Matahari terus memancar. Sesekali terdengar
suara burung tekukur dan merbuk tingkah meningkah didahan kayu. Beberapa monyet
liar berlompatan dari dahan ke dahan. Lama juga kami meniarap, saya sudah
merasa bosan dan lemas. Maklumlah mencium bau daun dan tanah.
"Mereka
sudah hampir”, kata datuk.
Saya
angkat kepala, toleh kiri, toleh kanan. Tidak ada batang tubuh manusia yang
lihat. Saya lihat muka datuk. Dia senyum dan dia bagaikan tahu apa yang
bergolak dalam diri saya.
"Cuba
renung ke depan”, bisik datuk.
Saya pun
renung ke depan. Dari celah-celah daun serunai laut itu, saya lihat tiga
manusia datang kearah kami. Dua daripadanya membawa senapang kampung laras dua.
Seorang lagi membawa kayu bulat kira-kira enam kaki panjangnya. Sambil
melangkah mereka merenung ke kiri dan ke kanan macam mencari sesuatu.
Akhirnya, mereka terus duduk atas tanah datuk.
"Keluar”,
kata datuk.
"Ke
mana?" tanya saya.
"Rapat
pada mereka”
"Merbahaya
tu tok”
"Kau
ni suka sangat bantah cakap orang, ikut saja sudahlah”, datuk mula marah dan
menarik saya keluar dari bawah rimbunan daun serunai laut.
Datuk
suruh saya berdiri sambiI meletakkan tapak tangan kanan atas bahagian punggung.
"Jatuhkan tangan itu dan melangkah perlahan-Iahan”, perintah datuk saya patuhi.
"Jatuhkan tangan itu dan melangkah perlahan-Iahan”, perintah datuk saya patuhi.
Kerana
kami melangkah begitu hati-hati dan datang pula dari arah belakang, ketiga-tiga
manusia yang duduk itu tidak sedar kami sudah menghampiri mereka. Datuk
pura-pura batuk. Ketiga-tiga manusia itu melompat dan terkejut besar. Salah
seorang daripada mereka menghalakan muncung senapang itu.
"Kerana
awak berniat mahu menembak lepaskan tembakan itu”, kata datuk.
Orang itu
tergamam melihat wajah datuk yang dibasahi peluh. Senapangnya terlepas dari
tangan, datuk terus menyambarnya. Melihat senapang sudah berada di tangan
datuk, kawannya yang seorang lagi jadi cemas. Kawannya itu merasakan
keselamatan dua orang kawannya dalam bahaya dan tanpa berfikir panjang orang
itu menghalakan hujung senapangnya ke arah datuk lalu menarik pemetik senapang.
Senapang itu tidak berbunyi dan mengeluarkan peluru walaupun pemetiknya ditarik
berkali-kali. Melihat keadaan yang ganjil itu, orang itu jadi cemas. Mukanya
pucat.
"Saya
tidak berniat jahat pada awak semua. Kenapa mahu menembak kami? Awak bertiga
masuk ke tanah saya”, beritahu datuk pada orang ketiga.
Mereka
berpandangan sesama sendiri. Datuk memulangkan senapang di tangannya kepada
orang yang berhak.
"Saya
bukan musuh. Saya bukan komunis yang mesti awak takutkan”, tambah datuk lagi.
Saya lihat
orang bertiga menarik nafas panjang. Mereka bersalam dengan datuk minta maaf.
Datuk pula minta mereka melepaskan tembakan ke udara kerana menurut datuk,
peluru senapang itu harus dikeluarkan kerana itu adalah merupakan niat dari
tuan punya senapang. Kalau tidak dilepaskan senjata itu akan memakan tuannya
sendiri. Berpandukan pada petua datuk itu, kedua lelaki yang memiliki senapang
berlaras dua melepaskan tembakan. Gema dari tembakan itu menguasai seluruh
kawasan di pinggir banjaran gunung Titiwangsa yang mengakibatkan monyet-monyet
liar bertiampiaran lari, melompat dari dahan ke dahan. Dedaun getah muda dan
tua berguguran. Suasana di kawasan tersebut jadi haru-hara.
