Musim tengkujuh pun tiba. Langit di Kampung Mandi Upeh
sentiasa kelihatan mendung dan setiap hari hujan turun. Sungai kecil yang
merentang di tengah-tengah kampung melimpahkan airnya hingga ke paras tebing.
Dan sejak pulang dari Tanjung Malim, datuk tidak kemana-mana. Dia banyak
menghabiskan masanya di ladang getah. Sekali-sekala dia ke hutan melihat jerat
pelanduknya sama ada mengena atau tidak. Sepanjang musim tengkujuh kesihatan
datuk tidak begitu baik. Dia selalu diserang sakit lelah dan lemah-lemah badan.
Walaupun begitu, datuk tidak pernah lupa melakukan senaman harimau dan mandi
embun pada setiap pagi.
Dan amalan meminum air dingin satu tempurung yang sudah
diembun selama satu malam tetap diteruskannya. Menurut datuk air dingin itu
mesti diminum sebelum sarapan pagi. Khasiatnya, dapat melancarkan perjalanan
darah serta membersihkan perut. Air dingin itu juga dapat menegangkan kulit,
bagi orang yang mengamalkannya akan kelihatan muda. Datuk juga memberitahu
saya, tempurung yang dijadikan bekas air dingin itu dipilih dari kelapa masak
yang gugur sendiri. Tempurung dari kelapa itu dibelah serta di jemur hingga
isinya lekang sendiri. Bahagian tempurung yang tidak digunakan itu ditanam di
pangkal pokok kelapa itu. Tempurung yang dijadikan bekas minuman itu ialah
bahagian bawah. Bila sudah cukup kering, tempurung itu dibersihkan serta
dikilatkan dengan serpihan kaca dan di jemur kembali selama tujuh hari
berturut-turut. Kemudian baru dijadikan bekas minuman. Setiap kali datuk mahu
meminum air dingin dalam tempurung itu, dia mesti membaca Al-Fatihah sebanyak
tujuh kali dalam masa senafas.
Dan saya,
hingga kini tidak dapat mengamalkan petua-petua tersebut disebabkan oleh beberapa
hal yang tertentu.
Pada suatu
pagi , selepas datuk melakukan senaman dia terus berehat di ruang rumah. Ketika
itu nenek menghampirinya.
"Bagaimana?
Bila kita nak pergi ke Tanjung Ara?", soal nenek.
"Untuk
apa?"
"Dah
lupa? Jemputan kahwin anak Alang Botak”
"Tak
lupa. Bukankah jemputan tu esok, esoklah kita pergi”
"Awak
ni merepek. Bukankah saya dengan Alang Botak itu adik-beradik, kami sepupu.
Tidak baik pergi kenduri-kendara rumah adik-beradik untuk makan aje. Kita harus
pergi awal, boleh tolong tegakkan balai, siapkan tempat orang makan”, nenek
mula bersyarah di hadapan datuk. Saya lihat datuk tersenyum dan mengangkat ke
dua belah tangannya ke atas, macam komunis menyerah diri pada pasukan askar
Melayu.
"Saya
salah. Awak betul, kerana itu saya ikut cakap awak”, kata datuk sambil
berjenaka.
Nenek ketawa keciI. Begitulah sikap datuk dengan nenek. Saling bertolak ansur. Datuk tidak segan-silu menurut kata nenek, kalau kata-kata itu baik dan benar. Datuk akan menentang berhabis-habisan kalau pendapat atau fikiran nenek tidak menguntungkan. Mereka bertengkar dan bermasam muka untuk mencari kebenaran bagi mencipta suasana rumah tangga yang kekal tanpa mahu mencari perkelahian yang mengakibatkan rumahtangga berada dalam kegentingan yang berakhir pada sebuah jurang pemisahan. Barangkali inilah rahsia kebahagian dan kedamaian rumahtangga datuk dan nenek.
Nenek ketawa keciI. Begitulah sikap datuk dengan nenek. Saling bertolak ansur. Datuk tidak segan-silu menurut kata nenek, kalau kata-kata itu baik dan benar. Datuk akan menentang berhabis-habisan kalau pendapat atau fikiran nenek tidak menguntungkan. Mereka bertengkar dan bermasam muka untuk mencari kebenaran bagi mencipta suasana rumah tangga yang kekal tanpa mahu mencari perkelahian yang mengakibatkan rumahtangga berada dalam kegentingan yang berakhir pada sebuah jurang pemisahan. Barangkali inilah rahsia kebahagian dan kedamaian rumahtangga datuk dan nenek.
