Kedai kopi
dan barang-barang runcit yang diusahakan oleh Saadun Juling mendapat sambutan
amat menggalakkan dari para penduduk setempat. Di samping berniaga, Saadun
Juling terus mendalami ilmu agama. Setiap malam, dia mengundang seorang guru
agama yang terkemuka di daerahnya Tuan Haji Nawawi Al-Petani ke rumahnya. Dia
belajar selok-belok agama Islam dari pukul sepuluh hingga menjelang dua belas
malam. Selama dua tahun Saadun Juling berniaga, dia telah mendermakan wang
ringgitnya untuk membesarkan beberapa buah masjid di daerahnya, juga
mendirikan beberapa buah surau serta mendirikan sekolah agama rakyat untuk
kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke atas belajar agama Islam.
Atas
nasihat Tuan Haji Nawawi Al-Petani, Saadun Juling dan isterinya berhijrah ke
Kelantan. Dua tahun menetap di Kelantan, kemudian pindah ke Petani di Selatan
Siam, mendalami ilmu agama Islam dengan beberapa guru agama yang terkenal di
sana. Setelah menetap selama tiga tahun di Petani, Saadun Julling dan isterinya
pergi ke tanah suci dengan berjalan kaki dan akhirnya menetap di Jeddah.
Menurut beberapa orang penduduk Tanjung Ara yang pernah pergi ke Mekah dan
sempat berjumpa dengan Saadun Juling di Jeddah, menyatakan yang Saadun Juling
telah membuka perniagaan di sana. Khabarnya, Saadun Juling boleh bertutur
bahasa Arab dengan fasih, boleh menulis dan hafaz Quran. Namanya juga sudah
berubah dari Saadun Juling menjadi Saadun AlHafiz. Datuk cukup gembira
mendengar berita yang disampaikan oleh penduduk Tanjung Ara padanya.
“Rajin dan
usaha itu tangga kejayaan dan Allah tidak pemah menghampakan harapan dan
cita-cita manusia yang bekerja keras untuk mengubah nasib hidupnya. Contohnya,
kau sendiri sudah melihat dan mendengar tentang hal diri Saadun Juling yang
sesat dalam perjalanan hidup dan kembali ke pangkal jalan untuk membina hidup
baru yang lebih bererti sebagai manusia yang beragama Islam”, ujar datuk pada
saya.
Wajah
datuk saya renung, kelihatan peluh-peluh halus mula meruap didahi luas yang
disinari oleh matahari petang dalam kawasan kebun pisang emasnya yang seluas
satu ekar lebih. Saya tahu, sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, saya dan
datuk banyak menghabiskan masa di kebun pisang. Saya menolong datuk membuang
daun-daun pisang kering, menebang dan mengambil pisang yang sudah tua.
Buah-buah pisang tua itu dilonggokkan pada satu tempat, sementara menanti lori
pemborong buah pisang mengambilnya. Dan urusan menimbang, menjual dan mengutip
wang datuk serahkan bulat-bulat pada saya.
"Lama
sungguh kita tidak ke mana-mana tok”, kata saya, sebaik saya selesai menebang
pokok pisang di hujung sempadan. Datuk yang asyik mengumpul daun-daun pisang
tua, dekat pangkal pokok pulai, berhenti mengumpulkan dedaun pisang itu. Dia
terus renung muka saya dan akhirnya duduk atas batang getah yang tumbang.
"Kenapa?
Kau jemu duduk di rumah?”
"Tidak,
saja tanya”
"Sejak
balik dari Tanjung Ara, kalau tak sikap aku, sudah dua kali meninggalkan
rumah, kali pertama aku pergi ke Sungai Petai, dekat Alor Gajah Melaka. Kali
kedua aku pergi ke Bukit Tengah di Seberang Perai”
"Tapi,
saya tok tak ajak”
"Oh,
aku terlupa nak ajak”, kata datuk sambil ketawa.
Dia
menyapu peluh di dahinya dengan telapak tangan kanan. Matahari petang kian condong.
Bayang saya yang berdiri dekat pokok pisang emas kelihatan memanjang di bumi.
Bunyi suara burung tekukur dan merbuk, sudah jarang-jarang kedengaran. Angin
juga mula bertiup lemah.
"Berkemaslah
Tamar, kita balik. Esok kalau panjang umur kita datang lagi”, tekanan suara
datuk cukup rendah.
Dia pun
melangkah ke pondok yang terletak di bucu tanah sebelah kanan. Saya mengekornya
dari belakang. Pondok itu sengaja didirikan oleh datuk sebagai tempat berehat
dan sembahyang. Tidak jauh dari pondok itu terdapat sebatang anak sungai yang
airnya cukup jernih. Air sungai itu tidak pernah kering walaupun musim kemarau.
Jika musim tengkujuh airnya tidak pernah melimpah ke paras tebing. Sampai di
pondok, datuk terus berehat di pelantar dekat tangga. Saya menggeliat dua tiga
kali di depannya untuk menghilangkan rasa lenguh di pangkal belikat dan lengan.
"Aku
nak mandi ke sungai, kau nak ikut?”, datuk mempelawa saya sambil meletakkan
kain basahan di bahu sebelah kiri.
