Osman
Garing tunduk merenung lantai. Bermacam-macam persoalan timbul dalam kotak
fikirannya. Apa yang pasti, dia tetap menyesali diri sendiri keranankurang
bertanya ddengan guru yang terdahulu. Kalau dia bertanya lebih terperinci,
tentu dia tidak terjebak dalam ilmu yang tidak menguntungkan.
Mata
mahaguru terus tertumpu ke wajah Osman Garing bersama senyum sinis. Tentu saja
perbuatan itu kurang menyenangkan hati Osman Garing. Walau bagaimanapun hati kecilnya tetap mengharap mahaguru
memberi penjelasan tanpa menunggu pertanyaan darinya. Mata mahaguru masih lagi
memandang tajam ke arahnya. Osman Garing keresahan.
“Sebab
dikatakan ilmu itu panas,” mahaguru menyambung kembalai percakapan yang
terhenti. “Kerana orang yang mengamalkan ilmu itu, tidak akan dapat
mengumpulkan harta sampai ke mati. Hidupnya sentiasa dalamkesempitan, bila
berbini jodoh tak panjang. Walau macammanapun ilmu itu ada kelebihannya…”
mahaguru berhenti bercakap dan senyum panjang segera terukir di kelopak
bibirnya. Senyuman itu membuatkan Osman Garing resah dan gelisah, tidak
menentu.
“Apa
kelebihan ilmu yang saya tuntut itu?” Osman Garing tidak sabar.
“Haa. Kamu
nak tahu kelebihannya?”
“iya,
sudah tentu. Selama ini saya tidak tahu kelebihannya, saya tengok orang
belajar, saya ikut belajar,”
“Kelebihannya,
orang perempuan mudah jatuh hati pada orang yang mengamal ilmu tu, rela jadi isteri walaupun
hidup susah,” sambil menggaru hujung dagu mahaguru bersuara.
Osman
Garing ketawa kecil. Dia tidak menafikan kebenaran dari kata-kata itu kerana
dia sendiri sudah mengalaminya.
“Ada lagi
rahsia? Desak Osman Garing.
“Ada
Osman, kau jangan terkejut.” Mahaguru membetulkan kedudukannya.
“Apa dia
mahaguru?”
“Orang
yang mengamalkan ilmu ini, bila dapat
anak tidak kira lelaki atau perempuan, mesti kena penyakit sawan babi. Biasanya
si anak mati muda. Kerananpenyakit kurang darah,” mahaguru telan air liur.
Buat
beberapa saat, mahaguru melagakan gigi atas
dengan gigi bawah beberapa kali. Kemudian mengososk-gosok pangkal
hidungnya hingga merah.
“Kenapa
kurang darah tok guru? “
“Darah si
anak dihisap oleh makhluk halus yang dipuja oleh orang tuannya. Nafsu berahi si
bapa cukup ganas, tak kira anak bini orang, semuanya nak disapu. Kadang kadang
jadi haruan makan anak. Ilmu tu cukup panas, elok saja kamu buang, “ satu
saranan yang baik dari mahaguru.
Osman
Garing termenung panjang. Hatikecilnya mengakui nafsu seksnya cukup panas.
Pantang tengok perempuan dia terus berahi. Meskipun pada saat itu dia sudah
mempunyai empat isteri. Semasa menjdai buruh ladang getah di kawasan batu Gajah
dulu, dia mengoda isteri mandor maniam yang periang. Tidak memadai dengan itu,
dia juga menggoda anak Ah Siung, peniaga kedai runcit yang terletak tidak jauh
dari kawasan ladang getah tersebut.
Kebiadapannya
itu dapat dikesan oleh Maniam dan Ah Siung dan Osman Garing dinasihati supaya
beredar dari tempat itu sebelum sesuatu yang buruk terjadi pada dirinya.
SENYAP
Secara
senyap-senyap Osman Garing menghilangkan diri (berhenti kerja) dar ladang geah
tersebut. Beberapa orang pekerja pernah terserempak dengan isteri mador
mendatangi rumah Osman garing waktu malam. Biasanya, isteri mandor berbuat
demikian disaat suaminya (mandor) mabuk di kantin pekerja atau di kelab pekerja..
walaupun Osman Garing ada membuat hubungan sulit dengan anak gadis Ah Siung
tetapi, perbuatan mereka tidak dapat dikesan oleh para pekerja ladang kecuali
Ah Siung sendiri. Apa yang pasti, kira-kira sebulan setelah Osman Garing
menghilangkan diri, anak gadis Ah Siung didapati menggantung diri di pokok
getah.
