Saya kira,
tidak ada perlu datuk fikirkan. Sembahyang Subuh sudah ditunaikan. Mandi embun
sudah dilakukan. Malah, kawasan rumah arwah Mahyuddin sudah kelilingi sebanyak
tujuh kali. Empat penjuru kawasan rumah tersebut sudah ditanam dengan dahan
pokok delima yang dipotong sepanjang enam inci.
"Tujuannya
bukan apa-apa, cuma nak mengelakkan orang-orang yang tidak bertanggungjawab
dari membuat perkara tak senonoh. Maklumlah semua orang tahu, arwah Mahyuddin
bukan sebarang orang, mana tahu ada orang yang cuba menuju tempat tidurnya,
minta itu minta ini, kerja syaitan dan maksiat begini cepat mempengaruhi
fikiran orang-orang kita, lebih-lebih lagi kerja maksiat tu boleh mendatangkan
wang ringgit.", datuk menjelaskan tentang perkara yang di bualnya pada
saya.
Datuk
terus duduk di batang kelapa buruk di sudut kanan halaman rumah. Saya terus
memperhatikan beberapa ekor burung merak melompat dari dahan ke dahan di pohon
mempelam.
"Datuk
awak di mana?”
Saya
dikejutkan oleh suara Dumba.
"Itu,
datuk atas batang kelapa." Jari telunjuk saya menuding ke arah datuk.
"Tengok
burung, di sini memang banyak burung”, anak angkat Mahyuddin mencelah, kemudian
terus mengekori Dumba menuju ke tempat datuk.
Saya capai
sepotong kayu lalu membaling ke arah burung yang hinggap di ranting. Saya
ketawa melihat burung-burung itu berterbangan. Kemudian, saya berlari
mendapatkan datuk. Saya lihat kelopak mata Dumba berair, begitu juga dengan
kelopak mata anak angkat Mahyuddin. Datuk menggigit bibir, sesekali menggosok
pangkal hidung dengan ibu jari. Di wajah datuk tergambar kesedihan.
"Muktamad,
sebelum masuk waktu Zuhur kami berdua akan meninggalkan tempat ini”, ujar datuk
dan sepasang matanya silih berganti merenung muka Dumba dan anak angkat Mahyuddin.
"Bagaimana
kalau bertolak lepas Zuhur?”, Dumba mengajukan cadangan.
Mengikut
petua dan langkah, hari ini mesti bertolak sebelum Zuhur baru terlepas dari
bencana buruk, petua peninggalan nenek moyang kita tak rugi diikuti, ini
merupakan warisan”, jawab datuk.
Dalam masa
yang sama, saya sempat menjeling ke arah jam yang terlekat di tangan anak
angkat Dumba. Jarum panjangnya menunjuk angka dua belas dan jarum pendeknya
mengarah ke angka tujuh.
"Kalau
sudah balik, bila pula nak datang ke sini lagi?”, anak angkat Mahyuddin
mengeluarkan pertanyaan. Datuk tersenyum sambil merenung wajah Dumba.
"Kalau
panjang umur dan diizinkan Allah yang Maha Kuasa, saya akan datang juga ke
sini."
"Dengan
kehendak Allah juga kita bertemu dan awak lerusaha mem betulkan kesilapan yang
saya lakukan."
Dengan
mendadak Dumba meningkah cakap datuk. Semua yang ada di situ terus ketawa. Bila
ketawa berakhir, aya lihat lagi sekali datuk merenung bumi agak lama. BiIa
kepalanya diluruskan, saya lihat matanya merah. Tahulah saya bahawa datuk
menahan air matanya membasahi kulit pipinya.
"Memang
tidak pernah terfikir dalam hidup ini yang saya akan berjumpa dengan
orang-orang di sini, kemudian menetap di sini hampir dua minggu, semuanya
terjadi atas kehendak Allah”, nada suara datuk tersekat-sekat.
Dumba
terus menerpa pada datuk. Mereka berpeluk-pelukan sejenak. Bila Dumba
melepaskan lingkaran tangannya dari tubuh, anak angkat Mahyuddin segera
berjabat salam dengan datuk.
