“Dapat mayat nya pun jadilah”, sahut lelaki
berbadan tegap.
Datuk angguk kepala dan tersenyum dalam
cahaya gasolin yang memancar garang.
"Baiklah, kalau dah begitu hajat kamu”, nada suara datuk cukup lembut.
"Baiklah, kalau dah begitu hajat kamu”, nada suara datuk cukup lembut.
Dia
menyuruh saya memadamkan lampu gasolin.
"Memadailah
dengan cahaya unggun saja”, bisiknya pada saya.
Datuk
bangun dan terus menghentak tumitnya ke bumi berkali-kali. Datuk menggigit
bibirnya sambil melangkah tiga tapak ke depan dan undur tiga tapak. Kemudian
berdiri macam patung dengan kedua belah tangannya terletak atas dada.
"Ada
kamu dengar sesuatu?”, datuk bertanya pada kami.
"Tak
ada”, jawab kami serentak.
Datuk
menggigit jari. Saya lihat apa yang datuk lakukan semuanya tidak kena. Macam
ada sesuatu yang menghalangnya. Datuk terus bertafakur beberapa saat. Akhirnya,
dia membongkok dan menumbuk bumi sebanyak tiga kali berturut-turut. Bunyi bumi
yang ditumbuk oleh datuk jelas kedengaran. Lepas itu tidak ada apa yang
kedengaran lagi. Tiba-tiba saya terdengar bunyi suara burung. Saya terus toleh
kiri dan toleh kanan. Bila saya melihat kearah kolam, dada saya berdebar-debar.
Seluruh kolam itu sudah dipenuhi dengan burung belibis. Burung-burung itu mandi
sambil membelai bulunya dengan asyik.
Datuk
masih bertafakur. Mulutnya bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Suara orang
mengilai kedengaran lagi. Pokok-pokok sekitar kolam mula bergoyang dirempuh
angin. Serentak dengan itu terdengar suara gadis membaca ayat-ayat suci. Bila
suara gadis itu hilang, seekor burung belibis hitam terbang dipermukaan air
dan akhirnya hinggap diatas dahan pokok yang menjulur ke atas kolam. Angin pun
berhenti bertiup. Mata burung belibis yang bertenggek atas dahan itu bagaikan
merenung ke arah kami.
Dari atas
dahan itu burung belibis hitam terbang ke arah busut jantan dan hinggap di
situ. Datuk masih lagi membaca sesuatu. Seluruh badannya dibasahi peluh. Saya
terus menahan nafas, saya tidak mahu bunyi tarikan nafas saya akan mengganggu
datuk yang sedang menjalankan tugasnya. Malam pekat terus menguasai sekitar
kawasan kolam.
Burung
belibis yang hinggap di busut jantan terus hilang dari pandangan mata saya.
Bunyi bising mula kedengaran bercampur dengan suara petir, bumi bagaikan
bergegar. Saya terus berdoa semoga jangan terjadi gempa bumi atau puting
beliung. Saya lihat datuk mula bergerak kearah busut jantan. Kami bergerak
mengikut datuk dengan hati-hati. Kami menarik nafas panjang. Di atas busut
jantan tertonggok satu lembaga yang besar. Duduk bersila dengan kedua belah
tangannya mendakap dada. Lembagayang berkulit hitam tanpa baju itu bagaikan
sedang menghening cipta atau bertafakur.
Datuk
terus mara ke arahnya. Lebih kurang dalam jarak lima kaki darinya datuk terus
berhenti. Kami jadi resah . Tetapi, tidak seorang pun yang berani menyatakan
keresahan masing-masing.
"Pergilah
ke kolam itu semula, tepuk airnya tujuh kali kemudian sapukan ke muka, dengan
berbuat begitu saja mayat orang yang hilang itu akan timbul”, kami terdengar
suara lelaki.
Suara itu
parau dan bernada keras. Saya yakin suara itu keluar dari mulut datuk. Rasa
ragu yang timbul di hati saya itu segera hilang. Suara itu adalah suara lembaga
yang duduk atas busut jantan tetapi, telah di pindahkan ke dalam diri datuk.
