Saya
tergamam. Memang tidak saya duga datuk akan mengemukakan pertanyaan-pertanyaan
sedemikian. Rasa cemas masih menguasai rongga dada saya.
"Kamu
jumpa benda-benda pelik?"
Datuk
terus sergah, bila melihat saya dalam keadaan tidak tentu arah. Saya segera
menoleh ke kiri dan ke kanan.
"Cakap
Tamar!" Gertak datuk.
"Ya
tuk, ya saya lihat," bertalu-talu saya anggukkan kepala macam burung
belatuk tebuk lubang.
"Tak
mengapa," nada suara datuk merendah. Hati saya terasa damai, "perkara
semacam tu memang tidak boleh dielakkan," sambung datuk. Saya merenung ke
arah Pak Imam yang sudah pun menutup Al-Quran.
Pak
Imam segera alihkan pandangan ke arah datuk. Bunyi buah durian luruh terus
mengasak lubang telinga saya. Angin yang bertiup terasa cukup dingin sekali
bila menyentuh kulit muka.
"Sudah,
lupakan semua tu," datuk tatap wajah saya.
"Ya,
lupakan," sahut Pak Imam sambil menghulurkan Al-Quran kepada saya.
"Kau
ambil dan kau baca," datuk keluarkan arahan setelah melihat saya agak
ragu-ragu mahu mengambil Quran yang dihulurkan oleh Pak Imam. Saya tidak boleh
mengelak lagi. Sila pun saya kemaskan. Naskah Al-Quran sudah pun berada di
tangan. Dan papan rehal segera datuk letakkan di hujung lutut saya.
"Kau
bacalah Tamar, saya nak tidur sekejap," ujar Pak Imam. Segera saya renung
ke arah datuk. Dia anggukkan kepala.
“Orang
yang membaca Al-Quran dijauhi syaitan,” tutur datuk lembut bersama senyuman.
Bila datuk berkata demikian, ertinya dia menyuruh saya mematuhi permintaan Pak
Imam.
“Mulakan,
tunggu apa lagi,” terdengar suara Mat Prai dari halaman. Entah berapa kali dia
berlegar-legar di halaman pondok macam kucing jantan ketagih kucing betina.
Serentak datuk dan Pak Imam merenung ke arah Mat Prai.
“Cuba
kau duduk diam,” datuk luahkan kata-kata untuk Mat Prai.
“Kalau
duduk diam, badan terasa sejuk. Bila berjalan macam ni terasa panas,” dalih Mat
Prai. Pak Imam menarik nafas panjang dan datuk senyum sinis.
Bila
saya memulakan bacaan Al-Quran (sebenarnya menyambung pembacaan Pak Imam), saya
lihat Pak Imam segera rebahkan badan ke lantai. Datuk terus berdiri untuk
memulakan sembahyang sunat malam.
Selesai
saja datuk menyempurnakan sembahyang sunat malam, dia terus sandarkan belakang
ke tiang pondok. Saya sudah faham, bila datuk berbuat demikian menandakan yang
dirinya amat mengantuk. Beberapa saat kemudian, datuk terus berdengkur. Saya
terus membaca Quran dengan tenang. Buah durian yang cukup masak terus jatuh ke
bumi.
Mat
Prai tidak mahu naik ke pondok. Masih berlegar-legar di halaman pondok. Setiap
kali dia terdengar bunyi buah durian gugur, keadaannya menjadi tidak tenang dan
tenteram.
“Hummmmm…”
Saya
terkejut hingga Quran di depan tertepis ke kiri. Mat Prai melompat empat anak
tangga dan terus duduk bersila di depan satya. Dengan rasa cemas dan hairan
saya ambil Quran yang tertangkup di atas lantai.
“Kenapa?”
Tanya saya.
Mat
Prai tidak menjawab, malah bergerak menuju ke arah datuk. Bahu kanan datuk
digoyangkan beberapa kali. Datuk membuka kelopak mata.