Dan saya
sering bertanya dalam diri saya, apakah dalam hidup saya kelak, saya akan
menemui seorang isteri sebaik dan semulia hati nenek? Apakah saya dapat menjadi
lelaki seperti datuk yang sanggup menghilangkan rasa ego seorang suami di mata
seorang isteri demi kerukunan rumah tangga.
"Entahlah…
Begini saja, kita pergi sejam lagi. Sementara itu eloklah awak berkemas,
bawalah gula barang sekati dua, kelapa sepuluh atau dua puluh biji dan pisang
dua tiga tandan”, kata datuk.
Nenek
bagaikan terkejut.
"Awak
ni bergurau atau cakap betul-betul”, tanya nenek sambiI mengerutkan keningnya.
Datuk terus mempamirkan giginya.
"Saya
cakap betul, kita tolong mereka dengan apa yang ada pada kita”
"Nak
bawa barang-barang tu dengan bas? Susah jadinya. Itulah ada kereta awak tak
mahu baiki, sekarang siapa susah”, rungut nenek.
"Sama-sama
susah”, jawab datuk.
Nenek dan
saya terus ketawa. Bila ketawa saya dan nenek berakhir, datuk masih lagi
tersengih.
"Begini
saja. Awak dengan Tamar pergi naik bas dulu, barang-barang tu biar saya bawa
kemudian, saya juga nak bawa kambing untuk Alang Botak”
"Ini
dah cukup baik”, balas nenek yang kemudian menggesa saya menukar pakaian. Saya
tukar pakaian dan nenek terus mengemaskan pakaian lalu dimasukkan ke dalam beg
rotan empat segi. Saya diberi tugas tertentu oleh nenek iaitu memikul beras
sebanyak empat gantang yang diisikan dalam guni gandum. Bagi nenek, beras empat
gantang itu sebagai tanda buah tangan untuk keluarganya di Tanjung Ara.
"Bila
awak nak bertolak?", soal nenek pada datuk di kepala tangga.
Datuk
menggigit bibir sambil memetik ibu jari kirinya. Dan sepasang mata datuk
tertumpu ke arah anak bukit yang letaknya tidak jauh dari rumah.
"Awak
jalanlah dulu, saya tetap sampai”, suara datuk penuh keyakinan.
Saya dan
nenek pun berangkat dari rumah.
Ketika
berada dalam perut bas, hati saya cukup gembira kerana nenek tidak putus-putus
menjamu saya dengan kuih-kuih yang dibelinya di perhentian bas. Apa saja yang
saya minta nenek tunaikan. Nenek saya lihat cukup gembira sekali, maklumlah dia
mahu bertemu dengan kaum keluarganya di Tanjung Ara. Dalam perut bas itu juga,
pertama kali nenek membuka rahsia asal keturunannya. Menurut nenek,
keturunannya berasal dari Bugis yang berhijrah ke Johor, dari Johor berpindah
ke lembah Sungai Kelang, Selangor, yang kemudian terlibat dalam peperangan
saudara di Selangor.
Dari
Selangor mereka berhijrah ke Perak membantu Sultan Muzaffar Shah yang
bersengketa dengan adiknya. Sultan Muzaffar Shah yang di bantu oleh orang-orang
Bugis menang, lalu ditabalkan jadi Sultan Perak. Salah seorang keluarga nenek
menjadi ayam tambatan pada Sultan Perak pada masa itu. Sayangnya nenek tidak
menyatakan pada saya siapa nama keluarganya yang menjadi pahlawan terbilang
itu.
"Kaum
kerabat nenek masih terdapat di Johor terutama di daerah Batu Pahat. Di
Selangor pula di kawasan Jeram dan Permatang. Tetapi moyang nenek memilih
Tanjung Ara sebagai tempat bernaung, setelah berperahu dari Kuala Dinding ke
sini”, kata nenek dengan megah.
Saya
anggukkan kepala kerana saya tahu, tidak mungkin saya dapat menyusur
jejak-jejak keturunan nenek yang sudah begitu lama. Bas yang kami naiki sampai
di pekan kecil Pengkalan Bharu. Dari situ, saya dan nenek terpaksa berjalan
kaki melintasi satu kawasan lapang yang dipenuhi dengan pokok kemunting
(kemuning) serta rerumput yang berdaun merah.
