Baru dua langkah datuk mengatur tapak, saya terpandangkan cahaya api yang kuat. Cahaya itu kelihatan bergerak menuju ke masjid. Perasaan saya jadi cemas.
"Ada orang bawa
suluh datang ke sini tuk”, kata saya memberitahu datuk. Dan datuk segera
membatalkan niatnya menuju ke arah benda jatuh. Dia patah balik dan berdiri
dekat saya di ambang pintu masjid. Tiada rasa cemas dan bimbang terpamer di
wajahnya.
"Tamar"
"Ya tuk"
"Ya tuk"
"Yang kau tengok
tu bukannya suluh."
"Kalau bukan
suluh, apa dia tuk?"
"Itu disebut
andang yang dibuat dari daun kelapa."
"Hum, saya tak
tahu tuk."
"Kalau tak tahu
belajar, orang Melayu kaya dengan bahasa, setiap benda ada nama dan
gelarannya."
"Huh..”, satu
keluhan terpancut dari mulut saya.
Dalam saat-saat cemas
begitu, datuk masih mahu memperkenalkan saya dengan benda-benda yang baru. Saya
mula terasa yang diri saya ini, terlalu miskin dengan perbendaharaan kata-kata
bahasa sendiri. Mata saya masih lagi terpaku pada andang daun kelapa. Bunga-bunga
api yang dicipta oleh andang tersebut kelihatan berterbangan di udara, sebelum
jatuh ke bumi. Satu pemandangan yang amat menarik dan cantik bagi saya. Cahaya
api itu, kian lama kian hampir ke masjid.
"Sahabat, saya
datang”, dada saya terasa lapang. Saya kenal dengan suara itu. Datuk renung
muka saya. Api andang daun kelapa pun padam. Dengan tenang Mahyuddin melangkah
menghampiri saya dan datuk. Wajahnya nampak tenang.
"Kenapa
lambat'!"
"Mencari benda
yang mahu saya serahkan pada awak. Benda itu hilang dari tempat simpanannya”,
suara Mahyuddin penuh kesal.
Datuk terus
menepuk-nepuk bahu Mahyuddin beberapa kali. Mahyuddin seluk baju cekak musang
yang dipakainya. Dia mengeluarkan sekotak mancis cap kuda terbang. Mahyuddin
terus membakar sumbu pelita minyak tanah yang dibawanya. Sebahagian daripada
ruang masjid terang benderang dilingkari oleh cahaya lampu minyak tanah. Saya
merenung ke luar, tidak ada satu benda pun yang dapat saya lihat, suasananya
gelap. Datuk dan Mahyuddin sandarkan badan ke dinding masjid. Masing-masing
merenung api di sumbu pelita minyak tanah yang terlentuk-lentuk ke kiri dan ke
kanan mengikut hembusan angin malam. Suara cengkerik jelas kedengaran.
“Tadi ada benda jatuh
dalam masjid, baru mula nak cari, awak dah datang”, ujar datuk seraya
menggosok-gosok pangkal hidungnya.
"Apa bendanya
sahabat?"
"Entah, saya pun
tak tahu, pinjam pelita sekejap biar saya cari apa bendanya."
"Itu memang
elok, kalau yang jatuh tu benda tak bernyawa tak apalah, tetapi kalau benda
bernyawa seperti ular atau lain-lain, bahaya kita dibuatnya."
"Betul cakap
awak”, balas datuk.
Saya renung kiri
kanan, memang seram bila Mahyuddin menyebut perkataan 'ular' bulu tengkuk saya
berdiri dengan sendiri. Saya dapat membayangkan kalau benar ular jatuh tengah
masjid, pasti bukan ular sembarangan, mungkin ular jadi-jadian. Saya terus
melompat dan duduk di sisi Mahyuddin.
"Kau
takut?" Tanyanya pada saya.
"Tidak”, balas
saya sambil menegakkan dada.
