SUDAH dua jam, saya
duduk di pangkal pokok kekabu di tebing sungai. Tidak ada seekor ikan pun yang
mahu menjamah umpan di mata pancing.
“Banyak ikan yang kau
dapat?”
Saya segera menoleh
ke kanan. Samad Perang tercegat di situ dengan sepasang matanya merenung tajam
ke arah saya. Batang pancing saya cacakkan ke tanah.
“Tak ada ikan yang
mahu makan umpan pancing. Bila pakcik datang dari Kuala Lumpur?”
“Dah dua hari, melihat rumah lama dan kawasannya. Sudah penuh dengan lalang.”
“Dah jumpa datuk saya?”
“Dah dua hari, melihat rumah lama dan kawasannya. Sudah penuh dengan lalang.”
“Dah jumpa datuk saya?”
“Belum lagi, cadang
tu memang nak jumpa dia, sengaja pak cik jalan ikut tepi sungai, redup sikit.”
“Kalau pakcik nak
jumpa dia elok sangat tu, diapun ada di rumah. Masa saya tinggalkan tadi, dia
mencangkul.”
“Tak apalah Tamar,
kau memancinglah tetapi, kau ingat memancing ni mesti sabar.”
“Ya pakcik.”
“Ya pakcik.”
Samad Perang terus
meninggalkan saya di perdu kekabu. Samad Perang yang saya lihat sebentar tadi,
berbeza dengan Samad Perang yang dulu. Mukanya kelihatan bersih dan badannya
gemuk. Kulit mukanya kelihatan kemerah-merahan. Matahari petang yang memancar
garang mula menurun. Air sungai yang tadi memancarkan cahaya yang
berkilau-kilau kerana dipanah sinar matahari, sudah tidak bercahaya lagi.
Tetapi, ikan-ikan terus bermain di permukaan air sambil menangkap serangga yang
hanyut. Anehnya, ikan-ikan itu tidak mahu menjamah umpan beras kunyit di mata
pancing. Selalunya, umpan yang dibuat oleh nenek jadi kegemaran ikan, belum
pernah saya pulang ke rumah dengan tangan kosong. Paling kurang saya akan dapat
dua tiga ekor baung putih dan teroboi atau ikan keli. Petang itu, tuah tidak
berada di pihak saya. Pulanglah saya dengan tangan kosong bersama matahari
petang yang kian rapat ke puncak gunung di seberang sungai.
“Kenapa muka masam
macam cuka, kau tak dapat ikan,” tegur nenek bila saya sandarkan batang pancing
di pokok rambutan di belakang rumah.
Pertanyaan nenek
tidak saya jawab. Saya terus duduk di anak tangga bongsu.
“Tamar, aku bercakap
dengan kamu, kenapa kamu diam?” Suara nenek mula meninggi. Berdiri di depan
saya bercekak pinggang. Kain tudung yang menutup kepalanya jatuh atas bahu. Dan
sanggul lintangnya jelas kelihatan, hitam berkilat diselang-seli dengan uban.
“Saya meradang tak
dapat ikan nek.”
“Itu puncanya, eh apa
kau sudah lupa, rezeki kita di tangan Allah, kalau kau sudah berusaha tetapi,
tidak dapat, ertinya rezeki kau tak ada, apa kau mahu melawan kuasa Allah.”
“Tidaklah begitu
nek.”
“Kalau sudah tahu,
kenapa kau mesti marah? Kau harus bersyukur kerana hari-hari lain kau dapat
ikan.”
Saya terdiam
mendengar kata-kata nenek itu. Saya terus senyum dan bangun menuju ke arah
datuk yang sedang duduk termenung di penjuru halaman rumah sebelah kanan. Tangannya
masih memegang cangkul.
“Ada pakcik Samad
Perang jumpa Tuk?”
“Ada, kenapa Tamar?”
“Sebelum dia jumpa
tuk, dia jumpa saya di tepi sungai.”
“Hum, macam tu, dia
baru saja balik.”
Saya anggukkan kepala
mendengar cerita dari datuk itu. Datuk dan saya beredar dari situ menuju ke
bawah pokok manggis yang tidak jauh dari kaki tangga. Di bawah pokok tersebut
datuk dirikan pelantar papan yang muat untuk empat orang duduk bersila. Tiang
pelantar datuk buat dari buluh kuning, tingginya kira-kira satu kaki dari paras
bumi. Saya dan datuk terus duduk di situ. Beberapa minit kemudian nenek datang
meletakkan dua cawan kopi panas.
“Apa cerita Samad
Perang dengan awak? Saya nampak tadi, bukan main rancak bercakap,” nenek
menyoal datuk. Saya cuma senyum saja.