Kata
nenek, kawasan lapang itu disebut Padang
Antah Berantah dan menjadi medan pertempuran angkatan Raja Shamsul Baharin menentang angkatan Raja Champa (Kemboja). Dalam pertempuran itu Raja Shamsul Baharin
memang, seluruh Padang Antah Berantah dipenuhi dengan darah-darah pahlawan
Champa. Kesan daripada peperangan itu, rumput-rumput yang tumbuh di situ jadi
merah begitu juga dengan pasirnya (sekarang kawasan tersebut sudah ditanam
dengan pokok kelapa). Saya tidak dapat memastikan sama ada cerita itu benar
atau tidak. Kerana nenek hanya memperolehi cerita itu dari mulut ke mulut cuma.
Memikul empat
gantang beras dengan berjalan kaki sejauh hampir dua batu memang memenatkan,
badan saya jadi berpeluh. Bagi menghilangkan rasa penat dan bosan pada diri
saya, nenek terus bercerita kisah-kisah lalu yang menggerunkan, dan
kadang-kadang melucukan. Saya jadi terhibur di bawah panahan matahari yang amat
terik.
Ketika
saya dan nenek mahu menyeberang di atas jambatan, saya terlihat pokok keduduk
dan petai cina di sebelah kiri bergoyang-goyang. Nenek suruh saya berhenti.
Saya segera menoleh ke kiri, saya dapati datuk berdiri di situ menarik seekor
kambing. Dua tandan pisang dan dua puluh biji kelapa berada di sebelah kanan.
Manakala di tangannya tergantung bungkusan gula.
"Cepat
awak sampai”, kata nenek.
"Kawan
kita menghantarnya”, jawab datuk. Ketika itu juga saya terlihat ekor harimau
dari celah-celah rumput keduduk dan petai cina.
"Baliklah”,
kata datuk dan ekor harimau itu hilang dari penglihatan saya. Saya faham apa
yang sudah berlaku.
"Begini.
Awak tunggu di sini, biar saya jalan dulu. Kemudian saya suruh anak Alang Botak
mengambil barang yang awak bawa ini dengan basikal”, nenek mengeluarkan
cadangan.
Datuk
termenung seenak, bila senyum berakhir dia kerutkan kening luasnya sambil
merenung ke arah rumah Alang Botak yang berada di seberang sana.
"Kita
pergi bersama”, balas datuk.
"Barang-barang
ni macam mana?"
"Kita
tinggalkan di sini dulu, sementara menanti anak Alang Botak mengambilnya”
"Nanti hilang pula”
"Nanti hilang pula”
"Ah,
tak usah takutlah tidak ada siapa yang mahu mencurinya”, jawab datuk.
Nenek terdiam. Beberapa saat kemudian kami pun melangkah serentak. Alang Botak menyambut kami dengan penuh keriangan. Alang Botak dengan datuk berpeluk-pelukan. Ketika berpeluk-pelukan itulah datuk sempat membisikkan sesuatu ke telinga Alang Botak. Bila selesai berpeluk, Alang Botak terus memerintahkan salah seorang anaknya supaya mengambil barang-barang di kepala jambatan.
Nenek terdiam. Beberapa saat kemudian kami pun melangkah serentak. Alang Botak menyambut kami dengan penuh keriangan. Alang Botak dengan datuk berpeluk-pelukan. Ketika berpeluk-pelukan itulah datuk sempat membisikkan sesuatu ke telinga Alang Botak. Bila selesai berpeluk, Alang Botak terus memerintahkan salah seorang anaknya supaya mengambil barang-barang di kepala jambatan.
Dengan di
temani oleh Alang Botak, datuk berkesempatan menemui tukang-tukang masak
dibelakang rumah, menemui tukang buat balai di hadapan rumah serta menemui
orang yang sedang menegakkan tiang pelantar tempat meletakkan gelas dan balang
air. Semuanya bekerja dengan tekun di bawah semangat gotong-royong. Kerana
datuk memang pandai dan tahu dalam hal masak-memasak datuk mencampurkan dirinya
dengan tukang-tukang masak di kampung itu. Saya diarah oleh datuk untuk
memotong bawang dan halia. Berpeluh dahi dan meleleh air mata saya membuat
kerja-kerja itu. Sedang kami asyik dengan tugastugas yang dijalankan kami
dikejutkan dengan suara jeritan dari arah tebing sungai. Semua orang yang
berada dibahagian belakang rumah segera bangun.
