Saya lihat datuk
kurang senang dengan arahan yang diberikan oleh Sajono pada saya.
“Ayuh, orang muda,”
suara Sajono lembut.
“Cucu saya, masih
bodoh pak.”
“Dia harus belajar,
mungkin di masa akan datang dia tidak akan berhadapan dengan perkara semacam
ini.”
“Tapi...”
“Jangan bimbang, biarkan dia lalui pengalaman ini, setidak-tidaknya akan jadi bahan sejarah untuk dirinya. Ayuh,” Sajono menggosok-gosok kepala saya.
“Jangan bimbang, biarkan dia lalui pengalaman ini, setidak-tidaknya akan jadi bahan sejarah untuk dirinya. Ayuh,” Sajono menggosok-gosok kepala saya.
Badan saya
menggeletar. Takut dan bimbangnya Tuhan saja yang tahu. Saya berharap datuk
akan berusaha menggagalkan rancangan yang diaturkan oleh Sajono itu.
“Pergi Tamar, jangan
kecewakan kepercayaan orang.” Kata datuk. Ternyata, saya tidak ada pilihan
lain.
Saya pun rapat ke
arah Samad Perang yang terlentang, kedua belah kakinya terkangkang. Biji
matanya bergerak mengikut gerak geri saya. Dengan hati-hati saya masukkan anak
kunci ke lubang kunci. Usaha saya berjaya. Saya renung muka Sajono.
“Kau sudah membuka
kunci di kakinya, sekarang rantai dan kunci di bahagian tangannya,” perintah
Sajono. Saya renung muka datuk minta simpati. Datuk tersenyum.
“Buka kunci di tangannya Tamar,” perintah datuk. Saya sungguh kecewa dengan sikapnya itu.
“Buka kunci di tangannya Tamar,” perintah datuk. Saya sungguh kecewa dengan sikapnya itu.
Saya terus membuka
kunci di kedua belah tangannya. Bila saya memberi belakang pada Samad Perang,
saya terasa ada sesuatu yang menghentak pada pangkal belikat saya. Saya
terjerumus di hujung lutut Sajono. Samad Perang mula melompat dan menari, tidak
ubah macam orang orang berjoget.
“Bangun nak, kau
jatuh sendiri, orang yang sakit tidak menendangmu, ada orang lain yang
membuatnya,” Sajono melekapkan telapak tangan kanannya di dahi saya.
Badan saya tidak
terasa sakit malah macam tidak ada apa-apa yang berlaku pada saya. Saya segera
duduk di sebelah datuk. Sajono terus merenung dengan renungan yang tajam dan
marah. Samad Perang berhenti menari.
“Duduk di sini,” kata
Sajono. Samad Perang terus duduk.
Sajono mengeluarkan
rotan seni sepanjang enam inci dari celah pinggangnya. Badan Samad Perang
dipukulnya lima kali berturut-turut. Kemudian dia menentang biji mata Samad
Perang. Samad Perang angkat kepala dan terus menentang mata Sajono dengan wajah
yang bengis. Sajono tetap tenang dan matanya tidak berkedip memanah ke mata
Samad Perang. Saya lihat seluruh badan Samad Perang menggeletar dan akhirnya
rebah atas lantai.
“Bangun, tentang mata
saya,” kata Sajono. Samad Perang berusaha bangun. Percubaannya itu tetap gagal,
setiap kali dia bangun, setiap kali pula dia rebah.
Mukanya nampak pucat,
kedua-dua belah cuping telinganya nampak kecut.
“Awak bangun
perlahan-lahan Samad dan kemaskan sila, duduk mengadap saya,” ucap Sajono dalam
nada suara yang lembut.
Cukup sukar Samad
Perang mematuhi arahan Sajono itu. Setelah menghempas pulas, akhirnya Samad
Perang berjaya. Duduk bersila di hadapan Sajono. Saya sudah dua kali mengucap.
Datuk dan Mamat Bukit tidak berkata apa-apa. Mereka Cuma memperhati dengan
penuh teliti segala gerak-geri Sajono dan Samad Perang. Sajono merenung muka
datuk dan Mamat Bukit. Mereka berbalas senyum. Sajono rapat pada Samad Perang.
“Yang jahat, yang
baik semuanya keluar,” suara Sajono meninggi.
Samad Perang rebah
kembali. Tidak sedarkan diri. Tidak ada sesuatu yang dilakukan oleh Sajono
untuk menyedarkan Samad Perang dari pengsan.
