Nenek
sambut kepulangan saya dengan senyuman.
Dia gelengkan kepala, bila melihat baju saya basah kuyup akibat
peluh. Saya sambut geleng kepala nenek
dengan senyum megah.
“Kenapa
begini, Tamar?”
“Saya
disuruh membuat kerja berat.”
“Pergi
mandi, cepat.”
“Mandi di
perigi?”
Nenek
tidak menjawab pertanyaan saya. Dahinya
Nampak berkerut. Jejari kanannya terus
melurut rambut sebelah kanan beberapa kali.
Ternyata rambut hitam sudah hampir separuh dikuasai oleh rambut putih.
“Jangan
mandi di perigi, kamu mandi di sungai saja, Tamar.”
“Sungai
jauh nek, mandi di perigi saja,” saya protes cadangan nenek. Dengan tenang nenek menghela nafas, sepasang
mata tuanya tertumbuk ke wajah saya.
Nenek seperti berada dalam keadaan serba salah.
“Jangan
mandi di perigi, datuk kamu ada hal di skitu.”
“Apa
halnya nek?” Nada suara saya meninggi.
“Aku tak
tahu apa halnya. Pesannya pada aku,
jangan benarkan sesiapa datang ke perigi waktu begini,” terang nenek dengan
tenang.
Kalau kamu
tak percaya dangan cakap aku, pergi tengok sendiri,” sambungnya lagi.
“Hiss….”
Keluh saya dengan rasa serba salah.
Secara
mendadak saya teringatkan Khoja Lisut.
Saya berpisah dengannya di hadapan halaman rumah. Dia menujuk kearah datuk yang menantinya di
bawah pokok manggis. Saya menuju kearah
pintu dapur kerana saya ternampak nenek tercegat di situ.
“Tak kuasa
saya nak tengok sendiri, nek.”
“Kenapa
pula, Tamar.”
“Takut di
marah daruk.”
“Itu
keputusan yang bijak, dia memandikan tetamunya.”
“Saya
tahu, tetamunya tu, Khoja Lisut.”
“Ya,”
nenek anggukkan kepala.
Tanpa
banyak bicara, saya ambil kain basahan di ampaian lalu dibelitkan ke
leher. Tanpa mengucapkan sesuatu pada
nenek, saya terus menuju ke sungai.
Setelah membuka pakaian, kain basahan pun saya ikat ke pinggang. Dari tebing sungai saya melakukan terjun
menjunam, macam gaya seorang Tarzan.
Macam
biasa, bila berada dalam perut sungai, saya bagaikan seekor memerang. Berenang dan menyelam dengan bebas. Bila kulit telapak tangan dan jari menjadi
kecut, badan menggeleter kesejukan.
Barulah perut sungai saya tinggalkan.
Berlari-lari anak menuju ke rumah.
Saya masuk
ke rumah ikut tangga bahagian tengah.
Dari situ menyelinap masuk ke kamar sendiri, tanpa disedari oleh nenek
yang sibuk di ruang dapur. Saya memilih
kain pelekat kotak, tiga warna iaitu biru, merah dan putih. Baju Melayu potongan teluk belanga jadi
pilihan untuk saya pakai pada hari itu.
Rambut pun saya sikat dengan rapi.
CERMIN
Di depan
cermin saya berdiri, mencipta jambul di kepala.
Dua tiga kali saya melihat jambul dari pelbagai sudut. Saya yaki, jambul saya mirip jambul P.Ramlee. Boleh menarik perhatian orang lain andainya
saya berjalan ke kedai atau ke mana-mana.
Tiga empat kali saya tersengih di depan cermin, merasa diri cukup segak
sekali.
“Tamarrr…” Suara nenek keras.
Saya
bergegas menuju ke ruang dapur. Saya
lihat ada hidangan tersembunyi di bawah tudung saji. Bau dari hidangan membuka selera. Perut terasa lapar.
“Nek suruh
saya makan?”
Saya terus
duduk bersila di depan hidangan. Secara
mendadak nenek terus ketawa terkekeh melihat telatah saya.
“Belum
lagi,” tegah nenek, saya tidak jadi membuka tudung saji. Memang terasa kecewa mendengar kata-kata
nenek itu.