"Mari
ke rumah saya untuk makan pagi?”, bisik anak angkat Mahyuddin.
"Terima
kasih lain kali saja”,balas datuk sambil mengajak kami naik ke rumah arwah
Mahyuddin. Semuanya tidak membantah. Bila berada dalam rumah, datuk mengarahkan
anak angkat Mahyuddin mengarnbil beberapa helai kain pelikat, sehelai sejadah
serta sekeping tikar mengkuang panjang dua belas. Barang-barang itu datuk suruh
hantarkan kc masjid untuk digunakan oleh ramai yang berjemaah di situ. Datuk
juga minta anak angkatnya menyelesaikan hutang-piutang Mahyuddin, sekiranya dia
ada berhutang ketika hayatnya.
"Peti hitam dah tak ada tuk”, kata saya bila melihat tempat peti hitam itu kosong. Datuk terdiam sejenak, kemudian dia senyum.
"Peti hitam dah tak ada tuk”, kata saya bila melihat tempat peti hitam itu kosong. Datuk terdiam sejenak, kemudian dia senyum.
"Kembali
pada yang hak”, pendek datuk menjawab.
"Ada
perca kain kuning tiga segi di tempat peti hitam tuk."
"Biarkan.
Orang yang berhak memberitahu kita dia sudah mengambil haknya”
Selesai
sahaja datuk berkata, perca kain itu melayang-layang macam ditiup angin,
sedangkan angin tidak bertiup ketika itu. Perca kain itu bergerak menuju ke
tingkap dan akhirnya hilang.
Apa yang
saya lihat itu, dilihat juga oleh Dumba dan anak angkat Mahyuddin. Dan
kehilangan peti hitam itu juga disedari oleh anak angkat Mahyuddin tetapi dia
tidak kelihatan cemas.
"Ayah
dah beritahu saya, katanya, peti hitam dan isinya akan hilang bila dia mati. Ayahnya
juga berhasral untuk memberikan isi peti hitam pada saya."
"Kau
dapat isinya'?", celah datuk.
"Tak
dapat. Sebenarnya, kalau tak dapat, kata ayah, saya tak cukup syarat. Tetapi
ayah berjanji sebelum dia mati barang dalam peti hitam akan diberikan pada
orang yang difikirkannya layak”, terang anak angkat Mahyuddin lagi. Datuk tidak
bertanya lebih lanjut lagi tentang perkara itu pada anak angkatnya Mahyuddin.
Datuk mengajak kami keluar dari rumah dan duduk kembali di halaman. Saya sudah
pun membimbit beg rotan empat segi. Di dalamnya termuat beberapa helai pakaian
saya dan datuk. Semuanya sudah saya basuh semalam.
Mungkin
dalam petua datuk, ketika matahari sudah berada di paras pucuk kelapa dara
serta tiupan angin lembut dari arah selatan, adalah saat paling baik untuk
memulakan perjalanan. Lagi sekali datuk berjabat salam dengan Dumba. Saya lihat
Dumba tidak dapat menahan kesedihan.
"Awak
banyak menolong saya dan menyedarkan saya”, kata Dumba.
"Bukan
saya. Allah yang membuka hati awak. Saya cuma berusaha”, balas datuk sambil
merangkum tangan.
Saya dan
datuk pun mula mengatur langkah. Sampai dekat pokok macang (bacang) di liku
jalan, dua orang lelaki muncul dengan pakaian yang agak kotor. Baju dan
seluarnya terdapat kesan-kesan getah yang sudah keras. Mereka menahan datuk dan
saya.
"Kenapa?",
suara datuk lembut.
"Tolong
kami."
"Tolong
apa? Nak minta tolong toreh getah?”, tanya saya.
Sesungguhnya,
saya kurang senang dengan kedatangan dua manusia itu. Mereka mengganggu
perjalanan saya dan datuk untuk segera pulang.