“Tak ada apa-apa,
Cuma dia bertanya pendapat saya berhubung dengan tanah dan rumahnya yang sudah
ditinggalkannya hampir dua tahun tu.”
“Kenapa pula?”
“Dulu dia suruh anak
buahnya duduk dan bersihkan tanah, tapi anak buahnya tak mahu, kata mereka
tanah dan rumah tu berhantu.”
“Dia suruh awak duduk
di situ?”
“Tidak pula...,”
datuk tidak meneruskan kata-katanya.
Datuk terus menghirup
air kopi. Saya menggigit bibir sambil merenung ke arah beberapa ekor burung
yang hinggap di dahan manggis.
MAWAR
Datuk meletakkan cawan kopi yang berbunga mawar di atas piring. Datuk kedutkan kedua belah keningnya macam memikirkan sesuatu. Ia merenung ke arah muka jalan.
Datuk meletakkan cawan kopi yang berbunga mawar di atas piring. Datuk kedutkan kedua belah keningnya macam memikirkan sesuatu. Ia merenung ke arah muka jalan.
“Mamat Bukit datang,”
katanya dengan tenang. Saya dan nenek terus merenung ke arah muka jalan masuk
ke halaman rumah.
Mamat Bukit
terbongkok-bongkok mengayuh basikal menuju ke arah kami. Sampai dekat pelantar
Mamat Bukit tongkatkan basikal tuanya. Tanpa mengucapkan sesuatu, Mamat Bukit
terus duduk di sisi datuk. Dahinya berpeluh dan nafasnya turun naik. Datuk
tidak peduli dengan Mamat Bukit yang nampak agak cemas. Dengan tenang datuk
menghirup kopi.
“Pergi buatkan kopi
untuk dia,” bisik datuk pada nenek. Nenek pun bangun. Bila Mamat Bukit sudah
tenang, datuk pun menghadiahkan senyum padanya.
“Ada apa masalah
Mamat?” tanya datuk. Mamat Bukit tersenyum, dalam masa yang sama nenek
menghulurkan secawan kopi padanya.
“Minum Mamat.” Kata
nenek.
“Terima kasih, kerana
susah-susah buat kopi untuk saya,” balas Mamat Bukit. Nenek terus duduk di
tempat asalnya. Saya terus menghirup kopi. Beberapa helai daun manggis yang
sudah tua, gugur ke bumi.
“Jadi kau menjaga dan
mengusahakan tanah Samad Perang?” Mamat Bukit agak terkejut dengan pertanyaan
yang dihadapkan oleh datuk padanya.
“Mana awak tahu
semuanya ini?” soal Mamat Bukit.
“Samad Perang
bertanyakan pendapat aku dalam hal tersebut dan aku setuju dengan apa yang
dirancangkannya, eloklah kau mengusahakan tanah dan menjaga rumahnya, aku kira
kau orang yang paling sesuai sekali, kau sahabatnya.”
“Apa kata anak
buahnya yang lain?”
“Usah kau bimbang hal
tersebut, dia sudah serahkan pada anak buahnya tapi, mereka tak mahu
menjaganya.”
“Tapi, ada hal lain
lagi.”
“Apa dia Mamat?
Cakaplah,” suara datuk agak meninggi. Biji matanya cukup tajam merauti wajah
Mamat Perang. Mamat Perang segera menundukkan kepala. Dahinya nampak berkerut.
“Sebaik saja saya
menerima amanat Samad Perang untuk menjaga rumah dan mengusahakan tanahnya,
anak saudaranya datang dan mengatakan rumah dan tanah Samad Perang, ditunggu
jin tanah,” suara Mamat Bukit tersangkut-sangkut.
Nenek terus renung
muka Mamat Bukit. Saya lihat nenek tersenyum dan terus bersuara:
“Kenapa kau tak tanya Samad Perang, tentang hal itu?”
“Kenapa kau tak tanya Samad Perang, tentang hal itu?”
“Nak tanya macam
mana? Anak saudaranya datang sesudah Samad Perang balik.”
Saya dan datuk ketawa
mendengar jawapan dari Mamat Bukit. Datuk terus menepuk bahu Mamat Bukit.
“Semuanya tu karut,
kerana Samad Perang dulu diserang penyakit ganjil, kaum kerabatnya merasakan
penyakit itu berpunca dari tanah yang didudukinya, semuanya tu karut, kau pergi
jaga rumah dan usahakan tanahnya, jalankan amanat kawan kamu tu dengan jujur
dan ikhlas,” ujar datuk.
Mamat Bukit anggukan kepala.
Setuju dengan cakap datuk. Lebih-lebih lagi datuk telah memberi jaminan
padanya. Sedia membantunya jika menghadapi sebarang masalah.