"Tak
mahu tok”
"Sebab?"
"Bila mandi di sini, sampai di rumah kena mandi lagi. Kita balik terpaksa berjalan, badan kita tentu berpeluh, lebih baik mandi sekali di rumah”
"Bila mandi di sini, sampai di rumah kena mandi lagi. Kita balik terpaksa berjalan, badan kita tentu berpeluh, lebih baik mandi sekali di rumah”
"Terpulanglah
pada kau Tamar”
Datuk pun
mengatur langkah menuju ke sungai. Sementara menanti datuk selesai mandi, saya
terus membersihkan sekitar kawasan pondok. Semua sampah sarap yang sudah di
kumpulkan itu saya bakar. Bila saya mahu melangkah ke arah pangkal pokok
tembusu untuk mengutip daun-daun yang jatuh di pangkalnya, saya dapati datuk
sudah tercegat di situ. Dada saya berdebar. Batang tubuh datuk saya perhatikan,
dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Saya terasa ada sesuatu yang ganjil
terjadi pada diri datuk.
"Kenapa?
Kamu terkejut kerana aku berada di sini?”, datuk menjegilkan biji matanya ke
arah saya.
Pertanyaan
itu tidak saya balas. Saya masih mencari jawapan, bagaimana datuk boleh berada
di situ? Biasanya, bila pulang dari sungai, datuk akan menggunakan jalan yang
selalu digunakan. Aneh, macam mana saya tidak dapat mendengar bunyi tapak
kakinya. Semua persoalan itu muncul dalam tempurung kepala saya.
“Tok ada
masalah?" Saya memberanikan diri, mengajukan pertanyaan. Saya lihat datuk
gelengkan kepala sambil tersenyum. Dengan tenang datuk menarik tangan saya
menuju ke pelantar. Kami duduk di situ. Datuk menepuk bahu kiri saya, penuh
dengan rasa kasih mesra. Dan datuk bagaikan tahu tentang keraguan yang timbul
dalam hati saya.
"Sebenarnya,
aku berjalan tadi mengikut gerak angin dan tapak kaki aku bila tersentuh bumi
atau daun tidak akan mengeluarkan sebarang bunyi, batang tubuh aku tidak dapat
dilihat oleh mata kasar manusia, aku berada di sisi kamu ketika kamu membakar
sampah, malah aku menolong menghidupkan api, kau tak nampak”, datuk membuka
rahsia dirinya.
Saya
menarik nafas panjang, perlahan-Iahan saya melagakan gigi atas dengan gigi
bawah beberapa kali. Keterangan dari datuk itu amat menakjubkan.
"Agaknya
datuk dikejar binatang buas membuat datuk terpaksa bertindak begini”
"Tidak”
"Kalau tidak untuk apa datuk berjalan mengikut arah angin dan menghilangkan diri, mesti ada sesuatu muslihat”
"Tidak”
"Kalau tidak untuk apa datuk berjalan mengikut arah angin dan menghilangkan diri, mesti ada sesuatu muslihat”
"Tak
ada Tamar, apa yang aku lakukan sekadar mengamalkan. Sebabnya, ilmu yang ada
jika tidak diamalkan dalam masa tertentu boleh jadi kita lupa”
"Saya
faham”
Datuk
terus mengajak saya pulang. Kira-kira dua puluh langkah meninggalkan pondok,
saya teringatkan buah-buah pisang yang terlonggok di bahagian tengah kebun.
Saya bimbang kalau buah-buah pisang yang dianggarkan beratnya lebih dari lima
belas pikul itu akan hilang. Barangkali datuk lupa tentang buah-buah pisang
tersebut. Saya perlu mengingatkannya. Saya tidak rela sama sekali buah-buah
pisang itu akan jadi habuan pencuri. Mana boleh jadi, kita yang bekerja
setengah mati orang lain mendapat feadahnya dengan mudah. Hujung baju datuk
segera saya tarik dari belakang. Langkahnya terus mati.
"Kenapa?"
"Pisang kita tok?”
"Pisang kita tok?”
"Kenapa
pula dengannya? Kau nak bermalam dengan buah-buah pisang itu?”
"Takut dicuri orang tok”
"Takut dicuri orang tok”
"Haaaa”
Datuk segera menyandarkan badannya pada salah satu pokok getah yang berbaris dikiri kanan jalan yang kami lalui. Dia mengedutkan dahinya sambil menepuk tangan tiga kali berturut-turut. Kemudian datuk tegakkan badannya sambil menghalakan wajahnya ke arah angin yang datang. Datuk lurut lengan kanan dengan tapak tangan kiri, tiga kali berturut-turut. Dengan tenang datuk memetik ibu jarinya sebanyak dua kali, bunyi yang lahir dari petikan ibu jarinya berbunyi cukup kuat.
Datuk segera menyandarkan badannya pada salah satu pokok getah yang berbaris dikiri kanan jalan yang kami lalui. Dia mengedutkan dahinya sambil menepuk tangan tiga kali berturut-turut. Kemudian datuk tegakkan badannya sambil menghalakan wajahnya ke arah angin yang datang. Datuk lurut lengan kanan dengan tapak tangan kiri, tiga kali berturut-turut. Dengan tenang datuk memetik ibu jarinya sebanyak dua kali, bunyi yang lahir dari petikan ibu jarinya berbunyi cukup kuat.
