SAYA
tergamam, bila melihat datuk agak terkejut. Datuk terus mengerutkan
dahinya,saya kira datuk seperti keberatan untuk memenuhi permintaan Haji Taslim
Singsari.
“Bila
haji nak pergi?”
“Tiga
empat hari lagi.”
Datuk
menyentuh ujung kening kirinya dengan jari telunjuk kanan. Haji Taslim
Singasari menggaru-garu pangkal telinganya yang tidak gatal. Ekor matanya masih
tertumpu kearah saya.
“Begini
haji.”
Haji
Taslim Singasari segera memalingkan wajahnya kearah datuk. Mereka bertukar
senyuman untuk seketika.
“Apa
dia?” Soal Haji Taslim Singasari .
“Kalau
begitu, biar saya balik ke kampung dulu. Dah lama sangat saya tinggalkan orang
rumah”
“Dah
tua-tua begini rindu lagi ke?” Usik Haji Taslim Singasari seiring dengan ketawa
sinis.
“Bukan
apa-apa, adat bersuami bertanggungjawab pada makan minum isteri, kesihatannya
juga perlu diperhatikan. Hidup jangan mementingkan diri sendiri, tak mahu
memikirkan kebajikan isteri, itu bukan suamai yang baik,” tutur datuk. Saya
lihat Haji Tasli Singasari menganggukkan kepala.
“Cakap
awak tu betul, kita harus menjadi suami yang baik mengikut hukum hakam Islam,”
Haji Taslim Singasari memberikan semangat.
“Hajat
tu memang begitu” celah datuk.
“Saya
tak menghalang, terpulanglah kepada awak. Saya sedia menanti awak” itulah
kata-kata yang datuk nantikan dari Haji Taslim Singasari.
“Awak
ikhlas ke Haji?”
“Saya
ikhlas”
“Ke
mana kita nak pergi sebenarnya Haji, boleh tak awak beritahu tujuan sebenarnya
Haji nak mengajak saya ke situ, bila orang kampung bertanya, senang saya nak
menjawabnya,” tutur datuk dengan tenang.
Lagi
sekali saya lihat Haji Taslim Singasari tersenyum sinis.
“Awak
ni selalu menggunakan nama orang rumah, katakan saja awak yang nak tahu,” dalam
senyum Haji Taslim Singasari menyindir datuk.
“Dua-dua
boleh pakai” sahut datuk. “Begini,” Haji Taslim mengemaskan silanya, “Saya ajak
ke kampung saya supaya awak boleh berkenalan dengan orang tempat saya”
“Itu
saja,” wajah datuk Nampak kesal. Haji Taslim dapat membaca apa yang tersirat
dalam hati datuk dan dia terus bersuara lagi.
“Kita
pergi sebuah kampung yang aneh, saya nak ajak awak tangkap hantu hidup-hidup”
“Awak
ni cakap betul atau nak bergurau dengan saya” datuk minta kepastian. Saya juga
terkejut mendengar cakap Haji Taslim itu.
“Saya
tak bergurau, saya tak berbohong,” Haji Taslim memperlihatkan kesungguhannya.
Saya dan datuk saling berpandangan.
“Hantu
apa yang nak ditangkap?” datuk tatap wajah Haji Taslim. Begitu juga dengan
saya.
“Nak
tangkap hantu susu”
Saya
jegilkan mata bila mendengar Haji Taslim. Entah mengapa secara mendadak saja
bulu roma saya terus berdiri.
“Hei,
macam cerita budak-budak je” kali ini giliran datuk tersenyum sinis kearah Haji
Taslim. Ternyata Haji Taslim kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan
datuk.
“Benar
kawan, sudah dua tiga orang dah menyampaikan cerita tu pada saya. Khabarnya
cerita tu dah tersebar luas seluruh pulau ini. Saya sendiri belum dapat
menentukan sejauh mana benarnya cerita tersebut,” Haji Taslim merenung muka
datuk. Saya lihat datuk masih lagi tersenyum sinis, mungkin datuk berfikir,
mana ada hantu susu dalam dunia yang serba moden ini.