Bila
suasana sudah tenang, datuk pun mengajak ketiga-tiga orang itu bersila di atas
tanah. Kerana kami ada membawa air kopi dan goreng pisang datuk pun menjamu
mereka. Rasa kemesraan terjalin antara kami dengan orang bertiga.
Saya merenung
ke arah lelaki yang berbadan tegap, berambut panjang dengan parut besar
melintang atas dahinya. Dia kelihatan resah tidak menentu macam ada sesuatu
yang dibimbangkannya. Tetapi, dua orang lagi kawannya tidak begitu resah atau
bimbang.
"Ceritakan
pada saya”, datuk mengajukkan pertanyaan pada orang yang berbadan tegap itu. Orang
itu kerutkan dahinya lalu memandang kepada dua orang kawannya. Dan kawannya
memberikan isyarat supaya menjawap apa yang di soal datuk.
"Kami
mencari kawan kami yang ghaib tiba-tiba waktu menembak burung belibis”, lelaki
berbadan tegap membuka rahsia.
Datuk
anggukkan kepala sambil melihat langit yang cerah dan bersih.
"Di
mana?"
Di kolam
dekat kaki gunung waktu senja”
"Bila
hilangnya?"
"Kira-kira
dua hari yang lalu”
"Awak
semua ni dari mana?"
"Kami
dari Talang, Kuala Kangsar”
"Jauhnya
mencari burung belibis”
"Ada
orang yang diberitahu kami di situ tempat burung belibis mandi senja”
Datuk menarik nafas panjang. Datuk menikam-nikam tanah dengan ranting getah. Orang bertiga itu melihat sahaja telatah datuk. Wajah orang bertiga itu jadi pucat bila datuk memberitahu mereka, sejak lepas perang Jepun, sudah tujuh orang ghaib di kaki gunung itu kerana menembak burung belibis. Kehilangannya tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun.
Datuk menarik nafas panjang. Datuk menikam-nikam tanah dengan ranting getah. Orang bertiga itu melihat sahaja telatah datuk. Wajah orang bertiga itu jadi pucat bila datuk memberitahu mereka, sejak lepas perang Jepun, sudah tujuh orang ghaib di kaki gunung itu kerana menembak burung belibis. Kehilangannya tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun.
"Masuk
kawan awak ini, sudah jadi lapan orang”, ujar datuk sambil menyapu peluh yang
berkumpul dipangkal dagu dengan tapak tangan kiri. Orang bertiga berpandangan
sesama sendiri. Saya melihat ke arah lubang yang baru saya korek.
"Kalau
kami tak jumpa, kami nak buat sembahyang ghaib”, mendadak sahaja orang berbadan
tegap bersuara sambil menggosok laras senapangnya.
Saya tahu
bila datuk merenung awan berarak, ertinya dia mencari ke arah mana tiupan angin
itu menuju. Datuk tersenyum, dia sudah menemui apa yang di carinya.
"Awak semua berhajat benar nak menemui kawan awak yang hilang tu”, tanya datuk minta kepastian.
"Awak semua berhajat benar nak menemui kawan awak yang hilang tu”, tanya datuk minta kepastian.
"Memang
berhajat. Kami mahu mencari mayatnya untuk disempurnakan pengebumiannya sebagai
seorang Islam. Pihak warisnya berharap benar pada kami mencarinya”, jawab orang
berbadan tegap.
Belibis
ialah sejenis burung yang bentuk badannya hampir serupa dengan itik biasa.
Tetapi ukurannya lebih kecil. Biasanya terbang berkawan dan mencari makan di
bekas-bekas lombong dan paya yang terpencil. Dagingnya boleh dimakan oleh orang
Islam dan rasanya lebih kurang macam daging ayam hitam.
Datuk
terus berpeluk tubuh. Rapatkan kedua belah matanya dan mulutnya membaca
sesuatu. Datuk bertafakur lebih kurang dua minit. Dia muka mata kembali, renung
wajah orang bertiga dengan tenang.
"Sebenarnya
kau orang masuk kawasan orang lain. Kawan yang hilang tu namanya Usman, ada
isteri dan anak. Satu anaknya bekerja sebagai kerani Jabatan Parit dan Taliair
di Kuala Kangsar, umurnya baru 32 tahun”, demikian datuk memberi keterangan
tentang orang yang hilang. Orang bertiga besar mengakui apa yang datuk katakan
itu memang benar.