Ertinya datuk sudah berjaya mempersatukan perasaannya dengan alam ghaib.
Seterusnya kami dapat mendengar percakapan yang terjadi antara datuk dengan
lembaga itu seperti berikut.
"Ada
lagi yang mahu aku pinta padamu"
"Apa
dia, cakaplah sekarang"
"Kami
mohon keselamatan diri orang-orang yang datang ke sini. Janganlah diri mereka
dianaiya"
"Boleh.
Dengan syarat jangan menembak atau membunuh rakyat aku. Kalau mahu, minta cara
baik"
"Bagaimana
caranya?"
"Sebelum
menembak atau menangkap rakyat aku, sembelih kambing dan darahnya buang ke
dalam kolam"
"Baik"
Bila suara itu tidak kedengaran lagi, datuk terus menampar dada sebelah kanan tiga kali. Lembaga di atas busut jantan terus hilang dari pandangan kami. Datuk tergesa-gesa meraba kedua belah kelopak matanya, bagaikan orang yang baru sedar dari tidur.
Bila suara itu tidak kedengaran lagi, datuk terus menampar dada sebelah kanan tiga kali. Lembaga di atas busut jantan terus hilang dari pandangan kami. Datuk tergesa-gesa meraba kedua belah kelopak matanya, bagaikan orang yang baru sedar dari tidur.
"Kita
turut saja apa yang diperintah oleh orang di sini”, kata datuk kepada kami.
Dia
menyuruh saya menghidupkan lampu gasolin. Perintahnya itu saya ikut. Bila lampu
gasolin sudah menyala, seluruh kawasan itu terang benderang. Burung-burung
belibis yang tadinya penuh satu kolam sudah tidak kelihatan lagi . Air kolam
nampak tenang dengan pokok-pokok teratai dan kiambang di permukaannya. Kerana
waktu Isyak masih ada, kami terus menunaikan sembahyang Isyak dan imamnya tetap
juga datuk.
Lepas
sembahyang, kami merebahkan badan dan terus tidur. Datuk menghabiskan masa
malam dengan membuat amalannya. Dia berdoa dan membaca Surah Yasin. Selepas
menunaikan sembahyang subuh, datuk terus melakukan senaman. Bila matahari mula
terbit di kaki langit, kami sudahpun berkumpul dibibir kolam. Datuk akan
melakukan upacara menepuk air kolam tersebut.
"Bersedialah.
Kalau buruk yang datang kita tentang, kalau baik yang datang kita tatang”, ujar
datuk sambil duduk mencangkung di bibir kolam.
Rasa sejuk
menguasai seluruh badan kami. Dengan hati-hati datuk pun menepuk air di kolam.
Tepukan itu menimbulkan gelombang di permukaan kolam, pokok-pokok teratai dan
kiambang bergerak ke sana ke mari, bersama hembusan angin yang cukup kuat. Bila
datuk menyapukan air kolam ke mukanya, gelombang dan angin yang bergemuruh itu
terus berhenti. Kemudian datuk menyuruh kami menepuk air di kolam dan menyapu
ke muka masing-masing. Bila upacara itu selesai datuk terus duduk di tepi kolam
sambil mulutnya berkomat-kamit membaca sesuatu. Lebih kurang sepuluh minit
datuk berbuat demikian, tiba-tiba mengapung tubuh manusia dipermukaan kolam.
"Usman,
mayat Usman”, pekik lelaki berbadan tegap.
Dia segera
mahu masuk ke dalam kolam. Datuk segera menahan dengan menolaknya ke belakang.
Lelaki berbadan tegap itu jatuh ke atas bumi. Muka datuk jadi merah. Marah
benar dia dengan perbuatan lelaki itu, memang pantang tujuh keturunan pada
datuk jika ada orang lain mahu mendahului kerja-kerjanya.
"Kalau
aku yang memulakannya, biarlah aku yang menyelesaikan semuanya”, nada suara
datuk cukup keras.
