Sejak kejadian itu, kedua-dua anaknya
tidak pulang ke rumah. Lelaki India itu merasa amat kecewa dengan nasib malang
yang menimpa dirinya. Akhirnya, lelaki India itu mengambil keputusan gantung
diri dalam rumah hingga mati. Mulai dari tarikh itu, rumah yang sebuah itu
terus kosong. Hanya anjing peliharaannya sahaja yang masih setia menunggu
rumah.
Biasanya, kalau saya
yang lalu di situ anjing peliharaan tidak menyalak atau mengejar saya. Mungkin
anjing itu sudah biasa dengan bau badan saya.
Berdebar juga ketika
melintas rumah kosong, maklumlah hari sudah samar-samar. matahari sudah berada
di kaki langit. Pepohon getah yang rapat dan berdaun lebat membuat cuaca di
jalan tanah merah yang saya lalui bertambah suram. Kalau saya ikut jalan raya
(jalan jauh) saya tidak menghadapi masalah sesulit ini.
Angin yang bertiup
terus menggerakkan dedaun dan reranting getah. Dedaun getah yang tua gugur ke
bumi. Beberapa kali langkah saya terhenti, diganggu oleh monyet liar yang
melompat di dahan getah. Saya kian mendekati rumah usang dan cara mendadak
darah saya tersirap. Suara salakan anjing bertalu-talu membuat tubuh saya
gementar.
Buah getah dan
reranting getah berguguran, macam ada kuasa yang mengugurkan. Monyet-monyet
liar berlompatan dari dahan ke dahan macam dikejar sesuatu. Dedaun getah yang
bergerak macam disentuh ribut mengeluarkan bunyi yang amat menggerunkan.
Dari celah-celah daun
yang lebat itu, saya melihat ke dada langit. Awan nampak bersih, cahaya
matahari sudah tidak kelihatan lagi. Saya cuba berlari tetapi, tidak terdaya
saya lakukan. Sepasang lutut saya terasa cukup lemah.
Saya cuba bertenang
dan cuba menguasai perasaan gementar supaya tidak bertambah kuat. Usaha saya
itu berhasil, saya berjaya mengawal perasaan cemas dan takut. Akal fikiran saya
mula terbuka, bersedia untuk bertindak untuk menghadapi sesuatu. Memang betul,
cakap datuk yang pernah menasihatkan saya supaya bersikap tenang, gunakan
fikiran, jangan panik bila berdepan dengan suasana yang mencemaskan.
SALAKAN
Suara salakan anjing terus menguasai kawasan ladang. Saya sudah bersedia untuk melawan anjing-anjing tersebut, sekiranya saya diserang. Saya segera mengambil sepotong dahan getah yang panjangnya kira-kira tiga kaki. Kayu itu tetap saya jadikan senjata untuk mempertahankan batang tubuh saya dari digigit oleh gigi anjing yang tajam itu. Lama saya menunggu, anjing-anjing yang dijangka menyerang saya itu tidak datang.
Suara salakan anjing terus menguasai kawasan ladang. Saya sudah bersedia untuk melawan anjing-anjing tersebut, sekiranya saya diserang. Saya segera mengambil sepotong dahan getah yang panjangnya kira-kira tiga kaki. Kayu itu tetap saya jadikan senjata untuk mempertahankan batang tubuh saya dari digigit oleh gigi anjing yang tajam itu. Lama saya menunggu, anjing-anjing yang dijangka menyerang saya itu tidak datang.
"Kenapa? Mesti
ada sesuatu," bentak batin saya.
Seluruh pandangan
saya tujukan ke arah pondok usang. Saya lihat dua ekor anjing menyalak ke arah
tumah usang. Dua tiga ekor lagi megelilingi rumah tersebut. Biasanya, bila
anjing menyalak mesti ada sesuatu. Anjing tidak akan menyalak tanpa sebab.
Siapakah yang berada di dalam rumah usang waktu senja begini? Timbul pertanyaan
dalam diri saya.
Rasa cemas kembali
menguasai hati, bila saya terdengar bunyi suara gagak atas bumbung rumah
tersebut. Serentak dengan itu saya terihat pintu rumah usang yang tertutup
rapat, terbuka perlahan-lahan. Saya juga melihat cahaya lampu minyak tanah. Ada
bebayang manusia bergerak dalam rumah. Saya terhidu bau tembakau rokok.