"Apa
dia ditawan oleh komunis?" tanya orang berbadan tegap.
"Tidak,
ada di kawasan kolam tinggal tu”
"Masih
hidup lagi ke?"
"Susah
nak cakap”, balas datuk sambil tersenyum.
Datuk dan
orang bertiga mengadakan perundingan dan datuk pula bersedia memberikan
khidmatnya untuk membantu mereka. Supaya kerja yang akan dilakukan berjalan
lancar, datuk mengajak mereka tinggal di rumah datuk. Tawaran datuk itu mereka
terima. Datuk pun mengadakan rundingan kilat dengan orang bertiga. Datuk bersedia
memberikan khidmatnya bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi. Tawaran dari
datuk yang tidak pernah mereka duga itu amat mengembirakan mereka.
"Kita
akan mencari orang yang ghaib tu dua hari lagi. Kita mulakan pada sebelah
petang dan kita mesti berada di tepi kolam tempat belibis turun sebelum waktu
senja”, datuk meluahkan rancangan pada orang yang tergonggok di hadapannya.
Ada
beberapa persediaan yang perlu datuk adakan. Orang bertiga itu perlu
dibekalkan dengan beberapa tangkal tertentu bagi menghindarkan diri mereka
dari diresapi semangat penunggu kolam. Lebih kurang pukul satu petang, kami pun
sampai dirumah. Datuk menyuruh orang bertiga mandi di sungai. Saya terus
memberitahu nenek supaya memasak nasi dan sayur lebih dari bisa. Ada tetamu
baru yang harus di jamu makan sampai kenyang.
Bila
selesai sembahyang Zuhur, kami pun terus makan. Memang enak makan pucuk ubi
bersama gulai lemak pucuk labu dan nasi dari padi huma. Lepas makan saya terus
tersandar di dinding rumah. Datuk menyuruh salah seorang dari orang bertiga itu
pulang ke tempatnya untuk memberitahu pada orang-orang ditempatnya yang diri
mereka berada dalam keadaan selamat.
"Biarlah
saya saja yang pergi”, orang yang berbadan tegap itu menawarkan diri.
Tidak ada bantahan dari kawan-kawannya yang lain. Orang itu pun segera berangkat dengan janji dia akan sampai kerumah datuk sebelum tengah hari keesokannya. Lepas sembahyang Asar, datuk terus mengajak kenalan barunya berborak di bawah pokok manggis. Sedang asyik berborak, dua orang anak muda datang menemui datuk. Datuk terkejut dengan kedatangan anak muda yang tidak di kenalinya itu. Rasa terkejutnya itu segera hilang dari dari hati datuk, bila salah seorang anak muda itu memperkenalkan dirinya sebagai Abdul Rahman Hitam datang dari Parit Terachi, Negeri Sembilan.
Tidak ada bantahan dari kawan-kawannya yang lain. Orang itu pun segera berangkat dengan janji dia akan sampai kerumah datuk sebelum tengah hari keesokannya. Lepas sembahyang Asar, datuk terus mengajak kenalan barunya berborak di bawah pokok manggis. Sedang asyik berborak, dua orang anak muda datang menemui datuk. Datuk terkejut dengan kedatangan anak muda yang tidak di kenalinya itu. Rasa terkejutnya itu segera hilang dari dari hati datuk, bila salah seorang anak muda itu memperkenalkan dirinya sebagai Abdul Rahman Hitam datang dari Parit Terachi, Negeri Sembilan.
"Kami
sebenarnya mengelilingi tanah semenanjung dengan berbasikal, singgah ke sini
nak jumpa Mohammad Ramli, kawan saya sama-sama belajar di Ipoh dulu”,kata Abdul
Rahman Hitam yang berbadan kurus.
"Di
Ipoh belajar dimana?",soal datuk.
"Trade
School, macam Ramli”
"Macam
mana tahu rumah ini?"
"Ikut
alamat yang diberi oleh Ramli
"Ramli
itu cucu saya, dia baru dua hari pergi ke Segamat”
"Apa
halnya?"
