Tanpa memperdulikan saya dan dua pengikut setia Shafie,
datuk segera duduk di sisi Shafie dengan kaki kiri mengampu daging punggung
kiri. Lutut kanan ditegakkan manakal telapak tangan kanan menekup (menutup) tempurung
lutut kanan. Kelima-lima jarinya berkembang. Kepala ditundukkan ke bumi.
Saya yang arif dengan apa yang datuk lakukan segera
mengetahui. Bila sudah begitu, ertinya datuk sedang berusaha membuang apa saja
yang berada dalam fikirannya ketika itu. Dia mahu memusatkan semua pancaindera
ke arah menyelesaikan masalah Shafie.
Lebih dari lima minit datuk berkeadaan demikian.
Peluh-peluh halus muncul di dahi dan cuping telinga. Wajah datuk kelihatan
merah. Anak rambut di kiri kanan pipi kelihatan menegak, begitu juga di
bahagian batang lehernya. Biasanya, apa yang datuk alami itu, mengambarkan dia
sedang bertarung dengan makhluk lain secara kebatinan.
“Uuhhhh.....”
Datuk terlentang di sisi Shafie dan Shafie seperti
digerakkan kuasa lain cuba bangun. Pak Habib tergamam, tidak tahu apa yang
harus dilakukannya. Datuk yang rebah cuba bangun. Tiga kali ushanya gagal.
Begitu juga dengan Shafie.
Mereka sering berlawan antara satu dengan lain. Tetapi,
bangun kali ketujuh datuk berhasil dan terus berdiri. Shafie rebah dan tidak
bangun-bangun lagi. Ada imbasan cahaya yang keluar dari ibu kaki Shafie lalu
mengenai mata Pak Habib yang menyebabkan dia terhoyong-hayang.
IMBASAN
Imbasan cahaya terkena juga pada saya dan Tajuddin.
Pandangan kami jadi silau danmata terasa pedih. Cuma kami tidak
terhoyong-hayang macam Pak Habib. Dalam masa yang sama juga terdengan suara
jeritan pasangan suami isteri. Saya kira mereka berhadapan dengan bahaya besar.
Apakah daya kami tidak dapat melihat, kelopak mata tidak boleh dibuka, sakitnya
bukan kepalang.
Bila keadaan sudah tenang, mata tidak terasa sakit lagi.
Pasangan suami isteri segera saya renung, ternyata pasangan suami isteri tidak
mengalami sesuatu yang tidak diingini. Mereka nampak normal seperti keadaan
sebelum kejadian. Jadi suara siapa yang menjerit persis suara pasangan suami
isteri tersebut?. Perkara itu segera saya lupakan.
Bila datuk dapat berdiri dengan baik, dia terus mendekati
dan menatap wajah Pak Habib. Dua kali dia mengoyang-goyangkan tangannya di
depan muka Pak Habib. Datuk berdehem dengan sekuat hati.
“Di depan saya?”
“Iya.”
“Saya tak nampak apa-apa cuma gelap saja.”
“Subhanallah,” keluh datuk sambil mengesel-gesel kedua
belah telapak tangannya dan membaca al-Fatihah yang diakhiri surrah al-Ikhlas.
“Tahan sakit, saya nak ubat mata sahabat.”
“Silakan.”
Tanpa berlengah-lengah lagi, datuk menekapkan sepasang
telapak tangannya ke sepasang mata Pak Habib. Saya lihat sepasang tangan dan
kaki Pak Habib mengeletar menahan sakit. Kemudian rebah di kaki datuk. Hampir
lima minit Pak Habib tidak sedarkan diri. Bila sedar dan membuka mata,
penglihatannya kembali normal.
“Syukur Alhamdulillah, “ cetus Pak Habib, datuk sambut
dengan senyum yang panjang.
Pak Habib dan datuk bertentang mata.
“Saya mulakan tugas saya.” Tutur datuk.
“Silakan.”
“Kalau ada apa-apa bantu saya.”
“Insyaallah saya bersedia.” Ikrar Pak Habib.
Mereka berhenti dari bertentang mata. Tidak lagi
berpandangan wajah. Dua tapak datuk undur ke belakang. Dua tapak juga Pak Habib
bergerak ke kanan.
