Selama satu minggu saya dan datuk berada di
kampung Kiai Muslih, boleh dikatakan hari-hari hujan turun. Kalau tidak sebelah
pagi, sebelah petang pasti hujan. Orang-orang mula mengerjakan sawah
masing-masing. Walaupun masalah kemarau yang melanda kampung itu sudah
berakhir, tetapi Kiai Muslih meminta datuk tinggal disitu untuk beberapa bulan
lagi. Kiai Muslih menjadikan datuk teman rapatnya untuk mengajar agama di
beberapa buah kampung sekitar daerahnya.
"Kenapa
datuk terima permintaannya?",saya menyoal datuk pada suatu pagi.
Datuk
tersenyum dan memberitahu saya, dia terpaksa berbuat demikian kerana dia
merasakan keselamatan diri Kiai Muslih tidak terjamin. Tetapi, datuk sendiri
tidak dapat mencari siapakah orang yang mahu menjahanamkan diri Kiai Muslih.
"Alamat
dan petua yang aku pakai bagaikan memberitahu sesuatu yang tidak baik. Apa
salahnya kita tengok dan lihat dulu Tamar. Lagi pun Kiai Muslih tu orang
berilmu, banyak yang boleh aku belajar darinya”, demikian datuk memberitahu
saya. Dan saya tidak membantah apa juga kemahuan datuk.
Sepanjang
masa saya dan datuk tinggal di rumah Kiai Muslih, ternyata rumahnya tidak
putus-putus di kunjungi oleh para penduduk. Mereka datang menemui Kiai Muslih
dengan berbagai-bagai maksud. Kebanyakan yang datang itu adalah orang-orang
sakit dan sudah puas menemui doktor tetapi, sakit yang di tanggung tidak juga
mahu sembuh. Bila mereka menemui Kiai Muslih dengan izin Allah penyakit yang di
rawat itu terus sembuh. Biasanya, Kiai Muslih akan memberikan orang yang sakit
itu minum air sejuk yang sudah dijampinya terlebih dahulu. Kemudian tangannya
bergerak sendiri mencari bahagian-bahagian yang sakit. Bila sudah bertemu,
disempurnakan dengan membaca ayat suci dari Al-Quran.
Kemudian
pesakit itu akan diubat dengan ramuan tradisional. Perbuatannya itu seperti
tidak masuk di akal. Tetapi anehnya, kebanyakan pesakit yang dirawatnya sembuh
atau bertambah kurang penyakitnya. Kerana kebolehannya yang luar biasa itu,
Kiai Muslih amat dihormati oleh para penduduk disitu, dia dianggap sebagai
orang tua yang berilmu tinggi. Saya amat kagum dengan sikap Kiai Muslih yang
tidak pernah membesarkan diri. Dia amat menghormati datuk. Melihat keadaan
itu, mustahil ada orang lain yang mahu memusuhi dirinya.
"Aku
gagal mengubat dan memulih semangat seorang lelaki di Tanjung Malim”, Kiai
Muslih mengadu pada datuk.
"Apa
sakitnya?"
"Bila
bulan terang dia akan menjerit, penyakitnya cukup ganjil. Aku yakin dia dirasuk
syaitan. Rumahnya besar dan pada setiap malam dia tidur dengan perempuan cantik.
Aku harap kau dapat menolong aku"
"Tengoklah
dulu"
"Aku
harap benar-benar pertolongan kau"
"Begini
saja, minggu depan kita kesana”, datuk memberikan jawapan.
Kiai
Muslih cukup gembira sambil memandang ke halaman rumahnya. Datuk mengeliat
lemah dan saya melihat jam di tangan. Sudah pukul tiga petang. Kerana keadaan
cuaca agak baik, Kiai Muslih mengajak datuk melihat tanah sawahnya. Datuk
memenuhi permintaan itu. Ketika berjalan di tepi sawah itu, anak muda yang
mempersendakan Kiai Muslih muncul di hadapan kami. Anak muda itu terus menahan
perjalanan kami. Dia rapat pada Kiai Muslih.
"Pinangan
saya di tolak, apa kurangnya saya dengan anak muda dari Langkap tu”, nada suara
anak muda itu keras.
"Suriati
yang tidak mahu. Lagi pun jodoh kau dengannya tak ada"
"Suadahlah
muka sial”, anak muda itu terus meninggalkan kami. Kiai Muslih masih tersenyum
menghadapi peristiwa itu.
