"Bangun”,
bisik saya pada Osman dan memberitahu padanya supaya jangan bertanya sesuatu.
Osman
patuh dengan permintaan saya itu tetapi wajahnya masih pucat-Iesi. Waktu saya
menoleh ke kanan kembali saya lihat datuk sudah berdiri dengan kedua belah
tangannya lurus mengarah ke rumah papan beratap rumbia. Mukanya nampak
berpeluh. Bila datuk menjatuhkan kedua belah tangannya, saya terdengar satu
letupan, macam orang memukul bumi dengan pelepah pisang. Serentak dengan itu,
saya lihat api mula berbunga di tulang bumbung rumah. Api itu terus marak
dengan hebatnya. Bahang dari api itu terasa panas memukul wajah saya. Kulit
muka rasanya bagaikan terbakar.
Cahaya api
dari bumbung rumah itu menerangi kawasan tempat kami berteduh. Api terus
menjulang ke langit dengan hebat bersama bunyi letupan keciI yang
sambung-menyambung. Tidak sampai dua jam, rumah papan beratap rumbia itu terus
menjadi abu. Ketua kampung pun tersedar dari pengsan.
"Kenapa
panas sangat ni?", tanya ketua kampung.
"Itu”,
saya menunjukkan kearah rumah yang sudah menjadi bara dengan jari telunjuk.
Biji mata ketua kampung terbeliak.
"Siapa
yang bakar?", tanyanya lagi.
"Terbakar
sendiri!"
Ketua
kampung mengerutkan dahi sambil menggaru batang leher. Datuk pun mencabut
buluh runcing yang di tanam kebumi. Datuk melihat bahagian bawah buluh yang sudah
ditajamkan itu. Memang terdapat kesan-kesan darah pada buluh itu. Datuk menghilangkan
kesan darah pada hujung buluh dengan menikamkan buluh itu pada batang pisang
emas yang baru tumbuh jantung. Bila datuk mahu mencabut buluh dari batang
pisang, saya dan Osman serta ketua kampung disimbah dengan air dari arah
belakang.
Saya tidak
dapat memastikan dari mana arah air itu datang, sama ada dari sebelah kanan
atau kiri kerana malam terlalu gelap. Di langit kelihatan bintang-bintang
bertaburan di mana-mana. Angin malam yang bertiup agak keras membuat badan saya
mengeletar kesejukan. Saya tidak dapat mengagak dengan tepat pukul berapa
ketika itu. Tetapi berdasarkan arah tiupan angin dan gerak awan bersisik ikan
di langit, saya agak waktu itu sudah pukul empat pagi. Suara pungguk dan
lolongan anjing liar sudah tidak kedengaran lagi.
Dari longgokan
bara rumah yang punah, asap nipis nampak berkerut menjulang ke udara yang
kemudian berpecah dirempuh angin malam. Datuk menghampiri saya.
"Kau
kena simbah air Tamar?"
"Ya
tok"
"Cuba
kau cium lengan kiri kau, ada bau busuk tak"
Saya pun
ikut perintah datuk. Walaupun perintah itu ditujukan pada saya tetapi, ketua
kampung dan Osman turut bersama mencium lengan kiri masing-masing.
"Busuk,
macam bau bangkai”, jawab mereka serentak dan saya anggukkan kepala.
Setuju
dengan apa yang dikatakan oleh ketua kampung dan Osman. Datuk menyuruh kami
bertiga berdiri di bawah pokok pisang emas yang baru tumbuh jantung. Kami
disuruh berdiri dengan menemukan bahu masing-masing. Sesudah itu, datuk
menyuruh saya melihat ke arah utara, ketua kampung ke arah selatan dan Osman ke
arah barat. Dengan keadaan itu kami tidak dapat memandang wajah antara satu
sama lain. Datuk terus mengoncangkan perdu pisang emas yang baru tumbuh jantung
dengan sekuat hati. Air embun yang melekat pada daun pisang itu menimpa badan
kami.
"Sekarang
cium lengan kiri kamu semua”, ujar datuk dengan tenang sambil menekan pangkal
dagunya dengan ibu jari kiri.
"Tak
ada baunya lagi”, jawab saya.
"Dah
hilang busuknya”, tingkah Osman.
"Ya
dah hilang”, sahut ketua kampung bersama senyum.
