Selesai saja kata-kata itu diucapkan, bahu kanan saya ditumbuk dengan kuat sekali. Dan saya seperti tersintak. Bahagian bahu yang ditumbuk segera
saya raba dan picit untuk menghilangkan rasa sengal-sengal.
'Tamar"
“Iya Andi."
“Kau tak dikuasai oleh apa-apa sekarang. Cuba lihat keadaan sekeliling
kamu."
Permintaan Andi Kamarool tidak saya hampakan.
Dengan sepasang mata keadaan sekitar segera saya sorot dengan tenang. Saya
dapati suasana sekitar cukup sepi, Di padang yang luas, saya lihat dan kabus
nipis. terdengar kokok ayam sayup-sayup, Gegendang telinga dapat menangkap
suara Andi Kamarool yang perlahan membaca beberapa potong ayat dari Al-Quran.
"Sekarang lebih kurang pukul dua pagi Tamar."
“Iya," kata saya perlahan.
"Untuk apa, kamu datang ke rumah batu lama?"
"Tadi, sebelum aku mengejutkan kamu, aku
berjumpa dengan dua orang perempuan cantik, aku kira mereka berdua masih gadis
lagi.” saya sudah tidak terdaya menyimpan rahsia. Andi Kamarool tidak terkejut
dengan penjelasan itu.
"Salah seorang darinya mungkin Mia?"
Andi Kamarool masih lagi menatap wajah saya tetapi, renungan kali ini lebih
tajam. Dengan pantas saya mengelengkan kepala.
"Jadi, kau tak kenal langsung dengan mereka."
"Iya, aku tak kenal langsung, Andi,"
Buat beberapa ketika, Andi Kamarool termenung
panjang, macam ada sesuatu yang diflkirkannya. Dan dalam keadaan yang damai
itu, terasa diri ini seperti dipermainkan oleh keadaan.
"Kita keliling rumah batu ni, Tamar."
Cadangan yang membuat bulu tengkuk saya tegak
berdiri. Hati terasa cemas semacam.
"Buat apa Andi?"
"Jangan banyak fikir, jangan banyak tanya
lagi. Ikut saja cakap aku."
Tangan saya segera ditarik oleh Andi Kamarool. Tidak ada pilihan lain,
kecuali mengikut saja kemahuannya. Dalam suasana dinihari yang dingin itu, kami
pun memulakan langkah untuk mengelilingi rumah batu lama dari arah kiri dan
kanan. Ketika melintasi bahagian dapur, terdengar suara perempuan dan lelaki
mengerang dan mengeluh seperti menahan rasa sakit yang amat sangat.
Berpandukan pada suara tersebut, saya dapat
mengagak usia mereka sekitar tujuh puluhan lebih. Dan secara spontan, saya
teringatkan bilik misteri yang terdapat di bahagian ruang dapur rumah batu lama
itu. Mungkinkah suara itu suara datuk dan nenek Mia? fikir saya dalam hati.
JUMPA
“Hai, dah jumpa dengan pengawal rumah batu?”
Serentak saya dan Andi Kamarool menoleh ke kanan. Kak Sun tercegat di
bucu rumah batu dengan rambut mengerbang. Sepasang matanya nampak
kemerah-merahan. Merenung tajam ke arah saya. Andi Kamarool dan saya tergamam,
tidak tahu dari arah mana Kak Sun datang.
Barangkali dia baru keluar dari ruang makan,
saya membuat kesimpulan. Tetapi saya lihat pintu dapur bertutup rapat, Andi
Kamarool yang sudah dapat mengawal tergamamnya, begitu tenang menghadapi situasi
yang saya kira agak gawat itu.
"Kak Sun bermalam di rumah batu?"
Andi Kamarool mengemukakan pertanyaan. Kak Sun mengangguk.
"Sebilik dengan Mia?" tambah Andi Kamarool lagi.
"Tidak, dia di bilik atas, aku di bilik
bawah," sambil bercakap mata Kak Sun merenung ke tingkat atas, Dan secara
tidak sengaja, saya dan Andi Kamarool mendonggakkan kepala ke tingkat atas.
Dari cahaya lampu bilik yang agak samar-samar itu, kelihatan bebayang manusia
menyisir rambut.