"Kerja.
Dia jadi juruteknik rendah JKR di sana”
Abdul
Rahman Hitam termenung panjang. Rasa hampa terbayang di wajahnya. Datuk terus
menepuk bahu kanan Abdul Rahman dua kali, sambil menjeling ke arah kawannya
yang duduk atas bangku panjang bawah pokok manggis.
"Sabarlah.
Satu hari nanti kau akan berjumpa juga dengannya”, ujar datuk.
"Dia
kawan baik saya, dah lama kami tak jumpa”, keluh Abdul Rahman sambil menggigit
ibu jari kiri.
Datuk pun
memperkenalkan saya dengan Abdul Rahman Hitam. Datuk memberitahu padanya, saya
adalah salah seorang daripada cucunya yang dipelihara sejak berusia sebulan.
Dan Abdul Rahman memberitahu saya, dia salah seorang pekerja syarikat lombong
besi iaitu EMMCO di Bukit Besi, Terengganu. Dia dihantar oleh syarikat
tersebut belajar ke Trade School Ipoh mengikuti kursus jurutera selama tiga
tahun. Di Ipoh dia berkenalan dan berkawan rapat dengan sepupu saya Mohammad
Ramli. Bila dia tamat belajar dia terus berhenti dari menjadi pekerja dengan
syarikat tersebut.
Abdul
Rahman mahu meneruskan cita-cita mengelilingi dunia dengan basikal dan mahu
menetap di Jerman Barat di samping meneruskan pelajarannya di bidang
kejuruteraan. Tidak lama Abdul Rahman bercakap dengan datuk dan saya, kira-kira
satu jam sahaja. Kemudian Abdul Rahman Hitam dan kawannya meneruskan perjalanan
ke utara. Bila selesai mengelilingi tanah semenanjung, dia akan mengelilingi
dunia pula.
Tetapi
sejak petang itu cerita tentang diri Abdul Rahman Hitam tidak saya ketahui.
Apakah dia berjaya dalam cita-citanya atau dia masih hidup lagi kini, saya pun
tidak tahu. Malah, sepupu saya pun tidak pemah menyebut tentang dirinya.
"Dia
anak muda yang bercita-cita besar”, kata datuk pada saya sebaik sahaja Abdul
Rahman dan kawannya meninggalkan kawasan rumah.
Suasana
petang itu cukup damai. Langit cerah dan angin bertiup lemah tetapi, mampu menggugurkan
daun-daun manggis yang tua. Datuk mengajak dua orang kenalannya itu pergi
menjala ikan di sungai untuk di buat lauk makan malam. Kenalannya itu setuju.
Saya dengan nenek pula pergi ke sawah melihat dan memetik buah terung dan
mentimun yang ditanam atas batas bendang. Sebelum menjelang waktu Maghrib kami
berkumpul kembali di rumah.
Pada
sebelah malam membawa ke waktu subuh datuk menghabiskan masanya dengan membaca
Al-Quran. Pada sebelah paginya, datuk mengajar kedua kenalannya cara membaling
buluh runcing supaya tepat pada sasarannya. Menurut datuk, perkara itu perlu
untuk mereka bila masuk ke dalam hutan kelak. Datuk tidak mahu mereka
menggunakan besi jika berhadapan dengan binatang buas.
Masa yang
ditetapkan pun tiba. Datuk sudah pun mengikat benang hitam bercampur putih pada
pergelangan tangan kiri kedua orang kenalannya, manakala kenalan yang berbadan
tegap pula datuk gantungkan benang hitam bercampur putih di lehernya.
"Kau
aku jadikan harapan”, kata datuk pada lelaki yang berbadan tegap itu.
Datuk
menyerahkan pada mereka buluh kuning sepanjang tiga kaki, tiap seorang. Datuk
melihat matahari di langit. Dia membaca sesuatu dan melangkah tiga tapak ke
depan lalu memacakkan buluh kuning yang dibawanya kesitu. Datukpun menyukat
bayang buluh itu dengan tapak kaki kanannya. Dia merenung wajah saya dan orang
bertiga dengan tersenyum.
"Dah
pukul lima lebih, eloklah kita pergi, semua barang-barang dah siap?", datuk
mengajukan pertanyaan pada lelaki yang berbadan tegap.