Datuk menyuruh
kami duduk semula di tempat asal. Dengan tenang datuk membuka lipatan kaki
seluar sebelah kiri. Angin sudah tidak sekuat tadi bertiup, menandakan waktu
subuh hampir. Langit kelihatan cerah dan bintang-bintang beransur kurang.
Bara api
masih kelihatan merah menyala di tapak rumah yang punah, bunga-bunga api
kelihatan menjulang pendek di udara sebelum padam. Datuk memperkemaskan silanya
dan terus menekapkan kedua belah tangannya ke dada. Embun subuh sudah terasa
menitik ke ubun-ubun kepala. Rasa sejuk kian terasa. Saya tidak tahu apakah
yang dilakukan oleh datuk ketika itu. Biji mata saya terbeliak bila saya
terpandang dari atas bara api keluar benda putih dan bulat, sebesar buluh
lemang yang panjangnya kira-kira dua kaki, terapung-apang di udara macam
ditarik oleh sesuatu dari atas. Benda putih terus naik setinggi pokok kelapa
dara. Berhenti di situ sebentar.
Kemudian
benda bulat itu bergerak macam kilat menuju ke arah kami. Datuk menyuruh kami
meniarap supaya benda itu tidak mengenai kepala. Tetapi angin dari benda bulat
itu berjaya menerbangkan songkok ketua kampung dan cuping teling saya bagaikan
mahu tercabut rasanya dirempuh oleh angin dari benda bulat itu.
Ketika itu
juga dari hutan kecil sebelah kami terdengar bunyi suara katak betung bersahut-sahutan
yang diselang-seli dengan bunyi suara orang bersorak dan ketawa yang amat
menyeramkan. Embun subuh kian rancak menimpa kulit kepala. Terdengar kokok ayam
hutan bertali-temali dari kaki Gunung Tunggal. Saya tidak dapat menahan rasa
sejuk yang amat sangat itu. Dahi saya kerutkan. Dagu saya menggeletar yang
mengakibatkan gigi atas dan bawah saya berlaga dan mengeluarkan bunyi
kerup-kerup yang tidak tentu panjang pendeknya. Suara lolong anjing liar mula
kedengaran sayup-sayup dan memanjang macam orang menangis dan meratap sesuatu.
Benda
putih itu terus berlegar-Iegar di atas ruang kepala kami. Hari masih lagi
gelap. Dalam keadaan yang agak gawat itu, saya lihat datuk berguling-guling
atas tanah menuju ke pangkal pisang yang baru tumbuh jantung. Datuk duduk
sambil menyandarkan badannya pada perdu pisang itu. Datuk merasa selamat kerana
benda putih yang bergerak di awang-awangan itu tidak memburunya. Datuk segera
berdiri sambil menekapkan ke dua belah tapak tangannya ke cuping telinga kiri
dan kanan, macam orang yang mahu melaungkan azan. Lebih kurang dua tiga minit
datuk berkeadaan demikian.
Akhirnya
dia datang ke kawasan lapang. Benda putih itu mula meluru ke arahnya. Datuk
tidak melarikan diri malah berdiri dengan gagah di situ. Kedua-dua belah tumit
kakinya tidak jejak ke bumi dan lutut kanannya dibengkokkan sedikit. Bila benda
putih itu berada betul-betul di ubun kepalanya dengan segera datuk membuka kain
merah yang melilit kepalanya. Benda putih itu terus mengelilingi tubuh badan
datuk sambil mengeluarkan suara yang berdengung macam suara ayam kampung kena
jolok. Kerana terlalu cepat dan Iigat benda putih itu berpusing mengelilingi
tubuh datuk. Saya tidak dapat melihat datuk dengan jelasnya. Dalam sekelip mata
saja saya lihat datuk terhoyong-hayang macam ditolak sesuatu.
Hati saya
mengelabah, saya tahu datuk sedang berjuang menentang sesuatu. Ada niat
menolongnya tetapi saya tidak berdaya bergerak. Tempurung lutut dan dan
sendi-sendi kaki saya terasa bagaikan longgar sekali. Ketika itu, ada cahaya terang
mula bangkit di kaki langit, keadaan hari mula beransur cerah. Datuk masih lagi
terhoyong-hayang tidak tentu arah. Tetapi di tangannya masih terlekat kain
merah. Datuk bertempik dengan sekuat hatinya sambiI melompat setinggi tiga
kaki. Ketika datuk melompat itu dia memukul benda putih itu dengan ikat
kepalanya. Dua kali lompat, dua kali pukul tidak mendatangkan sebarang kesan
pada benda putih itu. Datuk kelihatan letih dan tidak bermaya. Saya lihat datuk
rebah ke bumi sambil terbatuk-batuk. Mukanya pucat.