Beberapa
saat yang panjang, tiada ungkapan kata yang lahir dari kelopak bibir kami.
Suasana terasa amat sepi sekali. Bunyi deru angn di luar tidak seganas tadi.
Suara lolongan anjing kadang-kadang tenggelam. Begitu juga dengan suara burung
hantu. Tubuh, saya peluk erat-erat dan dagu saya menggeletar menahan kedinginan
malam yang kian tua. “Agaknya perkara yang sebutkan ini ada kaitan dengan
sahabat awak yang mati tu?” datuk ajukan pertanyaan kepada Haji Taslim.
Saya
lihat Haji Taslim menegakkan badannya. Dia terus menggelengkan kepala. Tidak
mahu menjawab pertanyaan datuk.
“Kalau
bukan dirinya, boleh jadi anak muridnya” datuk terus memancing jawapan dari
Haji Taslim. Dia menarik nafas dalam-dalam. Melihat dari gerak geri air
mukanya, Haji Taslim seperti bersetuju dengan apa yang datuk tuturkan. Jerat
datuk mengena, fikir saya dalam hati.
“Setahu
saya, semasa dia menuntut dulu, tak pernah dia bercerita yang dia menuntut ilmu
yang semacam itu.” Tanpa saya duga Haji Taslim mahu membuka mulut. Dia bangun
lalu melangkah ke jendela. Daun jendela dibukanya luas-luas. Saya menjadi
cemas, takut perkara buruk berulang lagi. Haji Taslim menatap kegelapan malam
seketika.
Daun
jendela dirapatkan kembali. Dengan tenang Haji Taslim melangkah kearah saya dan
duduk bersila di atas lantai.
“Agaknya
dia memang menuntut, tapi tak beritahu awak. Kalau diberitahu awak, nanti awak
melarang dia,” kata datuk.
“Boleh
jadi cakap awak betul.” Balas Haji Taslim dengan tenang, “Boleh jadi ada orang
lain yang mengamalkan ilmu itu” tambahnya. Kata-kata yang diluahkan oleh Haji
Taslim membuat keraguan bersarang dalam dada saya. Dia masih melindungi dan
mempertahankan arwah sahabatnya.
Saya
menelan air liur dan membuat rumusan yang Haji Taslim perlu diawasi dengan
cermat. Mana tahu, dalam diam-diam dia akan menjadi pemusnah pada diri saya dan
datuk.
“Orang
yang sudah tiada, usah dikaitkan dengan kejahatan di kulit dunia,” tutur Haji
Taslim lagi, memperkuatkan keraguan dalam hati saya.
“Saya
tidak berniat buruk terhadap arwah, saya cuma meluahkan pendapat dan pandangan
aje,” datuk bertindak membersihkan dirinya dengan sopan. Semoga tidak ada
tanggapan buruk haji Taslim terhadap dirinya.
“saya
faham, awak bercakap sekadar ingat-mengingati,” Haji Taslim terus menepuk bahu
kanan datuk.
“Cakap
awak tu memang ada manfaatya. Kena fikir bersama, barangkali ada kebenarannya.”
Haji Taslim menggeliat dan akhirnya memicit ibu jari kaki kanannya.
“Pada
hemat saya, setiap perkara buruk mesti ditentang, terutaman yang mnyesatkan
iman,” cetus datuk dengan cara mendadak saja.
“Betul,
memang betul,” Haji Taslim menjengilkan matanya kearah datuk.
“Tapi
kerja macam tu tak mudah, banyak cabaranya, Haji,” tingkah datuk sambil meraba
hujung dagunya. Saya terdengar sesuatu di tingkap. Mata pun saya arahkan ke
situ.
Tak
ada apa-apa, Cuma angin saja, kamu cepat sangat takut”, Haji Taslim menujukan
kata-kata kepada saya, rupa-rupanya dia dapat membaca apa yang tersirat dalam
dada saya.
