DATUK terus memulaskan kedua belah tangan Samad Perang ke belakang. Udin Candung pula memegang kedua belah kaki. Mamat Bukit terus duduk di atas belakang Samad Perang.
“Dollah kau ambil rotan,” Mamat Bukit beri arahan pada
Dollah Beranggas. Cepat-cepat Dollah Beranggas melompat ke tanah dan segera
naik ke rumah bersama segulung rotan.
Tanpa membuang masa, Dollah Beranggas buka gulung rotan
dan terus mengikat kedua belah pergelangan kaki Samad Perang.
“Rotan. Aku nak ikat tangannya, cepat sikit Dollah,”
Dollah pun melemparkan rotan pada Mamat Bukit. Kedua belah tangan Samad Perang
pun terus diikat.
Samad Perang terkapar di situ, nafasnya tercungap-cungap
macam ikan atas daratan. Mungkin kerana
letih membuat datuk, Mamat Bukit, Udin Candung dan Dollah Beranggas tersandar
di dinding rumah.
“Kita tak boleh membiarkan dia begitu, kesian dan tak
elok pada mata orang lain, macam kita tak berakal sangat,” kata datuk pada
Mamat Bukit.
“Habis apa yang patut kita buat?, Kalau kita buka
ikatannya nanti dia membunuh orang lain.”
”Bagaimana, kalau kita rantaikan kakinya pada tiang
seri.”
“Betul juga cakap awak, kita kena berunding dengan kaum
keluarganya dulu.”
“Terpulanglah pada awak Mamat.”
Mamat Bukit pun menemui keluarga Samad Perang. Setelah
berunding Mamat Bukit menyuruh Dollah Berangas mencari rantai besi dan kunci.
Dollah Beranggas segera akur dengan permintaan Mamat Bukit itu.Setengah jam
kemudian, Dollah Beranggas kembali ke rumah dengan membawa rantai besi serta
ibu kunci tembaga. Semuanya diserahkan pada Mamat Bukit.
“Di mana kamu dapat barang-barang ni Dollah?” Soal Mamat
Bukit.
“Rantai besi dan kunci tu, saya pinjam dari Haji Ishak.”
“Macam rantai pengikat sampan (perahu) rupanya.”
“Ya, memang rantai pengikat sampan, kunci tembaga tu
kunci peti duitnya.”
“Habis sekarang peti duitnya tak berkuncilah Dollah?”
“Duitnya memang tak ada, dia simpan petinya saja,” kata
Dollah Beranggas sambil tersenyum.
Samad Perang pun diangkat berhampiran tiang seri, kakinya
terus dirantai, dan dikunci. Rotan yang mengikat kaki dan tangannya pun dibuka.
Samad Perang terus bangun sambil meronta-ronta.
“Lepaskan aku, lepaskan aku, aku nak kambing putih, aku
nak balik ke bukit,
jerit Samad Perang dengan lantang.
Pinggan berisikan nasi yang dihulurkan oleh isterinya
terus dipecahkannya dan nasinya dipijak-pijak. Jiran-jiran yang melihat
kejadian aneh itu, ada yang geleng kepala dan ada pula yang menangis penuh
simpati. Beberapa orang dukun yang cuba mengubati semuanya kena maki hamun dari
Samad Perang. Dan datuk tidak dapat berbuat apa-apa dalam masalah ini, datuk
merasakan apa yang terjadi pada diri Samad Perang memang ganjil sekali.
“Pelik, sungguh tadi elok sihat tiba-tiba ini jadinya,”
keluh datuk.
“Bukan apa-apa tu, kena sampuk penunggu bukit,” celah
Mamat Perang.
“Penunggu?”
“Ya, apa awak tak percaya? Awak dah tengok sekarang.”
“Ya, apa awak tak percaya? Awak dah tengok sekarang.”
Datuk menggigit kuku di jari manis. Dia agak enggan mahu
mengakui kebenaran kata-kata akhir dari Mamat Bukit itu. Dan Mamat Bukit
bagaikan tahu kesangsian yang bermain dalam diri datuk.
“Kau tidak percaya pada penunggu?”