“Kalau dah ada
jaminan macam tu. Saya tak bimbang,” suara Mamat Bukit merendah. Di bibirnya
terpamer senyum. Dia pun menghirup kopi yang tersedia di depannya. Kemudian
Mamat Bukit minta diri untuk pulang.
“Apa yang mahu awak
tahu, sekarang sudah jelas,” datuk renung muka nenek
Saya lihat nenek
tersenyum, lalu mengambil cawan kosong.
Beberapa minit
kemudian, saya dan datuk pun beredar dari pelantar di bawah pokok manggis.
Senja pun merangkak tiba. Suasana beransur menjadi samar-samar. Beduk d
surau pun dipalu
orang dan diikuti dengan suara azan Maghrib.
TETAMU
Saya tidur kembali setelah menunaikan sembahyang Subuh. Bila saya terjaga dari tidur untuk kali yang kedua, saya lihat jam bulat yang terletak atas meja di hujung kepala, sudah menunjukkan pukul lapan pagi. Saya terus melakukan senaman seperti yang diajar oleh datuk. Senaman yang dilakukan selamat sepuluh minit itu mengeluarkan peluh di seluruh badan. Saya biarkan peluh badan kering dengan sendirinya. Saya ingat pesan datuk yang mengatakan, bila badan berpeluh kerana bersenam, jangan terus mandi. Jangan kesat peluh dengan tuala, biarkan peluh itu keluar dan kering dengan sendirinya. Bila dikesat dengan tuala, mungkin liang-liang bulu roma tersumbat oleh daki peluh. Akibatnya, boleh menimbulkan rasa sakit-sakit dalam badan. Bila peluh sudah kering, saya terus ke sungai. Biasanya saya terjun dari bibir tebing ke dalam sungai. Tetapi, pagi itu kebiasaan tersebut tidak saya lakukan. Apa yang saya lakukan ialah mengenakan kedua belah telapak kaki saya dengan air di permukaan sungai. Sedikit demi sedikit saya meranduk air sungai. Mula-mula, kedua belah buku lali saya kena air. Lepas itu, buah betis melarat hingga ke tempurung lutut. Randuk lagi hingga air sungai paras pinggang. Kemudian, baru saya tenggelamkan badan paras leher. Akhirnya, saya terus menyelam dan berenang dengan bebas.
Saya tidur kembali setelah menunaikan sembahyang Subuh. Bila saya terjaga dari tidur untuk kali yang kedua, saya lihat jam bulat yang terletak atas meja di hujung kepala, sudah menunjukkan pukul lapan pagi. Saya terus melakukan senaman seperti yang diajar oleh datuk. Senaman yang dilakukan selamat sepuluh minit itu mengeluarkan peluh di seluruh badan. Saya biarkan peluh badan kering dengan sendirinya. Saya ingat pesan datuk yang mengatakan, bila badan berpeluh kerana bersenam, jangan terus mandi. Jangan kesat peluh dengan tuala, biarkan peluh itu keluar dan kering dengan sendirinya. Bila dikesat dengan tuala, mungkin liang-liang bulu roma tersumbat oleh daki peluh. Akibatnya, boleh menimbulkan rasa sakit-sakit dalam badan. Bila peluh sudah kering, saya terus ke sungai. Biasanya saya terjun dari bibir tebing ke dalam sungai. Tetapi, pagi itu kebiasaan tersebut tidak saya lakukan. Apa yang saya lakukan ialah mengenakan kedua belah telapak kaki saya dengan air di permukaan sungai. Sedikit demi sedikit saya meranduk air sungai. Mula-mula, kedua belah buku lali saya kena air. Lepas itu, buah betis melarat hingga ke tempurung lutut. Randuk lagi hingga air sungai paras pinggang. Kemudian, baru saya tenggelamkan badan paras leher. Akhirnya, saya terus menyelam dan berenang dengan bebas.
Semuanya yang saya
lakukan itu semata-mata mematuhi petua dari datuk. Menurutnya, bila kita mandi
sebaik-baiknya hindarkan menjirus air atau mengenakan air terus ke badan dengan
mengejut. Cara itu, kurang baik, boleh membuat pergerakan darah dalam urat
terganggu. Cara yang baik kenakan air dari bawah, kemudian terus membawa ke
atas (kepala). Dengan berbuat demikian perjalanan darah tidak terganggu. Tambah
datuk, jika petua itu diamalkan terus menerus, boleh menghindarkan diri dari
diserang penyakit lumpuh,kebas atau sakit-sakit di bahagian sendi badan. Apakah
petuadatuk itu betul atau tidak, saya tidak dapat mempastikannya tetapi, petua
tetap saya amalkan.