Dia pun
menyingsing lengan dan melipatkan kaki seluarnya. Mata datuk tertumpu pada
mayat yang terapung atas permukaan kolam. Datuk segera membuka kain yang
mengikat kepalanya. Kain itu diletakkannya atas bahu kanan. Dengan tenang datuk
turun ke dalam kolam. Air dalam kolam mula bergelombang. Pancaran matahari pagi
yang menikam permukaan kolam menimbulkan cahaya kilau kemilau pada gelombang
air yang membentuk bulatan kecil. Datuk terus berenang mendapatkan mayat yang
terapung. Lelaki gagah yang jatuh di tolak oleh datuk tadi segera bangun, dia
mengarahkan kawan-kawannya supaya membuat pengusung. Saya tidak mahu membantu
mereka. Saya lebih senang melihat tindak-tanduk datuk yang berada dalam perut
kolam.
Datuk
terus menarik mayat Usman ke tepi kolam. Dengan bantuan orang bertiga, mayat
Usman diletakkandi atas pengusung. Untuk mengusung mayat ke tepi jalan raya
bukanlah satu perkara yang mudah.
"Begini
saja, biarkan mayat itu di situ, kita pulang sekarang”, datuk mengeluarkan
perintah yang ganjil.
Muka orang
bertiga nampak cemas. Tetapi, mereka tidak berani bertanya kenapa datuk berbuat
demikian. Datuk menyuruh kami keluar dari kawasan kolam itu dahulu. Kami patuh
pada perintahnya. Ketika kami melintasi pokok besar di tengah kawasan hutan,
kami bertemu dengan seekor harimau yang melangkah gagah, tanpa merenung ke arah
kami.
Harimau
itu menuju ke kawasan kolam. Bila kami sampai ke tepi jalan raya, mayat Usaman
sudah berada di situ. Datuk berdiri tidak jauh dari mayat tersebut, bercakap
dengan beberapa orang anggota Pasukan Polis Hutan. Bila saya memeriksa kawasan
tempat mayat Usman diletakkan, saya tersua dengan tapak kaki harimau. Saya
senyum sendirian. Datuk meminta pertolongan dari rakan karibnya bagi mengatasi
masalah yang dihadapinya. Datuk menghampiri kami. Datuk terus memberitahu kami,
Pasukan Polis Hutan itu mahu masuk ke dalam hutan untuk melancarkan gerakan
mencari Usman yang hilang.
Salah
seorang adik Usman yang bertugas sebagai guru sekolah di Kuala Kangsar telah
mengadu kepada polis atas kehilangan abangnya itu. Salah seorang pegawai
Pasukan Polis Hutan menemui datuk. Mereka berjabat salam dan mempamirkan senyum
masing-masing di bawah sinaran matahari pagi yang cerah.
"Saya
ASP Mualim Hamid”, dengan keramahan, pegawai yang berbadan tegap dan berkumis
rapi memperkenalkan dirinya pada datuk. Mayat Usman yang terkapar di bibir
jalan terus ditutup dengan kain pelikat oleh kawan-kawannya.
"Anak
orang mana?", tanya datuk.
"Orang
Kota Bharu, Kelantan. Tetapi ayah saya berasal dari Perak"
"Dari
daerah mana tu nak?"
"Saya
kurang periksa pula tu"
"Bukan
apa-apa. Ada saudara sepupu isteri saya yang merantau ke Kota Bharu. Orang dari
Kampung Gurap dekat Ipoh. Menurut ceritanya tinggal di Daerah Kubang Krian dan
membuka perusahaan batik di situ"
"Menarik
juga ceritanya. Tak pernah jumpa dia?"
"Belum
pernah. Tetapi saudara maranya ramai di sini iaitu anak buah abangnya, Uda
Lanca"
"Cubalah
cari di sana"
"Memang
ada niat di hati tu kalau panjang umur nanti sampailah saya. Saya nak cari
anak-anak atau cucunya”, kata datuk pada pegawai Pasukan Polis Hutan itu.
Datuk dan
ASP Mualim Hamid terus menemui kawan-kawan Allhyarham Usman. Datuk dan ASP
Mualim Hamid bercakap-cakap dengan mereka. Kemudian ASP Mualim Hamid
menghubungi pegawai Polis Daerah Dinding (sekarang Manjung) di Lumut.
"Sekejap
lagi mayat ini akan dihantar ke tempatnya dengan kereta polis”, beritahu ASP
Mualim Hamid kepada datuk.