“Biarkan dia sedar
sendiri.” Beritahu Sajono pada Mamat Bukit dan datuk. Isteri Samad Perang
sandarkan badan ke dinding dengan wajah yang tenang.
Malam bertambah tua
udara terasa amat dingin sekali. Sayup-sayup kedengaran kokok ayam. Bunyi
burung hantu dan jampuk, tidak kedengaran lagi, suara cengkerik juga tidak
sehebat tadi. Sesekali terdengar bunyi dedaun rumbia di pinggir rumah berlaga
sama sendiri, disentuh angin malam yang bertiup. Samad Perang sedar dari
pengsan. Dia terus duduk dalam keadaan yang amat letih sekali. Sajono tersenyum
sambil menggosok-gosok kedua belah telapak tangannya. Kemudian, Sajono
membetulkan letak songkoknya yang senget. Kain pelikat berpetak besar yang
tersangkut di bahu kanan diubah ke bahu kiri.
“Yang jahat jangan datang, yang baik berumah dalam diri,” cukup lantang suara Sajono.
“Yang jahat jangan datang, yang baik berumah dalam diri,” cukup lantang suara Sajono.
Mukanya kelihatan
merah padam. Anak rambut di kiri kanan pelipisnya bergerak-gerak.
Samad Perang jatuh pengsan lagi. Kali ini, Sajono segera memulihkannya dengan menggunakan kain pelikat.
Samad Perang jatuh pengsan lagi. Kali ini, Sajono segera memulihkannya dengan menggunakan kain pelikat.
“Air,” muka Samad
Perang.
“Berikan,” ujar
Sajono.
Isteri Samad Perang
hulurkan segelas air pada Mamat Bukit dan Mamat Bukit serahkan pada Samad
Perang.
“Minum,” kata Sajono.
“Terima kasih,” jawab
Samad Perang.
Semua yang ada di
situ merasa gembira. Saya lihat kelopak mata isteri Samad Perang digenangi air
jernih. Tetapi dibibirnya tetap terukir segaris senyum yang melambangkan
kebahagiaan dirinya.
“Pertama kali saya
melihat suami saya bercakap dengan baik dan sopan santun,” kata isteri Samad
Perang pada datuk. Sajono yang berwajah tenang menggigit bibir. Samad Perang
merenung wajah isterinya.
“Kau menangis,
Sofiah?”
“Tak, saya tak
menangis bang.”
“Matamu berair.”
“Ya, saya menangis
bang, saya gembira kerana abang dah baik.”
“Aku tak faham dengan
cakap kau Sofiah.”
“Abang sebenarnya
sakit.”
“Sakit?” Samad Perang
renung Mamat Bukit.
Saya lihat Mamat
Bukit anggukkan kepala. Membenarkan kata-kata yang diucapkan oleh isterinya.
“Beri dia bantal,
biar dia berehat,” Sajono menujukan kata-kata itu pada isteri Samad Perang.
Perempuan yang
berbadan kurus dan berwajah cengkung itu segera masuk ke bilik tidur dan keluar
membawa sebiji bantal. Samad Perang saya lihat seperti keadaan orang bingung.
Dia renung pada rantai besi dan ibu kunci yang terdapat pada tiang seri.
“Saya mengantuk,” katanya
pada Mamat Bukit.
“Tidurlah dulu.”
“Maafkan saya, mata
saya tak boleh tahan,” suara Samad Perang lemah sekali.
Dia terus merebahkan badannya atas lantai. Mamat Bukit angkat kepalanya dan isterinya menyorongkan bantal.
Dia terus merebahkan badannya atas lantai. Mamat Bukit angkat kepalanya dan isterinya menyorongkan bantal.
“Ikat tangannya saja,
bukan apa-apa sekadar untuk berjaga,” isteri Samad Perang segera mematuhi
arahan dari Sajono.
Dalam beberapa minit
saja, kami yang berada di situ sudah dapat mendengar suara dengkur Samad
Perang.
“Selesai atau ada
lagi Kiai?” cukup hati-hati Mamat Bukit mengajukan pertanyaan pada Sajono yang
sedang duduk termenung macam memikirkan sesuatu.
“Ada lagi ke Kiai?”
ulang Mamat Bukit.“Untuk malam ini dah selesai, malam esok saya datang untuk
menamatkannya,” Sajono bangun.