Bila saya ama-amati
ternyata bau tersebut datang dari arah rumah usang. Dua kali saya terdengar
suara orang batuk dan dituruti dengan suara orang bercakap. Saya pasti yang
bercakap itu seorang lelaki Melayu dan seorang lagi lelaki India. Mereka
bercakap tentang masalah kewangan.
Beberapa ekor anjing
meluru ke arah saya. Kayu di tangan saya pegang erat-erat dan bersedia untuk
dihayunkan ke arah anjing-anjing tersebut. apa yang mengejutkan, bila
anjing-anjing itu berada dalam jarak yang dekat dengan saya, terus berhenti
menyalak, seolah-olah memperlihatkan sikap persahabatan. Semua anjing-anjing
itu menggoyang-goyangkan ekor sambil mengelilingi saya.
Salah seekor dari
anjing tersebut yang berwarna kuning, berbadan besar dan tegap, berlari
berulangkali ke arah rumah usang sambil berbunyi. Kemudian datang kearah saya.
Tiga kali saya biarkan anjjing itu berbuat demikian, hingga timbul dalam hati
saya yang anjing tersebut mahu menyatakan sesuatu tentang apa yang ada di dalam
rumah usang.
Saya nekad untuk
pergi ke rumah usang. Hati saya tiba-tiba sahaja jadi berani, beberapa ekor
anjing yang mengelilingi saya terus meluru ke depan, seolah-olah menjadi kepala
jalan yang sekaligus melindungi saya.
Langkah kian teratur
menuju ke pintu rumah. Sebaik sahaja saya berdiri di depan pintu, secara
mendadak pintu rumah terbuak perlahan sambil mengeluarkan bunyi yang nyaring
akibat engselnya sudah berkarat kerana sudah lama tidak digunakan.
Sarang labah-labah
dan sawang yang bergantungan di muka pintu bergerak-gerak lembut dan akhirnya
pecah akibat diterpa angin. Saya terpaku di muak pintu, tidak tahu, apa yang
harus saya lakukan.
Cahaya lampu minyak
tanah terus menerangi ruang depan rumah. Anjing-anjing yang mengiringi saya
segera duduk di tanah sambil merendah-rendahkan muncungnya macam mahu menyondol
tanah. Anjing-anjing itu tidak menyalak lagi tetapi, bersuara mendayu-dayu.
Beberapa minit
kemudian semua anjing-anjing itu melengking dengan suara yang tinggi dan
melompat lalu lari ke arah kawasan pinggir ladang getah. Saya yakin, semua
anjing-anjing itu dipukul. tekaan saya tidak salah, bila melihat beberapa ekor
badan anjing itu berdarah dan berlari terjingkit-jingkit. Siapa yang
memukulnya?
"Siapa di
dalam?" Jerit saya.
"Aku, kenapa?
Apa yang kau mahu?"
"Ha....."saya
gagal meneruskan kata-kata kerana terkejut menerima jawapan yang diluar
jangkaan saya. Suara orang ketawa memanjang dalam rumah usang jelas kedengaran.
Keadaan cuaca terus
beransur gelap dan saya berazam untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Saya
maju setapak, berdiri tidak jauh dari ambang pintu. Bila saya sudah melangkah
setapak ke depan, ertinya saya sanggup menerima sebarang risiko. Saya jenguk ke
dalam rumah. Lampu minyak tanah terlekap di dinding. Sesekali terdengar suara
orang berbisik.
"Ya Allah...", saya separuh menjerit. Ranjan (pemilik rumah usang) berdiri di depan saya. Bagaimana orang yang sudah mati boleh hidup semula? Tanya hati kecil saya. Walaupun demikian tubuh Ranjan yang terpacak di depan terus saya renungi. Saya lihat di batang lehernya terdapat kesan luka akibat dijerut dengan tali belati.
"Ya Allah...", saya separuh menjerit. Ranjan (pemilik rumah usang) berdiri di depan saya. Bagaimana orang yang sudah mati boleh hidup semula? Tanya hati kecil saya. Walaupun demikian tubuh Ranjan yang terpacak di depan terus saya renungi. Saya lihat di batang lehernya terdapat kesan luka akibat dijerut dengan tali belati.
