Suasana
dalam rumah terasa amat sepi. Datuk dan ayah pemuda ganjil itu tidak berkata
walau sepatah pun, begitu juga dengan saya. Kesepian itu terusik juga oleh
kicau burung murai yang mencari cacing di luar rumah.
"Sabarlah,
nanti saya usahakan. Dengan izin Allah anak awak akan kembali pada keadaan
asal”, tiba-tiba datuk bersuara.
Bahu ayah
pemuda ganjil itu ditepuknya berkali-kali. Ayah pemuda ganjil itu minta diri
dan datuk menghantarnya hingga ke kaki tangga.
"Menerima
amanah mudah tetapi menunaikan amanah memang pahit. Banyak godaan dan dugaan
yang tiba. Kalau kurang iman jahanam diri sendiri dan balanya berterusan”, kata
datuk dengan nada suara yang lemah sambil merenung wajah ayah pemuda ganjil.
Dari muka
pintu saya lihat, ayah pemuda ganjil itu berada dalam serba salah, air mukanya
berubah mendengar kata-kata dari datuk itu.
"Apakah
anak saya menerima bala dari perbuatan datuknya?"
"Entahlah,
hanya Allah yang mengetahui dalam hal ini”
"Saya
rasa perbuatan ayah saya tidak bertentangan dengan hukurn agama. Dia merampas
harta musuh dalam keadaan darurat atau berperang”
"Saya
faham. Kalau tak silap, perbuatan itu diharuskan oleh agama Islam. Malah Nabi
Muhammad S.A.W. pernah melakukannya. Harta rampasan itu dibahagi-bahagikan atau
digunakan untuk kebajikan agama, tetapi ayah awak tidak amanah sudah menyimpang
jauh dari hukum Islam”
Ayah
pemuda ganjil itu terdiam mendengar keterangan dari datuk. Tanpa banyak cakap
dia terus berjabat salam dengan datuk, kemudian melangkah dengan tenang
meninggalkan kawasan rumah khas kami.
"Kau
tunggu rumah. Aku mahu mengambil air sembahyang”, datuk memberitahu saya.
Belum pun sempat saya memberi jawapan, datuk hilang dari pandangan saya. Tidak tahu kemana datuk pergi. Semua cawan dan piring kosong saya bawa ke bahagian dapur dan terus membasuhnya hingga bersih. Lepas itu saya susun atas para. Bila saya kembali ke ruang tengah rumah, saya dapati datuk sedang duduk menghadap ke arah kiblat. Datuk membaca Surah Yasin hingga tamat. Kemudian dia membilang tasbih berzikir panjang. Saya membiarkan datuk dengan kerjanya dan saya terus menyusun dan membersihkan akar-akar kayu dan batu-batu yang dikutip semalam.
Belum pun sempat saya memberi jawapan, datuk hilang dari pandangan saya. Tidak tahu kemana datuk pergi. Semua cawan dan piring kosong saya bawa ke bahagian dapur dan terus membasuhnya hingga bersih. Lepas itu saya susun atas para. Bila saya kembali ke ruang tengah rumah, saya dapati datuk sedang duduk menghadap ke arah kiblat. Datuk membaca Surah Yasin hingga tamat. Kemudian dia membilang tasbih berzikir panjang. Saya membiarkan datuk dengan kerjanya dan saya terus menyusun dan membersihkan akar-akar kayu dan batu-batu yang dikutip semalam.
Menurut
datuk, bila semuanya sudah bersih, barang-barang itu mesti diletakkan di atas
bendul rumah supaya kena matahari dan benda-benda itu tidak boleh dilangkah
oleh manusia atau binatang. Bila matahari berada betul-betul di tulang bumbung
rumah, datuk menghentikan tugasnya. Dia mengambil beberapa akar kayu dan batu
yang saya susun di bendul. Barang-barang itu di bawanya ke tanah dan diatur
atas sekeping papan pada tengahari yang rembang. Datuk berpanas di situ hingga
seluruh badannya berpeluh. Datuk masuk ke rumah lalu menyapu peluh di muka
dengan belakang tangan. Kerana waktu Zuhur sudah sampai, datuk menggesa saya
mengambil air sembahyang. Saya dapati datuk sudah berada di sisi saya. Datuk
tidak saya hiraukan.
"Air
itu tidak rata. Kau harus membasuh kakimu hingga sampai ke bulu lali dan air
itu mesti kena jari kakimu, ambil air sembahyang mesti betul. Kalau ambil air
sembahyang tidak betul macam mana sembahyang boleh betul”, tegur datuk. Saya
tersenyum dan segera mematuhi cakapnya.