ASP Mualim
Hamid terus memerintahkan anak buahnya masuk ke dalam dua buah trak yang
berhenti di situ
Datuk pun
menghantar ASP Mualim Hamid ke jipnya. Sebelum jip itu bergerak, lagi sekali
ASP Mualim Hamid bersalaman dengan datuk. ASP Mualim memberikan alamat rumahnya
kepada datuk.
"Kalau
ada masa lapang datanglah ke rumah saya di Hulu Kinta. Boleh kita bercerita
panjang”, kata ASP Mualim Hamid dari dalam jip.
"Tengoklah,
kalau ada rezeki dan panjang umur, sampailah saya ke rumah anak”, balas datuk
dengan tenang.
Ketiga-tiga
buah kenderaan yang membawa anggta Pasukan Polis Hutan terus bergerak. ASP
Mualim Hamid dan anak buahnya melambai-Iambaikan tangan kepada kami. Kami
membalasnya dengan rasa bangga. Datuk menghampiri mayat Usman. Kemudian datuk
menyuruh orang yang berbadan tegap dan kawannya mengangkat mayat Usman untuk
diletakkan di tempat yang redup.
Lebih
kurang pukul sepuluh pagi, sebuah jip polis tiba. Dua orang polis meluru
keluar. Mereka terus menuju ke tempat mayat Usman. Datuk terus menghampiri
pemandu jip. Datuk bercakap dengannya sebentar. Datuk menarik pengusung dari
belakang jip dengan dibantu oleh pemandu jip yang berkulit agak cerah.
Tingginya lebih kurang sama dengan tinggi datuk. Datuk dan pemandu jip membawa
alat pengusung ke tempat mayat Usman. Mayat Usman pun diletakkan atas pengusung
dan di bawa ke dalam perut jip.
"Awak
tak pergi sarna?" tanya pemandu jip pada datuk.
"Tidak.
Kawan-kawannya boleh tunjukkan tempatnya”, balas datuk sambil menepuk bahu
pemandu jip itu. Dua tahun kemudian saya mendapat tahu nama anggota polis yang
menjadi pemandu jip itu ialah Mior Hassan. Ayah kepada kartunis dan novel
Mishar dan penyanyi terkenal Sohaimi Meor Hassan.
"Saya
doakan selamat sampai”, ujar datuk lagi.
Pemandu
jip itu tersenyum dan terus menghidupkan injin jipnya. Beberapa saat kemudian
jip itu meninggalkan kami. Suasana di situ terasa sunyi, tidak banyak kenderaan
yang lalu di situ. Saya dan datuk terus pulang. Sampai di rumah, nenek
menyambut kami di kepala tangga dengan wajah yang agak sugul. Datuk tidak
bertanya pada nenek kenapa dia berkeadaan demikian. Datuk terus pergi ke
sungai. Datuk mandi dan membersihkan badannya. Lepas menunaikan sembahyang
Zuhur datuk dan saya terus makan. Selesai sahaja makan, datuk terus berehat di
anjung rumah sambil membuka beberapa buah kitab agama.
Saya terus
baring di ruang tengah rumah membilang atap serta melihat beberapa ekor
kupu-kupu sesat yang masuk ke rumah. Kupu-kupu itu berlegar-Iegar disitu
mencari jalan ke luar. Nenek terus mendekati datuk. Duduk berhadapan dengan
datuk. Tergesa-gesa datuk menutup kitab yang dibacanya.
"Apa
yang awak susahkan ni”, datuk mengajukan pertanyaan sambil meraba pangkal
kening kirinya beberapa kali. Nenek menarik nafas panjang. Wajah datuk
direnungnya lama-lama.
"Apa
yang awak risaukan? Cakaplah dengan saya”, soal datuk lagi. Nenek garu pangkal
lehernya berkali-kali. Kerongkongnya bagaikan tersekat untuk memperkatakan
sesuatu kepada datuk. Saya bangun terus menghampiri datuk dan nenek. Wajah
mereka saya tatap. Temyata mereka dalam keresahan.