“Kamu
minta kebenaran dari aku supaya Tamar menemani kamu mengutip buah durian,” itu
yang datuk luahkan dari mulutnya. Pak Imam yang tidurnya terganggu terus
menggosok-gosok mata. Renung kiri, renung kanan. Akhirnya menatap muka Mat
Prai.
“Ya,
memang itulah niat hati saya Ayah Alang”.
“Tak
boleh kutip durian yang gugur,” tiba-tiba Pak Imam bersuara. Saya terkejut. Apa
hak Pak Imam melarang Mat Prai mengutip buah durian kepunyaannya. Barangkali
Pak Imam juga tidak jujur. Mungkin dia ada maksud tertentu.
“Kenapa
tak boleh Pak Imam?” Soal saya.
“Yang
jatuh tu bukan buah durian tapi …” Pak Imam tidak meneruskan kata-katanya. Dia
merenung ke arah datuk. Saya lihat datuk anggukkan kepala. Bagaikan faham
dengan renungan Pak Imam.
Mat
Prai terdiam. Saya pula menanti komentar yang bakal diluahkan oleh datuk. Bila
sudah demikian, suasana dalam pondok terasa sepi tetapi deru angin malam tetap
kedengaran menyentuh dedaun dari pepokok yang tumbuh subur sekeliling pondok.
Bunyi buah durian yang gugur kian galak, bertalu-talu bagaikan pohonnya
digoncang orang.
“Betul
kata Pak Imam tu,” datuk bersuara, “ dia ada pengalaman dalam hal ini,” datuk
menguatkan hujahnya sambil merenung ke arah Mat Prai yang di dakap kehampaan.
Pak Imam alihkan pandangan ke luar, melihat kegelapan malam yang pekat. Dia
segera menarik nafas panjang.
“Pak
Imam ni, dari kecil hingga tua berkubang dalam dusun durian. Dia dah masak
dengan pokok durian. Begitu juga dengan buah dan kulitnya, dari bau durian dia
dah dapat meneka sama ada buah durian itu baik atau sebaliknya,” sambung datuk
lagi.
“Jangan
begitu memuji kita kawan,” Pak Imam menangkis dan datuk terus ketawa kecil.
“Tapi,
makin dekat waktu subuh, makin kerap buah durian yang gugur, bukan begitu Pak
Imam,” setelah ketawa berakhir, datuk segera menghujani Pak Imam dengan
pertanyaan. Pak Imam tidak menjawab, seiring senyum dia anggukkan kepala.
RESAH
Saya
lihat Mat Prai terus resah. Mungkin dalam kepalanya dia menghitung betapa
ruginya kalau buah-buah durian yang gugur itu tidak dikumpulkan. Mungkin juga
dia bimbang buah duriannya dicuri orang.
“Hisss…,”
Mat Prai terus bangun. Semua biji mata tertumpu ke arahnya.
“Kalau
kita dengar tu bukan durian, agaknya buah hantu yang hatuh,” tokok Mat Prai
meluahkan gelodak hatinya. Datuk senyum dan Pak Imam urut pangkal dagunya dua
tiga kali. Mat Prai duduk kembali
Bunyi
buah durian gugur tetap berterusan. Muka Mat Prai terus berkerut.
“Dalam
hidup ini, kalau tamak selalu rugi dan mudah dipermainkan oleh nafsu sendiri.
Jadi kamu tak usahlah tamak, Pak Imam tatap wajah Mat Prai setelah meluahkan
sebuah sindiran.
“Saya
Cuma nak tahu buah apa yang jatuh tu, Pak Imam,” Mat Prai berdalih menutup
kelemahan diri sendiri. Pak Imam tunduk merenung lantai pondok.
Deru
angin malam terus mengasak lubang teinga. Kedinginan bagai tidak puas-puas
mengigit kulit tubuh. Penuh debar saya menantikan kata-kata yang bakal
diucapkan oleh Pak Imam untuk Mat Prai. Saat yang saya nantikan itu pun tiba.