Tunjuk berani tetapi,
hati tetap berdebar. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Kepala
lutut saya yang bertemu dengan kepala lutut Mahyuddin menggeletar, membuat
Mahyuddin tersenyum sinis pada saya. Dengan cahaya pelita minyak tanah di
tangan, datuk terus berarak menuju ke arah sebelah kanan masjid. Datuk yakin di
situlah benda ganjil ilu jatuh. Saya dan Mahyuddin hanya melihat segala
gerak-geri datuk.
"Keris”, jerit
datuk.
Saya dan Mahyuddin
segera menghampirinya. Sebilah keris terdampar atas lantai masjid. Hulunya
diperbuat dari tanduk dalam bentuk muncung dan paruh burung helang. Sarungnya
diperbuat dari kayu jenis keras. Bila terkena cahaya pelita, sarung dan hulu
keris kelihatan bersinar·sinar. Datuk tidak berani menjamah keris tersebut,
kerana hulu keris mengeluarkan asap nipis yang memanjang ke atas, bentuk asap
itu kelihatan berliku-liku. Bila asap itu hilang, keris tersebut kelihatan
bergerak sendiri dalam sarungnya, macam mahu keluar. Dengan tenang Mahyuddin
menjamah keris tersebut. Kemudian membalutkan badan keris itu dengan kain
kuning yang dikeluarkan dari saku seluarnya. Keris itu diletakkan kembali atas
lantai dan Mahyuddin terus duduk bersila di depan keris. Dia kelihatan macam
orang bertafakur.
"Inilah yang
mahu saya berikan pada sahabat, belum pun sempat saya bertindak dia dah terbang
mencari sahabat”, ujar Mahyuddin sambil merenung wajah datuk.
Beberapa saat
kemudian, saya lihat Mahyuddin menatang keris itu untuk diserahkan pada datuk.
Tetapi, datuk enggan menerimanya. Mahyuddin terpaksa meletakkan kembali atas
Rupanya tindak tanduk datuk itu difahami oleh Mahyuddin. Datuk mahu dia
bercerita serba sedikit tentang keris ganjil itu. Menurut Mahyuddin, keris itu
dibuat dengan tangan oleh guru silatnya. Mata keris itu dipadukan dengan lima
jenis besi yang diambil dari lima buah gua di gugusan kepulauan Melayu iaitu
dari tanah Bugis, Melaka, Bukit Seguntang, Pulau Mindanao (Filipina) dan Patani
(Selatan Siam). Ketika dia bertapa dalam hutan, mata keris itu telah dijilat
oleh harimau tiga malam berturut-turut.
Kata Mahyuddin lagi,
keris itu telah membunuh tiga orang Belanda, tiga orang Inggeris dan lima
korbannya terdiri dari orang-orang asing yang mahu menjajah alam Melayu. Saya
menarik nafas panjang mendengar ceritanya. Saya kira, ceritanya itu tidak dapat
diterima oleh akal. Datuk tidak melahirkan sebarang pendapat berhubung dengan
cerita Mahyuddin itu. Datuk hanya menggigit kuku di ibu jari.
"Sekarang
sahabat sudah tahu, sayalah harimau dan sayalah orang yang menyimpan keris air
liur harimau yang bisa. Ingat, keris ini ada pantangnya. Jangan dibuat
sembarangan, pantangnya tidak boleh ditikam ke badan manusia yang sebangsa dan
seagama, kalau dilanggar pantang orang yang menyimpannya akan mati muntah
darah”, kata Mahyuddin lagi. Saya garu dahi dan datuk terus membisu seribu
bahasa.
"Sahabat, umur
saya dah lebih lapan puluh tahun, dengan kemahuan Allah saya sudah menemui
seorang sahabat, sekarang sudah sampailah masanya saya menghebahkan rahsia diri
saya pada orang-orang kampung. Sahabat dan cucu sahabat menjadi saksi dalam hal
ini”, tekanan suara Mahyuddin cukup lantang.
Mukanya kelihatan
berseri-seri. Dia terus meletakkan keris yang berbalut kain kuning atas riba
datuk. Cepat-cepat datuk meletakkan keris itu ke tempat asalnya. Datuk tidak
mahu menerima pemberian tersebut. Datuk segera bangun. Tangan kanannya
ditekankan ke dinding masjid. Pelita minyak tanah terus mengerdip. Suara katak
dan cengkerik tidak putus-putus berbunyi.
