Suasana
tenang sekali. Tiada tanda-tanda bimbang dan cemas akan berlaku. Samaada dari
datuk dan Pak Habib, begitu juga dari pasangan suami isteri dan kami berdua.
Beberapa
saat berikutnya datuk dan Pak Habib mula bergerak ke arah Shafie dan orang
tuanya. Seperti ada sesuatu yangmendorong saya melangkah mengekori datuk.
“Tuk
macamana dengan kami berdua ni?”
“Eh,
kamu Tamar,” datuk gelengkan kepala sambil menjegilkan sepasang biji mata, Saya
jadi serba salah.
“Kamu
suka ganggu,” tambah datuk.
“Maafkan
saya tuk.”
“Kamu
mesti ingat, apa yang kami lakukan ini peringkat terakhir. Banyak syarat dan
pantang larangnya. Kalau kami gagal, hutanlah tempat Shafie untuk
selama-lamanya. Kerana tugas ini berat, kamu tak usahlah masuk campur.
Sebaik-baiknya kamu berdua awasi Shafie dan orang tuanya,” datuk berhenti
bercakap. Muka Pak Habib dijeling.
“Semasa
mengawasi Shafie dan orang tuanya, jangan sekali-kali berkasar dengan mereka,
kecuali kalau sudah terpaksa, ‘ Pak Habib mengambil tugas datuk, menyambung
percakapan yang terhenti. Nada suara Pak Habib lebih lembut penuh diplomasi
tidak keras macam datuk.
“Baik,
maafkan saya.” Jawap saya terketar dan berpatah balik ke arah Tajuddin.
PERLU
Sebenarnya,
saya dan Tajuddin tidak perlu menjaga Shafie dan orang tuanya. Sebabnya ketika
pasangan suami isteri melihat datuk dan Pak Habib mahu melangkah ke arah
mereka. Cepat-cepat mereka beredar dari sisi Shafie, bagaikan memberi
kesempatan pada datuk dan Pak Habib mengambil alih tempat yang mereka
kosongkan.
Shafie
yang masih belum puas memeluk ibunya kelihatan terpinga-pinga denan kehadhiran
datuk dan Pak Habib di sisinya. Shafie tidak diberikan peluang langsung oleh
datuk untuk bergerak atau melontar kata-kata.
“Saya
pegang tangannya, “ bisik datuk pada Habib.
“Saya
nak pegang apa?”
“Kakinya,”
pendek balas datuk. Dan mereka pun melakukan perkara itu dengan pantas dan
serentak.
Semasa
kaki dan tangan dikuasai oleh datuk dan Pak Habib, tidak terdengar keluhan atau
suara Shafie, tubuhnya kaku macam batang pisang. Datuk dan Pak Habib tidak
bercakap sepatah apa pun. Sesekali kelopak bibir datuk dan Pak Habib
bergerak-gerak.
Dua
lelaki pengikut setia Shafie hanya melihat sahaj kejadian di depan mata. Wajah
mereka tidak memperlihatkan sebarang
reaksi samada cemas atau marah. Mereka nampak selamba saja.
Tetapi
lain keadaannya dengan pasangan suami isteri. Mereka cemas bagakan terpukau
tidak terkata. Cuma anak mata sahaja melilau melihat gerak-geri datuk dan Pak
Habib. Sepuluh minit suasana berlalu dengan aman. Tidak ada kejadian tidak
diingini berlaku.
“Nampaknya,
setakat ini kita selamat,” terdengar Pak Habib berbisik dengan datuk.
“Syukur
pada Allah.” Balas datuk.
Pak
Habib dan datuk bangun dan berdiri serentak. Shafie yang tadi duduk terus rebah
ke bumi.
Tanpa
memperdulikan keadaan sekitar, Pak Habib dan datuk melangkah ke arah sya dan
Tajuddin. Dalam sekelip mata pula Shafie terus berdiri. Matanya liar merenung
ke kiri, ke kanan. Merenung ke langit dan ke bumi. Dia bagaikan berhadapan dengan
dunia baru. Datuk berpatah balik mendekati Shafie.
“Pelik
betul dia, macam mengigau. Macam orang bangun tidur,” itu komen Tajuddin, bila
melihat keadaan Shafie yang tidak keruan itu. Komen dari Tajuddin dapat
didengar oleh Pak Habib. Akibatnya, Tajuddin menerima satu jelingan yang tajam.