“Habis bila
lagi nak makan?” Tutur saya separuh kesal.
“Sembahyang
Zuhur dulu, pergi ambil air sembahyang.
Datuk kamu menunggu kamu di ruang tengah.”
“Huh….”
Terpancut keluhan dari kelopak bibir saya.
Saya
segera mengambil air sembahyang.
Kemudian melangkah ke ruang tengah.
Datuk dan Khoja Lisut sudah berdiri di situ. Mereka menanti kedatangan saya untuk
memulakan solat Zuhur secara berjemaah.
“Kenapa
lambat, Tamar?” Datuk renung muka saya.
“Haaa….,”
mulut saya terlopong.
“Bila masa
nak sembahyang, sengaja kamu buat lambat-lambat. Bila masa nak makan, kamu nak cepat-cepat,”
cukup tajam sindiran dari datuk untuk saya.
Apa yang
terdaya saya lakukan ialah tersengih memandang kearahnya. Dandalam masa yang sama saya renung juga muka
Khoja Lisut. Sakit rasa hati, bila Khoja
Lisut melemparkan senyum sinis kepad saya.
Kerana datuk sudah bersedia untuk menjadi imam, saya segera berdiri
sebaris dangan Khoja Lisut.
Selesai
sembahyang dan berdoa, kami terus ke ruang dapur. Duduk bersila, menghadapi hidangan yang
terbuka. Seperti biasa, sebelum menjamah
makanan datuk membaca doa pendek. Bila
doa berakhir, kami pun menjamu selera dari hasil kerja seni dapur nenek. Masakannya enak sekali, selesai makan saya
pun tersandar ke dinding.
Pengat
labu kuning yang disuakan oleh nenek kepad saya buat pencuci mulut, terpaksa
saya tolak. Perut saya sudah tidak mampu
untuk menampung makanan, walaupun sedikit.
Saya kepenatan dan nafas terasa amat sesak sekali.
“Mari kita
duduk di anjug, Khoja. Dapat sikit
angin,” datuk kemukakan cadangan untuk Khoja Lisut. Tidak ada bantahan, Khoja Lisut angguk
kepala. Tanda setuju. Dia segera bangun bila melihat datuk sudah
berdiri. Saya cuba bangun tetapi, tidak
Berjaya.
“Kamu
Tamar, nak duduk di sini?”
Datuk
jegilkan matanya dan saya segera tegakkan badan. Rasa penat dan mengantuk akibat kekenyangan
serta merta hilang. Saya renung muka
datuk. Ada imbasan senyuman terpamer di
wajahnya. Barangkali, dia terasa amat
lucu dengan telatah saya.
“Kamu
tolong nenek di dapaur, lepas tu kalau kamu nak tidur, bolehlah tidur,” sambung
datuk, matanya tidak berkedip menatap wajah saya, “Ingat, masuk waktu Asar,
kamu mesti ada di rusau, kita berjemaah bersama orang-orang kampong,” lanjut
datuk lagi. Dia mengakhiri kata-katanya
dengan batuk kecil beberapakali.
Datuk pun
melangkah menuju ke anjung rumah dengandiikutioleh Khoja Lisut. Saya tembira kerana datuk sudah meninggalkan
saya. Semoga datuk tidak akan berpatah
balik untuk member apa-apa arahan, bisik batin saya sendirian. Saya terasa aman dan berhasrat mahu baring
dan terus tidur di situ.
Nenek
terus mengumpulkan pinggan dan piring dalam talam. Saya perhatikangerak-geri nenek dengan mata
separuh terbuka. Walaupun usianya sudah
agak lanjut tetapi, gerak kerjanya cukup pantas macam orang muda.
“Saya tak
dapat nak tolong nek.”
"Tak apalah Tamar, kau pergi rehat dulu.
Cuma nenek nak minta tolong satu saja...," nenek berhenti bercakap. Saya
segera meluruskan badan. Nenek membawa pinggan dan piring yang ada dalam talam
ke dapur.
RESAH
Saya jadi resah, dada saya terus digayuti dengan persoalan. Kenapa nenek tidak mahu meneruskan kata-katanya? Kerana masih ada dua cawan kosong yang tertinggal, memaksa nenek datang semula ke ruang makan. Kedatangannya kali ini tidak harus dipersia-siakan begitu. Saya harus menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin. Demikian saya memutuskan dalam hati.