"Agaknya
ada orang ditangkap buaya”, kata seorang lelaki berkulit hitam yang berdiri di
sebelah datuk.
Belum pun
sempat datuk mengajukan pertanyaan pada lelaki itu, seorang perempuan setengah
umur berlari ke arah kami.
"Tolong,
tolong anak saya disambar buaya”, kata perempuan itu dengan wajah cemas. Dia
mula menangis, rambutnya kelihatan mengerbang.
"Di
mana?" tanya datuk.
"Di
tepi sungai”
"Mari
“, kata datuk dan orang-orang yang berada di situ segera mengikut datuk menuju
ke tebing sungai.
Bila
sampai di tebing sungai, orang ramai sudah pun berkumpul di situ, ada yang
membawa parang. Ada yang membawa lembing dan senapang kampung masing-masing
mahu membunuh buaya, tetapi buaya yang mahu dibunuh tidak kelihatan. Datuk
tidak mempedulikan mereka yang sedang marah itu. Datuk terus duduk bersimpuh di
tepi tebing. Datuk mengambil segenggam tanah lalu dicampakkannya ke dalam
Sungai Tanjung Ara yang mengalir tenang. Di tempat tanah itu jatuh, air sungai
kelihatan berbuih macam air yang sedang mendidih.
Tiba-tiba
seekor buaya muncul, bagaikan kilat buaya itu melibaskan ekornya ke arah
datuk. Nasib baik datuk sempat mengelak dan buaya itu terus menyelam. Belum pun
sempat datuk duduk kembali, buaya itu muncul semula di permukaan sungai lalu
melibaskan ekornya yang panjang itu ke tebing sungai. Libasan dari ekor buaya
itu mengenai salah seorang penduduk Kampung Tanjung Ara yang berdiri dekat
datuk. Lelaki malang itu terhumban ke dalam air dan bagaikan kilat rahang buaya
itu menyambut tubuh badan lelaki itu, lalu lelaki dan buaya itu ghaib dari
permukaan sungai mula bergelombang.
Orang
ramai yang tadi begitu ghairah mahu membunuh buaya jadi terpaku dan setengah
daripada mereka berundur jauh dari tebing sungai. Datuk mula kelihatan resah
tidak menentu. Bajunya mula dibasahi peluh dan mukanya kelihatan merah padam
dipanah cahaya matahari pukul tiga petang yang cukup terik. Saya perhatikan
datuk bagaikan hilang matlamat dan keyakinan pada diri sendiri. Dia lalu
merenung ke tebing seberang sana yang penuh dengan tumbuhan pokok-pokok keladi
dan mengkuang liar. Hujung daun mengkuang mencecah permukaan air sungai. Dalam
saat-saat yang amat genting itu, buaya ganas tadi muncul sambil menjulang
mangsanya tinggi dari paras permukaan air sungai. Tangan dan kaki lelaki itu
terkapai-kapai macam katak puru di mulut ulat.
Gigi-gigi
buaya yang tajam itu terus terbenam di badan lelaki itu. Darah kelihatan
memancut ke luar. Datuk saya lihat sudah hilang sabarnya. Datuk terus bertempik
dengan sekuat hatinya sambil terjun ke dalam sungai. Datuk terus memeluk badan
buaya itu dengan sekuat hatinya. Dengan menggunakan jari kelingkingnya datuk
menujah mata buaya itu. Buaya itu terus mengelupar dan air sungai terus
bergelombang. Buaya itu terus menghempaskan badannya. Tetapi pelukan datuk
tetap kemas dan jarinya terus menujah mata buaya. Mungkin kerana terasa amat
sakit, buaya itu membuka rahangnya hingga badan lelaki itu terlepas darinya.
Datuk berhenti memeluk buaya itu lalu menyambar badan lelaki itu dan terus
dibawa ke tepi tebing.
Dan buaya
ganas itu terus hilang di permukaan air sungai. Orang-orang kampung yang berada
di situ terus menyambut batang tubuh lelaki tersebut dan dibaringkan ke atas
tanah. Datuk pun mengesat darah di badan lelaki malang itu. Saya di suruh oleh
datuk memetik dedaun hijau dari pokok pulai penipu bukit untuk dijadikan ubat
penahan darah. Lelaki itupun sedar dari pengsan. Dia tidak berdaya mahu bangun.