"Datang
ke mari sekejap, ada kerja yang nak aku serahkan pada kamu”, ujar datuk dengan
tenang. Saya segera menghampirinya. Berdiri di sebelah kiri datuk.
Tiba-tiba
datuk menolak badan saya hingga tersungkur atas tanah. Saya segera bangun, muka
datuk saya renung, ternyata datuk tidak ambil kisah dengan apa yang terjadi.
Mulutnya kelihatan bergerak-gerak. Bila mulutnya berhenti dari bergerak, saya
terus mengajukan pertanyaan padanya.
"Kenapa
saya di tolak tok?"
"Aku
tak panggil kau”
"Habis
datuk panggil siapa?"
"Itu,
aku panggil itu”, jari telunjuk datuk menuding ke arah rimbunan pokok senduduk
yang kelihatan bergoyang-goyang. Saya tergamam, seekor harimau belang menuju ke
arah datuk. Berhenti dan merebahkan badannya atas tanah di depan datuk, sambil
mengoyang-goyangkan ekornya, tidak ubah seperti kucing yang manja. Datuk tepuk
kepala harimau itu dua tiga kali. Harimau itu membuka mulutnya luas-Iuas.
Lidahnya menjilat pergelangan tangan datuk. Saya memberanikan diri lalu
mengurut-urut badan harimau tersebut. Dengan penuh rasa manja harimau itu
mengerak-gerakkan ekornya ke bahu dan muka saya hingga terasa geli.
"Malam
ni, kau jaga pisang kami, esok aku nak jual. Ingat kalau ada orang yang mahu
mencurinya kau halaukan saja, jangan cederakan manusia”, kata datuk pada
harimau itu, saya lihat harimau itu merenung ke muka datuk, kemudian
memejamkan kedua belah matanya sambil mengaum kecil.
"Pulanglah,”
kata datuk, harimau itu segera bangun dan menggesel-geselkan badannya ke badan
datuk. Kemudian harimau itu bergerak menuju ke rumpun senduduk lalu hilang.
Datuk menepuk bahu saya dua tiga kali.
"Kau
sudah tahu siapa yang aku panggil Tamar?"
"Tahu
tok”
"Dialah
yang menjaga pisang kita malam ini”
"Saya
tahu tok”
"Kalau
sudah tahu, jangan banyak bertanya, mari kita blaik”
Kami pun
melangkah. Langkah datuk terlalu cepat membuat saya terpaksa berlari-Iari anak.
Jarak rumah datuk dengan kebun pisang lebih kurang dua batu. Memang perangai
datuk, tidak suka naik basikal pergi ke kebun pisangnya, dia lebih suka
berjalan kaki. Satu keistimewaan yang terdapat pada diri datuk, dia tidak
pernah merasa letih berjalan kaki, walaupun sampai berpuluh-puluh batu. Badan
saya mula berpeluh tetapi, angin petang yang bertiup perlahan-Iahan itu dapat
mengurangkan rasa kepanasan di badan.
Hati saya
jadi terhibur, melihat telatah dan ragam monyet-monyet liar yang berlompatan
dengan bebas di dahan-dahan pokok getah yang berdiri di kiri-kanan jalan enam
kaki. Sedang asyik melangkah, saya dikejutkan oleh suara jeritan dari datuk secara
mendadak. Saya lihat datuk membuka langkah silat sambil melompat ke kanan.
Dalam saat yang sama saya lihat sebatang dahan getah mati jatuh menuju ke arah
datuk. Dengan tangkas datuk menyambar dahan itu lalu dicampakkan ke sebelah
kanan jalan.
Dahan
getah yang jatuh itu sama besarnya dengan betis pemuda yang berusia 20 tahun.
Andainya dahan getah itu tepat mengenai batang tubuh datuk, pasti membawa maut.
Datuk segera menoleh ke arah saya sambil tersenyum bangga. Datuk pun memberi
isyarat supaya meneruskan perjalanan.
"Berjalan
dalam hutan atau dimana-mana, kita harus berwaspada. Mesti tahu menguasai diri,
pandai mengira langkah dan gerak makhluk serta alam”, sambil berjalan datuk
memberikan ceramah kecil. Saya anggukkan kepala. Memang saya tidak ada minat
untuk mendengarnya. Semua yang diluahkan oleh datuk tidak masuk dalam otak
saya.
"Semuanya
itu mustahak untuk diri kita, kalau tidak mahu menuntut ilmunya, tidak salah
kalau sekadar kita mahu ambil tahu saja”, sambung datuk lagi . Saya gigit
bibir. Kedua belah pangkal peha saya mula terasa sakit .
"Bagaimana
kita mahu tahu tentang semuanya itu tok?", secara tidak disedari saya
mengeluarkan pertanyaan.
"Setiap
manusia ada pancaindera yang lima. Kita hanya memerlukan satu daya usaha untuk
mempertajamkan pancaindera yang lima itu supaya jadi lebih berkesan lagi.