"Apa erti
semuanya ini Mahyuddin?", soal datuk.
"Orang yang
merantau akan kembali, setiap kehebatan dan kekuatan ilmu dunia yang dituntut
akan terpisah juga dengan manusia, hanya ilmu akhirat saja yang dibawa, begitu
juga dengan saya”, cukup jelas dan teratur Mahyuddin berkata-kata.
Tetapi, saya jadi
kelam-kabut, sukar sekali memahami atau mencari pati dari kata-katanya itu, berbelit-belit
macam ada unsur falsafah.
"Sahabat ku..
"
"Saya faham,
tunggu sampai sembahyang subuh”, ujar datuk bila Mahyuddin mahu menyambung
kata-katanya.
Mahyuddin patuh
dengan permintaan datuk. Mahyuddin bangun, berjalan ke muka pintu surau. Datuk
mengekor di belakangnya. Mereka berdiri di situ merenung ke kaki langit,
sebutir bintang timur kelihatan mengerdip dengan indah. Awan cukup bersih.
"Mahyuddin."
"Ya sahabat."
"Ya sahabat."
"Awak berkawan
dengan jin?"
"Ahhh...”
Mahyuddin tidak menghabiskan kata-katanya. Datuk terus memicit bahu kanan Mahyuddin yang kelihatan resah tidak menentu. Saya mula rapat ke arah datuk dan Mahyuddin, berdiri di belakang mereka. Pelita minyak tanah terus menyala. Badan saya mula terasa sejuk. Dua tiga kali saya mengeliat dan menguap panjang.
Mahyuddin tidak menghabiskan kata-katanya. Datuk terus memicit bahu kanan Mahyuddin yang kelihatan resah tidak menentu. Saya mula rapat ke arah datuk dan Mahyuddin, berdiri di belakang mereka. Pelita minyak tanah terus menyala. Badan saya mula terasa sejuk. Dua tiga kali saya mengeliat dan menguap panjang.
"Mahyuddin
maafkan aku, kalau kau tersinggung. Aku bukan apa-apa Mahyuddin, kita sebagai
manusia harus hati-hati, jangan sampai berkawan dengan jin kafir. Kata orang
ketika kita mahu mati nanti kita disesatkannya”, ujar datuk.
Mahyuddin terus
membisu. Mata Mahyuddin masih tertumpu ke kaki langit.
"Sebaik-baiknya
biar kita kenai dengan jin yang seagama dengan kita, sekadar berkenal saja,
kerana mereka makhluk Allah, jangan sekali-kali kita memperhambakan diri kita
pada mereka atau kita hambakan mereka”, sambung datuk lagi.
"Sudahlah
sahabat, usahlah mengajar”, dari nada suara yang dikeluarkan Mahyuddin itu
ternyata dia kurang senang dengan sikap datuk. Datuk terus diam. Rupanya sikap
datuk itu menguntungkan. Mahyuddin kelihatan tenang. Dia berjalan ke arah
kerantung (beduk) yang tergantung di luar masjid. Kerantung itu dipalunya
bekali-kali menandakan Subuh sudah hampir. Mahyuddin dan datuk terus mengambil
air sembahyang.
"Pukul lagi
kerantung tu, waktu Subuh sudah masuk”, Mahyuddin mengeluarkan perintah pada
saya, ketika dia melintas di depan saya.
Tanpa membuang masa,
saya terus memukul kerantung bertalu-talu. Memukul kerantung memang menjadi
kegemaran saya, tidak saya nafikan, serba sedikit saya telah belajar dari datuk
meningkah kerantung dengan baiknya, tingkah (pukulan) yang saya buat itu
semacam ada satu irama yang boleh membuat orang tersentak dari tidur. Kata
datuk, memukul kerantung Subuh mesti pandai, tidak sembarangan, mesti menarik
minat orang dan boleh membuat orang bangun dari tidur, walaupun bukan bangun
untuk bersembahyang. Peluang itu saya gunakan sekarang.