"Itu, kalau tak silap saya, Mia"
terkeluar ungkapan itu dari kelopak bibir saya. Andi Kamarool tidak memberikan
sebarang komentar tetapi, dia mengigit bibir.
"Memang benar, kata kamu Mia," sahut Kak Sun.
Aneh sungguh, sudah dinihari masih mahu
menghias diri, kemana dia mahu pergi. Fikir saya dalam hati sambil mengerutkan
kening.
"Mia belum tidur lagi, sekarang dah pukul
dua lebih," Andi Kamarool segera melibatkan diri.
"Dia memang begitu, ada malam-malam
tertentu dia terpaksa bangun pukul dua atau empat pagi. Masa itulah dia
menghias diri dan memakai wangi-wangian dan aku selalu dipanggil tidur di rumah
batu ni untuk menemaninya," penjelasan Kak Sun itu memaksa saya dan Andi
Kamarool saling bertukar pandangan.
"Dia nak ke mana Kak Sun, berpakaian
cantik waktu tengah malam. Mesti ada sesuatu yang tak kena pada dirinya Kak
Sun," saya memberikan komentar ikhlas. Tetapi, Andi Kamarool tidak gemar
dan komentar yang saya luahkan itu, Perkara itu dapat saya kesan dari kenyit
matanya.
'Tamar!" Sergah Kak Sun secara tiba-tiba.
"Kenapa perkara itu yang kamu tanyakan? itu
urusan dirinya, Dia nak bangun malam dia nak menghias diri. Itu urusan dia,
kamu sudah keterlaluan Tamar," Duga Kak Sun boleh marah dengan tiba-tiba.
Nada suaranya cukup tinggi, wajahnya nampak garang.
"Maafkan saya kak."
"Hisss........," katanya separuh hati. Saya menarik nafas
kesal sedangkan Andi Kamarool tunduk merenung bumi. Dingin dinihari menghimpit
diri.
"Kak mengawasi kami," suara Andi
Kamarool lembut sekali. Saya lahu nada suara itu sengaja dilembutkan dengan
harapan api kemarahan Kak Sun akan menurun. Dia nampak tenang dan selesa.
"Kak memang tak berhajat nak mengawasi
kamu berdua Andi."
"Jadi untuk apa kak berada di sini?"
"Begini Andi. aku cuma nak menemani Mia
ke..........."Kak Sun tidak meneruskan kata-kata. Dia donggakkan muka ke
tingkat atas, Mia masih menghias diri. Angin yang bertiup lembut menambahkan
lagi rasa sejuk. Kokok ay am sekali-sekala tetap kedengaran di sampingnya “ke
pangkal pokok buluh kuning," syukur Kak Mia tidak lagi menyimpan rasa
marah terhadap saya.
"Di situ kubur datuk neneknya," celah Andi.
“Kenapa? kamu takut."
Andi Kamarool terdiam, saya mengigit bibir.
"Sejuk, embun dah jatuh atas
kepala," Kak Sun seperti merunggut, kemudian dia memeluk tubuhnya dengan
erat untuk menghilangkan rasa dingin.
CAHAYA
Malam yang sudah beransur tua, membuat saya
resah dan mula menggigil kedinginan. Kak Sun masih merenung ke arah bilik Mia
yang masih diterangi cahaya lampu. Dia bagaikan tidak ambil peduli dengan suara
burung hantu, lolongan anjing liar dan desiran angin yang merempuh dedaun
sekitar kawasan rumah. Bagi saya, suasana sedemikian amat menyeramkan.
"Bagi kak, apa yang dibuat oleh Mia
adalah biasa. Setiap sepuluh, lima belas, dua puluh dan dua puluh lima
haribulan Islam, dia mesti pergi ke kubur di perdu buluh kuning, pukul tiga
atau empat pagi, bila masuk waktu subuh baru dia balik," tambah Kak Sun
lagi.
Penjelasan Kak Sun itu memang di luar dugaan.
Saya mengalami kejutan yang amat hebat. Dua tiga kali, pangkal hidung saya
rosak. Dua tiga kali air liur ditelan, rasa resah tidak juga berkurangan.
