Saya
menanti penuh debar. Apakah jawapan yang
akan diluahkan oleh Khoja Lisut terhadap pertanyaan yang datuk ajukan padanya.
“Kamu
mesti minta maaf,” ulang datuk.
Tidak
ada jawapan daripada Khoja Lisut, rasa takut dan cemas jelas terbayang di
wajahnya. Saya segera menarik nafas
dalam-dalam dengan harapan akan terpancutlah jawapan dari kelopak bibir Khoja
Lisut. Bagi mengurangkan debar di dada,
saya renung kawasan sekitar pondok pisng sesikat. Gegendang teliga terus menangkap bunyi kicau
burung Murai Tanah. Angin terus
menggerakkan dedaun pisnag. Dan matahari
kian meninggi.
“Pak
Kiai tu sudah mati.”
Saya
segera arahkan sepasang mata ke wajah Khoja Lisut. Datuk agak terkejut dengan mulut separuh
terbuka. Di saat pandangan mata saya
berlaga dengan pandangan mata Khoja Lisut, dia segera menundukkan kepala
merenung lantai buluh.
“Ini
sulit sikit.”
Cepat-cepat
Khoja Lisut angkat kepala lalu menatap wajah datuk. Dia menanti datuk menyambung kata-kata. Ternyata datuk berhenti di situ saja.
“Apa
yang sulitnya? Apa penyakit saya tak boleh sembuh,” Khoja Lisut memberanikan
diri bersuara.
“Kau
buat aniaya pada orang, kalau orang tu tak memaafkan perbuatan kamu,
selama-lamanya kamu tanggung dosa,” jelas datuk.
“Itu
tak penting,” potong khoja Lisut.
“Habis
apa yang penting buat kamu?’ Nada suara datuk mula meninggi. Matanya tidak berkedip menentang wajah Khoja
Lisut.
“Perkara
yang penting bagi saya, sama ada sakit saya ni boleh sembuh atau tidak? Saya
datang ke sini nak berubat, bukan nak dengar nasihat,” Khoja Lisut mula
meluahkan gelodak batinnya.
Datuk
seperti terpanpan, tidak menyangka sama sekali Khoja Lisut bersuara agak
keras. Datuk gigit bibir. Khoja Lisut melepaskan keluhan penuh kesal.
“Tak
guna berusaha mengubati orang sombong, tidak mahu minta maaf pada orang
yang dianiayai,” perlahan-lahan lalu menatap seluruh wajah
Khoja Lisut, “Orang takbur tak boleh dibuat sahabat,” sambung datuk lagi.
“Saya
dah insaf,” secara mendadak Khoja Lisut bersuara.
“Kamu
insaf, bila kamu sakit. Kalau kamu tak
sakit, tak terima bala begini, kamu tak insaf,” tingkah datuk. Tidak terdengar suara protes dari Khoja
Lisut.
Saya
resah, bimbang kalau-kalau Khoja Lisut yang kecewa dan putus asa mendengar
kata-kata dari datuk itu akan bertindak mengikut perasaan.
“Pak
Kiai tu orang yang berkemah tinggi, sebelum mati dia telah memaafkan saya. Dia juga mendoakan kesejahteraan untuk saya
dan keluarga. Dia yakin satu hari nanti
saya jadi orang baik-baik,” tutur Khoja Lisut dalam keadaan suara yang
tersekat-sekat.
“Kau
berbohong dengan aku Khoja.”
“Saya
bercakap benar.”
“Aku
tak percaya, macam mana kamu tahu dia memaafkan kamu. Pada hal masa Pak Kiai tenat kamu tak ada
dekatnya, kamu jauh darinya,” Soal datuk lagi.
Saya
lihat khoja Lisut bagaikan tersentak dengan pertanyaan itu. Barangkali dia sedar tentang keterlanjurannya
mahu memperdayakan datuk.
“Saya
mengaku saya bersalah,” Khoja Lisut renung ke arah saya. Hati kecil saya mula kesal kerana datuk
bersedia melindungi seorang pembohong.
“Dah
terlambat, bukan masanya untuk kamu menyesali perbuatan lalu.” Datuk terus
memperotes sikap Khoja Lisut. Datuk
seperti tidak mahu memberi rasa simpati terhadap Khoja Lisut.
Entah
mengapa datuk bersikap demikian? Saya sendiri tidak tahu. Barangkali datuk sudah dapat mengesan atau
mencium sesuatu dari tindak-tanduk yang dipamerkan oleh Khoja Lisut.