“Kamu
measti buang ilmu tu Osman, ilmu tu panas,” ulang mahaguru.
“Susah
tok, ilmu tu dah sebati dengan saya. Maklumlah, sudah berbelas-belas tahun saya
amalkan.”
Jawapan
yang diluahkan oleh Osman Garing itu emaksa mahaguru megkerutkan dahi. Ia
termenung sebentar. Kemudian toleh kiri dan kanan. Dongakkan wajah ke dada
langit, melihat awan dan bintang.
“Aku tahu
Osman,” mahaguru bersuara lemah, “perkara itu memang susah, hanya mati saja yang
boleh menceraikan kamu dengan ilmu panas tu. Tak mengapa, kamu lalui ujian ni
dulu. Kalau kamululus ujian, dengan sendiri ilmu yang ada pada kamu tu jadi
tawar,” mahaguru berhenti bercakap.
“Bila
ujian itu mahu diadakan tok,”
“Sekarang
juga, kamu ikut dan denganr perintah dari orang suruhanan aku. Jangan bantah
cakapnya. Kamu bersedia?”
“Saya
bersedia.”
“Aku harap
kamu lulus ujian,” nada suara mahaguru agak gementar. Dia bagaikan dapat
membaca sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas anak muridnya itu.
Mahaguru
angkat tangan kanan melepasi kepalanya. Perempuan suruhan faam dengan isyarat
yang dibuat oleh mahaguru. Dia pun anggukkan kepala sebagai tanda dirinya
bersedia menjalankan tugas ang dibebankan ke atas bahunya. Perempuan suruhan
segera berdiri dekat Osman Garing. Senyum sinin dihamburkan untuk orang yang
bakal menjalani ujian. Enyum itu disambut oleh Osman Garing dengan rasa hambar.
“Kamu
silap,” kata perempan suruhan.
“Maksud
kamu?”
“Kamu
manusia bodoh sombong, kenapa tidak berterus terang dengan mahaguru yang kamu
ada menuntut ilmu di tempat lain. Kalau kamu cakap awal-awal, ilmu tu boleh
dibuang dulu sebelum kamu jadi anak muridnya,” perempaun suruhan mula berleter.
Say afikir
mahaguru dapat kesan, lagipun saya memang tidak tahu bila mahu jadi anak
muridnya mahaguru mesti buang ilmu ang lain.
“Bukan tak
tahu, kamu yang tak jujur,”
“Sumpah
saya tak tahu, lagi pun awak tak tanya saya,”
“Sudahlah
aku tak mahu cakap apa-apa. Kamu dah tengok apa yang dibuat oleh Maziah dan
Dehaman. Sekarang kamu kena buat, macam dia orang buat. Apa kamu boleh buat?’
“Boleh,
saya boleh buat.”
“Kalau
begitu mulakan sekarang.”
Osman
garing pun melangkah menuju ke baldi berdarah. Gerak-geri dan tingkah lakunya
terus jadi perhatian mahaguru. Ternya biji mata perempuan suruhan dan orang
kanan mahaguru juga tertumpu kepada Osman garing. Keresahan dan kegelisahan
terpamer di wajah mereka. Danmereka mengharapkan, Osman Garing tidak akan
membuat kesilapan semasa melakukan upacara ujian itu.
Osman
Garing rapat ke baldi. Sapu darah ke muka dan kedua belah lengan. Akhirmya
meneguk darah penuh selera.
“Ah…..”
mahaguru
mengeluh sambil menggelengkan kepala. Osman Garing telah melakukan kesilapan.
Sepatutnya dia minum darah dulu sebelum menyapu muka dan kedua belah lengan dengan darah. Kesilapan itu juga dapat
dikesan oleh orang kanan dan perempuan suruhan.
Semuanya
sudah terlambat. Kesilapan yang dilakukan oleh Osman Garing tidak boleh diubah
atau diperbetulkan. Padah dari kesilapan itu, risikonya cukuip tinggi. Rasa
hiba, sayu dan hampa terpamer di wajah mahagruu. Dan Osman garing ang merasakan
apa yang berlaku sudah sempurna, segera mendekati perempuan suruhan untuk mempamerkan kesan darah di muka, di
mulut dan kedua belah tangan.