“Susah nak aku cakpkan, terus terang aku katakan pada
kamu Mamat, ini semuanya kerja syaitan.”
“Terpulanglah, tak usah kita bertengkar fasal ini, apa
yang mesti kita fikirkan bagaimana mahu memulihkan diri Samad Perang.”
“Ya, memang betul cakap kau.”
Mamat Bukit dan datuk berbalas senyum. Secara spontan
Mamat Bukit minta datuk mengubatinya. Tetapi, datuk menolaknya dengan alasan
dia tidak mampu. Samad Perang yang dirantai kakinya terus menjerit sambil
menumbuk-numbuk dada. Dia berusaha mahu memutuskan rantai besi, untuk lari ke
hutan. Tiang seri dari kayu cengal terus digegarnya. Kerana kedudukan tiang seri itu teguh dan dipasak dengan
baji kayu jenis keras, membuat tiang itu tidak bergerak walau sedikit pu
“Saya balik dulu Mamat,” bisik datuk pada Mamat Bukit.
“Silakan. Tapi esok macam mana?”
“Saya tak faham cakap awak.”
“Mudah saja, pagi esok kami nak ke hutan menghantar
kambing jantan putih serta membuat semahan atau jamuan untuk penunggu.”
“Saya tidak mahu subahat dengan kerja-kerja yang
bercanggah dengan ajaran agama Islam Mamat.”
“Tak apalah, awak jangan menyesal kalau penunggu kacau
awak.”
“Saya serahkan pada Allah yang maha besar.”
Saya dan datuk pun meninggalkan rumah Samad Perang yang
jaraknya dengan rumah datuk kira-kira dua batu lebih. Bersama sinar matahari
petang yang kian menurun, terdengar sayup-sayup jeritan Samad Perang.Sampai di
rumah datuk terus menyeltkan rotan semambunya di gelegar rumah. Bila saya tanya
kenapa datuk tidak membawa masuk ke dalam rumah. Datuk hanya memberi jawapan
yang pendek begini bunyinya:
“Menurut petua orang tua-tua, barang-barang yang diambil
dari hutan, tidak baik dibawa terus ke dalam rumah.”
“Apa sebabnya tuk?”
“Entahlah, tapi itu kepercayaan entah betul entah tidak
dan hati aku ragu-ragu nak bawa masuk.”
Saya puas hati dengan penjelasan yang diberikan, tidak
ada pertanyaan yang mahu saya kemukakan padanya. Dari air mukanya saya dapat
menduga bahawa datuk begitu kecewa dengan nasib malang yang menimpa diri Samad
Perang. Dua hari kemudian, saya dan datuk pergi semula ke rumah Samad Perang
kembali. Orang pertama yang ditemui oleh datuk ialah Mamat Bukit. Mereka
bersalaman.
“Permintaan penunggu sudah kami tunaikan,” beritahu Mamat
Bukit.
“Macam mana kamu buat?”
“Kami buat ancak, semua barang yang dikehendakinya kami
letakkan di situ, di bawah pokok besar.”
“Kambing jantan putih?”
“Kami sembelih, separuh dagingnya kami bawa balik,
separuh lagi kami tinggalkan di bawah pokok.”
“Kerja membazir,” datuk terus merungut.
Mamat Bukit ketawa kecil dan memberikan keyakinan pada
datuk yang penyakit Samad Perang akan sembuh dalam sedikit masa lagi kerana
permintaan penunggu sudah dipenuhi. Datuk agak keberatan untuk mempercayai jaminan yang
diberikan oleh Mamat Bukit itu. Dengan
ditemani oleh Mamat Bukit datuk terus menemui isteri Samad Perang.
“Sudahkah awak berusaha mengubati penyakit suami awak?”
“Sudah dua orang pawang saya panggil, semuanya gagal.”
“Awak tak mahu bawa ke rumah sakit?”
"Kalau dibawa ke rumah sakit, suami saya akan
dihantar ke rumah sakit otak di Tanjung Rambutan, saya mahu berusaha cara
kampung.”
“Ya, kita cuba cara kampung dulu,” datuk memberikan
keyakinan pada isteris Samad Perang.