“Sahabat.”
“Ada apa,” datuk toleh ke arah Pak Habib.
“Semoga Allah memberkati kerja kita, kerana kita mahu
mengembalikan orang yang berada dalam telunjuk syaitan ke jalan yang benar,”
kata Pak Habib memberi sokongan yang sungguh bererti buat datuk.
CAKAP
Selesai bercakap dari hati ke hati, penuh keikhlasan pada
Pak Habib, datuk segera mendatangi kami berdua. Saya berjanji tidak akan
memberikan sebarang komen berhubung dengan sebarang arahan yang dikeluarkan
oleh datuk meskipun arahan itu tidak sealiran dengan kemahuan saya.
"Kamu berdua," datuk tidak menyambung
percakapannya. Dia lihat ke langit, melihat awan dan burung yang berterbangan.
Kemudian merenung kami kembali.
"Masa aku berusaha memulihkan Shafie, jika dia
melawan atau menentang aku, kau orang berdua lawan dia sampai kalah, bagi dia
pengsan. Biar dia luka berdarah."
"Kejam," cetus saya secara tidak sengaja.
"Tamar, kamu jangan banyak cakap. Emak bapa Shafie,
aku tugaskan menjaga dua lelaki pengikut setia Shafie. Tugas kamu berdua tidak
seberat mana, bila dibandingkan dengan tugas mereka berdua."
"Usah bantah cakap datuk kamu," bisik Tajuddin
ke telinga saya. Dengan tenang saya gigit bibir.
"Maafkan saya.”
“Ikut saja cakap aku, jangan banyak karenah,” lanjut
datuk. Suaranya bernada geram.
Datuk kembali pada tugasnya yang terganggu sebentar tadi.
Duduk bersila berdepan Shafie yang terkapar di bumi. Terdengar datuk membaca surrah Al-Fatihah tujuh kali.
Pak Habib pula membaca beberapa ayat yang diambil dari surrah Yassin. Bila
pembacaan mereka berdua selesai. Datuk letakkan tangan kirinya atas dada
Shafie, buat seketika. Kemudian datuk beralih pada acara lain.
Datuk melepaskan tumbukkan ke bumi dengan sekuat hati
sebanyak liga kali berturut-turut. Setiap kali tumbukkan dilepaskan, tubuh
Shafie dari kepala hingga ke pinggang terangkat secara mengejut, bagaikan
terkena kejutan arus elektrik,
Semasa Pak Habib berusaha untuk mendudukkan Shafie, satu
kejutan diluar dugaan terjadi.
Shafie melompat bagaikan harimau terlepas dari kandang.
Menendang dan menerkam apa saja yang ada disekitarnya. Saya dan Tajuddin
menerpa dan cuba menangkap tangannya. Akibatnya kami kena penendang dan terus
terperosok di pangkal pokok sukun. Saya cuba bangun, terasa sakit di bahagian
pangkal belikat dan paha. Saya ambil keputusan untuk mendiamkan diri. Tajuddin
yang saya kira tidak begitu parah, sudah pun bangun dan berlari ke arah surau
menyelamatkan diri. Pada saat itu juga dua lelaki yang setia pada Shafie cuba
membantu dengan melanggar arahan datuk. Tetapi, usaha mereka tidak berhasil.
Bila mereka cuba berdiri, sepasang kaki lerasa lembik
bagaikan tidak bertulang. Tidak dapat bergerak ke mana dan terpaksa kembali
pada kedudukan asal.
"Pelik," rungut saya.
'Tak pelik, mereka langgar arahan datuk kamu." Sahut
Tajuddin.
Saya segera anggukkan kepala.
Pak Habib dan datuk berhempas pulas bertarung dengan
Shafie yang melakukan serangan secara membabi buta. Setiap kali, datuk berhasil
memeluk tubuhnya pasti terlepas, badannya bagaikan dilumuri minyak. Meskipun
begitu datuk dan Pak Habib tidak berputus asa, terus berusaha menangkap
Sliafie.
Pada suatu ketika, Pak Habib berhasil merebahkan Shafie
ke bumi, datuk berhasil memegang kaki kirinya dan sekaligus berjaya menangkap
ibu jari kiri Shafie. Dengan serta merta Shafie menjadi lemah. Dia bagaikan
kehilangan tenaga.
