Macam tadi
juga, pemandu yang gila-gila bahasa itu, terus memecut kereta ikut suka hati.
Tidak mahu langsung memikirkan tentang keselamatan penumpang. Anehnya, Haji
Basilam tidak pula menegur perbuatan anak saudaranya. Dia tetap tenang.
Barangkali dia sudah lali dengan perangai anak saudaranya itu, fikir saya dalam
hati.
Bagi
menghilangkan rasa cemas dan bosan, saya terus menatap pepohon yang meghijau di
kiri kanan jalan.
Bila sampai
kawasan perkampungan saya suka melihat bentuk rumah penduduk yang tidak banyak
bezanya dengan bentuk rumah orang di Semenanjung. Kanak-kanak berkumpul dan
berlari di halaman rumah main galah panjang, gasing dan sebagainya.
Sebagai
orang muda, tidak dapat dinafikan saya senang sekali melihat anak-anak gadis
yang berambut lebat separuh bahu menyeberang jalan dengan ditemani oleh kedua
orang tua. Biasanya gadis yang menyeberang jalan emmbawa atau menjinjing
pisang, tebu, keladi dan sebagainya.
“Mereka tu
baru balik dari ladang, bawa kereta waktu petang memang seronok dapat tengok
perkara macam ni. Bila lau kawasan sungai, kita boleh dapat tengok anak dara
mandi, syoknya…,” pemandu kereta yang berwajah serius bersuara. Diam-diam si
pemandu melihat telatah saya melalui cermin kecil di depannya. Saya malu
sendiri.
“Sudah tu,
jangan nak tunjuk perkara tak baik pada Tamar,” sergah Haji Basilam.
“Tak apa,
lepas ni kita tempuh kawasan hutan,” jawap pemandu sambil ketawa kecl. Saya
hanya tersenyum dan Andi Kamarool membetulkan duduknya agar selesa. Datuk tidak
memberikan sebarang komen. Kereta terus meluncur di permukaan jalanraya.
Dan apa yang
diucapkan oleh pemandu kereta itu memang benar. Seelah melepasi kawasan
perkampungan tadi, kami tidak lmenemui kawasan perkampungan lagi. Bijimata kami
dihidangkan dengan pandangan gunung-ganang, bukit bukau dan hutan belantara.
Akhirnya, kereta melalui kawasan yang tidak berhutan tebal.
“Berhenti di sini.”
Empat tayar
kereta terpaku di atas jalan raya. Tindakan Haji Basilam membuat anak saudaranya
terkejut besar. Datuk hanya mengigit ari kelingkingnya. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.
“Kenapa
berhenti di tengah hutan Ayah Alang?”
“Kalau
begitu berhenti di depan, dekat pokok besar. Tentu ada sebab aku suruh kamu
berhenti.”
“Hum… “ keluh
anak saudara Haji Basilam. Kereta bergerak semula dan behenti dekat pokok besar
seperti yang dihajati oleh Haji Basilam.
TOLEH
Saya menoleh
ke kanan, terlihat sebuah rumah batu bentuk lama tersergam gagah. Halaman rumah
yang bercat putih itu kelihatan bersih. Pepokok bunga kertas yang berdaun lebat
ditanam di kiri kanan jalan menuju ke rumah. Terdapat beberapa batang pohon
cemara yang tingi menjulang di sudut halaman. Rumput yang hijau bagaikan
permaidani menutupi setiap inci halaman.
“Tidak lama
lagi waktu asar, aku nak tumpang sembahyang di rumah batu itu,” kata Haji
Basilam sebaik saja keluar dari perut kereta. Di tiang pagar (kiri dan kanan)
terdapat sepasang patung burung helang yang sedang mengembangkan sayapnya untuk
terbang dengan mulut (muncung) yang
terbuka.Patung tersebut dibuat dari tembikar putih.
“Nak tumpang
sembahyang di rumah tu,” tanya anak saudara Haji Basilam sambil mengkerutkan
dahi. Dia nampak resah semacam, “ah…Ayah Alang buat kerja merepek, semua
pemandu tak berani berhenti di sini, perempuan yang duduk di rumah tu bukannya
manusia,” tambah anak saudara Haji Basilam.
“Siapa yang kata perempuan rumah tu bukan
manusia? “
“Kawan-kawan
saya. ”
“Kawan-kawankau
tu siapa dan apa kerja mereka.”
“Mereka bawa
kereta macam saya.”
“ Kamu jangan
pandai-pandai buat cerita. Itu rumah kawan aku, nama sebenarnya Abdulhadi.
Gelarannya Orang Kaya Semanda, aku panggil orang kaya saja, aku selalu singgah
dan sembahyang di sini. Bagi tahu kawan-kawan kamu, cerita yang mereka dengar
tu semuanya tak betul.”
“Begitu
ceritanya, Ayah Alang.”