Saya tidak
mengizinkan sepasang mata saya merenung lehernya lama-lama. Suara raungan
anjing-anjing terdengar sayup-sayup di hujung ladang getah. Entah mengapa saya
jadi berani secara tiba-tiba sahaja. Bagaikan ada sesuatu kekuatan yang
tersendiri datang dalam diri saya. Ranjan terus merenung saya sambil membuka
mulutnya perlahan-lahan.
Bila mulutnya sudah
ternganga lebar. Saya lihat lidah pucatnya bergerak-gerak dalam rongga mulut.
Lidah itu kelihatan membesar dan menjulur sedikit demi sedikit hingga sampai ke
paras dada. Lidah tersebut kelihatan terbuai-buai ke kiri ke kanan, macam daun
pisang dara dirempuh angin.
Serentak dengan itu
terdengar suara orang bersorak dengan gamat yang datangnya dari arah kiri dan
kanan rumah. Suara tanpa manusia itu mendebarkan hati. Bunyi dengung lalt,
langau bagaikan mahu memecahkan gegendang telinga. Saya segera menekup telinga
dengan sepasang telapak tangan.
Ranjan mengangkat
kedua belah tangannya lalu menghalakan ke arah batang leher saya. Sampai di
sini keberanian tidak dapat saya pertahankan, semuanya hancur berderai. Badan
saya berpeluh dan menggigil. Segera saya pusingkan tubuh ke kanan sambil
merendahkan badan. Tanpa membuang masa, saya terus melompat dalam jarak dua
kaki sebelum berdiri untuk membuka langkah lari seribu langkah.
SUARA
Saya terus berlari, suara cengkerik, suara katak dan bunyi burung tukang, bagaikan mempersenda-sendakan langkah saya. Hati terus dibalut rasa cemas dan takut.
Saya terus berlari, suara cengkerik, suara katak dan bunyi burung tukang, bagaikan mempersenda-sendakan langkah saya. Hati terus dibalut rasa cemas dan takut.
"Hai, nanti dulu
Tamar,"
Saya segera toleh ke
kanan, ke arah suara itu datang. Kali ini langkah saya benar-benar kaku. Amjal
Kamal berdiri senang di bawah pohon cempedak. Sepasang matanya yang hampir
tersembul merenung ke arah saya.
Kulit dahinya
terkoyak hingga menampakkan kedua belah tulang keningnya. Darah merah segar
mengalir di kedua belah pipinya. Daging pipi sebelah kirinya terkeluar,
bergantuingan macam daging lembu yang digantung di pasar untuk dijual.
Tulang dagunya
terkopak macam dihentak atau terhempas pada benda yang keras. telinga kirnya
terkoyak dan bibir bawahnya pecah. Hidungnya tiada dan kulit di batang lehernya
terkopak, urat dan tulang leher jelas kelihatan, buah halkumnya bergerak lemah
bercampur dengan darah.
Baju yang dipakainya
semuanya koyak rabak, begitu juga dengan seluarnya. Saya tidak tahu apa yang
wajar saya lakukan? Apakah saya perlu memberikan pertolongan padanya? Jangan
cari penyakit, cara yang paling baik dan selamat tinggalkan dia sendirian di
situ.
Sebelum saya
memulakan langkah, lagi sekali wajah Amjal Kamal yang aneh itu saya tatap.
Sepasang matanya yang tersembul tetap merenung sayu ke arah saya. Seolah-olah
minta pertolongan dan simpati. Renungannya begitu sayu dan bersahaja sekali.
Dia menangis, kata saya bila melihat air matanya mengalir atas daging pipinya
lalu bersatu dengan dengan darah. Saya jadi simpati. Rasanya, tidak sampai
membiarkan dia sendirian.
Saya menarik nafas
dalam-dalam. Rasa simpati yang datang dalam hati, membunuh rasa takut dan cemas
dalam diri saya. Setiap kali melihatkelopak matanya yang tersembul berkelip,
rasa mahu menolongnya kian menjadi-jadi dalam hati.
"Kenapa kamu
jadi macam ini?" Tanya saya.
Tidak ada jawapan
yang saya terima, cuma renungannya kian redup, kian sayu, minta dikasihani.
"Kenapa kamu lari, waktu orang ajak kamu pergi ke masjid?" Soal saya. Macam tadi juga, jawapannya tidak saya perolehi. Matanya tetap merauti seluruh wajah saya. Bila saya terlalu lama merenunginya begitu tanpa berkedip, mebuat hati saya jadi cemas kembali.