"Dah”,
jawab lelaki itu.
"Periksa
lagi sekali. Kita terpaksa bermalam dalam hutan, kalau tak kena caranya, kita
pula yang sesat”
"Ah,
seram juga dengarnya. Biarlah saya periksa”
Lelaki
berbadan tegap itu terus memeriksa barang-barang yang akan dibawa sekali lagi.
Dia yakin, semua barang yang diperlukan oleh datuk sudah ada. Tetapi datuk
tidak puas hati, dia sendiri memeriksa barang-barang itu bagi kali terakhir.
"Saya
puas hati”, katanya pada kami.
Tanpa
banyak bicara datuk meninggalkan pesan pada nenek, kalau dia tidak pulang
dalam masa tiga hari, dia minta nenek memberitahu orang-orang kampung supaya
mencarinya. Nenek berjanji akan melaksanakan semua pesan datuk, dan nenek memberikan
doa selamat atas keberangkatan rombongan kami pada petang itu.
Bila
sampai kegigi hutan, datuk menyuruh lelaki berbadan tegap dan berambut panjang
jadi kepala jalan. Pada mulanya lelaki berbadan tegap itu enggan memenuhi
permintaan datuk dengan memberi berbagai-bagai alasan.
"Jangan
takut, aku tak membiarkan kamu susah, aku ada bersama kamu. Aku ingat kamu ikut
saja cakap aku ni. Kamu sudah biasa datang ke sini, ini lebih memudahkan kita,
cepat sampai ke tempat yang dituju," suara datuk mula keras.
"Saya
..... saya"
"Usah
berdalih lagi. Jalan saja. Kalau aku jadi kepala jalan lambat sampai nanti.
Semua kerja kita tak menjadi"
"Baiklah"
Lelaki berbadan tegap yang berambut panjang itu membawa kami masuk ke kawasan hutan sebelah kanan. Saya mula terasa sukar untuk melangkah. Kaki saya selalu sahaja tersepak akar-akar kayu. Pokok-pokok besar yang terdapat di situ semuanya dililit oleh akar yang berjuntaian, sesekali saya melihat ular daun memanjat akar menuju ke dahan pokok besar.
Lelaki berbadan tegap yang berambut panjang itu membawa kami masuk ke kawasan hutan sebelah kanan. Saya mula terasa sukar untuk melangkah. Kaki saya selalu sahaja tersepak akar-akar kayu. Pokok-pokok besar yang terdapat di situ semuanya dililit oleh akar yang berjuntaian, sesekali saya melihat ular daun memanjat akar menuju ke dahan pokok besar.
Nyamuk
mula terasa menggigit muka dan telinga, manakala pacat hutan berkeliaran di
daun-daun kayu dan cuba memanjat tubuh kami. Bunyi burung-burung hutan yang
bersahutan membuat bulu tengkuk saya meremang. Beberapa ekor pelanduk
melompat-Iompat di celah-celah perdu pokok besar.
"Jangan
anaiyakan binatang itu, dia mahu hidup," pesan datuk bila dia melihat
lelaki berbadab tegap mahu melontarkan buluh runcing ke arah binatang terse
but.
Lelaki berbadan tegap itu segera minta maaf pada datuk. Matahari bertambah condong. Perjalanan menjadi bertambah sukar. Lelaki berbadan tegap dua tiga kali tersungkur akibat tersepak akar kayu.
Lelaki berbadan tegap itu segera minta maaf pada datuk. Matahari bertambah condong. Perjalanan menjadi bertambah sukar. Lelaki berbadan tegap dua tiga kali tersungkur akibat tersepak akar kayu.
"Jauh
lagi ke ?", tanya datuk pada lelaki berbadan tegap.
"Tak
jauh lagi, lebih kurang lima rantai dari sini"
"Tak
apalah," balas datuk sambil meneruskan perjalanan.