Datuk pun meninggalkan isteri Samad Perang di situ, baru
tiga langkah datuk melangkah meninggalkan, isteri Samad Perang segera
menghampirinya.
“Malam ni ada bomoh terkenal datang untuk mengubati suami
saya.”
“Bomoh dari mana?”
“Dari mana saya tak tahu, anak saudara saya yang uruskan,
bayarannya juga mahal.”
“Berapa?”
“Lima ratus ringgit, tidak termasuk tambang dan makan minumnya, saya harap awak datang malam ni.”
“Berapa?”
“Lima ratus ringgit, tidak termasuk tambang dan makan minumnya, saya harap awak datang malam ni.”
“Baiklah.”
Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, saya dan datuk terpaksa menapak sejauh dua batu menuju ke rumah Samad Perang. Ketika kami tiba, beberapa jiran sudahpun berada di anjung rumah. Semuanya duduk bersila. Seorang lelaki berbadan tegap yang dipanggil Mahaguru duduk menghadapi mangkuk perasap yang berisi bara. Dia menaburkan kemenyan atas bara, seluruh ruang dikuasai bau kemenyan. Satu baldi air tersedia di sebelah kanannya. Lelaki yang dipanggil mahaguru itu terus bangun, dia membuka langkah silat dan menyeru nama beberapa pahlawan Melayu, antara nama yang disebutnya termasuklah nama Hang Jebat. Dia terus menampar muka Samad Perang dan kakinya menyepak badan Samad Perang. Kemudia dia mengambil baldi yang berisi air. Badan Samad Perang dijirusnya dengan air. Saya lihat badan Samad Perang menggeletar kesejukan. Lelaki yang digelar mahaguru itu meletakkan hujung keris yang berluk sembilan atas dahi Samad Perang.
Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, saya dan datuk terpaksa menapak sejauh dua batu menuju ke rumah Samad Perang. Ketika kami tiba, beberapa jiran sudahpun berada di anjung rumah. Semuanya duduk bersila. Seorang lelaki berbadan tegap yang dipanggil Mahaguru duduk menghadapi mangkuk perasap yang berisi bara. Dia menaburkan kemenyan atas bara, seluruh ruang dikuasai bau kemenyan. Satu baldi air tersedia di sebelah kanannya. Lelaki yang dipanggil mahaguru itu terus bangun, dia membuka langkah silat dan menyeru nama beberapa pahlawan Melayu, antara nama yang disebutnya termasuklah nama Hang Jebat. Dia terus menampar muka Samad Perang dan kakinya menyepak badan Samad Perang. Kemudia dia mengambil baldi yang berisi air. Badan Samad Perang dijirusnya dengan air. Saya lihat badan Samad Perang menggeletar kesejukan. Lelaki yang digelar mahaguru itu meletakkan hujung keris yang berluk sembilan atas dahi Samad Perang.
“Ikut cakap aku,” katanya.
“Saya patuh dengan perintah mahaguru,” jawab Samad
Perang.
“Buka kunci dan rantai besi,” suara mahaguru keras.
Rantai besi yang mengikat kaki Samad Perang pun dibuka
oleh Mamat Bukit. Mahaguru terus duduk berhadapan dengan Samad Perang yang
kelihatannya terlalu lemah dan mengikut apa sahaja perintah yang dikeluarkan
oleh mahaguru. Beberapa orang jiran berbisik sama sendiri memuji kehandalan
Mahaguru. Dengan perlahan-lahan Mahaguru menghembus asap kemenyan ke muka Samad
Perang. Mahaguru terus menepuk lantai dengan tangan kiri. Keris berluk sembilan
diletakkan dekat kepala lutut kiri.
“Bukan apa-apa, dia ditegur jin bukit,” kata mahaguru.
“Apa macam boleh dipulihkan Mahaguru,” tanya isteri Samad
Perang.
“Boleh baik, usahkan jin bukit, jin gunung pun boleh saya
ajar,” kata Mahaguru dengan bangga.
