Saya dan
datuk berpandangan, tahulah kami sebelum kami tiba ke situ, mereka terlebih
dahulu sampai.
"Lagi
apa yang kau dapat?", tanya Mamat Bukit pada Dollah Beranggas sambil
merenung muka Samad Perang. Mereka berbalas senyum. Dengan tenang Dollah
Beranggas mengeluarkan seluar dan baju kelabu yang ada tanda tentera di
dadanya. Dia juga mengeluarkan beberapa kerongsong peluru.
"Ini
baju dan seluar dalam perempuan. Aku jumpa tiga keping gambar”, Dollah
memberikan gambar-gambar itu pada datuk. Habis saja datuk melihatnya diserahkan
pada saya. Saya lihat gambar itu dengan tenang, dua keping gambar menunjukkan
dua orang lelaki bersama keluarganya, manakala yang sekeping lagi gambar
seorang gadis bersama orang tuanya. Saya kira lelaki tua itu ayahnya.
"Saya
fikir barang-barang ni membahayakan diri kita. Kalau kita tertembung dengan
orang dalam (komunis) kita akan ditahan, dan kita tak boleh mencari rotan di
sini”, ujar Mamat Bukit.
"Apa
yang nak ditakutkan? Kita jumpa dari bangkai kapal terbang. Orang dalam tu
sendiri tentu sudah jumpa lebih dahulu dari kita. Aku ingat orang-orang yang
ada di dalamnya sudah dibunuh”, Dollah Beranggas bersuara.
Dia terus
memberitahu datuk yang dia dan kawan-kawannya pernah melihat sebuah kapal
terbang berlegar-legar rendah di kawasan hutan Bubu, Senggeng, kemudian terus
hilang.
"Aku
melihatnya dari Kampung Cangkat pada satu petang kira-kira tiga bulan yang
lalu, dan sekarang kita sudah jumpa”, tambah Dollah Beranggas lagi. Dia enggan
memenuhi permintaan Mamat Bukit yang mahu semua barang-barang itu dibakar.
"Demi
keselamatan diri kita, ada baiknya kita bakar”, kata datuk. Dan cakap datuk itu
segera dipatuhi. Selepas menunaikan sembahyang Maghrib, semua barang-barang itu
jadi bahan unggun api. Rasa sedih dan hampa terbayang di wajah Samad Perang dan
Dollah Beranggas.
Kira-kira
dua belas malam, bangsal tempat kami berteduh bergegar, macam digoncang orang. Datuk
yang sedang wirid membaling tasbih segera membangunkan Mamat Bukit dan Mamat
Bukit memerintahkan kawan-kawannya memeriksa setiap penjuru bangsal. Tidak
terdapat tanda-tanda kesan orang atau binatang liar yang datang ke situ.
Keadaan begini mendatangkan rasa cemas di hati saya.
"Tiga
batang rotan semambu saya hilang”, datuk mengadu kepada Mamat Bukit yang masih
tercegat di depan bangsal. Wajah Mamat Bukit saya lihat cemas sedikit.
"Di mana awak letak?"
"Di mana awak letak?"
"Saya
letak dekat hujung lutut."
"Awak
dah cari?"
"Nak
cari apa, masa bangsal ni bergoyang rotan semambu masih ada lagi di situ tak
sampai seminit rotan semambu itu hilang dari mata.
Mamat
Bukit terdiam mendengar penjelasan dari datuk. Dengan lampu picit berubat
(bateri) lapan, Mamat Bukit menyuluh tempat datuk meletakkan rotan semambunya.
Datuk menepuk dahi dua tiga kali, rotan semambunya masih berada di situ. Bila
datuk mahu menjamahnya, Mamat Bukit segera menahannya.
“Jangan,
kita tengok dulu”, kata Mamat Bukit tanpa mengubah pancaran cahaya lampu picit
nya. Tiga batang rotan semambu itu bergerak-gerak dan bertukar warna dari hijau
menjadi merah, hitam dan kuning macam tembaga. Dalam beberapa saat pula
bertukar menjadi ular tedung yang kepalanya menghala pada kami. Mamat Bukit
terus melompat dan menyambar ranting pokok berdaun hijau di sisinya.