“Kalau
kamu nak tahu, buah durian tidak jatuh berturut-turut,” Pak Imam terus tatap
batang hidung Mat Prai. “Ada jarak atau perbezaan masanya terutama buah yang
sederhana. Nak tahu masa jaraknya tu, kau kena belajar dari orang yang
berpenglaman dalam hal ini,” sambung Pak Imam lagi.
“Betul
ke begitu Pak Imam?” Tanya datuk lagi.
“Ya,”
Pak Imam mengangguk.
“Dari
mana Pak Imam belajar?” Soal datuk lagi.
Saya
lihat Pak Imam termenung sejenak. Matanya merenung ke luar. Macam ada sesuatu
yang dicarinya di kedinginan malam yang mengejar siang.
“Belajar
dari pengalaman sendiri. Kita dengar bunyi buah durian gugur lebih dari seratus
biji. Padahal buah durian yang betul-betul jatuh tak sebanyak itu. Kalau tak
percaya pergi tengok sendiri,” tutur Pak Imam bagaikan mencabar Mat Prai.
“Betul
ke ni, Pak Imam?” Datuk memohon kepastian.
“Dari
pengalaman lalu saya, begitulah,” penuh keyakinan Pak Imam memberikan kata
putus.
Mat
Prai yang sejak tadi membisu, segera meluruskan kaki kanannya. Saya telan air
liur sambil menarik nafas dalam-dalam.
“Kalau
macam tu..” Mat Prai tidak meneruskan kata-katanya. Matanya menjadi liar,
renung ke kiri dan ke kanan. Macam orang ketakutan. Dia benar-benar berada
dalam rasa cemas.
“Yang
kita dengar tu, tak ada apa-apa. Semuanya mainan makhluk halus untuk memperdaya
kita, bukan begitu Pak Imam?” Secara mendadak datuk bersuara. Ternyata
kata-kata itu dipersetujui oleh Pak Imam. Buktinya, Imam tua itu terus
anggukkan kepala.
“Ahhh..seram”.
Suara
Mat Prai meninggi, dan semua yang berada di dalam pondok terkejut besar. Mat
Prai meluru ke arah datuk macam dikejar sesuatu.
“Saya
mahu duduk dekat Ayah Alang,” Mat Prai mendekatkan tubunya dengan tubuh datuk.
“Kanapa
kamu ni, Mat?”
“Saya
terasa seram sejuk, bulu roma saya tegak macam ada sesuatu yang duduk dekat
saya”.
“Hissss
itu perasaan kamu aje, Mat”.
“Ya,
saya tak bohong Ayah Alang.
“Duduk
diam-dian di sini, jangan fikirkan buah durian,” kata datuk lalu disambut
dengan senyum memanjang oleh Pak Imam. Saya tidak memberikan sebarang komentar.
Sesungguhnya, saya amat simpati dengan Mat Prai.
AYAM
Malam
kian ke hujung, kokokan ayam mula mengendur. Dan pintu sudah pun terkuak. Di
dada langit sebelah timur ada biasan cahaya cerah kemerahan. Sayup-sayup
terdengar azan subuh dilaungkan, tepegun mengikuti irama dan alunan azan yang
penuh syahdu.
Saya
terasa diri ini amat kecil dan kagum dengan kebesaran Allah yang menciptakan
langit dan bumi, menjadikan siang dan malam serta mencipta penghuni alam ini.
Saya tersedu dalam kebesaran Allah itu.
“Kau
menangis Tamar?”
Pak
Imam terus menepuk bahu kanan saya. Dada terasa sebak mahu menjawab
pertanyaannya itu. Saya berusaha dengan sedaya upaya mengawal emosi hingga
perasaan saya jadi tenang.
“Saya
terasa diri ini terlalu kecil, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada
saya tetapi, adakalanya saya terlupa dengan nikmat itu,” tutur saya dengan nada
suara tertahan-tahan.
“Syukurlah
kamu sudah menyedarinya, sesungguhnya apa yang ada pada kita ini Tamar adalah
hak Allah. Bila sampai masanya nanti hak itu akan diambil-NYa. Jika hak yang
diberikan tidak digunakan untuk kebaikan bagi mencari bekal untuk hari akhirat,
alangkah ruginya hidup ini, Tamar,” saya telan kata-kata yang dituturkan oleh
Pak Imam dengan penuh kesedaran.
