Din Tarzan tunduk merenung bumi “ Awak rompak saya dekat Changkat Jering.”
Tambah Wak Juno.
“Ya,” tidak diduga
Din Tarzan yang gagah dan bongkak membuat pengakuan secara terbuka.
“Kau nak duit lagi, nanti saya beri, jangan kacau saya nak cari rezeki cara halal, berapa banyak yang awak mahu?” Muka Wak Juno pucat.
“Kau nak duit lagi, nanti saya beri, jangan kacau saya nak cari rezeki cara halal, berapa banyak yang awak mahu?” Muka Wak Juno pucat.
“Saya tak mahu
semuanya tu, saya nak minta maaf pada awak tentang perangai saya yang lalu.”
“Saya sudak maafkan, saya halalkan wang yang awak rompak dari saya tu.”
“Saya sudak maafkan, saya halalkan wang yang awak rompak dari saya tu.”
“Ha...”, Din Tarzan
terkejut lalu memeluk tubuh Wak Juno. Kemudian Din Tarzan menangis, meraung
dengan sekuat hati. Perbuatannya itu menarik perhatian orang ramai. Kejadian
yang menyayat perasaan itu berlaku sekitar lima minit. Orang ramai terpegun dan
tidak berkata apa-apa.
“Lupakan perkara yang
lalu, bila kamu datang jumpa aku minta maaf, ertinya kamu berusaha untuk
membetulkan kesilapan kamu lalu, perbuatan kamu ini semua digerakkan oleh
Allah, ini menandakan Allah masih sayangkan kamu,” Wak Juno cuba menenangkan
perasaan Din Tarzan.
Pertama Kali, saya
dengar Din Tarzan mengucap dua kalimah syahdat dan menyebut nama Allah
berkali-kali.
“Saya sekarang mahu
jumpa semua orang yang saya aniaya, saya nak minta maaf.” jelas Din Tarzan.
Din Tarzan juga
memberitahu pada orang ramai yang berada di situ bahawa sejak akhir-akhir ini,
bila sampai waktu sembahyang, dia sering dikunjungi oleh seorang lelaki tua
yang mendesak dirinya supaya menunaikan sembahyang dengan segera. Kalau dia
berlengah-lengah, orang tua itu akan memukul tubuhnya dengan rotan.
“Pukul satu, pukul
tiga pagi dia mengejutkan saya dari tidur, suruh saya bertaubah, dia suruh saya
minta ampun pada orang-orang yang saya aniaya,” kata Din Tarzan sambil mengesat
air mata yang mengalir di pipinya.
“Kau kenal orangnya?”
Tanya saya.
“Tak kenal.”
“Tak apalah, apa yang
penting orang itu mengajar kamu supaya menjadi manusia yang baik,” Wak Juno
bersuara lembut. Din Tarzan tunduk merenung tanah.
“Orang yang Wak bawa
ke hospital dulu, sudah mati.” Din Tarzan membuka rahsia. Saya dan Wak Juno
terkejut besar.
“Mana kamu tahu?”
Soal saya.
“Orang tua itu
beritahu saya, katanya dia membawa Amjal Kamal ke masjid untuk sembahyang.
Amjal tak mahu malah dia lari ke arah Bukit Larut, masuk dalam hutan di situ
terus berlari-lari di celah-celah batu, akhirnya jatuh ke dalam gaung.” lanjut
Din Tarzan. Saya menarik nafas panjang.
Din Tarzan minta maaf
untuk kali yang kedua pada Wak Juno. Dia tetap melahirkan hasratnya untuk
mencari orang-orang yang pernah dianiayanya untuk memohon maaf. Din Tarzan
bersedia menerima sebarang risiko. Rela dituduh atau dimaki hamun.
Saya membatalkan niat
saya untuk menemui Najib. Wak Juno saya tinggalkan dan terus kembali ke rumah.
Fikiran saya masih berlegar-legar tentang apa yang diceritakan oleh Wak Juno
dan Din Tarzan. Saya masih tertanya-tanya apakah orang tua yang ditemui oleh
Wak Juno dan Din Tarzan adalah orang tua yang sama. Mungkin orang tua yang
mereka temui itu juga orang tua yang saya jumpai. Semuanya berlegar-legar dalam
kepala saya.