Dua hari
kemudian sesudah peristiwa di tepi sawah itu terjadi, penduduk-penduduk
kampung Kiai Muslih jadi gempar. Seorang wanita berusia dalam lingkungan tiga
puluhan ditemui mati di pinggir sawah. Seluruh badannya hitam. Perempuan malang
itu ialah sepupu dengan anak muda yang mempersendakan Kiai Muslih di dewan
dulu.
Serentak
dengan itu tercetus khabar-khabar angin yang mengatakan perbuatan itu dilakukan
oleh Kiai Muslih. Orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita itu
mengatakan, Kiai Muslih memelihara syaitan dan perbuatannya itu dilakukan
sebagai membalas dendam pada anak muda yang menjatuhkan air mukanya di khalayak
ramai. Golongan yang tidak bertanggungjawab itu lalu mengapi-apikan anak muda
yang sememangnya memusuhi Kiai Muslih, supaya melakukan sesuatu. Anak muda yang
sudah hilang perhitungan itu lalu bertindak liar. Anak muda itu terus
mendatangi rumah Kiai Muslih. Kerana Kiai Muslih tidak ada di rumah, anak muda
itu terus memukul isteri Kiai Muslih kemudian menikam cucu Kiai Muslih iaitu,
Suriati hingga mati.
Anak muda
itu terus mencari Kiai Muslih yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya
dari kedai. Anak muda itu tanpa berkata sepatah apa pun terus menikam Kiai
Muslih. Kiai Muslih rebah ke bumi. Saya dan datuk secara kebetulan pula tidak
pulang bersama Kiai Muslih dari kedai petang itu. Bila kami sampai ke tempat
kejadian itu, Kiai Muslih masih bernyawa. Kami segera membawanya ke rumah.
Sampai di rumah Kiai Muslih mendapati cucunya sudah tidak bernyawa lagi dan
kepala isterinya berdarah. Datuk terus merawat Kiai Muslih. Datuk juga
menasihatkan Kiai Muslih supaya bersabar. Saya disuruh oleh datuk supaya tinggal
di rumah Kiai Muslih kerana datuk mahu melaporkan kejadian itu pada pihak
berkuasa. Saya terus duduk disisi Kiai Muslih yang terbaring di dalam rumahnya.
Tiba-tiba saya terkejut, Kiai Muslih bangun. Mukanya merah. Dia boleh berjalan
macam orang sihat.
"Kau
uruskan bersama datukmu jenazah cucu aku”, katanya pada saya.
"Mahu
ke mana ?", tanya saya.
Kiai
Muslih tidak menjawap dan terus keluar rumah. Kehilangan Kiai Muslih
merunsingkan hati datuk. Walaupun isterinya sudah dihantar ke Hospital Teluk
Intan dan jenazah cucunya sudah di kuburkan, Kiai Muslih tidak juga
muncul-muncul. Kesempatan itu digunakan dengan sebaik-baiknya oleh pihak yang
menyebarkan fitnah. Kononnya Kiai Muslih melarikan diri kerana tidak sanggup
menghadapi kemarahan orang kampung terhadap perbuatannya. Datuk menafikan semua
tuduhan itu, akibatnya datuk dituduh bersuhabat sama dalam kerja terkutuk itu.
Datuk di beri kata dua untuk membuktikan kebenaran cakapnya itu dalam tempoh
dua hari oleh ketua kampung. Jika datuk gagal, ketua kampung minta datuk dengan
hormatnya keluar dari kampung tersebut.
"Tamar,
inilah ujian yang berat buat aku, kita harus menggunakan kesempatan ini dengan
sebaik-baiknya Tamar”, kata datuk pada saya, sebaik sahaja dia pulang dari
menemui ketua kampung kira-kira pukul dua petang.
Selepas
sembahyang Zuhur di kampung tersebut, datuk terus menuju ke rumah Kiai Muslih.
Dia terus duduk bersila di anjung rumah tersebut. Kedua belah tapak tanganya
terlekap atas tempurung lututnya. Datuk bertafakur.
"Keimanan
Kiai Muslih tercabar, sabarnya sudah hilang. Dia mahu membalas dendam yang
sepatutnya tidak boleh dilakukan olehnya, kemarahan yang dipengaruhi syaitan
sudah menguasai dirinya”, dengan mendadak datuk bersuara, wajahnya kelihatan
muram. Datuk mengajak saya pergi ke arah kawasan bukit yang terdapat di situ.