Datuk
mencium bumi sambil membengkokkan badannya, tidak ubah macam kucing yang
bersedia untuk menerkam tikus. Kemudian datuk melompat untuk kali yang ketiga
dan terus memukul benda putih itu dengan kain ikat kepalanya sekuat hati. Hari
mula beransur samar-samar, di kaki langit cahaya putih mula kelihatan dengan
jelas. Datuk kali ini saya lihat terhumban berhampiran dengan bara api yang
sedang marak memamah kayu-kayu rumah yang punah. Belumpun sempat badannya
menjamah bumi, datuk sudah meletakkan badannya dalam keadaan tegak. Ketika itu
juga bara api bertambah kuat cahayanya dan beberapa bahagian dari bara api itu
mengeluarkan api. Saya terasa desiran angin dipermukaan bumi.
Saya lihat
tapak kaki datuk tidak mencecah bumi. Datuk berdiri atas angin sambil memeluk
tubuhnya erat-erat. Dan benda putih di awang-awangan tidak bergerak tetapi
mengeluarkan asap nipis. Bila asap nipis itu hilang, terdengar letupan seperti
letupan mercun kecil. Benda putih itu terus hilang dan masa itu juga beberapa
bilah buluh kering bertaburan atas tanah. Datuk segera menghampiri kami. Kali
ini saya lihat wajahnya berseri dan kedua kelopak matanya lembam sedikit kerana
kurang tidur.
"Kita
balik, sembahyang subuh”, kata datuk.
"Dah
selesai ke semuanya pakcik?", tanya Osman.
"Dah.
Dengan izin Allah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui nampaknya kita
berjaya"
"Dia
tak ganggu kita lagi?", ketua kampung pula bertanya.
"Nampaknya
begitulah"
Kami terus
pulang ke pondok Osman dan menunaikan fardu subuh. Ketua kampung mempersilakan
kami ke rumahnya untuk sarapan pagi. Dia juga menyatakan pada saya, ada sesuatu
yang mahu dibincangkannya dengan datuk.
"Saya
rasa eloklah sekarang ini kita pergi ke rumah saya”, ulang ketua kampung dengan
senyum.
Osman
merenung ke muka saya. Datuk menggigit ibu jari sambil merenung kosong ke
depan.
"Begini
saja tuk ketua. Biarlah Osman dan tuk ketua pergi dulu”, nada suara datuk
lembut sambil bangun.
"Kenapa
begitu?"
"Saya
ada hal sedikit"
"Apa
halnya?"
"Saya
nak bersenam kemudian nak mandi air embun itu saja. Lepas semua kerja tu saya
buat, saya pergilah. Masa saya sampai ke rumah awak hari pun cerah dan kopi
sudah tersedia”
"Ha
tak apalah”, balas ketua kampung.
Datuk dan
ketua kampung ketawa besar. Ketua kampung dan Osman meninggalkan saya dan datuk
di pondok. Saya diminta oleh datuk supaya bersenam gerak kucing dan harimau
bangun tidur. Tujuan senaman cara lama itu dilakukan untuk menghindarkan dari
mengalami sakit pinggang dan lenguh-lenguh sendi. Satu senaman baru yang
diajarkan oleh datuk pada saya dan di situ ialah senaman ular salin kulit.
Senaman jenis ini lebih banyak memberatkan perkara menarik dan melepaskan
nafas, serta pergerakan sendi-sendi urut. Tujuan utama senaman ini ialah,
memelihara kulit badan dan muka. Kulit badan tidak mudah kendur dan muka
kelihatan muda atau tidak dimakan tua.