Saya dan datuk juga
berjalan dalam ruang rumah dua kali. Bermula dari arah selatan menuju ke utara
dan berhenti di muka pintu. Dia merenung malam yang gelap, merenung pokok-pokok
yang tertegun di halaman. Kokok ayam bertambah kerap. Udara sejuk kian terasa.
“Saya nak pulang,”
kata Sajono pendek dan ketika itu juga saya terdengar jam dinding di rumah
Samad Perang berbunyi sebanyak dua belas kali.
Mamat Bukit segera
turun ke tanah. Isteri Samad Perang membawa lampu gasolin ke muka pintu. Cahaya
daripada lampu gasolin menerangi sebahagian daripada kawasan halaman rumah.
“Saya hantarkan
Kiai,” ujar Mamat Bukit sambil menolak basikal tua keluar dari bawah rumah.
Sajono memijak mata anak tangga dengan teliti. Dia akhirnya menyarungkan
selipar kulit ke kaki. Berdiri di situ sejenak.
“Malam esok saya datang
lagi, saya minta sediakan rotan halus atau rotan seni yang panjangnya kira-kira
tiga kaki,” Sajono meninggalkan pesan pada isteri Samad Perang.
“Saya balik dulu,
malam esok saya harap awak datang,” Sajono merenung muka datuk.
“Dengan izin Allah saya akan datang,” balas datuk.
“Dengan izin Allah saya akan datang,” balas datuk.
“Saya harap Allah
akan memperkenankan permintaan awak,” balas Sajono lalu bersalaman dengan
datuk.
“Jaga suami awak
baik-baik, saya rasa malam ni dia akan tidur sampai siang. Kalau takut, cari
kawan,” Sajono renung isteri Samad Perang.
“Baik Kiai, saya jaga
dia.”
“Lepas hantar Kiai,
saya datang ke mari,” cara mendadak Mamat Bukit bersuara.
“Bagus,” celah datuk. Sajono renung muka saya dan tangan kanannya menepuk bahu kiri saya. Sajono terus duduk di bahagian belakang basikal. Mamat Bukit pun kayuh basikal tanpa lampu membelah malam yang gelap.
“Bagus,” celah datuk. Sajono renung muka saya dan tangan kanannya menepuk bahu kiri saya. Sajono terus duduk di bahagian belakang basikal. Mamat Bukit pun kayuh basikal tanpa lampu membelah malam yang gelap.
“Hebat, naik basikal
malam tak berlampu,” kata saya.
“Mamat sudah biasa
begitu,” sahut isteri Samad Perang.
Datuk ketawa kecil,
seolah-olah memberitahu saya, itulah keistimewaan orang kampung yang tidak
kenal duna moden, tidak kenal lampu letrik di tepi jalan. Tetapi, mereka tidak
pernah mengeluh dengan keadaan itu, mereka hadapi dengan tenang dan penuh
cabaran.
“Kami balik dulu,”
beritahu datuk pada isteri Samad Perang.
“Selamat jalan,
jangan lupa malam esok datang lagi.”
“Kalau tak ada sakit
demam dan umur pula panjang, saya sampai, jawab datuk.
Saya dan datuk sampai ke rumah hampir pukul satu subuh. Nenek menyambut kami dengan wajah yang masam di muka pintu. Tetapi, datuk tetap memberikan senyum yang paling manis untuk seorang isteri yang setia, seperti nenek.
Saya dan datuk sampai ke rumah hampir pukul satu subuh. Nenek menyambut kami dengan wajah yang masam di muka pintu. Tetapi, datuk tetap memberikan senyum yang paling manis untuk seorang isteri yang setia, seperti nenek.
“Janda mana yang awak
gila, anak dara mana yang awak intai hingga jauh malam baru sampai ke rumah,”
gegendang telinga saya menangkap suara nenek.
“Tak ada janda, tak
ada anak dara, yang ada awak seorang aje, sebab itulah saya balik ke rumah,”
tingkah datuk yang diakhiri dengan ketawa pendek.
Nenek terus diam dan
merapatkan daun pintu serta menguncikannya sekali. Saya terus merebahkan badan
di bilik kecil yang dikhaskan untuk saya. Semua yang saya lihat dan alami di
rumah Samad Perang terbayang kembali. Sukar untuk dipercayai dengan fikiran
yang waras, bila seseorang menyuruh sesuatu yang dianggap jahat dan baik keluar
dari tubuh manusia, kemudian mengizinkan benda yang baik menguasai hati dan
perasaan manusia seperti yang dilakukan oleh Sajono pada Samad Perang.