Pasangan suami isteri segera mahu menerkam ke arah Shafie tetapi dihalang leh
Pak Habib.
“Mengucap
dua kalimah syahadat,” kata datuk lantang.
Tiada
sebarang tindak balas dari Shafie. Dia masih macam orang mamai. Terhoyong
hayang ke kiri dan ke kanan.
“Mengucap
dua kalimah syahadat,” Pak habib pula bersuara. Shafie tunaikan permintaan Pak
Habib. Tetapi ada kejutan yang diluar dugaan yang dilontar dari mulut Shafie
sebagai jawapan atas permintaan Pak Habib.
“Setiap
umat Islam mengucap dua kalimat syahadat menyebut nama Nabi Muhammad. Tetapi,
Shafie menambah sebutan nabi dengan menyebut nama Abu Bakar Bawafi,” Pak Habib
merungut sambil mengerutkan dahi.
“Sabar
sahabat, dia masih tak tentu arah,” pujuk datuk. Pasangan suami isteri yang
mendengar ucapan itu mengeleng-ngelengkan kepala sambil menarik nafas panjang.
“Siapa
Abu Bakar Bawafi,” pujuk Pak Habib.
Buat
seketika Shafie terdiam.
“Siapa
Abu Bakar Bawafi,” datuk bertanya dalam nada suara yang lemah lembut penuh
mesra.
“Dia
yang memimpin kami ke jalan yang benar. Dia adalah utusan Allah macam nabi.”
“Di
mana dia sekarang?” soal Pak Habib.
“Ikut
kami baru kamu tahu jawapannya.”
REAKSI
Sampai
di sini datuk segera membisikkan sesuatu ke telinga Pak Habib. Seterusnya,
tiada pertanyaan yang diajukan oleh datuk dan Pak Habib kepada Shafie.
Dua
lelaki pengikut setianya mula memperlihatkan reaksi yang membimbangkan. Mereka
mula menumbuk dan menendang angin. Menyedari sesuatu yang buruk mungkin
berlaku. Datuk segera mengingatkan saya dan Tajuddin supaya berjaga.
Manakala
si suami dapat merasakan gerak-geri yang dipamerkan oleh dua lelaki pengikut
setia Shafie agak ganjil, segera memberitahu isterinya supaya berhati-hati,
jangan sampai Shafie jatuh ke tangan dua lelaki tersebut. Bahang kecemasan
mulai dirasai.
“Biar
saya uruskan,” suara datuk keras.
Dia
pun terus menuju ke arah dua lelaki tersebut. Kehadhiran datuk di sisi mereka
disambut dengan wajah bengis bersama
ungkapan kata yang sukar difahami.
Bila
datk menyingsing lengan baju kirinya separas siku, kedua-dua lelaki itu diam
terpaku. Secafra rela mereka hulurkan sepasang tangan masing-masing ke arah
datuk minta diikat. Datuk tidak menunaikan permintaan mereka, sebaliknya
menyuruh kedua-dua lelaki itu duduk bersila atas tanah.
Permintaan
datuk ditunaikan. Seterusnya mereka disuruh meletakkan sepasang telapak tangan
di permukaan tanah.
“Tundukkan
kepala kamu.”
Perintah
itu juga turut di patuhi.
“Sekarang
tahan nafas, lepaskan perlahan-lahan.”
Semasa
kedua-dua lelaki itu mematuhi perintah dengan teratur dan sopan, dengan pantas
datk menepuk pangkal leher mereka, tiga kali berturut-turut. Mereka tersedak,
kelopak mata semakin rapat. Perlahan-lahan membongkokkan tubuh, macam orang
sujud.
“Duduk
diam di sini, jangan ke mana-mana, kecuali aku suruh.”
Itulah
yang datuk bisikkan ke cuping telinga kedua-dua lelaki tesebut. Tiada jawapan,
tiada tindak balas agresif dipamerkan. Mereka kelihatan bodoh, setia mengikut
perintah.
Datuk
kembali mendekati Pak Habib.
“Janji
ita denganorang suami isteri belum selesai, jadi kita kena selesaikan kerja
kita,” kata datuk sambil menarik tangan Pak Habib. Tetapi Pak Habib enggan
bergerak dari tempat dia berdiri.
“Apa
saudara yakin dua manusia itu, tidak akan melakukan sesuatu yang boleh
membahayakan kita,” terpegun datuk sebentar mendengar perkataan tersebut.