Cepat-cepat datuk membetulkan urat belikat dan urat tangan lelaki itu. Datuk
meminta orang-orang kampung yang mengerumun lelaki malang itu supaya beredar
agak jauh sedikit. Cakap datuk mereka patuhi. Seluruh badan lelaki itu datuk
raba dengan belakang tangan.
Semua biji
mata orang yang berdiri di tepi tebing bagaikan terbeliak bila mereka melihat
air Sungai Tanjung Ara bergelombang dan keruh. Pokok-pokok keladi dan
mengkuang kelihatan bergoyang-goyang kembali. Bila gelombang air sungai
berakhir, dua ekor buaya timbul di permukaan air, berpusing-pusing di
tengah-tengah sungai sambil melibas-libaskan ekor masing-masing pada air Sungai
Tanjung Ara. Percikan air itu menjulang ke udara dan jatuh kembali atas
permukaan air sungai. Pancaran matahari yang keras terus menikam pada gelombang
air sungai akibat dari libasan ekor buaya itu. Pancaran tikaman matahari itu
menimbulkan satu cahaya yang kilau kemilau, bagaikan cahaya berlian di suluh
dengan lampu picit. Orang-orang kampung terpegun melihat kelakuan dua ekor
buaya itu. Tanpa di duga, dengan cara yang mendadak sekali, kedua-dua ekor
buaya itu meluru ke tepi lalu memanjat tebing sungai.
“Berundur
“, kata datuk pada orang ramai.
Mereka pun
berundur dan kedua-dua buaya itu terus merangkak, sambil memanggungkan
kepalanya melihat ke kiri dan ke kanan, macam biawak mahu menangkap anak ayam.
Datuk masih lagi kelihatan resah gelisah.
"Biarkan
orang itu di situ, saya mahu umpankan buaya”, suara datuk keras melarang orang
yang mahu mengangkat lelaki malang itu ke tempat lain.
Sikap
datuk itu menimbulkan kemarahan seorang lelaki lain yang berbadan tegap.
Melihatkan bentuk tubuh lelaki itu, ternyata dia bukanlah orang Melayu tulin.
Dalam badannya itu mengalir darah campuran Melayu dan Pakistan. ltulah
tanggapan saya pada lelaki itu.
"Awak
mahu memperjudikan nyawa orang. Kalau awak tidak ubah anak saudara saya ni ke
tempat lain, awak saya tembak sampai mati”, lelaki yang naik darah itu
menghalakan muncung senapang kampung ke arah datuk. Datuk tersenyum.
"Saya
tetap patuh dengan apa yang saya kata. Kalau awak nak berkeras saya bersedia
menerimanya”, jawab datuk.
"Binatang”,
jerit lelaki itu sambil menarik pemetik senapang. Lelaki itu jadi cemas,
senapangnya tidak mengeluarkan sebarang bunyi, kecuali muncung senapangnya
berasap.
"Awak
berundur dari sini, sebelum saya bertindak”, kata datuk sambil mengesat peluh
di pangkal kening kirinya dengan tapak tangan kanan. Lelaki itu bagaikan
terpukau, menurut saja perintah datuk.
Kedua-dua
ekor buaya itu terus mara ke arah lelaki malang yang terkapar di atas tanah.
Air mata lelaki malang itu meleleh dipipi. Datuk terus memberi semangat padanya
supaya bertenang. Datuk tidak akan menyerahkan tubuh badannya untuk
dikoyak-koyak oleh buaya ganas dengan begitu saja. Lebih kurang dalam jarak
sepuluh kaki kedua-dua buaya itu mahu menghampiri lelaki malang itu, datuk
segera melompat dan berdiri di tengah-tengah. Melihat perbuatan datuk itu,
kedua-dua ekor buaya itu jadi marah lalu membuka mulut dengan seluas-Iuasnya.
Datuk sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Kedua
belah tangan datuk terus memeluk tubuh, matanya tepat menikam ke arah kedua-dua
ekor mata buaya itu. Tumit kiri datuk tekankan ke bumi hingga terbenam separas
buku lali. Datuk membongkok lalu menghentakkan pangkal siku kanan ke tanah.
Datuk terus duduk mencangkung dengan menekan kepala lutut kiri ke bumi dan
kepala lutut kanannya bertemu dengan dagu. Kedua-dua ekor buaya itu merapatkan
kembali mulutnya dan cuba mahu merangkak, ternyata buaya itu tidak boleh
bergerak. Datuk sudah pun menguncikan sendi-sendi kaki buaya itu.