“Apa
yang awak katakan tadi, cuba ulang sekali lagi,” Haji Taslim mengarahkan jari
telunjuknya ke arah datuk.
“Banyak
cabarannya, bukan kerja mudah”, ulang datuk lagi.
“Ya,
sebab itulah kita memerlukan kawan yang berilmu. Dua ilmu dari dua kawan, kita
satukan untuk menentang kejahatan, saya memang memerlukan awak dalam hal ni,”
wajah Haji Taslim nampak riang sekali.
“Saya
tak sehebat mana, Haji. Kalau Allah mengizinkan, jadilah ia. Kalau tidak, hampa
melayang,” datuk tetap macam selalu, suka merendah diri.
“Sudah
lah tu, hidup kalau terlalu merendah diri, tidak juga baik. Sekarang saya dah
terangkan tujuan sebenar. Senanglah awak bercakap dengan orang rumah.”
“Nampaknya
begitulah Haji,” sanggah datuk. Mereka berbalas ketawa, dan ketawa mereka
berhenti secara mengejut.
Biji
mata mereka tertumpu kea rah tingkap yang terbuka sendiri.
BESAR
Ada
lengan sebesar batang kelapa terjulur di tingkap. Jumlah jari cuma empat
sahaja. Ibu jarinya bengkok macam ibu kunyit. Semua jejari itu berbulu dan
dilekati tanah warna kekuningan.
Di
lengan itu penuh dengan bulu berwarna hitam, tidak ubah seperti lengan mawas
(king kong), terdengar bunyi orang menarik dan melepaskan nafas dalam keadaan yang
amat penat. Rumah yang kami duduki terasa bergegar. Seluruh tubuh saya
menggeletar.
“Syaitan
apa tu Haji?”
“Sudah
lama dia tak datang, kenapa malam ni dia datang” Haji Taslim seperti merungut.
Datuk merenung kearah anak mata saya, dari renungannya, bagai ada sesuatu yang
mahu disampaikan kepada saya.
“Makhluk
peliharaan awak, Haji?”
“Rasanya
iman saya belum tergugat lagi.”
“Jadi,
dia datang ni untuk siapa?” tingkah datuk
Haji
Taslim mempamerkan kemarahan di wajah. Hatinya kurang senang dengan pertanyaan
yang bertalu-talu.
“Saya
tak mahu menjawab pertanyaan awak, cari sendiri jawapannya” nada suara Haji
Taslim mula meninggi. Dia genggam penumbuk. Matanya tertumpu kearah lengan yang
sedang bergerak ke sana ke mari atas bendul tingkap. Jejarinya sekejap terbuka
sekejap tertutup.
“Peliharaan
arwah, Haji?”
Haji
Taslim mengangukkan kepala.
“Masa
arwah ada, kerap dia datang”
Haji
Taslim mengangukkan kepala.
“Minta
makanan,” soal datuk lagi.
Tiada
jawapan dari Haji Taslim kecuali anggukan kepala. Mungkin bosan dengan Haji
Taslim yang main angguk-angguk kepala saja, datuk terus berhenti bertanya.
Matanya ditumpukan kepada lengan di bendul tingkap. Saya ikut apa yang datuk
lakukan. Dari hujung jari jemari itu, darah keluar lalu menitik ke atas lantai.
Anehnya apabila saya merenung ke tempat darah itu menitik, tidak ada kesan
darah. Entah ke mana darah itu menghilang. Mustahil meresap ke dalam papan
lantai. Kelopak mata Haji taslim tidak berkelip merenung kearah tangan berbulu
yang bergerak bebas di atas bendul tingkap. Bunyi hembusan nafas bertambah kuat
dan hebat. Saya menjadi resah. Tetapi rasa takut agak berkurangan keranan datuk
ada di sisi saya. Lolongan anjing yang tadi jarang kedengaran, kini sudah
bertalu-talu, begitu juga dengan suara burung hantu yang bersorak, deruan angin
mula kedengaran.
“Masa
arwah hidup dulu, dia beri makan darah binatang?” soal datuk pada Haji Taslim.