Lepas mandi di
sungai, saya terus pulang ke rumah. Sampai di rumah saya agak terkejut sedikit.
Dua orang wanita, sedang duduk di pelantar di bawah pokok manggis. Saya segera
menghampiri mereka. Saya lihat wanita yang memakai baju kurung merah, berusia
dalam lingkungan dua puluhan. Wanita yang memakai baju kurung putih berusia kira-kira
lima puluhan.
“Cari siapa?” tanya
saya. “Tuan rumah ni.”
“Yang lelaki ke, yang
perempuan?” wanita yang berusia lima puluhan itu terdiam. Dia renung muka saya
sejenak.
“Awak siapa.” Cara
mendadak wanita berusia lima puluh menyoal saya. Tanpa membuang masa, saya
terus menerangkan hubungan diri saya dengan orang yang dicakap oleh mereka.
“Saya ada hajat besar
nak jumpa datuk awak,” terang wanita yang memakai baju kurung putih. Saya
menggigit lidah, saya yakin mereka datang dari Kedah.
Kalau tidak dari
Kedah mungkin mereka dari Perak Utara atau Pulau Pinang. Sebabnya saya berkata
begitu, loghat percakapan mereka, loghat orang utara.
“Begini saja makcik,
biar saya pakai seluar dan baju dulu, kemudian saya panggil datuk dan nenek
saya, kalau tak silap mereka pergi ke kebun pisang,” terang saya dengan jujur.
“Jauh ke, kebun
pisangnya?”
“Dekat aje, makcik
tunggulah. Apa hajat makcik yang sebenar?” “Tak payahlah saya terangkan pada
awak, pergilah panggil datuk awak tu, makcik ni datang dari jauh,” tambah
wanita berbaju kurung putih, tanpa menyebut dari mana dia datang. Setelah
mengenakan seluar dan baju, saya segera menemui datuk dan nenek di kebun
pisang. Tanpa banyak cakap mereka pun pulang.
Nenek terus menjemput
kedua orang perempuan itu ke dalam rumah. Macam selalu, nenek terus
menghidangkan kopi pada tetamu yang tidak diundang itu.
“Saya ni datang dari
Kulim, menurut adik lelaki saya yang bekerja di Pusat Pertanian di pekan ini,
awak bomoh handal,” perempuan berbaju kurung membuka mulut di depan datuk. Saya
lihat datuk tenang saja.
“Ini anak perempuan
saya nombor dua, dia ni ada penyakit, sudah ramai bomoh mengatakan dia ni kena
buatan orang, saya minta tuk bomoh tolong tilikkan siapa yang membuat anak saya
ni,” tambahnya dengan wajah serius.
Datuk segera
sandarkan badan ke dinding. Merenung tajam pada nenek yang duduk tidak jauh
dari perempuan berbaju kurung putih.
“Saya bukan bomoh,
saya bukan dukun. Cuma adik awak saja yang mengatakan saya dukun,” suara datuk
agak meninggi.
“Tapi...”
“Tak ada tapinya, saya bukan bomoh saya bukan dukun,” datuk terus memotong cakap wanita yang berbaju kurung putih. Air mukanya segera berubah. Nenek agak terkejut dengan sikap datuk itu.
“Tak ada tapinya, saya bukan bomoh saya bukan dukun,” datuk terus memotong cakap wanita yang berbaju kurung putih. Air mukanya segera berubah. Nenek agak terkejut dengan sikap datuk itu.
Saya tidak tahu
kenapa datuk bertindak demikian. Saya lihat kedua orang wanita itu jadi
serba-salah.
“Maafkan saya,” suara
datuk menurun. Dia menarik nafas panjang sambil menggaru-garu pangkal lehernya.
Dan wanita yang memakai baju kurung putih terus tunduk merenung lantai.
“Sepatutnya, saya
yang minta maaf kerana datang tidak memberitahu, mungkin melanggar pantang.”
“Awak tak melanggar
pantang, kita sesama Islam tetap bersaudara. Tetapi, saya kesal kerana awak
mengatakan saya bomoh handal, seolah-olah saya ni lebih berkuasa dari Allah,
sedangkan saya bukannya bomoh atau dukun.”
“Maafkan saya.”
“Lagi satu saya
marah, kerana awak minta tilik atau minta tengok tentang orang yang kononnya,
membuat anak awak. Saya nak tanya, awak orang Islam? Betul atau tidak.”
“Saya orang Islam,
kenapa awak tanya macam tu.”
“Sebagai orang Islam,
awak harus tahu menengok dan menilik tu perbuatan syirik, kenapa kerja yang
ditegah oleh agama awak lakukan? Apa awak percaya pada bomoh dan dukun dari
kuasa Allah?” Wanita berbaju kurung putih itu terdiam.