Andainya, kalau saya ceritakan pada orang lain tentang kejadian itu, pasti
orang yang mendengarnya ketawa dan mengira perkara itu tidak masuk akal lalu
menuduh saya pembohong.
Tetapi, perkara yang
tidak masuk di akal itulah yang saya saksikan dengan mata kepala saya sendiri.
Memang aneh, dunia dan manusia tidak dapat dipisahkan dari menjalani
kejadian-kejadian aneh yang kadang-kadang tidak masuk di akal, kata hati kecil
saya sambil menarik selimut. Akhirnya saya terlelap.
Saya terjaga dari
tidur, bila datuk menarik kaki saya dengan kuatnya.
“Bangun, jangan dilayan kemahuan hati, nanti kau berkawan dengan syaitan, bangun sembahyang Subuh,” katanya keras.
“Bangun, jangan dilayan kemahuan hati, nanti kau berkawan dengan syaitan, bangun sembahyang Subuh,” katanya keras.
Saya tidak boleh
membantah. Saya pun bangun dan menjalankan rukun Islam kedua.
Datuk sengaja pulang lewat ke rumah Samad Perang malam ini. Kata datuk tidak guna pergi awal, Sajono sendiri sudah mengatakan yang dirinya akan sampai ke rumah tersebut pukul dua belas tengah malam.
Datuk sengaja pulang lewat ke rumah Samad Perang malam ini. Kata datuk tidak guna pergi awal, Sajono sendiri sudah mengatakan yang dirinya akan sampai ke rumah tersebut pukul dua belas tengah malam.
“Pukul sebelas kita
bertolak dari rumah, sementara itu biar aku membaca Quran,” beritahu datuk pada
saya.
Rasa gembira
menguasai hati saya, bila mendengar keputusan dari datuk.
“Kau pergi baca surah
Yasin,” ujar datuk lagi.
“Saya baca dalam
bilik tuk.”
Tanpa membuang masa
saya masuk ke bilik. Pintu bilik saya kunci dari dalam.
Membaca surah Yasin, bukanlah satu tugas yang menyenangkan hati saya, lebih-lebih lagi kalau ada tugas lain yang saya kira lebih mustahak dari itu. Jadi, saya buat keputusan yang muktamad. Saya tidak mahu membaca surah Yasin. Saya harus menyambung kerja saya yang terbengkalai sejak dua tiga hari yang lalu, iaitu membuat sangkar burung. Pelita minyak tanah saya pasang dua sekali. Keadaan dalam bilik cukup terang tetapi, saya tidak puas hati. Saya mahu cahaya yang terang lagi. Saya pasang lima batang lilin. Kemudian saya keluarkan pisau kecil serta bilah-bilah buluh yang sudah diraut dari bawah katil. Saya pun memulakan kerja membuat sangkat burung mengikut bentuk yang saya ingini.
Membaca surah Yasin, bukanlah satu tugas yang menyenangkan hati saya, lebih-lebih lagi kalau ada tugas lain yang saya kira lebih mustahak dari itu. Jadi, saya buat keputusan yang muktamad. Saya tidak mahu membaca surah Yasin. Saya harus menyambung kerja saya yang terbengkalai sejak dua tiga hari yang lalu, iaitu membuat sangkar burung. Pelita minyak tanah saya pasang dua sekali. Keadaan dalam bilik cukup terang tetapi, saya tidak puas hati. Saya mahu cahaya yang terang lagi. Saya pasang lima batang lilin. Kemudian saya keluarkan pisau kecil serta bilah-bilah buluh yang sudah diraut dari bawah katil. Saya pun memulakan kerja membuat sangkat burung mengikut bentuk yang saya ingini.
“Tamar kau baca Yasin
atau tidur, tak dengan suara pun.”
“Saya baca tuk, tapi
tak boleh kuat, suara serak, tekak saya sakit.”
“Betul ke ni Tamar.”
“Betul, sumpah tuk,”
kata saya sambil menajamkan bilah buluh bahagian bawah, kemudian bilah itu saya
tekan pada rotan yang dijadikan gelegar sangkar.