“Memang…”
Khoja Lisut tidak meneruskan kata-kata.
“Apa
yang memang pak cik,” saya mencelah.
“Memang
pak cik dah terlambat, memang pak cik bersalah.
Sekarang bukan masanya pak cik nak minta maaf. Tak ada siapa pun yang nak percayakan cakap
pak cik,” begitu lantang suara Khoja Lisut.
Biji matanya merenung tepat kearah datuk. Dan tanpa di sangka-sangka
Khoja Lisut menghantukkan kepalanya ke lantai berkali-kali.
Saya
jadi panic melihat perbuatannya itu.
Datuk segera menerpa ke arahnya.
Dan berjaya menahan Khoja Lisut dari meneruskan perbuatannya
menghantuk-hantuk kepala ke lantai.
Khoja Lisut memeluk datuk, perlahan-lahan dia menjatuhkan kepalanya atas
riba datuk. Khoja Lisut menangis
tersedu-sedu.
“Kenapa
Khoja,” Tanya datuk.
“Saya
kesal kerana orang tak mahu dengar cakap saya,” bentak Khoja Lisut.
Saya
lihat datuk menarik nafas panjang. Ada
senyum sinis bermain di sudut bibirnya.
Khoja Lisut segera mengangkat kepalanya dari riba dan terus duduk
tersandar di dinding.
“Kenapa
kamu bersikap macam budak-budak, kerana orang tak percaya cakap kamu, kamu
menangis. Itu bukan caranya. Kalaulah kamu memang bercakap benar, buktikan
kebenarannya.”
“Haaaa….”
Khoja Lisut seperti terkejut. “Apa awak mahu mendengarnya?” Sambungnya sambil
merenung kea rah datuk.
“Ya,”
angguk datuk, “kenapa aku tak mahu mendengar cerita yang benar dari kau?”
Ternyata
kata-kata itu memberikan semangat baru pada Khoja Lisut. Kepuasaan dan keriangan terpancar di
wajahnya. Dengan perlahan-lahan Khoja Lisut alihkan mukanya ke arah luar
pondok. Pandangannya yang sayu jatuh ke
dedaun pisang yang kelihatan bergerak ke sana ke sini dirempuh angin.
“Cakap
Khoja,” desak datuk.
Khoja
Lisut alihkan pandangan, dari luar ke dalam rumah. Saya menanti penuh debar, terlalu ingin
mendengar cerita dari Khoja Lisut, agar keinginan saya tidak dapat dikesan oleh datuk dan Khoja
Lisut, saya pura-pura merenung ke langit.
Saya lihat awan putih bersih, bergerak perlahan-lahan arah ke
selatan. Kicau burung kian rancak
bersama sinar matahari yang mula terik.
“Masa….,”
Khoja Lisut tidak menyambung kata.
Cepat-cepat saya palingkan muka ke arahnya. Saya lihat datuk tumpukan seluruh perhatian
kearah Khoja Lisut. Rupa-rupanya
keinginan datuk seperti saya juga.
“Masa
Pak Kiai nak putus nyawa, dia beritahu pada orang-orang di sekelilingnya yang
dia memaafkan saya. Dia suruh anak
buahnya mencari anak murid saya,” Khoja Lisut menyambung kata yang terputus. Di wajahnya tergambar kepuasan yang amat
sangat dan bersedia menerukan cerita.
Khoja Lisut menelan air liur sambil kedukan dahi, seolah-olah mengumpul
ingatan pada peristiwa lalu.
“Teruskan
cerita, kamu Khoja.”
Suara
datuk agak meninggi, hujung kaki seluar sebelah kanan terus di lipatnya. Kemudian datuk berpusing ke kanan sambil
menggosok pangkal siku kiri berkali-kali.
“Teruskan
Khoja, aku mahu mendengarnya makin cepat kamu menamatkan cerita, makin mudah
aku membuat keputusan, sama ada cerita kamu itu banar atau pembohong,: datuk
mendesak.
“Anak
murid saya dibawa oleh anak buah Kiai menemuinya. Dia minta anak murid saya tu memberitahu saya
yang dia telah memaafkan perbuatan saya padanya,” begitu Khoja Lisut meneruskan
ceritnya.
“Anak
murid kamu tu, sampaikan pesan tu sendiri kepada Khoja,” soal datuk lagi.
“Ya,
saya terima pesanan tu.”