“Bangun,
bangun, tadi takut semacam, bila dah tidur semuanya hilang. Kamu ni mengarut
betul Mat,” saya segera toleh ke arah datuk yang menggoncang-goncang tubuh Mat
Prai.
“Kita
nak ke mana, Ayah Alang?” Mat Prai segera gosok kelopak mata dan menguap.
“Tak
ke mana-mana. Pergi ambil air sembahyang, kita nak sembahyang jemaah di sini,”
lanjut datuk dengan tenang. Mat Prai renung ke arah saya.
“Kau
tak ambil air sembahyang Tamar?” Itu yang diucapkan oleh Mat Prai bila biji
matanya bertemu dengan biji mata saya.
“Air
sembahyang aku tak batal lagi,” balas saya.
“Saya
takut nak pergi ke telaga seorang diri.”
“Ikut
saya,” Pak Imam tawarkan diri.
“Saya
juga nak ke telaga,” celah datuk lalu bangun.
“Jadi,
saya tinggal seorang di pondok ni,” saya luahkan rasa bimbang, bagaikan ada
kuasa tertentu memaksa saya berdiri.
“Tak
usah banyak cerita, kau tunggu aja di sini. Tak ada apa yang nak ganggu kamu,”
datuk memberikan isyarat tangan menyuruh saya duduk. Tanpa banyak cakap, saya
terus duduk.
Mat
Prai, Pak Imam dan datuk melangkah selari menuju ke perigi. Saya hanya
memandang saja. Tidak berani membuat bantahan atau rayuan. Oleh kerana Mat Prai
menjadi kepala jalan, lampu minyak tanah berada padanya. Cahaya lampu minyak
tanah itu dapat saya lihat. Sekejap cahayanya terang, sekejap malap. Quran
sudah lama saya letakkan di dalam beg datuk. Sementara menantikan kepulangan
mereka dari perigi, saya terus membaca beberapa ayat-ayat pilihan Quran.
“Kamu
seorang sahaja?”
Suhaimi
Keraba muncul dari sebelah kanan saya. Dia membawa buku tebal. Kali ini pakaian
yang menutup tubuhnya amat berbeza sekali. Dia memakai baju labuh macam pakaian
orang Arab. Ada serban terletak atas kepala dan ada kain selendang membalut
sebahagian dari dadanya. Saya kira dia berbuat demikian untuk menghindari rasa
sejuk di dadanya.
“Kamu
seorang aje?”
Suhaimi
Keraba ulangi pertanyaan yang tidak saya jawab. Kelopak mata kirinya nampak
bergerak sekali dua. Saya kira dia tahu yang saya terkejut atas kedatangannya
di subuh yang dingin. Dia merasa hujung serbannya jatuh atas bahu.
“Ya,
saya seorang saja,” balas saya tenang.
“Dah
sambahyang Subuh?”
“Belum
lagi.”
“Katakan
beriman dan taat pada agama, kenapa dah masuk waktu sembahyang tak sembahyang
lagi,” dalam wajah yang manis, Suhaimi Keraba menyindir saya.
KOKOK
Sesekali
terdengar kokok ayam. Kabus subuh mula bangkit dan menguasai ruang udara dusun
durian. Saya terus menggeletar bila sepasang mata Suhaimi Keraba bertemu dengan
mata saya. Pondok terasa bergegar dan saya seperti terdengar dentuman yang
kuat, membawa seluruh fikiran dan ingatan saya berada di dunia lain. Dalam
samar-samar itu saya terpandangkan Suhaimi Keraba menghulurkan kitab yang
dibawanya kepada saya. Saya tidak mahu menjamah kitab yang dihulurkannya. Saya
bagaikan terlihat api dipermukaan kulit kitab tersebut.
“Ambillah,
kitab ini akan mebawa kamu kepada kesejahteraan dan kesempurnaan hidup,”
tuturnya.