Cuaca yang tadi terang mula muram dengan awan hitam di langit. Datuk dan saya
terus meredah hutan tebal. Akhirnya, kami sampai di situ kawasan lapang. Di
atas batu besar kelihatan Kiai Muslih duduk bersila bertafakur.
"Mantera
hitam, mantera putih bersatulah”, kedengaran suara Kiai Muslih. Kemudian Kiai
Muslih menumpukan kekuatan batinnya, menyatukan rasa dengan alam. Dari mulutnya
terkeluar bermacam-macam mantera yang kian lama kian keras diucapkannya.
"Kiai
berhentikan perbuatan itu, kau sudah dipengaruhi syaitan”, jerit datuk
berkali-kali.
Kiai Muslih mempersetankan larangan datuk. Dia terus membaca manteranya. Awan hitam di langit semakin menebal dan guruh mula bersahut-sahutan. Datuk menggunakan kekuasaaan batin untuk menghubungi diri Kiai Muslih. Saya lihat dahi datuk berpeluh dan mukanya merah, macam udang kena bakar. Tiba-tiba datuk tersungkur atas bumi macam dihentak sesuatu. Saya mula resah tidak menentu. Dalam keadaan yang cemas itu hujan pun turun bersama dengan petir. Hujan bagaikan dicurah-curah lakunya, cukup lebat bersama dengan angin dan petir. Datuk saya lihat bergerak dan merangkak ke perdu pokok besar. Saya mengikutinya berteduh di situ. Datuk menangis tersedu-sedu. Dia tidak putus-putus menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan Kiai Muslih yang terburu-buru itu.
Kiai Muslih mempersetankan larangan datuk. Dia terus membaca manteranya. Awan hitam di langit semakin menebal dan guruh mula bersahut-sahutan. Datuk menggunakan kekuasaaan batin untuk menghubungi diri Kiai Muslih. Saya lihat dahi datuk berpeluh dan mukanya merah, macam udang kena bakar. Tiba-tiba datuk tersungkur atas bumi macam dihentak sesuatu. Saya mula resah tidak menentu. Dalam keadaan yang cemas itu hujan pun turun bersama dengan petir. Hujan bagaikan dicurah-curah lakunya, cukup lebat bersama dengan angin dan petir. Datuk saya lihat bergerak dan merangkak ke perdu pokok besar. Saya mengikutinya berteduh di situ. Datuk menangis tersedu-sedu. Dia tidak putus-putus menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan Kiai Muslih yang terburu-buru itu.
"Semuanya
sudah menjadi bubur Tamar, aku tidak berdaya menahan kemarahan orang yang
paling sabar”, ujar datuk dalam sedu sedan yang memanjang.
Hujan
lebat terus mencurah-curah, beberapa kawasan rendah mula dinaiki air. Menjelang
waktu Maghrib seluruh kampung dilanda banjir besar. Gelombang banjir yang besar
itu menghancurkan apa saja yang merintanginya. Kiai Muslih terus membaca
manteranya tanpa mempedulikan hujan dan petir yang meledak di atas kepalanya.
Datuk masih juga berusaha untuk memulihkan semangat Kiai Muslih ke alam nyata.
Datuk menggunakan segala kepandaian yang ada pada dirinya. Usahanya gagal. Saya
sudah menggigil, kulit badan terasa kecut tetapi, datuk saya lihat tidak
mengalami apa yang saya alami. Badannya sentiasa panas dan nampak berasap.
"Kiai,
kau sudah sesat", pekik datuk dengan sekuat hati. Serentak dengan itu Kiai
Muslih menoleh kearah datuk.
Tiba-tiba
kilat menyambar dengan kuatnya di kepala Kiai Muslih. Lidah petir yang tajam
menyambar kearah Kiai Muslih. Terdengar satu gegeran yang amat kuat, seluruh
kawasan itu dijilat api. Seluruh tubuh Kiai hangus terbakar. Saya terus
pengsan. Bila saya sedar dari pengsan, saya dapati datuk duduk bertafakur atas
bahu di tempat Kiai Muslih duduk. Datuk membaca ayat-ayat Quran dengan nyaring
dan kuat, hujan beransur-ansur teduh dan akhirnya berhenti terus.