"Ingat,
jangan ambil air sembahyang sebarang. Ikut syaratnya, kalau tak tahu belajar
dan bertanya”, tambahnya.
Dan datuk
terus mengambil air sembahyang. Bila sudah selesai, kami kembali ke rumah
menunaikan fardu zuhur. Lebih kurang pukul dua petang, datuk suruh saya
kumpulkan akar-akar kayu dan batu yang dijemurnya dalam baldi kecil. Dengan
baldi kecil itu, saya dan datuk membawa barang-barang tersebut kerumah batu.
Lebih kurang satu rantai mahu sampai ke rumah itu, datuk mengambil baldi dari
tangan saya. Bila sampai di pintu pagar rumah batu, datuk tepuk baldi dengan
tangan kanannya dan pintu pagar terbuka dengan sendiri. Sebaik sahaja berada di
halaman rumah batu, datuk ambil tiga batu dan tiga urat akar kayu. Batu dibuang
kearah kanan dan akar kayu dibuang ke arah kiri. Mulut datuk kelihatan
bergerak-gerak, sebiji batu dalam baldi diambilnya lagi dan batu itu di
gosoknya berkali-kali.
Akhirnya,
batu itu diletakkan betul-betul didepan pintu rumah batu yang tertutup rapat.
Bila datuk memijak batu itu dengan kaki kirinya, pintu rumah batu terbuka
dengan sendirinya. Saya terpandang macam ada batang tubuh wanita berdiri di
muka pintu beberapa saat. Saya tidak dapat memastikan wajah wanita itu kerana
ia muncul sekejap saja dan macam bayang-bayang pula.
"Mari
masuk Tamar”, kata datuk.
"Untuk
apa tok?"
"Mari
masuk”, sergah datuk sambiI merenung kelangit melihat matahari yang bersinar
terik serta gumpalan awan yang bergerak ke arah barat daya.
Saya tidak
tahu, entah mengapa kaki saya terasa berat untuk melangkah, macam ada sesuatu
yang membelenggu kedua belah kaki saya. Bulu roma saya mula tegak, rasa takut
bersarang dalam hati. Bila saya renung ke arah pintu yang terdedah, saya
bagaikan terpandang sesuatu yang aneh. Saya semacam terpandang orang berjanggut
panjang beberapa saat. Bila orang itu hilang, saya terlihat perempuan cantik
berhidung panjang sampai ke dada. Bila perempuan itu hilang saya terlihat orang
memakan bara api, semuanya bertukar ganti dalam masa yang cukup pantas.
"Saya
takut tok”
"Mengarut,
mari”, datuk menarik tangan saya sambil menekan nadi di pergelangan tangan
dengan ibu jarinya bagaikan terkejut, macam orang kena kejutan letrik.
"Mengucap
Tamar”, kata datuk lagi saya pun terus mengucap dua kalimah syahadah dengan
tenang dan teratur.
Saya dan
datuk terus melangkah ke dalam ruang rumah. Saya lihat beberapa ekor
labah-Iabah merayap di dinding. Hampir seluruh kawasan ruang itu dipenuhi oleh
sarang labah-Iabah dan angkut-angkut, keadaan didalam rumah itu kelihatan suram
dan samar-samar. Datuk membuka salah sebuah tingkap di situ untuk mendapatkan
cahaya matahari. Bila cahaya matahari masuk ke dalamnya, barulah saya melihat
pecahan kaca dan tembikar berselerak di lantai, dua tiga ekor lipan bara
melarikan diri dari terkena cahaya matahari, empat kerusi kuno dan sebuah meja
kuno sudah berlubang-Iubang di makan oleh anai-anai.
Di kaki
tangga untuk naik ke tingkat atas terdapat sebuah busut jantan yang tingginya
hampir lima kaki. Kalau direnung lama-lama busut jantan itu bentuknya macam
seorang lelaki berpeluk tubuh. Bila datuk menjamah bahagian atas busut jantan
itu, beribu-ribu kalkatu keluar memenuhi ruang rumah batu itu. Datuk dan saya
segera memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas. Terdapat lima bilik di
tingkat tersebut, salah sebuah bilik di situ kelihatan bersih dan langsir
kuning terpasang dengan rapi, beberapa keping patahan dari batu nisan kelihatan
berselerak di muka pintu bilik.
Saya dan
datuk jenguk ke dalam bilik. Pemuda ganjil sedang tidur dengan nyenyaknya di
atas katil kuno dengan beralaskan daun-daun ketapang kering sambil memeluk batu
nisan. Bila datuk mahu masuk ke bilik tersebut, rumah batu itu terasa bergegar
disertai dengan bunyi dentuman yang amat kuat macam bunyi petir. Saya dan datuk
mula terdengar bunyi air hujan mencurah-curah di luar. Bagi memastikan apakah
di luar betul-betul hujan, datuk segera membuka tingkap, ternyata hari tidak
hujan. Cuaca cukup baik, matahari tetap bersinar, langit biru kelihatan bersih.