Mahaguru pun menentang biji mata Samad Perang. Tiba-tiba
Samad Perang bertempik dan bangun, tempat perasap kemenyan ditendang hingga
hancur, bara bertabutan atas lantai. Keris mahaguru disambarnya, muka mahaguru
disepaknya. Semua orang yang berada di situ terkejut. Dan mahaguru yang
mendakwa dirinya bomoh terkenal jadi kelam-kabut, tanpa berfikir panjang dia
terus terjun ikut tingkap melarikan diri, kain sampingnya tersangkut di
tingkap, semua alat-alat perubatannya habis dipijak-pijak oleh Samad
Perang.Bila melihat mahaguru lari ikut tingkap, jiran-jiran yang berada di situ
juga lari bertempiaran, beberapa orang jiran bengkak di dahi akibat berlaga
sama sendiri, saya dan datuk juga lari. Keadaan jadi kelam kabut masing-masing
mahu menyelamatkan diri. Dalam keadaan yang tidak menentu itu Samad Perang
terus menjerit dan lari menuju ke hutan di malam yang hitam. Mujurlah Mamat
Bukit cepat bertindak dengan memburu Samad Perang. Mamat Bukit berjaya
menangkap Samad Perang dan kedua belah kakinya dirantai kembali.
Mungkin kerana keletihan membuat Samad Perang tidak
melakukan sesuatu yang ganjil setelah kakinya diikat. Dia terus tidur hingga
berdengkur. Lebih kurang pukul satu malam dia bangun dan meminta nasi.
Permintaan itu segera ditunaikan oleh isterinya. Samad Perang makan tiga
pinggan nasi tanpa lauk. Bila perutnya sudah kenyang dia tidur kembali.
Sepanjang malam itu saya, datuk dan Mamat Bukit berada di rumah Samad Perang
semata-mata memenuhi permintaan isterinya. Menjelang waktu Subuh, Samad Perang
kembali menjerit dan meronta-ronta di tiang seri. Bila matahari terbit di kaki
langit dia terus tidur. Sebelum meninggalkan rumah Samad Perang pagi itu, datuk
berpesan pada isterinya supaya berikhtiar mengubati suaminya, walau dengan apa
cara sekalipun. Datuk juga melahirkan rasa puas hatinya pada Mamat Bukit yang
berjanji akan membantu isteri Samad Perang yang sedang dilanda masalah besar
itu.
“Saya tidak akan membiarkan keluarga kawan saya
menderita.”
“Baguslah, semoga Allah akan menolong kamu.”
“Saya juga berharap awak tidak membiarkan saya
keseorangan.”
“Tidak, carilah saya bila awak memerlukan pertolongan.”
Mamat Bukit senang hati dengan janji yang diberikan oleh
datuk itu. Mereka terus berjabat tangan. Tetapi Mamat Bukit melahirkan juga
rasa kesalnya atas sikap manusia yang menggelarkan dirinya sebagai mahaguru
itu.
“Hati-hati bila kau mencari orang untuk mengubat kawan
kamu Mamat, sekarang banyak orang menyamar. Ada ilmu setengah cawan mengaku
mahaguru.”
“Ya, saya faham. Mahaguru tu sambil dia lari sempat juga
dia menyambar wang dalam mangkuk putih.”
“Itulah manusia Mamat.”
“Kalau tak sanggup mengaku tak sanggup, jangan ambil wang
orang, bini Samad sandar tanah pada ketua kampung nak cari wang sebanyak itu.”
“Lupakan saja tentang itu Mamat, kita cari yang lain.”
“Doakan saya berjaya.”
“Jangan bimbang, saya tetap bersama awak.”
Datuk dan saya pun meninggalkan Mamat Bukit di halaman
rumah Samad Perang.
RUMAH
Sudah dua minggu saya dan datuk tidak mengunjungi rumah Samad Perang. Tetapi datuk tahu segala kegiatan yang terjadi di rumah tersebut. Dollah Beranggas selalu menemui datuk dan menceritakan apa yang terjadi. Dari mulut Dollah Beranggas juga datuk mendapat tahu, selama dua minggu lima orang bomoh sudah diundang untuk mengubati sakit yang ditanggung oleh Samad Perang. Semua usaha itu menemui jalan buntu. Masuk minggu yang ketiga, Mamat Bukit sendiri datang ke rumah datuk.