“Tidak,
tidak.”
“Jangan
begitu, ambillah,” Suhaimi Keraba mendesak.
Dia
sengaja mendekatkan kulit kirab itu ke telapak tangan saya. Dengan sedaya
upaya, saya terus berusaha agar tidak tersentuh. Dalam saat-saat cemas itu,
saya terus membaca beberapa potong ayat Al-Quran. Di samping itu saya berusaha
membuka bunga silat dengan harapan salah satu dari buah silat yang saya
lepaskan akan terkena pergelangan tangan Suhaimi Keraba.
“Aduh,”
jerit Suhaimi Keraba.
Usaha
saya tidak menjadi sia-sia. Buah kelima dari silat harimau tepat pada
sasarannya. Kitab di tangan Suhaimi Keraba terdampar atas lantai. Anehnya
Suhaimi Keraba tidak memperlihatkan kemarahan. Dia masih mahu menghulurkan
persahabatan. Suhaima Keraba merenung ke arah perigi.
“Mereka
dah datang, biarlah aku balik dulu,” dalam senyum Suhaimi Keraba meluahkan
kata-kata. Hati remaja saya terus digelodak kemarahan. Suhaimi Keraba
mempermainkan saya.
“Kamu
tahu, aku tak sendirian di sini?”
“Ya.”
“Kalau
begitu, kenapa kau bertanya?”
“Bukankah
kepuraan itu memang amalan hidup aku,” lanjut Suhaimi Keraba. Dia anggukkan
kepala lalu melangkah meninggalkan saya sendirian.
Atas
permintaan Pak Imam, datuk diminta menjadi imam solat Subuh. Tidak menjadi
keberatan untuk datuk melaksanakannya. Setelah selesai bersolat dan berwirid,
datuk terus mandi embun serta melakukan silat untuk menegangkan urat sendi. Pak
Imam hanya melakukan senaman tradisional. Mat Prai terus memikul raga besar
untuk mengutip buah durian.
“Ke
mari kejap kawan.”
Pak
Imam bersuara lantang dari atas pondok. Datuk tidak meneruskan silatnya. Dan
saya berhenti dari melihat buah-buahan di hujung dahan.
“Ikut
aku Tamar.”
“Baik,
tuk.”
Tidak
sampai beberapa detik, saya dan datuk sudah pun berada di dalam pondok. Berdiri
dekat Pak Imam. Mata kami tertumpu ke arah buku tebal atas lantai. Saya tahu
itulah buku atau kitab yang Suhaimi Keraba mahu berikan kepada saya. Anehnya
buku atau kitab itu tidak kelihatan tadi. Kenapa baru sekarang kitab itu
menjelma?
“Siapa
punya? Agaknya kawan yang punya,” Pak Imam renung ke arah datuk. Cepat-cepat
datuk gelengkan kepala.
“Agaknya
cucu kawan saya punya.”
“Saya
tahu, cucu saya tak baca buku macam tu. Tulisannya bercampur-campur, sekali
pandang macam tulisan Siam dan Urdhu. Jika tengok lama-lama tak ubah macam
tulisan sastera Hindu kuno, bahasa Sanskrit,” jelas datuk. Biji matanya tidak
berkedip merenung kulit buku tersebut.
Saya
menarik nafas dalam-dalam. Saya berperang dengan perasaan saya sendiri.
Wajarkah saya ceritakan apa yang terjadi kepada datuk dan Pak Imam? Apa baik
dan buruknya kalau perkara itu saya rahsiakan daripada mereka. Dalam saat saya
tidak tahu membuat keputusan itu, bagaikan pancaran kilat sekujur tubuh Suhaimi
Keraba dalam ruang mata saya.
“Kau
anak yang baik, kalau kau dengar cakap aku, kau bahagia dan senang di dunia,”
tutur Suhaimi Keraba.
“Aku
tidak percaya dengan kamu,” suara batin saya menolak tetapi Suhaimi Keraba
memberikan jawapan.