Saya jadi resah, dada saya terus digayuti dengan persoalan. Kenapa nenek tidak mahu meneruskan kata-katanya? Kerana masih ada dua cawan kosong yang tertinggal, memaksa nenek datang semula ke ruang makan. Kedatangannya kali ini tidak harus dipersia-siakan begitu. Saya harus menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin. Demikian saya memutuskan dalam hati.
"Tadi nenek kata, minta saya tolong.
Tolong apa nek?" tanya saya dengan nada suara yang lembut dan hati-hati.
Tiada jawapan yang terkeluar dari mulut nenek. Saya kian resah.
"Tolong apa nek?" untuk kali kedua saya bertanya.
"Tolong apa nek?" untuk kali kedua saya bertanya.
"Kamu tolong bawakan pulut kuning dan
pisang emas ke surau. Datuk kamu nak buat jamuan kesyukuran kerana tetamunya
dah sembuh dari sakit," nenek memberikan penjelasan.
Sesungguhnya, penjelasan nenek memberikan tanggungjawab baru kepada saya. Sukar untuk saya melarikan diri dari tanggungjawab yang diamanatkan oleh datuk, meskipun tanggungjawab itu tidak disampaikan secara terus kepada saya.
Sesungguhnya, penjelasan nenek memberikan tanggungjawab baru kepada saya. Sukar untuk saya melarikan diri dari tanggungjawab yang diamanatkan oleh datuk, meskipun tanggungjawab itu tidak disampaikan secara terus kepada saya.
"Banyak pulut kuning yang nenek kukus?
Apa lauknya?"
"Tak banyak, segantang sahaja, lauknya
ayam."
"Sedap tu nek."
"Jangan sebut sedap sebelum makan,
sekarang kamu pergi berehat, sampai masanya nenek panggil kamu."
"Baiklah, biar saya masuk bilik dulu
nek."
"Pergilah."
Nenek meninggalkan saya. Dia menuju ke ruang dapur kembali. Meneruskan tugasnya yang masih belum selesai.
Nenek meninggalkan saya. Dia menuju ke ruang dapur kembali. Meneruskan tugasnya yang masih belum selesai.
Sebelum bangun, saya menggeliat dua tiga
kali. Menguap dengan semahu-mahunya. Pangkal pinggang, pangkal betis dan sendi
saya urut dua tiga kali hingga badan terasa selesa. Bila terasa diri sudah
cukup bersedia, saya pun segera bangun. Melangkah menuju ke kamar lalu
merebahkan badan atas ranjang. Bahang panas luar terasa menyengat seluruh
badan.
Entah macam mana terlintas difikiran saya untuk membaca. Mungkin dengan membaca boleh mempercepatkan saya tertidur. Tidak ada bahan bacaan yang benar-benar menarik minat saya. Majalah hiburan, Gelanggang Filem dan Majalah Filem yang ada dihujung ranjang sudah saya baca.
Entah macam mana terlintas difikiran saya untuk membaca. Mungkin dengan membaca boleh mempercepatkan saya tertidur. Tidak ada bahan bacaan yang benar-benar menarik minat saya. Majalah hiburan, Gelanggang Filem dan Majalah Filem yang ada dihujung ranjang sudah saya baca.
Bagaimana kalau saya mengambil buku-buku lama
bertulisan jawi dikamar datuk? Timbul pertanyaan dalam diri. Dan datuk pernah
berpesan pada saya, kalau ada masa eloklah membaca buku-buku lama yang
tersimpan dalam biliknya dari membaca majalah hiburan yang tidak begitu
mendatangkan manfaat pada diri saya.
Saya terus ke kamar datuk mengambil senaskah
buku lama tulisan jawi. Sebaik saja saya berada diatas ranjang kembali. Sehelai
demi sehelai halaman buku saya buka. Mencari tajuk yang sya fikirkan menarik.
Akhirnya saya sampai ke bahagian hikayat Orang Yang Melalaikan Solat.