"Allah
yang Maha Besar telah menunjukkan pada kita bahawa perbuatan membalas dendam
sesama manusia tidak diperkenankan. Dalam membalas dendam orang yang tidak
berdosa akan terkorban”, kata datuk pada saya, kemudian datuk melihat mayat
Kiai Muslih yang hangus.
Esoknya,
bila banjir beransur surut, datuk pun menemui ketua kampung dan menceritakan
perkara yang telah berlaku. Ketua kampung mula sedar dan insaf. Ketua kampung
mengakui yang dirinya telah banyak membuat kesilapan dan percaya pada
khabar-khabar angin, akibatnya banyak anak buahnya yang tidak berdosa menjadi
korban. Ketua kampung juga memberitahu datuk, anak muda yang menjadi musuh Kiai
Muslih hilang di bawa air yang melanda kampung tersebut. Walaupun begitu, datuk
tetap menasihatkan ketua kampung supaya bersabar.
Ketika
saya dan datuk meninggalkan kampung tersebut menuju ke Tanjung Malim, kami
mendapat khabar yang ketua kampung juga menemui ajalnya secara ngeri. Ketua
kampung mati ditimpa pokok kelapa ketika membersihkan kawasan rumahnya dari
sampah sarap yang dibawa oleh air ketika banjir. Datuk hanya terdiam mendengar
berita itu dan terus menghadiahkan Al-Fatihah pada roh ketua kampung.
Saya tahu,
datuk pergi ke Tanjung Malim untuk menunaikan permintaan arwah Kiai Muslih
untuk mengubati penyakit ganjil yang dihadapi seorang lelaki di tempat
tersebut. Kerana kami sampai ke pekan Tanjung Malim pada waktu senja, kami
terus menuju ke masjid. Setelah menunaikan sembahyang Maghrib dan Isyak di
Masjid Tanjung Malim, kami terus pergi ke sebuah kedai makan di pekan tersebut.
Datuk terus bertanya pada tuan punya kedai tentang seorang lelaki yang tinggal
di rumah besar dan mengidap penyakit ganjil. Tuan punya kedai itu memberikan
jawapan yang menghampakan tetapi, dia berjanji pada datuk untuk menemukan datuk
dengan penghulu.
"Barangkali
penghulu tahu, kalau dia tidak tahu saya akan membantu encik”, ujar tuan punya
kedai.
Setelah
membayar harga makanan dan minuman, datuk dan saya pun segera beredar dari
kedai tersebut. Saya kira datuk akan menginap di hotel malam itu. Kiraan saya
itu tidak tepat. Datuk mengambil keputusan untuk tidur di masjid sahaja.
"Kita
tidur di masjid saja, buat amalan sikit. Sementara kita masih hidup ni buatlah
mana patut untuk bekalan hari akhirat”, kata datuk pada saya.
Ketika itu
kami sedang melintasi landasan keretapi yang dibina atas dada jalan raya.
Beberapa buah lori dan kereta membunyikan hon menyuruh kami berjalan ke tepi.
Hati saya tiba-tiba jadi marah dengan sikap pemandu kenderaan itu. Mereka
memandu agak laju sambiI memasang lampu besar, tanpa memikirkan keselamatan
orang-orang yang berjalan kaki. Pemandu-pemandu kenderaan itu merasakan
jalanraya tersebut adalah hak mereka saja. Mereka seolah-olah berlumba
dijalanraya sama ada mereka datang dari arah Kuala Lumpur atau arah lpoh (masa
itu lebuhraya Slim River-Tanjung Malim masih belum ada) masing-masing mahu
sampai segera ke tempat yang di tuju. Mata saya dan datuk jadi silau akibat
suluhan lampu kenderaan.
"Kadang-kadang
manusia ni, bila dapat kemudahan tidak pernah bersyukur pada Allah dan tidak
pula mahu memikirkan tentang orang lain yang tidak ada kemudahan”, rungut
datuk.
Saya menggigit
bibir sambiI memijak rerumput di tepi jalan. Sesekali saya merenung kearah
tiang dan lampu jalan yang setia memancarkan cahaya. Waktu saya dan datuk masuk
ke kawasan masjid, kami bertemu dengan seorang lelaki berumur sekitar tujuh
puluhan memakai kain dan baju Melayu serta memakai serban hijau. Orang tua yang
kelihatan gagah itu memberi salam. Datuk membalas salamnya dan terus berjabat
tangan.
"Ke
mana?", tanya orang tua itu pada datuk.