Jawapan yang diperolehi ialah anggukan.
“Darah
ayam”
Haji
Taslim mengangguk.
“Darah
manusia,”
Angguk
juga yang diperolehi. “Pernah beri darahnya sendiri yang dikeluarkan dari salah
satu urat di bawah ketiak,” sambung datuk. Macam tadi juga, tidak sepatah kata
keluar dari mulut Haji Taslim. Dia terus main angguk kepala, macam belatuk
patuk batang buruk.
Rumah
bergegar lagi seperti digoncang sesuatu. Suara orang ketawa dan mengilai mulai
kedengaran. Haji Taslim ubah tumpuan kearah datuk.
“Ambilkan
bilah buluh yang saya selitkan di dinding belakang awak,” itu arahan yang
dikeluarkan pada datuk. Tanpa membuang masa datuk bangun dan mencabut salah
satu bilah buluh yang terselit di dinding. Datuk segera serahkan pada Haji
Taslim.
“Rasanya,
waktu subuh dah dekat,” nada suara Haji Taslim kini bagai mengandungi harapan
yang besar.
“Saya
rasa pun begitu, dah dekat benar waktunya,” balas datuk penuh keyakinan. Haji
Taslim terus melurut bilah buluh kering dua tiga kali. Kedua bilah buluh itu
memang sudah ditajamkan. Saya lihat Haji Taslim mengukur seluruh bilah dengan
kuku jari kirinya.
“Nak
buat apa?” mendadak datuk menyoal. Tiada jawapan dari Haji Taslim. Sesekali,
saya bagaikan terlihat kemunculan wajah yang mengerikan di tingkap. Wajah itu
mengeluarkan cahaya kekuningan, kulitnya berkedut dengan rambut berwarna
kemerah-merahan menutup wajahnya. Dari celah-celah rambut itu terdapat sepasang
mata yang memancar cahaya hijau. Bulat sebesar telur burung puyuh. Sorotan
cahayanya cukup jauh, macam sorotan cahaya lampu picit.
BERSILA
Haji
Taslim kali ini mengubah kedudukannya. Kali ini dia duduk bersila. Bilah buluh
diletakkan di antara kedua tempurung lututnya. Sepasang tangannya terus memeluk
tubuh. Kelopak bibirnya mula bergerak.
“Kita
mulakan sekarang,” perlahan-lahan Haji Taslim memusingkan lehernya ke kanan,
iaitu kearah datuk. Mata mereka bertembung.
“Maksud
Haji?”
“Menghancurkan
apa jua peninggalan arwah. Menjahanamkan semua sahabat-sahabatnya,” nada suara
yang mengutuskan kemarahan dari dalam sanubari Haji Taslim.
“Mahu
bantuan dari saya, Haji,”
“Niat
memang begitu, tapi ikhlaskah awak menolong saya. Jangan disalahkan saya kalau
ada hal-hal yang buruk datang kemudian.” Haji Taslim Taslim besuara tanpan
melihat wajah datuk. Matanya terus tertumpu pada lengan di atas bendul Saya
mula terdengar bermacam-macam bunyi. Ada suara beruang, kucing dan tempikan
gajah. Dan saya yakin suara-suara aneh itu hanya datang kepada saya. Kalau Haji
Taslim mendengarnya, pasti dia meberi komen. Begitu juga datuk.
“Bersedia”
Cukup
lantang suara Haji Taslim. Pergerakkan tubuhnya sungguh pantas. Tahu-tahu dia
sudah berdiri dengan bilah buluh ditangan. Bersedia untuk melunturkan buluh
yang tajam kerah lengan berbulu yang tersidai di atas bendul tingkap.
“Apa
mesti saya buat, Haji?”
“Melafazkan
kalimah Allah Huakbar, bila bilah buluh itu melekat pada daging syaitan itu.
Tetapi kalau terdengar suara azan Subuh masa buluh ini menikam lengan ganjil
tu, tak payah ucap Allah Huakbar.”