"Jangan
biadap. Mana budi bahasa kamu sebagai Melayu?”, telapak tangan kanan datuk
menekan pipi kanan saya. Marah sungguh dia dengan sikap saya itu. Datuk terus
melayan kedua penoreh getah itu.
"Kami
ni selesai menoreh kira-kira pukul tujuh pagi, sementara menanti getah berhenti
menitik dalam mangkuk, kami pergi ke kubur Mahyuddin”, terang penoreh yang
berbadan kurus.
Dari jauh
saya nampak Dumba dan anak angkat Mahyuddin menuju ke arah saya dan datuk.
"Apa
yang nak kamu cari di kuburnya?”, datuk jegilkan biji mata. Kedua lelaki itu
tersengih. Mereka kelihatan serba salah.
"Apa
yang kau orang nak cari di sana?", soal datuk lagi.
"Mahyuddin
tu banyak ilmu dunia. Kami nak cari sesuatu darinya”, sahut lelaki yang
berbadan kurus.
"Habis,
dapat apa yang kamu cari?"
"Huh,
kami jumpa harimau atas kuburnya."
"Apa
yang kau orang dapat dari harimau tu?"
"Kami
takut, lalu lari”, sahut lelaki yang bermata sipit.
Datuk
menggigit bibir sambil merenung muka dua lelaki itu.
"Aku
tahu, kau orang mahu meninjau. Kemudian kau orang nak menurun nombor ekor di
kuburnya”, nada suara datuk meninggi. Kedua lelaki itu anggukkan kepala,
mengakui apa yang datuk katakan itu. Ketika itu juga anak angkat Mahyuddin dan
Dumba sampai. Datuk terus menceritakan apa yang berlaku.
"Biadab,
tidak tahu menghormati perasaan orang lain”, tiba-tiba tercetus ungkapan dari
mulut anak angkat Mahyuddin.
"Sabar”,
pekik datuk lalu menangkap pergelangan tangan anak angkat Mahyuddin yang mahu
melepaskan penumbuk ke muka salah seorang daripada lelaki itu. Badan anak
angkat Mahyuddin kelihatan menggeletar menahan perasaan marah.
"Memang,
dia orang dagang, tapi,aku anak angkatnya, apa kau orang berdua tidak
memikirkan perasaan aku? Apa rasa hati kamu berdua kalau kubur saudara-mara
kamu dipermainkan begitu,” anak angkat Mahyuddin terus meluahkan perasaannya.
Saya kira,
kalau datuk tidak ada di situ, pasti berlaku pertengkaran.
“Sudahlah,
lupakan semuanya itu”, datuk memujuk. Dan lelaki itu segera meminta maaf pada
anak angkat Mahyuddin. Dada saya terasa lapang, bila anak angkat Mahyuddin
bersedia memaafkan perbuatan kedua lelaki itu. Kemudian datuk menyuruh kedua
lelaki itu pergi ke kebun getah untuk mengutip susu getah.
“Kami
takut”, ujar kedua lelaki itu serentak.
“Takut
apa?”, soal Dumba.
“Takut
harimau”
“Pergilah,
tak apa. Kalau kau orang tidak berniat serong .Tetapi kalau berhajat nak
menurun nombor ekor di situ, batang tengkuk kau orang akan dipatahkan oleh
harimau itu”, kata datuk.
Ternyata,
kedua lelaki itu enggan beredar. Mereka tidak yakin dengan apa yang datuk
katakan itu.
“Apa
tunggu lagi, pergilah buat kerja”, Dumba bersuara. Kedua lelaki itu
berpandangan sama sendiri, sesekali menoleh ke arah kebun getah, macam
mengawasi sesuatu.
“Aku nak
balik aje”, tiba-tiba yang berbadan kurus bersuara.
Biji
matanya tertumpu ke wajah datuk. Kemudian, dia terus melangkah dengan diikuti
oleh kawannya. Datuk segera memintas di hadapan mereka hingga langkah mereka
mati.