"Semalam
ada orang datang mengugut kita semua. Kalau awak campur dalam urusan mereka”,
nenek bersuara lemah.
"Siapa
orangnya?"
"Saya
tak kenal, mereka datang berdua. Badan mereka tegap-tegap belaka"
"Apa katanya?"
"Apa katanya?"
"Kalau
awak menolong Kiai Muslih, mereka nak bunuh kita semua. Mereka nak bakar kita
hidup-hidup"
Datuk
menarik nafas panjang setelah meridengar keterangan dari nenek. Datuk sandarkan
badan pada dinding. Datuk merenung keluar, melihat pangkal pokok mempelam di
halaman rumah yang di panah matahari petang. Saya lihat datuk kerutkan
keningnya macam mengingati sesuatu. Datuk cuba mengingati orang-orang
dimusuhinya. Datuk gelengkan kepala, sepanjang ingatannya tiada orang yang
dimusuhinya.
"Siapa
mereka?", tanya datuk pada nenek.
"Saya
tak kenaI"
"Lupakan
saja. Tidak ada manusia yang mati kerana sumpah dan ugutan"
"Tapi
kita kena berjaga-jaga"
"Saya
faham”, datuk bersuara lemah. Datuk bangun dan terus turun dari rumah. Saya
mengikuti datuk yang duduk di bangku panjang di bawah pokok manggis. Datuk
termenung panjang di situ. Datuk menekan-nekan bumi dengan ibu jari kaki
kirinya. Tiba-tiba datuk menepuk pangkal paha kirinya tiga kali berturut-turut.
"Aku
tahu dan aku ingat siapa Kiai Muslih”, kata datuk dengan tekanan suara yang
meninggi.
Dia terus
berdiri dan memeluk tubuhnya erat-erat. Sepasang mata datuk merenung tajam ke
hadapan. Datuk merapatkan kelopak matanya perlahan-Iahan sambil menarik nafas.
Dadanya nampak berombak dan kedua belah bahu dan kedua belah cuping telinganya
bergerak-gerak sendiri. Datuk membuka matanya. Muka datuk saya lihat berpeluh.
"Siapa
Kiai Muslih, tuk?" tanya saya
"Dia
kawan aku satu masa dulu. Orangnya baik dan kuat beribadat. Pelik kenapa orang
memusuhinya”, keluh datuk sambil menggosok pangkal hidungnya hingga merah.
Datuk
terus mengelilingi pokok manggis dua tiga kali, macam mencari sesuatu. Dahinya
masih berkerut. Saya hanya melihat sahaja telatah datuk. Kemudian datuk mencari
arah angin datang.
"Mari”,
datuk menarik tangan saya.
Pada
mulanya saya menduga datuk akan mengajak saya pergi kekawasan tanah yang agak
tinggi. Dugaan saya tidak tepat. Datuk mengajak saya masuk ke rumah. Datuk
kembali membaca kitab-kitab agama hingga menjelang waktu Asar. Lepas sembahyang
Asar, datuk kelihatan resah tidak menentu. Keresahan itu berlanjutan hingga
waktu Maghrib dan Isyak. Semua yang di buatnya serba tidak kena. Macam ada
sesuatu yang besar mengganggu dirinya.
"Kiai
Muslih baik orangnya”, keluh datuk sambil menggigit ibu jari kanannya. Waktu
itu sudah pukul sebelas malam.
"Tamar"
"Kenapa tuk?"
"Kenapa tuk?"
"Kau
tidur dekat tuk malam ini"
"Baik
tuk"
Saya pun
membentangkan tikar mengkuang di anjung rumah. Kemudian nenek memberikan saya
sebiji bantal. Saya terus merebahkan badan. Datuk terus membaca Quran.
Tiba-tiba datuk berhenti membaca Quran. Dia merenung ke arah saya.
"Ingat,
bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas dan mengucap dua kalimah syahadah dan hadapkan badan kamu ke kiblat, barulah kau tidur"
"Baik
tuk”, saya pun patuh dengan apa yang diperintahnya.
Dalam
beberapa detik saya terus terlena. Lebih kurang pukul tiga pagi datuk kejutkan
saya. Bila saya buka mata, saya lihat datuk sudah memakai baju hitam dan seluar
hitam. Kepalanya sudahpun dililit dengan kain merah sebesar dua jari.