"Cadang
tu nak bermalam di masjid ni"
"Memang
baguslah tu, berlindung di rumah Allah nanti awak dapat syafaatnya. Tetapi
sebelum tu eloklah awak merepotkan diri ke balai polis dan nyatakan awak nak
bermalam di masjid"
"Apakah
ini undang-undang?"
Orang tua
yang berserban hijau itu terdiam sejenak dan memalingkan mukanya ke arah pekan
Tanjung Malim. Saya tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana cahaya
dari lampu jalan tidak berapa kuat menyinari kawasan masjid.
"Bukan
udang-undang, tapi untuk keselamatan diri awak. Bukan awak tak tahu kawasan
sekitar Tanjung Malim belum jadi kawasan putih, sekarang zaman darurat, musim
orang komunis mengamuk”, jelas orang tua itu tanpa memandang wajah datuk.
"Saya
faham sekarang. Terima kasihlah atas nasihat awak"
"Sama-sama,
nama saya Haji Ramli, saya nak balik sekarang"
Sebaik
saja dia mengakhiri kata-kata itu, dia terus berjalan menuju ke arah jalan
raya. Datuk terpinga-pinga ada semacam kekesalan terbayang di wajah datuk
kerana tidak sempat memperkenalkan dirinya pada orang tua itu. Tetapi, datuk
mematuhi nasihatnya. Kami terus menuju ke balai polis. Salah seorang anggota
polis yang bertugas pada malam itu menyambut kedatangan kami dengan ramah.
Saya melihat jam yang tersangkut di dinding balai polis sudah hampir pukul dua
belas tengah malam.
"Apa
halnya pakcik?"
"Saya
dan cucu saya ni nak repot diri, kami nak tidur di masjid”, kata datuk.
"lnilah
yang sebaiknya untuk faedah bersama. Waktu darurat begini kadang-kadang ada
pemeriksaan mengejut waktu malam yang masanya tidak menentu. Siapa yang suruh
pakcik kemari?"
"Haji
Ramli"
"Haji
Ramli?”, anggota polis itu nampak resah sambil mengerutkan dahinya. Anggota
polis itu merenung wajah datuk penuh keraguan.
"Kenapa
encik?"
"Haji
Ramli tu sebenarnya sudah mati kira-kira enam bulan yang lalu dalam serangan
hendap komunis di Behrang.
"Siapa
dia Haji Ramli yang sebenarnya encik?"
"Dia
sebenarnya sarjan di balai polis ni. Dia orang Kuala Klawang, Negeri Sembilan.
Agaknya pakcik ni silap orang. Pakcik dah mengantuk agaknya”, anggota polis
yang bercakap dalam loghat Kedah itu mengetawakan datuk.
Sesungguhnya
datuk tidak tersinggung dengan sikap anggota polis itu. Dan datuk tidak mahu
mempertahankan kenyataan yang dilihatnya. Barangkali datuk memikirkan perbuatan
itu satu perbuatan yang sia-sia. Cukup sukar menerangkan sesuatu tanpa
bersandarkan pada kenyataan yang lojik.
"Barangkali
cakap encik betul”, kata datuk sebaik saja anggota polis itu berhenti ketawa.
Anggota polis itu minta kad pengenalan (kad pengenalan lama yang bentuknya kembar dua dari kertas biasa, ukuran gambarnya besar sedikit dari ukuran gambar kad pengenalan sekarang). Anggota polis itu menatap gambar datuk sejenak. Kemudian mencatatkan sesuatu di kertas. Kad pengenalan datuk dikembalikan. Saya sudah dua tiga kali menguap panjang.
Anggota polis itu minta kad pengenalan (kad pengenalan lama yang bentuknya kembar dua dari kertas biasa, ukuran gambarnya besar sedikit dari ukuran gambar kad pengenalan sekarang). Anggota polis itu menatap gambar datuk sejenak. Kemudian mencatatkan sesuatu di kertas. Kad pengenalan datuk dikembalikan. Saya sudah dua tiga kali menguap panjang.
"Pakcik
ni mahu ke mana sebenarnya?", soal anggota polis itu lagi.
"Saya
datang kemari, nak menolong orang sakit, saya cuma menunaikan amanat seorang
kawan"
"Pakcik
ni Tuk Pawanglah?"
"Tidak"
"Dukun?"
"Tidak"
"Bomoh?"
