Datuk
terus menggosok-gosok pangkal hidungnya beberapa kali. Matahari pagi kian
meninggi, sudah berada di paras pucuk kelapa bercabang dua dan sinarnya terus
menjamah pada air sungai yang bergelombang kecil itu. Memang tidak ada seorang
pun penduduk Kampung Tanjung Ara yang mengetahui kami berada di kawasan itu. Kedudukannya
agak tersorok dan dilindungi oleh beberapa pohon-pohon besar yang di gayuti
oleh akar sebesar lengan budak. Manakala bibir tebing tempat kami berdiri pula,
berkeadaan seperti sebuah teluk kecil yang pantainya berpasir halus. Melihat
pada keadaan tempat tersebut dan bentuk pasir yang terdapat di situ, temyata
kawasan tesebut menjadi tempat buaya berjemur dan bertelur.
"Bagaimana?
Apa kaumahu menyangkal dengan apa yang aku katakan itu?", datuk terus
renung wajah Saadun Juling.
Tidak ada
jawapan yang diberikan oleh Saadun Juling pada pertanyaan itu. Datuk lalu
mengerutkan dahinya hingga kelihatan berlapis dua. Saadun Juling secara
mendadak mengenggam penumbuk dan menahan nafas hingga mukanya kelihatan merah.
Bila Saadun Juling melepaskan nafasnya terdengar macam bunyi suara buaya
mendengkur dan wajahnya kelihatan garang sekali, biji matanya terbeliak
mempamirkan urat mata yang merah berlajur atas selaput mata putihnya. Kelopak
matanya nampak berlapis macam kulit buaya tua.
"Aku
tahu kau marahkan aku Saadun. Tetapi, cuba kau fikir berapa lama kau mahu
melakukan kerja terkutuk ini?"
"Itu
urusan aku”
"Dan
urusan aku pula menyelamatkan orang-orang di sini”
Lagi
sekali Saadun Juling terdiam. Perlahan-Iahan dia melangkah ke hadapan sambil
membelakangi datuk. Dalam sekelip mata saja, Saadun memusingkan badannya lalu
berdiri berhadapan dengan datuk sambiI membongkokkan badannya, tetapi biji
matanya tetap menentang biji mata datuk. Dada saya mula berdebar dan hati kecil
saya bagaikan dapat meramalkan yang Sadun Juling akan bertindak di luar rasa
peri kemanusiaan. Datuk masih lagi berdiri dengan tenang, mata datuk tidak
berkelip-kelip ke arah biji mata Saadun Juling yang kelihatan agak tersembul
dan bersinar-sinar, macam mata kucing hutan terkena suluh lampu picit.
"Aeiiii…”,
pekik Saadun Juling sambil melompat lalu melepaskan satu tendangan kilat ke
dada datuk.
Kerana
tendangan itu terlalu kencang dan kuat, datuk jatuh ke bumi. Dalam keadaan yang
serba cemas itu, Saadun Juling berpusing ke arah saya lalu melepaskan penumbuk
sulungnya ke pipi kanan saya, pandangan saya jadi berpinar-pinar, pipi mula
terasa bengkak dan menebal. Saya terjatuh atas rumpun lalang liar, saya tidak
berdaya mahu bangun. Saadun Juling terus menyerang datuk dengan bertubi-tubi, menyepak
dan menendang ikut suka hatinya pada tubuh datuk yang tersungkur di bumi.
Datuk tidak membalas serangannya yang begitu cepat bagaikan kilat itu, datuk
lebih banyak mengelak dan mempertahankan dirinya. Saadun Juling memperlihatkan
kehandalannya mengalahkan pihak lawan, gerak tangan dan kakinya macam kibasan
ekor buaya, muka datuk mula dibasahi darah. Datuk kelihatan tidak bermaya dan
Saadun Juling kian ganas, terus menyerang tanpa belas kasihan.
"Aieee...”,
jerit Saadun Juling dengan lantang, ketika itu saya lihat batang tubuhnya sudah
berada diawang-awangan dan bersedia untuk menendang pangkal leher datuk.
Kalau
tendangan itu tepat pada sasarannya, pasti nyawa datuk melayang dari badan.