Semasa
Osman Garing berdiri kaku di depan perempuan suruhan , orang kanan menarik
keluar sebilah keris berluk tujuh dari bawah paha kirinya. Cepat-cepat keris
itu dicampak ke arah mahaguru yang bersedia menyambutnya dengan tangan kiri.
Keris ditarik dari sarungnya, ditilik, ditantang dan ditimbang berkali-kali.
Sepasang bibir mahaguru bergerak-gerak, macam ada sesuatu yang dikatakan kepada
keris.
“Kewajipan,”
Terdengar
suara mahaguru meninggi serentak dengan itu keris di balingkanke arah rususk
kiri (bahagian perut) Osman Garing. Mata keris terbenam di situ. Darah
bersemburan. Mulut Osman Garing separuh ternganga. Mukanya berkedut menahan
kesakitan. Mungkin bisa keris sudah meresap ke dalam urat sarafnya.
“Jangan,
biarkan dia.”
Maziah
yang mahu membantu Osman Garing segera membatalkan niat, akibat ditegah oleh
mahaguru. Osman Garing berjalan dalam keadaan hoyong hayang sambil mengangkat
kedua belah tangannya seolah-olah minta tolong kepada rakannya Wan Deraman dan
Maziah. Apakan daya, kawan sendiri tidak berani melanggar perintah mahaguru.
Dan
akhirnya Osman Garing tersembam di bumi. Kaki dantangannya menggelitik. Dia
mengeruh macam lembu kena sembelih, bergolek-golek di bumi. Saya kira dia akan
bangun kembali. Saya p[unmenhitung satu hingga sepuluh . ternyata Osman Garing
tidak juga bangun. Dia sudah menjadi mayat.
“Balut
tubuhnya.”
Orang
kanan segera mencampak segumpal guni ke arah perempuan suruhan. Dalamkeadaan
yang tergesa-gesa kain gini pun disambung dan mayat Osman Garing pun dibungkus
dengan kain tersebut. Orang kanan segera melangkah mayat Osman Garing sebanyak
tiga kali berturut-turut sebelumberdiri di hujung kepala mayat.
“Kamu
berdiri di situ.”
MAYAT
Orang kanan menyurh perempuan suruhan berdiri
di hujung kaki mayat. Perintah itu segera dipatuhi. Suara burung hantu
bersahut-sahutan, bagaikan berdendang keriangan.
“Kita
letakkan mayat ini, atas kayu mayat. Suruh Maziah lapah perutnya macam melapah
perut lembu, kamu bagi tahu dia apa yang mesti diambil dari perut mayat itu.
Beritahu betul-betul, jangan silap
bagitahu, silap ambil buruk padahnya,” orang kanan terus luahkan
petunjuk. Dia terus membongkok.
“Aku
angkat kepala, kamu angkat kaki,” kata orang kanan.
“Baik,”
jawap perempuan suruhan.
Mereka pun
mengangkat dan mengusung mayat Osman Garing, lalu diletakkan atas batang kayu
yang dipanggil ‘Kayu Mayat’.
“Buka
kainnya? ” tanya perempuan suruhan .
“Nanti
dulu, tunggu perintah aku. Jangan pandai sendiri!”
“Maafkan
saya,”
“Hum…”
Suara
burung hantu terus bergema. Angi tersu bertiup lembut. Sesekali terdengar
ngauman harimau sayup-sayup. Darah dari mayat Osman Garing terus meleleh atas
kayu mayat dan menitik ke atas bumi.
Orang
kanan kembali duduk ke tempat asalnya, begitu juga dengan perempuan suruhan.
Mahaguru kelihatan resah ditempatnya, renung kiri, renung kanan. Renung langit
dan bumi. Mahaguru mengigit bibir sambil menarik nafas dalam-dalam.
“Semuanya
mesti di selesaikan dengan segera.” Bibik batin mahaguru. Tanpa membuang masa
dia terus tepuk tangan tiga kali berturut-turuit. Tergesa-gesa perempuan
suruhan mendekati mahaguru.
“Apa yang
patut saya buat?”
“kamu
ambil kapak, gergaji dan parang dan
serahkan barang-barang itu kepada mereka,” jari telunjuk mahaguru menghala
kepada batang tubuh Mazia dan Deraman yangberdiri kaku macam patung.
“Baik.”