“Juga tidak, saya sekadar mahu membuat jasa sesama manusia"
"Dukun?"
"Tidak"
"Bomoh?"
“Juga tidak, saya sekadar mahu membuat jasa sesama manusia"
"Pakcik
ni ganjil orangnya"
"Dalam
dunia ni tak ada manusia yang ganjil, semuanya sama belaka"
Anggota
polis itu tersenyum sinis. Kemudian dia menyerahkan sekeping kertas kuning yang
tercatat nama datuk dan nombor repot. Kertas itu datuk masukkan ke dalam saku
bajunya.
"Terima
kasih encik"
"Sama-sama.
Bila pakcik mahu meninggalkan masjid untuk pergi ke mana-mana sila laporkan
diri"
"Baik
encik"
Datuk dan
saya pun meninggalkan balai polis menuju ke masjid. Bila berada dalam perut
masjid datuk terus membaca Al-Quran dan saya pun mencari tempat yang sesuai
untuk merebahkan badan. Tempat yang sesuai saya temui, badan pun saya rebahkan
dalam beberapa saat saja saya sudah tidak dapat mendengar suara datuk.
Rasa marah
dan geram mula menguasai diri saya. Kerana terlalu geram saya genggam penumbuk
lalu menekan penumbuk ke dinding masjid, hingga buku lima saya terasa sejuk
menyentuh simen dinding. Siapa tidak meradang sedang nyenyak tidur dipaksa
bangun.
"Sial”,
pekik saya.
"Jangan
biadab!”, balas datuk serentak dengan itu tangan kanan datuk menekan rehang
mulut saya. Lepas itu, dia menekan pangkal pelipat kaki kanan saya beberapa
minit, hingga muka dan badan saya berpeluh. Badan terasa segar dan bertenaga
rasa mengantuk dan malas terus hilang. Datuk terus menarik tangan saya menuju
ke pintu masjid. Di situ sudah sedia menanti dua orang lelaki. Mereka tersenyum
merenung pada kami. Salah seorang dari lelaki itu saya kenali, iaitu anggota
polis yang kami temui di balai polis. Dan seorang lagi tidak saya kenali.
Orangnya kurus memakai baju kemeja putih dan berseluar kuning. Wajahnya nampak
muram.
"Ada
apa encik? Encik nak periksa kami?”, tanya saya.
“Tidak"
"Jadi kenapa encik datang kemari?”, datuk menyoal pada anggota polis.
"Jadi kenapa encik datang kemari?”, datuk menyoal pada anggota polis.
Saya lihat
anggota polis yang menyandang senjata api di bahunya tersenyum.
"Begini pakcik. Dia ni kawan saya dan kerjanya pun macam saya juga. Dia nak minta tolong tengokkan anaknya tidak berhenti-henti menjerit”, anggota polis itu menjelaskan tujuannya yang sebenar.
"Begini pakcik. Dia ni kawan saya dan kerjanya pun macam saya juga. Dia nak minta tolong tengokkan anaknya tidak berhenti-henti menjerit”, anggota polis itu menjelaskan tujuannya yang sebenar.
Datuk termenung
sejenak. Ada rasa kurang senang hati terpamir di wajahnya. Memang, datuk tidak
berapa suka orang lain tahu tentang kebolehannya. Datuk gigit bibir.
"Saya
minta Tuk Pawang tengokkan saja”, rayu lelaki yang memakai baju putih sambil
merenung wajah datuk.
Anggota
polis di sebelahnya tidak berkata apa-apa.
"Saya
bukan pawang, saya bukan bomoh”, kata datuk serius. Wajah lelaki yang berbaju
putih itu segera berubah.
"Kami
minta tolong pakcik”, anggota polis pula merayu. Lagi sekali datuk termenung
panjang.
"Saya
bukan bomoh dan bukan pawang , saya cuma boleh berikhtiar saja. Allah yang
menentukan”, nada suara datuk lemah.
"Kami
faham dan apa yang kami buat ni adalah ikhtiar kami”, sahut anggota polis.
Setelah meraba pangkal telinga kanannya dua kali berturut-turut, datuk memberi persetujuan untuk memenuhi permintaan mereka. Kami pun meninggalkan kawasan masjid. Dalam jangkaan saya waktu itu sudah pukul tiga pagi kerana bintang-bintang di langit sudah berkurangan angin pula tidak sekuat tadi bertiup.