"Ke
mana tuk?
"Jangan
banyak cakap, ikut sahaja cakap aku"
"Tuk
marahkan saya?"
"Aku
tak marah cuma menegur aja”, balas datuk dengan ketawa kecil.
Saya
senang hati kerana berjaya mengusik datuk. Wajahnya yang kelihatan serius sudah
berubah. Wajah datuk nampak manis bila ketawa, meskipun kulit pipinya sudah
berkedut. Dengan langkah yang tenang saya ikut datuk keluar dari rumah. Suasana
terasa amat sepi sekali. Badan terasa cukup dingin. Dalam keadaaan subuh yang
damai itu, saya dan datuk menuju ke kawasan tanah lapang yang agak tinggi
kedudukannya dari tanah sekelilingnya. Datuk terus duduk bersila di atas tanah
itu. Saya duduk sebelah kanannya. Datuk lekapkan tapak tangan kanan ke dada
sebelah kiri. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Datuk terus bangun dan
berdiri tegak menghadap ke arah barat daya. Suasana cukup sepi. Tetapi langit
kelihatan begitu cerah. Saya lihat kabus mula bangkit di kawasan yang agak
rendah. Kedua belah cuping telinga saya terasa sejuk di sentuh angin.
"Kiai
Muslih, Kiai Muslih”, datuk bersuara.
Tidak ada
apa-apa yang kedengaran kecuali bunyi deru angin yang datang dari arah barat
daya. Datuk tarik nafas panjang.
"Kiai
Muslih, Kiai Muslih”, ulang datuk lagi.
"Ya,
kenapa?" saya terdengar suara.
Saya tidak
dapat mempastikan dari arah mana suara itu datang. Saya renung kiri kanan,
hadapan belakang kalau kalau ada manusia yang muncul di situ. Tidak ada orang
lain selain daripada kami.
"Kau
sihat sekarang Muslih?"
"Sihat"
"Keadaan kampung kamu bagaimana?"
"Keadaan kampung kamu bagaimana?"
"Kemarau
panjang"
"Boleh
aku datang ke sana?"
"Memang
itu yang aku harapkan. Sudah dua kali aku menghubungi kau dengan angin, tapi
tak berjaya"
"Macam
mana kau tahu aku ada di sini."
"Tiba-tiba
saja hati aku tergerak dan ada alamat yang menunjukkan kau mahu bercakap dengan
aku, kerana itu aku cari tempat yang sesuai untuk bercakap dengan kau"
"Hajat
kita sudah ditunaikan oleh Allah"
"Syukurlah
pada-Nya"
"Baiklah
Kiai Muslih, esok aku datang"
Saya
terpegun melihat keadaan yang serba aneh itu. Memang ganjil dua manusia yang
duduk berjauhan boleh bercakap dengan perantaraan angin.
"Balik”,
saya terkejut.
Apa yang
saya fikirkan dalam kepala semuanya hilang. Saya tergesa-gesa bangun dan melangkah
mengikut langkah datuk yang begitu cepat. Tetapi, saya tetap berazam mahu
bertanya pada datuk berhubung dengan peristiwa yang berlaku itu. Hati saya
cukup gembira. Tanpa di duga sesudah sembahyang subuh dan mandi embun, datuk
menceritakan pada saya apa yang dilakukannya itu adalah jalan terakhir dalam
usahanya untuk membantu seorang kawan.
"Bercakap
dengan perantaraan angin tak boleh dilakukan selalu, kecuali sudah terdesak
terutama waktu darurat”, kata datuk.
"Kenapa
begitu tuk?"
"Banyak
amalan yang mesti dibuat sebelum melakukannya dan orang yang kita lawan
bercakap pula mestilah tahu petua dan syarat. Orangnya mesti warak, jiwanya
mesti bersih"
"Saya
faham tuk."
Pagi itu,
nenek melepaskan kami dengan iringan airmata. Nenek bimbang kalau langkah kami
pagi itu, merupakan langkah terakhir. Nenek tidak mahu datuk menemui ajal di
tempat orang. Kalau boleh biarlah datuk menghembuskan nafas terakhirnya di
rumah.