Saya betulkan kedudukan badan, biar selesa
ketika membaca. Di samping itu, saya berharap sebaik saja tamat membaca kisah
tersebut, saya akan tertidur dengan nyenyaknya. Begini kisahnya:
PEREMPUAN
Dizaman dahulu, seorang lelaki menangis kehibaan kerana kematian saudara perempuannya yang dikasihi. Kemudian lelaki itu bersama orang-orang kampung terus menguburkan saudara perempuannya dikawasan perkuburan.
Dizaman dahulu, seorang lelaki menangis kehibaan kerana kematian saudara perempuannya yang dikasihi. Kemudian lelaki itu bersama orang-orang kampung terus menguburkan saudara perempuannya dikawasan perkuburan.
Semasa lelaki itu menimbus mayat saudaranya itu,
tanpa disedari pundi-pundi yang berisikan wang dan barang-barang lain terjatuh
dalam longgokan tanah.
Tidak ada seorang pun teman-teman lelaki itu
melihat yang pundi-pundi berisi wang itu jatuh dan bersatu dengan tanah. Apa
yang dirasakan oleh lelaki itu ialah rasa kesedihan dan kehampaan yang
memanjang. Maklumlah, dia kehilangan seorang saudara perempuan yang amat
disayanginya.
Setelah selesai menguburkan saudara
perempuannya, lelaki itu bersama kawan-kawannya terus pulang. Sampai separuh
jalan, baru disedarinya pundi-pundi berisi wang miliknya sudah hilang.
"Kamu balik dulu, aku nak ke kubur
semula," kata lelaki itu pada kawan-kawannya. Sudah tentu kata-kata itu
mengejutkan kawan-kawannya.
"Kenapa?" tanya salah seorang
kawannya.
"Pundi-pundi wang aku tercicir di
kubur."
"Kalau begitu kata kamu, pergilah. Kami
tak dapat bersama-sama kamu," jawab kawannya itu.
"Tak apalah, biar aku uruskan
sendiri," balas lelaki itu, lalu meninggalkan kawan-kawannya.
Sampai di kubur lelaki itu terus mengais-ngais tanah disitu. Pundi-pundi beisi wang tidak juga ditemuinya. Lelaki itu mula menggali sebahagian dari tanah kubur. Sedang dia asyik menggali tanah (kubur), tiba-tiba keluarlah api yang menyala-nyala dari dalam kubur. Lelaki itu terkejut dan takut. Tanah kubur itu segera ditimbusnya.
Sampai di kubur lelaki itu terus mengais-ngais tanah disitu. Pundi-pundi beisi wang tidak juga ditemuinya. Lelaki itu mula menggali sebahagian dari tanah kubur. Sedang dia asyik menggali tanah (kubur), tiba-tiba keluarlah api yang menyala-nyala dari dalam kubur. Lelaki itu terkejut dan takut. Tanah kubur itu segera ditimbusnya.
Tubuh lelaki itu mengeletar ketakutan. Dia
ingin segera pulang dan mahu menceritakan apa yang dialaminya kepada ibu dan
saudara-saudaranya yang lain. Dengan rasa gementar, cemas dan tidak tentu arah,
lelaki itu berlari pulang ke rumah.
Sampai saja dirumah, dia terus menceritakan
kepada orang tuanya dan saudaranya mengenai kejadian tersebut.
Saudara-saudaranya agak terkejut tetapi, ibunya tetap tenang. Lelaki itu pun
terus bertanya kepada ibunya:
"Ibu! Cuba terangkan, apakah perbuatan
yang tidak baik yang dilakukan oleh saudara perempuanku itu semasa
hidupnya?"
"Wahai anakku! Amal perbuatan saudara
perempuanmu semasa hidupnya, suka melalaikan solat dan kadang-kadang
mengakhirkannya sampai habis waktu."
Setelah mendengar penjelasan ibunya, lelaki
itu bermuafakat dengan saudara-saudaranya (termasuk ibunya) berdoa kepada Allah
supaya dosa saudara perempuannya itu diampuni oleh Allah.
"Dahsyatnya," keluh saya lalu
menutup buku lama itu. Saya merenung sejenak dan saya segera berfikir,
begitulah kecelakaan atau keburukan yang menimpa terhadap orang-orang yang
melalaikan solat. Bagi orang yang meninggalkan solat tentu lebih ganjaran yang
diterimanya.