Perempuan
suruhan pun bergerak ke kanan. Dalam cahaya lampu minyak tanah yang samar-samar
itu, sekujur tubuh perempuan suruhan hilang dari pandangan saya. Mahaguru dan
orang kanannya terus membisu, masing-masing termenung. Barangkali, sedang
melayani perasaan ang berbunga di hati.
Prempuan
suruhan muncul kembali di hadapan mahaguru dengan gergaji dan kapak di tangan.
“Kapak
untuk lelaki.” Tutur mahaguru.
Kapak pun
diserahkan kepada Deraman. Orang kanan mahaguru melagakan gigi atas dengan gigi
bawah dua tiga kali.
“Gergaji
berikan pada si perempuan. Parang kau pegang sendiri. Faham.”
“Saya
faham,”
Perempuan
suruhan pun menghulurkan gergaji kepada Maziah. Parang panjang ditangannya.
Perempuan suruhan segera cacakkanparang kebumi. Maziah dan Deraman terpinga-pinga.
Mereka tidak tahu untuk apa barang-barang itu diserahkan kepada mereka.
Oarang
kanan bangun dan terus melangkah meghampiri mayat Osman Garing yang berada
diatas kayu mayat.
“Bawakan
kepada aku perasap, cepat,” orang kanan tenung wajah peempuan suruhan.
“Tempat
perasap yang baru atau yang lama?”
“Yang
baru, taruh bara dan kemenyannya sekali. Pergi cepat, jangan banyak tanya
lagi.”
“Baik.”
Perempuan
suruhan menyelinap ke sebelah kiri saya. Kalau saya tidak mengelak pasti saya dilanggarnya.
Kira-kira
lima minit kemudian, perempuan suruhan muncul di sisi orang kanan. Dupa yang mengeluarkan asap kemenyan segera
diserahkan kepada orang kanan. Bau kemenyean menguasai seluruh ruang. Dupa
terus ditatang. Dibawa bergerak ke kiri dan kanan. Dari mulut orang kanan
keluar ampi mantera dalam bahasa yang tidak saya fahami.
Sebaik
saja berhenti membaca mantera, mayat Osman Garing segera diperasap oleh orang
kanan, bermula dari hujung kaki hingga ke hujung kepala. Perbuatan sedemikian dilakukan sebanyak tujuh kali berturut-turut.
Saya kira
perbuatan orang kanan yang aneh itu, bukan sahaja menjadi perhatian saya malah
mungkin mencolek perasaan Wan Deraman dan Maziah.
Tiba-tiba
secara mengejut orang kanan merentap kain guni yang membalut mayat Osman Garing
dengan kasar sekali. Kain guni itu dihumban ke sebelah kanan dinding buluh,
pada saat itu, watak orang kanan sungguh berbeza sekali. Gerak-gerinya kasar,
macam orang lelaki. Rambutnya mengerbang menutup wajah, nampak kasar dan
mempunyai dua warna. Sebelah kiri berwarna kuning-kekuningan manakal sebelah
kiri berwarna putih macam kapas.
Bila
rambut menutup wajah itu ditolak ke kiri dan ke kanan, kelihatan sepasang mata
yang bulat dan besar memancarkan cahaya
kemerah-merahan dengan gigi yang menyeringai. Macam gigi kucing hutan.
Orangkanan itu melompat sambil mengeluarkasn suara seperti suara harimau
menderam untuk menangkap sesuatu. Setaip muka yang berada di ruang itu
ditatapnya.
MENGIGIL
Saya
mengigil bila sepasang mata besarnya tertumpu ke wajah saya. Dia menjelirkan
lidahnya dengan wajah yang menakutkan. Dia sudah kemasukan syaitan, cara
kebetulan pula pada masa itu saya terdengar suara asing berlegar-legar diudara,
iaitu suara perempuan mengilai dan ketawa, seiring dengan terdengar lolongan
anjing sayu dan memanjang. Burung hantu yang tadnya berehat, kembali aktif,
bersahut-sahutan dengan pelbagai gaya dan nada yang boleh meremangkan bulu
tengkok.
“Ya
Allah.” Kata saya, bila melihat orangkanan dengan lidah terjelir menjilat
seluruh muka Osman garing yang sudah menjadi mayat itu. Dengan tidak
semena-mena dia terus menjerit dan rebah ke bumi terus tidak sedarkan diri.