Daun dan
ranting dihumbankan pada rotan semambu yang menjadi ular. Ketika ranting dan
daun hijau mengenai rotan semambu, saya terlihat satu pancaran cahaya macam
kilat yang datang dari arah kanan bangsal, rotan semambu milik datuk kembali
pada keadaan asalnya.
“Ganjil”,
kata datuk.
"Ganjil
pada awak, pada kami tidak. Hal semacam itu selalu terjadi pada pencari rotan”,
dedah Mamat Bukit lalu mengajak saya dan datuk duduk berlonggok dengan
kawan-kawannya.
"Kalau
awak nak tahu itulah penunggu rotan”, tiba-tiba Udin Candung bersuara.
Kata-kata itu ditujukan pada datuk.
"Itu
syaitan”, balas datuk.
"Bukan.
Itu penunggu”, sahut kawan-kawan Mamat Bukit serentak. Mereka seolah-olah tidak
mahu menerima dengan apa yang diucapkan oleh datuk. Saya lihat datuk tersenyum.
Dia tidak marah bila orang tidak mahu menerima pendapatnya. Kerana takut
berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi, satu keputusan telah
diambil. Semua yang ada di situ tidak boleh tidur serentak. Datuk terkecuali
dari keputusan itu kerana dia sudah pun tidur selepas menunaikan sembahyang
Isyak, kira-kira dua jam lamanya. Sekarang, datuk memutuskan untuk berjaga
sampai pagi sambil membaca ayat-ayat suci.
"Awak boleh pilih sama ada mahu berjaga atau tidur”, kata Mamat Bukit pada saya sambil tersenyum. Kerana memikirkan berjaga lebih selamat dari tidur, saya memutuskan untuk berjaga macam datuk. Ternyata Mamat Bukit senang dengan keputusan itu.
"Awak boleh pilih sama ada mahu berjaga atau tidur”, kata Mamat Bukit pada saya sambil tersenyum. Kerana memikirkan berjaga lebih selamat dari tidur, saya memutuskan untuk berjaga macam datuk. Ternyata Mamat Bukit senang dengan keputusan itu.
"Kau
orang tidur dulu, biar aku sama Dollah Beranggas berjaga. Bila aku kejut kau
orang mesti bangun”, beritahu Mamat Bukit pada Udin Candung dan Samad Perang.
Tidak ada bantahan daripada orang yang menerima arahan. Udin Candung dan Samad
Perang pun merebahkan badan masingmasing.
Sudah
setengah jam masa berlalu. Dollah Beranggas tidak mampu berjaga. Atas rasa
kasihan Mamat Bukit mengizinkan Dollah Berangas tidur. Tinggallah saya dan
Mamat Bukit menghadapi unggun api. Datuk tidak menghiraukan kami, dia tetap
dengan tugasnya membilang tasbih dan membaca ayat-ayat suci dalam bangsal. Saya
terhibur dengan cerita-cerita yang diungkapkan oleh Mamat Bukit tentang
pengalaman-pengalaman aneh yang dialaminya ketika bermalam dalam hutan.
Semua
cubaan dan rintangan itu dapat diatasinya. Berdasarkan pada cerita-cerita itu,
saya segera membuat kesimpulan bahawa Mamat Bukit bukanlah calang-calang
orangnya. Menurutnya, gelaran Bukit di hujung namanya itu diberi oleh
penduduk-penduduk kampungnya kerana kepandaiannya menguasai puncak bukit serta
tahu nama-nama bukit di daerahnya. Memang seronok bercakap atau berborak dengan
Mamat Bukit, masa yang berlalu tidak terasa sama sekali.
"Cahaya”,
jerit saya bila melihat cahaya api itu datangnya dari salah satu puncak gunung
dari barisan Banjaran Titiwangsa. Saya perhatikan cahaya itu menuju ke arah
kami.