Bagi meyakinkan hati
datuk yang saya membaca surah Yasin sesekali saya tinggikan suara sambil
menyebut beberapa ayat dari surah tersebut yang saya ingati. Sambil
melakukannya, saya ketawa sendirian kerana saya sudah berjaya memperdayakan
datuk. Tepat jam sebelas malam, datuk terus ketuk pintu bilik. Kelam-kabut saya
sorongkan sangkat yang baru siap separuh ke bawah katil. Kepala saya sarungkan
dengan songkok, surah Yasin saya pegang. Pintu bilik saya buka
lebar-lebar.“Bagus, kau cucu yang baik dan mendengar cakap,” kata datuk.
“Terima kasih tuk.”
“Habis, apa lagi.”
Saya dan datuk pun
meninggalkan rumah. Nenek Cuma menghantar hingga ke kaki tangga saja. Nenek
berpesan supaya kami berhati-hati berjalan kerana banyak binatang bisa yang
merayap malam. Begitulah sikap nenek saya, dalam marah dia tetap sayangkan
suami. Setiap detik yang berlalu, tidak dipersiakan begitu saja, tetap diisi
dengan doa dan harapan semoga berbahagia serta dipanjangkan usia.
“Nenekmu wanita
kampung yang banyak menyerahkan harapan pada keadaan. Seorang isteri yang setia
tetapi mempunyai suami yang kurang mementingkan hati dan perasaannya,” datuk
mengeluh dalam perjalanan.
“Saya sayangkan nenek
tuk.”
“Aku juga sayangkan dia
Tamar. Kalau kau mencari isteri, carilah perempuan sebaik nenekmu.”
“Saya tak mahu kahwin
tuk.”
“Satu waktu, kau akan
kahwin juga Tamar.”
“Dengan siapa tuk.”
“Hanya Allah Yang
Maha Besar akan menentukan jodohmu Tamar.” Saya tersenyum mendengar cakap
datuk.
Saya bayangkan dalam
kepala wajah-wajah gadis yang saya kenali. Tetapi, semuanya tidak saya minati.
Kami sampai ke rumah Samad Perang. Sajono dan Mamat Bukit duduk di bawah pokok
bertemankan lampu minyak tanah. Datuk tidak menyoal kenapa mereka duduk di luar
tidak di dalam rumah. Datuk tahu selagi belum tepat jam dua belas malam, Sajono
tidak akan memijak lantai rumah Samad Perang. Saya dan datuk turut duduk di
bawah pokok. Sajono yang tenang tidak banyak bercakap. Tetapi, Mamat Bukit
tetap rancak bercakap dengan datuk.
Tepat jam dua belas.
Kami pun masuk ke rumah Samad Perang. Duduk di ruang tengah. Isteri Samad
Perang menyerahkan rotan seni pada Sajono.
“Bagaimana
keadaannya,” tanya Sajono.
“Alhamdulillah, dia
tidak meracau dan terus tidur, bila dia jaga dia minta air.”
“Lagi.”
“Dia bercakap dengan baik dan mula bertanya khabar tentang kawan-kawannya.”
“Bersyukurlah pada Allah yang memberkati usaha-usaha kita,” Sajono menadahkan kedua belah telapak tangannya sambil membaca sesuatu.
“Lagi.”
“Dia bercakap dengan baik dan mula bertanya khabar tentang kawan-kawannya.”
“Bersyukurlah pada Allah yang memberkati usaha-usaha kita,” Sajono menadahkan kedua belah telapak tangannya sambil membaca sesuatu.
Bila mulutnya
berhenti bergerak, kedua belah telapak tangannya menyapu muka.
“Saya mulakan sekarang,” beritahu Sajono pada datuk dan Mamat Bukit.
“Saya mulakan sekarang,” beritahu Sajono pada datuk dan Mamat Bukit.
“Silakan,” jawab
Mamat Bukit dan datuk serentak.
Sajono terus membuka
kunci pada rantai besi yang mengikat tangan Samad Perang.
“Bangun,” Sajono
kejutkan Samad Perang, tergesa-gesa Samad Perang, gosok kelopak mata serta
duduk bersila di depan Sajono.