“Baiklah,
Haji”
Haji
Taslim menarik dan menahan nafas. Bila nafasnya dilepaskan bilah buluh pun
dilunturkan kearah lengan berbulu. Lunturan tepat pada sasarannya. Bilah buluh
lekat di situ, jejari empat saya lihat relai dari tangan. Semua melayang dan
meluru kea rah Haji Taslim. Saya terdengar suara orang mengerang kesakitan yang
amat sangat. Rumah kembali bergegar.
Datuk
saya lihat seperti orang kena pukau. Dia tidak dapat berkata sepatah pun.
Matanya, tidak bergeral melihat jari-jari bagaikan terbang menerkam Haji Taslim
bersama cahaya kemilau macam cahaya kelip-kelip.
Haji
Taslim terpaksa menggerakkan bilah buluh ke kiri dan ke kanan. Hanya itu sahaja
yang dapat dilakukan mengelakkan diri dari diserang oleh jejari yang empat.
Dalam suasana yang kacau bilau itu, terdengar suara azan berkumandang di udara.
Rumah yang bergegar terus berhenti. Datuk yang terpukau terus tersedak. Suara
binatang yang memekakkan telinga saya terus hilang. Empat jejari yang mahu
menujah muka Haji Taslim terus lesap entah ke mana. Keadaaan kembali normal.
“Masih
ada bahaya yang lebih besar lagi,” ucap Haji Taslim. Dia terus mendekati. Gema
azan sudah pun berakhir. Haji Taslim menarik tangan datuk ke arah jendela.
“Tanah,
darah dan kain putih,” kata saya denganr asa terkejut yang amat sangat bila
melihat kesan tanah kubur, darah dan kain putih yang terlekat pada bendul
jendela. Saya merenung wajah Haji Taslim. Saya mohon penjelasan daripadanya.
“Kain
putih yang melekat pada bendul tu, kain kafan,” jelas Haji Taslim> darah
saya tersirap
“Tanah
tu, agaknya tanah dari kubur,” celah datuk
“Memang
tanah kubur,” jawab Haji Taslim.
“Darah
tu, darah apa, Pak Haji,” tanya saya.
“Itu
saya tak tahu. Boleh jadi darah ayam atau darah binatang lain,” Haji Taslim
tesus menggosok pangkal hidungnya beberapa kali.
“Sudahlah,
bila hari cerah, kita periksa,” tiba-tiba sahaja datuk memberikan pendapat,
ternyata pendapatnya diterima oleh Haji Taslim. Kami segera ke perigi dan
mandi. Setelah itu kami menunaikan sembahyang Subuh dan imamnya ialah Haji
Taslim. Selesai sembahyang Subuh, kami terus berwirid panjang hingga matahari
muncul di kaki langit.
SARAPAN
Dan
pagi itu, setelah menemani datuk bermandi embun, saya terus pulang ke rumah
Haji Taslim.
“Datuk
kamu kemana, Tamar?”
Itu
yang Haji Taslim ajukan, bila melihat wajah saya terjenggul di pintu.
“Di
belakang,” jawab saya.
“Sarapan
dah siap,” sambung Haji Taslim lagi. Saya anggukkan kepala. Lalu ke ruang dapur
mencuci tangan. Kemudian saya duduk bersila menghadapi hidangan pagi. Hati
kecil saya mengkagumi kecekapan Haji Taslim. Walaupun sudah tua. Tetapi masih
mampu menyediakan sarapan dengan segera. Dia buat air kopi panas, pisang goreng
malah ada tiga pinggan nasi lemak. Semuanya dibuat sendiri tanpa bantuan saya
dan datuk.
“Berat
sangat untuk makan pagi,” tegur datuk yang muncul secara mendadak. Haji Taslim
tersenyum.
“Awak
nak berjalan jauh, perut mesti diisi dengan kejap, baru seronok berjalan,”
sahut Haji Taslim.
“Memang
sudah menjadi kebiasaaan, berjalan atau tidak, makan pagi sekadar mengalas
perut.”