"Bertenang”,
bisik Mamat Bukit pada saya.
Mamat
Bukit pun bangun. Berdiri sambil merenung tajam ke arah cahaya itu. Dia
meluruskan tangan kanannya ke arah cahaya itu. Kelima-lima jarinya terkembang
macam menahan sesuatu. Dalam beberapa detik kelima-lima jarinya bergerak macam
orang memulas buah kelapa.
"Puhhhhhh...”,
katanya sekuat hati. Saya lihat cahaya sebesar bola tenis bagaikan pecah,
berserakan di udara dan akhirnya hilang entah ke mana. Dahi Mamat Bukit
berpeluh dan dia terus jatuh. Dalam beberapa minit saja dia bangun kembali.
Mungkin kerana kedinginan dia terus merapatkan badannya ke unggun api. Datuk
masih lagi dengan tugasnya. Dengkur kawan-kawan yang tidur bertambah kuat.
Lagi sekali saya terkejut, apabila seekor lembu jantan berwarna putih berdiri
di sebelah kanan Mamat Bukit, sambil ekornya memukul badannya. Bila Mamat Bukit
bergerak, lembu itu dengan tiba-tiba bersuara, jadi marah dan merenung ke arah
saya dan Mamat Bukit.
Belum pun
sempat saya dan Mamat Bukit berbuat sesuatu, lembu itu terus mengelilingi
unggun api beberapa kali. Akhirnya, lembu itu naik minyak dan menyerang apa
saja yang terdapat di sekelilingnya. Dua tiga kali lembu itu mahu melanggar
saya. Kalau tidak kerana kecekapan Mamat Bukit mempertahankan diri saya dengan
gerak dan langkah silatnya yang tangkas, sudah pasti badan saya hancur dipijak
lembu tersebut.
"Kau
ke sana”, Mamat Bukit menolak badan saya dari berpaut padanya. Saya terdorong
agak jauh juga dari unggun api. Rupanya Mamat Bukit menggunakan kepintarannya,
dengan berbuat demikian lembu yang sedang naik minyak itu akan menyerang saya.
Dalam saat begitu memberi kesempatan pada Mamat Bukit melakukan sesuatu. Ketika
lembu itu memburu saya, Mamat Bukit terus menyambar ekor lembu dan terus dipulasnya
dengan sekuat hati. Mamat Bukit dan lembu memperadukan tenaga. Dalam
pertarungan itu Mamat Bukit lebih hebat, lembu itu tidak terdaya menarik batang
tubuh Mamat Bukit. Lembu itu terus jatuh dan hilang, tanah tempat lembu itu
jatuh berasap dan berlubang. Seluruh badan Mamat Bukit dibasahi peluh dan
nafasnya tercungap-cungap.
"Tempat ni memang keras”, rungut Mamat Bukit sambil merenung Iubang yang berasap. Sebelum saya mengajukan sebarang pertanyaan pada Mamat Bukit, lubang yang berasap itu terus menjadi rata tanpa meninggalkan sebarang kesan.
"Tempat ni memang keras”, rungut Mamat Bukit sambil merenung Iubang yang berasap. Sebelum saya mengajukan sebarang pertanyaan pada Mamat Bukit, lubang yang berasap itu terus menjadi rata tanpa meninggalkan sebarang kesan.
"Saya
mesti mengadakan semah atau jamuan di tempat ini”, Mamat Bukit lalu menandakan
tempat itu dengan sebatang kayu yang bercabang dua. Salah satu cabang itu Mamat
Bukit ikatkan dengan kain warna hitam. Mamat Bukit terus duduk bersila di situ,
badannya terus menggeletar, suaranya juga berubah parau dan kasar, kemudian
bertukar macam suara orang perempuan. Mamat Bukit terus menghempas-hempaskan
badannya di bumi, macam ayam kena sembelih. Kelakuan Mamat Bukit itu
mengejutkan kawan-kawannya yang sedang tidur. Mereka terus menerkam ke arah
Mamat Bukit yang tidak sedarkan diri. Samad Perang terus mencangkung di
depannya.