Kemudian, dengan cara
terhormat datuk meminta kedua orang wanita itu pulang saja ke Kulim dan datuk
tidak mahu mendengar tentang masalah yang mereka hadapi. Bila datuk sudah
bertindak demikian, nenek segera campur tangan.
“Mereka datang dari
jauh, setidak-tidaknya awak dengarlah cerita mereka, kenapa awak nak naik darah
tak tentu sebab,” kata nenek. Datuk segera bangun, berdiri di muka tingkap
kedua belah telapak tangannya menekan bendul tingkap.
Datuk merenung ke
arah dedaun manggis dan rambutan yang bergoyang disentuh angin. Saya lihat
kedua belah cuping telinganya seakan-akan bergerak-gerak. Datuk duduk kembali
di tempat asalnya.
“Begini saja, kerana
hal ini, hal orang perempuan eloklah awak ceritakan pada isteri saya. Minta
maaf, kalau saya bersikap kasar dengan awak berdua, saya tahu sangat perangai
orang perempuan, kerja tengok menengok atau menilik dan jumpa bomoh memang
kesukaan orang perempuan, janganlah menambahkan dosa kering dalam hidup kita,”
cukup tenang datuk berkata-kata.
Datuk bangun kembali.
Dia terus menarik tangan saya.
“Ke mana tuk?”
“Tolong kerja aku di
kebun pisang.”
“Orang yang datang ni
macam mana?”
“Biar nenek kamu yang
selesaikan.”
KELUAR
Saya terpaksa patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh datuk. Sampai di kebun pisang saya terpaksa mencangkul. Bila matahari berada betul-betul di ubun kepala. Barulah saya dan datuk pulang. Setelah menunaikan sembahyang Zuhur. Saya dan datuk terus menghadapi hidangan yang disediakan oleh nenek. Waktu saya dan datuk berehat di anjung rumah. Nenek segera datang. Duduk dekat saya. Nenek memerhatikan gerak geri datuk dengan teliti. Bila dilihatnya, datuk berada dalam keadaan yang betul-betul tenang. Nenek terus mengusik datuk.
Saya terpaksa patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh datuk. Sampai di kebun pisang saya terpaksa mencangkul. Bila matahari berada betul-betul di ubun kepala. Barulah saya dan datuk pulang. Setelah menunaikan sembahyang Zuhur. Saya dan datuk terus menghadapi hidangan yang disediakan oleh nenek. Waktu saya dan datuk berehat di anjung rumah. Nenek segera datang. Duduk dekat saya. Nenek memerhatikan gerak geri datuk dengan teliti. Bila dilihatnya, datuk berada dalam keadaan yang betul-betul tenang. Nenek terus mengusik datuk.
“Awak ni, makin tua
makin menarik,” kata nenek.
“Sudahlah, jangan nak
mengada-ngada, malu dilihat cucu. Dah tua-tua nak bergurau,” balas datuk dengan
senyum yang lebar.
Nenek terus ketawa
panjang sambil menjeling ke arah saya. Datuk terus mengipaskan badan dengan
kipas yang dibuat dari daun mengkuang rimba.
“Apa cerita perempuan
tadi?” tanya datuk. Nenek kenyit mata. Memberitahu saya yang jeratnya sudah
mengena.
“Saya dah suruh
mereka datang jumpa awak lepas waktu Asar.”
“Apa halnya?”
“Soal rumahtangga.
Menurut ceritanya, si suami bersikap dingin pada isteri dalam setahun hanya
sekali bersama, mana ada orang perempuan yang sanggup menghadapi masalah
begini,” terang nenek dengan wajah yang selamba.
Kemudian nenek terus
bercerita:
Perempuan yang
memakai baju kurung putih itu namanya Naemah. Suaminya berniaga kedai runcit.
Mereka mempunyai tiga orang anak. Anak yang tua, lelaki sudah bekerja. Anak
yang kedua perempuan namanya Sariyah yang datang bersamanya memakai baju kurung
merah. Anak yang ketiga seorang perempuan. Sudah menikah dan mengikut suaminya
bertugas di Arau, Perlis. Suami Sariyah bertugas sebagai pegawai dalam Angkatan
Tentera Laut di bahagian kejuruteraan dan ditempatkan di Butterworth. Usia
Sariyah sudah dua puluh tiga tahun dan mempunyai lima orang anak yang masih
kecil. Sebelum menikah dengan Zainuddin (suaminya) Sariyah bertugas sebagai
guru sekolah rendah. Bila sudah menikah terus berhenti atas permintaan
suaminya. Di awal perkahwinan, mereka cukup bahagia. Bila sudah dapat anak
lima. Suaminya berubah sikap, sudah tidak mahu tidur bersama. Bila didesak,
suaminya akan mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan.
