Tiba-tiba
saya tersedak. Mata dan hidung terus berair. Dan sepasang mata datuk tertumpu
ke wajah saya. Renungannya begitu tajam. Tangan kanan saya yang memegang cawan
teh terus menggeletar. Perlahan-lahan cawan itu saya letakkan kembali ke tempat
asalnya (dalam talam kecil). Mahyuddin terus menepuk belakang saya
perlahan-lahan, kemudian dia mengurut-ngurut dua tiga kali di bahagian tengah
tulang belakang. Perjalanan nafas terasa normal kembali.
"Tak
apa, tersedak tengah minum, menurut kata orang tua-tua, ada orang yang menyebut
nama kamu Tamar”, ujar Mahyuddin.
"Itu
tandanya, minum tak menyebut kalimah Allah, cuba baca Bismillah tadi, tentu
tidak begitu jadinya”, sahut datuk.
Saya
segera berpaling ke arahnya. Saya menggigit bibir, renungan datuk tidak lagi
setajam tadi. Tetapi, saya tahu datuk begitu kesal dengan sikap yang telah saya
lakukan itu.
"Dia
tak sengaja, usahlah dikesalkan”, Mahyuddin bersuara.
"Saya
tahu, kalau dari sekarang tidak ditegur nanti perbuatan itu diulang lagi. Malu
kita bila disebut orang membela cucu yang tak tahu adat dan tak senonoh”, jawab
datuk.
"Sudahlah,
masih boleh dibetulkan”, balas Mahyuddin sambil tersenyum pada datuk.
Dari tingkap yang terdedah, saya dapat melihat awan petang yang berarak perlahan-lahan arah ke selatan, sesekali ternampak burung gagak terbang rendah mencari ulat di daun pisang nangka dan embun. Kerana datuk tidak menjamah pisang goreng dan air teh, Mahyuddin terpaksa membawa barang-barang itu ke dapur. Datuk sandarkan badan pada dinding rumah. Dahinya kelihatan berkedut macam memikirkan sesuatu, saya masih lagi melihat gumpalan awan serta burung gagak yang terbang bebas di luar.
Dari tingkap yang terdedah, saya dapat melihat awan petang yang berarak perlahan-lahan arah ke selatan, sesekali ternampak burung gagak terbang rendah mencari ulat di daun pisang nangka dan embun. Kerana datuk tidak menjamah pisang goreng dan air teh, Mahyuddin terpaksa membawa barang-barang itu ke dapur. Datuk sandarkan badan pada dinding rumah. Dahinya kelihatan berkedut macam memikirkan sesuatu, saya masih lagi melihat gumpalan awan serta burung gagak yang terbang bebas di luar.
"Kalau
mengantuk bawa baring dulu”, kata Mahyuddin pada datuk.
Saya
bagaikan terkejut dan merasa hairan, bila masanya Mahyuddin melintas di hadapan
saya dari ruang dapur menuju ke ruang tengah. Berdasarkan pada tempat yang saya
duduk itu, sesiapa saja yang mahu pergi ke dapur atau dari dapur mahu ke ruang
tengah mesti melintas di hadapan saya. Ah, ini memang perkara pelik, macam mana
saya tak boleh sedar langsung Mahyuddin melintas. Agaknya, dia mahu menguji
kepandaian datuk lagi. Memanglah manusia Mahyuddin ini tidak boleh dipercayai.
Semua persoalan itu bermain-main dalam kepala saya. Rasa curiga berbunga
kembali dalam hati. Datuk harus diberitahu tentang hal ini, biar datuk
bertindak segera, kalau lambat bertindak nanti celaka menimpa diri.
"Apa
yang kau fikir Tamar?", tanya datuk dengan mendadak.
"Mahyuddin
tuk”, kata saya semacam berbisik.
Datuk
tersenyum sambil menepuk bahu kiri saya berkali-kali. Datuk kembali duduk di
tempat asalnya. Sesungguhnya saya tidak sedar masa bila datuk merapati saya.
Mahyuddin yang duduk berhadapan dengan datuk, tersenyum ke arah saya. Dia
bagaikan tahu apa yang tersirat dalam dada saya.