Pelik sungguh, perempuansuruhan yang berada dekatnya tidak bertindak . malah
melihat sahaj orang kanan yang terbujur kaku di situ.
Suara
perempaun menjerit dan ketawa di udara terus hilang. Tetapi lolongan anjing
masih berterusan. Suara burung hantu mula mengendur. Darah sudah pun berhenti
keluar dari mayat Osman Garing.
Kerana
menyedari orang kanannya terbaring agak lama, mahaguru segera bangun dan
mendekatinya. Dengan belakang tangan kiri mahaguru menepuk belakang orang
kanannya dengan sekuat hati. Orangkanan segera sedar dan seperti kilat pula di
bangun lalu mengamit Mazia dan Deraman mendekatinya.
Sebaik
sahaja Maziah dan deraman berdiri di depannya, mereka terus ditampar oleh orang
kanan dengan kuat. Berpandukan dari orang kanan itu menampar, ternyata bukan
tampar sebarangan. Tetapi, tampar yang berbuah. Maksudnya, bahana dari kena
penampar tersebut , boleh membuat sesaorang itu jadi bodoh atau terus lena
(tidur sambil berdiri) paling kurang boleh buat orang itu gagap seumur hidup.
Andaian
saya tepat sekali, tampar yang dilepaskan oleh orang kanan itu berbuahkan
PUKAU. Buat beberapa minit selepas ditampar,
Maziah dan Deraman terhoyong hayang, macam orang khayalan. Setelah itu barulah
mereka berdiri dengan betu. Tegak kaku macam tunggul kayu.
Bagi
menguji PUKAU yang dilepaskan (tampar) tadi menjadi atau tidak, orang kanan
segera menjalan kan ujian dengan menyuruh Maziah dan Deraman duduk bertenggung,
kemudian disuruh makan tanah. Ternyata arahan itu dipatuhi.
“Menjadi,”
beritahu orang kanan kepada mahaguru.
“Mulakanlah,
keluarkan perintah.”
“Baik.”
Orang
kanan mendekati perempuan suruhan. Berbisik sesuatu dan perempuan suruhan anggukkan kepala. Orang kanan segera
mendakati mahaguru. Bercakap sesuatu sambil berjalan menuju ke tempat duduk.
Saya terbongkok macam patung tetap mengikuti setiap peristiwa dengan teliti di
samping mencari kesempatan untuk melarikan diri. Apa yang pasti eluan
sedemikian sukar untuk diperolehi. Dan say aharus terus bersabar.
“Hei, kamu
berdua. Gunakan apa yang ada ditangan kamu, potong mayat tu,” jerit perempuan
suruhan.
Maziah dan
Deraman anggukkan kepala.
“Kerat
lapan tau.”
SENYUM
Macam tadi
juga, Maziah dan Deraman terus anggukkan kepala. Tidak berani bersuara.
Sentiasa tunduk renung bumi. Tidak berani tetap wajah perempuan suruhan.
Mahaguru dan orang kanannya tetap mengikuti perkembangan yang berlaku dengan
penuh sopan. Sesekali mereka berbalas senyum. Seolah-oralh puas dengan apa yang
terjadi.
“Mulakan
sekarang.”
Tanpa
bertangguh-tangguh, Maziah dan Deraman meluru kearah mayat osman Garing.diatas
kayu mayat. Tugas mereka pun bermula dan saya tak sanggup melihat mereka
mengerat-ngerat tubuh Osman Garing, macam memotong ayam. Tidak sampai dua jam,
kerja-kerja itu selesai seperti yang dihajati.
Bahagian
tubuh yang sudah dipotong=potong dimasukkan ke dalam guni beras oleh perempuan
suruhan lalu diikat dengantali rapia. Dibiarkan di atas kayu mayat, perempuan
suruhan ambil sebatang kayu sepanjang lima kaki dan ukuran bulatnya sebesar
lengan kanak-kanak berusia dua tahun. Fi kedua belah bahagian hujung kayu
ditajamklan, Dengan hujung kayu itu, perempuan suruhan membuat garisan empat
segi di tanah.
“Sekarang
kamu Deraman, korek lubang ikut tanda yang aku buat, faham?”
“Faham!”
“Mulakan.”
Perempuan
suruhan menyerahkan cangkul dan pencebak (alat penggali lubang) kepada Deraman. Lelaki yang sudah bodoh, akibat
dipukau itu pun memulakan tugasnya
“Kamu
Maziah, pergi bancuh simen. Semua barang-barang sudah disediakan, faham?”