RUMAH
Sudah dua minggu saya dan datuk tidak mengunjungi rumah Samad Perang. Tetapi datuk tahu segala kegiatan yang terjadi di rumah tersebut. Dollah Beranggas selalu menemui datuk dan menceritakan apa yang terjadi. Dari mulut Dollah Beranggas juga datuk mendapat tahu, selama dua minggu lima orang bomoh sudah diundang untuk mengubati sakit yang ditanggung oleh Samad Perang. Semua usaha itu menemui jalan buntu. Masuk minggu yang ketiga, Mamat Bukit sendiri datang ke rumah datuk.
“Bagaimana sekarang apa usaha yang telah kamu lakukan
Mamat?”
“Macam-macam ikhtiar saya jalankan. Malam ini ada
sukarela nak mengubatinya.”
“Siapa orangnya.”
“Siapa orangnya.”
“Saya tak kenal, kalau awak nak kenal eloklah datang
malam ini.”
“Baiklah saya datang nanti.”
Seperti yang dijanjikan, kira pukul sepuluh malam. Saya
dan datuk pun sampai di rumah Samad Perang. Tidak ada apa-apa peralatan yang
disediakan di ruang tengah seperti tempat perasap kemenyan, mangkuk putih atau
sebagainya yang selalu digunakan oleh bomoh atau dukun bila mengubati orang
yang sedang sakit. Mamat Bukit terus memperkenalkan datuk dengan seorang
lelaki. Orangnya kurus, memakai songkok hitam yang sudah kuning tepinya. Air
mukanya nampak bersih dan tenang. Datuk terus bersalam dan memperkenalkan diri
padanya.
“Dari mana,” bisik datuk padanya.
“Asalnya orang Parit Jawa, Johor. Sekarang menetap di Cenderung
Balai Teluk Intan.”
“Macam mana boleh datang ke sini?”
“Macam mana boleh datang ke sini?”
“Saya datang ke rumah anak yang jadi guru sekolah di
sini, dia minta tolong ikhtiarkan mengubat orang sakit ganjil.”
“Ada hubungan keluarga dengan orang sakit.”
“Tidak, anak si sakit ini, murid anak saya. Menurutnya
budak itu pintar tetapi, sejak ayahnya sakit sudah lama tak datang ke sekolah.”
“Kerja apa?”
“Saya bersawah dan jadi imam surau.”
Walaupun baru bertemu, saya lihat datuk dan orang itu
sudah cukup mesra, bagaikan sudah berkenalan bertahun-tahun.
“Silakan kiai,” kata Mamat Bukit.
“Jangan panggil saya kiai, ini terlalu tinggi panggil
saja nama biasa, nama saya Sajono.”
“Minta maaf pak.”
“Minta maaf pak.”
“Tak mengapa, awak tak tahu.”
Sajono bangun dan terus menuju ke tempat Samad Perang.
Dia menyuruh Mamat Bukit membukakan rantai besi yang mengikat kaki Samad
Perang. Bila rantai dibuka, macam diarah-arah oleh sesuatu Samad Perang terus
duduk bersila di hadapan Sajono. Sajono menentang biji mata Samad Perang. Saya
lihat mata Samad Perang tidak berkelip menentang mata Sajono. Makin lama, makin
garang sinar mata Samad Perang. Sajono pun begitu juga. Mereka beradu kekuatan
dengan mata. Badan Samad Perang menggeletar macam menahan benda berat yang
terdampar atas kedua belah bahunya. Sesekali saya terdengar dengan jelas suara
Sajono membaca ayat-ayat al-Quran dari surah Al-Jin. Tiba-tiba Sajono terus
jatuh atas lantai. Biji mata Samad Perang yang merah dan kelihatan agak
tersembul itu terus merenung muka Sajono. Perlahan-lahan Sajono bangun tetapi,
tersungkur kembali. Sajono bangun kembali.
Kali ini dia memperkemaskan duduknya. Wajahnya kelihatan
tenang dan peluh-peluh halus kelihatan membintik-bintik di kedua belah pipinya
yang berkulit lembut itu. Sajono terus membaca ayat-ayat dari al-Quran. Semua
orang yang ada di situ dapat mendengarnya. Sebabnya, ketika Sajono berikhtiar
mengubati Samad Perang, suasana di ruang anjung agak sepi. Tidak ada seorang
pun yang berani bercakap atau bersuara. Andainya kalu ada sebatang jarum yang
jatuh pun akan dapat didengar, begitulah tenang dan sunyi di ruang anjung.