Satu hal
yang menakjubkan. Bila daun tingkap terbuka perkara yang aneh itu tidak
kedengaran, bila daun tingkap dirapatkan macam-macam bunyi mengusik gegendang
telinga. Datuk rapat ke katil pemuda ganjil. Bila datuk duduk di sisinya, saya
terlihat sepasang tangan yang berbulu sebesar pokok pinang dara keluar dari
dinding bilik. Sepasang tangan itu mengarah ke batang leher datuk.
"Aku
akan mengembalikan pada orang yang berhak. Jangan ganggu kami dan perdayakan
anak cucunya”, kata datuk.
Sebaik
saja datuk selesai bercakap sepasang tangan yang berbulu itu hilang dari tepi
dinding bilik. Datuk cuba mengejutkan pemuda ganjil yang sedang tidur. Usaha
datuk itu gagal. Setiap kali dia mahu menjamah kaki pemuda ganjil itu, bayang-bayang
perempuan akan muncul di atas katil seolah-olah menghalang perbuatan datuk.
"Rumah
ni, rumah syaitan”, keluh datuk lalu dia membaca beberapa potong ayat Al-Quran
dari Surah Jin. Ketika datuk membaca surah tersebut, pasir dan batu
berterbangan dalam bilik. Datuk tidak peduli, dia terus membaca hingga
bayang-bayang perempuan itu hilang dari penglihatan datuk dan saya. Bila
keadaan sudah tenang, datuk pun membangunkan pemuda ganjil yang sedang tidur.
Wajah pemuda itu nampak pucat lesi. Dia bagaikan berada dalam satu keadaan yang
cukup asing, mulutnya terus mengungkapkan perkataan yang tidak berapa jelas
dan sukar difahami.
Tanpa saya
duga, pemuda ganjil yang nampaknya tidak bermaya tiba-tiba melompat. Suaranya
keras dan mengaum macam suara kucing yang sedang marah bila ekornya dipijak.
Pemuda ganjil menerkam ke arah datuk. Tetapi datuk yang sudah bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan itu segera menekan kepala katil dengan ibu
jari kiri. Dan pemuda ganjil itu seperti ditolak oleh kuasa ghaib kembali ke
tempat asalnya. Duduk di situ kali ini dia menentang datuk dengan kuasa
matanya. Keadaan itu datuk hadapi dengan tenang. Datuk menggunakan kuasa
matanya hingga mata pemuda yang bersinar garang jadi layu dan terus tertutup.
Pemuda ganjil itu rebah atas katil kembali.
Datuk
terus membaca Surah Al-Falak. Bila sudah selesai membaca surah tersebut datuk
meraba tubuh pemuda ganjil mulai dari kaki hingga ke pangkal leher dan datuk
mematikan rabaan itu dengan menjentik sebanyak tiga kali cuping telinga kiri
pemuda ganjil. Manakala dari sebelah telinga kanannya datuk membisikkan
beberapa potong ayat Al-Quran hingga pemuda itu membuka matanya. Datuk segera
mendukung pemuda ganjil itu keluar dari rumah batu. Bila kami berada di luar
kawasan rumah batu, tiba-tiba hujan panas turun mencurah-curah. Habis rambut
saya basah begitu juga dengan datuk. Pemuda ganjil yang terkapar dalam dukungan
datuk tidak bergerak. Matanya pejam dan mulutnya yang separuh terbuka di masuki
oleh air hujan. Peliknya, hujan panas itu terjadi dalam jarak beberapa ela
sahaja dari kawasan rumah batu itu.
"Inilah
kebesaran Allah. Dalam panas ada hujan. Dalam hujan ada panas. Semoga Allah
memberkati niat suci aku”, kata datuk lalu mempercepatkan langkahnya.
Bila
sampai di rumah, datuk terus memandikan pemuda ganjil itu dengan air yang saya
ambil dari sungai. Dengan jari manisnya datuk mencabut tujuh helai rambut
pemuda ganjil di bahagian ubun-ubunnya. Rambut itu datuk simpulkan lalu
disuruh saya menanamnya.
"Kau
mahu minum ?" tanya datuk pada pemuda ganjil.
Walaupun
pemuda ganjil itu tidak memberikan sebarang jawapan, datuk tetap menyuruh saya
membuat air kopi panas yang dicampurkan dengan bawang putih.
"Minum”,
kata datuk.