Tiba-tiba
lelaki berbadan tegap itu berhenti melangkah. Mukanya pucat dan undur
mendapatkan datuk. Keadaan jadi kelam kabut sebentar. Seekor harimau duduk
mencangkung di hadapan kawasan yang akan kami lalui. Datuk tersenyum dan
memaksa lelaki berbadan tegap itu mara. Ternyata lelaki berbadan tegap itu
tidak berdaya melangkah. Dia jatuh terjelupuk. Kedua orang kawannya bersedia
untuk lari tetapi dihalang oleh datuk. Perbuatan datuk itu menimbulkan
kemarahan pada mereka dan mereka menghalakan buluh runcing kearah datuk.
"Awak
berdua jangan nak buat kurang ajar dengan saya”, datuk mula marah.
Saya
menggigit bibir dan terus duduk di pangkal pokok besar sambil memerhati dengan
teliti kearah harimau. Saya lihat harimau itu menjelirkan lidahnya dan terus menguap.
"Awak
nak anaiyakan kami!”, jawap salah seorang dari mereka.
"Anaiya
apa, saya nak tolong awak”
"Harimau
ada di depan awak suruh pergi”
"Apa
salahnya?” ,
"Awak
nak suruh kami mampus!”, pekik orang itu lalu merodokkan buluh runcing ke perut
datuk.
Buluh
runcing itu tidak dapat menembusi perut datuk. Orang itu jadi serba salah.
Bila orang itu mencuba merodok perut datuk untuk kali yang kedua, harimau yang
ada di hadapan melompat dan terus merebahkan orang itu ke bumi.
"Jangan”,
pekik datuk.
Harimau
itu tidak jadi mencakar muka orang itu dengan kukunya. Datuk menepuk kepala
harimau itu dua tiga kali. Saya lihat harimau itu dengan penuh manja menjilat
lengan datuk.
"Kau
tahu aku ke sini”, kata datuk.
Harimau
itu goyangkan ekornya sambil mengesel-geselkan badannya pada kaki datuk.
"Merbahayakah aku ikut sini?", tanya datuk pada harimau.
"Merbahayakah aku ikut sini?", tanya datuk pada harimau.
Dan
harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk. Dia mengaum
dengan perlahan lalu memusingkan kepalanya dari arah matahari terbit ke arah
matahari jatuh. "Kita ikut arah yang ditunjukkannya”, kata datuk pada
saya.
Datuk
menyuruh lelaki yang mahu menikamnya dengan buluh runcing bangun. Begitu juga
dengan lelaki yang berbadan tegap. Kali ini saya lihat gerak-geri lelaki
bertiga itu kian bersopan dan menghormati datuk. Mereka tidak berani memandang
wajah datuk. Saya tidak tahu apakah perbuatan itu kerana malu atau kerana
mereka takut pada datuk.
"Biar
aku jadi kepala jalan, kalau ada diantara kita berniat jahat, jangan marahkan
saya bila menerima padahnya”, datuk mengingatkan lelaki bertiga. Mereka diam
dan tunduk.
"Untut,
kau jaga kami dan bawa kami ikut jalan selamat”, kata datuk.
Harimau
yang berada beberapa ela di hadapan datuk segera menghampiri datuk dari rusuk
sebelah kiri. Harimau itu mencium badan datuk dan menjilat tangan kiri datuk
sebelum berlari ke depan semula. Kami terus mengekori harimau itu. Sebaik
sahaja sampai ke satu kawasan lapang harimau itu terus ghaib. Datuk berdiri di
kawasan lapang itu sambil merenung ke kiri dan ke kanan. Kiri kanan kawasan
lapang itu di tumbuhi oleh pokok -pokok buluh.
"Kita
dah sampai”, secara mendadak sahaja lelaki berbadan tegap bersuara.
Dia terus
berdiri dekat datuk. Tiba-tiba kami terdengar kokok ayam hutan bertalu-talu.
Daun-daun buluh yang tua berguguran meskipun angin tidak bertiup ketika itu.
Saya merenung di bahagian kawasan lapang yang ditumbuhi pokok-pokok buluh.
Ternyata pokok-pokok buluh itu bersambung dengan kawasan hutan yang tebal
hingga ke kaki Gunung Titiwangsa.
"Mana
kolamnya?", datuk menyoal lelaki berbadan tegap.
"Mari
kita ke hadapan lagi”, jawabnya.