Bila tendangan dari Saadun Juling hampir ke batang leher, datuk segera mengelak
dengan memusingkan badannya ke arah perdu pokok bunga tanjung. Usaha datuk itu
berjaya, Saadun Juling tertendang perdu bunga tanjung. Kerana tendangan itu
terlalu kuat sebahagian dari pada kulit perdu bunga Tanjung terkopak. Saadun
Juling menjalar atas bumi seketika, kemudian dia merangkak macam buaya untuk
menyerang datuk. Dengan cepat datuk bangun lalu melompat ke atas belakang
Saadun Juling. Kedua belah tangan datuk memegang rambut Saadun Juling di
bahagian ubun-ubun kepala. Saadun Juling tidak melawan, dia terkapar atas bumi
dengan kedua belah tangannya terkedang, macam katak mati dilanggar tayar lori.
"Saadun,
aku tahu di mana kekuatan dan sumpah ilmu kamu”, kata datuk sambiI bangun.
Di tangan datuk saya lihat tergengam rambut Saadun Juling, tanpa banyak cakap Saadun Juling terus bangun dan duduk bersandar di perdu bunga tanjung. Dia kelihatan letih benar, nafasnya tercungap-cungap. Datuk terus membersihkan darah di muka dengan daun serunai laut. Kemudian daun itu diramas-ramasnya, lalu disapukan ke bahagian muka yang bengkak. Tidak sampai sepuluh minit kemudian, bengkak dan lebam di mukanya terus hilang. Ketika datuk mengubat mukanya dengan daun serunai laut, rambut Saadun Juling di sembunyikan di celah ketiak kanan.
Di tangan datuk saya lihat tergengam rambut Saadun Juling, tanpa banyak cakap Saadun Juling terus bangun dan duduk bersandar di perdu bunga tanjung. Dia kelihatan letih benar, nafasnya tercungap-cungap. Datuk terus membersihkan darah di muka dengan daun serunai laut. Kemudian daun itu diramas-ramasnya, lalu disapukan ke bahagian muka yang bengkak. Tidak sampai sepuluh minit kemudian, bengkak dan lebam di mukanya terus hilang. Ketika datuk mengubat mukanya dengan daun serunai laut, rambut Saadun Juling di sembunyikan di celah ketiak kanan.
"Saadun,
aku minta pada kamu supaya jangan memuja semangat buaya yang boleh menyusahkan
orang-orang di sini”, datuk merayu dengan nada suara yang lembut . Saadun
Juling juihkan bibir bawahnya ke hadapan. Datuk terus termenung panjang.
"Saadun,
jangan jadikan diri kamu tempat orang meletakkan sumpah dan cara kau mencari
rezeki begini tidak berkat, rezeki yang kau terima panas. Kau tak akan boleh
hidup senang”, tambah datuk lagi dengan wajah yang tenang.
Saadun
Juling tetap membisu, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan dirinya mahu patuh
dengan permintaan datuk. Datuk jadi serba salah, segala usahanya menemui jalan
buntu. Datuk terus membasuh muka dengan air sungai. Lama juga datuk merenung
bayang wajahnya dalam air, setelah itu dia memetik daun keladi liar yang tumbuh
di tebing sungai, daun keladi itu terus diisinya dengan air sambil mulutnya
bergerak-gerak membaca sesuatu. Dengan kedua belah tangannya, dia menatang air
di dalam daun keladi dengan hati-hati (kerana dia tidak mahu rambut Saadun
Juling yang disembunyikannya di celah ketiak itu jatuh ke tanah).
Bila datuk
sudah hampir dengan Saadun Juling yang tercungap-cungap di pangkal pokok itu,
datuk segera mencurahkan air dalam daun keladi ke muka Saadun Juling. Saya
lihat muka Saadun Juling pucat seketika, kemudian baru berdarah kembali.
Sebelum Saadun Juling berkata sesuatu, datuk terus menepuk dahi Saadun Juling
sebanyak tiga kali berturut-turut sambil membaca selawat nabi.
"Biarkan
dia di situ. Aku sudah melembutkan hatinya. Semoga niat baik aku diberkati oleh
Allah”, ujar datuk pada saya. Datuk terus duduk di sisi saya sambil melagakan
ibu jari dengan jari telunjuk, macam orang membilang tasbih.
"Saadun,
marilah kita berbuat baik sesama manusia dan mencari rezeki yang halal, tidak
memeras orang lain secara terhormat untuk kepentingan diri kita sendiri”, kata
datuk sambil merenung ke muka Saadun Juling. Saya lihat Saadun Juling menarik
nafas panjang sambil merenung ke arah langit yang terang benderang itu.