“Saya
faham.”
“Kalau dah
faham mulakan, jangan berhenti selagi belum dapat perintah.”
Maziah
anggukan kepala dan memulakan tugas yang sebelumnya tidak pernah dilakukan.
Kerana perintah terpaksa juga dibuat.
Dalam
waktu yang tidak sampai satu jam lubang sedalam enam kaki dan lebarnya lebih
kurang empat kaki siap digali oleh Deraman. Perempuan suruhan segera membuat
pemeriksaan, bagi memastiikan samada lubang itu dikorek mengikit tanda yang
ditetapkan atau sebaliknya. Semuanya beres dan perempuan suruhan angkat tangan
kiri ke arah orang kanan, memberitahu acara selanjutnya boleh dimulakan.
Orang
kanan pun angun berjalan menuju ke arah mayat dalam guni di atas kayu mayat.
Dia punmengheret mayat dalam guni ke bibir lubang. Mahaguru bangun dari tempat
duduknya mengawasi setiap kerja yang dilakukan oleh orang kanannya. Mahaguru
tidak ingin melihat sebarang kesilapan yang kecil atau besar. Semuanya mesti
berjalan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Mahaguru
menuju ke bibir lubag. Berdiri di sebelah orang kanannya yang masih memegang
muncung guni beras.
“Tanam
sekarang, ” tanya orang kanan.
“nanti
dulu,” balas mahaguru sambilmengangkat tangan kiri serta mengembangkan lima
jariny. Matanya tertumbuk ke wajah perempuan suruhan yang berada disebelah
lubang (sebelah kanan)
“Sudah
kamu ambil darahnya untuk disimpan dalam baldi,” pertanyaan untuk perempuan
suruhan.
“Sudah tok
guru.”
“Sudah
kamu asingkan kulit dan sebahagian anggita tubuhnya untuk kamu dan orang kanan
aku? Mungkin juga u ntuk perempuan yang baru ditauliahkan”
Sudah.”
“Termasuk
jantung, hati dan bahagian dalam anunya.”
“Sudah tok
guru.”
“Bagus.”
Buat
beberapa ketika mahagur termenung panjang. Kemudian mundar-mandir ditepi
lubang, macam ada sesuatu yang difikirkannya. Bila dia berhenti melangkah,
sepasang biji matanya mengahal ke arah Maziah dan Deraman.
“Sudah
kamu minum darah kawan kamu?”
Pertanyaan
itu tidak dijawap oleh Maziah dan Deraman. Mahaguru renung muka orang kanannya
dengan renungan yang tajam dan penuh tanda tanya.
Ketika itu
terdengar bunyi gemersik angin menyetuh dedaun di luar kawasan pagar buluh.
Juga terdengar bunyi suara kucing mengiau yang dituruti dengan bunyi tapak kaki
orang berlari. Pagar buluh bergoyang sendiri dan ada imbasan seperti kain batik
berlegar-legar diudara. Semuanya tidak berapa jelas. Sayup-sayup kedenganran
lolongan anjing liar entah dari mana datangnya, tidak dapat dipastikan.
“Jangan
bimbang, semuanya aku uruskan,” begitulah dalam keadaan suasana serba seram,
orang kanan mahaguru memberikan jawapan.
“Bila?”
darah
untuk diminum sudah ada, selesai semua kerja ini , aku suruhlah dia orang
minum. Jangan bimbang, ini kerja aku, ini tugas aku,” lantang sekali suara
orang kanan penuh keyakinan. Mahaguru anggukkan kepala sambil tersenyum lebar.
Timbunan tanah di kiri kanan lubang di jelingnya.
TIMBUS
“Tanam
mayat dalam guni ni cepat-cepat, timbus dan simen rata-rata. Biar orang ak
dapat kesan dibawah simen ini ada kubur,” satu perintah dalam nada suarayang
kasar dan keras dari mahaguru untuk orang kanan dan perempuan suruhan.
“Buat
dengan cepat, sebelum awan yang bergerak tu menutup bulan, kerja ni mesti
selesai,” mahaguru luruskan jari telunjuk ke arah gumpalan awan hitam yang
berarak perlahan menuju ke bulan, “ kalau kamu gagal kita semua ditimpa celaka,
jangan berlengah-lengah,” sambung mahaguru.
No comments:
Post a Comment