"Cucu
awak memang pemerhati orangnya”, kata Mahyuddin pada datuk.
"Betul
kah cakap awak ni?"
"Saya
bercakap setelah melihat, tadi sengaja saya menghilangkan diri di hadapannya
ketika dia termenung panjang, rupa-rupanya dia sedar, malah langkah saya ke
dapur dikiranya”, tambah Mahyuddin lagi.
Datuk
tarik nafas panjang. Begitulah perangai datuk, dia semacam tidak senang bila
ada orang memuji saya secara . berhadapan. Saya garu pangkal dagu beberapa
kali, kembang juga rasa hati bila menerima pujian begitu. Mahyuddin
memperkemaskan silanya. Datuk pula sandarkan badan ke dinding. Mereka sekarang
berada dalam keadaan yang cukup selesa. Angin petang yang masuk ikut jendela
memberikan rasa segar pada mereka. Barangkali, datuk dan Mahyuddin senang
berada dalam keadaan demikian. Bagi diri saya tidak pula begitu, saya rasa jemu
duduk dalam rumah tanpa melakukan sesuatu.
"Apa hajat sebenar awak menjemput saya ke mari. Cakaplah, kalau boleh saya tolong, tetap saya tolong, kalau tak boleh saya menolak”, senang hati saya bila datuk bersuara demikian.
"Apa hajat sebenar awak menjemput saya ke mari. Cakaplah, kalau boleh saya tolong, tetap saya tolong, kalau tak boleh saya menolak”, senang hati saya bila datuk bersuara demikian.
Datuk
mahu menyelesaikan masalahnya dengan segera dan dengan segera pula dia mahu
meninggalkan rumah Mahyuddin. Saya lihat Mahyuddin mengerutkan dahi luasnya,
lama benar dia termenung. Dia seperti berada dalam keadaan serba salah.
Tiba-tiba Mahyuddin bangun dan menuju ke tingkap. Berdiri di situ dengan
membelakangi datuk. Mahyuddin merenung ke arah pokok-pokok yang tumbuh subur di
lereng sebuah bukit yang tidak jauh dari rumahnya.
Melihat
bentuk tubuh Mahyuddin dari belakang, memang menarik serta menampakkan
ciri-ciri seorang pahlawan. Bidang belakangnya lebar, kedua belah pangkal
lengannya kelihatan tegap. Cukup sajak dia berdiri, kena pula dengan tubuhnya
yang tinggi.
"Aku
telah berjanji dengan diri sendiri, engkau adalah satu-satunya sahabat ku dunia
akhirat”, Mahyuddin pusingkan badan merenung wajah datuk.
"Jadi
apa yang engkau mahu aku lakukan untuk menguatkan persahabatan tu
Mahyuddin?"
"Apa yang ada pada saya, mahu saya nyatakan pada awak."
"Apa yang ada pada saya, mahu saya nyatakan pada awak."
"Jangan
bergurau kawan."
"Saya
tidak bergurau tentang sesuatu yang benar."
Datuk
terdiam mendengar kata-kata Mahyuddin itu. Dengan lemah Mahyuddin melangkah
merapati datuk. Mereka duduk berhadapan. Mahyuddin letakkan tangan kanannya
atas kepala lutut datuk dengan tenang.
"Ada
rahsia yang mahu saya tanyakan pada sahabat”, bisik Mahyuddin.
"Silakan”,
datuk tersenyum. Bahu Mahyuddin ditepuknya dua tiga kali. Mereka berbalas
senyum. Anehnya, Mahyuddin tidak terus mengajukan pertanyaan pada datuk. Ada
keraguan yang terpamer di wajah Mahyuddin.
"Tanyalah
apa yang mahu kau tanyakan pada ku, apa rahsia yang mahu kau katakan pada ku
Mahyuddin?"
"Sahabat
juga membela harimau seperti saya."
"Tidak."
Muka Mahyuddin jadi pucat, bila dia mendengar datuk menyebut perkataan 'tidak' dengan serta merta dia menekup mulutnya dengan kedua belah telapak tangannya. Dahi Mahyuddin kelihatan berkerut. Saya kira Mahyuddin merasa kesal dengan apa yang telah dilakukannya. Dia bimbang dengan tindak tanduknya itu, perasaan datuk akan terguris.