“Apa
yang kamu buat, bila kamu mendapat pesanan tu,” Tanya datuk lagi.
Khoja
Lisut terdiam, dia merenung kearah saya.
Dan datuk tetap tidak mengubahkan pandangan ke wajah Khoja Lisut.
“Saya
tergamam, saya tak sangka Kiai tu, begitu ikhlas dan baik hati,” nada suara
Khoja Lisut mula tersangkut-sangkut. Dia
tundukkan muka merenung lantai kembali.
Bila mukanya diangkat dia merenung kearah saya, rasa hiba bersarang
dalam dada. Saya melihat genangan air
jernih di kelopak matanya.
“Itu
saja yang kamu rasakan, Khoja.”
“Ya,
itu saja.”
“Kamu
tak berusaha mahu berjumpa dengannya?”
“Oh
ya…..” Khoja Lisut seperti tersentak.
Dengan nada suara yang amat lemah dia terus bersuara.
“Dua
hari sesudah saya mendapat pesan tu, saya terus menuju ke rumah Pak Kiai,
malangnya nasib saya…, Khoja Lisut berhenti bercakap. Dia menangis dengan semahu-mahu, macam budak
kecil. Datuk biarkan Khoja Lisut
menangis sampai dia berhenti sendiri.
BELAKANG
Bila
datuk merasakan perasaan Khoja Lisut sudah tenang dan damai, datuk segera
menepuk belakangnya dua tiga kali. Khoja
Lisut terus memegang pergelangan tangan datuk erat-erat.
“Kamu
sampai ke rumahnya dan kamu diberitahu oleh anak buahnya yang Kiai tu meninggal
dunia, dua hari yang lalu, kamu menyesal kerana lambat bertindak, sepatutnya
sebaik saja kamu menerima pesanan, kamu terus berjumpa dengannya,” ungkap
datuk, tidak nampak ketegangan di wajah datuk.
Saya kira dia mula simpati dengan apa yang dialami oleh Khoja Lisut.
“Kamu
Tamar,” saya tersentak bila Khoja Lisut menyebut nama saya, “jangan ikut apa
yuang pak cik buat, tak ada apa faedahnya.” Saya segera anggukkan kepala.
“Cubalah
jadikan pengalaman yang pak cik alami sebagai teladan,” tambahnya lagi, saya
tetap anggukkan kepala. Ada senyuman
bermain di bibir Khoja Lisut. Agaknya,
di gembira kerana anggukkan kepala, seolah-olah saya menerima saranannya.
“Kau
beruntung dan bertuah Khoja.”
“Bertuah?
Sepasang biji mata Khoja Lisut terbeliak.
Tepat merenung batang hidung datuk.
“Ya,”
datuk anggukkan kepala, “kau bertuah kerana Kiai yang kau aniaya tu, berjiwa
besar,” datuk berhenti bercakap. Dia
melipat lengan baju hitam sebelah kiri hingga ke pangkal siku. Kemudian melunjurkan kaki kanan. Sebelum kaki kanan dilipat kembali, dia
meraba buku lali kaki kiri tujuh kali.
“Saya
tak faham,” Khoja Lisut kemukakan pertanyaan. “Kiai tu berjiwa besar, mengikut
ajaran Islam yang betul. Dia tidak
pendendam, hatinya memang mulia. Tidak
ramai manusia yang dapat memaafkan perbuatan orang lain terhadap dirinya. Lebih-lebih lagi, perbuatan kamu yang ku
anggap cukup kejam,” tutur datuk dengan tenang, Khoja Lisut tidak berkata
apa-apa. Khusyuk mendengar apa yang
datuk tuturkan.
“Kamu
terlepas dari dosa sesama manusia, kamu tahu Khoja, dosa sesama manusia cukup
berat, selagi tidak dimaafkan oleh kiai, kau tak terlepas. Bila mati, roh aku akan didakwa di depan
Allah, kau bertuah Khoja,” nada suara begitu bersahaja.
“Saya
faham, saya faham,” suara Khoja Lisut tersekat-sekat. Lagi sekali dia tunduk dan tersedu beberapa
kali. Saya masih dapat melihat kesan air
mata di pipinya bila dia berpaling kearah saya.
LEMAH
Pada
saat itu juga, saya terfikir bahawa sesungguhnya manusia ini, bila di datangkan
ujian dan bala ke atas dirinya barulah mereka menyesal. Dan pada saat itu barulah mereka sedar yang
mereka adalah makhluk Allah yang lemah dan daif sekali. Tidak mempunyai apa-apa pun dunia ini.
