“Sebagai
manusia saya juga merasakan satu kesilapan kalau saya sudah menolong seseorang
kemudian minta dikenang atau dibalas, Islam tidak menyuruh kita menuntut
sesuatu bila sudah menolong orang lain. Kerana tolong menolong antara satu
sama lain itu adalah amal jariah kita sesama manusia.”
Saya lihat
lelaki itu anggukkan kepala mendengar kata-kata dari datuk itu. Mungkin sudah
kehabisan modal atau sengaja mahu menumpukan perhatian pada kenderaan yang
dipandunya, membuat lelaki itu tidak mengemukakan sebarang pertanyaan pada
datuk. Rupa-rupanya datuk senang dengan keadaan demikian. Dia merapatkan kedua
belah kelopak matanya macam orang tidur. Saya tahu benar-benar, bila datuk
berbuat demikian fikirannya tidak tertumpu pada keadaan kelilingnya. Dia
sebenarnya memusatkan hati dan perasaannya pada sesuatu tempat dan jarak yang berpuluh-puluh
atau beratus batu dari tempat dia duduk sekarang. Saya tidak tahu bagaimana
datuk boleh mencantumkan seluruh perasaannya pada tempat tersebut,
kadang-kadang dia bagaikan tahu tentang sesuatu kejadian di tempat yang
dihayatinya.
"Tamar."
"Ya Tuk."
"Ya Tuk."
"Nenek
kau tidak berapa sihat, sudah dua hari demam tapi masih boleh berjalan dan
menumbuk padi"
"Kasihan
nenek tuk, kalau kita sampai cepat saya tolong dia menumbuk padi di
lesung."
"Sabarlah”, kata datuk dengan tenang.
"Sabarlah”, kata datuk dengan tenang.
Rupanya
percakapan saya dengan datuk diikuti dengan teliti oleh orang yang memandu
kereta itu. Dia mengerutkan dahi mungkin sedang memikirkan sesuatu, fikir saya.
Kereta yang kami tumpangi terus merempuh beberapa selekoh tajam.
"Macam
mana awak boleh tahu tentang hal isteri awak?", tanya lelaki itu sambil
menjeling ke arah datuk. Saya renung muka datuk.
"Menggunakan
pancaindera yang lima pemberian Allah, saya manfaatkan pemberian itu dengan
sebaik mungkin. Tetapi, sebelum menggunakan kita harus mengenali Allah terlebih
dahulu. Andainya kita mahu menggunakannya tanpa mengenali Allah terlebih dahulu
pun boleh juga tetapi ... “, datuk berhenti bercakap, matanya merenung keluar.
Dua tiga kali datuk mengangkat bahu kanannya, macam ada sesuatu yang mengusik
di bawah ketiaknya.
"Cuba
jelaskan biar saya faham?”, desak lelaki itu. "Kalau dibuat juga dengan
tidak mengenali Allah, orang yang melakukannya akan dikuasai syaitan."
"Hum
“, begitu suara lelaki itu pendek dan membayangkan dia faham dengan apa yang
dikatakan oleh datuk itu.
Akhirnya
kami pun sampai di pekan Sungkai. Dari situ, datuk dan saya menyewa sebuah
teksi terus ke Ipoh. Lebih kurang pukul empat petang saya dan datuk sampai ke
kampung. Perkara pertama yang saya lakukan sebaik sampai ke rumah ialah menuju
ke bilik nenek. Saya lihat nenek terbaring dengan tubuhnya berselimut dengan
kain batik Jawa.
“Tamar.”
“Ya nek.”
“Ya nek.”
“Tolong
picit kan kaki nenek.”
“Baik
nek.”
Saya pun
terus memicit kedua belah kaki nenek yang sejuk itu. Menurut nenek, sebelum dia
menumbuk padi tadi, demamnya tidaklah berapa terus. Tetapi, setelah lima
gantang padi selesai ditumbuk seluruh sendinya terasa sakit.
“Kenapa
nek tak hantar padi ke kilang?”, tanya saya.