"Kenapa kamu lari, waktu orang ajak kamu pergi ke masjid?" Soal saya. Macam tadi juga, jawapannya tidak saya perolehi. Matanya tetap merauti seluruh wajah saya. Bila saya terlalu lama merenunginya begitu tanpa berkedip, mebuat hati saya jadi cemas kembali.
Saya terpaksa
menggunakan senjata terakhir, iaitu membuka langkah untuk pulang ke rumah.
Suara lolongan anjing sudah lama berhenti tetapi, sura cengkerik, katak dan
burung hantu tetap menyanyi tanpa irama yang tertentu. Sambil berlari, saya
terus menoleh ke belakang, saya lihat Amjal Kamal yang sudah berubah bentuk itu
tetap berada dekat saya. Dia seolah-olah mengapai-gapaikan tangannya untuk
berpaut pada baju saya.
Ketika itu juga saya
teringat cakap orang tua ganjil bahawa Amjal Kamal yang mati akan kembali dalam
bentuk dan cara lain untuk menjahanamkan siapa sahaja yang pernah menghalang
cita-citanya. Malangnya, orang tua itu tidak memberitahu saya bagaimana
cara-cara untuk menghancurkan penjelmaan kembali Amjal Kamal itu.
"Tamar, ke mana
kamu nak pergi?"
Saya pasti itu suara
datuk. Tetapi saya tidak mampu memperlahankan langkah kaki yang sedang berlari.
Terasa sekujur tubuh Amjal Kamal dengan wajah yang mengerikan tetap mengekori
saya.
Datang lagi suara
datuk. Saya segera menoleh ke kiri tanpa disangka tubuh terlanggar pohon petai.
Bahu kiri, terasa seperti mahu tercabut. Amjal Kamal dengan wajah yang
menakutkan terus hilang entah ke mana.
GELAP
Cuaca bertambah gelap. Dalam keadaan yang terhoyong-hayang itu, sepasang tangan kasar memeluk tubuh dengan kuat. Saya terus meronta-0ronta dan suara datuk terus memukul gegendang telinga saya. Wajahnyatidak dapat saya lihat. Usaha saya berhasil, sepasang tangan yang memaut tubuh dapat saya buka dengan membantingkan tubuh orang itu ke perdu petai.
Cuaca bertambah gelap. Dalam keadaan yang terhoyong-hayang itu, sepasang tangan kasar memeluk tubuh dengan kuat. Saya terus meronta-0ronta dan suara datuk terus memukul gegendang telinga saya. Wajahnyatidak dapat saya lihat. Usaha saya berhasil, sepasang tangan yang memaut tubuh dapat saya buka dengan membantingkan tubuh orang itu ke perdu petai.
Orang itu mengerang
kesakitan, saya tidak dapat mempastikan siapakah yang jadi mangsa saya. Apakah
orang itu patah atau pengsan bukanlah urusan saya. Apa yang penting, saya harus
berlari ke mana sahaja mengikut kata hati. Saya halakan tubuh ke arah matahari
jatuh sambil memulakan langkah.
"Uhhhhh...,"
pekik saya sekuat hati.
Sepasang tangan saya
gawangkan ke kiri dan ke kanan. Saya tidak dapat berdiri dengan baik. Ada yang
menaburkan jala besar ke arah saya. Sepenuh tenaga saya melompat hingga jala
yang menyerkup saya pecah berderai.
Dalam keadaan kelam
kabut itu, saya terasa ada orang menyarungkan guni padi ke kepala saya. Satu
tumbukan yang padu dan kuat singgah di rusuk kanan. Saya tidak dapat berdiri
lalu jatuh terduduk.
Sepasang kaki saya
ditarik dan dada saya ditekan. Saya terbaring dan tubuh yang sudah dibalut
dengan guni itu terus digolek ke mana-mana. Tubuh saya diangkat dan diusung.
Akhirnya, dihumbankan ke dalam sebuah kolam. Saya mual kelemasan dan terus
menelan air kolam, tekak terasa payau. Terasa ada orang merentap guni yang
membalut tubuh.
Telinga saya masih
menangkap suara orang bercakap. entah apa yang dicakapkan, saya sendiri tidak
tahu. Fikiran saya sekejap berada di satu tempat lain dan sekejap berada di
tempat apa yang sedang saya alami sekarang. Tubuh saya diangkat dari perut
kolam. Diletakkan di atas tanah. Dalam keadaan yang tercungap-cungap itu, saya
masih mampu melihat api jamung dari daun kelapa menerangi sekitar kolam.