“Ingat,
jangan cuba menurun di kubur atau di pangkal pokok kerana mahu menikam nombor
ekor. Itu perbuatan orang syirik. Carilah rezeki cara yang halal, nanti hidup
di berkati Allah”, ujar datuk dengan nada suara yang rendah.
Kedua
lelaki itu anggukkan kepala. Datuk langkah setapak ke depan sambil mendepangkan
kedua belah tangannya.
“Ingat”,
jerit datuk serentak dengan itu kedua belah tangannya singgah ke atas bahu
lelaki itu. Saya menarik nafas panjang, bila saya lihat datuk menekan bahu
kedua lelaki tersebut. Tekanan yang datuk lakukan itu, saya kira cukup kuat,
kalau tidak masakan wajah kedua lelaki itu macam menahan kesakitan. Datuk
jatuhkan kedua belah tangannya dari atas bahu kedua lelaki itu. Datuk terus
membongkok lalu mengambil sekepal tanah.
"Kamu
tahu, asal kita semua dari tanah, ambil tanah ini”, ujar datuk lalu menyerahkan
kepalan tanah di tangannya kepada kedua lelaki itu. Macam kena pukau, kedua
lelaki itu menahan tangan, menerima tanah yang diberikan oleh datuk.
"Bawa”,
sahut kedua lelaki itu serentak.
Mereka
renung muka saya sejenak, kemudian mengalihkan biji mata merenung wajah Dumba
dan anak angkat Mahyuddin. Tanpa mengucapkan sesuatu, mereka melangkah menuju
ke kebun getah meneruskan kerja masing-masing.
"Apa
azimat yang diberi pada mereka?”, soal Dumba pada datuk.
"Azimat?"
"Azimat apa yang awak beri pada mereka”, ulang Dumba.
"Azimat apa yang awak beri pada mereka”, ulang Dumba.
"Dalam
hidup ni, tidak ada azimat. Aku cuma memberi sekepal tanah biasa yang tidak
membawa apa-apa makna pada mereka. Tetapi, aku yakin mereka merasakan tanah itu
sebagai tangkal yang boleh menghalau harimau."
"Jadi
awak menipu mereka?", sanggah anak angkat Mahyuddin sambil tersenyum
sinis.
Datuk
menggigit bibirnya sambil mata merenung pada pohon getah yang berbaris di
hadapannya.
"Aku
tidak menipu, apa yang aku lakukan adalah petua orang tua-tua. Manusia yang
sedang takut, kalau kita sergah dengan sekuat hati akan jadi berani.
Lebih-lebih lagi selepas disergah, kita berikan sesuatu yang kita kirakan boleh
memberi kepercayaan atau semangat pada mereka”, datuk membocorkan rahsianya.
Menurut
datuk, ketika menyerahkan benda-benda itu mesti cepat dilakukan. Jangan beri
kesempatan pada orang yang menerimanya bertanya sesuatu kepada orang yang
memberi. Bila orang itu sudah bertanya, pasti menimbulkan keraguan dalam
dirinya. Bila sudah ada keraguan dalam dirinya, semangatnya tidak akan padu
lagi dan boleh menimbulkan rasa waswas.
Terkejut
anak angkat Mahyuddin dan Dumba mendengar penjelasan itu.
"Sebab
itulah, orang-orang Melayu dulu, kalau memilih panglima perang, terdiri dari
orang yang suara garang. Berbadan tegap dan pintar, kerana orang-orang seperti
itu boleh memberi semangat pada anak buahnya. Dari itu lah timbulnya tangkal
dan azimat di kalangan orang-orang kita yang kononnya boleh membuat seseorang
itu kebal”, sambung datuk lagi.
Saya
tersenyum. Dumba saya lihat gelengkan kepala.
"Tetapi,
semuanya itu ada sesuatu yang sengaja awak tak beritahu pada kami”, anak angkat
Mahyuddin mula mencungkil rahsia diri datuk.
"Tak
ada apa-apa. Mana ada azimat dalam Islam. Para sahabat nabi berjuang menentang
musuh tidak pakai azimat tetapi mereka berbekalkan semangat dan keyakinan.