Muka Mahyuddin jadi pucat, bila dia mendengar datuk menyebut perkataan 'tidak' dengan serta merta dia menekup mulutnya dengan kedua belah telapak tangannya. Dahi Mahyuddin kelihatan berkerut. Saya kira Mahyuddin merasa kesal dengan apa yang telah dilakukannya. Dia bimbang dengan tindak tanduknya itu, perasaan datuk akan terguris.
"Maafkan
saya”, Mahyuddin tersipu-sipu.
"Tak
apa, setiap orang berhak bertanya dan menyoal, perbuatan kamu tidak
salah."
"Tapi,
boleh melukakan perasaan orang."
"Tidak,
kerana aku sememangnya tidak membela harimau, cuma ada orang yang berpendapat
aku membelanya”, datuk membuka rahsia diri.
Mahyuddin
anggukkan kepala. Saya mula resah tidak menentu, memang bosan duduk dalam rumah
yang pergerakannya serba terbatas. Saya sandarkan badan ke dinding dan kedua
belah kaki saya luruskan. Dan sepasang mata saya kembali tertumpu pada awan
serta dedaun yang dapat saya lihat dari jendela yang terdedah.
"Pelik
juga, orang yang tidak tahu tentang harimau dapat menguasai harimau”, rungut
Mahyuddin sambil matanya merenung pangkal dagu datuk.
Kemudian
Mahyuddin minta izin dari datuk untuk melihat garis-garis di pergelangan tangan
kiri datuk. Permintaan itu tidak dihampakan. Setiap bulu roma dan kedut kulit
lengan datuk ditatap oleh Mahyuddin dengan teliti, sesekali dia menggosok
lengan datuk dengan telapak tangannya perlahan-lahan macam mencari atau merasa
sesuatu.
"Berdasarkan
rabaan dan gerak urat-urat sendi awak, memanglah awak tidak memelihara harimau,
awak berterus terang dengan saya”, Mahyuddin berhenti meraba pergelangan tangan
datuk.
Dia
termenung sejenak. Kulit dahinya kelihatan berlapis dan kedua belah kelopak
matanya kelihatan kian mengecil melindungi sepasang anak matanya yang tajam.
Tiba-tiba Mahyuddin melepaskan sebuah keluhan. Belakangnya bertemu dengan papan
dinding. Keningnya masih juga berkerut.
"Awak
memang tidak ada hubungan dengan harimau tetapi ... "
"Teruskan
Mahyuddin”, desak datuk.
"Waktu
saya mengejar awak dalam hutan, saya selalu di pintas dan disergah oleh
harimau, mujurlah saya berjaya mengunci geraknya, kalau tidak mati saya."
"Biasanya
harimau yang mengikut saya tidak mengacau atau membinasakan sesiapa kecuali
dirinya dicederakan"
"Begitulah,
antara kita berdua ada perbezaan dalam menguasai dunia binatang."
"Aku tidak menguasai binatang”, kata datuk dengan nada suara yang agak tinggi, seolah-olah menafikan tanggapan yang dibuat oleh Mahyuddin itu.
"Aku tidak menguasai binatang”, kata datuk dengan nada suara yang agak tinggi, seolah-olah menafikan tanggapan yang dibuat oleh Mahyuddin itu.
Cepat–cepat
Mahyuddin tepuk bahu datuk. Mereka berbalas senyum. Saya terkejut bila
Mahyuddin kenyitkan matanya pada saya. Dengan itu, fahamlah saya yang Mahyuddin
sekadar mahu mengusik datuk.
"Saya
fikir eloklah kita keluar dari rumah ni, duduk berehat di belakang rumah
pula." Mahyuddin mengeluarkan cadangan.
Sayangnya
cadangan itu ditolak oleh datuk dengan alasan, kalau dia berada di tepi hutan
kecil di belakang rumah, harimau yang selama ini mengikuti dirinya akan
muncul!.