Sukar untuk mengenali
orang-orang yang mengelilingi saya. Pandangan saya agak kabur kerana air kolam
masih lagi menguasai kelopak mata. Badan saya menggeletar kesejukan.
"Apa dah jadi dengan kamu, Tamar?"
"Apa dah jadi dengan kamu, Tamar?"
Perlahan-lahan saya
pusingkan leher ke kiri. Untuk seketika, wajah datuk yang duduk mencangkung itu
saya tatap. Entah, mengapa saya tidak berminat mendengar suara dan wajahnya.
Cepat-cepat saya alihkan pandangan ke langit.
Saya tatap gumpalan
awan dan bintang di langit. Tidak semena-mena, muncul Amjal Kamal di
awang-awangan. Bergerak bebas ke sana ke maro sambil melambai-lambaikan tangan
ke arah saya.
"Hei, nanti dulu
Tamar," katanya. Dia berhenti betul-betul di depan mata saya. Aneh, saya
tidak berlari atau berjalan tetapi, kenapa dia menyuruh saya menantinya. Dalam
keadaan fikiran yang bercelaru itu. Amjal Kamal terus mendekati saya. Dia
membalingkan seketul tanah di muka saya. Bila tanah menyentuh kulit muka,
terasa panas macam kena api. Buat beberapa detik saya tidak tentu arah.
"Kamu sekarang,
tunduk dengan aku, kamu faham!" Ujarnya.
"Faham,"
jawab saya.
"Kamu ikut
perintah aku, tunduk dengan kata-kata ini: Dari hati, dari perasaan, dari
semangat rohani dan jasmani, kau ikut apa yang aku suruh,"
"Saya
faham," nada suara saya lembut.
Amjal Kamal yang
berada di awang-awangan itu ketawa berdekah-dekah. Saya tidak tahu, apakah
ketawanya didengar oleh datuk dan rakan-rakannya.
"Kamu kenal
siapa ini?" Amjal Kamal mengeluarkan sebuah patung dari celah ketiaknya.
Patung itu ditayangkan pada saya seketika. Saya gelengkan kepala. Memang sukar
untuk mengenali patung tersebut berwajah siapa dari jarak jauh.
"Baiklah,
sekarang kaulihat dengan teliti," kata Amjal Kamal lalu membesarkan patung
itu seperti bentuk manusia biasa.
"Kau kenal,
siapa orangnya, Tamar?"
"Kenal."
"Siapa dia, Tamar?"
"Siapa dia, Tamar?"
"Datuk
saya."
"Sebenarnya, dia
musuh kamu."
"Bukan, dia
bukan musuh saya, dia datuk saya," begitu yakin saya mengucapkan kata-kata
itu. Amjal Kamal gelengkan kepala beberapa kali.
"Cuba kau
perhatikan dengan teliti Tamar."
Saya pun mematuhi
arahan Amjal Kamal. Saya perhatikan dan saya telek patung sebesar manusia itu
dengan teliti. Memang bukan datuk, cuma bentuk tubuh dan wajahnya hampir
menyamai datuk
"Kau puas
Tamar?"
"Ya. Saya puas
hati, buka datuk saya."
Saya segera anggukkan
kepala. Amjal Kamal tersenyum. Dia suruh saya merenung ke arah dada kiri
patung. Apa yang disuruhnya saya patuhi. Bila saya renung ke arah dada kiri
patung itu, kelihatan cahaya berkelip-kelip macam cahaya batu delima.
Betul-betul berada di bahagian jantung. makin lama direnung, mata jadi silau
dan kepala terasa pening. Timbul keinginan dalam diri saya untuk memiliki benda
yang memancar seperti batu delima itu.
"Tamar, dengar
sini. Ini perintah, dari hati, dari perasaan dari semangat rohani dan jasmani,
kau ikut apa yang aku suruh, Tamar," terdengar suara Amjal Kamal bergema
dari setiap sudut. Wajahnya tidak dapat saya lihat.
Suara Amjal Kamal
makin lama, makin kuat dan nyaring. Saya kira, kalau tidak dijawab, suara itu
tidak akan berhenti lalu saya membuat keputusan:
"Ya, aku patuh
pada perintah kamu."
"Bagus, kau
pengikut yang setia."