“Memang
turun temurun kita tumbuk pagi, belum pernah kita menghantar ke kilang. Padi
yang sudah di kilang rasanya tak sedap. Khasiatnya banyak yang kurang”, jelas
nenek.
Saya pun
tidak mengemukakan sebarang pertanyaan padanya. Dan terus memicit seluruh tubuh
nenek. Kira-kira setengah jam kemudian, datuk datang membawa sebiji kelapa muda
dan beberapa helai daun sirih. Datuk menyuruh nenek bangun. Datuk masukkan tiga
helai daun sirih ke dalam perut kelapa muda yang sudah ditebuk. Dibiarkan daun
sirih terendam dalam air kelapa kira-kira sepuluh minit. Datuk keluarkan daun
sirih itu kembali. Terus dilipat menjadi tiga segi. Akhirnya datuk hancurkan
daun sirih itu di telapak tangannya.
Daun sirih
yang sudah dihancurkan itu mengeluarkan air. Dan air daun sirih itu datuk
sapukan pada kedua belah buku lali nenek. Dari buku lali, air sirih itu
disapukan ke belakang serta ke setiap sendi badan nenek. Bila semuanya sudah
selesai datuk suruh nenek minum air kelapa muda.
“Minum
dengan senafas. Kalau boleh habiskan sekali”, pesan datuk pada nenek. Semua
pesan itu nenek patuhi. Sebaik saja air kelapa habis terminum nenek kelihatan
lemah dan tidak bermaya. Badannya kelihatan lembik, kelopak matanya sudah tidak
boleh dibukakannya. Datuk rebahkan nenek atas tikar dan terus menyelimutinya.
“Air
kelapa mengeluarkan panas tetapi melemahkan badan. Dengan itu, dia akan dapat
berehat, air sirih dapat mengembalikan pergerakan urat-urat yang lemah”, bisik
datuk pada saya. Dia terus ke dapur mengambil bawang putih dan halia. Semua
bahan-bahan itu ditumbuk dalam lesung batu hingga hancur. Bila sudah hancur,
dikeluarkan dari lesung batu dan dimasukkan ke dalam gelas lalu di campur
dengan satu sudu madu lebah serta air panas.
"Bila
nenek kau bangun nanti, suruh dia minum benda ini", datuk menyerahkan
gelas pada saya.
Datuk
terus meninggalkan bilik nenek. Datuk menuju ke halaman rumah. Saya tidak tahu
apa yang dilakukannya di situ. Saya terus memicit-micit jari-jari kaki nenek.
Tiba-tiba nenek bangun dan membuang kain batik jawa yang menyelubung tubuhnya.
Muka nenek kelihatan merah dan berpeluh.
"Aku
dahaga, ambilkan aku air.”
"Ini
airnya."
Saya
serahkan cawan yang diberikan oleh datuk itu pada nenek. Tanpa membuang masa
lagi nenek terus meminumnya. Atas permintaan nenek saya meninggalkan biliknya.
Menurut nenek badannya sudah tidak sejuk lagi, sendi-sendi badannya juga sudah
tidak terasa sakit.
---
oooOOOooo ---
Sudah enam bulan saya dan datuk tinggal di kampung. Setiap pagi kami ke kebun dan ke sawah. Sesekali datuk mengulangi kerja lamanya dengan mengajak saya memasang jerat pelanduk dan memburu ayam hutan. Boleh dikatakan setiap kali ke hutan kami tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Saya sudah pandai mengesan jejak pelanduk dan rusa. Hidung saya juga dapat menghidu bau binatang dari jarak setengah batu. Semun kebolehan yang saya miliki itu, berkat dari kesabaran saya belajar dari datuk.
Sudah enam bulan saya dan datuk tinggal di kampung. Setiap pagi kami ke kebun dan ke sawah. Sesekali datuk mengulangi kerja lamanya dengan mengajak saya memasang jerat pelanduk dan memburu ayam hutan. Boleh dikatakan setiap kali ke hutan kami tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Saya sudah pandai mengesan jejak pelanduk dan rusa. Hidung saya juga dapat menghidu bau binatang dari jarak setengah batu. Semun kebolehan yang saya miliki itu, berkat dari kesabaran saya belajar dari datuk.