Mereka berjuang penuh semangat untuk menegakkan Islam. Mereka yakin, mereka
tidak akan mati kalau tidak diizinkan Allah yang Maha Besar”, kata-kata yang
datuk ucapkan itu membuat anak angkat Mahyuddin dan Dumba tidak mengajukan
sebarang pertanyaan lagi.
"Mari”,
datuk menarik tangan saya.
"Ke
mana tuk'?"
"Hai,
baliklah, ke mana lagi?"
Saya pun
melangkah menuju ke jalan raya. Dumba dan Mahyuddin terus mengiringi kami.
Lebih kurang sepuluh minit berjalan, kami pun sampai ke bibir jalan raya.
Berdiri di situ menunggu bas yang mahu pergi ke Tanjung Malim. Matahari terus
bersinar. Bas yang dinanti belum juga tiba. Saya sudah tidak sanggup berdiri
dan terus duduk di atas seketul batu.
"Bas”,
kata Dumba. Saya segera melompat untuk menaiki bas. Bas pun berhenti, dan saya
melangkah ke dalam perut bas. Datuk masih lagi berdiri di tepi jalan.
Perbuatannya itu kurang disenangi oleh penjual tiket bas yang berbangsa Cina.
Penjual tiket terus memukul alat penekan lubang tiket ke besi bas, memberitahu
datuk supaya segera naik.
"Hai
orang tua cepatlah. Ini bas bukan sendiri punya”, sergah penjual tiket bas.
Pemandu bas yang berbadan tegap membunyikan hon bas.
"Hei
cepatlah”, pekik pemandu bas yang berbangsa India itu, sambil memaki-maki
datuk. Saya mula terasa takut dan terus duduk di bangku. Tidak ada penumpang di
dalam bas.
"Sekejap
Encik”, kata datuk.
"Apa
lu ingat ini bas lu punya ke?”, sergah pemandu bas dengan wajah yang garang.
Datuk tersenyum padanya sambil mengangkat tangan tanda minta maaf. Rupanya,
sikap baik yang datuk ditunjukkan itu menambahkan rasa marah pada penjual tiket
bas.
"Eh,
bodoh naiklah”, sergah penjual tiket.
"Encik,
saya tahu saya salah, tapi cakaplah baik-baik sikit”, balas datuk.
"Apa
lu ingat lu besar”, jawab penjual tiket.
"Saya
tak besar, tapi Tuhan lagi besar dari semua tau”, suara datuk mula meninggi.
Dinding
bas terus ditamparnya, serentak dengan itu enjin bas terus mati. Saya turun
dari bas. Berdiri dekat datuk yang buat tidak tahu dengan apa yang berlaku.
Muka pemandu bas dan penjual tiket mula dibasahi peluh dalam sinar panas mula
terik.
"Satu
perkara yang mahu aku ingatkan pada kamu berdua, jangan cemas bila melihat
harimau berkeliaran di halaman rumah arwah Mahyuddin selama tiga petang
berturut-turut. Lepas tiga hari harimau itu akan hilang. Tolong perhatikan
kubur Mahyuddin jangan sampai dikeramatkan oleh orang-orang tertentu”, datuk
meninggalkan pesan pada Dumba dan anak angkat Mahyuddin. Mereka bersalaman dan
berpeluk-pelukan.
Datuk
pijak tangga bas, begitu juga dengan saya. Kami duduk di bangku belakang
pemandu bas.
"Apa
pasal tak jalan?", tanya datuk pada pemandu bas yang sedang
terbongkok-bongkok dengan stereng bas. Pemandu bas segera merenung muka datuk
dengan wajah yang masam. Dia menggigit bibir.
"Saya
panas, jalanlah apa tunggu lagi”, datuk merungut dan rungutan itu didengar oleh
penjual tiket yang berdiri dekat datuk.