Pemuda
ganjil itu bagaikan dipukau menurut saja perintah datuk. Bila air kopi habis di
minum, pemuda itu mula batuk dan bersin. Dia sedawa berkali-kali. Mukanya
kelihatan berpeluh dan merah.
"Emak
dan ayah saya, mana dia ?", tanya pemuda itu.
"Ada,
kau mahu jumpa dia?", balas datuk.
"Mahu”
"Cuba kau mengucap sekarang”
"Cuba kau mengucap sekarang”
"Boleh,
Ashha..”, pemuda itu mengucap dengan lancarnya.
Datuk
gembira dan menyuruh saya memanggil kedua orang tua pemuda ganjil itu. Bila
kedua orang tua pemuda ganjil itu tiba, suasana dalam rumah jadi lain macam.
Ibu pemuda ganjil itu menangis, dia tidak terfikir anaknya yang aneh boleh
kembali kepangkuannya walaupun wajah dan tubuh anaknya agak berbeza dari dulu.
"Jangan
sentuh dia”, datuk melarang ibu pemuda ganjil itu menjamah tubuh anak
kesayangannya.
Ibu pemuda ganjil itu jadi terkejut. Suaminya segera memujuk hingga rasa terkejut itu hilang dari dirinya. Datuk mengarahkan kedua ibubapa pemuda ganjil itu duduk di hadapannya. Manakala datuk, saya dan pemuda ganjil duduk sebaris jarak kami dengan kedua orang tua pemuda ganjil itu kira-kira dua kaki.
Ibu pemuda ganjil itu jadi terkejut. Suaminya segera memujuk hingga rasa terkejut itu hilang dari dirinya. Datuk mengarahkan kedua ibubapa pemuda ganjil itu duduk di hadapannya. Manakala datuk, saya dan pemuda ganjil duduk sebaris jarak kami dengan kedua orang tua pemuda ganjil itu kira-kira dua kaki.
"Kau
jawap pertanyaan aku sebelum kau bertemu dengan kedua orang tua kamu”, kata datuk
sambiI memandang ke wajah pemuda ganjil.
Saya lihat
pemuda itu anggukkan kepala tanpa memandang ke hadapan atau ke kiri dan ke
kanan.
"Baik”,
balas pemuda ganjil.
"Siapa
nama ayah kau?"
"Ansaruddin
Hasibuan”
"Emak
kau?"
"Teh
Mayang Mengurai”
"Salah”,
pekik datuk sambil menumbuk lantai, semua yang ada dalam rumah jadi terkejut.
Datuk segera memegang leher pemuda ganjil sambil mencabut sehelai bulu roma telinga kanan pemuda itu. Ada pertentangan dari pemuda ganjil itu, tetapi, setelah datuk menekan dengan ibu jari kaki kiri di pahanya pemuda itu menyerah. Bulu roma telinga pemuda ganjil itu datuk letakkan atas tapak tangan kanan. Datuk hembus bulu telinga itu dengan kuasa hidungnya. Bulu roma itu kelihatan melayang-Iayang dalam ruang rumah.
Datuk segera memegang leher pemuda ganjil sambil mencabut sehelai bulu roma telinga kanan pemuda itu. Ada pertentangan dari pemuda ganjil itu, tetapi, setelah datuk menekan dengan ibu jari kaki kiri di pahanya pemuda itu menyerah. Bulu roma telinga pemuda ganjil itu datuk letakkan atas tapak tangan kanan. Datuk hembus bulu telinga itu dengan kuasa hidungnya. Bulu roma itu kelihatan melayang-Iayang dalam ruang rumah.
"Pulanglah
ke tempat asalmu dan jangan ganggu anak cucu Adam”, suara datuk cukup lantang.
Bulu roma
yang berterbangan dalam rumah terus menuju ke muka pintu. Semua yang ada dalam
rumah tercengang-cengang. Kami terdengar suara orang perempuan menangis dengan sayu
di tengah hari yang menyerlah itu. Sesungguhnya, saya tidak tahu dari arah mana
suara itu datang. Bila keadaan sudah tenang, datuk terus bertanya pada pemuda
itu.
"Siapa
nama emak kamu?"
"Rabiatun”,
jawap pemuda itu.
"Betul”
Datuk menyuruh pemuda itu mencium lutut ibunya. Pemuda ganjil itu ikut cakap datuk. Bila dia selesai mencium lutut ibunya, pemuda itu segera memeluk ayahnya sambil minta maaf. Mereka berpeluk-pelukan dan bertangis-tangisan. Datuk dan saya terus menyaksikan peristiwa yang penuh dramatik itu dengan perasaan terharu. Air mata saya meleleh dipipi. Sedarlah saya betapa kasihnya ibu dan ayah terhadap anaknya. Dengan izin datuk, pemuda ganjil itu dibenarkan pulang ke rumahnya. Tetapi, sebelum pemuda itu masuk ke rumah, dia harus dimandikan dulu di bawah tangga atau di pintu rumah. Perkara itu di lakukan sebagai syarat atau petua dari orang tua-tua, kononnya untuk menghalau hantu syaitan.