"Hai
datuk penunggu, kenapa anak cucu yang mencari makan di sini diganggu?”, kata
Samad Perang. Mamat Bukit yang berguling-guling atas tanah berhenti berguling,
terus duduk mencangkung sambil menekankan mulutnya ke bumi. Saya Iihat bibirnya
penuh dengan tanah.
"Datuk
mahu makan? Boleh kami beri”, sambung Samad Perang.
"Ya,
kambing jantan warna putih, disembelih, tujuh sikat pisang emas”, balas Mamat
Bukit dalam suara seorang perempuan, Mamat Bukit terus mengilai.
"Lagi
apa tuk penunggu mahu?"
"Adakan
jamuan itu pada tiap-tiap tahun, nanti kau orang senang mencari rezeki di
sini."
"Baik
datuk penunggu."
"Ingat
pesan aku."
Begitulah
lebih kurang percakapan Samad Perang dengan penunggu rotan yang meresap ke
dalam diri Mamat Bukit. Bila percakapan itu selesai, Mamat Bukit pun pulih
seperti biasa. Datuk tidak campur tangan dalam urusan tersebut.
Pagi itu,
setelah datuk menunaikan sembahyang Subuh serta mandi embun, barulah datuk
bertanya pada Mamat Bukit tentang peristiwa yang dialaminya pada sebelah malam.
Datuk mengakui tentang kehebatan Mamat Bukit, menurut datuk kalau calang-calang
orang tidak mungkin boleh berhadapan dengan kejadian yang aneh itu. Nampaknya
Mamat Bukit kurang senang dengan pujian yang diberikan oleh datuk.
"Saya
buat apa yang saya tahu”, beritahu Mamat Bukit pada datuk.
"Dari
mana kau belajar semuanya ini Mamat?"
"Dari
arwah orang tua saya."
"Cuma
ada satu saja yang cacatnya dalam perkara ini."
Saya lihat
muka Mamat Bukit segera berubah. Dia bagaikan terkejut menerima kata-kata datuk
yang tidak diduga sama sekali terkeluar dari mulut datuk. Dengan pandangan yang
tajam dia merenung muka datuk lama-lama.
"Apa
maksud dengan cacat yang awak katakan?”, soal Mamat Bukit.
"Saya
tahu, ayah awak memang handal di hutan, saya berkawan dengannya. Saya merasa
megah kerana awal sedikit sebanyak dapat ilmu darinya.”
"Lagi?"
"Sejak semalam saya belum melihat awak bersembahyang sebagai tanda bersyukur pada pemberianNya, awak menerima rezekiNya, tapi awak tidak pernah mengingatinya. Maafkan saya kalau tersinggung, sebagai seorang Islam saya cuma mengingatkan awak. Saya tidak memaksa”, dengan tenang datuk bersuara. Mamat Bukit tersenyum. Dan Mamat Bukit tidak mahu memperkatakan perkara yang datuk sebutkan itu. Dia mengalih persoalan pada penunggu rotan semambu yang mahukan kambing putih, secara tidak langsung dia membebankan masalah itu pada diri datuk, cara halis dia seolah-olah mahukan datuk mengadakan kambing putih itu.
"Sejak semalam saya belum melihat awak bersembahyang sebagai tanda bersyukur pada pemberianNya, awak menerima rezekiNya, tapi awak tidak pernah mengingatinya. Maafkan saya kalau tersinggung, sebagai seorang Islam saya cuma mengingatkan awak. Saya tidak memaksa”, dengan tenang datuk bersuara. Mamat Bukit tersenyum. Dan Mamat Bukit tidak mahu memperkatakan perkara yang datuk sebutkan itu. Dia mengalih persoalan pada penunggu rotan semambu yang mahukan kambing putih, secara tidak langsung dia membebankan masalah itu pada diri datuk, cara halis dia seolah-olah mahukan datuk mengadakan kambing putih itu.