Senaman
jenis ini hanya dilakukan seminggu sekali. Orang yang melakukan senaman ini di
tegah memakan makanan yang banyak mengandungi zat asam selama tiga hari tetapi
digalakkan memakan daun hijau yang boleh dibuat ulam seperti daun pegaga, daun
ulam raja, daun saderi dan daun kesum serta pucuk manggis muda. Selesai
melakukan semua jenis senaman itu, saya dan datuk terus merayau-rayau ke
seluruh kawasan kecil berhampiran pondok Osman untuk mandi embun. Akhirnya
datuk mengajak saya pergi ke bekas rumah papan beratap rumbia. Ada sesuatu yang
mahu datuk cari di situ. Waktu saya dan datuk tiba ke situ, saya dapati bara
api sudah banyak yang padam, kayu-kayu alang rumah semuanya sudah rentung
menjadi arang.
"Mari
kita cari buluh yang jatuh bertabur malam tadi”, saya terkejut dengan ungkapan
dari datuk itu.
Bulu
tengkuk saya terus meremang. Dada terasa berdebar.
"Mari”,
datuk terus menarik tangan saya.
Memang
saya tidak ada pilihan lain untuk membantah. Lama juga kami berlegar-legar di
kawasan yang kami jangkakan tempat bilah-bilah buluh itu jatuh. Apa yang kami
temui di situ ialah bilah-bilah buluh yang sudah rentung. Datuk
menguis-nguiskannya dengan hujung kaki.
"Memang
buluh sumpahnya”, keluh datuk sambil menggigit bibir.
"Saya
tak faham cakap tok ni?”
"Hanya
dengan buluh saja yang boleh menghilangkan kuasa ilmu orang yang menuntut ilmu
itu. Aku harap malapetaka yang menimpa orang-orang di sini akan tamat”, tambah
datuk lagi, lalu mengajak saya kerumah ketua kampung.
Sarapan
pagi dirumah ketua kampung memang enak. Kami dihidangkan dengan kopi panas dan
pulut berlaukkan ikan gelama goreng. Anehnya datuk tidak menjamah pulut itu.
Dia hanya minum kopi panas sahaja. Ketua kampung tidak puas hati dengan sikap
datuk.
"Kenapa
tak makan pulut?", tanya ketua kampung.
"Minta
maaf tuk ketua, saya memang tak makan pulut ni."
"Kami
tak tahu, apa sebabnya? Ada pantang larang ya?"
"Saya
ni mengidap sakit angin. Orang sakit angin memang tak elok makan pulut, kerana
pulut ni cukup bisa bagi orang yang mengidap sakit itu. Kalau sudah sembuh pun
akan sakit semula jika makan pulut"
Ketua
kampung puas hati dengan penerangan datuk itu. Ketua kampung merasa bersalah
kalau datuk tidak makan di rumahnya. Kerana itu, dia menyuruh anaknya membeli
kuih di kedai.
"Jangan,
ini sudah cukup untuk saya”, beritahu datuk pada ketua kampung.
"Saya
tak puas hati kalau awak tak makan di rumah saya. Begini saja, tengahari ni,
makan di sini", ketua kampung membuat tawaran lagi.
Tawarannya
itu diterima oleh datuk dengan senang hati. Sementara menanti tengah hari datuk
kembali ke pondok Osman. Ketua kampung ikut sama. Sampai saja di pondok, Osman
ambil sebuah baldi kosong dan mengambil air perigi. Air itu datuk campurkan
dengan tujuh jenis daun dan tujuh jenis bunga. Kemudian datuk memerintahkan
Osman memakai kain basahan dan di suruh duduk di bawah tangga.
"Nak
buat apa ni?,” bisik saya ke telinga datuk.
"Nak
buang sial dan badi ilmu salah yang hinggap ke badannya”, balas datuk.
Bila Osman
duduk di bawah tangga, datuk terus menjirus air ketubuh Osman dalam tiga
peringkat. Lepas itu, datuk tepuk bumi tujuh kali dan dada Osman tujuh kali.
Bila sudah selesai barulah Osman disuruh oleh datuk memakai pakaian semula.
"Aku
harap kau akan selamat terus dan syaitan peliharaan ayah kau sudah hancur. Kau
boleh hidup aman di atas tanah miliknya”, jelas datuk pada Osman.
Ketua
kampung hanya melihat sahaja apa yang dilakukan oleh datuk itu dengan tenang.
"Memanglah, syaitan tak tak pernah sunyi dari mempengaruhi umat manusia”, datuk tersenyum mendengar cakap ketua kampung itu.