Selain
dari memburu, ada minat baru yang datang secara mendadak dalam diri datuk.
Minat baru datuk ialah mencari rotan. Tujuan datuk mencari rotan bukanlah untuk
mencari wang seperti yang dilakukan oleh pencari-pencari rotan yang lain. Datuk
cuma mencari rotan semambu untuk dibuat tongkat yang jumlahnya bukan sedikit
dan bentuknya pula bermacam-macam. Semua tongkat rotan itu datuk aturkan di
ruang tengah rumah dan berjaya menarik perhatian setiap tetamu yang datang ke
rumahnya. Datuk tidak akan menjual tongkat-tongkatnya itu, walaupun ditawar
dengan harga yang tinggi. Tetapi, datuk akan memberikan tongkat secara percuma
pada sesiapa yang difikirkan layak diberi.
"Bersiap,
pagi esok lepas sembahyang subuh kita ikut Mamat Bukit dan kawan-kawannya
mencari rotan di hutan Bubu dekat Senggang”, kata datuk pada saya pada suatu
pagi.
"Itu
pun kalau kau nak ikut”, tambah datuk.
"Saya
nak ikut tuk”, jawab saya tegas. Datuk terus menepuk kepala saya berkali-kali.
Pagi itu, nenek terpaksa bangun pukul tiga pagi, menanak nasi dan menggoreng ikan. Nasi dan ikan goreng ditaruh dalam upih lalu dibalut dengan kertas surat khabar. Datuk sudah pun menyediakan air dalam satu tong plastik besar.
Pagi itu, nenek terpaksa bangun pukul tiga pagi, menanak nasi dan menggoreng ikan. Nasi dan ikan goreng ditaruh dalam upih lalu dibalut dengan kertas surat khabar. Datuk sudah pun menyediakan air dalam satu tong plastik besar.
"Nasi
bekal itu taruh dalam beg Tamar. Tong air itu biar aku yang bawa”, kata datuk
sebaik saja dia menunaikan sembahyang Subuh. Datuk sudah pun mengenakan pakaian
yang biasa digunakannya ketika masuk hutan. Sementara menanti Mamat Bukit dan
kawan-kawannya tiba, datuk dan saya duduk di anjung rumah.
Beberapa
minit kemudian Mamat Bukit dan kawan-kawannya pun tiba. Saya dan datuk pun
meninggalkan rumah. Nenek cuma melihat langkah kami dengan teliti hingga hilang
dari pandangannya.
Berjalan
di hutan dalam keadaan cuaca yang agak samar dan sejuk itu amat menyulitkan
bagi diri saya. Badan saya menggeletar sendirian. Sebelum matahari terbit di
kaki langit, kami sudah pun meredah empat hutan dara dan hutan tebal. Akhirnya,
kami sampai di satu kawasan lapang lalu berehat di situ. Saya sandarkan badan
ke pangkal pokok meranti. Mamat Bukit dan kawan-kawannya (empat orang semuanya)
terus menebas anak-anak pokok di situ dengan golok perak. Datuk terus bergerak
dari pokok ke pokok, memukul perdu dengan sepotong kayu.
Badan saya
masih terasa dingin walaupun sinar matahari mula menjalar di bumi yang lembap.
Burung-burung liar yang beraneka bentuk dan warna mula berterbangan sambil
berbunyi. Matahari terus memancar, keadaan di sekeliling juga turut beransur
cerah.
"Kita
minum dulu”, kata datuk sambil duduk. Mamat Bukit dan kawan-kawannya berhenti
menebas. Mereka terus duduk dan mengeluarkan bekalan air kopi masing-masing.
Selesai minum kopi Mamat Bukit segera menggulung rokok daunnya bersama tembakau
jawa. Dia kelihatan puas setelah menyedut rokok daun.