Andi Kamarool merenung suasana dinihari yang
agak kelam, ada kabus nipis menguasai sekitar. Barangkali dia juga menghadapi
keresahan seperti saya. Memang tidak pernah terfikir dalam benak saya (mungkin
juga Andi Kamarool) yang selama ini Mia melakukan kerja-kerja aneh dan pelik.
Memanglah, dia gadis yang diselubungi dengan seribu satu misteri.
Untuk sekian kalinya, saya merenung Andi
Kamarool. Dia masih resah, memicit-micit kedua belah tangannya. Meraba-raba
batang lehernya beberapa kali. Apa yang dilakukan oleh Andi Kamarool kelihatan
seperti serba tidak kena. Dingin dinihari kian hebat menghimpit tubuh, kabus
nipis kelihatan di mana-mana.
Ketika pandangan diluahkan ke kaki langit,
saya lihat bintang timur mula bangkit. Bayu yang berhembus lembut membawa suara
solakan anjing liar. Nyanyian burung hantu terus bersahut-sahutan, cukup rancak
dan gempita sekali. Bau hamis harimau mula menusuk lubang hidung. Kak Sun yang
berdiri (di antara saya dan Andi Kamarool) cuba mengelak agar bahunya, tidak
bersentuhan dengan tubuh saya dan Andi Kamarool. Kami bertiga (saya, Kak Sun
dan Andi Kamarool) berdiri sebaris tetapi, merenung ke arah yang tidak berlainan
Kak Sun merenung ke arah rumpun buluh kuning.
Andi Kamarool ke arah bucu dapur rumah batu lama. Dan pandangan atau renungan
saya lebih berkecamuk lagi, sekejap merenung ke arah jendela bilik Mia di
tingkat atas. Sebenamya, saya mahu melihat perkembangan Mia, apakah sudah
menyisir rambut dia akan membuka baju tidur untuk digantikan dengan baju yang baru.
Tumpuan saya terganggu, macam ada sesuatu yang berlari di bumi.
"Ah! Binatang sial ni " itu yang terungkap di kelopak bibir
saya.
Dengan biji mata yang terbeliak, saya melihat
kemunculan beberapa ekor kucing hitam dengan sinar mata yang garang. Cemas juga
rasanya, bila kumputan kucing itu mengiau sambil memperlihatkan siungnya yang
tajam dan panjang. Kemunculan kumpulan kucing hitam itu ternyata tidak menarik
perhatian Kak Sun dan Andi Kamarool.
Nampaknya kumpulan kucing hitam itu lebih
senang mengelilingi saya, tidak mahu mendekati Kak Sun atau Andi Kamarool.
"Kucing hitam Kak Sun," kata saya
sambil merenung wajahnya. Kak Sun tersenyum sambil mengaru pangkal telinga
kiri. Setiap kali kepalanya bergerak, rambutnya juga ikut bergerak.
"Itu kucing peliharaan, jangan diapa-apakan dia, Tamar."
"lyalah, Kak" sahut saya separuh
kesal sambil merenung ke arah Andi Kamarool, dia kelihatan bersahaja. Tidak
kisah dengan kemunculan kumpulan kucing hitam itu, semuanya ini membuat saya
tidak senang hati.
Memang saya tidak tahu, dari mana kumpulan
kucing hitam itu muncul, Jumlahnya lebih dari tujuh ekor. Ukuran atau bentuk
lubuhnya lebih besar dari kucing Siam, hampir menyamai anak harimau yang baru
belajar main ekor ibunya, Kesemua kucing hitam ganjil itu terus mengelilingi
saya dan ada ketikanya mengeselkan tubuh ke kaki, bulu roma terus meremang dan
seluruh sendi terasa lemah.
Saya terus angkat kepala merenung ke arah
bilik tidur Mia di tingkat atas. Lampu biliknya sudah padam, langsir sudah
dijatuhkan. Dan bau wangi mcnguasai sekitar kawasan kami berdiri. Saya
terdengar bunyi daun pintu dapur dibuka dan ditutup. Bila direnung ke situ
tidak nampakpun ketibat manusia.