Datuk menyuruh pemuda itu mencium lutut ibunya. Pemuda ganjil itu ikut cakap datuk. Bila dia selesai mencium lutut ibunya, pemuda itu segera memeluk ayahnya sambil minta maaf. Mereka berpeluk-pelukan dan bertangis-tangisan. Datuk dan saya terus menyaksikan peristiwa yang penuh dramatik itu dengan perasaan terharu. Air mata saya meleleh dipipi. Sedarlah saya betapa kasihnya ibu dan ayah terhadap anaknya. Dengan izin datuk, pemuda ganjil itu dibenarkan pulang ke rumahnya. Tetapi, sebelum pemuda itu masuk ke rumah, dia harus dimandikan dulu di bawah tangga atau di pintu rumah. Perkara itu di lakukan sebagai syarat atau petua dari orang tua-tua, kononnya untuk menghalau hantu syaitan.
"Walaupun
ini merupakan petua tetapi tidak bertentangan dengan ajaran agama, tujuannya
baik”, kata datuk pada ibu pemuda ganji itu.
Syarat itu
sengaja di sampaikan pada ibunya kerana kerja-kerja harus di lakukan oleh
ibunya sendiri. Ayahnya tidak dibenarkan oleh datuk ikut pulang sama.
"Awak
duduk di sini, hingga lepas waktu Asar. Banyak perkara yang mahu saya cakapkan
pada awak”, ujar datuk pada ayah pemuda ganjil.
Saya
renung wajah ayah pemuda ganjil itu. Dia nampak tenang dan setuju dengan
cadangan datuk itu. Pemuda ganjil dan ibunya segera berangkat dari rumah yang
kami diami. Sementara menanti waktu Asar tiba, saya terpaksa memasak nasi dan
menggoreng ikan gelama masin. Bahan-bahan yang saya masak itu adalah pemberian
ayah pemuda ganjil itu semalam.
Bila waktu
Asar tiba, kami pun sembahyang. Lepas sembahyang dan wirid sedikit barulah kami
makan. Lepas makan kami berehat di anjung rumah. Masa berehat itulah datuk
menyoal bermacam-macam hal pada ayah pemuda ganjil itu.
"Harta
anak yatim, harta pusaka dan amanah orang, jangan dipermainkan kalau tak
sanggup jangan diterima”, saya terdengar suara datuk dalam nada yang lembut.
Ketika dia
bercakap itu matanya merenung wajah ayah pemuda ganjil di sebelahnya.
"Maksud awak? Saya tak faham”, tanya ayah pemuda ganjil.
"Maksud awak? Saya tak faham”, tanya ayah pemuda ganjil.
"Saya
rasa, ini pendapat saya. Boleh jadi betul, boleh jadi tidak. Sepasang tangan
yang berbulu di rumah batu itu merupakan petunjuk dari Allah bahawa rumah yang
dibina oleh arwah ayah awak tu dari wang yang perolehi secara tidak halal”
"Saya
faham cakap awak”
"Saya
bukan apa-apa. Cuma mengingatkan kalau mahu membuat rumah biarlah dari wang
yang halal kerana rumah itu tempat kita berlindung dan membuat amal ibadat.
Membuat rumah dari duit yang halal berkatnya lebih, hati kita sentiasa tenang
bila bernaung di bawahnya” ujar datuk lagi.
Saya tidak
tahu kenapa perkara itu yang datuk timbulkan. Saya renung muka datuk, tidak ada
sebarang perubahan di wajahnya. Lebih kurang pukul enam petang, barulah ayah
pemuda ganjil itu meninggalkan rumah khas kami. Sebelum dia melangkah, dia
terus berkata pada datuk.
"Sudah
selesaikah kerja awak?"
"Belum”
"Apa yang belum selesai?"
"Apa yang belum selesai?"
"Saya
mahu pergi ke rumah batu itu lagi malam ini, kalau awak nak ikut datanglah
lepas waktu Isyak”
"Boleh
juga, saya akan datang”
"Baguslah
tu”, datuk pun melambaikan tangan pada ayah pemuda ganjil tersebut.