"Biarkan
si Tamar saja yang keluar untuk bermain”, kata datuk. Saya gembira mendengar
perintah itu. Tanpa membuang masa, saya terus melompat ikut pintu, dalam
beberapa saat saja sudah berada di tanah. Bila berada di tanah saya jadi bodoh,
saya tidak tahu dengan siapa saya mesti berkawan. Saya renung ke hulu hilir
silih berganti. Akhirnya, saya duduk di bawah pohon mempelam. Dalam keadaan
matahari yang kian mengecil di dada langit, saya tercium bau yang amat wangi,
beberapa ekor ayam hutan, entah dari mana datangnya muncul di bawah rumah. Saya
naik ke rumah kembali. Bila saya berdiri di muka pintu, saya lihat datuk dan
Mahyuddin berdiri tanpa baju. Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan ketika
saya tidak ada di atas rumah.
Saya
duduk di tempat asal saya. Datuk dan Mahyuddin masih lagi berdiri, mereka
bagaikan tidak menyedari kedatangan saya.
Saya
pura-pura batuk. Serentak datuk dan Mahyuddin merenung ke arah saya dengan rasa
terkejut. Keduanya mengenakan baju ke badan kembali dan terus berdiri. Mereka
masih lagi merenung ke arah saya.
"Ada
apa tuk?" Tanya saya.
"Tak
ada apa-apa Tamar, kami cuma berlatih menguatkan urat-urat badan”, balas datuk
dengan wajah yang selamba. Saya menggigit bibir dan terus duduk.
Aneh,
datuk dan Mahyuddin masih lagi berdiri, bertentang mata dengan kedua belah
tangan menolak bahu pihak yang menentang (datuk tolak bahu Mahyuddin dan
Mahyuddin pula tolak bahu datuk) masing-masing kelihatan berusaha menewaskan
pihak yang menentang. Muka datuk dan Mahyuddin kelihatan merah, sepasang kaki
mereka bagaikan melekat di lantai. Badan keduanya kelihatan berulas-ulas dan
daging yang terlekap di bahagian bawah ketiak, kelihatan mengembang macam ahli
bina badan dalam pertunjukan.
Semua yang saya lihat menimbulkan berbagai-bagai ramalan pada diri saya, mungkin mereka beradu kekuatan cara batin atau mungkin saja. Ramalan yang terjadi dalam diri saya itu bagaikan mendesak menyuruh saya menyoal datuk.
Semua yang saya lihat menimbulkan berbagai-bagai ramalan pada diri saya, mungkin mereka beradu kekuatan cara batin atau mungkin saja. Ramalan yang terjadi dalam diri saya itu bagaikan mendesak menyuruh saya menyoal datuk.
"Latihan
apa ni tuk, saya tak pernah melihat tuk berlatih macam ini”, tanya saya dan terus
bangun, kemudian duduk berhampiran kaki kanannya, saya lihat urat-urat dan
ketulketul daging di betis datuk berulas-ulas pejal.
"Jauh
Tamar”, tekanan suara datuk meninggi. Saya tidak peduli dengan perintahnya.
Saya merasa seronok melihat daging buah betisnya yang pejal bergerak-gerak,
geram juga rasa hati melihat bulu romanya yang tumbuh panjang di betis, bulu
romanya juga bergerak, macam tunggul lalang dilanggar kaki lembu.
"Jauhhhh
.... “, tempik datuk, saya jadi terkejut dan terus melompat lari ke arah muka
pintu. Suara datuk yang keras dan kasar itu membuat badan saya jadi menggeletar
tidak tentu arah
Saya
terus duduk di atas bendul pintu sambil berjuntai kaki tetapi, sepasang mata
saya masih menyorot telatah datuk dan Mahyuddin.
Tiba-tiba,
Mahyuddin menjatuhkan kedua belah tangannya dari memaut bahu datuk, kedua belah
telapak tangannya dikembangkan macam bentuk ekor burung merpati, Mahyuddin
melompat lalu melepaskan satu tendangan yang cukup kencang ke dada datuk.
Bagaikan kilat datuk memegang telapak kaki kanan Mahyuddin dan terus
memusingkannya. Mahyuddin terlentang atas lantai.