"Sesungguhnya, Allah berkuasa atas segala-galanya, tidak pernah mungkir janji terhadap hambanya," terpancut kata-kata dari mulut dan secara mendadak saya teringatkan sepotong ayat dari Al-Quran yang bermaksud: "TidakKu jadikan manusia dan jin, melainkan semata-mata untuk beribadat kepadaKu." Dan saya merasakan diri saya semakin kecil, bagaikan segumpal buih disamudera nan luas.
"Sesungguhnya, Allah berkuasa atas segala-galanya, tidak pernah mungkir janji terhadap hambanya," terpancut kata-kata dari mulut dan secara mendadak saya teringatkan sepotong ayat dari Al-Quran yang bermaksud: "TidakKu jadikan manusia dan jin, melainkan semata-mata untuk beribadat kepadaKu." Dan saya merasakan diri saya semakin kecil, bagaikan segumpal buih disamudera nan luas.
Saya tidak berhasrat untuk membaca
hikayat-hikayat yang termuat dalam buku itu lagi, walaupun semuanya boleh
dijadikan cermin dan teladan dalam kehidupan. Buku lama bertulis jawi saya
campakkan ke sudut kamar. Membacanya, beerti memaksa saya berfikir. Bila sudah
berfikir pasti mata tidak mahu mengantuk. Begitu rumusan yang saya buat
sendiri.
PANAS
Dua tiga kali saya menguap, bahang panas diluar membuat badan saya terasa bergetah. Bagi menghilangkannya saya terpaksa menggunakan cebisan kotak untuk dijadikan pengipas angin. Barulah terasa dingin tetapi, saya kehabisan tenaga untuk mengipas, seiring dengan itu mata saya mula terasa mengantuk.
Dua tiga kali saya menguap, bahang panas diluar membuat badan saya terasa bergetah. Bagi menghilangkannya saya terpaksa menggunakan cebisan kotak untuk dijadikan pengipas angin. Barulah terasa dingin tetapi, saya kehabisan tenaga untuk mengipas, seiring dengan itu mata saya mula terasa mengantuk.
Bunyi kicau burung terdengar sayup-sayup,
begitu juga dengan bunyi pinggan dan piring yang dibasuh oleh nenek, berlaga
sama sendiri.
Lama-kelamaan semua bunyi-bunyi itu terus
mengilang. Apa yang saya alami seterusnya, saya dapati diri saya berada di
sebuah padang pasir yang maha besar dan maha luas. Saya melihat ribut pasir
yang amat menakutkan hingga memaksa saya berlindung disebalik pokok kurma yang
hanya tumbuh sepohon saja disitu.
Saya tidak sanggup melihat ribut pasir
beserta dengan bunyi yang amat menggerunkan itu. Saya tutup mata dengan kedua
belah tangan saya. Pada saat itu, saya terasa bahu saya dipegang orang dari
arah belakang. Saya tidak ada pilihan selain dari membuka mata untuk melihat,
siapakah orang yang berani memegang bahu saya.
Sebaik saja mata terbuka, saya lihat seorang
lelaki Arab tersenyum kearah saya. Bermisai tebal, wajahnya berjambang dengan
pedang terselit dipinggang. Kuda putih milik lelaki Arab itu kelihatan jinak
sekali dan tidak takut dengan bunyi ribut pasir.
"Assalam-mualaikum..."
"Walaikumussalam," sahut saya.
"Walaikumussalam," sahut saya.
"Nama kamu Tamar Jalis?" tanyanya
lagi.
"Ya."
Secara mendadak lelaki Arab itu memeluk tubuh saya, pipi kami berlaga, bau peluhnya tidak begitu menyenangkan saya tetapi, kerana orang sudah menunjukkan rasa persahabatan saya wajib menerimanya dengan ikhlas.
Secara mendadak lelaki Arab itu memeluk tubuh saya, pipi kami berlaga, bau peluhnya tidak begitu menyenangkan saya tetapi, kerana orang sudah menunjukkan rasa persahabatan saya wajib menerimanya dengan ikhlas.
"Aku Sheikh Abu Bakar Al-Petani,"
lelaki itu memberitahu namanya pada saya. Cepat-cepat saya anggukkan kepala.