"Sudah”, jerkah
datuk sekuat hati, kayu pemukul terlepas dari tangan saya. "Bila orang
suruh pukul, buatlah setakat yang patut, ini sampai berjam-jam”, sambung datuk
lagi.
Saya tersengih, macam
kerang busuk. Apa mahu dikatakan lagi, memang salah diri sendiri, tanggunglah
akibatnya. Azan Subuh dilaungkan oleh Mahyuddin, suaranya memang merdu. Kalau
dengar pada suaranya, memang orang tidak duga yang Mahyuddin sudah berusia
hampir lapan puluhan, suaranya lantang macam orang muda berusia dua puluhan.
Setelah selesai menunaikan sembahyang Subuh, Mahyuddin berlari ke pintu. Dia
minta orang yang bersama dalam masjid supaya jangan meninggalkan masjid.
Dari muka pintu,
Mahyuddin membuka rahsia dirinya. Dia menceritakan namanya yang sebenar serta
asal usulnya. Orang ramai agak terkejut dengan peristiwa itu.
"Saya rasa tugas
saya sudah hampir selesai. Halalkan makan minum saya, terima kasih atas budi
baik orang di sini. Pada sesiapa yang terlalu hormat dan kagum dengan diri
saya, buangkan semuanya itu. Saya adalah manusia biasa”, cukup bersemangat
Mahyuddin bercakap, kemudian dia berjabat tangan dan berpeluk-pelukan dengan
setiap orang yang lalu dekat pintu. Dia menangis dan memeluk badan Dumba.
Bila semuanya
selesai, Mahyuddin tergesa-gesa meninggalkan masjid tanpa mengucapkan sesuatu
pada saya dan datuk. Ketika itu hari sudah hampir cerah. Matahari mula bangun
di kaki langit, menebarkan sinarnya ke seluruh pelosok kampung.
"Ganjil perangainya, dengan orang berpeluk bersalam dengan kita dia buat tak tahu”, datuk melahirkan rasa kurang senang. Saya tersenyum sambil merenung ke arahnya.
"Ganjil perangainya, dengan orang berpeluk bersalam dengan kita dia buat tak tahu”, datuk melahirkan rasa kurang senang. Saya tersenyum sambil merenung ke arahnya.
"Agaknya dia
lupakan kita tuk."
"Boleh jadi
juga, maklumlah manusia ini tidak lepas dari sifat lalai dan lemah”, datuk
tersenyum.
Rambut genjur saya
dijamahnya berkali-kali. Penuh manja. Setelah selesai mandi embun dan membuat
serba sedikit senaman. Datuk dan saya menuju ke kedai kopi. Saya makan
sebungkus nasi lemak dan minum secawan kopi. Datuk pula minum air panas yang di
campur dengan sedikit garam. Sebagai mengalas perut, datuk cuma makan dua biji
kuih koci.
"Minum air panas
dengan garam untuk cuci perut dan melancarkan perjalanan darah, boleh
menghilangkan sakit tekak. Garam mesti dikacau hingga hancur dan airnya bila
sudah dingin baru diminum”, begitu datuk memberitahu saya.
"Biasanya datuk
tidak minum dengan air panas”, kata saya.
"Itu masa di
rumah, kau sendiri tahu di rumah tuk minum air yang sudah di dingin sepanjang
malam dan diisi dengan labu, di kedai mana kita nak dapat air macam tu."
"Saya, faham sekarang."
"Saya, faham sekarang."
"Apa yang tuk
buat ni boleh diamalkan tetapi khasiatnya kurang sedikit dari air yang kita
dinginkan sepanjang malam."
Datuk membayar semua
harga minuman dan makanan.
Kami pulang ke masjid
untuk mengambil barang datuk yang tertinggal iaitu, sehelai kain hitam tiga
segi. Pada mulanya, datuk memutuskan selepas sarapan pagi, mahu terus pulang ke
kampung.
"Kau tunggu di
sini, biar aku saja yang masuk”, saya tidak membantah arahan itu. Badan datuk
hilang ditelan pintu masjid. Beberapa minit kemudian dia muncul. Kali ini saya
lihat wajahnya lain macam, dahinya berkerut. Di tangan kanannya terdapat
bungkusan yang dibalut dengan kain kuning. Saya tahu apa yang ada dalam tangan
datuk, kerana itu saya tidak menegurnya.