“Tak apalah, bila
mereka datang nanti saya tanya lagi. Pelik juga ceritanya,” kata datuk sambil
termenung panjang. Nenek segera ke dapur.
Saya mengikut nenek.
Sampai di ruang dapur nenek meneruskan kerjanya menganyam tikar mengkuang. Saya
terus belajar menganyam tikar mengkuang dari nenek. Ternyata kerja itu tidak
sesuai dengan diri saya. Nenek saya tinggalkan. Saya terus menuju ke pelantar
di bawah pokok manggis. Rebahkan badan di situ. Saya terus tertidur. Saya
dikejutkan oleh datuk bila sampai waktu Asar untuk sembahyang. Seperti yang
dijanjikan lepas waktu Asar Naemah dan anaknya Sariyah pun datang. Mereka terus
duduk di hadapan datuk yang menunggu kedatangan mereka di anjung rumah. Kali
ini wajah datuk nampak gembira.
“Awak menikah dulu
macam mana? Maksud saya, ada tak berkenalan dulu sebelum nikah,” soal datuk
pada Sariyah.
“Kami menikah suka
sama suka, kami berkawan sejak di bangku sekolah lagi. “
“Awak yakin, masa
berkenalan dulu suami awak, tidak ada berkenalan dengan orang lain?”
“Setahu saya tak
ada.”
“Hubungan awak dengan
mertua dan adik serta abang ipar awak bagaimana?”
“Dengan mertua tidak
begitu baik, begitu juga dengan kakak dan ipar yang lain.”
Datuk menarik nafas panjang. Dia termenung sejenak. Wajah Naemah direnungnya sebentar. Datuk menggigit kuku di ibu jarinya dua tiga kali.
Datuk menarik nafas panjang. Dia termenung sejenak. Wajah Naemah direnungnya sebentar. Datuk menggigit kuku di ibu jarinya dua tiga kali.
“Awak ada ambil tahu
tentang anak awak ni, maksud saya awak sudah mengajar dia memasak dan melayan
suami dengan baik,” tanya datuk pada Naemah, yang sejak tadi mendengar
percakapan datuk dengan anaknya.
“Sudah, rumahtangga
mereka elok tapi...,” Naemah tidak meneruskan kata-katanya. Dan datuk tidak
mendesak supaya Naemah menerangkan sesuatu dengan lebih lanjut lagi. Datuk menghampiri
nenek. Mereka berbisik sesuatu.
“Kerana anak awak
perempuan, biarlah orang perempuan yang menyelesaikan. Isteri saya akan
menguruskan hal anak awak,”ujar datuk pada Sariyah. Datuk memerintahkan saya
memasang tirai kain. Perintah itu segera saya patuhi.
“Isteri saya pandai
mengurut, biarlah dia memeriksa diri anak awak. Sekarang pergi sebelah tirai
sana,” beritahu datuk lagi. Naemah dan anaknya segera berubah tempat duduk di
sebalik tirai. Kerana kain tirai itu dibuat dari kain bekas guni gandum yang
tebal, saya tidak tahu apa yang berlaku di balik tirai tersebut. Datuk duduk
dengan membelakangi ke arah muka pintu. Kedua belah telapak tangan datuk
menekan lantai rumah.
“Apa yang mesti saya
buat,” terdengar suara nenek dari balik tirai.
“Jamah dan urut
perutnya dari pangkal pusat ke atas, Awak tak usah takut saya akan memberi
tunjuk ajar,” jawab datuk.
Saya terus duduk di
sisi datuk. Saya lihat telapak tangan datuk bergerak ke sana ke mari atas
lantai, macam orang mengurut tubuh manusia.
“Berhenti di situ,”
nada suara datuk meninggi.
“Ya, saya berhenti di
sini,” jawab nenek.
“Nafsu suaminya
dikunci, melalui urut yang dibuat tadi. Sariyah banyak kurangnya sebagai
seorang isteri bila bersama, tidak dapat memberi sesuatu yang baik untuk suami,
dirinya macam papan sekeping.”
“Apa maksud awak
papan sekeping?”
“Sejenis ilmu syaitan
yang diamalkan oleh manusia yang lupakan kekuasaan Allah, Ilmu itu dikenali
sebagai ilmu papan sekeping, kalau terkena pada orang perempuan hidupnya sudah
tidak bermakna lagi.”
“Bagaimana dengan
perempuan yang saya urut ini?”
“Sudah terlalu
jauh.,” datuk seakan-akan mengeluh. Wajahnya nampak gusar sekali.
Datuk menyuruh saya membuka tirai. Datuk memanggil Sariyah. Suruh duduk berhadapan dengannya. Naemah duduk dekat nenek.