Bila masuk waktu Maghrib, hujan turun dengan lebatnya. Hujan yang lebat itu tidak mengganggu datuk berwirid dari Maghrib hingga masuk waktu Isyak. Cuma hati saya saja yang berdebar kerana hujan yang lebat itu disertai juga oleh bunyi petir dan angin yang kuat. Tiba-tiba saya menggigil kesejukan. Badan segera saya selimutkan dengan kain pelikat, saya duduk mencangkung. Dagu saya bertemu dengan kepala lutut. Kilat, angin dan hujan terus bermaharajalela diluar. Datuk masih lagi berada di tikar sembahyang. Satu ledakan petir yang kuat bergema, sinarnya menerangi seluruh rumah.
Bila masuk waktu Maghrib, hujan turun dengan lebatnya. Hujan yang lebat itu tidak mengganggu datuk berwirid dari Maghrib hingga masuk waktu Isyak. Cuma hati saya saja yang berdebar kerana hujan yang lebat itu disertai juga oleh bunyi petir dan angin yang kuat. Tiba-tiba saya menggigil kesejukan. Badan segera saya selimutkan dengan kain pelikat, saya duduk mencangkung. Dagu saya bertemu dengan kepala lutut. Kilat, angin dan hujan terus bermaharajalela diluar. Datuk masih lagi berada di tikar sembahyang. Satu ledakan petir yang kuat bergema, sinarnya menerangi seluruh rumah.
Telinga
saya bagaikan fana dan terasa kosong. Bila cahaya kilat itu hilang, saya lihat
batang tubuh perempuan terpacak tidak jauh dari depan datuk. Wajahnya manis
sekali dengan rambut terurai hingga kepinggang, memakai baju kebaya dari kain
songket warna hijau, begitu juga dengan baju. Selindang songket terletak atas
bahunya yang lebar.
"Kau
rampas suami aku. Binatang, kau harus bersedia menerima pembalasan”, katanya
pada datuk.
Wajahnya
bertukar jadi merah macam udang kena bakar. Saya lihat datuk segera berdiri,
saya tidak tahu waktu mana datuk membuang kain sarungnya dan memakai seluar
hitam, baju hitam dengan kain merah terlilit di kepala.
"Kau
Puteri Mayang Mengurai?", tanya datuk.
"Ya,
kenapa?”
"Dari
mana kau datang?"
"Dari
Gunung Tahan”
"Bohong,
kau syaitan. Kau langsiur menjelma menjadi manusia untuk memperdaya manusia”
"Itu
soal aku, bukan soal kau. Aku mahu suami aku”, suara perempuan itu mula
meninggi.
Datuk menarik nafas panjang. Kedua belah tangannya dilekapkan ke dadanya yang bidang. Bibir bawahnya nampak bergerak-gerak.
Datuk menarik nafas panjang. Kedua belah tangannya dilekapkan ke dadanya yang bidang. Bibir bawahnya nampak bergerak-gerak.
"Aku
bersedia memulangkan orang yang kau sayangi, kalau kau benar manusia. Buktikan
yang diri kau manusia”, datuk mengajukan pertanyaan.
Perempuan
yang berdiri di depannya kelihatan tenang. Wajahnya yang merah sudah tidak
merah lagi.
"Bukankah
dengan wujudnya aku di sini membuktikan itu semua”, katanya.
"Masih
belum cukup, aku sangsi”
"Apa
lagi yang kaumahu?"
"Kau
berdiri di situ, jangan bergerak-gerak”
"Baik”
Datuk senang hati dengan jawapan itu. Datuk pun mula meluruskan ke dua belah tangannya. Mulutnya mula bergerak membaca ayat Al-Kursi. Perempuan itu tersenyum tetapi, bila sampai pada ayat pertengahan perempuan itu tidak senyum lagi, malah cuba memberikan isyarat pada datuk supaya jangan meneruskan pembacaannya. Datuk tidak peduli. Datuk terus membaca ayat tersebut. Bila sampai pada ayat terakhir, saya lihat seluruh tubuh badan wanita itu jadi merah macam bara, wanita itu terkapai-kapai macam minta tolong. Dalam beberapa saat saja badan yang merah menjadi hitam macam arang, kemudian terus hilang.
Datuk senang hati dengan jawapan itu. Datuk pun mula meluruskan ke dua belah tangannya. Mulutnya mula bergerak membaca ayat Al-Kursi. Perempuan itu tersenyum tetapi, bila sampai pada ayat pertengahan perempuan itu tidak senyum lagi, malah cuba memberikan isyarat pada datuk supaya jangan meneruskan pembacaannya. Datuk tidak peduli. Datuk terus membaca ayat tersebut. Bila sampai pada ayat terakhir, saya lihat seluruh tubuh badan wanita itu jadi merah macam bara, wanita itu terkapai-kapai macam minta tolong. Dalam beberapa saat saja badan yang merah menjadi hitam macam arang, kemudian terus hilang.