Caranya harus belajar dari petua orang tua-tua dan kita harus amalkan. Perkara
yang utama dan penting ialah keyakinan, tabah dan sabar”, cukup ghairah datuk
menerangkannya pada saya.
Kerana
saya tidak mengemukakan sebarang pertanyaan, datuk tidak melanjutkan
keterangannya. Kami terus berjalan, sambil berjalan saya terus merenung ke
arah dahan-dahan pokok getah tempat monyet liar bergayutan. Saya juga mengawasi
kalau ada dahan getah mati yang mahu jatuh. Saya kira kalau ada dahan yang
jatuh sebesar lengan budak, saya mahu menyambutnya seperti apa yang telah
datuk lakukan.
"Jangan
mencuba, kalau tidak tahu. Nanti padah menimpa diri”, saya jadi terkejut dengan
kata-kata datuk tu. Rupa-rupanya datuk dapat membaca apa yang tersirat dalam
dada saya.
"Saya
cuma berangan-angan saja tok”
"Angan-angan
kalau dilakukan dengan baik, cukup pertimbangan yang sempurna akan jadi
cita-cita”
"Saya
faham tok. Tetapi, untuk menjayakan cita-cita tu bukanlah satu perkara yang
mudah”
"Kau
berusaha. Kalau kau mahu belajar ilmu gerak manusia dan alam, cari sendiri
jangan harap ada orang lain datang menyerah untuk memberikan ilmu itu"
“Begitu”
Datuk segera menolak ke arah saya. Dia merasakan jawapan yang terakhir dari saya itu, macam menyindir dan membayangkan rasa tidak ada kesungguhan dari saya. Akhirnya, kami pun sampai ke rumah.
Datuk segera menolak ke arah saya. Dia merasakan jawapan yang terakhir dari saya itu, macam menyindir dan membayangkan rasa tidak ada kesungguhan dari saya. Akhirnya, kami pun sampai ke rumah.
Saya terus
memetik buah belimbing buluh yang tua. Buah belimbing itu saya bawa ke sungai
bersama dua tiga helai daun pandan wangi. Buah belimbing yang sudah diramas
itu, saya gosokkan ke badan untuk menghilangkan getah pisang yang terletak di
badan serta menghilangkan rasa gatal dan daki. Kemudian daun pandan yang sudah
di campurkan dengan air satu baldi, saya juruskan ke tubuh untuk mewangikan bau
peluh dan badan. Saya dan datuk terus ke surau untuk sembahyang Maghrib dan
Isyak.
Lebih
kurang pukul sepuluh malam, baru kami pulang. Datuk seperti biasa akan
menghabiskan masa sebelah malamnya dengan membaca Quran hingga menjelang waktu
subuh.
Pagi itu,
saya di suruh oleh datuk supaya menemui Lim Kim Bok yang menjadi peraih buah
pisang. Setelah berunding dengan Lim Kim Bok beberapa minit, dia terus
menelefon adiknya, Lim Tong King yang tinggal di Sitiawan.
"Adik
saya beli semua pisang datuk awak, dia nak jual pisang tu ke Kuala Lumpur,
Melaka dan Johor Bharu”,katanya.
"Bila
dia sampai Kim Bok?"
"Sekarang
pukul tujuh. Lebih kurang pukul lapan setengah dia sampai”
"Saya mahu nanti di mana? Nanti dia tak tahu tempatnya”
"Saya mahu nanti di mana? Nanti dia tak tahu tempatnya”
"Tunggu
di kebun, adik saya tahu tempatnya. Sudah banyak kali dia ambil pisang di kebun
datuk awak”
"Dia
tahu di mana tempatnya, Paya Besar”
"Apa
awak cakap ni. Saya kata dia tahu, apa lagi mahu banyak cakap”
"Jangan
marah”, ujar saya sambil ketawa kecil.
Saya terus
pulang ke rumah. Dari rumah, saya bersama datuk dan nenek berjalan kaki menuju
ke kebun pisang di Paya Besar. Sampai di kebun pisang saya terlihat kesan tapak
kaki harimau.
"Ada
orang menunggu pisang awak malam tadi?", nenek bersuara.
"Ada”,
jawab datuk, sambil menaburkan tujuh biji bertih kedalam rumpun pokok senduduk.
Saya lihat rumpun senduduk itu bergoyang dan saya terpandang kelibat seekor
harimau.
"Pulanglah,
kau sudah menolong aku”, kata datuk lagi. Seekor harimau melintas di depan
kami sambil berjalan tunduk macam kucing peliharaan melintas di hadapan
tuannya. Sementara menanti lori yang dijanjikan tiba, kami terus membersihkan
kawasan kebun pisang. Satu jam kemudian lori yang ditunggu-tunggu pun tiba.
Semua pisang yang ada di situ ditimbang dan dimasukkan ke dalam lori. Di situ
juga Lim Tong King membuat pembayaran. Wang dari hasil penjualan pisang yang
berjumlah lebih kurang tiga ratus ringgit datuk serahkan pada nenek.