Setelah meraba pangkal telinga kanannya dua kali berturut-turut, datuk memberi persetujuan untuk memenuhi permintaan mereka. Kami pun meninggalkan kawasan masjid. Dalam jangkaan saya waktu itu sudah pukul tiga pagi kerana bintang-bintang di langit sudah berkurangan angin pula tidak sekuat tadi bertiup.
Akhimya,
saya dan datuk sampai ke rumah yang di tuju. Anggota polis tidak turut sama,
dia kembali ke balai menyambung tugasnya. Masa berada di rumah itu, kami
terdengar bunyi tembakan yang bertalu-talu dari arah barat laut. Lelaki yang
berbaju putih itu memberitahu datuk ada pertempuran di hutan antara pasukan
keselamatan dengan pihak komunis. Datuk hanya anggukkan kepala mendengar
penjelasan itu. Tetapi, saya bagaikan terasa ada sesuatu yang ganjil, lalu saya
membuat kesimpulan bahawa diri saya dan datuk sudah dipermainkan. Saya membuat
kesimpulan itu, kerana saya tidak terdengar suara orang menangis. Suasana dalam
rumah itu terasa tenang dan damai sekali lampu letrik bersinar dengan
terangnya. Saya dan datuk duduk bersila dekat pintu sementara lelaki berbaju
putih duduk tidak jauh dari datuk membelakangi ruang rumah.
"Mana
dia anak awak?", tanya datuk.
"Begitulah
keadaannya, ada masa dia diam ada masa dia menangis"
"Bawa
dia kemari"
Lelaki
berbaju putih itu terus memerintahkan isteri membawa anaknya ke ruang tamu.
Isteri lelaki berbaju putih itu dalam lingkungan usia tiga puluhan berkulit
cerah dan tinggi lampai orangnya. Kelopak matanya kelihatan bengkak, barangkali
terlalu lama menangis. Dia pun meletakkan anak yang dipangku di hadapan datuk.
Anak itu cukup nyenyak tidur. Tiba-tiba anak itu menangis dengan sekuat
hatinya. Matanya terbeliak macam melihat sesuatu yang amat menakutkan,
sedangkan kaki dan tangannya bergerak-gerak macam orang menari mengikuti irama
gendang yang di palu.
Datuk
tidak melakukan sesuatu terhadap anak perempuan itu. Budak perempuan itu cukup
comel rupa parasnya, berusia kira-kira sepuluh tahun, berambut ikal yang
dipotong separas bahu. Kulitnya cerah macam ibunya juga. Dia kelihatan menarik
dengan pakaian baju kebaya merah dan berkain hijau. Budak comel itu terus
menjerit dan menangis hingga wajahnya kelihatan agak kebiru-biruan. Datuk
membaca sesuatu lalu memegang tumit kaki gadis comel. Tangisan dan jeritan
budak comel itu terhenti. Dia kembali tidur. Datuk terus diberi penjelasan oleh
lelaki yang berbaju putih.
Menurut
lelaki itu, anaknya sudah dua hari dua malam berkeadaan demikian. Sudah di
bawa ke klinik swasta dan doktor mengesahkan anaknya tetap normal. Beberapa
orang dukun tempatan pula mengatakan anaknya itu terkena sampuk ketika melintasi
sebuah busut jantan sekembalinya dari sekolah. Dukun-dukun itu cuma
mengubatinya. Semuanya tidak berjaya keadaan anaknya tetap macam itu.
"Tolong
saya tuan. Anak saya cuma dua orang saja, dialah yang tua. Seorang lagi lelaki.
Apa yang tuan syaratkan saya tunai, ambillah emas di badan saya ini sebagai
cagaran”, isteri lelaki berbaju putih merayu datuk sambil menangis. Keadaan
dalam rumah sudah jadi haru-biru, beberapa orang jiran kiri kanan bangunan
sederet itu terjaga. Mereka lalu datang ke tempat kami.
"Begini
saja. Saya minta awak membaca Al-Fatihah dan Surah Al-Iklas seberapa banyak
boleh. Jangan menangis dan meratap. Perbuatan itu tidak baik, memberi peluang
syaitan menguasai hati awak”, kata datuk dengan tenang.
Isteri lelaki
berbaju putih itu terdiam. Kemudian datuk meminta jiran-jiran tetangga yang
datang supaya pulang ke rumah masing-masing. Datuk memberitahu mereka selagi
mereka berada disitu, datuk tidak dapat melakukan sesuatu. Permintaan itu
dipatuhi oleh jiran-jiran yang datang. Suasana dalam rumah kembali tenang.