ANGKAT
Ke mana dia menghilang? Barangkali Mia sudah
merebahkan tubuh di katil. Begitu saya membuat kesimpulan dan membayangkan
bentuk tubuh Mia yang montok terkapar di katil tanpa pakaian. Saya menelan air
liur dan rasa ghairah yang tidak bertepi terus mengusai otak.
"Mia sudah menanti aku di situ."
Saya tersedar dari lamunan. Biji mata saya
mengikuti arah yang ditunjukoleh Kak Sun dengan jari telunjuknya, iaitu perdu
buluh kuning. Kami lihat ada beberapa batang lilin sedang memancarkan cahaya,
menerangi sebahagian daripada kawasan di bawah rumpun buluh kuning, termasuk
kuburan batu.
Di bahagian kepala kubur terdapat sebatang
lilin besar yang diletakkan di atas batu besar dua pemeluk manusia dewasa.
Tidak tahu, siapa yang menyediakan dan menyalakan api lilin tersebut.
Angin dinihari yang lembut turut menggugurkan
dedaun buluh yang kering, terdampar atas kubur batu. Ternampak kelibat manusia
yang bergerak dari bahagian kepala. Perbuatan itu diulangi sebanyak tujuh kali
berturut-turut.
Manusia yang melakukan perbuatan itu
menyalutkan seluruh tubuhnya dengan kain hitam. Setelah selesai berjalan tujuh
kaki(dari kaki ke kepala kubur) manusia yang berpakaian serba hitam berdiri
tegak (di bahagian tengah kubur) menghadapi kubur misteri yang ditimbuni dengan
bebatu sungai.
“Barangkali itu kelibat tubuh Mia, Andi,"
saya memberanikan diri bersuara.
"Aku juga fikir begitu."
"Perempuan apa dia ni, berani keluar
malam ke kubur lama," komentar saya, lalu menatap wajah Kak Sun di sisi.
Memang terdapat perubahan di wajahnya. Dia nampak bengis semacam.
“Barangkali
ada sesuatu yang dicarinya. Boleh jadi dia menjalankan amanat datuk dan
neneknya," Andi kamarool melahirkan pendapat.
"Itu urusan dia," sahut Kak Sun
dengan nada suara yang suara yang cukup keras."Bukan urusan kamu. Aku nak
beritahu kamu berdua, engkau orang tak berhak bertanya begitu, kau bukan kaum
kerabatnya, kau orang tetamu dia, faham," sambung Kak Sun. Dia berang
sungguh.
"Maafkan kami Kak, serentak kami
bersuara.
Buat beberapa saat, Kak Sun terus membisu.
Rasa marahnya masih belum hilang. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan,
menanti penuh sabar apa pula yang bakal Kak Sun luahkan. Pahit atau manis
terpaksa kami terima.
"Aku juga nak beritahu kamu berdua,"
nada suaranya mula menurun, tidak sekeras tadi. Riak mukanya beransur cerah.
"Nak beritahu apa Kak?" Saya yang
ingin segera tahu terus menyoal. Dan Kak Sun tidak terkejut dengan tindakan
saya itu. Tetapi Andi Kamarool kurang setuju dengan cara itu, Mungkin pada
hematnya, tindakan saya itu agak keterlaluan.
"Batalkan saja segala rancangan yang kau orang buat."
"Kenapa pula?" Bentak Andi Kamarool.
"Pengawal rumah batu kama lu, tak ingin nak jumpa dengan kau
orang berdua. Dia dah beritahu kak, kalau kau orang teruskan memang sia-sia.
Tldak ada hasilnya,"
Mendengar kata-kata itu darah saya tersirap
Rasa marah dan geram terhadap Kak Sun memuncak, Barangkali, Kak Sun mempunyai
maksud tertentu. Kalau tidak masakan dia bercakap begitu. Fikir saya.
"Apa hak Kak menahan kami. Mia sendiri
menyuruh kami berusaha mencari pengawal rumah batu, sama ada secara batin alau
lahariah. Dalam hal ni, orang yang berhak menahan kami ialah Mia, dia tuan
rumah, dan pemilik tanah, bukannya Kak Sun," saya ledakkan kemarahan.