"Simpan
wang tu baik-baik, seratus ringgit awak serahkan pada Imam Musa untuk tabung
masjid dan lima puluh ringgit awak bagi pada Long Munah yang baru mati suami
dua hari lalu. Bakinya terpulanglah pada awak”, nenek anggukkan kepala
mendengar cakap datuk itu.
Lim Tong
Kim menghampiri datuk, dia menarik tangan datuk menuju ke arah pokok getah tua
dekat sempadan tanah sebelah kanan. Mereka bercakap-cakap sebentar, kemudian
datuk datang menemui nenek kembali.
"Kita
balik naik lori”, kata datuk pada nenek sambiI merenung muka saya. Cepat-cepat
saya menggigit bibir dan rasa aneh mula bersarang dalam dada saya.
Selalunya
datuk tidak pernah mahu pulang awal, mesti ada muslihat tertentu yang membuat
datuk bertindak begitu demikian hati kecil saya membuat ramalan.
"Kenapa
tok nak balik cepat?", tanya saya.
"Si
Lim Tong King ni, ajak aku jadi kawannya ke Johor Bharu, dia takut kerana
banyak bawa duit”
"Ah,
awak ni mengarut, kerana orang sanggup bersusah payah”, nenek melahirkan rasa
kurang senangnya. Datuk saya lihat tersenyum
"Mari
naik”, kata Lim Tong King.
Nenek pun
naik lori duduk di depan dekat pemandu. Saya dan Lim Tong King duduk di
bahagian belakang lori yang tidak berbumbung itu. Lim Tong King yang jadi
towkey pisang itu bertindak sebagai kalindan, sekali pandang memang tidak ada
potongan seorang saudagar pada diri Lim Tong King. Enjin lori pun dihidupkan.
Datuk masih lagi tercegat di situ. Tidak ada tanda-tanda yang dirinya akan naik
lori.
"Naiklah
tok”, kata saya.
"Tak
payah, aku jalan kaki saja”, jawabnya sambil memulakan langkah.
Lori yang
berkepala merah, berbadan hijau pun bergerak, melalui jalan enam kaki. Bila
layar lori itu terlanggar lubang, badan saya turut terhuyung-hayang, macam
orang mabuk todi. Lori yang kami naiki sampai dihalaman rumah. Pemandu lori dan
Lim Tong Kim terkejut melihat datuk duduk di kaki tangga sambiI melurut-Iurut
sebatang kayu. Nenek turun dari lori, begitu juga dengan saya. Cepat-cepat saya
masuk ke rumah mengemaskan pakaian yang saya fikirkan perlu untuk di bawa
"Awak
jalan kaki ke atau terbang”, kata Lim Tong King.
"Jalan
kaki”
"Awak
mesti pakai ilmu”
"Tidak”,
jawap datuk sambil ketawa kecil.
Saya
keluar dari rumah dan berdiri dekat datuk. Kemudian, datuk pun bangun berjalan
tiga langkah ke depan lalu memacak kayu yang dilurutnya tadi di atas tanah.
Datuk renung ke langit, melihat awan dan matahari yang kian marak bersinar.
Datuk cabut kayu itu sambil menggigit lidah. Bahagian kayu yang tertanam di
tanah datuk raba berkali-kali. Kesan tanah yang terletak di situ datuk ambil.
Tanah itu datuk ramas berkali-kali. Telapak tangannya dibuka dan tanah yang
diramasnya kelihatan berbuku-buku. Dengan mulutnya, datuk hembus tanah di
telapak tangannya hingga berterbangan entah ke mana.
"Langkah
kita baik, tapi ada halangan sedikit, dengan izin Allah rintangan itu berjaya
kita atasi”, begitulah datuk memberitahu saya.
Lim Tong
Kim kelihatan tercengang-cengang. Datuk terus tepuk bahu kanan Lim Tong King.
Datuk terus rapat ke lori berkepala merah. Saya ikut dari belakang.
“Saya ikut
awak, belum tentu sampai ke Johor Bharu. Sebabnya, bila saya ingat nak balik,
saya balik awak tak boleh halang saya”, datuk mengeluarkan syarat pada Lim Tong
King.
Ternyata,
syarat tidak mendapat bantahan. Kami meninggalkan rumah kira-kira jam sepuluh
pagi Rabu. Datuk dan saya duduk di bahagian depan lori, Lim Tong King duduk di
belakang. Satu hal yang tidak menyenangkan diri saya, lori yang membawa pisang
itu terlalu kerap sangat berhenti, kerana mengambil dan menjual pisang di
bandar-bandar yang dilaluinya.
Lebih
kurang pukul dua petang, kami sampai ke Kuala Dipang, datuk menunaikan
sembahyang Zohor di situ. Sembahyang Asar datuk lakukan di Masjid Bidor. Dari
Bidor, LimTong King tidak lagi jadi kelindan. Dia mengambil tugas kawannya. Dia
jadi pemandu dan kawannya jadi kelindan. Kali ini, saya mula terasa seronok
naik lori tersebut kerana tidak berhenti-henti lagi.