"Macam
mana boleh jadi begini? Pada mulanya kita berjanji melakukan semuanya ini
sekadar untuk menegangkan urat di samping mencari punca atau bentuk langkah
silat yang kita amalkan serupa atau tidak, tiba-tiba lain pula yang kau
lakukan”, nada suara datuk cukup kecewa dan hampa. Wajahnya kelihatan muram
sekali. Saya menggigit bibir. Mahyuddin segera meraba pangkal lehernya
berkali-kali. Kemudian dia terus duduk dalam keadaan berdiri lutut. Kedua belah
lengannya terkandas atas kepala lutut. Dia termenung panjang dengan sepasang
matanya merenung lantai.
"Inilah
kelemahan saya sahabat, terlalu sangat menurut kata hati hingga menenggelamkan
akal fikiran sendiri”, kesal benar bunyi nada suara Mahyuddin.
Ketika
dia berkata-kata itu wajah datuk tidak dipandangnya. Saya lihat datuk masih
berada dalam keadaan yang sungguh tenang. Dua tiga kali dia meraba-raba hujung
dagunya.
"Mungkin
pengalaman lalu mengajar saya jadi begini?" "Pengalaman macam mana
Mahyuddin." "Masa belajar silat dulu, kawan seguru yang dianggap
setia, diajak tidur di rumah, makan seperiuk tiba-tiba mengkhianati diri saya
sendiri."
"Khianat
macam mana?"
"Isteri
saya dirampas dengan secara terhormat hingga saya bercerai, kemudian dia kahwin
dengan isteri saya."
Datuk
menghampiri Mahyuddin,dua tiga kali bahu manusia harimau (Mahyuddin) diurut
oleh datuk dengan penuh manja, macam seorang ayah memujuk anak kesayangan yang
merajuk. Dan saya bagaikan ditolak-tolak oleh sesuatu yang menyebabkan saya
bergerak dan duduk di sebelah Mahyuddin. Mahyuddin menarik nafas panjang,
kepalanya diangkat perlahan-lahan hingga tegak. Dia merenung dinding rumah dan
setiap benda yang ada ditatapnya dengan renungan yang sayu sekali. Dan angin petang
yang masuk ke rumah menyentuh rambutnya yang terjuntai di atas dahi, rambut itu
bergerak-gerak lemah.
"Dalam zaman pemerintahan Jepun dulu, kawan serumah yang dianggap sebagai adik dunia akhirat, tiba-tiba mengadu pada Jepun tentang kegiatan saya hingga saya diburu Jepun, saya ditangkap hingga dipaksa minum air sabun oleh tentera Jepun, dengan kehendak Allah saya dibebaskan, pengalaman yang saya tempoh mengajar saya jadi begini sahabat”, Mahyuddin meraba bibir bawahnya dengan hujung kelingking.
"Dalam zaman pemerintahan Jepun dulu, kawan serumah yang dianggap sebagai adik dunia akhirat, tiba-tiba mengadu pada Jepun tentang kegiatan saya hingga saya diburu Jepun, saya ditangkap hingga dipaksa minum air sabun oleh tentera Jepun, dengan kehendak Allah saya dibebaskan, pengalaman yang saya tempoh mengajar saya jadi begini sahabat”, Mahyuddin meraba bibir bawahnya dengan hujung kelingking.
Saya
lihat kelopak matanya digenangi air jernih. Rasa simpati dan hiba menguasai
diri saya. Tanpa disedari air mata membasahi kulit pipi saya yang keras.
"Tamar,
kau orang lelaki, kau anak jantan, yang mempunyai hati betina, jangan mudah
mengeluarkan air mata”, bisik datuk ke telinga.
Cepat-cepat
saya kesat air mata, segaris senyum saya pamerkan untuk datuk. Tanpa membuang
masa lagi datuk menegakkan ibu jari kanannya sambil tersenyum lebar. Hati saya
jadi kembang macam bunga matahari kembang pagi.
Di
luar matahari mula jatuh di kaki langit. Kicau burung tidak kedengaran dan
rama-rama sudah berhenti terbang. Kecuali bunyi suara burung kuang mula
kedengaran. Dan alam keliling mula beransur samar-samar. Mahyuddin masih lagi
duduk di tempat. tadi dengan datuk di sisinya.