"Apa perintah
untuk aku?"
"Kamu mesti
menikam ke atah dada orang yang bercahaya itu."
"Mahu ditikam
dengan apa?"
"Dengan
pisau."
"Dengan pisau?
Perintah bodoh. Mana ada pisau pada aku?"
"Ada, kau raba
bawah ketiak kamu."
RABA
Perintah itu saya turuti. Memang benar, sebilah pisau pendek saya temui di bawah ketiak sebelah kanan. Hulu pisau saya pegang erat-erat. Suara ghaib terus bergema memerintah saya menikam ke arah benda bercahaya. Saya tidak ada pilihan lain. Dengan sepenuh tenaga, saya balingkan pisau ke arah benda yang berkelip itu. Tepat pada sasarannya. Terdengar jeritan dan benda yang berkilat itu hancur berkecai, badan patung berkecai dan berterbangan.
Perintah itu saya turuti. Memang benar, sebilah pisau pendek saya temui di bawah ketiak sebelah kanan. Hulu pisau saya pegang erat-erat. Suara ghaib terus bergema memerintah saya menikam ke arah benda bercahaya. Saya tidak ada pilihan lain. Dengan sepenuh tenaga, saya balingkan pisau ke arah benda yang berkelip itu. Tepat pada sasarannya. Terdengar jeritan dan benda yang berkilat itu hancur berkecai, badan patung berkecai dan berterbangan.
Melihat kejadian yang
tidak pernah diduga, saya terkejut. Seluruh badan saya menggeletar. Badan saya
terasa kecil dan mula terpisah dari keadaan yang saya alami. Telinga saya mula
terdengar suara orang bercakap. Antara sedar dengan tidak, saya cuba
menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Tidak mahu memandang ke langit lagi.
"Curahkan air ke
mukanya, dia masih khayal." saya mendengar suara datuk.
Belum pun sempat saya
mengeluh atau bersuara. Satu baldi air tercurah ke muka. Saya seperti
terpinga-pinga melihat jamung yang marak menyala. Saya ditempatkan atas
pengusung yang dibuat dari buluh. Kedua belah tangan dan kaki saya diikat
dengan rotan.
Saya lihat Mat Daud
dan Azizi Jabar masih berdiri di tepi kolam ikan milik Haji Sulung.
Kedua-duanya membimbit baldi kosong. Salah satu dari baldi itu digunakan untuk
mencurahkan air dari kolam ikan ke muka saya.
"Macam mana saya
boleh berada disini?" Tanya saya pada Uda Lamat yang berdiri dekat
pengusung. Orang tua itu tersenyum. Saya cuba menggerakkan jejari tangan dan
kaki yang terasa kaku dan kebas.
"Kamu lari satu
ladang ni sambil bertempik macam gajah hilang anak." ujar Uda Lamat,
disambut dengan ketawa oleh beberapa orang yang berada di situ.
"Nak tangkap
kamu terpaksa di jala." celah Mat Daud yang tiba-tiba diri dekat Uda
Lamat.
"Kemudian dihumban ke dalam kolam ikan, lepas itu diikat pada pengusung, kalau tak dibuat macam ni, entah kaki gunung mana kamu pergi." tambah Uda Lamat lagi.
"Kemudian dihumban ke dalam kolam ikan, lepas itu diikat pada pengusung, kalau tak dibuat macam ni, entah kaki gunung mana kamu pergi." tambah Uda Lamat lagi.
Dalam keadaan
terkapar atas pengusung, saya terus mengingati punca kejadian itu berlaku.
Semuanya jelas terbayang tetapi saya tidak menduga sama sekali yang saya
mengalami keadaan seperti ini. Menggemparkan orang kampung hingga mereka
terpaksa menggunakan kemampuan apa yang ada pada mereka untuk menangkap saya.
"Huh...,"
saya mengeluh dan tubuh mulai terasa sejuk.
"Kenapa
Tamar?" Uda Lamat mendekati saya.
"Sejuk, saya
sejuk," kata saya pendek.
"Pukul berapa
sekarang?"
"Entah, aku tak
ada jam," Uda Lamat terus memandang ke arah Mat Daud yang menyeluk saku.
Mat Daud mengeluarkan jam sakunya. Jam saku yang bulat dan berantai itu
dibawanya ke bawah api jamung yang marak.
"Lagi sepuluh
minit pukul sepuluh," jerit Mat Daud ke arah saya dengan kuat.