Sebagai
orang yang kaya dengan pengalaman, datuk dapat membaca apa yang tersurat dan
tersirat di sebalik ungkapan tersebut. Sebentar datuk meluangkan waktu menatap
biji mata Pak Habib.
“Saudara
takut?” tutur datuk.
“Saya
tidak takut, Cuma bimbang kalau mereka melakukan sesuatu dengan cara mengejut
pada kita.” Ada nada cemas dari Pak Habib.
“InsyaAllah
kita selamat, tidak apa-apa,” balas datuk.
“Kalau
begitu, kita selesaikan segera,” Pak Habib segera memegang pergelangan tangan
datuk.
MINTA
Beberapa
saat kemudian mereka sudah pun berada di sisi Shafie. Arahan pertama yang datuk
keluarkan ialah meminta saya, Tajuddin dan pasangan suami isteri beredar dari
sisi Shafie.
Kami
disuruh berdiri dekat bucu surau. Pasangan suami isteri diarah berada hampir
pohon sukun yang baru berputik.
Jarak
pasangan suami ister dengan Shafie antara 8 hingga 10 kaki. Merka berada di
sebelah kanan tubuh Shafie yang terbaring.
Pak
Habib tidak disuruh kemana-mana. Dia Cuma diminta berganjak tiga tapak dari
tempat asal dia berdiri. Pergerakan itu menyebabkan Pak Habib berada di hujung
kaki Shafie.
“Bosan,”
saya mengeluh.
Secara
tidak sengaja, saya angkat kepala dan kebetulan terpandangkan datuk sedang
mengamit saya agar datang menghampirinya. Kerana tidak mahu kesaorangan, saya
gunakan bahasa mulut, bertanya apakah saya seorang saja yang dikehendaki.
Datuk
memberkan jawapan (dengan bahasa mulut), supaya mengajak Tajuddin sama. Perkara
itu segera saya sampaikan pada Tajuddin.
“Bagus,
aku pun tak mahu seorang berdiri di sini,” komen Tajuddin.
“Ayuh,”
kata saya.
Tanpa
membuang masa kami segera melangkah ke arah datuk.
Setelah
berada di sisi datuk. Tiada sebarang perintah yang diberikan. Kami berdua
tercegat dki situ macam patung. Perkara begini memang menjadi seteru saya.
Berdiri macam pak pacak dalam teater bangsawan. Sungguh menjemukan, lebih-lebih
lagi bila mengambil masa yang agak lama. Sungguh menyakitkan hati.
“Berapa
lama nak jadi pak pacak.”
Tanpa
disedari rungutan yang terkeluar dari kelopak bibir agak kuat. Dapat didengar
oleh datuk. Dengan pantas dia melepaskan jelingan yang cukup tajam.
“Cucu
yang biadap tidak pernah sabar.”
Saya
terdiam, tidak berani menentang mukanya.
Angin
terus bertiup, panas tidak seterik tadi. Tetapi badan saya dan Tajuddin
berpeluh. Dalam suasana begitulah, datuk melangkah dengan tenang ke arah Pak
Habib. Datk meneruskan langkahnya menuju ke arah pasangan suami isteri. Ada
sessuatu yang datuk bisikan ke telinga ayah Shafie.
SAMPAI
Ungkapan
bisikan yang datuk sampaikan pada si suami segera disampaikan ke telinga
isterinya. Sebaik saja datuk beredar dari situ, pasangan suami isteri segera
melemparkan pandangan ke araha dua lelaki pengikut setia Shafie. Pandangan
mereka penuh dengan rasa marah, geram dan kebencian membara.
Dua
pengikut setia Shafie, masih dalam keadaan sujud mencium bumi. Tidak tahu apa
yang berlaku sekitar mereka.
Sebelum
datuk melangkah untuk datang semula ke sisi Pak Habib, serentak pasangan suami
isteri anggukkan kepala seolah-olah memberi mandat baru pada datuk. Merestui
akan yang bakal dilakukan oleh datuk, mungkin juga Pak Habib.
Sungguh
mengejutkan, sehelai daun rambutan tua melayang-layang di udara dan jatuh di
bahu kanan datuk. Dengan segera datuk berpatah balik mendapatkan pasangan suami
isteri. Mereka bercakap-cakap sejenak dan berjabat tangan. Perjalanan yang
terganggu datuk teruskan.
No comments:
Post a Comment