“Dengarlah
sayang, kitab itu untuk kamu. Jika kamu ceritakan pada orang lain, apa yang
kamu alami padahnya kamu tanggung sendiri,” dalam senyum Suhaimi Keraba memujuk
di samping menyelitkan sebuah ugutan.
“Tidak,”
terkeluar suara dari rongga dada saya. Pak Imam dan datuk berpandangan. Mereka
hairan, bagaimana saya termenung boleh berkata begitu. Pak Imam terus tepuk
belakang saya. Saya tersentak, bagaikan terkejut dari itdur.
Dari
telinga sebelah kanan, saya terdengar datuk membaca surah Al-Fatihah sebanyak
dua puluh kali, kemudian datuk selawat nabi sebanyak tiga kali beturur-turut.
Datuk hembuskan muka saya dengan nafasnya melalui lubang hidung. Buat beberapa
saat, saya terasa fikiran saya melayang-layang tidak menentu. Dalam keadaan
yang samar-samar itu saya lihat kitab di atas lantai. Kulitnya mula terbakar
dan menjadi bara.
“Buku
tu terbakar,” kata saya.
“Bertenang,
cuba baca Qulya sampai habis, Tamar.” Bisik datuk. Nada suaranya cukup lembut
sekali. Kepala saya digosoknya penuh mesra. Saya pun membaca Qulya sampai lima
kali berturut-turut.
“Cuba
kau renung buku tu, Tamar.”
Saya
segera dengar cakap datuk. Saya tumpukan perhatian pada buku atas lantai.
“Cuba
kau lihat betul-betul, Tamar, buku tu terbakar lagi?”
“Tak
terbakar tapi berasap.”
“Cuba
tengok dengan teliti, masa tengok tu ingatkan Allah, sebut nama-Nya sebanyak
mana yang kau mampu,” bagailan seorang guru, datuk memberikan penerangan untuk
saya. Lagi sekali, seluruh perhatian ditumpukan pada buku ganjil di atas
lantai. Terdengar suara Pak Imam membaca sesuatu. Suara keluhan dari datuk
terus menyumbat telinga saya.
“Masih
berasap lagi, Tamar?”
“Tidak,”
tutur saya gugup.
“Dah
pulih nampaknya. Kuat sungguh iblis di sini,” Pak Imam merungut. Datuk
memperkemaskan silanya. Sinar matahari pagi mula melemparkan c ahayanya ke
dalam pondok. Kicau burung kedengaran di mana-mana. Mat Prai masih belum pulang
dari memungut buah durian.
Datuk
mempertemukan kedua belah telapak tangannya. Digodokkan berkali-kali sambil
menahan nafas. Muka datuk nampak merah semacam. Bila nafasnya dilepaskan, kedua
belah telapak tangannya menampar lantai pondok. Datuk menerpa ke arah buku
ganjil itu untuk disentuh.
“Jangan,
kawan.”
Pak
Imam menepis tangan kanan datuk. Tentu saja perbuatan itu tidak disenangi oleh
datuk. Sebelum bersarang sebarang keraguan dalam kepala datuk, Pak Imam segera
menjelaskan.
“Maafkan
kawan kerana bersikap kasar. Kitab tua tu tak boleh disentuh begitu saja, ada
syarat tertentu.”
“Datuk
terus sandarkan badan ke dinding. Dia hulurkan tangan pada Pak Imam. Mereka
bersalaman sambil berpelukan. Tindak-tanduk mereka itu menggambarkan yang
mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Menghormati ilmu yang ada dalam
dada masing-masing.
“Kitab
tu, kitab Jawa kuno yang menyelitkan ilmu kebatinan dan keduniaan. Sepatutnya
kitab tu mesti ada dua. Satu mengajarkan kebaikan dan menghancurkan kejahatan.
Tapi yang di depan kita ni kitab yang mengajar kejahatan,” Pak Imam sedikit
demi sediki membuka rahsia dirinya yang kaya dengan keilmuan, mungkin dia lebih
pandai dari datuk. Apa yang pasti, orang tua yang kelihatan bersahaja itu bukan
sebarang orang.