Rasa hormat terhadap Kak Sun mula luntur dan
pudar di hati say a. Andi Kamarool menepuk bahu kanan saya dengan lembut. Dia
menyuruh saya bersabar dan tenang. Tetapi, apa yang pasti, Kak Sun tidak kejut
atau panik dengan sikap yang saya perlihatkan itu. Dia nampak bersahaja malah
melemparkan senyum sinis ke arah saya.
"Kamu marahkan kak, Tamar.”
Saya terus membisu dan cuba menurunkan lahap
kemarahan saya ke tahap normal. Kalau tadi bahu kanan ditepuk lembut tetapi,
kali ini, Andi Kamarool mengurut belakang saya.
"Jangan hilang pertimbangan Tamar," bisik
Andi Kamarool.
MELAMPAU
“Kamu sudah keterlaluan
Tamar, kau sudah melampau," pekik Kak Sun sekuat hati, bergema membelah
kedinginan dan kesepian dinihari. Saya tergamam dan Andi Kamarool tersintak.
"Kamu biadab, Tamar," kemarahan Kak Sun berulang kembali.
Dan pada ketika itu, saya terasa pangkal leher
seperti dipegang oleh sepasang tangan yang kasar dan berbulu tebal. Saya cuba
menepis tetapi gagal. Pergelangan tangan disambar dan dipulas dan saya terus
ditolak hingga jatuh tersungkur. Begitu juga dengan Andi Kamarool.
"Siapa yang menjatuhkan kita Tamar?"
“Makhluk ghaib Andi,"sahut saya sambil
merenung ke arah Kak Sun yang melihat saja kejadian tanpa mahu memberi
pertolongan.
"Kak Sun celaka " kutuk saya dalam
hati. Belumpun sempat bangun, mulut saya ditampar dengan kuat.
“Tamar, lihat tu."
Saya segera melihat ke arah yang ditunjuk oleh
Andi Kamarooi dengan jari telunjuknya. Apa yang kami lihat sungguh mencemaskan.
Tersergam di depan lembaga hitam yang tidak
tentu rupa bentuknya, Tingginya bagaikan mencecah awan dan kakinya tidak pula
menyentuh bumi. Bahagian kaki yang tidak terbuai-buai menyerupai kaki katak
puru. Bila saya berusaha mendongakkan muka untuk melihat wajah lembaga yang
muncul seperti bayang-bayang itu, leher sayadipulas dari belakang dan sepasang
tangan lebar yang berbulu menutup sepasang mata saya. Pandangan saya jadi gelap
gelita.
Tidak memadai dengan itu, tubuh saya di humban
ke bucu dapur rumah batu. Dan saya terpaksa merangkak untuk mendapatkan Andi
Kamarool yang masih tersungkur tidak berapa jauh dari Kak Sun. Dan lembaga yang
menakutkan ilu terus ghaib entah ke mana.
'Tak apalah Tamar, tak apalah Andi, aku tak boleh lama di sini, lagi
pun
orang
yang kau cari cari sudah datang. Selamat tinggal, lagi pun orang yang kau cari
sudah datang. Selamat tinggal, Mia sudah lama menanti,"
Dalam keadaan terpinga-pinga terdengar suara
Kak Sun. Kerana keadaan kami masih dalam pening-pening lalat, kami tidak begitu
mengambil berat tentang kala-kata itu. Dengan sisa tenaga yang ada, akhimya
saya dan Andi Kamarool berjaya berdiri dengan harapan dapat berdialog dengan
Kak Sun tentang peristiwa yang baru berlaku.
Harapan saya dan Andi Kamarool tidak menjadi
kenyataan. Kak Sun sudah pun beredar menuju ke arah Mia yang berada di bawah
rumpun buluh kuning. Kami ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga dan
terkapai-kapai.
"Kak Sun mempermainkan-mainkan kita,
Tamar," keluh Andi Kamarool dengan rasa kecewa. Saya mengigit lidah
kehampaan, tidak diduga sama sekali yang Kak Sun sanggup berbuat demtkian.
Apakah maksud sebenar dari tindak-tanduknya itu? Betulkah dia mempunyai
hubungan batin yang kental dengan penunggu rumah batu lama? Persoalan yang
timbul secara mendadak itu sukar untuk dijawab.