"Dah
mandi embun?", Mamat Bukit menyoal datuk.
"Sudah."
"Rotan semambu banyak sebelah sana."
"Rotan semambu banyak sebelah sana."
Mamat
Bukit mengarahkan jari telunjuk ke arah barat daya yang berhutan tebal. Datuk
merenung ke situ sambil menganggukkan kepalanya beberapa kali. Kawan-kawan
Mamat Bukit memasukkan bekalan air kopi ke tempat asalnya, mereka terus bangun
sambil mengeliatkan pinggang masing-masing beberapa kali.
"Kita
berpecah. Udin Candung ikut aku. Dollah Beranggas ikut Samad Perang. Sebelum
waktu Asar kita bertemu di sini dan dirikan pondok untuk bermalam. Petang esok
baru kita balik”, Mamat Bukit mengeluarkan perintah pada kawan-kawannya.
Mereka pun bergerak mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh Mamat Bukit.
"Kita
macam mana tuk?”, saya renung muka datuk.
"Kita
ada rancangan kita sendiri, sabarlah Tamar."
"Tapi,
kita dah bercerai dengan mereka?"
"Tak
apa”, nada suara datuk cukup lembut. Dia terus menyangkutkan golok perak di
tali pinggang yang dibuat dari kulit yang selebar satu inci. Saya segera
bangun, beberapa ekor pacat hutan kelihatan merayap di atas daun kering menuju
pada saya. Datuk saya lihat masih lagi berdiri di situ, tidak ada tanda-tanda
untuk melangkah.
"Bagaimana
kita tuk, boleh kita mulakan sekarang?", soal saya lagi.
Datuk
tetap membisu dan masih mundar mandir di hadapan saya. Inilah saat-saat yang
paling saya benci, bila datuk bertindak demikian. Cara yang paling baik saya
lakukan ialah turut sama membisu. Biarkan apa saja yang mahu datuk lakukan.
Tindakan saya ilu memang ada untungnya. Saya tidak marah atau merungut sesuatu
yang akan menimbulkan kemarahan pada datuk.
Matahari
kian meninggi, saya renung ke utara dan nampak barisan Gunung Titiwangsa yang
tertegun kaku, kabus nipis kelihatan mengelilinginya. Buat beberapa saat saya
bagaikan terpukau pada keindahan semula jadi dalam pancaran sinar matahari pagi
yang kian meninggi.
Dari arah
belakang saya terdengar sesuatu yang agak ganjil, macam bunyi orang mematahkan
anak-anak pokok hutan yang kecil. Bunyi itu makin lama makin jelas dan dekat.
Saya renung datuk yang sedang membongkok, mencabut anak pokok besar jari
kelingking. Mustahil datuk tidak dapat mendengar bunyi suara terscbut,
pendengarannya lebih tajam dari saya. Tetapi, kenapa dia tidak bertindak atau
membuat persediaan? Sedang saya melayan pertanyaan dalam hati, Bunyi suara
ranting dan pokok hutan yang dipatahkan bertambah hebat, saya jadi cemas.
Tanpa
berfikir panjang saya terus memalingkan muka ke belakang. Saya terkejut,
sepasang kaki saya menjadi lemah tidak mampu menahan tubuh untuk berdiri tegak.
Sekawan gajah dalam jumlah enam hingga tujuh ekor mengangkat belalai
masing-masing ke arah saya sementara kaki gajah yang sebesar batang kelapa dara
memijak anak-anak pokok hutan di sekeliling hingga menjadi rata dan ranap.
Dalam waktu cemas begitu, saya jadi panik tidak lahu apa yang palut saya
lakukan. Gajah-gajah liar itu terus mara seolah-olah batang tubuh saya tidak
wujud di depan mereka. Telinga gajah yang lebar itu terus memukul badan masing-masing
dan melahirkan bunyi yang agak kurang menyenangkan buat diri saya.