Matahari kian
bersinar. Saya kira sudah pukul lapan. Kulit muka saya terasa pedih kena
panahan matahari. Dua tiga kali saya meraba kulit muka, tanpa saya sedari datuk
sudah berdiri di sisi saya. Dua tiga kali datuk dongakkan kepala melihat
matahari, kelopak matanya pejam celik menahan panahan matahari.
"Mari kita
pulangkan hak Mahyuddin ni."
"Tapi, dia dah
beri pada datuk."
"Aku tidak kata
apa-apa, sama ada mahu menerima atau menolaknya."
"Betul juga
cakap tuk tu."
Secara tidak sengaja
saya terpandangkan lengan kanan datuk yang memegang benda berbalut kain kuning.
Urat-urat lengan datuk kelihatan timbul. Benda yang dipegangnya seakan-akan
bergerak sendiri dalam genggaman datuk. Kulit muka datuk kelihatan tegang macam
menahan sesuatu. Saya terpegun dengan kejadian itu.
"Tamar, jangan
tengok benda dalam tangan aku”, pekik datuk. Serentak dengan itu telapak tangan
kirinya jatuh atas kepala saya. Kepala saya dipulasnya, hingga pandangan saya
beralih ke arah lain. Batang tengkuk saya terasa sakit sekali.
"Jangan”, tambah
datuk lagi. Badan saya ditolaknya ke depan.
"Nak ke mana
lagi tuk?"
"Ikut aku ke
rumah Mahyuddin”, biji mata datuk kelihatan bersinar garang. Gerak-gerinya jadi
serba tangkas.
Begitulah, di bawah
sinar matahari saya dan datuk melangkah di jalan kecil yang muat untuk dua
basikal berselisih. Sebelah kanan jalan ditumbuhi lalang dan sebelah kirinya
dikuasai oleh pokok serunai laut. Langkah datuk terlalu cepat dan saya terpaksa
berlari anak supaya tidak jauh ketinggalan di belakangnya. Ketika bintik-bintik
peluh menguasai dahi, saya dan datuk sudah pun berada di halaman rumah
Mahyuddin. Pintu rumah tertutup rapat Tiga kali datuk memberi salam, semuanya
tidak berjawab. Datuk renung tanah di halaman rumah.
"Tapak harimau”,
kata datuk.
"Tapak
harimau?”, tanya saya cemas, badan mula terasa lain macam.
"Ya”, datuk
terus membongkok meneliti kesan tapak kaki harimau.
Datuk luruskan
badannya kembali, dan merenung ke arah belukar kecil di belakang rumah
Mahyuddin. Datuk mengikut kesan tapak kaki harimau yang menuju ke belukar
tersebut Ternyata kesan tapak kaki harimau itu tidak sampai ke tepi belukar.
Hilang di antara tiang depan dengan tiang bahagian lapur rumah. Datuk termenung
panjang, kemudian mendekati saya yang berdiri tidak jauh dari tangga. Datuk
renung muka saya tepat-tepat dan bergerak dari kiri ke kanan di depan saya.
Datuk berhenti melangkah. Bibir bawahnya ditekan dengan ibu jari seketika.
"Ganjil”, kata
datuk. "Apa yang ganjil tuk?"
"Tapak harimau
hilang dalam kawasan rumah”, suara datuk rendah.
Keris yang berbalut
kain kuning masih dalam genggamannya. Kerana saya ditegah melihatnya, saya
tidak melihat malah hampir lupa dengan keris tersebut yang berada pada datuk.
"Ikut aku
Tamar."
"Baik tuk."
"Jangan tegur,
jangan tanya apa yang aku buat"
"Baik tuk."
Sinar matahari
bertambah terik, sesekali kedengaran suara ungka bersahut-sahutan di kaki
bukit. Burung murai terus berkicau di hujung dahan menyambut sinar matahari
yang memancar terang. Datuk pijak anak tangga pertama hingga ke anak tangga
bongsu. Saya juga berbuat begitu. Datuk tolak daun pintu yang tidak berkunci.