"Berhenti
di Kelumpang Tong King, saya nak sembahyang Maghrib”, datuk mengingatkan Lim Tong
King, sebaik sahaja kami melintasi pekan Tanjung Malim.
Bila sampai di Kelumpang datuk terus ke masjid dan Lim Tong King mengurus penjualan pisang dengan Cina di pekan tersebut. Bila datuk keluar dari masjid, Lim Tong King masih lagi belum selesai berurus dengan kawannya. Datuk memberitahu Lim Tong King yang dia mahu balik ke masjid semula.
Bila sampai di Kelumpang datuk terus ke masjid dan Lim Tong King mengurus penjualan pisang dengan Cina di pekan tersebut. Bila datuk keluar dari masjid, Lim Tong King masih lagi belum selesai berurus dengan kawannya. Datuk memberitahu Lim Tong King yang dia mahu balik ke masjid semula.
"Begini,
awak tunggu di masjid. Bila kerja saya selesai, saya panggil awak, lagipun saya
rasa tak larat nak bawa lori sampai ke Kuala Lumpur. Saya ingat mahu tidur di
rumah abang ipar saya yang berniaga kedai runcit di Kuala Kubu Bharu”, Lim Tong
King memberitahu datuk.
"Kalau
begitu kata awak, saya ikut saja”, balas datuk.
"Saya
bimbang, saya bawa duit dekat lima ribu ringgit”
"Tak
apa”, datuk menenangkan perasaan Lim Tong King.
Saya dan
datuk kembali ke masjid. Bila selesai sembahyang Isyak baru Lim Tong King memanggil
kami melalui seorang budak Melayu yang bekerja di kedai yang membeli pisangnya.
Kami tinggalkan pekan Kelumpang lebih kurang hampir pukul sepuluh malam. Entah
apa malangnya, ketika lori yang saya dan datuk tumpangi melalui satu selekoh
berhampiran dengan tanah perkuburan orang-orang Cina, lori itu mengalam
kerosakan.
Enjinnya mati dengan tiba-tiba.
Puas
dibaiki tidak juga mahu hidup. Lim Tong King menyuruh kawannya pergi ke
Kelumpang mencari foremen. Nasib baik sebuah kereta yang ditahan mahu berhenti
dan bersedia membawa kawan Lim Tong King ke Kelumpang. Sejam kemudian, kawannya
kembali tanpa foremen. Akhirnya, datuk membuat keputusan supaya kami duduk di
dalam lori sementara menanti hari siang. Pada mulanya, kerap juga kereta lalu
disitu. Bila menjelang pukul satu malam, kereta mula berkurangan. Suasana di
situ terasa cukup sunyi. Bila saya toleh ke kanan, rasa takut mula menghantui
hati saya.
Apa yang
saya lihat ialah batu-batu nisan di tanah perkuburan Cina. Keadaan itu membuat
saya tidak dapat memejamkan mata. Bila saya ingat, datuk juga tidur dalam lori,
rasa takut segera hilang. Lebih kurang pukul empat pagi, saya terdengar
lolongan anjing sayup-sayup, bersama dengan bunyi desiran angin yang melanggar
dedaun getah di kiri kanan jalan raya tersebut. Saya renung ke tanah perkuburan
Cina, saya lihat kabus mula menguasai seluruh kawasan itu. Batu-batu nisan yang
tertegak kaku di situ saya rasa bergerak-gerak. Dalam keadaan yang cemas itu,
sebuah kereta Fiat 600 berwarna putih berhenti di belakang lori.
Dari perut
kereta itu keluar empat orang lelaki Cina yang berusia antara dua puluh tahun
hingga tiga puluh tahun. Mereka segera menuju ke bahagian depan lori. Lim Tong
King yang tidur di bawah lori terkejut, salah seorang dari lelaki itu
mengeluarkan parang pemotong daging lalu mengacukan ke muka Lim Tong King. Saya
jadi tergamam melihat peristiwa yang terjadi di depan mata. Datuk yang duduk bersandar
dekat sebatang pokok tidak jauh dari lori itu, buat tidak kisah dengan apa yang
berlaku. Lim Tong King masih lagi bertekak dengan empat lelaki tersebut. Entah
apa yang dikatakan oleh Lim Tong King, membuat lelaki yang memegang pisau
pemotong daging itu naik darah. Dia pun melepaskan penumbuk sulung ke muka Lim
Tong King. Kawan Lim Tong King tidak dapat berbuat apa-apa.
Empat
lelaki itu terus mengkopakkan kusyen tempat duduk pemandu. Mereka berjaya
mengambil wang dalam satu beg plastik yang diletakkan di situ. Lim Tong King
menjerit.
"Letakkan,
jangan ambil orang punya barang”, kata datuk. Saya tidak sedar waktu bila datuk
menghampiri mereka. Empat lelaki itu segera merenung muka datuk.
"Hei
Melayu, lu jangan kacau kita. Kita tak ada kacau sama awak”, salah seorang dari
lelaki itu menyergah datuk sambil melepaskan tendangan terbang ala kung fu.
Datuk tidak sempat mengelak, tendangan itu tepat mengenai dada datuk. Saya
lihat datuk tersungkur. Empat lelaki itu menyerbu datuk. Batang tubuh datuk
tidak dapat saya lihat, hilang di kerumuni oleh empat lelaki itu.