Tetapi, ada yang lebih mengejutkan dari itu. Setelah
berhempas pulas berjuang dan sudah berada dalam tangan. Tiba-tiba saja dengan
mudah datuk melepaskan Shafie. Satu tindakan yang mengejutkan dan diluar
dugaan.
"Kenapa?"
Tanya Pak Habib cemas.
"Ada masalah sedikit."
"Apa masalahnya," desak Pak Habib yang masih
mengilas tangan Shafie ke belakang. Ternyata, datuk seperti keberatan untuk
menjawab pertanyaan tersebut.
"Apa masalahnya, ceritakan. Mungkin saya boleh
membantu." Pak Habib terus mendesak. Datuk masih seperti tadi, keberatan
untuk membuka mulut.
"Berterus-terang saja." Tajuddin turut cam pur.
"Ada syarat yang terlupa, ini kesilapan saya. Agaknya,
usaha saya kali ini memang tidak mahu menjadi." Tekanan suara datuk penuh
rasa putus asa. Wajahnya dibalut kekecewaan.
KUAT
PAK HABIB masih terus mengilas tangan Shafie dengan
sekuat had. Sekuat itu juga Shafie meronta-ronta untuk melepaskan diri dari
dikuasai oleh Pak Habib. Bagi mengangkang Shafie, Pak Habib menekan pangkal
pinggang Shafie dengan kepala lututnya. Walau pun begitu Shafie terus juga
meronta-ronta tanpa menghiraukan rasa sakit yang dialami.
“Ini kelemahan dan kesilapan saya, biasanya ke mana-mana
saya pergi, saya bawa paling kurang dua tiga kerat rotan seni,” rungut datuk
seperti menyesali diri sendiri.
“Buat apa dengan rotan,” Pak Habib terus bertanya.
Pertanyaan itu tidak dijawab oleh datuk.
TERINGAT
Seketika itu juga saya teringat, biasanya dalam kes ini,
datuk menggunakan dua batang rotan seni. Satu berbentuk lingkaran menakal yang
satu lagi lurus. Rotan seni dalam bentuk (lingkaran) bulat dimasukkan ke dalam
ibu jari kaki orang yang mahu ditundukkan atau mahu dilemahkan.
Bila rotan yang bulat sudah berada dalam ibu jari kaki
kiri orang yang mahu ditewaskan (dilemahkan)
Rotan seni yang lurus (panjangnya kira-kira satu kaki
setengah) hujunngnya dibalut dengan
timah hitam dimanfaatkan untuk memukul belakang orang yang terbabit sebanyak
tujuh kali berturut-turut.
Di saat belakang orang yang terbabit dipalu datuk akan
bertanya pada orang yang berkenaan (roh halus yangmenjelma ke dalam darahnya)
berasal dari mana. Mohon dia pulang ke tempat dari mana dia berasal. Datuk juga
memberitahu, bahawa makhluk manusia lebih bijak dan handal dari makhluk jin dan
syaitan.
Roh halus yang jahat akan menjawab (menerusi orang yang
dipalu) semua pertanyaan yang diajukan . Kerana rotan seni yang penting itu
tidak dibawa, maka perkara demikian tidak dapat dilakukan pada Shafie.
“Bagaimana? Saya sudah tak mampu lagi.” Pak Habib
mengadu.
“Saya sudah mati akal, biarkan dia lari ke hutan.” Balas
datuk.
Belum pun sempat Pak Habib memberikan pandangan, Shafie
berhasil melepaskan lengannya dari genggaman Pak Habib. Satu tumbukan kencang
dari Shafie singgah di muka Pak Habib menyebabkan Pak Habib terlentang. Shafie
dapat berdiri dengan baik dan bersedia untuk melakukan serangan kedua pada Pak
Habib.
Melihat pada keadaan yang semakin genting, saya dan
Tajuddin bermuafakat untuk melakukan serangan kilat pada Shafie. Tetapi hal itu
segera dapat dikesan oleh datuk. Kami dilarang melaksanakannya.
No comments:
Post a Comment