Semua yang hadir tumpukan seluruh perhatian pada Sajono. Cara Sajono berusaha
berbeza dengan cara-cara yang dilakukan para pawang atau dukun yang datang
mengubati Samad Perang dulu, kebanyakan melompat atau bersilat. Ada pula yang
seperti kemasukan syaitan bercakap tidak tentu arah dan terus tidak sedarkan
diri.
“Memang Sajono ada cara yang tersendiri,” kata hati kecil
saya. Dan saya kira orang-orang yang berada di situ juga akan beranggapan
demikian.
Suasana yang sepi itu berkocak juga akhirnya, semua orang
yang hadir terkejut besar. Samad Perang yang tadinya kelihatan gagah dan garang
beransur lemah dan terus rebah atas lantai. Terkapar di situ, macam ayam kena
sembelih. Sajono terus sujud syukur pada Allah yang memberkati usahanya, Sajono
terus merenung wajah-wajah yang ada di situ dengan senyum.
“Bersyukurlah tuan-tuan semua pada Allah yang memberkati
usaha saya ini,” katanya dengan tenang. Mamat Bukit segera menghampirinya.
“Apa sakitnya Pak Sajono.”
“Semuanya ni kerja syaitan.”
“Syaitan?”
“Ya, syaitan. Awak tahu syaitan pada setiap saat beruasaha mahu membinasa anak Adam, dalam pelbagai bentuk dan cara adakalanya menyerupai manusia.
“Ya, syaitan. Awak tahu syaitan pada setiap saat beruasaha mahu membinasa anak Adam, dalam pelbagai bentuk dan cara adakalanya menyerupai manusia.
Saya lihat Mamat Bukit menarik nafas panjang, agaknya dia
dapat menerima dengan apa yang dikatakan oleh Sajono itu. Saya dan datuk
berpandangan. Samad Perang sedar dari pengsan. Sajono menghampirinya. Dua kali
Sajono menepuk bahunya.
“Ikat dia kembali, saya akan datang lagi untuk berusaha
menolongnya,” beritahu Sajono pada Mamat Bukit. Samad Perang pun dirantai
semula. Datuk terus mendekati Sajono.
“Syaitan terlalu kuat mempengaruhi perasaannya,” kata
Sajono.
“Apa lagi yang mahu tuan lakukan padanya.”
“Malam besok saya datang lagi, saya mahu menyambung
kerja-kerja ini di rumah anak saya.”
“Memang baik cadangan awak, saya harap awak akan bersama
saya malam esok.”
Datuk dan Sajono berpeluk-pelukan. Dengan diiringi oleh anak saudara Samad Perang, Sajono melangkah ke tangga. Dari kaki tangga Sajono terus duduk di atas lanting basikal (bahagian belakang basikal untuk seorang penumpang). Anak saudara Samad Perang terus kayuh basikal membelah kegelapan malam menuju ke jalan besar.
Datuk dan Sajono berpeluk-pelukan. Dengan diiringi oleh anak saudara Samad Perang, Sajono melangkah ke tangga. Dari kaki tangga Sajono terus duduk di atas lanting basikal (bahagian belakang basikal untuk seorang penumpang). Anak saudara Samad Perang terus kayuh basikal membelah kegelapan malam menuju ke jalan besar.
“Saya tunggu sampai pagi di sini,” kata Mamat Bukit pada
datuk, bila datuk minta diri untuk pulang. Saya dan datuk terus menapak menuju
ke rumah sejauh dua batu di malam yang mula dingin.
DATANG
Malam itu, saya dan datuk datang lagi ke rumah Samad Perang. Kami terus duduk di anjung. Isteri Samad Perang menghidangkan dua cawan kopi untuk kami.
Malam itu, saya dan datuk datang lagi ke rumah Samad Perang. Kami terus duduk di anjung. Isteri Samad Perang menghidangkan dua cawan kopi untuk kami.