“Kalau
begitu, banyak sangat saya masak ni,” Haji Taslim tuang kopi di dalam cawan.
“Kira-kira
begitulah, Haji.”
“Tak
apa, boleh buat bekal awak berdua,” Haji Taslim sudah menemui jalan bagi
mengatasi masalah tersebut. Datuk terus anggukkan kepala. Ternyata sarapan pagi
itu amat menyelerakan, satu pinggan nasi lemak habis masuk perut saya. Bila
saya mahu menyentuh pisang goreng, telapak tangan datuk segera jatuh ke atas
pergelangan tangan saya. Cepat-cepat saya toleh ke wajah datuk.
“Kamu
sudah cukup kenyang, jangan ikutkan nafsu. Makan sekadar untuk kenyang, jangan
berlebih-lebihan.”
“Biarlah
si Tamar tu merasa goreng pisang saya,” Haji Taslim minta laluan. Hati saya
riang kerana ada manusia yang mahu mempertahankan saya.
“Tak
apa, dia boleh rasa goreng pisang yang awak bekalkan tu, dalam perjalanan
nanti,” ternyata datuk tetap mahu mempertahankan konsep makan sekadar untuk
kenyang yang sudah menjadi darah daging dalam dirinya. Dan konsep itu mahu
diserapkan kedalam diri saya pula.
“Mahu
mengajar supaya cucu awak patuh kepada awak?”
“Ya,
kalau tak dibentuk dari sekarang, bila lagi?” jawab datuk dan terus menghirup
air kopi terkahir. Dia basuh tangan dan minta bantuan Haji Taslim membungkus
nasi lemak dengan daun pisang yang dibalut dengan upih. Alasan datuk, kenapa
dia meminta Haji Taslim berbuat demikian ialah, supaya nasi lemak itu terus
panas dan bau wanginya tidak mudah hilang. Rupanya, dalam hal ini, pendapat
datuk dan Haji Taslim tidak bercanggah. Selain dari perkara yang disebutkan
tadi, ada khasiat lain yang tersembunyi. Menurut Haji Taslim nasi yang dibalut
dengan daun pisang atau upih, bila dimakan dapat mengurangkan lemak dalam perut
serta mengeluarkan angin dan dapat menghilangkan lenguh-lenguh badan. Sejauh
mana kebenaran kata-kata Haji Taslim tidak dapat saya pasti. Dan Datuk pula
tidak menafikan.
“Selamat
jalan.”
Suara
Haji Taslim parau. Dia terus berpeluk-pelukan dengan datuk di kaki tangga. Saya
yang nakal terus menuju kearah jendela tempat lengan aneh tersadai malam tadi.
Saya
periksa tanah dikawasan tingkap. Apa yang saya temui ialah kesan darah dan
tulang temulang. Saya segera berlari ke kaki tangga mendapatkan Haji Taslim dan
datuk. Kedua-duanya saya ajak datang ke kawasan bawah tingkap. Saya tunjukkan
apa yang saya temui di situ.
“Memang
begitu, setiap kali benda ganjil ni datang, dia mesti membawa tulang.
Tulang-tulang mesti hancur jadi macam kapur bila terkena matahari,” Haji Taslim
terus mencangkung. Matanya menatap tulang-tulang berserakan.
“Kalau
tak silap saya, tulang-tulang ni, tulang binatang besar,” datuk memberikan
pendapat.
“Memang
benar apa yang awak cakap tu,” pintas Haji Taslim, “dulu saya pernah terjumpa
tulang kaki manusia,” tambah Haji Taslim. Mata saya dan datuk terbeliak
mendengar penjelasan Haji Taslim. Saya jadi seram.
“Serbuk
tulang ni, kalau terkena kaki atau mana-mana bahagian tubuh, boleh bawa
penyakit,”
Haji
Taslim buka rahsia, “kulit boleh jadi gatal, bila digaru lama-lama akan keluar
air dan seluruh badan luka-luka,” lanjut Haji Taslim.
“Macam
mana awak tahu Haji?” tanya datuk.