"Memanglah, syaitan tak tak pernah sunyi dari mempengaruhi umat manusia”, datuk tersenyum mendengar cakap ketua kampung itu.
"ltu
memang kerjanya. Dalam Surah An-Nisa telah menjelaskan kerja-kerja syaitan yang
berbunyi: Dan kehendak syaitan itu ialah menyesatkan kamu satu kesesatan yang
jauh”, ujar datuk lagi.
Ketua
kampung angguk kepala. Perbualan datuk dengan kedua kampung cukup rancak
sekali. Banyak benar kisah yang datuk dengar dari ketua kampung. Malah datuk
sendiri tidak merasa segan dan silu mencari pengalaman-pengalamannya di masa
lalu. Perbualan mereka terganggu bila anak gadis tok ketua yang dikiranya
menganggu perbualan antaranya dengan datuk.
"Apa
halnya”, kata ketua kampung.
Osman
segera bangun dan merenung tajam ke wajah anak gadis ketua kampung yang
berambut panjang, berkulit putih. Mukanya bujur sirih. Tinggi lampai dan
berleher jinjang. Saya memang tertarik dengan gadis desa berwajah ayu itu. Bila
saya lihat wajah Osman, rasa tertarik yang mula berputik di hati segera saya
padamkan.
"Ada
orang datang ayah"
"Siapa?"
"Pak Mardan bomoh hujan"
"Pak Mardan bomoh hujan"
"Hum,
sekejap lagi aku balik"
Anak gadis
ketua kampung meninggalkan kawasan pondok Osman. Kerana waktu makan tengahari
sudah hampir, ketua kampung mengajak kami pergi bersamanya sekali.
"Eloklah
tu, saya ingin juga berkenalan dengan bomoh hujan tu, kalau dia baik hati dapat
saya menuntut ilmu darinya”, datuk segera bangun.
"Dia
tu bukan orang lain dengan saya, kami satu pupu”, tingkah ketua kampung dengan
tenang.
Ada rasa
megah dalam dirinya kerana datuk mahu menuntut sesuatu dari sepupunya. Lepas
makan tengahari datuk dapat bercakap panjang dengan Pak Mardan yang sudah
berusia hampir lima puluh tahun. Orangnya tegap. Memelihara misai, janggut dan
jambang. Dia tinggal di Kampung Kota yang terletak lebih kurang dua batu dari
pekan kecil Bruas dalam daerah Manjung. Menurut Pak Mardan, dia kenal baik
dengan bomoh patah yang tinggal sekampung dengannya iaitu Bedul Hasyim. Datuk
minta Pak Mardan menyampaikan salamnya pada Bedul Hasyim bila dia pulang ke
kampungnya kelak.
"Dengan
izin Allah akan saya sampaikan”, katanya.
"Saya
dah lama tidak jumpa dia"
"Dia
masih sihat lagi”, balas Pak Mardan.
Menurut
Pak Mardan dia dalam perjalanan ke Sungai Tinggi (sebuah kampung yang terletak
dalam daerah Matang, lebih kurang dua puluh batu dari bandar Taiping). Dia
diundang oleh anak saudaranya kerana anak saudaranya mahu menikahkan anak
perempuannya dengan orang dari Gunung Semanggul.
"Tujuan
mengundang kita tu ada tujuan yang tertentu”, keluh Pak Mardan sambil merenung
muka ketua kampung.
"Apa
tujuannya?", soal Osman.
"Tenaga
aku ni diperlukan anak buah, bila mahu menghalau hujan”, Pak Mardan melahirkan
rasa hampanya, disambut oleh ketua kampung dengan ketawa memanjang.
Bila Pak Mardan mengajak datuk pergi ke Sungai Tinggi datuk menolak dengan alasan dia tidak dijemput ke majlis nikah kahwin. Tetapi bila Pak Mardan dan ketua kampung menyatakan bahawa mereka telah diberi kuasa untuk menjemput orang lain ke majlis orang nikah kahwin itu, datuk menerimanya dengan senang hati. Saya mengerti, tujuan utama datuk menerima undangan itu bukanlah kerana mahu makan nasi minyak. Tetapi dia mahu belajar serba sedikit tentang ilmu menahan hujan dari Pak Mardan.