“Lupakan
semuanya tentang hal tu, Khoja.
Bersyukurlah pada Allah kerana tindak-tanduk kamu yang keterlaluan itu
sudah dimaafkan Kiai,” datuk cuba menanamkan ketenangan dalam diri Khoja
Lisut. Perlahan-lahan saya lihat Khoja
Lisut mengesat air mata di pipi dengan hujung bajunya.
“Bagaimana
dengan diri saya ni?”
“Maksud
kamu, aku tak faham Khoja?”
“Mahukah
awak mengubati sakit saya ni.”
“Berikhtiar
tu memang boleh, tapi untuk jamin baik bukan kuasa aku. Semuanya terletak pada kuasa Allah,” selesai
bersuara datuk terus bangun.
Datuk
berjalan kearah pintu pondok. Berdiri di
situ dengan kaki kirinya memijak bendul dan tangan kanannya berpaut pada alang
pondok, sementara tangan kirinya terlekap pada bahagian rusuk perut. Datuk merenung pepucuk pisang, melihat
kepulan asap dari batang kayu yang dibakar oleh nenek.
“Tamar,
cari nenek kamu.”
“Bila,
sekarang ni tuk?”
“Tentulah,
sekarang.”
Saya
jadi serba-salah kerana datuk berdiri di muka pintu pondok. Dari cara datuk berdiri membayangkan hatinya
tidak begitu tenteram. Dia mudah marah
kalau saya telalu banyak bertanya atau meminta.
Kalau
saya tidak mematuhi perintahnya pasti dia naik darah. Dalam keadaan yang serba salah itu, saya
membuat keputusan yang amat mengejutkan.
Saya terjung dari pondok melalui bahagian pondok yang terdedah.
Sebaik
saja saya berjaya mengimbangi badan dari jatuh tersungkur, dalam masa yang sama
terasa sepasang telapak kaki pedih dan sakit.
Saya tidak mampun untuk mengatur langkah dengan segera. Terpaksa duduk di tanah sambil melunjurkan
kedua belah kaki hingga rasa pedih dan sakit di telapak kaki hilang.
“Tamar.”
Terdengar
suara datuk mninggi, saya mula resah tetapi, dalam rasa sakit itu saya masih
mampu memandang wajahnya. Tanpa disedari
saya terus melangkah dan berdiri didepan tangga.
“Kenapa
buat kerja bodoh, kenapa tak gunakan tangga.
Apa, kaki kamu dah kuat sangat ke? Keras macam besi,” datuk meluahkan
rasa kesalnya.
“Saya
nak minta lalu kat datuk, takut tuk marah, saya tengok tuk berdiri lain macam
je,” kata saya dengan hati-hati.
“Sudahlah,
aku tak mahu dengar cakap orang bodoh,”
pekik datuk lalu beredar dari muka pintu pondok.
Saya
terus melangkah arah ke selatan kebun pisang.
Sayup-sayup saya terdengar suara ketawa datuk dan Khoja Lisut. Barangkali, mereka ketawakan saya. Memang sudah jadi cucu pada datuk yang banyak
kerenah, bisik batin saya.
Dari
pangkal ke hujung, dari hujung ke bucu, nenek tidak juga saya temui. Setelah berpeluh dahi dan celah ketiak saya
pun kembali ke pondok.
“Jumpa
nenek kamu, Tamar?” Itu yang datuk ajukan bila terlihat batang hidung
saya. Cepat-cepat saya gelengkan
kepala. Lagi sekali datuk datang ke
pintu pondok lalu dongakkan muka melihat matahari di langit.
“Dah
dekat pukul dua belah lebih ni, nenek kamu dah balik,” datuk beri kata putus.
“Macam
mana tahu, dah pukul dua belas lebih?” Saya terdengar suara Khoja Lisut
bertanya pada datuk.
“Tandanya
Helang Siwah mula keluar mencari rezeki, Cuba kamu tengok ke langit,” datuk
member penjelasan.
Mungkin
kerana puas hati dengan penjelasan yang datuk kemukakan Khoja Lisut tidak
mengajukan pertanyaan lagi. Anehnya,
Khoja Lisut tidak pula berusaha untuk melihat Helang Siwah di angkasa.