“Arwah
yang beritahu, dia pernah mengenakan serbuk tulang itu pada kucing, bulu kucing
terbakar dan kulitnya mengelupas. Tak sampai dua jam kucing tu mati. Ini
sebenarnya racun, digunakan oleh mahaguru ilmu hitam untuk menewskan musuhnya.”
Haji Taslim berhenti bercakap. Dia terus bangun dan menatap wajah datuk.
“Arwah
mahu menggunakan serbuk tulang ni untuk menjahanamkan awak, tetapi, belum
sempat saya menahannya, dia sendiri keberatan menggunakannya. Itulah kehebatan
awak,” Haji Taslim menepuk bahu kanan datuk dua tiga kali. Kemudian dia mengajak datuk menuju ke kaki
tangga. Kerana bimbang saya akan menyentuh tulang-tulang yang ada di situ, saya
disuruh datuk berjalan dahulu. Cakap datuk segera saya patuhi.
“Macam
mana awak nak menghilangkan tulang yang jadi serbuk bila kena matahari,” datuk
terus merisik rahsia dari Haji Taslim.
“Arwah
ada memberi saya cara dan petuanya,”
“Macam
mana?”
“Kenapa,
awak nak tahu ke? Saya ingat awak tak usahlah tau.”
“Begini
Haji, tahu tu lebih baik daripada tak tahu,” tutur datuk dengan tenang. Haji
Taslim berhenti melangkah dan mendongakan muka ke langit melihat matahari pagi
yang mula melepasi pucuk pokok kelapa dara.
“Bila
sinar matahari ini sampai ke tanah di bawah tingkap. Semua tulang-tulang yang
kita tengok tadi hancur jadi serbuk,” Haji Taslim kedutkan dahi dan dia
berhenti menatap matahari yang kian keras melemparkan cahayanya di setiap sudut
kampung. Langkah yang terhenti diteruskan sehingga sampai ke kaki tangga.
“Petua
tadi macam mana?” datuk mendesak.
“Petua
apa?” Haji Taslim terkejut, sepasang matanya merenung kearah tepi sawah
sambilkan kedutkan kening dan dahi. Dia seperti mengingati sesuatu.
“Oh!
Ya,” Haji Taslim seperti bertempik, “saya terlupa,saya terlupa, saya terlupa,”
ucapnya berkali-kali seperti menyesali dirinya.
Datuk
turut tesenyum. Memang datuk tidak menduga secepat itu, Haji Taslim terlupakan
perkara yang diperkatakan. Barangkali Pak Haji yang satu ini terlalu menumpukan
seluruh daya fikirnya pada perkara tulang di bawah rumahnya, barangkali, dia
mencari jalan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi, bila dia
berada di rumah itu seorang diri. Fikir saya di dalam hati.
“Petua
dia, begini,” Haji Taslim merapati datuk. Ditariknya tangan datuk agar duduk di
bangku yang berada tidak jauh di kaki tangga. Sinar matahari mula menyentuh
tulang bumbung rumah. Suara beburung pagi berkicau garang. “Petuanya, mudah je,
curahkan minyak kelapa masak keaatas serbuk tulang,” kata Haji taslim.
“Itu
saja, saya fikir ada perkara lain,” ujar datuk sambil senyum. Dan kali ini Haji
Taslim arahkan sepasang matanya kea rah muka datuk. Tiba-tiba dia anggukan
kepala seraya berkata.
“Memang
betul, bukan itu saja,”
Datuk
menarik nafas panjang. Dari wajahnya tergambar kepuasan dan keinginan amat
sangat untuk mengetahui rahsia selanjutnya. Datuk tumpukan perhatian pada
kelopak bibir Haji Taslim.
“Minyak
kelapa tu, mestiah dari kelapa gading yang kita buat sendiri. Minyak kelapa itu
diisikan dalam botol sesudah dibacakan yasin selama tujuh malam Jumaat,” Haji
Taslim terus membuka rahsia. Datuk anggukkan kepala.
No comments:
Post a Comment