Bila Pak Mardan mengajak datuk pergi ke Sungai Tinggi datuk menolak dengan alasan dia tidak dijemput ke majlis nikah kahwin. Tetapi bila Pak Mardan dan ketua kampung menyatakan bahawa mereka telah diberi kuasa untuk menjemput orang lain ke majlis orang nikah kahwin itu, datuk menerimanya dengan senang hati. Saya mengerti, tujuan utama datuk menerima undangan itu bukanlah kerana mahu makan nasi minyak. Tetapi dia mahu belajar serba sedikit tentang ilmu menahan hujan dari Pak Mardan.
Esoknya
saya, Pak Mardan dan datuk terus pergi ke Sungai Tinggi. Kami bertolak dengan
bas dari Segari pada sebelah pagi dengan bas. Ketua kampung dan keluarganya
bertolak lebih lewat daripada kami. Kedatangan kami di sambut dengan ramah oleh
anak saudara Pak Mardan. Kami sempat menyaksikan acara akad nikah yang diadakan
pada sebelah pagi, lebih kurang di antara pukul sepuluh hingga sebelas. Acara
naik pelamin diadakan kira-kira pukul empat petang setelah tetamu yang dijemput
selesai makan.
Pak Mardan
merasa senang kerana tidak ada tanda-tanda hari akan hujan. Beberapa orang anak
muda di situ melancarkan kutipan memungut wang secara kilat bagi mengundang
pancaragam dari bandar Taiping pada sebelah malamnya. Kutipan itu, ternyata
tidak cukup dan nasib baik pihak tuan rumah sanggup menambahkan bahagian yang
tidak cukup itu. Majlis perkhawinan itu bertambah rancak dengan kehadiran
pancaragam dari Taiping itu yang membawakan lagu-lagu rancak dan irama Melayu
asli yang disampaikan para penyanyi dari pancaragam tersebut, antara
penyanyinya ialah Kamal Harun, Aida Suhana dan Zainal Udah.
Walaupun
begitu rancak pancaragam dari Taiping mempersembahkan permainannya, saya lihat
Pak Mardan tetap gelisah, begitu juga dengan datuk. Bagi menghilangkan rasa
resah itu Pak Mardan terpaksa menghisap rokok tembak berbelas-belas batang. Pak
Mardan menarik tangan datuk untuk pergi ke satu sudut.
"Aku
rasa ada sesuatu yang tak kena malam ni”, Pak Mardan menyatakan pada datuk.
Datuk termenung panjang mendengar cakap Pak Mardan itu. Dia meraba pangkal kening kanan tujuh kali, meraba telinga kiri lima kali.
Datuk termenung panjang mendengar cakap Pak Mardan itu. Dia meraba pangkal kening kanan tujuh kali, meraba telinga kiri lima kali.
"Usah
bimbang, kalau ada yang perlu saya tolong tetap saya tolong”, kata datuk.
Walaupun begitu wajahnya saya lihat agak sugul sedikit.
"Malam
ini ada majlis bersanding?", datuk menyoal Pak Mardan.
"Ada.
Sekejap lagi pengantin lelaki datang”
"Kalau
begitu eloklah kita kita beringat-ingat, manalah tahu kalau ada hal buruk
terjadi"
"Saya faham tu”
"Saya faham tu”
Pak Mardan
dan datuk duduk kembali di tempat asal. Bila orang ramai mula datang mahu
melihat pengantin naik pelamin, tiba-tiba hujan turun mencurah-curah bersama
dentuman petir dan guruh. Muka Pak Mardan kelihatan pucat, dia lalu membisikkan
pada datuk bahawa hujan yang turun malam itu, bukan sebarang hujan. Pak Mardan
yakin hujan itu dibuat oleh manusia dengan kuasa ilmu halus yang tujuannya
tidak baik. Hujan jenis ini amat berbahaya buat manusia, sebabnya di dalam air
hujan itu terkandung berbagai-bagai kekotoran buatan manusia, begitulah Pak
Mardan memberitahu datuk.
"Kau
tunggu di sini Mardan”, kata datuk, sebaik sahaja ungkapan itu berakhir, saya
dapati datuk ghaib dari penglihatan saya.
Pak Mardan
terpinga-pinga. Lebih kurang lima minit datuk menghilangkan diri. Dia muncul
kembali dihadapan saya dan Pak Mardan.
"Aku
setuju dengan kau Mardan, kita hadapi semuanya ini”, tekanan suara datuk mula
meninggi.