Kemudian kami terus duduk dipasir berhampiran perdu kurma.
"Apa yang boleh saya tolong tuan Sheikh?" kata saya dengan tenang. Sheikh Abu Bakar Al-Petani tersenyum sambil mengurut-urut janggutnya.
"Apa yang boleh saya tolong tuan Sheikh?" kata saya dengan tenang. Sheikh Abu Bakar Al-Petani tersenyum sambil mengurut-urut janggutnya.
"Tunggu sekejap, bila ribut pasir
berhenti kita bercerita panjang," tutur Sheikh Abu Bakar Al-Petani dalam
Bahasa Malaysia yang cukup terang. Dengan kehendak Allah yang Maha Besar,
beberapa saat kemudian ribut pasir pun berhenti.
"Ya, kita sambung cerita kita
Tamar," Sheikh Abu Bakar Al-Petani menghidupkan kembali cerita yang
terputus.
"Apa yang boleh saya tolong tuan
Sheikh?" pertanyaan yang sudah saya kemukakan, saya ulangi lagi. Tuan
Sheikh Abu Bakar Al-Petani yang sukar ditentukan kerakyatannya samada orang
Arab tulin atau orang Melayu yang sudah lama tinggal didunia Arab dan bersikap
atau berperangai lebih dari Arab.
"Kamu baru saja membaca cerita yang
menarik?" soalnya dengan tenang.
"Ya, kenapa tuan Sheikh?"
"Apakah hikmah yang dapat kamu ambil
untuk cermin dalam kehidupan kamu. Agar kamu jadi manusia Muslim yang
baik," tanyanya lagi dengan penuh semangat. Saya terpaksa mengerutkan
dahi.
Saya sebenarnya tidak suka memikirkan apa-apa
tentang cerita lama yang saya baca. Aneh! Mengapa Sheikh Abu Bakar Al-Petani
yang tidak ku undang, harus bertanyakan perkara tersebut.
"Saya tak dapat buat kesimpulan Pak Sheikh," jawab saya tegas.
"Saya tak dapat buat kesimpulan Pak Sheikh," jawab saya tegas.
"Begini kesimpulannya, pertama Allah
memperlihatkan keburukan orang yang melalaikan solat," tuturnya.Saya
segera anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang diluahkan oleh Sheikh Abu Bakar
Al-Petani.
"Lagi apa yang dapat kita jadikan
panduan, Pak Sheikh?"
"Kejadian itu menunjukkan kekuasaan
Allah untuk memperlihatkan adanya seksa kubur, supaya diketahui oleh orang
ramai," sepasang biji mata Sheikh Abu Bakar Al-Petani merauti seluruh
wajah saya. Ada rasa gementar dan cemas bergolak dalam jantung hati saya. Dan
saya tidak mahu mengajukan sebarang persoalan kepadanya.
"Kejadian itu bukan hanya menimpa mayat
perempuan itu saja malah akan berlaku juga kepada mayat-mayat lain yang
melalaikan solat. Cuma tidak diperhatikan oleh Allah kerana alam kubur itu
adalah alam ghaib, sesungguhnya alam kubur itu bukanlah sekadar kubur melainkan
alam sesudah mati iaitu alam sebelum hati akhirat.
Walaupun seseorang mati dibaham harimau,
ghaib dalam laut, pasti berada dialam kubur walaupun tubuh mereka tidak ditanam
kedalam bumi," begitu hebat sekali Sheikh Abu Bakar Al-Petani begitu
senang dengan sikap saya itu. Dia terus menepuk bahu saya berkali-kali bersama
dengan ketawa parau.
"Tamar." jeritnya keras.
Saya toleh kearahnya dengan rasa terkejut.
"Kenapa Pak Sheikh?"
"Aku nak balik, sebelum balik dengar
sini..." Sheikh Abu Bakar Al-Petani menggeliat dan membetulkan hujung
jubahnya yang terkena pasir.
"Kamu tahu, hikayat yang kamu baca itu
memperkuatkan firman Allah dalam surah Al-Maun dalam Al-Quran, tentang seksaan
bagi orang yang melalaikan solat, kamu baca dan kaji surah tu," nada suara
Sheikh Abu Bakar Al-Petani cukup tinggi dan saya rasakan kata-kata yang
diluahkan itu adalah sebuah arahan.
