.”
“Perbuatan syirik, syukurlah saya dapat membetulkannya. Walaupun mengambil masa yang lama,” Ali Usman luahkan perasaannya dengan penuh keyakinan.
“Sepatutnya semua yang ada di sini dimusnahkan,” datuk mengemukakan cadangan. Ali Usman menarik nafas panjang sambil merenung ke arah longgokkan kitab.
“Biarkan semua yang ada di sini musnah sendiri, saya tak senang hati kalau dimusnahkan oleh orang lain.”
“Kamu ada maksud lain Ali?”
“Tidak ada, saya sendiri tidak suka dengan semua ini.”
“Baiklah, “ jawap datuk pendek.
BENAR
Sungguh mengejutkan bila Ali Usman membenarkan saya dan datuk menyentuh dan membaca kitab-kitab lama yang ada di situ. Walaupun sudah diizinkan, saya masih ragu-ragu untuk melaksanakannya.
“Boleh tuk,”
“Silakan tuk.”
Sebuah kitab lama saya buka, tulisannya sungguh ganjil bercampur aduk tulisan jawi dengan tulisan siam, Vietnam, Jawa Kuno, dan Hindustan. Sukar untuk membaca apalagi memahaminya. Tetapi, saya tidak putus asa, saya cari kitab lain dan akhirnya saya tersua dengan sebuah buku tebal yang di dalamnya tercatat nama pawang dan bomoh serta orang yang pernah berguru dengan bapa saudara Ali Usman (Si Raja Susuk).
Antaranya terdapat nama nama beberapa lelaki dan wanita dari Pahang, Kedah, Perlis, Melaka, Trengganu yang pernah menuntut ilmu denga Raja Susuk. Bila pulang ke tempat asal mereka berusaha mengembangkan ilmu tersebut di tempat masing-masing.
“Dia datang,” jerit Ali Usman.
Dengan serta merta buku ditangan saya lepaskan. Datuk yang duduk bersandar di tepi dinding segera bangun. Seluruh biji mata tertumpu ke arah pintu yang terbuka. Semuanya tergamam tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Seorang wanita dengan rambut mengerbang, memangku seorang bayi berkepala licin dalam kain putih. Sebahagian dari dadanya dibalut dengan kain merah manakala bahagian lainnya terdedah. Buah dadanya dilindungi oleh tubuh bayi yang dipangkunya.
Kain putih yang membalut tubuh si bayi kepala botak, menutup bahagian badan depan wanita tersebut iaitu dari pinggang hingga ke kaki. Dengan sepasang mata yang merah, mulut separuh terbuka bersama susunan gigi yang tinggi rendah. Wanita melangkah kea rah kami.
Di luar bilik terdengar suara tangisan bayi sedangkan bayi dalam pangkuan wanita berwajah hodoh diam kaku. Dari bahagian jenang atas pintu terhulur kain berwarna merah jambu bersama lembaga yang menyerupai muka orang hutan.
Dari lubang hidung lembaga tersebut terkeluar hembusan nafas membekalkan bau busuk.
Mata kanannya buat kehijau-hijauan, manakala mata kirinya serupa dengan mata manusia biasa. Wanita berwajah hodoh terus melangkah mendekati kami. Ali Usman cuba melakukan sesuatu. Dia berdiri sambil mengenggam penumbuk dan menentang wanita yang memangku bayi kecil kepala botak.
“Saya tahu, semuanya berpunya dari perbuatan saya membuka rahsia rumah ini pada orang lain,” jerit Ali Usman.
“Bertenang, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi,” datuk memberikan secebis nasihat dan Ali Usman akur dengan nasih tersebut. Wanita terus melangkah mendekati kami dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.