“Minum, kopi bujang aje,” kata isteri Samad Perang.
“Tak apa inipun sudah seribu rahmat dapat kopi,” balas
datuk bersama ketawa kecil. Saya merenung permukaan cawan yang berasap nipis.
“Mamat Bukit ke mana?” Tanya datuk pada isteri Samad
Perang yang kelihatan cengkung dan agak pucat itu tetapi, masih mampu melayan
setiap tetamu yang datang ke rumahnya dengan wajah yang manis.
Senyumnya tidak pernah mati dari bermain dari bibir.
Setiap kata yang diucapkannya membayangkan ketabahan dan keyakinan yang suaminya
akan pulih seperti sediakala.
“Mamat Bukit belum datang lagi, tiap-tiap malam dia
berjaga menjaga suami saya, katanya malam ni dia datang lewat sikit,” ujar
isteri Samad Perang.
“Payah mahu mencari kawan yang setia macam dia.”
“Nampaknya, begitulah.”
“Macam mana keadaannya, selepas kami balik malam
semalam.”
“Ada kurang sikit cuma, waktu subuh dia menjerit dan
meronta-ronta nak lari masuk ke hutan.”
“Bersabar, berkat usaha dan diizinkan oleh Allah, dia
akan sembuh.”
“Saya harap begitu.”
Percakapan datuk dengan isteri Samad Perang saya ikuti
dengan teliti. Datuk minta izin pada isteri Samad Perang untuk melihat
suaminya, permintaan datuk itu diperkenankan.
“Tamar kau nak ikut aku?”
“Tak mahu, biar saya tunggu di sini.”
“Tak mahu pun tak apa,” kata datuk sambil bangun.
Datuk pun melangkah, satu, dua, tiga, masuk langkah yang
keempat saya mula terasa seram. Pungung saya terangkat dari lantai. Bulu
tengkuk saya meremang dengan sendiri. Tanpa membuang masa saya terus mengejar
datuk.
“Kenapa Tamar?”
“Saya seram tuk.”
“Seram? Kau ni penakut sangat,” rungut datuk sambil
menjeling tajam pada saya.
Isteri Samad Perang tersenyum melihat telatah saya yang
agak melucukan itu.
Datuk menghampiri Samad Perang yang terikat di tiang
seri. Kedua belah kelopak mata Samad Perang bertaut rapat, dadanya kelihatan
turun naik, menarik dan melepaskan nafas macam orang penat selepas melakukan
kerja-kerja yang berat.
“Jangan bangunkan, biar dia tidur,” kata datuk, bila
melihat isteri Samad Perang mahu mengejutkan suaminya.
Tanpa diduga Samad Perang membuka kedua belah kelopak
matanya.
“Kawan awak, ini cucunya,” celah isterinya.
Samad Perang diam. Kedua-dua biji matanya kelihatan merah
macam biji saga. Dari atas ke bawah, dari bawah ke atas, dia memandang saya dan
datuk.
“Aummmmmm...,” Samad Perang mendengus sambil
memperlihatkan giginya, macam harimau jantan berhadapan dengan kucing.
Samad Perang terus meronta-ronta mahu menerkam ke arah
datuk dan saya. Kami segera berundur dan menuju ke anjung rumah semula. Datuk
nampak kesal. Dia seolah-olah menyesal menghampiri Samad Perang tadi. Saya
merenung keluar, tidak ada sesuatu yang dapat saya lihat. Semua gelap
belaka.Bunyi cengkerik dan burung hantu jelas kedengaran. Dalam saat yang sama
kedengaran suara Samad Perang ketawa memanjang, bersama bunyi rantai besi
berlaga dengan lantai dan tiang seri.
Suasana begitu sungguh tidak menyenangkan dan menakutkan
diri saya. Badan saya menggeletar tidak tentu arah. Datuk tetap duduk bersila
sambil menundukkan kepalanya merenung lantai. Isteri Samad Perang kelihatan
tidak tentu arah. Sekejap datang ke ruang anjung, sekejap berlari ke ruang
tengah dan menuju ke dapur, tidak ubah macam kucing kehilangan anak.
“Sabar dan tenang,” datuk mendamaikan hati isteri Samad
Perang.