Datuk yang
mengerti dengan tujuan dan maksud Mamat Bukit itu, menolak permintaan itu
dengan secara terhormat. Dan Mamat Bukit pula tidak merasa hampa atau kecewa
dengan sikap datuk itu, malah kalau datuk tidak mahu mengadakan, dia sendiri
akan berusaha hingga perkara yang dijanjikannya itu pasti terlaksana.
“Usahlah
buat kerja membazir tu Mamat. Itu perbuatan syaitan”, kata datuk dengan tenang.
Mamat Bukit gelengkan kepala beberapa kali.
“Ini
janji.”
“Janji
dengan Syaitan.”
“Tidak,
dengan penunggu”, suara Mamat Bukit mula meninggi. Matanya merah merenung muka
datuk. Dan kawan-kawannya juga merasa kurang senang dengan tindak-tanduk datuk
itu.
Dollah
Beranggas menghampiri datuk. Dua kali bahu kanan datuk ditepuknya.
“Awak tak
usah masuk campur, ini urusan kami selesaikan sendiri”, kata Dollah Beranggas.
“Tapi perbuatan itu tak kena pada tempatnya, bertentangan dengan hukum agama Islam.”
“Tapi perbuatan itu tak kena pada tempatnya, bertentangan dengan hukum agama Islam.”
“awak
tahu, bila hajat penunggu ditunaikan, rotan akan menjadi-jadi dan rezeki kami
akan bertambah.”
Datuk
menggigit bibir, muka Dollah Beranggas direnungnya. Saya lihat Mamat Bukit,
Samad Perang dan udin Candung tersenyum sinis pada datuk.
“Kerja
mengarut.”
“Mengarut
pada awak, pada kami tidak”, sahut Mamat Bukit. Datuk terus membisu dan beredar
dari situ menuju ke belakang bangsal. Tidak siapa yang tahu kenapa datuk pergi
ke belakang bangsal.
Saya tahu,
datuk kurang senang dengan peristiwa yang terjadi, begitu dengan Mamat Bukit
dan kawan-kawannya. Mereka merasakan kehadiran datuk dalam kumpulan mereka
tidak mendatangkan manfaat yang besar. Samad Perang secara terang-terangan
menyalahkan Mamat Bukit yang membenarkan datuk ikut serta dalam kumpulan
mereka. Mamat Bukit tetap mempertahankan apa yang dibuatnya itu memang kena
pada tempatnya.
Mujurlah
perbalahan kecil yang terjadi antara mereka tidak sampai didengar oleh datuk.
Kalau datuk dengar sudah tentu perasaannya tersinggung.
“Jangan
beritahu pada datuk awak, apa yang awak dengar...”, Mamat Bukit mengingatkan
saya. Tanpa berfikir panjang saya anggukkan kepala.
Matahari
pagi kian meninggi, jalur sinarnya memanah pada daun-daun kering di bumi. Mamat
Bukit dan kawan-kawannya sudah pun memikul gulung rotan ke atas bahu
masing-masing. Bersedia untuk pulang.
“Macam
mana ni? Kita balik ikut jalan kita datang atau ikut jalan lain?”, Udin Candung
bersuara.
“Ikut
jalan datang”, balas Samad Perang.
Saya
merasa kagum dengan tenaga yang dimiliki oleh mereka. Walaupun tubuh badan
mereka agak kecil, tetapi mereka mampu memikul gulung (berkas) rotan yang berat
untuk meredah hutan dan paya.
“Nanti
dulu, sahabat saya belum bersedia”, suara Mamat Bukit meninggi. Dan
kawan-kawannya terpaksa meletakkan kembali gulung rotan di bahu ke tanah. Semua
biji mata kawan-kawan Mamat Bukit merenung pada datuk yang muncul dari belakang
bangsal. Dia tangan kanannya ada sebatang kayu sebesar ibu jari kaki.
“Buat apa
kayu tu?”, tanya Mamat Bukit.
“Buat
tongkat, waktu turun dari bukit.”
“Saya dah
bertahun masuk hutan, tak pernah bawa kayu bila turun bukit.”
"Itu
awak, sudah biasa. Saya tak pandai."