"Aku
minta kau menghentikan perbuatan jahat dan menghalau buaya dari sini, itu saja
permintaan aku Saadun, satu permintaan yang cukup mudah”, saya terdengar suara
datuk mula meninggi. Saadun Juling menjeling tajam ke wajah datuk.
"Mudah
bagi kau, tapi susah bagi aku”, suara Saadun Juling mula keras.
"Maksud
kau?"
"Kalau
aku menurut cakap kau, ertinya aku menyerah nyawa pada buaya, aku akan mati”
"Hidup
mati kau, bukan kuasa buaya, nyawa seseorang tergantung pada Allah”
"Kalau kau pandai, kau sendiri halau buaya di sungai. Aku tak mahu, kau jangan halang kerja aku”
"Kalau kau pandai, kau sendiri halau buaya di sungai. Aku tak mahu, kau jangan halang kerja aku”
"Eh,
Saadun aku bukan pawang buaya macam kau, apa yang aku lakukan selama ini ialah
petua untuk menjinakkan buaya, petua tu aku perolehi dari orang tua-tua, itu
saja yang ada pada diriku”
Matahari
kian panas bersinar, angin yang bertiup sekitar kawasan itu tidak dapat
memberikan rasa sejuk pada diri saya. Setiap kali saya menggerakkan kulit muka,
akan terasa sakit dan pedih akibat kena penumbuk sulung dari Saadun Juling.
Bila saya raba dengan tapak tangan bahagian kulit yang pedih itu, terasa tebal
dan membengkak.
"Tak
apa Saadun, aku rnengajak cara baik kau tak mahu. Mulai saat ini kita
bermusuh, kalau aku lalai akan jadi habuan kau dan kalau kau pula lalai, kau
akan jadi habuan aku. Ingat kejahatan kamu akan aku ceritakan pada orang-orang
di sini”, datuk mengugut Saadun Juling.
Rambut
Saadun Juling yang disembunyikan di bawah ketiak dikeluarkan untuk disimpan
dalam saku baju hitamnya, kemudian datuk mengajak saya pulang. Baru lima
langkah melangkah, Saadun Juling menerpa ke arah datuk sambil menghulurkan ulu
golok pada datuk. Saya dan datuk tergamam. Langkah kami terus mati. Datuk dan
saya berpandangan, secara perlahan-Iahan saya melangkah tiga tapak ke belakang.
Bukan kerana takut, cuma bersiap sedia untuk lari, kalau Saadun Juling mengamuk
dengan tiba-tiba.
"Untuk
apa Saadun?"
"Potong
rambut saya di bahagian tengkuk. Mulakan dari kiri ke kanan, jangan sampai
sehelai pun rambut saya jatuh ke tanah”
Datuk pun
segera mengambil golok dari tangan Saadun Juling. Datuk renung rambut Saadun Juling
yang panjang dan lebat itu. Dengan hati-hati datuk mematuhi arahan yang
dikatakan oleh Saadun Juling. Rambut yang sudah di potong itu segera di
serahkan pada Saadun Juling kembali, kemudian dia membungkusnya dengan kain
hitam.
"Mari
kita duduk”, ujar Saadun Juling.
Panas kian
terik. Lima minit masa berlalu, kami tidak bercakap walau sepatah pun. Cuma
Saadun Juling saja yang memandang liar ke kiri dan ke kanan. Dari saku baju
sebelah kirinya, Saadun Juling mengeluarkan kotak kecil. Kotak itu diserahkan
pada datuk.
"Bukalah
kotak itu”, katanya.
Datuk pun
membuka kotak tersebut. Di dalamnya termuat sebilah pisau cukur bersarung
hitam, segumpal rambut, sebutir telur buaya yang masih baik keadaannya serta
dua bilah gigi buaya yang sudah berlubang, pada lubang itu dicucuk dengan
benang hitam, bila disarungkan ke leher akan menjadi kalung.
"Ini
ibu geliga buaya”, Saadun Juling menunjukkan pada datuk satu benda putih yang
berkilat dan bentuknya seperti batu sebesar ibu jari.
Benda
putih itu dikeluarkan oleh Saadun Juling dari sebelah rusuk kirinya. Datuk
anggukkan kepala mendengar penerangan dari Saadun Juling, saya cuma melihat dan
memasang telinga sahaja.