Kerana tidak mahu diri diarah atau diperintah
oleh orang yang tidak saya kenali secara terperinci, saya segera memperlihatkan
reaksi tindak balas.
"Bukan urusan saya mahu membacanya, Pak
Sheikh."
"Apa kata kamu Tamar, kamu tidak mahu
mengikut arahan aku yang baik ini?"
"Ya," saya segera bangun dan bersedia melepaskan penumbuk kalau Sheikh Abu Bakar Al-Petani bertindak kasar.
"Ya," saya segera bangun dan bersedia melepaskan penumbuk kalau Sheikh Abu Bakar Al-Petani bertindak kasar.
Ternyata Sheikh Abu Bakar Al-Petani merasai
dirinya tercabar. Dia juga bangun. Undur lima tapak kebelakang. Dia mencabut
pedangnya, mata pedangnya yang tajam kelihatan berkilau-kilau bila kena sinar
matahari.
"Kerana kamu tidak mahu mendengar
nasihat orang untuk kebaikan kamu harus dibunuh dan ditanam dalam pasir. Biar
kamu kena seksa kubur," dengan pedang ditangan, Sheikh Abu Bakar Al-Petani
segera menerkam kearah saya.
Apa yang terdaya saya lakukan ialah menjerit
dengan sekuat hati, dengan harapan jeritan itu akan dapat didengar oleh orang
lain. Kemudian akan datang untuk menyelamatkan saya.
"Kamu menjerit ya," ugut Sheikh Abu Bakar Al-Petani sambil melepaskan penumbuk kearah saya. Tubuh saya rebah dipasir dan mata pedang Sheikh Abu Bakar Al-Petani kian mendekati batang leher saya. Kematian didepan mata, dengan penuh khusyuk saya mengucap dua kalimah syahdat.
"Kamu menjerit ya," ugut Sheikh Abu Bakar Al-Petani sambil melepaskan penumbuk kearah saya. Tubuh saya rebah dipasir dan mata pedang Sheikh Abu Bakar Al-Petani kian mendekati batang leher saya. Kematian didepan mata, dengan penuh khusyuk saya mengucap dua kalimah syahdat.
"Huh, nasib baik kamu mengucap,"
jerit Sheikh Abu Bakar Al-Petani. Tubuhnya kelihatan menggeletar menahan
kehampaan. Tanpa banyak cakap, dia terus melompat kebelakang kuda putihnya.
"Semoga kamu bahagia," tuturnya
lagi sambil memasukkan mata pedang kesarungnya. Dengan sekali tampar dibahagian
punggung kudanya terus bergerak meninggalkan debu-debu pasir untuk saya lihat.
Dalam sekelip mata Sheikh Abu Bakar Al-Petani dan kudanya hilang dari penglihatan
saya.
Dengan penuh tenaga saya cuba bangun tetapi,
tidak berhasil. Dua tiga kali saya terjatuh hinggalah ada sepasang tangan
menggoncang tubuh, barulah saya terasa badan kembali bertenaga dan kelopak mata
saya boleh digerakkan dan dibuka. Nenek terpaku didepan saya.
"Bangun, dah dekat waktu Asar, pergi mandi," nenek keluarkan perintah. Saya terus pejam celikkan kelopak mata, dahi terus saya kedutkan. Betulkah nenek yang tertonggok didepan saya atau Sheikh Abu Bakar Al-Petani menjelma menyerupai nenek.
"Bangun, dah dekat waktu Asar, pergi mandi," nenek keluarkan perintah. Saya terus pejam celikkan kelopak mata, dahi terus saya kedutkan. Betulkah nenek yang tertonggok didepan saya atau Sheikh Abu Bakar Al-Petani menjelma menyerupai nenek.
"Ini nenek?"
"Habis kalau bukan nenek kamu, aku ni
hantu. Makan terlalu kenyang tidur siang sampai mengigau terpekik terlolong,
bangun pergi mandi."
"Astagh..." kata saya dan terus
bangun menuju ke perigi.
No comments:
Post a Comment