Kawan-kawan
Mamat Bukit terus ketawa mendengar jawapan dari datuk itu. Datuk terus
mengambil rotan semambunya dalam bangsal. Tiba-tiba datuk berpatah balik,
mukanya nampak cemas.
"Kenapa?",
soal Mamat Bukit.
"Ular
tedung dekat rotan semambu saya."
"Itulah,
awak tak percaya pada penunggu. Sekarang apa dah jadi?”, cara mendadak saja
Samad Perang bersuara yang diakhiri dengan senyum menyindir.
"Jangan
timbulkan masalah lagi”, Mamat Bukit menengking Samad Perang dan di wajahnya
terpamer rasa kesal atas tindakan Mamat Bukit itu.
Mamat
Bukit terus mengajak datuk ke tempat rotan semambu. Saya pun ikut serta. Apa
yang dikatakan oleh datuk itu memang benar. Seekor ular- tedung berlingkar atas
batang rotan semambu milik datuk. Bila mendengar bunyi tapak kaki kami, ular
itu bergerak-gerak dan panggungkan kepala. Sebenarnya, kalau datuk tidak
memanggil Mamat Bukit pun masalah itu boleh diatasi. Datuk boleh mengusir ular
itu dengan kayu atau membunuhnya. Ada masalah yang lebih besar dari itu datuk
boleh menyelesaikannya, kenapa masalah sekecil ini datuk memerlukan tenaga
orang lain? Tindak-tanduk datuk itu menimbulkan tanda tanya pada diri saya
sendiri. Apakah muslihat datuk yang sebenar? Apakah dia mahu menguji kemampuan
diri Mamat Bukit atau sekadar mahu tahu sejauh mana Mamat Bukit mempercayai
perkara tahyul.
Mamat
Bukit hulurkan tangan kirinya pada ular itu. Saya lihat badan ular itu bergerak
cepalt lalu mematuk tangan Mamat Bukit. Aneh, Mamat Bukit masih tersenyum dan
terus menangkap kepala ular. Dengan ibu jari dan telunjuk dia menekan rahang
ular hingga mulutnya terbuka. Siung (gigi) ular jelas kelihatan. Mamat Bukit
tekan siung ular itu pada kayu keras hingga siungnya mengeluarkan air jernih
yang agak kental.
"Itu
bisa ular”, bisik datuk pada saya.
Ular di
tangan Mamat Bukit jadi lemah. Mamat Bukit melemparkan ular itu ke dalam hutan
tebal. Dengan telapak tangannya, Mamat Bukit mengambil bisa ular yang jatuh
atas daun kering dan digosokkan pada kedua belah tangannya.
"Dengan
cara ini saya akan kebal dari sebarang bisa ular”, beritahu Mamat Bukit pada
datuk.
"Kau
memang hebat Mamat."
"Sebenarnya
begini, saya belajar perkara ini semasa saya berada di Siam."
"Macam
mana awak boleh ke sana?"
"Panjang
ceritanya. Saya ditangkap oleh tentera Jepun dan jadi buruh keretapi maut, saya
lari dari kem. Berbulan-bulan duduk dalam hutan. Masa itulah saya berjumpa
dengan seorang sami”, Mamat Bukit berhenti bercerita.
"Apa
yang awak buat dengan sami tu?"
"Dialah
yang mengajar saya ilmu ini, tetapi, sebelum itu saya terpaksa makan hempedu
ular yang bisa."
"Begitu”,
keluh datuk sambil mengerutkan dahi.
Mamat
Bukit terus menepuk-nepuk belakang saya berkali-kali. Datuk terus melihat kawasan
sekeliling.
"Jadi
ular tadi bukan ular penunggu?", saya bertanya padanya.
"Bukan”,
sahut Mamat Bukit lalu menyuruh datuk mengambil rotan semambu.
Datuk
terus ambil rotan semambu, kemudian kami pun menuju ke kawasan lapang depan
bangsal. Samad Perang, Udin Candung dan Dollah Beranggas masih duduk
mencangkung di situ.