Datuk pun
mengikutinya. Saya mula terasa sakit pada pergelangan kaki. Badan mula terasa
letih tetapi saya paksakan juga melangkah menuju ke tempat yang di cari.
"Disini”,
jerit lelaki berbadan tegap.
Dan saya
melihat sebuah kolam terbentang di hadapan mata dengan airnya yang cukup
jernih. Di permukaaan kolam terdapat pokok teratai dan kiambang terapung-apung.
Anak-anak ikan yang melompat mencipta alun kecil yang menghempas pada batang
teratai. Suasana terasa nyaman dan sunyi sekali. Datuk segera memerintahkan
kami mencari tempat yang sesuai untuk tempat duduk. Datuk dan lelaki berbadan
tegap itu terus mengelilingi kolam tersebut. Sesekali saya terdengar suara
harimau mengaum yang memberikan keyakinan pada saya bahawa kami berada dalam
keadaan yang selamat.
Saya lihat
langit yang terbentang. Awan berselisih bersama pancaran matahari yang
membekalkan keadaan yang samar-samar di sekitar kawasan kolam.
"Pukul
berapa?", tanya saya pada salah seorang kenalan datuk yang duduk dekat
saya. Orang itu segera melihat jam tangannya.
"Lagi
lima minit pukul enam setengah”, katanya.
"Kalau
di luar keadaan tak macam ini”
"Tentulah
kita sekarang berada di tengah hutan, pokok-pokok besar ini melindungi sinar
matahari”
"Betul
cakap awak tu”, tingkah saya.
Kami
berbalas senyum. Kawannya yang seorang lagi membakar ranting-ranting kayu untuk
di buat unggun. Asap yang datang dari unggun itu menghalau nyamuk dari
menggigit kami. Datuk dan lelaki tegap tu masih lagi mengelilingi kolam. Saya
terus duduk mencangkung macam Cina kalah judi. Saya masih memikirkan
bagaimanakah rupa dan bentuk burung belibis itu. Tanpa saya sedari, datuk dan
lelaki berbadan tegap itu sudah berdiri di belakang saya. Datuk merenung ke
tengah kolam macam mencari sesuatu. Semua orang yang berada di situ diam tidak
berkata melihat keadaan datuk.
"Di
mana hilangnya?", tanya datuk pada lelaki berbadan tegap.
"Di
situ”, lelaki berbadan tegap itu menunjuk ke arah sebuah busut jantan yang
tidak jauh letaknya dari perdu buluh.
Datuk
anggukkan kepala. Datuk mengeliat dan menguap panjang, kemudian terus duduk
dekat perdu buluh. Datuk termenung panjang di situ. Suasana yang tenang dan
damai itu dipecahkan oleh bunyi suara azan. Kami berpandangan sesama sendiri.
Kami tidak tahu dari arah mana suara azan itu datang. Bila suara azan itu
ghaib, datuk segera bangun menuju ke bibir kolam. Datuk benamkan tangan kirinya
ke dalam air kolam kira-kira dua tiga minit. Datuk buat tidak kisah tentang
suara azan yang didengarinya itu.
"Kalau
siapa nak mandi boleh mandi, tapi jangan pergi jauh”, ujar datuk pada kami.
Dia terus memacakkan buluh kuning yang di bawanya dalam kolam. Datuk terus basuh muka sambiI mulutnya bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Keadaan di sekitar kawasan kolam bertukar dari samar-samar menjadi gelap. Bunyi burung-burung hutan mula kedengaran tingkah meningkah antara satu sama lain. Datuk terus memandang ke arah saya dan kawan-kawannya.
Dia terus memacakkan buluh kuning yang di bawanya dalam kolam. Datuk terus basuh muka sambiI mulutnya bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Keadaan di sekitar kawasan kolam bertukar dari samar-samar menjadi gelap. Bunyi burung-burung hutan mula kedengaran tingkah meningkah antara satu sama lain. Datuk terus memandang ke arah saya dan kawan-kawannya.
"Siapa
yang mahu mandi, silalah turun”, suara datuk lembut.
Tidak ada
seorang pun yang mahu memberi jawapan atas pertanyaan datuk itu, masing-masing
membatu dengan wajah cemas. Datuk pun beredar dari bibir kolam, berdiri dekat
unggun api.