Dia pun
menghempaskan papan tiket atas bangku, dan memperlihatkan rasa marahnya yang
amat sangat pada datuk. Kalau datuk menegur atau bersuara, pasti dia bersedia
melakukan sesuatu. Datuk bangun dan menepuk bahu penjual tiket.
"Saya
tolong awak hidupkan enjin bas”, ujar datuk. Penjual tiket dan pemandu bas
menjuihkan bibir ke depan sambil merenung sinis pada datuk.
"Sudahlah,
lu apa tahu”, ejek pemandu bas.
"Dengan
izin Allah, saya boleh menolong awak”, balas datuk lalu memukul kepala gear bas
yang tertonjol di situ. Sebaik sahaja datuk melakukannya, enjin bas segera
hidup. Pemandu bas terkejut dan terus mematikan suis bas, kemudian menghidupkan
kembali. Ternyata enjin bas berjalan dengan baik.
Tanpa
mengucapkan sesuatu, pemandu bas duduk kembali di tempatnya lalu menekan minyak
dan menolak gear satu, bas pun meluncur dengan tenang. Saya dan datuk
melambaikan tangan pada anak angkat Mahyuddin dan Dumba. Saya terasa ada
sesuatu yang aneh berlaku dalam bas. Penjual tiket tidak meminta wang pada
datuk walaupun bas itu sudah berjalan hampir tiga batu. Sampai di satu selekoh
bas berhenti kerana mengambil orang. Ketika orang itu naik, datuk segera
bangun.
"Saya
turun di sini, cucu saya saja yang naik bas sampai ke Tanjung Malim. Ini
tambangnya”, datuk menghulurkan wang pada penjual tiket. Dalam keadaan serba
salah penjual tiket mengambil wang dari tangan datuk, tetapi, wang itu
diserahkan pada saya kembali tanpa pengetahuan datuk. Bas terus berjalan, datuk
melambaikan tangan pada saya.
"Apa
pasal tak ambil tambang?", tanya saya pada penjual tiket.
"Tak
apa, lu duduk. Kalau ada inspektor tiket datang, saya boleh cakap."
"Nanti
datuk saya marah sama saya."
"Dia
mana tahu, dia sudah turun."
"Betul,
awak cakap”, balas saya. Penjual tiket itu terus ketawa. Bas berhenti lagi
mengambil penumpang. Saya perhatikan hampir separuh bangku dalam bas sudah dipenuhi
dengan penumpang. Dan bas kian kerap berhenti lagi mengambil penumpang. Tekak
saya mula terasa loya kerana tidak tahan dengan bau minyak diesel. Bagi
menghilangkan rasa loya itu saya tekan perut dengan tangan. Akhirnya, saya
terlelap. Bila saya terjaga, bas sudah berhenti di perhentian Tanjung Malim.
Dua tiga kali saya gosok mata. Saya biarkan penumpang-penumpang lain turun
dulu. Biarlah saya turun kemudian. Pemandu dan penjual tiket masih berdiri di
tempat masing-masing. Semua penumpang sudah turun. Dada saya mula berdebar.
Saya renung wajah penjual tiket.
"Turunlah apa tunggu lagi?", katanya pada saya.
"Turunlah apa tunggu lagi?", katanya pada saya.
"Tunggu
di luarlah. Saya ingat dia tumpang lori, awak tunggu di sana”, ujar penjual
tiket sambiI menuding jari telunjuk ke sebuah gerai menjual buah-buahan. Saya
terdiam, fikiran saya jadi kelam-kabut. Saya salahkan diri saya sendiri,
sepatutnya saya bertanya datuk, ketika dia turun dari bas tadi. Aneh, semuanya
tidak terfikir oleh saya ketika itu. Lagi sekali saya menarik nafas panjang.
Kali ini pandangan saya tertumpu ke wajah pemandu bas.
"Lu
punya datuk bodoh punya orang. Sudah naik bas apa pasal mahu turun?”, pemandu
bas menyatakan rasa kesalnya. Tiba-tiba wajah pemandu bas jadi pucat, mulutnya
terlopong. Matanya tajam merenung ke bahagian belakang bas. Saya segera
menoleh, saya juga terkejut besar. Dua tiga kali saya gosokkan mata bagi
memastikan apakah yang saya lihat itu satu kenyataan atau khayalan saya saja.