"Sejak
itu, saya rasa cukup susah untuk menegakkan keyakinan dalam diri saya terhadap
orang yang bersikap jujur pada saya”, keluh Mahyuddin. Datuk terus juga menepuk-nepuk
bahu Mahyuddin, jari tangan datuk terus dipegang oleh Mahyuddin erat-erat, muka
datuk dipandangnya.
"Salah
kah saya sahabat?"
"Kau
tidak bersalah, pengalaman membentuk kau jadi begitu dan itu adalah hak kau dan
hak itu kalau kau kembalikan pada ajaran agama Islam yang mahukan seliap
pengikutnya bersikap jujur, timbang rasa dan kasih sayang, sudah tentu tentu
merasa bahagia."
"Apa
yang mesti saya buat.."
"Kembali
pada ajaran agama, bersihkan hati dan perasaan”, terang datuk. Lagi sekali
Mahyuddin tunduk merenung lantai.
"Mari
kita bersihkan diri dan pergi ke masjid, Maghrib sudah dekat”, sambung datuk.
Tanpa banyak soal, saya terus ke telaga dan mandi, diikuti oleh Mahyuddin dan akhir sekali datuk. Setelah itu serentak kami melangkah meninggalkan rumah. Setelah selesai sembahyang Maghrib dan Isyak, datuk membaca Al-Quran, saya membaca Muqaddam, Mahyuddin membaca surah Yasin. Kira-kira jam sebelas malam, kami berhenti dari kerja-kerja yang dilakukan. Datuk membuat. keputusan untuk bermalam di masjid tetapi, Mahyuddin mendesak datuk bermalam di rumahnya.
Tanpa banyak soal, saya terus ke telaga dan mandi, diikuti oleh Mahyuddin dan akhir sekali datuk. Setelah itu serentak kami melangkah meninggalkan rumah. Setelah selesai sembahyang Maghrib dan Isyak, datuk membaca Al-Quran, saya membaca Muqaddam, Mahyuddin membaca surah Yasin. Kira-kira jam sebelas malam, kami berhenti dari kerja-kerja yang dilakukan. Datuk membuat. keputusan untuk bermalam di masjid tetapi, Mahyuddin mendesak datuk bermalam di rumahnya.
"Masjid
sebaik-baik tempat untuk berteduh”, kata datuk. "Ke rumah saya sajalah,
banyak hal yang belum saya selesaikan dengan sahabat, banyak rahsia diri saya
yang belum terbongkar untuk pengetahuan awak."
"Kita
selesaikan di sini, berkatnya lebih”, datuk menolak.
Wajah
Mahyuddin segera berubah, dia mula menunjukkan sikap menentang. Dia jadi panas
hati kerana datuk tidak mahu memenuhi permintaannya. Saya jadi resah, saya
takut berlaku perkelahian lagi. Kerana saya tahu perangai datuk, dia tidak akan
mengalah pada sesiapa sampai kali keempat, ini memang merupakan satu pantang
larang dalam dirinya. Dia boleh dihina, dijatuhkan maruahnya di mana-mana saja
sebanyak tiga kali, tetapi untuk kali yang keempat dia akan bangun melawan
secara berhabis-habisan.
Dalam
keadaan diri saya yang serba salah itu, saya lihat datuk sembahyang dua rakaat,
seolah-olah tidak ada sesuatu pun yang berlaku. Setelah memberi salam terakhir,
dia senyum pada Mahyuddin dan menghulurkan salam. Mahyuddin menyambut salam
itu.
“Bebaskan
diri dari rasa cepat marah, orang yang cepat marah adalah tempat syaitan
bermain yang menjadikan kita menyimpan perasaan hasad dan dendam,” sambil
tersenyum datuk berkata. Mahyuddin terdiam.
“Isikan
dada dengan rasa sabar kerana sabar itu akan membuat kita mengenali diri
sendiri yang serba kurang dan secara tidak langsung membuat kita berfikir,
bahawa tidak ada yang lebih berkuasa di dunia ini selain daripada Allah, “
tambah datuk lagi.
Mahyuddin
merenung muka datuk, kemudian tanpa dipaksa oleh sesiapa, dia bersetuju untuk
tinggal bersama datuk di masjid tersebut sepanjang malam.