"Syaitan
itu sudah binasa”, datuk memberitahu saya.
Perlahan-Iahan
datuk menyingsing lengan baju kanannya. Dia kembali duduk di depan tikar
sembahyang. Saya tidak tahu apakah yang di bacanya. Rasa menggigil di badan
saya mula hilang. Saya terus ikat kain di pinggang. Hujan dan petir masih
berterusan di luar. Datuk terus membuka tingkap tetapi, cepat-cepat daun
tingkap itu dirapatkannya kembali, tempias hujan menjamah wajahnya.
"Masih
belum datang lagi”, rungut datuk.
"Sabarlah,
barangkali kerana hujan"
"Betul
juga cakap kau Tamar”
"Kita
tunggu sampai hujan teduh tok”
"Aku
fikir pun begitu juga”, nada suara datuk menurun.
Dia
kembali duduk di tikar sembahyang membaca Surah Yasin. Dalam kiraan saya, hujan
lebat itu berlaku selama satu jam. Sebaik saja hujan berhenti, ayah kepada
pemuda ganjil datang ke rumah kami. Datuk memberi dia minum kopi panas.
"Kita
pergi sekarang”, kata datuk.
"Boleh,
saya ada bawa lampu picit”
"Tak
pakai lampu picit pun tak apa”
"Gelap
nanti tak nampak jalan”
"Saya
ingat, mana lopak dan pokok besar”
"Hum..”,
mulut ayah pemuda ganjil terpelohong kehairanan.
Tanpa
banyak kerenah, datuk pun turun dan di ikuti oleh saya dan ayah pemuda ganjiI.
Bila kami memijak bumi, tanah yang dibasahi air hujan terasa menyentuh kulit
kaki meskipun saya memakai sepatu getah. Datuk yang memakai capal kulit itu
cukup cepat melangkah. Percikan pasir dan tanah dari kibasan capalnya terasa
mengenai muka saya. Lebih kurang sepuluh minit berjalan dalam gelap yang
dikepalai oleh datuk, kami pun sampai ke rumah batu.
Bila
berada dalam rumah batu itu. Keadaannhya saya rasa berbeza dengan keadaan
sebelah pagi tadi. Saya tidak terasa seram atau takut. Datuk terus kumpulkan
kayu dan papan-papan buruk lalu dibakarnya. Api yang marak itu menerangi
bahagian bawah rumah batu itu. Datuk mencari bahagian sudut rumah itu yang
mengarah ke kiblat. Datuk duduk bertafakur beberapa minit disitu. Bila kerjanya
itu selesai datuk pun menghampiri kami.
“Sekurang-kurangnya
tiga gadis Cina telah dirogol dan dibunuh oleh tentera Jepun dirumah ini.
Mayatnya di tanam di belakang rumah”, datuk memberitahu saya.
Menurut
datuk, ada kemungkinan perempuan-perempuan cantik yang datang menemui pemuda
ganjil pada setiap malam itu berasal dari syaitan yang mengambil kesempatan
untuk menggoda pemuda ganjil yang memang diketahuinya mudah digoda kerana
imannya kurang kuat dan baru mahu mendalami hal-hal agama.
"Tangan
yang berbulu berpunca dari apa?"
Secara
mendadak ayah pemuda ganjil itu bertanya. Datuk segera mengambil sebatang kayu
dan menikam ke arah api yang sedang marak itu, muka datuk nampak berpeluh.
Dahinya berkedut. Dia berhenti menikam api dengan serta merta. Datuk termenung
panjang, terlalu sukar nampaknya datuk mahu menjawab pertanyaan itu.
"Saya
tak tahu. Itu kuasa Allah, kejadian itu barangkali sebagai petunjuk pada
manusia supaya jangan tamak dan haloba kerana mahu hidup senang dan tergamak
melakukan pecah amanah”, cukup teratur datuk bercakap sambiI matanya merenung
wajah saya.
Tanpa saya
duga, dalam bangunan rumah batu dua tingkat itu, di depan api yang marak datuk
menceritakan yang dirinya pemah mengalami kejadian itu di dua buah rumah besar.
Kejadian pertama berlaku di Alor Setar dan kejadian ke dua berlaku di Pekan,
Pahang.
Rumah di
Alor Setar itu didirikan di atas tanah pesaka yang tidak di farait atau
dibahagikan mengikut hukum syarak. Sehingga menimbulkan perbalahan di kalangan
empat saudara, abang yang tua dalam keluarga itu menggunakan kuasa kuku
besinya. Dia mengambil semua tanah pesaka itu untuk dirinya, dalam masa yang
sama abang yang tua itu kena loteri kebajikan masyarakat. Dia pun mendirikan
rumah batu yang besar dan membawa anak bininya tinggal di situ. Sejak tinggal
di rumah baru itu anak bininya sentiasa sakit dan diganggu oleh satu lembaga
besar hingga membuat abang yang tua berada dalam keadaan resah dan tidak
tenang.