“Mari,
kila beredar sekarang”, Mamat Bukit mengeluarkan perintah. Kawan-kawannya
bangun serentak dan meletakkan gulung rotan ke atas bahu masing-masing. Mamat
Bukit jadi kepala jalan. Datuk berada di belakang sekali. Baru dua tiga rantai
melangkah, Mamat memerintahkan kami berhenti.
"Tak
seronok rasanya, kawan kita berada di belakang sekali. Kenapa tak ke depan
dekat saya”, kata-kata itu Mamat Bukit tujukan pada datuk.
"Tak
apa, biarlah saja jadi ekor jalan."
"Bukan
apa-apa, kalau bercerai nanti saya takut awak sesat."
"Dengan
izin Allah, saya tak sesat."
Mamat
Bukit puas hati dengan penjelasan datuk itu. Dia meneruskan perjalanan. Orang
yang paling resah sekali dengan sikap datuk itu ialah Samad Perang. Dia
seolah-olah tidak mahu datuk berada di belakangnya. Kalau boleh biarlah datuk
berada di depannya. Kenapa Samad Perang bersikap demikian? Saya sendiri pun
tidak tahu. Badan saya mula berpeluh, saya kira orang-orang lain dalam perjalanan
juga berpeluh. Kami sudah pun menuruni tiga buah bukit yang curam. Setiap kali
turun bukit saya pasti jatuh kerana tidak pandai mengimbangi badan. Satu hal
yang pasti, dalam perjalanan itu kami tidak banyak bercakap, kecuali ada hal
yang penting.
"Sial”,
pekik Samad Perang sambil membuangkan gulung rotan di bahu.
Samad
Perang terus mencabut golok perak dan mencantas semua pokok-pokok kecil di
kelilingnya. Rambutnya yang digunting pendek kelihatan tegak macam bulu landak,
biji natanya mula merah. Kata-kata yang lahir dari mulutnya tidak menentu dan
curang jelas, sukar untuk memahami dengan apa yang dituturkannya.
"Buat
bulatan keliling dia. Kalau dia mahu lari, tangkap”, Mamat Bukit mengeluarkan
arahan. Arahan itu segera dipatuhi. Samad Perang terus mengamuk, tidak ada
seorang pun yang berani menghampirinya.
"Siapa
berani sila rapat, aku keluarkan isi perut kamu semua”, suaranya meninggi.
Golok perak terus diacu-acukan pada kami yang mengelilinginya. Samad Perang
gulingkan badan atas tanah. Habis semua pokok-pokok renek di situ dilanggarnya.
Aneh, bajunya tidak koyak, badannya juga tidak luka.
"Aku
mahu kambing jantan putih”, suara Samad Perang berlainan benar kali ini. Parau
dan garang. Dia cuba merempuh bulatan yang kami buat. Dalam masa kelam kabut
itu, Mamat Bukit terus mencabut sebatang pokok kecil. Badan Samad Perang
dipukulnya bertalu-talu. Pukulan itu tidak mendatangkan sebarang kesan pada
Samad Perang. Malah, Samad Perang bertambah berang. Kekuatan yang
diperlihatkannya amat luar biasa sekali. Mamal Bukit tidak boleh menahan sabar
lagi, bila Samad Perang menendang perut Udin Candung hingga termuntah-muntah.
Udin Candung tersungkur di bumi.
Mamat
Bukit segera bertindak. Dia melompat tinggi dan melepaskan satu tendangan
kencang di bahu kanan Samad Perang. Samad Perang tergolek di bumi. Mamat Bukit
terus mengikat kedua belah tangan dan kaki Samad Perang dengan rotan. Kemudian
dia menyuruh Dollah Berangas dan Udin Candung membuat pengusung. Cukup cepat
mereka bekerja. Tidak sampai satu jam, pengusung pun siap.