“Semangat
buaya yang saya puja berada di sini, sekarang biarlah saya pulangkan padanya
kembali dan saya minta pada buaya-buaya di sini pindah ke tempat lain”, muka
datuk berubah mendengar kata-kata itu.
Saadun
Juling terus mengambil sekepal pasir dan sehelai daun keladi. Pasir yang di
genggamnya itu ditaruh atas daun keladi dan ibu geliga buaya ditaruh di
tengah-tengah pasir lalu dibungkus dengan daun keladi. Bungkusan itu di
genggamnya sebentar sambil mulutnya menyebut sesuatu yang sukar saya fahami,
bahasa yang di ucapkan bercampur aduk, ada bahasa Siam, ada bahasa Jawa dan
bahasa Acheh. Bila semuanya sudah selesai, bungkusan itu dilemparkan ke dalam
sungai. Dalam sekelip mata saja, air sungai bergelombang. Bila gelombang air
sungai berakhir, berpuluh-puluh ekor buaya timbul. Semua kepala buaya itu menghadap
ke hilir.
"Pindahlah
kamu dari sini, aku bukan bapak kamu lagi, pergilah ke mana-mana”, jerit
Saadun Juling.
Ternyata
buaya-buaya di sungai itu mendengar cakapnya, buaya-buaya itu bergerak menuju
ke kuala. Saya kagum dengan kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh Saadun
Juling. Saya kira rasa kagum itu terjadi juga pada diri datuk. Sebabnya, apa
yang dilakukan oleh Saadun Juling datuk perhatikan dengan penuh minat. Saadun
Juling masih lagi merenung air sungai yang kelihatan agak tenang. Kelopak
matanya tidak berkedip. Tiba-tiba air sungai bergelombang kembali, seekor
buaya sebesar batang kelapa timbul di permukaan sungai, buaya itu berenang ke
tepi sungai.
"Berhenti
dan tunjukkan badan kamu”, kata Saadun Juling, buaya itu segera menimbulkan
seluruh badannya. Warna badan buaya itu agak keputih-putihan sedikit dan
pergerakkan kaki serta ekornya tidak sepantas macam buya-buaya yang lain.
"Aku
tidak memerlukan kamu lagi, aku kembalikan semangat kamu yang aku pinjam pada
kamu kembali, sumpah yang kita buat sudah tidak ada lagi, kau berhak memakan
daging aku dan aku berhak membunuh kamu”, Saadun Juling terus berkata-kata
dengan buaya tersebut.
Saya lihat
buaya itu terus menyelam dan ghaib. Di tempat buaya itu menyelam muncul sepotong
kayu hitam macam kayu arang yang panjangnya kira-kira dua kaki. Kayu itu
berpusing-pusing di situ dengan ligatnya sambil mengeluarkan asap yang nipis
dipermukaan sungai. Asap itu nampak memanjang naik ke udara. Beberapa saat
kemudian asap itu hilang, dan Saadun Juling terus jatuh ke tanah. Badan Saadun
Juling kelihatan kaku, tidak bergerak dan kedua belah kelopak matanya tertutup
rapat. Dari sinar matahari yang cukup terik itu, saya lihat seluruh badan
Saadun Juling mengeluarkan wap seperti wap dari ketul asis. Bila wap itu hilang
Saadun Juling mula bergerak dan terus bangun. Dengan langkah yang tenang dia
mendekati datuk.
"Kamu
lihat buaya putih tadi?"
"Ya”
"Sebenamya badan buaya itu tidak putih cuma penglihatan kita saja yang membuat kita menyangka buaya itu putih”
"Sebenamya badan buaya itu tidak putih cuma penglihatan kita saja yang membuat kita menyangka buaya itu putih”
"Maksud
kau Saadun?"
“Itulah
buaya jadi-jadian yang aku puja dari puntung kayu hanyut di tengah sungai waktu
malam, sebelum puntung itu aku puja, puntung itu aku serahkan pada guruku untuk
ditapa selama tujuh minggu dalam lubuk yang airnya berpusing, setelah dipujanya
barulah diserahkan pada aku untuk memujanya dengan beberapa syarat yang
tertentu”
Datuk
renung wajah Saadun Juling lama-lama, kemudian datuk tersenyum sambil meraba
pipi kanannya berkali-kali. Datuk hulurkan tangan pada Saadun Juling,
cepat-cepat Saadun Juling menyambut huluran tangan datuk itu. Mereka berjabat
salam penuh mesra sambi ketawa penuh makna.