MENUNG
Saya terus termenung di pangkal pokok manggis. Jaraknya dari rumah kira-kira tiga rantai sahaja. Tempurung kepala masih digayuti persoalan tentang orang tua yang dikisahkan oleh Wak Juno sebentar tadi.
Saya terus termenung di pangkal pokok manggis. Jaraknya dari rumah kira-kira tiga rantai sahaja. Tempurung kepala masih digayuti persoalan tentang orang tua yang dikisahkan oleh Wak Juno sebentar tadi.
Timbul pertanyaan
dalam diri, kenapa kejadian yang tidak masuk di akal, harus terjadi pada saya?
Dalam usaha mencari jawapan pertanyaan tersebut, tanpa diduga Agam muncul di
depan saya. Dari arah mana dia muncul, sukar untuk dipastikan. Agam hulurkan
tangan. Segara saya sambut.
“Aku sekadar nak
menumpang lalu saya di sini Tamar. Aku gembira kau sihat.”
“Abang ini dari
mana?” Aku segera memanggilnya abang, tanda hormat pada orang yang lebih tua,
“singgah dulu, jumpa datuk dan nenek saya.”
“Tak payahlah,
sampaikan salam aku pada datuk kau, sebut nama aku dia mesti tahu.”
“Betul tak mahu
naik?” Agam melepaskan telapak tangan saya yang digenggamnya.
“Betul Tamar, aku tak
menentang niat.”
“Niat aku Cuma nak
menumpang lalu, bila aku selesai melihat saudaraku yang sakit di hujung
kampung,” jelas Agam sambil jari telunjuknya menunding ke arah hutan kecil di
pinggir kampung yang tak pernah dikunjungi oleh sesiapa pun.
Orang-orang kampung
mendakwa kawasan hutan kecil itu dijagai oleh orang Bunian. Sesiapa yang masuk
ke situ pasti sesat sampai berminggu-minggu dan pulang dalam keadaan bodoh
“Sekejap pun tak
boleh?”, desak saya.
“Saya tak boleh
melakukan sesuatu yang tidak pernah terniat dalam hati.”
“Begitu.”
“Memang begitu aturan hidup saya,” Agam hulurkan tangan untuk bersalam.
“Memang begitu aturan hidup saya,” Agam hulurkan tangan untuk bersalam.
Tiba-tiba darah
tersirap, dua tiga kali saya gerakkan kelopak mata. Macam mana tidak terkejut,
telapak tangan Agam yang digenggam erat ghaib secara tiba-tiba. Sekujur tubuhnya
turut sama hilang. Dahi segera saya tepuk dua tiga kali sambil menarik nafas
dalam-dalam.
Gegendang telinga
menangkap bunyi telapak kaki orang melangkah di sebelah kanan. Saya toleh ke
kanan, apa yang saya lihat ialah dedaun pokok yang bergerak seperti baru
dirempuh atau disentuh sesuatu. Ah, tak mengapalah, kenapa perkara sekecil ini
harus difikirkan setengah mati, fikir saya. Saya terus duduk di pangkal manggis
kembali.
Seronok juga melihat
beberapa ekor burung murai melompat direranting. Sesekali dedaun manggis
bergoyang-goyang akibat dilompati tupai jantan yang mengejar tupai betina. Bayu
yang bertiup membuat kelopak mata terasa berat. Rasa mengantuk mula datang. Dua
tiga kali saya tersenguk-senguk dan hampir terlelap.
Antara sedar dengan
tidak, saya bagaikan terpandang-pandang batang tubuh orang tua yang
diperkatakan oleh Wak Juno. Rasanya, orang tua itu bagaikan berdiri di depan
saya. Anehnya, bila saya buka kelopak mata lebar-lebar, bebayang orang tua itu
hilang. Perkara itu berlaku berulangkali, akhirnya saya merasa terkhayal.
Perasaan saya seperti mengembara ke satu tempat yang amat jauh, merempuh
padang, merempuh paya dan hutan belukar. Dalam khayalan yang tidak bertepi itu,
saya berhenti di tebing sungai yang airnya mengalir jernih.
“Kau pernah tengok
aku?”
Saya segera dongakkan
kepala menatap orang tua yang berdiri di depan. Dia senyum sambil menggaru-garu
pelipis sebelas kanannya.
“Pernah.” jawab saya.