Rupanya
di dalam masjid, Mahyuddin memperoleh satu ketenangan bagi dirinya serta datuk
dan saya. Mahyuddin menceritakan pada datuk, sejak dia dikhianati oleh kawannya
sendiri, dia tidak pernah berhasrat untuk mempunyai seorang isteri.
"Kalau
saya kahwin bukan kerana saya sukakan perempuan tetapi sekadar mengelakkan diri
saya dari melakukan zina”, katanya. Dan datuk tidak mahu menyoal lebih lanjut
lagi tentang hal itu. Dan perkara itu mati begitu sahaja.
“Saya
tahu, awak memang tidak membela harimau dan harimau yang mendampingi awak itu
merupakan harimau peninggalan datuk nenek awak yang diwariskan pada awak,
sampai waktunya harimau itu akan meninggalkan awak juga”, saya terkejut
mendengar cakap Mahyuddin itu.
“Lagi
apa yang awak tahu?”
“Awak
adalah waris terakhir, bila awak mati harimau itu tidak akan mencari keturunan
awak untuk menjadi tuannya”
“Saya
tidak tahu”
“Sekarang
awak sudah tahu, harimau yang mendampingi awak tu sudah cukup tua, sebagai
makhluk yang bernyawa dia akan mati juga”
Penjelasan
Mahyuddin itu amat menarik sekali. Sebagai manusia yang sedar dirinya serba
kekurangan, datuk mengakui bahawa, Mahyuddin bukan calang-calang manusia. Dia
tahu dengan apa yang dicakapkannya. Dia manusia yang arif tentang harimau dan dunianya.
Datuk rasa cukup kagum dengan Mahyuddin, tidak banyak manusia di alam Melayu
yang belajar silat harimau.
"Inilah
kelebihan awak dan kekurangan awak tidak boleh mengawal perasaan marah,
sesungguhnya tidak ada ilmu yang cukup sempurna, bagi manusia”, kata datuk.
“Tepat
sekali”, sahut Mahyuddin.
Kelopak
mata saya terasa berat, bayang datuk dan Mahyuddin memanjang di dinding dalam
sinar lampu gasolin yang sekejap terang dan sekejap malap.
Saya
merebahkan badan atas lantai, lantas saya terkenangkan nenek di kampung, saya
membayangkan ketika begini nenek akan berada di ruang tengah rumah, berbumbung
limas dengan sebuah pelita minyak tanah di hadapannya.
Nenek
akan menjalankan kerjanya dengan tekun menganyam tikar mengkuang panjang dua
belas atau melurut mengkuang ladang dengan kayu untuk dibuat tudung saji.
Tiba-tiba saja rasa rindu pada nenek berbunga dalam hati kecil saya.
“Tunggu
sebentar, biar saya pulang dulu, sebelum kokok ayam pertama berbunyi saya akan
datang ke sini”
“Kenapa
begitu pula jadinya?”
“Kedatangan
saya kali ini akan membuka rahsia diri saya pada awak, bila rahsia itu saya
buka, saya akan merasa bahagia kerana orang yang mahu saya serahkan atau
mewarisi pusaka saya telah saya temui”
“Maksud
awak saya yang berhak?”
“Kira-kiranya
begitulah”, sahut Mahyuddin dengan senyum.
Mahyuddin
berdiri. Melangkah tiga tapak ke hadapan, bila dia melangkah untuk kali
keempat, batang tubuhnya terus hilang dari penglihatan saya. Sebagai manusia
yang ingin mengetahui sesuatu, saya segera menerpa ke pintu masjid dan berdiri
kaku di situ.
Apa
yang saya lihat ialah kegelapan malam yang cukup pekat. Di langit tidak ada
sebiji bintang tergantung, pokok-pokok di hadapan masjid kelihatan kaku. Bunyi
burung kuang kuit mula kedengaran.
"Tamar,
kalau burung tu berbunyi, tandanya ada harimau berjalan malam”, kata datuk.
Perlahan-lahan saya melangkah meninggalkan muka pintu masjid.
"Biasanya
burung tu berbunyi awal tapi malam ni agak jauh malam baru berbunyi,
jangan-jangan suara syaitan”, sambung datuk lagi. Saya segera melompat dan
tiba-tiba saja saya dapati diri saya berada di celah ketiak datuk.