"Kita
bersahabat ,tetapi kalau kau tersilap langkah ertinya kau habuan aku. Begitu
juga dengan aku kalau tersilap langkah akan jadi habuan kamu, " kata-kata
itu diucapkan oleh Saadun Juling dengan penuh semangat.
"Kalau
itu sebagai satu syarat untuk kita bersahabat, aku terima Saadun”, balas datuk.
"Memang itu syaratnya, aku senang bila kau terima syarat tersebut”, sahut Saadun Juling. Seram juga mendengar janji dua orang yang mahu bersahabat ini, pelik dan ganjil sekali buat diri saya.
"Memang itu syaratnya, aku senang bila kau terima syarat tersebut”, sahut Saadun Juling. Seram juga mendengar janji dua orang yang mahu bersahabat ini, pelik dan ganjil sekali buat diri saya.
Saadun
Juling terus melangkah beberapa tapak ke belakang dan ke hadapan di depan
datuk. Kerana datuk masih duduk bersila di tanah, langkah yang di atur oleh
Saadun Juling itu diperhatikannya dengan ekor mata sambil bersedia kalau
langkah itu akan bertukar menjadi buah silat lalu mencari sasaran di tubuh
datuk. Mujurlah langkah Saadun Juling tetap dengan langkahnya, tidak ada tanda-tanda
akan bertukar menjadi buah silat membuat perasaan datuk jadi tenang. Dalam
keadaan yang begitu tenang Saadun Juling terus melompat dengan tiba-tiba dan
terus duduk bersila di hadapan datuk. Saadun Juling hulurkan kepalanya yang
berambut panjang serta lebat itu pada datuk.
"Gunakan
pisau cukur tadi dan cukurlah rambut ini, aku mahu membuang segala ilmu yang
aku tuntut”, wajah datuk kelihatan berubah, bagaikan tidak percaya dengan apa
yang dituturkan oleh Saadun Juling padanya.
"Kau
mahu mempermainkan aku atau kau memang berhajat betul”
"Aku
bercakap benar, segala kekuatan ilmu yang aku tuntut terletak pada rambutku.
Sebab itulah aku menyimpan rambut panjang, ada tujuan dan gunanya, kata orang
ada muslihatnya”
"Begitu.
Fahamlah aku sekarang”
"Eh,
kau memang bijak, pura-pura tidak tahu. Padahal kau sendiri tahu, bila kau
menarik rambut aku tadi aku sudah tahu yang kau sudah mengetahui rahsia diri
aku”
Datuk
tersenyum mendengar kata-kata dari Saadun Juling itu. Datuk tidak dapat
berdalih lagi, secara terus terang datuk mengatakan pada Saadun Juling, segala
rahsia kekuatan itu diketahuinya setelah melihat cara-cara Saadun Juling
berjalan serta cara kerdipan mata Saadun Juling. Secara jujur pula Saadun
Juling mengakui, sebab utama dia mahu mengikut cakap datuk kerana datuk
mengetahui rahsia kekuatan dirinya. Andainya datuk tidak mengetahui rahsia itu
dia bermusuh dengan datuk hingga hari kiamat.
Tanpa
membuang masa lagi, datuk pun mencukur rambut Saadun Juling dengan meninggalkan
rambut bahagian ubun-ubun kepala dalam bentuk bulat, kerana rambut yang tinggal
itu panjang membuat saya teringat pada rambut kaun Red Indian di Amerika yang
selalu saya Iihat dalam filem cowboy. Saya tersenyum, memang bodoh kelihatannya
bila orang tua berjambul dengan rambut panjang, sebabnya, datuk meninggalkan
rambut tersebut adalah atas permintaan Saadun Juling sendiri.
"Sekarang
cukurlah rambut yang tinggal itu dan kau bersedialah mengelakkan diri kau dari
terkena badinya”, kata Saadun Juling sambil menyuruh datuk mengambil segumpal
rambut, telur buaya dan dua bilah gigi buaya dari dalam kotak kecil. Kalung
dari gigi buaya disangkutkan ke lehernya, manakala segumpal rambut dan telur
buaya diletakkan atas daun keladi dan daun keladi yang diisikan dengan barang
tersebut pun diletakkan di bawah paha kanan Saadun Juling.