“Dalam bas. Kemudian
kau terkejut melihat aku turun di kawasan hutan tebal.” lanjut orang tua itu.
“Ya.” Saya anggukkan
kepala.
“Kemudian kau
terus-menerus memikirkan tentang diri aku, bukan begitu hai orang muda?”
tanyanya dengan wajah selamba sambil tersenyum.
“Betul.”
“Sekarang sudah berdepan dengan aku. Apa kau masih memikirkan tentang diri aku lagi.?”
Saya terdiam. Susah untuk memberikan sebuah jawapan. Sesungguhnya, orang tua itu tidak jauh bezanya dengan orang-orang tua yang terdapat di kampung saya. Cuma yang peliknya, orang tua di depan saya ini boleh muncul dan hilang dengan tiba-tiba.
“Sekarang sudah berdepan dengan aku. Apa kau masih memikirkan tentang diri aku lagi.?”
Saya terdiam. Susah untuk memberikan sebuah jawapan. Sesungguhnya, orang tua itu tidak jauh bezanya dengan orang-orang tua yang terdapat di kampung saya. Cuma yang peliknya, orang tua di depan saya ini boleh muncul dan hilang dengan tiba-tiba.
“Orang-orang yang
bijak tidak mempersoalkan kebesaran Allah tetapi mereka mengkaguminya, kerana
apa yang dikehendaki oleh Allah itulah yang berlaku. Mana yang tidak
dikehendaki oleh Allah pasti tidak akan berlaku,” orang tua itu memberi ceramah
pendek, secara tidak langsung mematahkan hasrah saya untuk menyoal dirinya.
“Kau kenal Agam?”,
tanyanya.
“Ya,” cepat-cepat
saya anggukkan kepala.
“Dunia aku, kampung
halaman aku, asal-usulku serupa dengan Agam, sesungguhnya makhluk kamu dan
makhluk aku dijadikan oleh Allah untuk menyembah-Nya,” lanjut orang tua itu
lagi. Saya tetap setuu dengan kata-katanya itu. Saya bersedia mendengarnya
kalau dia mahu melanjutkan percakapan.
MUKA
Perlahan-lahan orang tua itu memalingkan mukanya ke kanan. Dia melihat air yang mengalir dan dedaun yang bergerak disentuh angin. Dia merenung ke arah saya kembali.
Perlahan-lahan orang tua itu memalingkan mukanya ke kanan. Dia melihat air yang mengalir dan dedaun yang bergerak disentuh angin. Dia merenung ke arah saya kembali.
“Terlalu banyak yang
Allah berikan pada makhluk tetapi terlalu sedikit pula yang makhluk berikan
kepada Allah, kau tidak pernah mengucapkan syukur atau berterima kasih pada
Allah yang menjadikan angin dan air sungai ,” lanjutnya. Saya menggigit bibir.
Saya akui apa yang dikatakannya itu.
“Barangkali, kau
tidak berapa senang dengan apa yang aku katakan. Tak apalah, cukup setakat ini
saja. Kau pun sudah tahu siapa aku yang sebenarnya. Jangan peningkan kepala
kamu memikirkan tentang diri aku,” orang tua itu terus menepuk bahu saya tiga
kali berturut-turut. Dia ketawa kecil sambil jari kelengkengnya menggaru hujung
pelipis sebelah kiri.
“Apa lagi yang mahu
kau tanya padaku?” soalnya, saya terus menelan air liur, sambil terus berfikir
tentang pertanyaan yang akan saya ajukan padanya.
“Kata Din Tarzan,
Amjal Kamal dah mati, betulkah cakapnya itu.” Saya kira itu pertanyaan yang
paling baik untuknya. Orang tua itu termenung sejenak.
“Ya, dia sudah mati,”
katanya dengan nada suara yang merendah. Matanya merenung sayu ke arah pepohon
dan air sungai yang mengalir, “Dia mati kerana menyangkakan ilmu dunia yang
dituntut itu dapat melawan kekuasaan Allah,” tambahnya dengan tenang.
“Dia melawan awak?”
“Berbudi bahasa
sedikit, hormatilah orang tua kerana kamu juga akan tua, bila kamu tak mahu
menghormati orang tua, jangan marah bila kamu sudah tua nanti orang muda tidak
mahu menghormati kamu.”
“Maafkan saya.”
“Aku lebih tua dari
datuk kamu.”