Lalu datuk
minta Pak Mardan mencari baldi plastik untuk menadah air yang turun dari curung
(hujung) atap. Bila air sudah penuh satu baldi, datuk merendamkan tangan
kirinya ke dalam baldi itu. Pak Mardan dan saya jadi terkejut bila melihat
tangan datuk hitam dan air dalam baldi bergolak. Muka datuk merah padam
mulutnya membaca sesuatu, tiba-tiba baldi plastik itu pecah.
"Aku
rasa kau saja selesaikan semua urusan ini. Kau sudah tahu hujan itu buatan
manusia jahat", datuk memberikan amanat pada Pak Mardan. Dengan senang
hati Pak Mardan menerimanya dan meminta saya membantunya.
"Bantulah
dia Tamar. Aku ada, bukan apa-apa kau hanya melihat saja”, datuk memberikan
keizinan pada saya. Dia juga memberikan saya beberapa butir batu gunung yang
putih untuk di taruh dalam kocek baju.
"Mardan,
dalam dugaan aku, orang ini mengirimkan guna-guna melalui hujan buatannya pada
pengantin perempuan”, pesan datuk pada Pak Mardan.
Saya lihat
Pak Mardan anggukkan kepala lalu meminta baldi plastik yang baru dari tuan
rumah. Dia menadah air hujan hingga penuh satu baldi. Kemudian Pak Mardan
mengajak saya masuk kerumah dan terus ke bilik pengantin.
"Usah
bimbang, aku ni pangkat datuk pada kau”, Pak Mardan memberitahu pada pengantin
perempuan yang duduk terseliput dihadapan katil. Kemudian Pak Mardan meminta pada
pengiring pengantin supaya membawa pengantin itu ke bilik lain. Permintaan Pak
Mardan dituruti. Tinggalah saya dan Pak Mardan dalam bilik itu. Pak Mardan
terus membasuh seluruh mukanya dengan air hujan di dalam baldi. Dia kemudiannya
memusatkan seluruh pancaindera dan membaca mantera yang dipelajari dari
gurunya. Saya lihat mulut Pak Mardan bergerak sebanyak 29 kali. Bila mulutnya
bergerak untuk kali yang ketiga puluh, saya terdengar bisik-bisik halus dari
jauh yang tidak menentu. Tetapi akhirnya saya dengar nama Halimah
disebut-sebut.
"Apa
yang kaudengar?", Pak Mardan menyoal saya.
"Orang
memanggil nama Halimah"
"Halimah
tu nama pengantin tadi, kita masih ada masa untuk berusaha"
"Kau
tunggu di sini"
Pak Mardan
terus keluar. Saya mula terasa khayal tidak menentu, bermacam-macam bunyi yang
saya dengar. Rasa khayal itu segera hilang bila Pak Mardan menepuk bahu kiri
saya. Bila saya menoleh ke belakang, pengantin perempuan sudah ada dalam bilik.
Pak Mardan menyuruh pengantin perempuan itu duduk di tepi katil. Dia juga
menyuruh tuan punya rumah memberitahu orang ramai dan pihak pengantin lelaki
acara bersanding terpaksa ditangguh dengan alasan Halimah sakit. Pak Mardan
menyuruh Halimah memegang besi kuning yang diberikan oleh Pak Mardan padanya.
"Kau
pegang besi kuning tu kuat-kuat, jangan kau lepaskan walau ada yang terjadi.
Kau jangan menjerit”, itulah pesan Pak Mardan pada Halimah.
Saya lihat
Halimah anggukkan kepala. Kemudian saya dan Pak Mardan keluar dari bilik
pengantin. Pak Mardan membimbit baldi. Hujan dan petir terus menjadi-jadi.
"Ke mana Pak Mardan?"
"Ke mana Pak Mardan?"
"Ke
bahagian belakang rumah"
Saya dan
Pak Mardan memijak anak tangga dengan teliti. Bila sampai dihadapan datuk, Pak
Mardan tersenyum.
"Buatlah
apa yang patut. Aku menanti di sini kerana perbuatan jahat dibuat melalui air
hujan eloklah kau saja yang selesaikan. Kau lebih arif dari aku”, cukup tenang
datuk bercakap dan Pak Mardan menerimanya dengan rasa yang tenang.
No comments:
Post a Comment