"Sekarang,
cukurlah rambut itu dari arah matahari jatuh membawa ke arah matahari naik”,
Saadun Juling segera memberikan perintah.
Datuk
segera melakukannya. Bila mata pisau cukur terkena bahagian rambut tersebut,
secara mengejut hujan turun dalam panas yang terik itu. Air hujan yang kasar
itu jatuh atas permukaan sungai membuat air sungai kelihatan seperti
meruap-ruap. Saadun Juling memejamkan matanya dan tangan datuk yang memegang
pisau cukur kelihatan bergerak-gerak tidak tentu arah macam di tolak sesuatu.
Akhirnya dapat juga datuk mencukur rambut sejemput itu, setelah dia membaca
beberapa potong ayat suci.
Bila
rambut itu selesai di cukur, hujan panas segera berhenti. Tetapi, wajah datuk
kelihatan kebiru-biruan, kedua belah bibirnya nampak hitam dan badannya
menggeletar macam orang kena serang demam kura. Datuk segera menghampiri saya
serta menyuruh saya mencari daun lidah buaya dan cendawan telinga monyet.
Berpeluh juga badan saya mencari bahan-bahan yang dikehendaki oleh datuk
sekitar kawasan itu. Nasib saya agak baik, cendawan telinga monyet saya temui
di batang getah buruk. Daun lidah buaya pula saya temui dalam jarak satu rantai
dari batang getah buruk tersebut. Semua bahan-bahan itu saya serahkan pada
datuk. Cendawan telinga monyet datuk patah dua. Sebelah digosokkan pada tapak
kaki kiri dan yang sebelah digosokkan pada tapak kaki kanan beberapa kali
hingga rasa mengeletar di badannya hilang. Bahagian kulit atas daun lidah buaya
datuk kupas (siat) dengan golok, bila kulit itu tersiat terdapat sejenis lendir
yang rupanya macam agar-agar.
Lendir itu
datuk taruh atas tapak tangan lalu dimakannya. Saya terasa geli -geleman dan
tekak saya terasa loya melihat datuk menelan lendir dari daun lidah buaya.
Bahagian bawah daun itu datuk kupas juga, lendimya datuk ambil dan disapukan ke
muka serta kedua belah lengannya. Bibir datuk yang kelihatan hitam segera
bertukar menjadi merah begitu juga dengan wajahnya yang kebiru-biruan pulih
seperti sediakala.
"Daun
lidah buaya ini banyak khasiatnya, kalau anak dara mahu kulit mukanya bersih
serta halus tanpa jerawat sapulah lendir dari daun ini. Kalau kita mahu
kelihatan muda (awet muda) sapukan lendirnya ke muka setiap petang, kalau badan
terasa panas atau mahu menjaga kesihatan tubuh badan, ini khasiatnya”, kata
datuk pada saya sambil mengeliat.
"Kalau
mahu mengekalkan rumah tangga hingga mati dan mahu berbini lebih dari satu daun
lidah buaya juga boleh digunakan. Orang lelaki yang memakai daun lidah buaya
muda menawan hati orang perempuan. Tapi mesti ada petua dan syaratnya,
belajarlah dengan datuk awak”, sampuk Saadun Juling.
Dan saya
mengharapkan datuk akan mengeluarkan petuanya dan saya bersedia melakukannya.
Sebagai lelaki tentu saja saya teringin memikat atau jadi pujaan setiap gadis,
kalau perlu mahu beristeri lebih dari satu.
"Petua
yang itu tidak boleh diberikan pada Tamar. Belum tentu petua itu digunakan
dengan sebaik-baiknya, hari ini kita nampak bagus, bila dah dewasa belum tentu
dia bagus. Kalau petua tu terlepas padanya aku yakin dia akan jadi kambing
randuk (bapak kambing) yang kerjanya membilang kepala bini atau membilang
kepala betina”, kata datuk lalu disambut dengan ketawa berdekah-dekah oleh
Saadun Juling.