“Maafkan saya tuk
aku,” saya segera menundukkan kepala setelah menyedari kesilapan yang telah
saya lakukan. Saya jadi malu pada diri sendiri.
“Dia lari bila aku
ajak ke masjid, paling menyakitkan hati bila mengejek-ejek dan mengetawakan
aku, bila aku ajak dia sembahyang,” wajah orang tua itu dibalut rasa kesal yang
amat sangat.
“Ke mana dia lari?”
“Lari ke arah Bukit
Larut, dia tak peduli dengan orang mengejarnya. Sesiapa yang cuba menangkap,
semuanya kena tendang.”
“Apa yang dibuatnya
ke situ?”
“Dia panjat batu
besar lalu berdiri di situ, sepasang tangannya diluruskan ke arah matahari,
macam orang menyembah sesuatu. Entah macam mana badannya terlayah jatuh dalam
gaung.”
“Kesian,” saya gelengkan kepala.
“Kesian,” saya gelengkan kepala.
Orang tua itu meraba
pangkal dagunya dua tiga kali. Matanya tetap merenung awan yang berarak lemah
di dada langit. Dalam diam-diam saya gambarkan wajah Amjal Kamal dalam kepala.
Orang tua itu terus meraba-raba kulit pipi sebelah kanannya.
“Dari tempat tinggi
aku lihat tubuhnya terkapar di bumi, tidak bergerak-gerak. Aku segera
mendekatinya tetapi....” orang tua itu mengerutkan dahinya.
“Apa yang jadi
padanya?” Tergesa-gesa saya menyoal.
“Tubuhnya hilang, apa
yang aku lihat ialah kesan darah. Aku yakin dia akan menuntut bela terutama
pada orang yang pernah melihat dia berlawan dengan Agam.”
“Ha,” kata saya
dengan cemas, “Betul dia mahu menuntut bela?”
“Barangkali
begitulah, mengikut andaian aku. Dia akan menuntut bela dalam bentuk lain, kamu
harus hati-hati,” lanjut orang tua itu. Saya tergamam. Macam-macam perkara
buruk datang bertandang dalam tempurung kepala saya.
“Jangan susah hati,”
bahu kanan saya ditepuknya dua kali berturut-turut, “aku nak balik dulu,”
sambung orang tua itu. Kali ini suaranya terdengar sayup-sayup. Bahu kanan saya
yang ditepuknya terasa amat sakit. Orang tua yang tadi nampak cukup jelas terus
bertukar menjadi samar-samar dan berbalam. Akhirnya terus hilang.
“Asthaghafilrullah,”
kata saya sambil menepuk dahi. Cepat-cepat saya menoleh ke kiri dan ke kanan.
Saya yakin, bahawa saya tidak lagi berada dalam dunia khayalan. Saya dongakkan
kepala, merenung reranting dan dedaun manggis.
Saya menarik nafas
dalam-dalam. Saya puas hati. Apa yang selama ini menjadi tanda-tanda sudah pun
terjawab. Apa yang saya ketahui dan saya lalui harus diberitahu pada Najib.
Kemudian meminta dia merahsiakannya daripada orang ramai. Pada datuk dan nenek
juga perkara ini mesti dirahsiakan, saya membuat keputusan tersendiri.
BANGUN
Sebelum beredar dari bawah pohon manggis, saya terpaksa menggeliat dua tiga kali untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh di sendi pinggang dan di pelipat kaki. Saya memutuskan untuk pulang ke rumah, kalau saya rajin boleh ikut nenek ke ladang.
Sebelum beredar dari bawah pohon manggis, saya terpaksa menggeliat dua tiga kali untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh di sendi pinggang dan di pelipat kaki. Saya memutuskan untuk pulang ke rumah, kalau saya rajin boleh ikut nenek ke ladang.
“Eh Tamar, bagaikan
nak mampus aku mencari kamu, rupanya kamu bersenang-senang di sini,” teriak
Najib dalam jarak tiga rantai dari saya. Mata saya, tertumpu ke arah seorang
anak muda yang memakai baju putih dan berseluar hitam, berdiri di samping
Najib.