"Kalau
mahu mandi, jangan lepas dari kawasan buluh yang aku pacakkan tu”, tambah datuk
sambil membuka baju.
"Saya
tak mahu mandi”, tiba-tiba lelaki berbadan tegap bersuara.
Dan dua
orang lagi rakannya juga memberikan jawaban yang sama. Datuk tersenyum sambiI
membuka seluar dan membelitkan kain basahan ke pinggangnya. Datuk terus terjun
ke dalam kolam. Setelah selesai mandi dan menyarungkan kain dan baju ke
tubuhnya, datuk terus ambil air sembahyang. Bila melihat datuk berbuat demikian
kami terus ambil air sembahyang.
Kami pun
sembahyang Maghrib dan datuk jadi imamnya. Tidak ada sesuatu pun yang mengacau
kami ketika itu. Bila selesai memberi salam, saya lihat ada harimau duduk
tertungguk berhampiran perdu buluh. Bila datuk selesai membaca doa, harimau
tersebut terus ghaib. Datuk tukar pakaian. Dia menyarungkan seluar dan baju
hitam ke tubuhnya. Datuk lilit kepalanya dengan kain merah dan mendongakkan
kepalanya ke langit, melihat langit dan awan kira-kira dua tiga saat.
"Kau
yakin tempat ini belibis turun?”, soal datuk pada lelaki berbadan tegap.
Lelaki itu
anggukkan kepalanya. Datuk kerutkan kening, dia terasa sudah cukup lama
menanti, sedangkan belibis tidak juga turun bermain dalam kolam. Datuk terus
berpeluk tubuh sebentar. Sepasang matanya tertumpu kepada air kolam yang tenang
itu.
"Baiklah,
kita mulakan sekarang. Jangan ada di antara kamu menegur apa yang aku buat”,
datuk mengeluarkan perintah dan dia terus duduk bersila.
Kami pun
segera mencari tempat duduk yang sesuai. Datuk terus menekan bumi dengan ibu
jari kiri. Tiga kali berturut-turut dia melakukan perkara itu. Kemudian datuk
pun meletakkan kedua lengannya atas kepala lutut kiri dan kanan. Mulutnya
membaca sesuatu dan kedua belah matanya dirapatkan. Datuk menumpukan seluruh
pancainderanya ke alam ghaib. Anehnya, saya lihat datuk berkali-kali
menggelengkan kepalanya dan berusaha dengan sedaya upayanya menyatukan seluruh
perasaannya dengan alam ghaib. Wajah datuk terus berpeluh.
Suara
burung hantu mula kedengaran. Pokok-pokok buluh bergoyang dengan sendirinya
macam dilanda ribut besar. Bermacam jenis suara mula kedengaran. Ada suara
orang bertempik, ada suara orang membaca syair bersama paluan gendang. Bila
suara itu hilang, seekor ular sawa sebesar batang kelapa merayap di hadapan
kami. Ular sawa itu menuju kearah datuk lalu membuka mulutnya di belakang
datuk. Badan datuk bagaikan berada dalam rahang ular itu. Manakala bahagian
badan ular pula melingkari kawasan datuk duduk, tetapi, datuk tidak
menghiraukan semuanya.
Kenalan
datuk yang bertiga tidak dapat berkata apa-apa, wajah mereka pucat. Beberapa
saat kemudian ular itu ghaib. Air dalam kolam pula berkocak. Kemudian berhenti,
suasana kembali aman. Tidak ada sebarang keganjilan berlaku. Semuanya seperti
keadaan biasa. Datuk berhenti dari tugasnya. Datuk nampak resah sekali, wajahnya
yang dimandi peluh nampak merah. Saya terus menyuruh lelaki berbadan tegap
menyalakan lampu gasolin. Tergesa-gesa dia membuka bungkusan yang di bawanya.
Dia keluarkan lampu gasolin dan minyak tanah lalu memasangnya. Cahaya gasolin
menerangi seluruh kawasan tanah lapang. Datuk menggaru pangkal kening kirinya
berkali-kali. Sesekali dia merenung ke arah busut jantan.
"Susah.
Dia sudah tidak bernyawa lagi”, keluh datuk.
No comments:
Post a Comment