Tangan kanan Samad
Perang dijamah oleh Sajono, tiap sendi jejari tangan itu dipicitnya
berkali-kali. Kemudian Sajono mengikat jejari tangan kanan itu dengan rotan
seni. Bila dirasakannya ikatan itu sudah cukup kejap, Sajono terus merentapnya
dengan kasar sekali. Samad Perang kelihatan cemas wajahnya berkerut menahan
rasa sakit. Samad Perang terus menjerit dan meronta-ronta. Sajono terus
memegang hujung rotan dengan sekuat hatinya. Samad Perang berpusing-pusing di
lantai, dia bagaikan kehilangan tenaga untuk berdiri dan jejari tangan kanannya
yang diikat dengan rotan, kelihatan lembik. Samad Perang terus lemah, suaranya bagaikan
tidak keluar ketika itu juga Sajono meratapinya, lalu menepuk belakangnya. Saya
lihat Samad Perang terus kaku, macam patung kayu tetapi, kelopak mata masih
boleh dipejam celikkan.
“Syaitan masih mahu
mengganggunya lagi,” Sajono renung muka Mamat Bukit. Cepat-cepat Mamat Bukit
anggukkan kepala. Datuk juga begitu.
Samad Perang rebah
perlahan-lahan atas lantai. Tetapi Sajono segera memulihkan badan Samad Perang
yang lemah itu dengan melucutkan rotan yang mengikat kelima-lima jari kanannya.
“Samad,” kata Sajono.
“Ya.”
“Kau kenal dengan saya?”
“Kau kenal dengan saya?”
“Tak kenal, awak
siapa?”
“Saya Sajono, datang
untuk berusaha memulihkan sakit dan Allah mengizinkan usaha itu, kau beransur
sembuh.”
“Terima kasih.”
“Ingat Samad, Allah
itu Maha Besar, Maha Mengetahui, tidak ada kuasa yang boleh mengatasi kuasa
Allah, penunggu itu syaitan.”
“Saya faham,” kata
Samad Perang.
Sajono tersenyum
merenung kami. Dia menyerahkan rotan yang telah digunakannya pada isteri Samad
Perang. Dia pun membaca doa kesyukuran pada Allah yang telah memberkati segala
usahanya itu.
“Hantarkan saya
pulang,” Sajono mengemukakan pertanyaan pada Mamat Bukit yang bersandar di
dinding.”
“Terlalu cepat nak
balik,” kata datuk pula, muka Sajono di renungnya lama-lama.
Sajono membetulkan songkoknya. Dan hujung kain pelikat di bahu dirabanya berkali-kali.
“Niat dari rumah untuk menolong orang, bila niat sudah tercapai, mesti pulang, hidup tidak boleh banyak cabang nanti ditumpangi syaitan,” Sajono memberikan ceramah pendek. Datuk anggukkan kepalanya.
Sajono membetulkan songkoknya. Dan hujung kain pelikat di bahu dirabanya berkali-kali.
“Niat dari rumah untuk menolong orang, bila niat sudah tercapai, mesti pulang, hidup tidak boleh banyak cabang nanti ditumpangi syaitan,” Sajono memberikan ceramah pendek. Datuk anggukkan kepalanya.
“Apa puncanya sakit
kawan saya ni Kiai,” Mamat Bukit menyoal.
“Amalan yang baik,
tersilap langkah itu saja silapnya.”
“Maksud Kiai.”
“Saya cuma dapat
memberi tahu setakat itu saja.”
Sajono pun bangun
melangkah menuju ambang pintu. Mamat Bukit segera memintas di depannya dan
terus menuju ke tanah. Dalam beberapa minit saja, Mamat Bukit sudah sedia
dengan basikal buruk di kaki tangga.
“Semoga Allah akan
memberkati perjalanan awak,” suara datuk pendek.
“Mudah-mudahan,”
jawab Sajono.
Mamat Bukit pun kayuh
basikal. Saya dan datuk berpandangan, ketika itu juga saya terdengar suara dari
isteri Samad Perang menyuruh kami duduk untuk minum kopi panas. Permintaan itu
tidak kami hampakan. Samad Perang yang sudah pulih itu turut sama duduk dekat
datuk. Terlalu banyak yang Samad Perang tanyakan pada datuk berhubung dengan
dirinya. Semua pertanyaan itu tidak perlu dijawab oleh datuk. Isterinya
menjelaskan kedudukan yang sebenar. Di malam yang singkat itu, tanpa diminta
oleh sesiapa Samad Perang menceritakan pada datuk dan saya bagaimana nama
perang tercantum di hujung namanya.