Sesunguhnya,
kata-kata datuk itu meninggalkan kesan kecewa yang amat mendalam pada diri
saya. Apa boleh buat, mahu bertanya atau meminta petua itu pada datuk saya
takut, silap-silap tanya atau minta nanti penampar hinggap ke muka paling
kurang kena maki. Matahari sudah berada betul-betul di atas kepala dan burung
helang siwah mula terbang rendah mencari makan sambil berbunyi sekali-sekala,
ketika itu jugalah Saadun Juling membentang kain kuning berbucu tiga di atas
tanah. Rambutnya sudah dicukur, dikumpul atas kain kuning tersebut. Begitu juga
dengan pisau cukur, telur buaya, kalung gigi buaya dan segumpal rambut, semua
benda-benda itu dibungkus dengan kain kuning lalu diletakkan di atas batang
buruk dan dihanyutkan ke tengah sungai.
Bila kain
kuning di atas batang buruk itu bergerak ke hilir, helang siwah yang terbang
terus menjunam serta menyambar kain kuning tersebut, bila kain kuning itu
berada dimuncung burung helang yang berlegar-Iegar di udara, terdengar satu
ledakan macam ledakan petir dan badan helang yang berada di udara berkecai,
bulunya berterbangan jatuh atas permukaan sungai.
"Semuanya
sudah habis, ilmu yang di tuntut sudah pulang ke tanah asalnya di Kuala Tari,
Acheh, menemui tuannya”, ujar Saadun Juling dengan wajah yang gusar.
"Habiskan
usia kamu yang ada ini untuk mengabadikan diri pada Allah, mohon ampun dan
bertaubatlah pada Allah, semoga kau akan bahagia dunia akhirat”, datuk terus
menepuk bahu Saadun Juling sambil meninggalkan kawasan tersebut menuju ke
pondoknya.
Bunyi
ledakan petir di tengah hari itu rupanya menimbulkan kegemparan pada para
penduduk di Tanjung Ara, beberapa orang penduduk yang ingin tahu tentang
kejadian itu segera mencari datuk.
"Apa
yang mahu dirisaukan, bunyi petir ditengah hari perkara biasa semuanya berlaku
atas kehendak Allah, kalau mahu mengetahui rahsianya carilah sendiri, saya
sendiri tidak tahu”, kata datuk pada orang-orang kampung yang menemuinya dikaki
tangga pondok tempat Saadun Juling menumpang.
Tanpa
banyak soal jawab, orang-orang kampung terus pulang ke rumah masing-masing.
Sebagai membuktikan kejujuran dan keikhlasan hatinya pada orang-orang kampung Tanjung
Ara dan datuk, Saadun Juling membuat keputusan untuk tinggal di kampung
tersebut selama dua minggu lagi. Alasan yang diberikan pada orang-orang kampung
ialah untuk melihat sejauh mana kejayaannya menghalau buaya di sungai
tersebut. Sungguh memeranjatkan, usaha Saadun Juling tidak sia-sia. Buaya cukup
sulit untuk di temui di sungai tersebut. Kalu ada pun, buaya tersebut hanya
sekadar menumpang lalu, mempamirkan tubuh badan seminit dua di permukaan
sungai, kemudian terus hilang dan amat sukar dikesan kemana buaya itu
menghilangkan diri.
Kerana
kejayaan itu, orang-orang kampung telah sepakat untuk mengadakan kenduri
kesyukuran dengan mengadakan jamuan makan tengahari di surau kampung tersebut
setelah menunaikan sembahyang Zuhur secara berjemaah.
“Saya
minta pada orang di sini supaya jangan membuang cicak ke sungai atau memancing
ikan berumpankan cicak, perbuatan itu memang dilarang dan merupakan satu
pantang. Kalau dilanggar pantang itu buaya akan mengamuk kembali. Jika ada
diantara tuan-tuan yang memanggang cicak dengan buluh atau sebagainya lalu
dibuang ke sungai padahnya cukup buruk, buaya akan membalas dendam, dalam ilmu
pawang buaya hal ini memang merupakan pantang besar”, demikian Saadun Juling
memberitahu orang-orang kampung.
Dia juga menyatakan pada orang-orang kampung bahawa segala ilmu yang dituntutnya bagi menangkap buaya, sudah dibuangnya kerana dia mula sedar yang ilmu itu banyak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Dalam majlis kesyukuran itu juga, datuk mengambil daya usahanya sendiri mempertemukan Saadun Juling dengan suami wanita yang digodanya. Memang diluar dugaan datuk pertemuan yang diadakan dengan tujuan yang baik menjadi sebaliknya. Suami wanita itu menaruh dendam pada Saadun Juling. Bila dia berhadapan dengan Saadun Juling tanpa berfikir panjang, dia terus mencabar Saadun Juling supaya bergaduh dengan menggunakan parang panjang.