"Nampaknya
kita terpaksa pikul sampai ke rumah”, kata Mamat Bukit. Bagi memastikan Samad
Perang tidak melompat dari pengusung, badannya diikat dengan rotan pada gelegar
pengusung. Mamat Bukit dan Dollah Berangas didepan, Udin Candung dan datuk di
belakang. Saya terkecuali dari tugas itu, tetapi, saya terpaksa memikul tiga
batang rotan semambu milik datuk. Tiga batang rotan semambu bukanlah berat
sangat, tetapi, rotan semambu yang saya pikul ini beratnya agak aneh, macam
berat seguni padi.
Saya
teringat pesan datuk. Katanya, bila hati merasa cemas atau sangsi terhadap
sesuatu bacalah ayat Kursi. Hal itu segera saya lakukan. Rotan semambu yang
terasa berat itu menjadi ringan kembali.
Memikul
manusia dalam hutan bukanlah satu perkara yang mudah. Kerana semangat setia
kawan yang kental, kerja yang sukar itu menjadi senang.
Lebih
kurang pukul dua petang, pengusung yang membawa Samad Perang terdampar di
halaman rumahnya. Kaum keluarganya jadi gempar. Ada yang menangis dan ada yang
meratap. Pada sangkaan mereka Samad Perang sudah meninggal dunia. Bila keadaan
sebenar dijelaskan oleh Mamat Bukit, suasana menjadi aman dan tenang. Samad
Perang dibawa ke dalam rumah dan dibaringkan di ruang anjung. Semua ikatannya
dibuka. Marnat Bukit meraba pangkal lehernya lalu menekan salah satu urat di
situ.
Samad
Perang membukakan kedua belah kelopak matanya. Dia senyum seketika dan lepas
itu dia terus melompat dan bertempik, semua barang yang ada berada di anjung
habis ditendangnya. Samad Perang menjelirkan lidahnya macam anjing kehausan.
Dan sepasang matanya yang merah merenung tajam ke wajah isterinya yang berdiri
tidak jauh darinya. Gerakannya cukup pantas, dengan sekelip mata sahaja dia
menerkam ke arah isterinya dan terus mencekik leher isterinya.
Mamat Bukit
segera bertindak. Dia melepaskan satu penumbuk kencang di dagu Samad Perang.
Saya lihat Samad Perang terus jatuh. Udin Candung terus memapah isteri Samad
Perang dalam keadaan separuh sedar dan pengsan ke ruang tengah rumah. Beberapa
orang perempuan terus memberi rawatan kilat pada isteri Samad Perang.
Di luar
dugaan, Samad Perang yang kena penumbuk kencang itu boleh bangun dengan segera
dan terus menyerang Mamat Bukit. Datuk, Udin Candung serta Dollah Berangas
terus menangkap Samad Perang tetapi,usaha itu gagal. Samad Perang terlalu
gagah. Dengan sekali pusing sahaja ketiga-tiga orang itu terhumban atas lantai
anjung rumah. Dahi Udin Candung berdarah kena tiang. Bibir Dollah Beranggas
pecah kena lantai. Pangkal kening datuk bengkak kena penumbuk. Mamat Bukit
berhempas mahu melepaskan dirinya dari pelukan Samad Perang. Setiap kali Samad
Perang menggigit tubuhnya, muka Mamat Bukit berkerut menahan kesakitan. Darah
membasahi baju Mamat Bukit. Satu pemandangan yang amat ngeri bagi diri saya.
"Tolong
saya, tangkap dia”, jerit Mamat Bukit. Dengan serentak datuk dan Dollah
Beranggas memeluk tubuh Samad Perang dari belakang. Kedua-duanya kena
penendang, tersungkur atas lantai. Udin Candung pula bertindak dan mengalami
nasib yang sama.
"Kita
tangkap kakinya”, Dollah Beranggas beri cadangan.
"Ya,
mari kita cuba”, jawab Udin Candung.
"Satu
cara yang baik”, sahut datuk.
Serentak
mereka bertiga memaut kaki Samad Perang dan Samad Perang pun rebah. Mamat Bukit
berjaya melepaskan dirinya dan terus memeluk tubuh Samad Perang.
No comments:
Post a Comment