Pandangan pertama yang saya lihat sesudah pintu terbuka amat mengejutkan.
Mahyuddin terbaring kaku di ruang tengah rumah. Mukanya nampak lebam. Baju
cekak musang di bahagian dadanya terbelah dua. Kulit badannya terkoyak macam
dicakar sesuatu, kedua belah kakinya terlipat. Terdapat garisan yang memanjang
di kedua belah betisnya. Datuk jamah pergelangan tangan Mahyuddin, memeriksa
pergerakan nadinya. Datuk menarik nafas panjang sambil meluruskan kedua belah
kaki Mahyuddin. Bahagian dada Mahyuddin datuk tutup dengan kain pelekat
berkotak besar, berwarna merah dan hijau. Kain pelekat itu datuk ambil dari
longgokkan kain Mahyuddin yang terletak dekat dinding rumah.
"Dia sudah
mati."
"Keadaannya
ganjil sekali tuk."
"Setiap orang
yang dapat meresapkan perasaannya menjadi harimau akan mati dalam keadaan
begini. Selalunya, bila orang menuntut ilmu ini membuka rahsia diri sendiri,
dia tidak akan lama hidup."
"Dia boleh
menentukan tarikh matinya tuk?"
"Tidak, dia cuma
dapat alamat saja. Kematian dirinya terletak pada kuasa Allah yang Maha Besar.
Ada orang yang menuntut ilmu ini membuka
rahsia dirinya di depan orang ramai tetapi, masih hidup beberapa tahun
lagi."
"Apa yang
terjadi pada dirinya, cara kebetulan saja ya tuk."
"Ya memang cara
kebetulan, selepas dia buat pengumuman dia pun mati, ini tidak bererti dia
sudah menentukan tarikh matinya. Ingat, jangan sesatkan diri dengan kejadian
begini”, ujar datuk sambil meraba-raba hujung dagunya.
Saya dan datuk
berehat sebentar dalam rumah Mahyuddin. Keris yang berbalut kain kuning datuk
letakkan dalam peti hitam di bucu rumah. Peti hitam itu datuk tindih dengan
seketul batu yang datuk ambil di ruang dapur. Tiba-tiba saya terdengar
menggelodak dalam peti hitam macam ada orang mengetuk-ngetuk dari dalam.
Bunyinya cukup kuat tetapi, beberapa minit kemudian bunyi itu beransur kurang
dan terus hilang. Wajah datuk kelihatan tenang.
"Aneh sungguh
mayat Mahyuddin tuk"
"Ya Tamar,
sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia melompat macam harimau
untuk beberapa minit, kemudian menjadi lemah dan terus mati”
"Dahsyatnya
tuk."
"Begitulah ilmu
dunia, tidak ada yang kekal, ada kelebihan dan kekurangan”, nada suara datuk
amat perlahan sekali. Datuk menyuruh saya menemui Dumba untuk menceritakan hal
yang berlaku pada diri Mahyuddin. Perintah datuk saya patuhi. Dengan ditemani
oleh Dumba saya pergi ke rumah anak angkat Mahyuddin. Tidak sampai setengah
jam, berita kematian Mahyuddin heboh seluruh kampung. Salah seorang penduduk
kampung terus menuju ke masjid, memukul beduk (kerantung) menandakan ada
kematian berlaku di kampung. Menjelang waktu Zohor, mayat Mahyuddin pun dikebumikan.
Orang yang bekerja keras menyelenggarakan pengebumian Mahyuddin, tidak lain dan
tidak bukan ialah Dumba sendiri dengan dibantu oleh anak angkat Mahyuddin.
"Semuanya sudah
selesai, biarlah kami balik”, beritahu datuk pada anak angkat Mahyuddin dan
Dumba di kaki tangga.
Muka Dumba segera
berubah mendengar cakap datuk, begitu juga dengan anak angkat Mahyuddin. Mereka
tahu, bukanlah satu perkara yang mudah untuk mendapatkan kenderaan, bila sudah
pukul lima petang. Belum sampai ke Slim River hari sudah malam, lagi pun
perkhidmatan bas penumpang tamat pada jam enam petang.