"Bukan
di sini tempat kamu Tamar, pergi tidur di sana”, datuk menolak badan saya
dengan keras, tanpa rasa belas kasihan.
Akhirnya
saya rebahkan badan untuk kali keduanya dekat tiang. Marah juga rasa hati
dengan sikap datuk itu. Saya terlelap. Serentak dengan kokok ayam kali pertama
malam itu, saya terjaga dari tidur, saya lihat datuk masih lagi menunggu
kedatangan Mahyuddin dengan setia, lampu gasolin sudah padam.
"Belum
dalang lagi tuk?"
"Belum."
"Jangan-jangan dia nak mainkan kita."
"Jangan-jangan dia nak mainkan kita."
"Kita
tunggu sampai pagi, kalau dia tak datang kita pergi ke rumahnya, lepas tu kita
balik ke kampung"
Saya
terdiam mendengar kala-kata datuk itu, tidak jauh dari tempat datuk duduk,
kelihatan cahaya api yang sekejap garang dan sekejap mengecil mengikut tekanan
ataupun tiupan angin yang masuk ke dalam masjid. Saya pasti api itu datangnya
dari seludang kelapa kering. Siapa yang membuatnya?
"Aku
yang membuatnya, waktu kau tidur tadi aku cari seludang kelapa, aku hancurkan
dengan batu kemudian diikat dengan tali guni, kalau tak ada seludang ni mati
kita kena nyamuk”, saya senyum dalam gelap mendengar penjelasan itu.
Memang
saya tahu datuk boleh membuat kerja seperti itu tetapi mencair seludang kelapa
kering tengah malam, bukanlah satu kerja yang mudah.
"Tidurlah
Tamar, kalau dia datang nanti, aku bangunkan kamu”, nasihat datuk pada saya.
Tanpa mengucapkan terima kasih pada datuk, saya terus membengkokkan badan jadi
macam angka lima untuk menahan kesejukan. Baru sekali lelap, saya terdengar
bunyi tapak kaki orang memijak lantai masjid. Cepat-cepat saya buka kelopak
mata. Saya lihat datuk berdiri di muka pintu masjid sambil memeluk tubuhnya.
Mata datuk tertumpu keluar, dia seolah-olah dapat melihat sesuatu dalam gelap.
Lama benar datuk berdiri di situ.
Saya tidak jadi meneruskan tidur saya yang terputus. Saya bangun perlahan-lahan dan terus duduk, semua gerak geri datuk saya perhatikan dengan cukup teliti. Burung kuang-kuik kian kuat berbunyi, bersahut-sahutan dengan kokok ayam yang memanjang. Saya pasti kokok ayam itu bukan kali pertama, paling kurang kokok, kali yang kedua atau yang ketiga. Mungkin kerana Mahyuddin tidak muncul dalam waktu yang dijanjikan, membuat datuk resah.
Saya tidak jadi meneruskan tidur saya yang terputus. Saya bangun perlahan-lahan dan terus duduk, semua gerak geri datuk saya perhatikan dengan cukup teliti. Burung kuang-kuik kian kuat berbunyi, bersahut-sahutan dengan kokok ayam yang memanjang. Saya pasti kokok ayam itu bukan kali pertama, paling kurang kokok, kali yang kedua atau yang ketiga. Mungkin kerana Mahyuddin tidak muncul dalam waktu yang dijanjikan, membuat datuk resah.
Datuk
meluruskan tangan kiri, tangan kanannya yang meraba ikat kepala itu, saya
terdengar desir angin yang cukup kuat, datang dari arah pintu masjid tempat
datuk berdiri. Baju dan seluar datuk nampak bergerak-gerak, begitu juga dengan
kain ikat kepalanya. Tiupan angin itu cukup kuat membuat datuk terpaksa
memegang jenang pintu, kalau datuk tidak berpaut saya yakin dia akan jatuh.
Kira-kira
sepuluh minit kemudian tiupan angin itu berhenti, saya terdengar seperti ada
benda jatuh atas lantai masjid. Datuk menuju ke arah bunyi benda jatuh.
No comments:
Post a Comment