"Usah
bimbang, kita pergi bukan mencari lawan, niat kita baik. Kalau sudah ajal itu
lainlah”, datuk memujuk nenek.
"Tapi,
orang tu dah beri amaran"
"Ajal
maut bukan di tangan manusia. Kau harus tahu Allah yang lebih berhak dan
berkuasa"
"Entahlah”, suara nenek cukup lemah.
"Entahlah”, suara nenek cukup lemah.
Tetapi
hatinya terus berdoa pada Allah semoga kami selamat pergi dan selamat pulang.
Kami sampai di kampung Kiai Muslih yang terletak di daerah Sungai Manik
kira-kira pukul lima petang. Kiai Muslih yang berasal dari Pakalungan, Jawa
Tengah menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka. Menurut datuk Kiai
Muslih datang ke Tanah Semenanjung sekitar tahun tiga puluhan. Sebelum menetap
di daerah Sungai Manik dia pemah tinggal di Johor.
"Bagaimana
sekarang Kiai?"
"Alhamdulillah,
saya setakat ini masih sihat"
"Cucu
perempuan awak dah besar sekarang?"
"Dah
jadi anak dara. Sudah bertunang dengan orang di Langkap"
"Siapa
namanya?"
"Suariati"
"Tunangnya orang Jawa juga ke?"
"Tunangnya orang Jawa juga ke?"
“Tidak
dengan orang Banjar"
"Ingat
dulu, nak dijodohkan dengan cucu saya"Tak ada jodoh, carilah cucu saya
yang lain"
Sebaik
sahaja Kiai Muslih selesai bercakap, datuk terus ketawa sambil menjeling ke
arah saya. Petang itu juga Kiai Muslih membawa datuk dan saya melawat ke
kawasan sekitar kampungnya. Saya dapati parit dan sungai semuanya kering
kontang, tanah sawah kelihatan gersang dan merekah. Menurut Kiai Muslih, sudah
tiga bulan hujan tidak turun. Tetapi penduduk-penduduk di situ tidak menghadapi
masalah untuk mendapatkan air minum kerana pihak Jabatan Kerjaraya yang
berpusat di Teluk Intan membekalkan air sehari dua kali iaitu pada sebelah
petang dan pagi. Air yang dikhaskan untuk diminum itu juga digunakan untuk
membasuh dan mandi. Masalah besar yang dihadapi oleh para penduduk ialah tanah
sawah yang menjadi punca rezeki mereka tidak dapat diusahakan.
Saya dan
datuk hanya dapat menyatakan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa
penduduk di situ. Datuk juga berjanji pada Kiai Muslih untuk berikhtiar bagi
mengatasi masalah tersebut. Pada sebelah malamnya, datuk dan Kiai mengadakan
perundingan untuk mengajak para penduduk mengadakan sembahyang hajat. Belum pun
Kiai Muslih memberi kata putus mengenai cadangan datuk itu, seorang penduduk
mengetuk pintu rumah Kiai Muslih. Cepat-cepat Kiai Muslih membuka pintu.
"Kenapa?",
tanya Kiai Muslih pada orang yang datang.
"Ketua
kampung suruh berkumpul di dewan, ada mesyuarat"
"Dah
malam baru mengadakan mesyuarat, kenapa tak buat pada sebelah siang?"
"Saya tak tahu. Kalau mahu ikut datang ke dewan, jangan banyak cakap”, balas orang yang datang lalu menghilangkan diri.
"Saya tak tahu. Kalau mahu ikut datang ke dewan, jangan banyak cakap”, balas orang yang datang lalu menghilangkan diri.
Datuk
dapat mempengaruhi Kiai Muslih untuk patuh dengan arahan ketua kampung itu.
Tanpa membuang masa lagi, kami terus menuju ke dewan. Waktu kami sampai di
dewan orang sudah ramai berkumpul di bawah sinaran tiga buah lampu gasolin.
Tidak sampai dua minit kami duduk di dalam dewan, ketua kampung pun tiba dan
terus memberikan ucapan. Ketua kampung meminta orang yang hadir memberikan
pandangan untuk mengatasi masalah kemarau panjang yang melanda kampung mereka.