Menurut Samad gelaran
perang di hujung namanya itu diperolehi waktu zaman darurat dulu. Ketika itu
dia berkhidmat dalam pasukan keselamatan. Saya jadi polis di bahagian Jungle
Squad, setiap kali saya membawa orang-orang saya masuk hutan, pasukan yang saya
pimpin selalu kena serang dan sejak itu nama saya ditambah dengan perkataan
perang kerana bila masuk hutan saya mesti berperang dengan komunis,” kata Samad
Perang dengan nada suara yang rendah tetapi, wajahnya tetap membayangkan rasa
bangga dan megah. Samad Perang juga memberitahu kami, ketika berkhidmat dalam
pasukan keselamatan jugalah, dia belajar ilmu yang bertujuan untuk
mempertahankan dirinya dari serangan pihak musuh.
“Apa ilmu yang kau belajar?”
tanya datuk.
“Ilmu kebal, saya
juga mandi minyak dan lain-lain lagi hingga saya diberikan oleh guru saya
selendang merah.
“Di mana kau belajar semuanya itu?”
“Waktu saya bertugas
di Cincin, Melaka.”
“Apa yang kau dapat
dari ilmu yang kau tuntut itu.”
“Bila saya masuk
hutan, saya pakai selendang merah, komunis tidak sanggup menentang pasukan yang
saya pimpin terlalu lama.”
Datuk terdiam
mendengar keterangan dari Samad Perang. Isterinya tersenyum mendengar cerita
suaminya. Samad Perang nampak bersih, biji matanya merenung tulang bumbung
rumah dua tiga kali.
“Dulu, suami saya
patuh dengan syarat yang diberikan oleh mahaguru, tetapi, sejak dia berhenti
semua syarat-syarat itu dilupa,” tiba-tiba isteri Samad Perang bersuara. Biji
mata datuk terbeliak mendengarnya. Samad Perang cuma senyum saja.
“Apa
syarat-syaratnya?” Datuk mula mencungkil rahsia. Samad Perang renung isterinya,
kemudian anggukkan kepala, seolah-olah memberi kebenaran pada isterinya untuk
menjawab pertanyaan yang diajukan oleh datuk.
“Apa syaratnya?”
Ulang datuk lagi.
“Sembahyang lima
waktu tak boleh tinggal, tidak boleh minum arak, tidak boleh berjudi dan main
perempuan, setiap malam Jumaat mesti baca Yasin, tidak boleh makan minum di
kedai bukan Islam,” cukup lancar isteri Samad Perang bercakap.
Saya lihat Samad
Perang terdiam. Wajahnya nampak kesal sesekali dia menarik nafas panjang,
membayangkan rasa hampa dan kecewa dalam hati.
“Semuanya saya
langgar, saya minum arak, saya berjudi saya percaya pada perkara-perkara
tahyul, akibatnya saya tanggung sekarang. Saya menyesal,” kata Samad Perang.
Saya simpati dengan
nasib malang yang menimpa diri Samad Perang. Tetapi, bila saya fikirkan yang
dirinya gagal memenuhi syarat-syarat yang dicarinya sendiri. Rasa simpati itu
segera hilang.
“Mulai sekarang, ikut
pesan guru kamu yang baik itu dan buang perangai yang tidak baik dari dirimu,”
datuk melahirkan nasihat.Datuk minta diri untuk pulang. Samad Perang dan
isterinya mengizinkan permintaan datuk itu. Bila saya dan datuk berada di halaman
rumah. Mamat Bukit pun tiba. Mukanya berpeluh dalam kedinginan malam.
“Bagaimana keadaan
dirinya,” Mamat Bukit bersuara.
“Nampaknya sihat dan
elok.”
“Kata Kiai, dia akan
pulih betul dalam seminggu dua ini. Kiai itu juga beritahu saya, guru tempat Samad
Perang belajar ilmu dulu, sepupunya.”
“Apa pesannya, ilmu
yang dituntut sudah luput, pesan yang baik mesti diikut, kalau tidak diikut
syaitan datang lagi.”
“Sepupunya, masih ada
lagi?”
“Sudah balik ke Tanah
Jawa.”
Datuk bersalam dengan
Mamat Bukit. Kami tinggalkan halaman rumah Samad Perang ketika Mamat Bukit
memijak anak tangga pertama. Angin malam terus bertiup lembut, menggugurkan
dedaun tua. Kokok ayam mula kedengaran sayup-sayup. Saya dan datuk terus
melangkah dengan tenang. Waktu saya dan datuk sampai ke rumah, nenek masih
belum tidur lagi. Dia menunggu kami pulang untuk makan malam bersama.