Datuk menyuruh saya membuka tirai. Datuk memanggil Sariyah. Suruh duduk berhadapan dengannya. Naemah duduk dekat nenek.
"Apa benda-benda
ganjil yang selalu awak temu dalam rumah awak?" Agak terkejut juga Sariyah
mendengar pertanyaan dari datuk itu.
Sariyah renung muka
ibunya (Naemah) sambil mengerutkan dahi. Saya lihat ibunya anggukkan kepala.
"Sudah setahun
lebih, setiap Selasa saya jumpa anak-anak ular di bilik air. Pada setiap malam
Khamis ada sejenis belalang, macam belalang kunyit masuk ke bilik tidur,
belalang tu suka hinggap di pangkal belikat saya."
"Apa yang kamu
buat?"
"Anak-anak ulat
hitam tu, saya jirus dengan air panas. Tapi sebanyak mana yang mati, sebanyak
itu yang datang."
"Dengan
belalang."
"Saya bunuh tapi
dia datang juga."
Datuk terdiam.
Sepasang matanya, merenung keluar menerusi pintu rumah yang terdedah. Angin
terus berlegar-legar di luar rumah menyentuh dedaun pokok yang terdapat di
situ. Dan angin yang masuk ke dalam rumah menyentuh wajah saya.
Terasa amat nyaman
sekali. Tiba-tiba suasana yang begitu tenang, macam ada orang membaling batu ke
dinding. salah satu papan dinding rumah tercabut. Bila saya mahu memeriksanya
datuk segera menahan. Kata datuk, biarkan papan dinding itu di situ. Biar dia
yang uruskan semuanya.
Aneh, sungguh. Tidak
ada manusia yang lalu lalang di sekitar kawasan rumah. Siapa pula yang
membaling batu ke rumah waktu siang. Bunyinya ada tetapi batunya tidak ada.
Macam mana papan dinding yang dipaku kuat boleh tercabut? Semu
persoalan itu menerpa
dalam tempurung kepala saya.
"Saya akan cuba
berikhtiar mengatasi nasib malang yang menimpa awak. Kalau diizinkan Allah
usaha saya akan berjaya. Tetapi, awak jangan menggantungkan harapan pada
saya," cukup lemah nada suara yang keluar dari mulut datuk.
"Berdoalah pada
Allah, semoga apa yang kita lakukan diberkatinya, sebagainya, sebagai orang
perempuan, saya tahu perasaan awak yang tidak mendapat perhatian dari
suami," nenek meningkah. Sepasang matanya merenung redup ke wajah Sariyah.
"Awak balik dulu
ke tempat awak, dua minggu lagi awak datang ke sini, kalau tak boleh datang
beritahu pada saya cepat. Dengan itu mudah saya pergi ke tempat awak,"
saya bangga mendengar kata-kata datuk. Saya berdoa supaya Sariyah jangan datang
ke rumah datuk. Biar datuk sendiri yang pergi ke rumahnya. Dapat juga saya
berjalan.
"Saya datang.
suami saya tidak ada di sana. Dia pergi kursus selama tiga minggu di Singapura.
Semasa dia tak ada, dia izinkan saya pergi ke mana-mana untuk menghiburkan
hati."
"Saya yakin
suami awak kasihkan awak tapi ada penghalangnya."
"Bolehkah awak
tengok siapa penghalangnya?" Ibu Sariyah turut campur.
"Tolong jangan
sampai saya membatalkan usaha ini," jawab datuk keras. Ibu Sariyah terus
membisu.
Datuk terus merenung
muka Sariyah. Saya membetulkan rambut saya yang jatuk ke dahi. Ibu Sariyah
tunduk merenung lantai. Nenek terus termenung panjang.
"Awak balik
nanti, buatlah sembahyang hajat. Awak buat sendiri jangan minta tolong pada
orang lain. Mohon pada Allah supaya bencana yang ada segera hilang dari
awak."
"Baiklah,"
Sariyah memberikan janji.
Sebelum mereka
pulang. Datuk membekalkan dua buku lengkuas dan dua buku kunyit pada Sariyah.
"Lengkuas ni
potong empat dan letakkan pada empat penjuru dalam bilik air awak. Kunyit pun
potong empat letakkan pada empat penjuru bilik tidur, sebelum meletakkan di
tempat yang saya sebut itu, bacalah surah Al-Fatihah sepuluh kali, barang-barang
ni jangan dilangkah. Awak tinggal di rumah batu?"
"Ya, saya
menyewa rumah dua tingkat."
"Bagus, bila
awak datang ke mari nanti, ceritakan apa yang awak lihat setelah benda-benda
itu diletakkan di tempat yang saya katakan. Awak kena buat cepat."