"Begini saja,
arwah bapa angkat saya ada meninggalkan pesan, sekiranya dia mati, dia minta
rumahnya ditunggu selama satu malam. Orang yang dipilihnya ialah tuan sendiri”,
anak angkat Mahyuddin membuka rahsia. Orangnya bertubuh kecil, berambut
kerinting dan berdahi sempit.
"Bila dia cakap
dengan awak?"
"Sejak dia
mengenali diri tuan, katanya tuan tahu serba sedikit tentang
kebolehannya."
Datuk termenung panjang. Saya tahu fikiran datuk ketika itu berbalah sama ada mahu tidur di rumah Mahyuddin atau meneruskan perjalanan. Kalau datuk bertanya pada saya, sama ada mahu bermalam di situ atau pulang, saya akan menyuruh datuk pulang saja. Apakan daya datuk tidak bertanya pada saya.
Datuk termenung panjang. Saya tahu fikiran datuk ketika itu berbalah sama ada mahu tidur di rumah Mahyuddin atau meneruskan perjalanan. Kalau datuk bertanya pada saya, sama ada mahu bermalam di situ atau pulang, saya akan menyuruh datuk pulang saja. Apakan daya datuk tidak bertanya pada saya.
"Tunaikan
pesanan arwah. Kalau dulu awak minta saya berbaik dengannya dan saya penuhi
permintaan awak, sekarang saya minta awak tunaikan wasiatnya”, Dumba pula
mengeluarkan pendapatnya.
Datuk masih lagi
termenung, keningnya kelihatan berkedut. Ruang rumah Mahyuddin direnung pada
setiap sudut. Akhirnya, biji mata datuk tertumpu pada peti hitam yang berisikan
keris.
"Baiklah, cuma
semalam saja”, kata datuk sambil bangun.
Anak angkat Mahyuddin
dan Dumba yang sedang duduk bersila di lantai rumah turut bangun sama. Mereka
kelihatan riang. Datuk tidak menghampakan permintaan mereka. Malam itu setelah
selesai sembahyang Maghrib dan Isyak di masjid, saya dan datuk terus menuju ke
rumah arwah Mahyuddin, bila sampai di rumah, anak angkatnya sudah sedia menanti
kami. Makan malam sudah tersedia di ruang rumah. Tiga pelita minyak tanah sudah
terpasang.
Ada satu keganjilan
yang dilakukan datuk ketika makan malam. Dia mengepalkan nasi sebanyak tujuh
kepal. Diletakkan berderet di pinggir pinggan. Datuk memulakan makan nasi yang
sudah dikepalkannya itu dari kiri ke kanan. Dia tidak menjamah lauk pauk yang
tersedia di situ.
"Ini petua,
kalau si mati bersahabat dengan makhluk jahat kita boleh tahu”, datuk membuka
rahsia. Mulut anak angkat Mahyuddin terlopong.
Sayang, datuk cuma
membuka rahsia setakat itu saja. Dia tidak menerangkan perkara ini dengan lebih
mendalam lagi.
"Macam mana kita
nak tahu hal tu tuan?" Tanya anak angkat Mahyuddin.
"Bila kepal nasi
yang ganjil bilangannya kita telan, kita akan tersedak, tapi ada pula caranya
yang boleh membuat hal itu jadi. Bukan boleh pakai suap saja, nanti lain kali
aku beritahu pada kamu”, datuk terus meneguk air.
Lebih kurang pukul
sepuluh malam. Anak angkat Mahyuddin membawa pulang pinggan mangkuk yang telah
digunakan itu. Saya terus baring dan datuk terus membaca surah Yasin. Dalam
suasana yang tenang itu, peti hitam yang berisikan keris berbunyi. Batu
penindih yang diletakkan di atas penutupnya terus bergerak. Makin lama, bunyi
itu makin kuat. Saya mula resah. Datuk berhenti membaca surah Yasin. Dia terus
renung ke arah peti hitam yang masih berbunyi itu. Datuk lagakan gigi atas
dengan gigi bawah berkali-kali. Mulutnya mula bergerak-gerak macam membaca
sesuatu. Tiba-tiba datuk menampar lantai rumah dengan sekuat hati. Bunyi dalam
peti hitam terus berhenti. Serentak dengan itu, pintu rumah terbuka. Anak
angkat Mahyuddin terpacak di situ. Mukanya pucat lesi, ditoreh tidak berdarah.