Setelah puas
mengamat-amatinya, saya yakin anak muda itu tidak saya kenali. Dia orang baru,
mungkin keluarga Najib atau kenalan rapatnya, fikir saya dalam hati. Najib dan
anak muda itu terus melangkah mendekati saya. Dan saya menanti dengan penuh
sabar. Dari jauh anak muda yang mengekorinya memberikan senyuman keramahan dan
persahabatan untuk saya.
“Ramli Ahmad dari
Kota Sarang Semut, Kedah,” Najib memperkenalkannya pada saya. Segera saya
hulurkan tangan. Buat beberapa saat tangan kami bergoncang.
“Saya Tamar, saya
gembira berkenalan dengan awak, saya harap awak gembira di sini.” kata saya
berbudi bahasa.
“Ya, saya juga megah
dan gembira kerana berjumpa dengan awak. Najib dah banyak ceritakan tentang
diri awak pada saya,” kata-kata Ramli itu amat mengejutkan saya. Wajah Najib
segerea saya renungi. Dia senyum lalu menganggukkan kepala. Setuju dengan apa
yang diungkapkan oleh Ramli. Hati saya berdebar, mungkin Najib sudah
menceritakan sesuatu yang tidak wajar diceritakan pada Ramli. Saya memisahkan
diri dengan Ramli lalu mendekati Najib.
“Apa yang kau
cakapkan dengannya Jib?”
“Tak ada apa-apa,
Cuma aku ceritakan tentang keberaniaanmun, Tamar.”
“Aku tak percaya.”
“Sumpah, aku tak tipu
kamu,” jelas Najib tetapi rasa ragu-ragu terus menyelubungi diri saya.
“Kau ceritakan apa yang kita alami dalam hutan dulu?” Aku mula membuat tuduhan melulu.
“Kau gila, aku tak sebodoh itu. Aku bukannya budak-budak tau!” Herdik Najib. Mukanya mula merah padam. Bila sudah sampai tahap tersebut, saya tidak berani melemparkan sebarang tuduhan lagi pada diri Najib. Kalau diteruskan, boleh menimbulkan kemarahannya. Saya terus membisu dan membuat kesimpulan Najib memang bercakap benar dengan saya.
“Kau ceritakan apa yang kita alami dalam hutan dulu?” Aku mula membuat tuduhan melulu.
“Kau gila, aku tak sebodoh itu. Aku bukannya budak-budak tau!” Herdik Najib. Mukanya mula merah padam. Bila sudah sampai tahap tersebut, saya tidak berani melemparkan sebarang tuduhan lagi pada diri Najib. Kalau diteruskan, boleh menimbulkan kemarahannya. Saya terus membisu dan membuat kesimpulan Najib memang bercakap benar dengan saya.
Ramli terus mendekati
kami.
“Ke mana lagi kita
nak pergi?” Ramli mengajukan pertanyaan pada Najib. Saya menarik nafas
dalam-dalam. Saya harus mengambil kesempatan ini untuk menenangkan perasaan
Najib.
“Bagaimana kalau kita melihat jerat pelanduk,” kata saya.
“Bagaimana kalau kita melihat jerat pelanduk,” kata saya.
“Boleh juga,” sahut
Ramli lalu merenung muka Najib sepupunya. Najib tersenyum lalu merenung ke arah
saya. Dia gelengkan kepala.
“Kenapa Najib?” Saya
menyoal.
“Tak ada apa-apa
tetapi aku keberatan untuk pergi ke dalam hutan lagi, susah aku nak cakapkan
pada kamu, Tamar. Tapi aku harap kamu faham kenapa aku tak mahu pergi,” satu
penjelasan dari Najib yang jawapannya sudah ada dalam tempurung kepala saya.
Dan saya tidak pula mendesak. Perkara itu mati di situ sahaja.
Demi kebaikan dalam
persahabatan, saya penuhi permintaan Najb yang mengajak saya minum kopi di
warung Pak Mah Noh. Sesungguhnya, minum di warung sama ada minum kopi atau
minum minuman dalam botol, bukanlah kegemaran saya. Pesan datuk, sebaik-baiknya
saya mengelakkan diri dari minum di warung, kecuali kalau sudah terdesak.
Di warung Pak Mat
Noh, Najib minum kopi, Ramli minum teh dan saya minum air sejuk yang sudak
dimasak. Najib memberitahu, sepupunya masih menuntut di salah sebuah sekolah
Inggeris di negerinya. Musim cuti dia suka menghabiskan masanya dengan
mengembara dalam hutan serta memanjat gunung lalu berkhemah di situ bersama
kawan-kawan yang sehaluan dengannya.