Lagi sekali saya
mengeluh, sesungguhnya saya sudah membuat masa yang begitu lama dalam ladang
getah," tidak mendatangkan apa-apa hasil yang menguntungkan. Andainya saya
ikut jalan raya, tentu peristiwa semacam ini tidak terjadi?
DIRI
Secara spontan timbuk pertanyaan dalam diri saya. Apakah semua yang saya alami ini bernar-benar terjadi atau hanya khayalan dari perasaan saya sahaja? Lagi sekali saya menarik nafas atas pengusung.
Secara spontan timbuk pertanyaan dalam diri saya. Apakah semua yang saya alami ini bernar-benar terjadi atau hanya khayalan dari perasaan saya sahaja? Lagi sekali saya menarik nafas atas pengusung.
"Bawa saja ke
rumah, sampai di rumah boleh dikisahkan mana yang patut." beritahu datuk
pada Mat Daud. Selesai sahaja datuk bercakap, pengusung pun diikat. Dan malam
itu saya bagaikan putera raja diarak dalam kebun getah dengan diterangi cahaya
dari jamung. Sampai di rumah saya disambut oleh nenek dengan tangisan. Atas
kemahuan datuk, saya diletakkan di anjung rumah. Jiran tetangga dari kaum
perempuan dilarang menghampiri saya. Hati nenek bertambah hiba bila datuk
mengeluarkan perintah demikian.
Lebih dari sepuluh
minit saya dibiarkan terkapar atas pengusung di anjung. Kemudian datuk meletakkan
telapak tangan kirinya atas dahi saya. Dari dahi telapak tanagn kiri itu
digerakkan ke bawah menyentuh dada, perut dan akhirnya berhenti di hujung ibu
jari sebelah kanan. Rotan yang mengikat sepasang kaki dan tangan pun dibuka.
Saya disuruh duduk dan dipaksa meneguk air dingin dari labu tanah.
"Sekaranf kamu
jangan memikirkan apa yang sudah kamu rasakan." ujar datuk dengan tenang.
Saya terdiam, sukar untuk saya melupakan sesuatu keanehan yang saya alami.
Walaupun, permintaan datuk tetap saya patuhi meskipun perkara itu sukar untuk
saya lakukan.
"Kamu faham
dengan apa yang aku cakapkan tadi, Tamar?" datuk renung seluruh wajah
saya.
"Faham."
"Sekarang pergi mandi," datuk keluarkan perintah. Matanya tertuju ke wajah nenek. Dan nenek bagaikan mengerti dengan renungan datuk itu. Tanpa membuang masa nenek segera mendekati saya. Pergelangan kaki dan tangan saya disapunya dengan sejenis minyak. Tujuan nenek berbuat demikian supaya bekas ikatan rotan di tempat tersebut tidak bengkak atau luka. Nenek memapah saya ke bilik mandi.
"Faham."
"Sekarang pergi mandi," datuk keluarkan perintah. Matanya tertuju ke wajah nenek. Dan nenek bagaikan mengerti dengan renungan datuk itu. Tanpa membuang masa nenek segera mendekati saya. Pergelangan kaki dan tangan saya disapunya dengan sejenis minyak. Tujuan nenek berbuat demikian supaya bekas ikatan rotan di tempat tersebut tidak bengkak atau luka. Nenek memapah saya ke bilik mandi.
Nenek tidak
membenarkan saya memegang gayung dan menjirus air ke tubuh sendiri. Saya
disuruh meniarap atas simen dengan dagu berlapikkan tempurung jantan. Tiga kali
nenek jiruskan air atas pusat. Setiap kali air menyentuh pusat, sejuknya bukan
kepalang, terasa meresap hingga ke tulang belakang. Saya tidak berani
membantah, mungkin apa yang nenek lakukan itu, sudah diberitahu oleh nenek
terlebih dahulu kepadanya.
Upacara mandi malam
itu diakhiri dengan mandi air daun pandan yang sudah direbus. Dijirus mulai
bahu sebelah kanan, membawa ke kiri. Air itu tidak boleh menjamah kulit telapak
kaki. Setelah itu tubuh saya dibalut dengan kain pelikat. Saya dibawa ke anjung
kembali. Kawan-kawan datuk yang membantunya menangkap saya di ladang getah,
sudah pulang kecuali Uda Lamat.
No comments:
Post a Comment