Saya
segera dongakkan kepala ke angkasa, saya lihat sepasang Helang Siwah
mengembangkan kepak, terbang rendah mengikut arus angin dengan mata tertumpu ke
bumi, bersedia untuk menyambar ulat, katak, tikus dan apa saja yang merayap di
bumi, asalkan boleh mengenyangkan perut.
Sekarang
saya mula mengerti, kenapa setiap kali mahu menentukan waktu, datuk sering
merenung ke langit.
Biasanya
Helang Siwah muncul di angkasa mengikut waktu tertentu. Pukul sebelas dia terbang tinggi, sukar untuk
melihat warna bulunya. Antara jam dua
belas hingga pukul satu dia terbang rendah.
Kira-kira
pukul satu setengah hingga jam dua, terus menghilangkan diri. Muncul kemnbali jam tiga hingga pukul
enam. Waktu petang Helang Siwah tiada
berada di tempat dia mula muncul (pukul
sebelas tadi} sebaliknya dia berlegar agak jauh kira-kira satu rantai dari
tempat dia muncul pada sebelah pagi.
Tepat
pukul lima dia akan berada di tempat dia muncul tadi (pukul sebelas pagi) kira-kira sejam lagi matahari mahu jatuh di
kaki langit, (kira-kira pukul enam}. HelangSiwah akan pulang ke sarangnya.
Ah!
Selain dari tanda-tanda burung belang itu, ada tanda-tanda lain yang datuk
gunakan. Saya harus belajar dengan
mengamati gerak-geri unggas dan alam.
Kalau bertanya, tentu kena
berdik. Daripada kena herdik, lebih baik
perhatikan saja apa yang datuk buat.
Demikian saya membuat kesimpulan dalam hati.
BESAR
Saya
pun melangkah ke anak tangga pondok.
Bila anak tangga pertama saya pijak, datuk meluru kearah saya. Badan saya ditolak hingga saya berada di
halaman pondok semula.
Saya
jadi panic dan terkejut besar dengan sikap datuk itu. Saya cuba mengingati sesuatu kalau-kalau saya
telah melanggar pantang-larang datuk.
Ternyata tidak ada satu pun kesilapan yang saya lakukan.
“Kenapa
tuk?” Dalam rasa takut saya bertanya.
“Kau
pergi ambil cangkul dan pencebak kemudian….,”
“Nak
buat apa tuk?” cepat-cepat saya memintas cakap datuk.
”Jangan
biadap sangat, biarlah aku habis bercakap dulu, baru bertanya,” sergah datuk
dan dia segera meluru kearah saya. Dan
saya berssedia menerima tempelak darinya kerana kebiadapan yang saya lakukan
secara tidak sengaja.
Saya
beruntung kerana kemarahan datuk tidak berlanjutan. Saya segera menyusup bawah pondok dan keluar membawa cangkul serta
pencebak. Berdiri tercegat depan datuk
untuk menerima perintah selanjutnya dari datuk.
“Sekarang
kamu pergi ke tebing sungai, cari kawasan gigi air yang berpasir. Dari gigi air tu, kamu melangkah songsang
tiga belas tapak,” datuk berhenti bercakap, dia mengeluarkan secebis kain merah
dari dalam saku bajunya. Kain merah
selebar dua jari itu diikat ke kepala.
“Kamu
tahu melangkah songsang tu, Tamar?”
Tanya datuk, saya gelengkan kepala.
“Maksudnya
begini, kamu melangkah ke balakang dengan mata dan badan kamu menghala kearah
sungai.”
“Saya
faham tuk.”
“Di
langkah penghabis, langkah ketiga belas mesti berakhir dengan kaki kiri. Kamu
tekankan tumit kaki kiri di situ, kemudian kamu koreklah lubang separas dada
kamu,” demikian datuk mengelurkan arahan.
Saya
segera bergegas menuju ke sungai yang jaraknya tidak berapa jauh dari
pondok. Sebaik saja saya sampai ke perdu
durian patah dahan, terdengar suara datuk memanggil nama saya. Segera saya berhentikan langkah.
“Lepas
korek, kamu tunggu aku disitu, kalau lubangnya ada air, jangan kau buang
airnya, bahagian bawah lubang kau taruh tanah liat,” pesan datuk lagi.
“Baik
tuk.”
“Kalau
kamu nampak apa-apa masa kamu mengorek nanti, kamu jangan cakap apa-apa.”
“Baik
tuk.” Perjalanan yang terhenti saya teruskan.