Dalam
keadaan yang tergamam itu, saya terasa badan saya macam disambar sesuatu,
melayang-Iayang dan akhirnya tercampak di perdu pokok besar, kira-kira tiga
puluh kaki jaraknya dari kumpulan gajah-gajah liar. Buat beberapa saat
pandangan saya berpinar-pinar dan pendengaran saya jadi pana (tuli). Bila
keadaan sudah pulih, saya lihat datuk berdiri di hadapan kumpulan gajah liar
sambil memegang sebatang pokok kecil di tangan kanan. Tangan kirinya diangkat
melepasi kepalanya. Gajah-gajah liar itu bagaikan berhenti dari melangkah
sambil menegakkan belalai masing-masing setinggi yang boleh. Tempikkan
dilahirkan oleh gajah-gajah itu dalam keadaan yang serentak membuat suasana di
dalam hutan menjadi kacau bilau dan kelam kabut.
"Pusing
ke sana”, pekik datuk dengan sekuat hati. Kesemua gajah-gajah liar itu
memusingkan badannya mengikut arahan tangan kiri datuk.
"Kita
semua makhluk Allah dan sama-sama mencari rezeki pemberian-Nya. Kau dengan cara
kau. Kami dengan cara kami. Jalankan kewajipan masing-masing dan jangan kami”,
tambah datuk sambil menjatuhkan tangannya.
Aneh
sekali gajah-gajah liar itu bagaikan mengerti dengan cakap datuk. Sambil
menjatuhkan belalai gajah-gajah itu bergerak ke kanan menuju ke kawasan yang
banyak ditumbuhi pokok enau dan bayas.
"Bangun
Tamar."
"Tak
boleh tuk, saya sakit."
"Di
mana?"
"Tangan
dan paha kanan tuk.”
"Hum..."
Datuk segera menghampiri saya. Paha kanan saya dirabanya hingga di pergelangan kaki. Dengan sepenuh tenaga datuk merentap kaki saya hingga setiap sendi sebelah kanan badan saya berbunyi.
Datuk segera menghampiri saya. Paha kanan saya dirabanya hingga di pergelangan kaki. Dengan sepenuh tenaga datuk merentap kaki saya hingga setiap sendi sebelah kanan badan saya berbunyi.
"Bangun”,
ucapnya.
Saya pun
bangun dan melangkah duatiga tapak.
"Lagi
di mana terasa sakit Tamar?"
"Bahu."
Datuk terus memeriksa bahu kanan saya. Dari pangkal bahu membawa ke hujung siku, kulit saya menjadi lebam. Setiap kali datuk menekan daging badan di bahagian itu, saya terasa sakit yang bukan kepalang dan membuat saya terasa mahu buang air kecil dengan serta-merta.
Datuk terus memeriksa bahu kanan saya. Dari pangkal bahu membawa ke hujung siku, kulit saya menjadi lebam. Setiap kali datuk menekan daging badan di bahagian itu, saya terasa sakit yang bukan kepalang dan membuat saya terasa mahu buang air kecil dengan serta-merta.
"Tunggu
di sini”, bisik datuk ke telinga. Saya anggukkan kepala. Datuk menuju ke perdu
pokok salak, selembar daun salak yang masih hijau diambilnya. Dari situ datuk
melangkah ke arah pokok jelutung dan terus terbongkok-bongkok di situ, macam
mencari sesuatu. Datuk datang pada saya kembali menatang sesuatu di dalam daun
salak, saya lihat benda yang datuk tatang itu lembik berwarna agak hijau muda.
Tanpa berkata apa-apa datuk terus melumurkan benda itu di bahagian badan saya
yang lebam dan daun salak muda terus dibekamnya sekali. Bagi mengelakkan daun
salak itu jatuh, datuk terus mengikatnya dengan akar berwarna kebiru-biruan
yang datuk ambil di tanah.
"Baring, luruskan kaki dan tangan. Bila aku kata bangun, kau bangun."
"Baring, luruskan kaki dan tangan. Bila aku kata bangun, kau bangun."