"Tutup
mulut kamu”, saya terdengar suara datuk dan kedua-dua ekor buaya itu merapatkan
mulutnya. Datuk segera bangun sambil memeluk tubuh, kedua belah kakinya di
kangkangnya sedikit.
"Sekarang
kau kembali ke lubuk kamu dan pulangkan mayat anak cucu aku yang kau binasakan
itu”, kata datuk dengan lantang.
Datuk
terus melompat setinggi empat kaki dari paras bumi. Bila kaki datuk menyentuh
bumi, kedua-dua ekor buaya itu masih terpukau lagi ditempatnya. Datuk lalu memerintahkan
orang-orang kampung itu mengusung lelaki malang ke rumahnya. Perintah datuk
segera dipatuhi. Datuk kembali berdiri di hadapan kedua-dua ekor buaya itu.
"Pulang,
kataku pulang”, sergah datuk lagi dan buaya-buaya itu bagaikan baru tersedar
dari tidur. Segera berpusing lalu terjun ke dalam sungai dan air sungai kembali
bergelombang yang airnya memukul tebing. Tanah tebing yang tidak kuat terus
runtuh ke dalam sungai dan menimbulkan buih-buih yang kecil sebelum bersatu
dengan air sungai. Matahari yang sejak tadi bersinar dengan terik, mula
beransur redup. Gumpalan awan hitam yang tebal mula melindungi matahari.
Orang-orang
kampung yang tadi begitu ramai berdiri di tebing mula beransur kurang.
Kebanyakan daripada mereka pergi ke rumah lelaki yang malang itu. Angin pun
mula bertiup menggoyangkan dedaun pokok di bibir tebing. Datuk membuka baju.
Baju itu diikatkan ke pinggangnya. Datuk duduk bersila di tepi tebing dengan
kedua belah tangannya terletak di atas kedua tempurung lutut. Datuk bertafakur
di situ sambil membaca sesuatu. Datuk berdiri tanpa membuka tangan yang memeluk
tubuhnya.
"Pulangkan
cucuku”, kata datuk. Serentak dengan itu, seekor buaya timbul di muncungnya
terpanggang tubuh seorang kanak-kanak lelaki dalam usia empat belas tahun. Buaya
itu meletakkan tubuh budak lelaki yang sudah menjadi mayat itu di bibir tebing.
Cepat-cepat datuk mengambil mayat budak lelaki itu, lalu di serahkan pada
orang-orang kampung yang masih berada di situ. Mereka pun membawa mayat budak
lelaki itu ke rumah ibunya. Dan buaya yang menyerahkan mayat budak itu terus
hilang dari penglihatan saya dan datuk.
Sebagai
tanda yang tugasnya sudah selesai, lagi sekali datuk mengepal tanah dan
mencampakkan ke dalam sungai. Bila tanah itu bertemu dengan air sungai, dengan
sekelip mata saja timbul berpuluh-puluh ekor buaya di permukaan air Sungai
Tanjung Ara, buaya-buaya itu mempamirkan badan masing-masing sambil
melibas-libaskan ekornya pada permukaan air sungai. Melihat keadaan yang ganjil
itu, wajah datuk segera berubah menjadi cemas tidak menentu. Dia merenung muka
saya.
"Sebenarnya,
ada orang tertentu yang menaikkan semangat buaya, itu supaya menjadi ganas”,
kata datuk sambil menarik tangan saya pulang ke rumah Alang Botak. Petang itu
juga mayat budak lelaki yang jadi korban buaya dikebumikan.
Dan lelaki
malang itu terus menerima rawatan dari datuk. Sebelum menjelang waktu Maghrib
lelaki malang itu kembali sihat dan terus membantu kerja-kerja kenduri-kenduri
di rumah Alang Botak. Sepanjang malam itu orang-orang yang berada di rumah
Alang terus memperkatakan tentang peristiwa yang berlaku pada sebelah siang
tadi.
Sesungguhnya,
peristiwa yang terjadi itu mencatatkan kemeriahan suasana kenduri di rumah
Alang Botak yang kemuncaknya akan berlangsung pada esoknya. Bagi menjaga
keselamatan diri orang ramai, pengumuman segera dikeluarkan oleh ketua
kampung, yang menasihatkan orang-orang kampung supaya jangan mandi di sungai.