"Ya, saya akan
balik ke Butterworth hari ini juga."
Datuk gembira dengan
pengakuan yang diberikan oleh Sariyah. Datuk suruh nenek menghantar Sariyah dan
ibunya hingga ke tepi jalan enam kaki.
Datuk terus mencari
penukul dan mengenakan papan dinding yang tercabut ke tempat asalnya. Bila
semua kerjanya selesai. Datuk terus duduk di muka pintu merenung arah ke
selatan.
"Tuk"
"Kenapa"
"Ilmu papan sekeping tu apa dia tuk."
"Kenapa"
"Ilmu papan sekeping tu apa dia tuk."
Datuk tersenyum. Dia
memanggil saya duduk di sisinya. Bila saya berada dekatnya. Datuk gosokkan
kepala saya dua tiga kali. Dia tersenyum. Menurut datuk, ilmu itu berasal dari
salah satu tempat dari selatan benua India. Ilmu itu dibawa oleh orang-orang
India Muslim yang datang ke tanah Semenanjung.
"Kebanyakkan
orang-orang India Muslim yang datang ke tanah air sudah beristeri, sebelum
mereka datang, mereka kenakan ilmu itu pada isterinya, tujuannya untuk
mengelakkan isteri mereka melakukan perbuatan terkutuk, bila mereka tidak ada
kerana merantau," datuk memulakan ceritanya.
"Bila ilmu itu
dikenakan, setiap orang lelaki yang memandang isteri mereka walau secantik mana
pun, tidak terasa apa-apa," sambung datuk. Saya hanya anggukkan kepala.
Tiba-tiba bulu
tengkuk saya meremang. Bila datuk menjelaskan orang-orang yang mengamalkan ilmu
tersebut biasanya menyimpan sekeping papan keranda orang yang mati berdarah.
Papan itu dipotong kecil-kecil dan disimpan dalam peti hitam di sesuatu tempat
yang tertentu. Selalunya peti hitam itu ditanam dalam tanah.
"Cara mereka
membuatnya macam mana tuk?" Tanya saya.
"Mereka akan
mengambil tiga helai rambut perempuan yang gugur di atas bantal waktu pagi,
dililitkan pada salah satu papan keranda yang sudah dipotong halus-halus itu,
kemudian ditanam di pangkal pokok atau disimpan saja. Biasanya orang-orang
India Muslim yang merantau membawanya ke mana-mana atau di buang ke laut."
"Kejam,"
kata saya.
"Memang kejam
menganiayakan kaum perempuan, kalau dah sayangkan bini bawalah ke mana-mana,
buat apa ditinggalkan dengan cara ini. Peliknya, bila sampai ke sini mereka
kahwin, bini yang ditinggalkan terus merana," datuk semacam mengeluh.
Datuk turun ke tanah.
Saya terus mengekorinya menuju ke sudut rumah. Datuk melihat lukah yang
tergantung di dahan belimbing buluh. Salah satu lukah itu datuk ambil.
"Aku mahu menahan
lukah di sungai, kau pikul lukah ini ke sungai," saya segera menyambut
lukah yang datuk hulurkan pada saya. Sepanjang jalan menuju ke sungai datuk
terus bercerita tentang ilmu papan sekeping.
Kata datuk, ilmu
papan sekeping banyak menggunakan mentera dalam bahasa yang sukar
dimengertikan, banyak menggunakan pemujaan pada hantu syaitan.
"Bahasa
bercampur aduk, ada bahasa hindu tua, ada bahasa jawa tua dan Siam. Ilmu itu
cukup terkenal di kalangan dukun-dukun Siam yang kemudian dituntut oleh beberapa
orang Melayu secara diam-diam,' datuk berhenti bercakap kerana kami sudah
sampai ke tepi sungai.
Saya lihat air sungai
mengalir dengan tenang. Dua tiga helai daun getah yang sudah tua terkapar di
permukaan sungai dibawa oleh arus menuju ke hilir.
"Apakah suami
Sariyah mengenakan ilmu itu pada isterinya tuk?"
"Aku tak fikir
begitu, suaminya orang berpelajaran, mana mungkin mahu buat kerja macam
itu."
"Jadi, siapa
yang membuat angkara buruk tu tuk?"
"Aku tak tahu,
mungkin perkara itu jadi secara kebetulan. Tak apalah Taman, aku akan berusaha
memulihkannya, selalunya kerja-kerja syaitan akan musnah dengan kuasa
Allah," kata datuk.
Tanpa membuang masa
datuk turun ke dalam perut sungai. Dia mencari lubuk yang difikirkan banyak
ikan. Di situ datuk menahan lukah.
No comments:
Post a Comment