“Kitab
siapa ni?” Datuk ajukan pada Pak Imam.
Perlahan-lahan
Pak Imam angkat kepala merenung ke arah saya dengan senyum yang amat
menyenangkan.
“Tanyalah
si Tamar tu.”
Datuk
segera renung ke arah saya. Belum pun sempat datuk membuka “Suhaimi Keraba.”
“Memang
tak salah dugaan saya. selama ini dia mengamalkan ilmu dari kitab salah ini,
saat celakanya dah tiba,” Pak Imam gelengkan kepalanya.
UCAP
Tanpa
mengucapkan sesuatu, Pak Imam menerpa ke halaman pondok. Dia jemur muka dan
tubuh untuk beberapa saat. Dia bergerak di halaman pondok macam orang menari
Kuda Kepang. Tanpa tangguh-tangguh lagi, dia tepuk bumi dengan tangan kiri dan
terus bertinggung macam gerakan monyet dalam taridra Sang Hanuman dan Sita
Dewi. Lebih dari lima minit Pak Imam membuat gerakan demikian, hingga badannya
berpeluh. Pak Imam terus naik ke pondok. Datuk duduk di depan buku. Pak Imam
bercakap dalam bahasa yang tidak saya mengerti.
“Tadi
saya membaca mantera dalam bahasa Jawa kuno, menolak perkara yang tidak baik
supaya tidak terkena badi syaitan,” terang Pak Imam. Saya dan datuk anggukkan
kepala. Pak Imam terus jamah buku. Lembaran buku lama dibukanya sehelai demi
sehelai. Sampai pada lembaran yang bertanda dakwat merah, Pak Imam terpegun.
Dia terus membacanya dalam bahasa Sanskrit.
“Antara
amalan yang telah dibuatnya ialah memperkosa anak sendiri, bertapa dalam gua
dan memelihara Si Tunjing,” Pak Imam memberi penerangan.
“Si
Tunjing, tu apa?” Tanya saya.
“Makhluk
halus yang jadi suruhanya, apa yang kita dengar malam tadi, itu adalah
perbuatan Si Tujing,” Pak Imam berikan penjelasan.
“Saya
tahu membaca tulisan ini kerana saya belajar dari arwah nenek saya yang berasal
dari Bali,” lanjut Pak Imam lagi.
Mat
Prai muncul di halaman pondok. Dia kelihatan hampa sekali. Tidak sebanyak mana
buah durian yang dapat dikutipnya. “Sebahagian dari buah durian saya hancur,
jadi macam kapur,” rungut Mat Prai. Dia sepeti mahu menangis.
“Sabarlah,
Mat,” pujuk datuk.
“Mungkin
esok perkara macam ni tak akan terjadi lagi. Engkau lain kali, kalau dapat
rezeki lebih buatlah kenduri, sedekah fakir miskin dan berzakat. Kalau tanah ni
kepunyaan bersama, jangan bolot sendiri,” Pak Imam memberitahu Mat Prai. Saya
lihat Mat Prai anggukkan kepala.
Dalam
sinaran matahari pagi yang beransur terik itu, Pak Imam sentuh kitab lama.
Dicampakkan ke halaman pondok. Dalam beberapa saat saja kitab lama itu terbakar
menjadi debu. Pak Imam tenung ke arah datuk.
“Bila
dia sudah tinggalkan kitab ini, ertinya dia tidak selamat lagi. Kalau mengikut
petua, dia sudah berada di saat kematian. Mari ikut saya ke kampung Terang, ke
rumah sahabat karibnya,” beritahu Pak Imam pada datuk. “Buat apa ke sana? Nak
tolong selamatkan dia?” soal datuk lagi.
“Untuk
memastikan benarkah dia dimakan sumpah ilmu salahnya,” jawab Pak Imam.
Akhirnya, datuk dan saya bersetuju mematuhi cakap Pak imam kecuali Mat Prai
yang mahu pulang ke rumahnya.
No comments:
Post a Comment