“Tuk”,
kata saya.
"Ya,
ini memang datuk kau Tamar, kau tidak berkhayal kau menghadapi kenyataan”,
suara datuk parau. Saya segera menerkam ke arahnya lantas menjabat tangannya.
Datuk terus menghampiri pemandu dan penjual tiket.
"Eh,
orang tua lu manusia ke hantu?'', tanya penjual tiket penuh rasa curiga. Datuk
tersenyum lalu menepuk bahu penjual tiket.
"Saya
manusia serupa macam awak”, kata datuk.
"Tadi,
awak turun macam mana awak boleh duduk di belakang?
"Betul,
saya turun. Saya jalan kaki ke sini. Masa bas berhenti di sini, saya naik tapi
awak tak nampak”, datuk memberi penjelasan pada pemandu bas yang menyoal. Saya
gosok batang hidung dua tiga kali. Saya tidak tahu kenapa datuk melakukan
semuanya itu.
"Saya
buat macam ni, supaya lain kali awak jangan cakap besar dan sombong. Saya mahu
awak belajar menghormati orang tua-tua, tidak kira apa bangsa pun, kerana awak
juga satu hari akan menjadi tua”, datuk memulangkan paku buah keras pada
pemandu dan penjual tiket. Saya lihat pemandu dan penjual tiket terdiam. Mereka
tarik nafas panjang penuh rasa takjub. Saya dan datuk turun dari bas. Tiba-tiba
pemandu dan penjual tiket meluru ke arah datuk. Kedua belah tangan datuk mereka
sambar untuk dicium, kemudian mereka terus membongkok macam mahu menyembah
datuk.
"Jangan”,
kata datuk sambil menarik tangan kiri dan kanannya. Kemudian datuk menyuruh
mereka menegakkan badan. Mereka patuh dengan cakap datuk.
"Dalam
ajaran Islam, tidak boleh menyembah sesama manusia kerana manusia itu adalah
sama di sisi Allah, baik dia hitam atau pun putih”, datuk terus menepuk-nepuk
bahu kedua lelaki itu.
"Tapi,
awak lain macam punya orang?"
"Lain
macam mana?"
"Awak
boleh mati dan hidupkan enjin kereta, kemudian awak boleh berjalan laju macam
bas."
"Semuanya
itu cara kebetulan saja”, kata datuk tersekat-sekat. Orang ramai mula
menghurung datuk. Pemandu bas itu terus juga mengajukan berbagai-bagai
pertanyaan. Semua pertanyaan itu mempunyai unsur-unsur memuja dan mengagumi
diri datuk. Satu perbuatan yang tidak disenangi oleh datuk.
"Mari”,
datuk terus menarik tangan saya. Kami menyusup di celah-celah orang ramai yang
mengelilingi pemandu dan penjual tiket.
"Tengok,
tadi orang tua tu ada di sini sekarang dia sudah hilang. Dia banyak ganjil
punya orang, saya ingat dia hantu”, suara pemandu bas meninggi.
Orang
ramai yang berada di perhentian bas jadi kelam-kabut lalu menuju ke tempat
pemandu dan penjual tiket. Tidak lama kemudian suara pemandu bas itu kian
menurun dan hilang, digantikan oleh suara ketawa dari orang ramai. Datuk dan
saya hanya melihat peristiwa yang melucukan dari jarak dekat, kira-kira lima
atau sepuluh kaki saja jaraknya dari orang ramai yang mengelilingi pemandu bas.
Anehnya, setiap orang yang lalu di hadapan kami bagaikan tidak nampak dengan
batang tubuh saya dan datuk. Seolah-olah kami tidak wujud di situ. Mereka
berulang-alik dan kami terpaksa mengelakkan diri dari dilanggar.