“Minta pertolongan dan perlindungan dari Allah,” suara
isteri Samad Perang perlahan sekali.
Rasa cemas dan takut yang menguasai diri saya dan isteri
Samad Perang segera hilang, bila Mamat Bukit dan Sajono tiba.
“Dah lama sampai?” Tanya Mamat Bukit pada datuk.
“Lama juga, kira setengah jam lebih.”
“Saya terlambat sikit, memang mengikut petua saya, masa
datang malam, kedua dan ketiga harus dilambatkan sejam, tidak boleh datang
dalam masa yang sama, malam ini saya datang pukul sebelas, malam esok pukul dua
belas,” Sajono menerangkan sebab-sebab ia datang lewat.
Datuk anggukkan kepala dan terus bersalam dengan Sajono
dan Mamat Bukit. Sajono dan Mamat Bukit duduk. Isteri Samad Perang meletakkan
dua cawan kopi di hadapan mereka.
“Minta maaf, saya tak boleh minum selagi kerja belum
selesai, malam pertama boleh minum, sebelum memulakan kerja, malam kedua boleh
minum selepas selesai jalankan kerja dan malam ketiga langsung tak boleh minum,
walaupun kerja dah selesai,” Sajono memberitahu isteri Samad Perang.
Kopi yang disediakan untuk Sajono dibawa ke dapur
kembali. Dan Mamat Bukit terus minum kopi bahagiannya. Angin malam yang bertiup
lembut masuk ke ruang rumah menerusi jendela yang terbuka, beberapa ekor
kalkatu terus mengharung cahaya gasolin. Seekor kelawar sesat masuk ke ruang
tengah rumah terbang tidak tentu arah dan akhirnya keluar ikut jendela. Bunyi
burung hantu dan jampuk jelas kedengaran. Semuanya itu tidak mendatangkan
sebarang kesan buat diri Sajono, malah dia marahkan Mamat Bukit yang cuba mahu
membunuh seekor cicak yang jatuh dari tulang bumbung ke atas lantai.
“Jangan bunuh dia biarkan dia hidup, bukankah dia makhluk Allah,” katanya.
“Jangan bunuh dia biarkan dia hidup, bukankah dia makhluk Allah,” katanya.
“Cicak membawa sial pada kita, Kiai,” balas Mamat Bukit.
“Pada Allah tidak ada makhluk yang sial dan bertuah, cuma
manusia saja yang pandai membeza-bezakannya,” jawab Sajono.
Tidak ada jiran-jiran lain yang datang ke rumah Samad
Perang. Malam sebelumnya, ruang anjung itu penuh dengan para jiran yang
jumlahnya lebih dari dua puluh orang. Mungkin mereka merasa bosan atau merasakan
tidak ada faedahnya berjaga, sedang keadaan Samad Perang tidak banyak berubah,
menyebabkan mereka tidak mahu datang.
“Saya mulakan sekarang,” kata Sajono pada datuk.
“Silakan.”
“Mari ikut saya, Sajono renung muka datuk, renung muka Mamat Bukit dan saya.
Tanpa banyak karenah, datuk, Mamat Bukit dan saya terus mengiringi Sajono menuju ke tempat Samad Perang dirantai. Sajono terus menepuk bahu Samad Perang, kemudian duduk bersila berhadapan dengan Samad Perang.
“Mari ikut saya, Sajono renung muka datuk, renung muka Mamat Bukit dan saya.
Tanpa banyak karenah, datuk, Mamat Bukit dan saya terus mengiringi Sajono menuju ke tempat Samad Perang dirantai. Sajono terus menepuk bahu Samad Perang, kemudian duduk bersila berhadapan dengan Samad Perang.
“Kamu bukakan rantainya,” kata Sajono pada saya. Badan
saya mula menggeletar menerima anak kunci dari Mamat Bukit.
“Cucu saya pak,” kata datuk dengan wajah yang cemas.
“Tak mengapa biarkan.”
“Tapi, dia tak tahu semuanya ini pak.”
“Dia harus belajar,” Sajono merenung wajah datuk sambil menepuk
bahu kiri datuk....
No comments:
Post a Comment