Malah,
anak lelaki Alang Botak yang bakal jadi raja sehari itu dilarang sama sekali
melintas di atas jambatan, begitu juga dengan pibak pengantin perempuan. Hari
itu, adalah kemuncak segala kemeriahan di rumah Alang Botak. Pagi-pagi rumahnya
sudah dikunjungi orang ramai. Kira-kira pukul sepuluh pagi, macam-macam
permainan diadakan di balai yang dimulai dengan silat, tarian zapin dan
permainan dabus. Kira-kira pukul dua belas tengahari, kampung kecil itu menjadi
gempar kerana ada orang yang mengingkari pesanan ketua kampung, akibatnya dua
orang sudah menjadi mangsa buaya. Pukul satu tepat, tiga orang lagi menjadi
korban buaya.
Buaya-buaya
di Sungai Tanjung Ara mula mengamuk. Siapa saja yang berdiri di tebing akan
akan terus di libas oleh buaya-buaya itu dengan ekornya. Datuk sudah tidak
mampu mengatasi masalah itu. Dia mengaku, ilmu dunia yang ada pada dirinya
tidak boleh mengalahkan buaya-buaya tersebut. Dengan bantuan orang-orang
kampung, tebing sungai itu lalu dipagari dengan kawat berduri. Apa yang
terjadi tidak mengganggu-gugat rancangan yang sudah di atur. Acara persandingan
terus dijalankan. Bila acara persandingan itu tamat, satu mesyuarat kecil
telah diadakan di halaman rumah Alang Botak untuk mencari jalan bagi mengatasi
masalah yang sedang di hadapi.
Dalam
mesyuarat itu orang-orang kampung meminta datuk menggunakan kebolehannya untuk
menghalau buaya-buaya ganas tersebut. Datuk tidak dapat memenuhi permintaan
mereka. Menurut datuk, kebolehan yang ada pada dirinya masih belum cukup unutk
menjinakkan buaya-buaya ganas itu. Kejujuran yang datuk tunjukkan tidak dapat
diterima oleh orang-orang kampung.
"Kamu
sudah membuktikan di depan mata kami, usahlah kamu berdalih. Agaknya kamu yang
memuja buaya-buaya tu supaya menjadi ganas. Sebelum kamu datang buaya-buaya itu
tidak mengacau kami”, seorang lebai muda menghujah datuk di hadapan orang
ramai.
Pendapat
lebai muda itu mendapat sokongan sebagaian besar dari orang-orang kampung.
Datuk berada dalam suasana yang serba salah.
"Apa
yang saya lakukan semalam, sekadar mendapatkan mayat budak itu. Dari percubaan
pertama itu saya dapat mengesan yang buaya-buaya itu diarah oleh orang-orang
tertentu yang dapat mempengaruhi buaya supaya menganas”, datuk memberi
penjelasan dalam percubaan membersihkan nama dan dirinya.
"Mungkin
di antara buaya-buaya itu, ada buaya jadi-jadian”, tambah datuk.
Orang
ramai terdiam sejenak, mereka berpandangan sarna sendiri dan berbisik -bisik.
Lebai muda yang berkulit cerah bangun lagi. Keadaannya lebih bersopan santun
dari tadi. Dia memperkenalkan dirinya.
"Maafkan
saya, kalau perbuatan saya tadi menyakitkan hati tuan, nama saya Kamaruddin dan
saya bekas anggota tentera laut dan sekarang membuat kerja menangkap udang di
Sungai Tanjung Ara ni, apakah yang patut kita lakukan sekarang?"
Datuk
merenung muka lebai muda itu sejenak. Datuk merasakan lebai muda itu memang
jujur orangnya. Tidak berdolak-dalik atau mahu menguji datuk, dia bercakap apa
yang difikirkannya patut dicakapkan, sesuai dengan keadaan dirinya yang baru
berusia lebih kurang empat puluh tahun.
"Kita
cari pawang buaya yang handal”, kata datuk.
"Kalau
begitu kita panggil Saadun Juling”, jawab salah seorang penduduk kampung.
"Dia tu tinggal di mana?", lebai muda bertanya.
"Dia tu tinggal di mana?", lebai muda bertanya.
"Di
Sungai Rotan”, jawab orang yang mengeluarkan cadangan.
"Saya
setuju dan saya boleh membantunya”, datuk memberikan pengakuan.