"Baik
tuk”, badan saya rebahkan ke bumi.
Datuk
terus duduk di sisi saya dengan wajah yang tenang dan sabar.
"Apa rasanya?", tanya datuk.
"Apa rasanya?", tanya datuk.
"Panas
sampai ke tulang."
"Tak
apa, sikit lagi sakit kau baik."
Lama juga
saya terbaring di tanah. Muka saya berpeluh disimbah sinar matahari, tetapi
rasa sakit seluruh badan terasa beransur-ansur kurang, kemudian hilang terus.
"Bangun,
dan berlari.”
Saya segera
bangun dan terus berlari dengan mengelilingi kawasan tanah lapang. Saya
berhenti berlari atas perintah datuk.
"Apa
rasanya badan kau?"
"Dah
tak sakit lagi tuk."
"Mari
dekat aku. Biar aku buka balut di lengan kau."
Saya terus
menghampiri datuk. Tangan kanan saya hulurkan padanya. Datuk terus
membelek-belek tangan saya itu seketika. Daun salak yang hijau itu saya lihat
menjadi kecut, macam terkena bahang api. Sebelum membuka balut tersebut datuk
terlebih dahulu merentap tangan kanan saya secara mengejut hingga berbunyi.
Bila balutan itu dibuka, lebam yang memanjang dari bahu hingga ke hujung siku
sudah tidak ada lagi. Bila datuk menekannya dengan ibu jari, sudah tidak terasa
sakit lagi. Saya boleh menggerakkan lengan kanan itu seperti biasa.
Baju yang
koyak datuk cantumkan kembali dengan menggunakan sejenis getah yang diambilnya
dari sebatang pokok. Datuk tidak menyatakan pada saya, getah pokok jenis apa
yang diambilnya dan saya tidak berminat untuk bertanya padanya.
"Kita
melangkah sekarang, menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Mamat Bukit. Aku harap
kita dapat rotan semambu yang elok”, datuk menggeliat dua tiga kali sambil
melihat arah kedudukan matahari.
Dalam
perjalanan menuju ke tempat yang dikatakan oleh Mamat Bukit, langkah datuk
terlalu cepat, andainya saya menoleh ke arah lain datuk akan hilang dari
pandangan saya. Berjalan dalam hutan yang penuh dengan akar-akar kayu,
tunggul-tunggul lama serta pokok-pokok besar bukan satu hal yang mudah bagi
diri saya. Tetapi, hal semacam itu tidak menimbulkan masalah buat diri datuk.
"Ubat
apa yang tuk balutkan ke lengan saya tadi?"
"Tahi
gajah."
"Tahi
gajah?”, ulang saya dengan rasa yang amat terkejut.
Datuk
berhenti melangkah lalu merenung muka saya bersama segaris senyum. Tekak saya
terasa loya dan badan terasa geli.
"Itu
petua orang tua-tua dan hasilnya sudah kau lihat sendiri. Kau tak perlu risau,
petang nanti kau cuci badan kau dengan tujuh jenis daun yang aku cari”, kata
datuk lagi.
Dia
meneruskan perjalanan. Saya juga begitu. Saya dan datuk terpaksa menyeberangi
sebatang anak sungai yang airnya mengalir jernih. Anak-anak seluang berkejaran
di celah-celah batu. Airnya terasa sejuk sekali. Kemudian kami mendaki bukit
kecil sebelah kanan tebing sungai. Di lereng-lereng bukit itu kami menemui rotan
yang banyak tetapi rotan yang ada di situ bukanlah rotan yang dicari oleh
datuk.
Kami
mendaki ke puncak bukit. Datuk terpegun melihat rotan semambu yang terdapat di
situ. Dia bagaikan orang gila menerkam dari satu perdu rotan ke satu perdu
rotan. Semua rotan semambu yang dilihatnya menarik belaka, tidak tahu yang mana
satu harus diambilnya. Mungkin kerana penat bergerak, datuk terus duduk sambil
melunjurkan kedua belah kakinya. Saya masih lagi melihat daun rotan yang
menghijau, bergoyang-goyang ditiup angin.