Dia juga menyatakan pada orang-orang kampung bahawa segala ilmu yang dituntutnya bagi menangkap buaya, sudah dibuangnya kerana dia mula sedar yang ilmu itu banyak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Dalam majlis kesyukuran itu juga, datuk mengambil daya usahanya sendiri mempertemukan Saadun Juling dengan suami wanita yang digodanya. Memang diluar dugaan datuk pertemuan yang diadakan dengan tujuan yang baik menjadi sebaliknya. Suami wanita itu menaruh dendam pada Saadun Juling. Bila dia berhadapan dengan Saadun Juling tanpa berfikir panjang, dia terus mencabar Saadun Juling supaya bergaduh dengan menggunakan parang panjang.
"Saadun,
aku harap kau bersabar, orang yang sabar dikasihi oleh Allah, tujuan kita bukan
mahu bergaduh, apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan. Untuk menghilangkan
rasa permusuhan sesama Islam, bukankah Islam mahu para pengikutnya
berbaik-baik, hidup aman dan saling tolong-menolong”, kata datuk kepada Saadun
Juling.
"Saya
ikut cakap awak, asalkan tujuannya baik”, sahut Saadun Juling.
Datuk
terus mendekati si suami yang sedang marah itu. Datuk tepuk bahu kanannya dua
tiga kali, kemudian datuk ambil keris pendek yang tergenggam di tangan si suami
itu. Keris itu datuk masukkan ke dalam sarungnya. Orang-orang kampung yang
tidak tahu tentang kedudukan perkara tersebut jadi tercengang-cengang sambil
berbisik sama sendiri.
"Usah
bimbang, mereka ada selisih faham sedikit. Biarlah saya yang cuba mengatasinya.
Saya yakin kalau kita bersikap sebagai orang Islam sejati, masalah ini boleh
selesai”, datuk memberitahu orang-orang kampung dan menyuruh mereka bersurai.
Datuk
terus menemui si suami yang sedang naik darah itu kembali. Datuk terus
bercakap-cakap dengannya sebentar, Saadun Juling cuma melihat dari jauh saja.
Saya menarik nafas tanda senang hati kerana datuk berjaya memujuk si suami yang
sedang marah itu. Saadun Juling bersalam dengan si suami yang mempunyai parut
di betis kanannya, kemudian si suami itu mengajak datuk, Saadun Juling dan
saya ke rumahnya. Kami di jamu dengan kopi panas di anjung rumah.
"Saya
mengaku saya bersalah dalam hal ini, ambillah golok ini dan lakukan apa saja
demi menjaga kehormatan awak sebagai seorang suami, saya rela mati atas
perbuatan saya”, tiba-tiba Saadun Juling menghulurkan ulu golok pada sisuami
yang berparut di betis kanan.
"Tak
perlu, saya faham dan saya sudah mengetahui kedudukan diri awak. Saya maafkan
awak, walaupun perbuatan saya ini satu perbuatan dayus pada mata orang lain,
saya tidak merasa kesal. Menjauhkan perasaan dendam dan bergaduh sesama orang
yang seagama itu lebih mulia”, dengan tenang si suami itu bercakap pada Saadun
Juling.
Mereka
berdakap-dakapan dan menangis. Saya dan datuk sungguh terharu melihat peristiwa
tersebut. Dengan perasaan yang ikhlas si suami itu terus bertanya pada
isterinya, sama ada dia mencintai dirinya atau Saadun Juling. Dengan jujur si
isteri itu menjawab, dia memang tidak mencintai atau menyayangi suaminya,
kerana si suami itu bukan pilihan hatinya. Dia menikah dulu semata-mata
mendengar cakap ke dua orang tuanya.
Si suami menerima
keterangan itu dengan dada yang terbuka, kemudian dia membuat keputusan
menceraikan isterinya, setelah Saadun Juling memberikan jaminan yang dirinya
akan memperisterikan wanita tersebut. Saadun Juling membuktikan kata-katanya
itu, setelah wanita itu lepas edah, dia terus menikah dengan wanita tersebut.
Kemudian Saadun Juling membawa isterinya ke kampung halamannya dan memulakan
penghidupan baru dengan membuka kedai kopi dan barang-barang runcit di
tempatnya dan namanya sebagai pawang buaya terus dilupakan orang.
No comments:
Post a Comment