Kata
sepakat pun di buat. Beberapa orang penduduk kampung Tanjung Ara disuruh pergi
ke Sungai Rotan menjemput Saadun Juling. Permintaan itu tidak dihampakan oleh
Saadun Juling. Dua hari kemudian, pawang buaya itu sudah pun berada di Tanjung
Ara. Datuk terus mendampinginya. Saadun Juling memberitahu orang-orang
kampung, dia tidak dapat melakukan kerjanya dengan secepat mungkin. Dia perlu
mengambil masa kira-kira tiga minggu.
Selama dia
menjalankan tugasnya itu, dia minta orang-orang kampung menanggung makan minum
dan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan, antaranya orang-orang kampung
dilarang berjalan malam, kecuali dirinya. Seminggu sudah berlalu Saadun Juling
hanya asyik berjalan di sepanjang tebing sungai. Kadang-kadang dia menyorok di
balik pokok besar mengintai perempuan mandi dan membasuh kain disungai. Ada
kalanya, dia berdiri di tebing sungai bercakap dengan air.
Satu
perkara yang tidak dapat dinafikan, sejak Saadun Juling berada di Tanjung Ara,
buaya-buaya suIit untuk dilihat. Tidak lagi mengganggu orang-orang kampung yang
mandi di sungai. Orang-orang yang bekerja menangkap udang galah mendapat hasil
yang berlipat ganda. Hal ini meyakinkan orang-orang kampung yang Saadun Juling
itu seorang pawang buaya yang handal. Masuk minggu yang kedua, seorang suami di
kampung itu mengadu pada datuk secara suIit-suIit tentang isterinya yang telah
berjaya dipujuk rayu oleh pawang buaya hingga melakukan hubungan suIit. Dan si
suami tidak dapat berbuat apa-apa, setiap kali dia memandang atau berhadapan
dengan pawang buaya untuk mempersoalkan kedudukan yang sebenar, dia jadi
kasihan dan berasa takut yang tidak bersebab. Si suami cuba membentangkan
masalah dirinya pada orang-orang kampung, mereka tidak dapat menerima lalu
menuduh si suami itu berniat jahat terhadap pawang buaya yang mahu
mengembalikan suasana aman di Tanjung Ara.
"Masa
bila dia membuat hubungan sulit tu?", tanya datuk pada si suami.
"Malam”
"Waktu tu, kau berada di mana?"
"Waktu tu, kau berada di mana?"
"Dirumah?"
"Kenapa kau tidak bertindak?"
"Kenapa kau tidak bertindak?"
"Saya
macam kena pukau. Tidak boleh bangun dari tempat tidur dan tidak boleh
bersuara”
Datuk terdiam mendengar cakap si suami itu. Ada rasa simpati terpamir di wajah datuk.
"Kau bersabar, jangan bertindak terburu-buru. Jika perkara ini benar aku akan menolong kau. Aku tidak mahu perkara maksiat terjadi di sini. Kerja-kerja yang didorong oleh syaitan harus kita tentang”
Datuk terdiam mendengar cakap si suami itu. Ada rasa simpati terpamir di wajah datuk.
"Kau bersabar, jangan bertindak terburu-buru. Jika perkara ini benar aku akan menolong kau. Aku tidak mahu perkara maksiat terjadi di sini. Kerja-kerja yang didorong oleh syaitan harus kita tentang”
"Macam
mana nak menentangnya?"
"Kau
berjanji jangan beritahu sesiapa apa yang mahu aku lakukan”
"Saya
berjanji”
"Pawang
tu tinggal di surau. Malam ni aku nak mengintip gerak gerinya”
"Awak
akan binasa, kalau melanggar pantangnya”
"Allah
lebih berkuasa darinya. Allah memberkati kerja-kerja yang baik dan jujur. Allah
mengeji perbuatan zina. Kalau kita tidak menegakkan kebenaran, Allah akan
mendakwa kita di akhirat kelak, kerana kita tahu perbuatan itu ditegah oleh
Allah”
"Saya
faham”
"Kau
pulanglah dulu”, kata datuk, si suami itu terus pulang.
Pertemuan
datuk dengan si suami itu tidak diketahui oleh sesiapa, walaupun pertemuan itu
diadakan di rumah Alang Botak. Dan Alang Botak menganggap pertemuan itu adalah
pertemuan biasa.
No comments:
Post a Comment