Sebaik sahaja ketua kampung berhenti bercakap, Kiai Muslih terus bangun dan
berkata:
“Masalah
hujan sebenamya adalah kekuasaan Allah. Tetapi Allah juga telah memberikan
fikiran dan akal pada manusia untuk berikhtiar supaya tidak menyerah diri
begitu saja pada alam”, Kiai Muslih berhenti bercakap.
Dia
merenung setiap wajah yang ada di dalam dewan.
"Kita
sebagai manusia wajib berikhtiar dan berusaha untuk menguasai alam demi untuk
meneruskan hidup kita, berjaya atau tidaknya terletak pada kuasa Allah.
Anehnya, bila saya mengajak tuan-tuan berusaha semuanya tidak mahu”, Kiai
Muslih menambah.
Tiba-tiba
perhatian orang yang ada di dalam dewan tertumpu ke arah seorang anak muda yang
secara mendadak menumbuk dinding dewan. Anak muda itu meluru ke tengah dewan.
Berdiri di situ.
"Orang
tua ini menyuruh kita berdoa. Dari dulu lagi dia suruh kita berbuat demikian.
Apa dengan berdoa hujan boleh turun dari langit”, kata anak muda dengan suara
yang cukup lantang.
Orang yang
berada dalam dewan berpandangan sama sendiri. Tetapi ketua kampung anggukkan
kepala seolah olah bersetuju dengan pendapat anak muda itu. Kiai Muslih
kelihatan tenang sambil meraba-raba janggutnya.
"Allah
Maha Pemurah”, balas Kiai Muslih dengan penuh keyakinan.
“Allah
selalu memperhatikan doa orang yang takwa serta beriman”, tambah Kiai Muslih.
Seorang penduduk bangun lalu bertanya, "Apa yang patut kita lakukan Kiai?"
Seorang penduduk bangun lalu bertanya, "Apa yang patut kita lakukan Kiai?"
Belum pun
sempat Kiai Muslih memberikan jawapan, datuk segera berkata:
"Bagi
mereka yang percaya dan yakin, marilah kita melakukan sembahyang Istisqa untuk
memohon pada Allah supaya segera diturunkan hujan rahmat, hujan yang memberikan
air kehidupan pada manusia, insyallah permintaan kita akan dikabulkan"
Anak muda
yang menumbuk dinding segera merenung ke wajah datuk.
"Awak
siapa?"
"Saya
kawan Kiai Muslih"
"Awak
tahu ini bukan urusan awak"
"Saya
tahu, apa awak tidak sedar sesuatu yang baik memang dituntut oleh Allah untuk
dilakukan oleh umatnya"
Anak muda
itu terdiam mendengar kata-kata dari datuk. Ketua kampung segera menyuruh anak
muda itu duduk. Setelah diadakan perbincangan selanjutnya, mesyuarat pun ditamatkan
dengan dua kumpulan. Kumpulan pertama orang yang mahu melakukan sembahyang
Istisqa. Kumpulan kedua orang yang tidak mahu melakukannya yang terdiri dari
orang yang tidak ada pendirian dan jarang melakukan ibadah. Kumpulan kedua ini
diketuai oleh anak muda dan ketua kampung yang menganjurkan pada orang-orang
kampung supaya menggali telaga dan kolam sebanyak-banyaknya untuk mengatasi
masalah kemarau. Pada waktu yang dijanjikan, kedua kelompok ini menjalankan
rancangan masing-masing.
Sembahyang
memohon hujan turun dilakukan di halaman surau kampung tersebut. Yang
bertindak selaku imam ialah Kiai Muslih sendiri. Manakala kelompok anak muda
membawa cangkul ke tengah sawah menggali kolam dharurat. Beberapa hari
kemudian, terdapat tanda-tanda hari akan hujan. Langit kelihatan mendung dan
gerimis mula turun yang diikuti kemudiannya dengan hujan yang amat lebat.
Semua penduduk merasa gembira menyambut kedatangan hujan terutama mereka yang
melakukan sembahyang tempohari.
No comments:
Post a Comment