"Sebenarnya, aku mahu bercerita panjang pada mereka. Aku mahu menjelaskan kedudukan yang sebenar, bila mereka buat bising aku terpaksa melarikan diri”, keluh datuk penuh rasa kesal.
"Sebenarnya, aku mahu bercerita panjang pada mereka. Aku mahu menjelaskan kedudukan yang sebenar, bila mereka buat bising aku terpaksa melarikan diri”, keluh datuk penuh rasa kesal.
"Bagaimana
bila orang sudah tidak ada, kita jumpa mereka tuk?"
"Tak
payahlah, lain kali saja kalau ada umur aku jumpa mereka."
"Tapi,
mereka jadi serba salah tuk, orang menuduh mereka gila."
Datuk
memicit pangkal dagunya. Orang ramai yang menghurung pemandu dan penjual tiket
mula berkurangan. Dan setiap orang yang meninggalkan kawasan itu menuduh mereka
mabuk todi. Akhirnya pemandu dan penjual tiket mula sedar yang perbuatan
mereka, adalah perbualan sia-sia. Mereka masuk ke dalam perut bas kembali,
kerana bangku-bangku kosong dalam bas sudah dipenuhi dengan para penumpang.
"Syukurlah,
keadaan sudah tenang”, kata datuk.
Tanpa
banyak soal saya terus mengekori datuk menuju ke jalan besar. Ketika kami
berjalan di kaki lima bangunan di situ, sebuah kereta Morris Minor berwarna
hitam berhenti. Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut dan meluru ke arah
datuk.
"Kenal saya?", kala lelaki itu.
"Kenal saya?", kala lelaki itu.
"Rasanya,
saya kenal."
"Bukan
rasa, memang dah kenal. Bukankah awak yang menolong anak saya dulu."
"Oh, bagaimana dengan anak awak?"
"Oh, bagaimana dengan anak awak?"
"Sudah
jadi manusia. Awak nak ke mana ni?"
"Saya
sebenarnya nak ke Ipoh."
"Begini”,
lelaki itu tidak meneruskan perkataannya. Ada semacam keraguan bermain dalam
kepalanya. Dia nampak keberatan untuk menyatakan sesuatu pada datuk.
"Terangkan
pada saya”, datuk mendesak. Lelaki itu mempamerkan senyum. Dengan nada suara
yang lemah dia berkala:
"Saya
tak dapat nak menolong awak. Saya tak dapat nak menghantar awak hingga ke
Ipoh."
"Itu
yang awak susahkan, saya tak minta awak berbuat begitu."
"Saya
tahu, awak sudah menolong saya. Alangkah baiknya dalam saat begini saya boleh
menolong awak."
"Jangan
begitu. Setiap pertolongan yang saya berikan tidak minta dibalas”, suara datuk
cukup tenang. Lelaki itu tunduk merenung simen kaki lima.
"Saya
mahu ke Sungkai. Bagaimana kalau awak berdua menumpang saya sampai ke
Sungkai?"
"Boleh
juga”, balas datuk.
Tanpa
membuang masa, saya dan datuk masuk ke perut kereta. Sepanjang perjalanan itu,
lelaki tersebut tidak putus-putus melahirkan rasa kesalnya kerana tidak dapat
menghantar datuk hingga ke Ipoh.
"Kalau
saya tak ada hal mustahak di Sungkai, saya hantar awak hingga ke Ipoh. Jasa
awak menolong anak saya dulu, belum dapat saya balas”, lelaki itu terus
mengeluh sambil memaut stereng kereta erat-erat.
Saya yang
duduk di bahagian belakang kereta, terus melihat pokok-pokok dan bukit-bukau
yang tertegun di kiri kanan jalan. Satu pemandangan yang amat mengasyikkan buat
saya. Seronok benar saya melihat daun-daun pokok yang menghijau itu.
"Awak
tak usah sebut-sebut lagi perkahwinan itu. Bersyukurlah pada Allah kerana anak
awak sudah baik. Awak tak perlu memikirkan untuk membalas jasa saya”, cara
mendadak datuk bersuara.
No comments:
Post a Comment