Datuk
menjerit dan empat lelaki itu terhumban berhampiran lori. Tiga darinya sudah
tidak berdaya bangun. Tetapi seorang daripada mereka masih kelihatan gagah.
Datuk berhadapan dengannya, lelaki itu membuka silat kung fu dan datuk membuka
buah langkah silat harimau jantan yang lebih banyak bersikap bertahan dari
melakukan serangan. Kerana datuk lebih banyak bertahan dari menyerang, membuat
dia mempunyai lebih tenaga, berbanding dengan serangan kung fu dari lelaki
tersebut. Datuk saya lihat banyak menggunakan tipu helah dan akal dalam
pertarungan itu. Lelaki yang berbadan tegap tidak putus asa, kali ini dia
melompat cukup tinggi menuju pada datuk.
Saya lihat datuk tersenyum dan menyerahkan tubuh badannya untuk digasak oleh lelaki itu. Tetapi, bila lelaki itu merendahkan badannya dan menghulurkan kaki kirinya untuk menendang pangkal leher datuk, cepat-cepat datuk melompat sambil menyambar tangan kanan lelaki yang terkedang itu. Datuk memusingkan ke belakang dan lelaki itu jatuh ke tanah, macam nangka busuk. Bila lelaki itu cuba mahu bangun, datuk segera menepuk bumi. Kedua belah kaki lelaki itu bagaikan terpasung. Dia tidak boleh bergerak. Datuk tepuk bumi lagi sekali, barulah lelaki itu boleh mengangkat kedua belah kakinya dan memerintahkan kawan-kawannya menuju ke kereta untuk lari.
Saya lihat datuk tersenyum dan menyerahkan tubuh badannya untuk digasak oleh lelaki itu. Tetapi, bila lelaki itu merendahkan badannya dan menghulurkan kaki kirinya untuk menendang pangkal leher datuk, cepat-cepat datuk melompat sambil menyambar tangan kanan lelaki yang terkedang itu. Datuk memusingkan ke belakang dan lelaki itu jatuh ke tanah, macam nangka busuk. Bila lelaki itu cuba mahu bangun, datuk segera menepuk bumi. Kedua belah kaki lelaki itu bagaikan terpasung. Dia tidak boleh bergerak. Datuk tepuk bumi lagi sekali, barulah lelaki itu boleh mengangkat kedua belah kakinya dan memerintahkan kawan-kawannya menuju ke kereta untuk lari.
Bila
mereka berada dalam kereta, cepat-cepat mereka menghidupkan enjin kereta.
Ketika itu juga terdengar ledakan pistol dari kereta tersebut, rupanya lelaki
yang bertarung dengan datuk tadi mengambil pistol dan menembak datuk
bertalu-talu. Anehnya, peluru pistol yang ditujukan pada datuk tidak
mencederakan tubuh badannya, cuma baju datuk sahaja yang berlubang-lubang.
Melihat keadaan itu, empat lelaki itu jadi cemas, mereka naikkan cermin kereta
dan bersedia mahu meninggalkan tempat tersebut.
Datuk
segera menghulurkan tangan kanannya sambil mengembangkan kelima-lima jarinya.
Sungguh menakjubkan, enjin kereta segera mati dan badan kereta nampak terangkat
kira-kira lima kaki dari bumi, melayang-layang sebentar atas permukaan tanah
perkuburan orang Cina di situ. Keempat-empat lelaki itu menjerit dan datuk
merapatkan tangannya ke dada, kereta itu segera berhenti di hadapannya.
"Buka
pintu”, kata datuk.
Pintu
kereta pun terbuka.
"Keluar”
Ke empat-empat lelaki itu keluar.
Ke empat-empat lelaki itu keluar.
"Pulangkan
duit”
Ke
empat-empat lelaki itu segera menuju kepada Lim Tong King. Mereka sujud di kaki
Lim Tong King. Salah seorang daripada mereka menyerahkan kembali wang yang di
curi.
"Tolong
baiki lori ini”, kata datuk, salah seorang dari lelaki menuju ke lori dan terus
membuka bonet. Dia melakukan sesuatu di situ. Kemudian bonet lori dirapatkan.
"Sudah baik”, katanya.
"Sudah baik”, katanya.
Lim Tong
King masuk ke perut lori, menghidupkan enjin, ternyata enjin lori boleh
dihidupkan. Saya tersenyum senang.
"Pulang,
lain kali jangan kacau orang”, kata datuk.
Ke
empat-empat lelaki itu masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan kami. Lima belas
minit kemudian, kami pula meninggalkan kawasan tersebut. Kali ini kami singgah
di Kerling. Datuk menunaikan sembahyang subuh di situ. Selepas membaca Al-Quran
dan wirid di masjid tersebut, saya dan datuk menuju ke kedai kopi. Seperti yang
dijanjikan Lim Tong King dan kawannya sudah menanti di situ. Saya dan datuk
sampai ke kedai itu lebih kurang pukul enam setengah pagi.