TEBING
Lebih
dari sepuluh minit saya mundar–mandir di tebing sungai, mencari kawasan yang
berpasir. Dan saya berhasil menemui
selekoh sungai yang bahagian tepinya mempunyai kawasan berpasir yang berkeadaan
seperti pantai. Kawasan tersebut
berdepan dengan sebuah lubuk yang dalam tetapi, air yang mengalir amat tenang.
Setelah
mengikut kata dan petua datuk, saya pun mula menggali lubang di pasir. Panas terik membuat seluruh tubuh saya
berpeluh. Saya berhenti menggali lubang,
bila saya terdengar bunyi air sungai berkocak dengan kuat, saya tumpukan
perhatian ke dada sungai yang lebarnya kurang satu rantai setengah.
Tidak
ada apa-apa yang saya lihat, selain dari air sungai dan dedaun yang dibawa arus
ke hilir. Saya kembali menggali
lubang. Baru lima enam kali tunduk
bangkit mengaut pasir, saya terdengar lagi bunyi kocakan air sungai, saya
segera merenung kearah lubuk yang airnya bergerak tenang.
Saya
menggigit bibir bersama rasa cemas dan takut.
Dari hujung dahan jambu mawar yang terjulur di permukaan sungai, (dalam jarak lebih kurang sepuluh kaki dari
lubuk yang tenang) saya terlihat seekor ular sawa sedang berpaut di situ,
ekornya sesekali memukul permukaan air sungai.
Ular sawa itu berhempas pulas mahu naik ke dahan jambu mawar. Usaha si ular itu berhasil.
Ah,
pendulikan dia, jangan kacau dia.
Biarkan dia hidup di situ.
Barangkali si ular sawa itu dapat menghidu bau rezekinya di atas pokok
jambu mawar, fikir saya dalam hati dan terus menyambung kembali kerja yang
terkandas.
“Tamar.”
Saya
toleh kearah suara itu, memang saya menduga yang datuk menjulang Khoja Lisut di
atas bahunya. Saya juga merasa pelik,
kenapa datuk mengusung orang cacat itu ke sini.
Apakah datuk mahu mencampakkan Khoja Lisut ke dalam lubuk? Macam-macam yang datang fikiran saya.
“Dah
siap?” Soal datuk dari jauh.
“Siapkan
cepat, buat macam mana aku suruh, selagi lubang tu tak siap, aku tak boleh ke
situ,” lanjut datuk yang sedang terkial meredah pokok serunai laut dan keduduk
yang menghalang perjalanan.
Saya
terus korek lubang hingga selesai, kemudian mencampakkan tanah liat yang saya
ajmbil dari dalam sungai, ke dalam lubang.
Sebaik saja semua kerja selesai, datuk terus berada di samping saya.
“Sudah
siap Tamar?”
“Sudah
tuk.”
“Masuk
kamu,” suara datuk keras dan dia terus mencampakkan Khoja Lisut ke dalam
lubang.
“Timbus,”
sambung datuk lagi. Dia merampas cangkul
dari tangan saya. Khoja Lisut yang
separuh badannya berada dalam lubang tidak berkata apa-apa.
Dalam
sekelip mata saja, badan Khoja Lisut terbenam dalam pasir hingga paras
leher. Datuk mengeluarkan dua keping
upih pinang dari dalam bajunya. Dia
membuka lipatan upih pinang lalu dibentangkannya atas pasir.
Saya
pasti, upih pinang yang sudah kering memang dibawa olah datuk dari rumah. Apa yang menakjubkan saya ialah, kepintaran
datuk menyembunyikan upih pinang kering
dalam bajunya hingga tidak dapat dikesan oleh sesiapapun
Bila
kedua-dua upih pinang itu agak panas kerana terkena sinar matahari, datuk ubahkan kedudukannya ke gigi sungai.
Bahagian pangkal upih terkena arus air sungai.
Datuk ambil sekeping upih lalu dijadikan timba gayung.
“Tolong
aku, kamu gunakan timba upih ini untuk ambil dari sungai dan siramkan ke kepala
Khoja.” Saya pun segera menyambut gayung upih yang datuk bulurkan. “Kamu kira
sampai seratus gayung, kamu berhenti, berdiri didepannya lebih kurang lima,
Kemudian ulang kerja kamu semula, buat kerja ni berulangkali, hingga dapat
perintah berhenti dari aku,” sambung datuk lagi. Saya angguk dan memulakan tugas yang saya kira
cukup rumit dan amat membosankan di bawah sinar matahari yang amat terik.
No comments:
Post a Comment