Seorang
guru agama menasihatkan abang yang tua itu supaya menjual tanah tersebut. Hasil
dari pendapatan jualan itu dibahagikan sesama keluarganya atau membahagikan
tanah pesaka di kalangan keluarganya mengikut hukum agama, abang yang tua
memilih cara kedua. Bila tanah itu dibahagikan mengikut hukum syarak, lembaga
hitam itu tidak muncul dan keluarganya tidak sakit, rumah batu itu dipecahkan
kerana didirikan dengan wang loteri.
"Tetapi
abang yang tua tidak akan terlepas dari dosa di akhirat kerana dia berjudi”,
kata datuk.
Kejadian
di Pekan Pahang hampir sama dengan kejadian di Alor Setar, cuma bezanya rumah
besar yang didirikan oleh seorang haji disitu, adalah hasil dari penyelewengan
wang kutipan zakat fitrah orang Islam, dan haji itu sendiri membunuh diri dalam
rumah tersebut.
"ltulah
pembalasan Allah di dunia pada orang yang tidak amanah”, kata datuk mengakhiri
ceritanya. Saya termenung panjang, begitu juga dengan ayah pemuda ganjil
tersebut.
"Sudahlah,
mari kita pulang”, kata datuk, kami pun segera pulang.
Sebaik
saja kami sampai di kaki tangga, satu ledakan petir terjadi. Cahaya kilat itu
menerangi seluruh kawasan di sekitar kami, bila cahaya kilat itu berakhir, kami
jadi tergamam dan terkejut besar kerana dibahagian bumbung rumah batu dua
tingkat kelihatan api menjulang. Api itu terus marak dan membakar seluruh rumah
batu dua tingkat. Datuk tidak menghiraukan kejadian itu, malah dia menyuruh
kami balik ke rumah. Sepanjang malam itu, saya tidak dapat tidur kerana
memikirkan kejadian yang saya lihat.
Pagi
esoknya, kami pergi kerumah batu yang jadi korban petir . Tidak ada bentuk rumah
yang wujud di situ, kecuali tiang batu yang hitam macam arang terpacak mengarah
ke langit.
"Awak
jual tanah ni atau wakafkan, kalau awak jual wangnya jangan awak ambil satu sen
pun, semuanya di berikan pada baitulmal atau ke rumah anak-anak yatim. Saya
rasa inilah cara yang paling baik dengan itu keturunan awak akan terselamat
dari kutukan Allah”, datuk menasihatkan ayah pemuda ganjil.
"Lagi
apa yang mesti saya buat?"
"Beramallah
pada Allah, mohon limpah rahmat dariNya. Kita ini hamba Allah, pada Allah lah
kita mengadu dan Allah akan membuat keputusan yang maha adil”, tambah datuk
lagi.
Dua hari
kemudian, sedang saya dan datuk berkemas untuk pulang, ayah pemuda ganjil itu
datang menemui datuk lalu menyerahkan wang sebanyak lima ratus ringgit, sebagai
tanda terima kasih atas kejayaan datuk mengubati anaknya.
"Simpan
wang awak. Saya tidak cari makan cara ini. Saya menolong sesama manusia dengan
ikhlas, kebolehan yang ada pada saya adalah milik Allah”, muka ayah pemuda
ganjil pucat mendengar cakap datuk.
"Maafkan
saya, tapi saya mahu bersedekah”, balasnya.
"Sedekahlah
pada fakir miskin”, jawab datuk tegas dan mengucapkan ribuan terima kasih atas
layanan yang diberikan kepada saya dan datuk.
Ayah
pemuda ganjil itu menghantar kami ke perhentian bas. Tiga bulan kemudian, ayah
pemuda ganjil itu datang menemui datuk dan menyatakan apa yang dinasihati oleh
datuk telah dilaksanakannya. Tanahnya sudah dijual dan wangnya sudah diserahkan
pada Baitulmal.
"Anak
saya sudah sihat, saya akan menghantarnya ke Padang Panjang untuk belajar
agama. Kalau ada rezeki saya mahu melanjutkan pelajarannya hingga ke Kaherah,
mulai tahun ini saya akan membayar zakat”
"Baguslah
tu”, jawab datuk.
Dan saya
masih dapat membayangkan bagaimana ayah pemuda ganjil itu menangis teresak-esak
ketika meninggalkan halaman rumah datuk.
No comments:
Post a Comment