Datuk terus menepuk lantai rumah tiga kali. Mulutnya bergerak-gerak membaca
sesuatu, kemudian datuk meletakkan ibu jarinya atas dahi gadis comel.
Ditekannya dahi anak comel itu hingga berbekas.
"Saya
minta maaf. Anak awak ni suka sangat melihat kera berjoget”, kata datuk sambil
memandang wajah lelaki yang berbaju putih dan isterinya. Mereka kelihatan
tercengang. Datuk tersenyum lalu meminta isteri lelaki berbaju putih itu
membangunkan anak lelakinya yang berusia lapan tahun. Permintaan itu di
tunaikan.
Bila budak
lelaki yang berusia lapan tahun itu berada di depan datuk, wajahnya kelihatan
cemas. Datuk pun memegang tapak tangan kanannya sebentar.
"Jangan
takut. Cakap perkara yang betul dengan tuk”, kata datuk sambil melepaskan
tangan budak lelaki yang dipegangnya. Budak lelaki itu anggukkan kepala.
"Cucu
sama kakak ada tengok tarian kera?"
"Ada”
"Seronok tak?"
"Seronok tak?"
"Seronok.
Kera tu menari joget ikut gendang. Dia menari dekat kakak sambil memeluk pinggang
kakak"
Datuk puas
hati dengan penjelasan budak lelaki itu. Datuk menyuruh isteri lelaki berbaju
putih membawa anaknya ke kamar tidur semula. Bila isteri lelaki yang berbaju
putih datang semula dan duduk di sisi suaminya, datuk pun memperkemaskan silanya.
Datuk pun mengedutkan dahinya hingga pangkal ke dua keningnya seakan-akan
bertemu. Mata datuk saya lihat kian mengecil.
"Mengapa
dibiarkan anak perempuan awak dipegang oleh kera yang menari?",
pertanyaan itu datuk ajukan pada lelaki yang berbaju putih.
Lelaki itu
kelihatan resah, kemudian secara terus terang dia memberitahu datuk bahawa
perkara yang terjadi itu di luar pengetahuan isteri dan dirinya. Datuk lalu
menggesa lelaki berbaju putih mencari kera dan tuannya. Lagi sekali wajah
lelaki itu cemas, bukanlah mudah untuk mencari kera dan tuannya waktu begini.
"Saya
tak kenaI dengan tuannya?"
"Begini.
Aku rasa kera dan tuannya tu bermalam di kaki lima kedai, cubalah pergi ke
sana. Tetapi ingat, jangan kau apa-apakan dia, bawa dia kemari”, beritahu datuk.
Lelaki berbaju putih itu segera keluar dari rumah menuju ke balai polis. Dengan di temani oleh anggota polis yang bertugas di situ dia pergi ke tempat tersebut. Sementara menanti kepulangan mereka, datuk terus merawat gadis comel secara kebatinan. Datuk tidak menyentuh kulit gadis comel itu. Datuk hanya memusingkan hujung bajunya dengan jari kelingking. Setiap kali hujung baju itu dipusingkan, gadis comel itu akan menjegilkan biji matanya, macam orang ketakutan.
Lelaki berbaju putih itu segera keluar dari rumah menuju ke balai polis. Dengan di temani oleh anggota polis yang bertugas di situ dia pergi ke tempat tersebut. Sementara menanti kepulangan mereka, datuk terus merawat gadis comel secara kebatinan. Datuk tidak menyentuh kulit gadis comel itu. Datuk hanya memusingkan hujung bajunya dengan jari kelingking. Setiap kali hujung baju itu dipusingkan, gadis comel itu akan menjegilkan biji matanya, macam orang ketakutan.
Saya hanya
melihat saja apa yang berlaku di hadapan mata. Sementara dalam kepala saya
tergambar permainan tarian kera yang pernah saya lihat. Tarian kera ini
selalunya dipertunjukkan di kawasan yang menjadi tempat lalu lintas orang
ramai. Kera yang menari itu dikenakan baju cantik, macam baju orang perempuan
serta di beri kipas yang di buat dari bilah buluh. Tuan punya kera akan memukul
gendang dan kera itu akan menari mengikut rentak dan irama gendang yang dipalu.
No comments:
Post a Comment