"Kau
pergi ke bawah ambil air di sungai”, datuk mengeluarkan perintah. Wajahnya saya
renung dan datuk bagaikan tahu apa yang menjadi persoalan dalam diri saya
ketika itu.
"Kau
tak ada bekas nak isi air?"
"Ya
tuk."
"Itu
perkara mudah, biar aku buatkan", datuk pun bangun.
Dia
mengambil daun hutan yang lebar lima enam lembar, daun-daun itu di
cantumkannya. Bagi mengelakkan daun yang dicantumkan itu terbuka, datuk
menggunakan rotan kecil yang ditajamkan dan dicucuk pada setiap sendi atau
pelipat daun hutan yang sudah dijadikan dalam bentuk baldi empat segi.
"Sekarang
kau pergi ambil air."
Saya pun
menuruni lereng bukit dengan hati-hati. Tetapi, hati berasa kurang sedap. Saya
bagaikan merasa ada mata di dalam hutan itu yang memerhatikan gerak-geri saya.
Bila saya berdiri di tebing sungai, saya terdengar bunyi orang berenang di
sebelah hilir. Saya terus menoleh ke arah itu, apa yang saya lihat ialah air
jernih kelihatan berkilau-kilauan dipanah matahari. Saya kira, apa yang saya
dengar itu cuma perasaan saja, mana mungkin ada manusia di dalam hutan selain
saya dan datuk. Tidak masuk di akal air sungai yang cetek itu membolehkan
manusia berenang di dalamnya. Kalau boleh pun pasti yang melakukannya manusia
dungu, fikir saya.
Saya terus
mengambil air sungai dan membawa pada datuk. Kami terus makan tengahari dalam
hutan. Setelah makan datuk pula pergi ke sungai, mandi dan mengambil air
sembahyang. Lepas itu, barulah datuk memilih rotan semambu yang dikira baik
untuknya. Datuk cuma mengambil tiga batang saja.
"Tiga
pun sudah cukup, lain kali aku datang lagi”, kata datuk pada saya sambil
meneliti ruas rotan semambunya. Kedua belah tangan datuk genggam, dengan
genggaman itu juga datuk menyukat rotan semambu dari hujung ke pangkal. Datuk
memulakan sukatan itu dengan perkataan untung dan rugi. Bila sampai ke bahagian
pangkal semuanya berakhir dengan perkataan untung. Kepalang gembiranya datuk,
senyuman terus bermain di bibirnya.
Senyuman
di bibir datuk terus berhenti dikejutkan oleh bunyi perdu rotan semambu, dedaun
rotan berguguran macam ada tangan raksasa yang menggoncangnya, akar-akar rotan
tercabut sendiri.
"Syaitan”,
kata datuk.
"Bukan
tuk, penunggu rotan semambu."
"Mana
ada penunggu, penunggu tu syaitan”, suara datuk mula meninggi dan dia terus
berdiri merenung ke arah perdu rotan semambu yang sudah tercabut. Saya menarik
nafas panjang. Rasa takut dan cemas terus menguasai diri. Datuk tidak berganjak
dari tempat asalnya, matanya tidak berkedip merenung pada setiap perdu rotan
yang tercabut. Saya terkejut bila terdengar bunyi deru seperti bunyi jentera
penolak datang, semua pokok-pokok di situ bergoyang. Datuk segera membongkok
lalu mengambil tanah dan tanah itu dikepal-kepalnya macam nasi. Dengan sepenuh
tenaga dia melemparkan kepalan tanah itu pada perdu yang tercabut. Suara
jentera hilang dan perdu rotan semambu saya lihat tetap seperti keadaan asal,
tidak tercabut.
"Syaitan,
syaitan”, datuk menyebutnya berulang kali sambil mengajak saya beredar dari
situ tanpa membawa rotan semambu yang diambilnya.
"Ke
mana kita nak pergi tuk?"