“Nasi dan lauknya
masih panas, baru selesai dimasak, saya dah agak awak bersama cucu pulang dalam
waktu begini,” kata nenek lalu duduk di sisi datuk.
Kami makan dengan
penuh selera, meskipun malam sudah terlalu dekat menuju ke pagi.
Sebulan kemudian,
saya dan datuk mengunjungi rumah Samad Perang. Keadaannya sudah banyak berubah,
tidak mudah naik darah. Wajahnya kelihatan tenang, berhati-hati bila bercakap.
“Sejak malam itu,
saya sudah insaf, saya berkawan baik dengan Sajono, saya belajar ilmu mengubat
orang sakt dengan menggunakan rotan,” beritahu Samad Perang pada datuk.
“Kau mahu jadi dukun
pula?”
“Saya sudah belajar,
kalau ada anak buah saya mengalami sakt macam itu, bolehlah saya gunakan ilmu
yang saya tuntut.”
“Bagus, apa kau tak
pernah ke hutan lagi mencari rotan?”
“Saya sudah berhenti,
biarlah Mamat Bukit dan kawan-kawannya membuat kerja itu.”
“Kau buat apa sekarang?”
“Kau buat apa sekarang?”
“Saya mengusahakan
tanah di belakang rumah, saya tanam pisang dan keledek, ini sumber rezeki
saya.”
“Pelik?”
“Tak pelik, saya tak mahu buat kerja maksiat.”
“Tak pelik, saya tak mahu buat kerja maksiat.”
“Maksud awak?”
“Masa mencari rotan
dulu, sayalah kepala memuja tunggul buruh, pokok besar untuk mencari kekayaan.”
“Aku tak faham
Samad.”
“Saya jadi kepala
menurun nombor ekor, memang kami berjaya dapat duit ekor sampai lima enam ribu,
tapi duit habis begitu saja. Duit haram tetap panas,
Samad Perang
mengeluh.
Datuk tersenyum
kerana sudah mengetahui rahsia sebenar kenapa Samad Perang menentang
bermati-matian ketika dia menyertai rombongan Mamat Bukit mencari rotan dulu.
“Sudahlah Samad
lupakan semuanya itu,” kata datuk dengan tenang. Samad Perang ketawa.
“Sebulan dua lagi,
saya nak pindah ke Kuala Lumpur, anak saudara saya mengajak saya ke sana,
katanya di sana ada banyak peluang berniaga,” terkejut juga saya mendengar
cakap Samad Perang itu.
Saya harap apa yang
diucapkannya itu tidak akan menjadi kenyataan.
“Kau bergurau atau
sungguh-sungguh,” tanya datuk.
“Apa yang dicakapkannya
tu betul, saya dah pergi ke Kuala Lumpur, saya sudah menandakan tanah untuk
dibuat rumah, anak saudara saya yang buat semuanya ini,” jawab isteri Samad
Perang.
“Di mana? Di Kuala
Lumpur tu luas,” soal datuk lagi.
“Di Kampung Nakhoda,
dekat Batu Caves, pacak rumah dulu, sementara nak bertapak, malam saya nak jual
mee, siang Samad menjual ikan dan sayur di pasar Selayang,”
“Banyak modalnya
itu.”
“Anak saudara yang
keluarkan modal dulu,” tambah isteri Samad Perang.
Beberapa bulan
kemudian, Samad Perang dan isterinya pindah ke Kuala Lumpur. Berita terakhir
yang saya dengan dari kawan-kawannya, Samad Perang sudah menjadi ahli
perniagaan yang berjaya di Kampung Nakhoda. Tanah haram yang didudukinya, sudah
menjadi miliknya sendiri. Dia mendirikan rumah batu dua tingkat. Samad Perang
banyak menghabiskan masa lapangnya di masjid.
Saya gembira
mendengar berita itu dan berharap Samad Perang tidak akan jatuh dalam dunia
perniagaannya, kalau dia jatuh, saya bimbang dia akan membuat kerja lamanya
menyembah tunggul dan pokok-pokok besar untuk meminta nombor ekor.
“Allah memberikan
jalan yang baik untuknya, semoga dia akan jadi manusia yang berguna pada agama,
saya senang dengan cara saya mencari rezeki dengan memanjat bukit untuk mencari
rotan,” kata Mamat Bukit, bila dia mendengar berita tentang kawan karibnya itu.
No comments:
Post a Comment