“Cuti kali ni, orang
tua saya tak benarkan saya pergi masuk hutan atau daki gunung.” Ramli membuka
rahsia dirinya.
“Jadi kerana itu kau
datang ke mari,” celah saya.
“Ya, memang tepat,”
jawabnya ringkas lalu menepuk bahu kanan saya berkali-kali. Kemesraan dalam
keramahan segera terjalin dengan eratnya antara saya dengan Ramli. Banyak
pengalaman menarik yang dialaminya ketika mendaki gunung diceritakan pada saya
Lepas minum di warung
Pak Mat Noh, saya dan Najib membawa Ramli ke gelanggang orang belajar silat.
Kemudian membawa dia ke rumah Pak Din yang handal membuat wau dan gasing.
Akhirnya, kami berkubang di sungai. Bila sudah kecut kulit badan baru berhenti
mandi.
Kata Ramli,
pengalaman yang diperolehinya bersama saya dan Najib amat menyeronokkan. Saya
terpisah dengan Najib dan Ramli. Kami berjanji untuk bertemu pada petang
besoknya dengan beberapa rancangan yang menarik.
PULANG
Seminggu Ramli di kampung, saya rasa cukup seronok dan bahagia sekali. Ramli yang tidak dapat memisahkan dirinya dari bercakap dalam loghat Kedah itu, ternyata manusia yang kaya dengan humour. Kadang-kadang dia membuat saya ketawa hingga tidak kering gusi.
Seminggu Ramli di kampung, saya rasa cukup seronok dan bahagia sekali. Ramli yang tidak dapat memisahkan dirinya dari bercakap dalam loghat Kedah itu, ternyata manusia yang kaya dengan humour. Kadang-kadang dia membuat saya ketawa hingga tidak kering gusi.
Tidak hairanlah, ketika dia mahu berangkat ke Kota Sarang Semut, saya dan Najib seperti keberatan mahu melepaskannya.
“Sebenarnya, aku nak
balik minggu depan tapi, orang tua aku dah datang ambil, aku tak boleh buat
apa-apa,” katanya pada saya dari tingkap kereta Austin Eight, berwarna hitam
milik ayahnya.
“Cuti yang akan
datang, dia tak boleh ke mana-mana. Dia mesti menumpukan masa pada pelajaran,”
tanpa diduga ayah Ramli yang jadi guru sekolah Melayu di tempatnya memberikan
keputusan muktamad. Saya dan Najib berpandangan. Kereta Austin Eight yang
membawa Ramli pun bergerak meninggalkan kami.
Beberapa tahun
kemudian, saya mendapat tahu Ramli telah melanjutkan pelajarannya ke Jerman
Barat, kemudian bekerja di Singapura, di Kedah iaitu di Sungai Petani. Akhir
sekali dia berkhidmat dengan MARA di Kuala Lumpur.
Beberapa jam selepas
Ramli pulang, saya meninggalkan rumah Najib tetapi hasrat kami untuk pergi ke
Alor Setar tetap tidak pudar. Bila sampai ketika dan saat yang baik semuanya
akan dilaksanakan.
Kerana hari sudah
hampir gelap, saya mengambil jalan dekat untuk pulang ke rumah. Bila saya
memilih jalan dekat, ertinya saya terpaksa melalui kawasan getah yang amat luas
dan sunyi. Cuma ada sebuah sahaja rumah dalam ladang getah tersebut. Rumah itu
sudah lama tidak didiami tetapi, masih ditunggui oleh beberapa ekor anjing.
Pemilik rumah sebuah
di tengah ladang itu seorang lelaki India yang berusia sekitar empat puluhan.
Dia ditugaskan oleh pemilik ladang tersebut mengawasi pokok getahnya dari ditoreh
secara curi pada sebelah petang oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Kira-kira tiga bulan
yang lalu, lelaki India itu telah mengamuk, memburu dua orang anak lelakinya
yang berusia sekitar 16-17 tahun dari pangkal ladang hingga ke hujung ladang dengan
pisau sabit. Dia jadi demikian, kerana kecewa dengan sikap isterinya yang lari
dari rumah mengikut lelaki lain.
No comments:
Post a Comment