Saya terus
mengikutinya menuju ke arah timur bukit kecil, sambil berjalan itu datuk terus
memperkenalkan jenis pokok hutan pada saya. Akhirnya datuk mematikan
langkahnya. Dia terasa kakinya tersepak kan sesuatu yang keras. Dia terus
membongkok dan memeriksa tanah yang dipijaknya. Bila datuk tegakkan badan, di
tangannya terlekap sepotong besi yang panjangnya kira-kira enam inci. Besi itu
sudah berkarat dan bentuknya bulat kecil, kira-kira sebesar ibu jari tangan
orang dewasa.
"Tulang
mawas agaknya tuk?"
"Bukan."
"Kalau bukan besi apa pula tuk?"
"Kalau bukan besi apa pula tuk?"
"Inilah
yang aku fikirkan."
Datuk
terus duduk di tanah. Besi itu terus ditelitinya. Ketika itu matahari sudah
agak condong kedudukannya. Dalam perkiraan saya, jika matahari itu bergerak
atau tergelincir dari kedudukannya dalam jarak dua jengkal bererti waktu Asar
sudah tiba. Saya mencadangkan pada datuk supaya pulang saja ke tempat asal
(tempat bermalam yang dicadangkan oleh Mamat Bukit). Datuk menolak cadangan
saya itu, dia masih mahu mencari rotan semambu lagi. Mahu atau tidak, saya
terpaksa mengikutinya. Kami terus mara dalam hutan tebal. Tetapi perjalanan
yang rancak itu berhenti juga, bila kami berhadapan dengan rangka besi yang
bentuknya macam ekor ikan paus tersadai di satu kawasan.
"Rangka bas tuk."
"Rangka bas tuk."
"Bukan.
Aku tengok macam ekor kapal terbang”, balas datuk. Dia terus menghampiri ekor
kapal terbang sambil mengetuk-ngetuknya dengan belakang parang. Pada bahagian
ekor yang terpacak ke atas terdapat nombor. Manakala pada bahagian tepinya
(badan) terdapat perkataan ‘The Air Transport Command’ serta ‘The US Army Air
Force'. Perkataan itu terus melekat di kepala saya hingga kini.
Seluruh
kawasan itu kami periksa dengan teliti, begitu juga dengan bahagian dalamnya.
Semua alat di dalamnya masih baik. Tanpa mengusik sesuatu kami meninggalkan
rangka
kapal
terbang itu. Kami mengambil keputusan untuk pulang ke tempat asal. Bila sampai
di tempat datuk mengambil rotan semambu tadi, dilihatnya tiga batang rotan
semambu yang dipilihnya masih berada di situ. Tanpa berfikir panjang datuk
terus mengambilnya, kemudian kami mandi di sungai.
Bila kami
sampai ke tempat mula-mula tiba tadi, Mamat Bukit dan kawan-kawan sudah ada,
malah mereka sudah pun membuat bangsal kecil untuk bermalam. Beberapa longgokan
rotan seni terdapat di situ.
"Sebelah
sana, ada alur air untuk mandi dan ambil air sembahyang. Airnya jernih yang
datang dari gunung”, kata Mamat pada datuk. Alur ialah aliran air atau parit
kecil yang airnya sentiasa mengalir. Datuk senang dengan penerangan Mamat
Bukit. Dia terus ke situ mengambil air sembahyang.
Setelah
selesai menunaikan sembahyang Asar, saya terus berborak dengan kawan-kawan
Mamat Bukit. Macam-macam hal yang kami kisahkan. Tetapi datuk tetap merahsiakan
kejadian ganjil yang dialaminya ketika mengambil rotan semambu tadi.
"Kami
jumpa bangkai kapal terbang orang putih”, ujar Samad Perang sambil menunjukkan
barang-barang yang diambilnya dari bangkai kapal terbang. Antara barang-barang
itu ialah tiga biji topi yang ada lambang tentera, dua bekas air, selimut, dua
pasang sepatu kulit, pisau, serta buku catatan.
No comments:
Post a Comment