"Awak
minum dulu, saya nak cari foremen nak minta tolong periksa lori ni, supaya
boleh berjalan dengan baik”, kata Lim Tong King.
Datuk
bersetuju dengan apa yang dicakapkan oleh Lim Tong King. Saya dan datuk terus
masuk ke kedai kopi tersebut. Dalam kedai kopi terdapat lebih kurang sepuluh
orang lelaki yang terdiri daripada para pekerja Jabatan Kerjaraya dan buruh
ladang getah, minum kopi di situ. Di sudut sebelah kiri kelihatan seorang
lelaki Melayu memakai ketayap putih, berusia sekitar lima puluh tahun. Datuk
bersalam dengan lelaki itu yang datuk kenali semasa sembahyang di masjid
sebentar tadi.
"Kedai
ini memang di buka sejak pukul enam pagi. Saya yang punya kedai tetapi,
anak-anak saya yang menjalankan perniagaan”, lelaki berketayap putih
memberitahu datuk.
Tidak saya
duga, pertemuan di situ melahirkan rasa persaudaraan sesama Islam yang
mendalam antara datuk dengan lelaki itu. Datuk menceritakan apa yang terjadi
pada dirinya dalam perjalanan tadi.
"Saya
ni orang Islam, berdosa hukumnya mempercayai perkara yang karut-marut, tetapi,
kejadian yang awak alami itu sudah kerap benar berlaku. Konon ceritanya,
manusia yang awak lawan tu bukannya manusia”, cukup tenang lelaki itu bercakap.
"Kalau
bukan manusia, siapa mereka?"
"Syaitan.
Pernah terjadi pada diri saya diserang perompak di situ bila saya menyerah dan
hari sudah siang saya jumpa wang yang saya rompak itu atas nisan kubur Cina.
Tidak jauh dari tempat kejadian itu saya terjumpa bangkai kereta yang menurut
pihak polis terlibat dalam kemalangan jalan raya. Empat pemuda Cina yang
menaikinya mati dan dikuburkan di situ”
Dada saya
berdebar mendengar cakapnya. Memang, saya sedar dan lihat ketika meninggalkan
kawasan itu, menjelang waktu subuh tadi, saya terlihat bangkai kereta yang
sudah berkarat dalam hutan lalang tidak jauh dari tempat lori kami berhenti.
Hal ini sungguh memeningkan kepala saya. Apakah yang datuk lawan malam tadi
syaitan atau hantu dari tanah perkuburan orang Cina? Saya sendiri tidak dapat
memberikan jawapannya.
Satu hal
yang pasti, kawasan perkuburan Cina yang terletak diantara Tanjung Malim dan
Kerling itu, memang menarik perhatian para pemandu, kerana di kawasan jalan
yang berliku dan menaiki bukit itu kerap berlaku kemalangan yang dahsyat hingga
kini.
Perbualan
datuk dengan lelaki berketayap putih itu terhenti. Suasana dalam kedai kopi
pagi jadi kelam-kabut. Salah seorang dari orang yang minum disitu muntah darah
dan mengelepar atas lantai, macam ayam kena sembelih. Datuk segera
menghampirinya. Datuk tekan dada orang itu dengan ibu jari, darah keluar
memancut-mancut dari mulutnya. Datuk segera mengambil segelas air sejuk, gelas
yang berisi air itu datuk rapatkan ke bibirnya. Datuk membaca sesuatu. Kemudian
datuk berikan pada orang yang sakit itu. Bila air sejuk diminum habis satu
gelas, orang itu terus muntah. Saya lihat muntahnya bercampur dengan kaca halus
dan pasir, serta beberapa jenis serbuk.
Datuk
tepuk belakang orang itu, muntahnya berhenti. Datuk segera membancuh garam
dengan air satu gelas, air garam itu juga disuruhnya orang yang sakit itu
minum. Bila air garam itu selesai di minum, orang itu segera sihat. Dia
mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk dan memperkenalkan dirinya sebagai
Abdul Halim, berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai pemandu lori balak.
Pada Abdul Halim, datuk membekalkan seketul ibu garam dan datuk menasihatkan
padanya, sebelum minum kopi, baik di mana-mana pun serbuk garam itu mesti
dibubuhkan terlebih dahulu sebagai penawar racun.
"Ini
satu santau. Ada orang yang berniat tidak baik pada awak”, bisik datuk pada
lelaki yang berketayap puith itu. Muka orang itu kelihatan berubah wajah datuk
direnungnya.
"Boleh awak menolong saya?"
"Boleh awak menolong saya?"
"Saya
cuma boleh berusaha. Yang menentukan kejayaannya adalah Allah. Tetapi ingat,
kalau saya menolong awak, jangan sekali-kali awak mahu membalas dendam, saya
cuma mahu berusaha menyekat perbuatan orang itu supaya jangan merebak dan
merosakkan orang lain”, kata datuk.
"Ya,
tapi saya mahu tahu orangnya”
"Tak
boleh. Belum tentu hal itu sengaja di lakukannya. Boleh jadi dia tersilap.
Kita perlu mencari puncanya”, terang datuk lagi.
Lelaki
berketayap putih itu terdiam.
No comments:
Post a Comment