"Kenapa?"
Tanya datuk.
"Saya diikuti
harimau besar."
"Tak apa, kau
baliklah, ambil kain pelekat ayah kamu dan belitkan ke badan, nanti harimau itu
tak akan mengikut kau lagi”, datuk menyerahkan kain pelekat pada anak angkat
Mahyuddin.
Dengan tenang lelaki
berambut kerinting yang mempunyai anak satu itu meninggalkan rumah. Usaha datuk
tidak sia-sia. Setelah dibekalkan dengan kain pelekat, anak angkat Mahyuddin
dapat meneruskan perjalanannya dengan aman. Kalau dia diganggu atau diekori
harimau tentu dia datang menemui datuk. Kami tunggu hingga jam dua belas malam.
Anak angkat Mahyuddin tidak juga muncul-muncul.
Lebih kurang jam dua
pagi, saya terpandangkan seorang lelaki berserban kuning duduk atas peti hitam
menatang sebilah keris. Wajahnya kelihatan bersih. Hal itu segera saya beritahu
pada datuk yang masih membaca surah Yasin. Lelaki berserban kuning masih lagi
duduk di atas peti hitam. Kedua belah tangannya terletak atas kepala lutut.
Saya lihat keris yang ditatangnya sudah tidak ada lagi di tangannya. Bila datuk
selesai membaca surah Yasin, dia segera merapati peti hitam. Orang yang
berserban kuning sudah tidak ada lagi di situ. Datuk membuka peti hitam dan
mengeluarkan keris yang berbalut kain kuning. Keris itu ditatangnya seketika.
"Bukan keturunan
aku mengambil barang yang bukan hak aku, sekarang aku pulangkan kembali pada
yang berhak kerana orang yang menjaganya selama ini sudah tak ada lagi”,
perkataan yang keluar dari mulut datuk cukup jelas dan teratur, bagaikan ada
manusia di hadapannya mendengar apa yang dikatakannya.
Datuk membuka sila
lalu bangun. Dia melangkah dua tapak ke belakang. Berhenti dan meluruskan kedua
belah kakinya, macam tentera yang sedang berkawad di padang. Kedua belah
tangannya masih lagi menatang keris yang berbalut kain kuning. Datuk maju
setapak, dua tapak dan berdiri betul-betul di depan peti hitam. Keris yang
berbalut kain kuning diletakkannya di situ.
"Ini hak kamu,
aku diberikan kuasa oleh Mahyuddin untuk menjaga sekejap saja”, kata datuk
sambil duduk bersila, macam seorang panglima menghadap sultan di zaman silam.
Ketika itu juga,
terdengar suara harimau mengaum di bawah rumah. Suaranya cukup kuat dan nyaring
sekali, boleh membangunkan seluruh penduduk kampung yang sedang tidur. Rumah
terasa bergegar seketika, tiupan angin mula terasa, cukup lembut dan nyaman
sekali. Setelah itu, suasana tenang dan sepi sekali. Saya terlihat orang
berserban kuning berdiri dekat peti hitam membongkok lalu mencapai keris yang
berbalut dengan kain kuning. Datuk masih terpegun di situ. Beberapa saat
kemudian, orang yang berserban kuning hilang dari pandangan saya.
"Semuanya sudah
selesai Tamar”, bisik datuk pada saya. Dia menyuruh saya tidur kembali, tetapi
mata saya tidak mahu tidur. Saya terus bertanya pada datuk:
"Apakah yang
kita lihat tadi jin, kawan Mahyuddin tuk?"
"Susah aku nak
cakap, tetapi itulah kenyataan yang kita lihat, sudahlah”, kata datuk.
Akhirnya saya terlelap.
Akhirnya saya terlelap.
No comments:
Post a Comment