“Iyalah, aku
nak perkenalkan si Tamar dan si Andi dengan keluarga orang kaya tu,” Haji
Basilam renung ke arah saya dan Andi Kamarool. Datuk hanya tersenyum sinis.
Tiba-tiba
saya berdebar, teringat apa yang saya ucapkan kepada Haji Basilam. Ternyata
orang tua ini tidak mungkir janji. Dia mahu memenuhi permintaan saya tetapi,
sebaliknya saya pula terasa tergugat.
“Kamu
pergilah ke Sungai Penuh, kalau tak silap aku dari sini ke sana kira enam puluh
batu. Aku dengan kawan-kawan balik sendiri tapi, kalau kamu nak tolong, kamu
datang saja pagi esok kira-kira pukul sepuluh pagi.”
“Ayah Alang
nak tidur di sini?” Wajah anak saudaranya nampak cemas.
“Iya, di
belakang rumah batu tu ada pondok kecil khas untuk aku yang dibuat oleh orang kaya.
Kami mengakui adik-beradik dunia akhirat, anaknya aku jadikan anak angkat,
sebulan sekali aku turun ke sini menengok dia,” Haji Basilam memberikan
penjelasan kepada anak saudaranya yang sekali gus untuk kami bertiga.
BEREDAR
Anak saudara
Haji Basilam pun beredar. Tidak sampai sepuluh minit bunyi enjin keretanya
hilang dari pendengaran kami.
“Mari kita
masuk.”
Kami pun
segera mengekori Haji Basilam melepasi pintu pagar memasuki halaman rumah batu
tua yang nampak tegap.
Di sebelah
kiri rumah terdapat beberapa pohon ciku (sawo) yang berbuah lebat, di sebelah
kanan ada tiga pohon kelapa gading yang sarat berbuah. Sebaik saja sampai di
depan pintu rumah, Haji Basilam memberi salam dan terdengar suara orang
perempuan menjawap salam.
“Ayah datang
bawa kawan.”
Serentak
dengan itu daun pintu terbuka, seorang wanita berkulit putih, leher jinjang,
berambut ikal ombak laut tercegat di situ. Dan kedua belah bibirnya yang
nipis, terukir senyuman mesra.
“Silakan
masuk,” pelawanya penuh hormat.
“Masuk,”
kata Haji Basilam.
Kami pun
segera masuk ke ruang tamu berpermaidani merah darah.
Saya berdiri
dekat kerusi antik buatan dari Belanda menghadap ke arah dinding (ruang tamu)
sebelah kanan, yang mempamerkan potret muka harimau si seluruh dinding
tersebut. Potret itu menakutkan, misai dan mata harimau bila direnung lama-lama
terasa seperti bergerak-gerak.
Melihat
kelengkapan di ruang tamu membayangkan pemilik rumah tersebut bukan sebarang,
orang kaya dan ternama serta dihormati. Kebanyakan barang perhiasannya semuanya
buatan dari Belanda atau Jerman.
“Silakan
duduk,”
Tanpa buang
masa kami pun duduk dan bangku antik jadi pilihan saya. Bagi menghilangkan rasa
cemas, potret harimau di dinding tidak saya renung.
“Semua yang
datang ni minum kopi?” tanya wanita bebadan langsing dengan ramah. Senyum manis
terus menari dikelopak bibirnya.
“Saya harap
semuanya minum kopi,” tingkah Haji Basilam.
“Minta maaf
saya bagi air suam,” datuk bersuara, wanita berleher jinjang renung ke arah
datuk sambil senyum.
“Terma kasih
keranan memberitahu saya,” balas wanita tersebut lalu melangkah dengan tenang
menuju ke ruang dapur.
“Dia tinggal
seorang di rumah ni Tuk Aji?” ndi Kamarool bertanya.
Haji Basilam
anggukkan kepala.
“Berani,”
kata Andi kamarool lagi.
Haji Basilam
tersenyum.
Sementara
menanti air minuman tiba, Haji Basilam dengan murah hati menceritakan biodata
perempuan berleher jinjang, penghuni rumah batu besar di kawasan yang di
kelilingi hutan tebal.
“Kalau aku
tak silap, emaknya orang Lubuk Sikaping. Dia tu diberanakkan dalam tahun 1945,’
dengan nada suara yang perlahan Haji Basilam memulakan cerita.
“Sekarang
tahun 1967 ertinya dia baru berumur lebih kurang dua puluh. Cantik orangnya,”
terkeluar ungkapan dari mulut Andi Kamarool, matanya merenung ke arah ruang
dapur.
“Kamu minat
dengan anak angkat aku? Cara sepontan Haji Basilam bertanya. Andi Kamarool
tersengih, tidak terkata mungkin dia malu.
Saya rasa
lucu dengan tindak–tanduk Andi Kamarool
tetapi, saya masih dapat menahan ketawa. Demimenjaga air muka seorang kawan
saya tidak menoleh ke arahnya. Saya renungmuka datuk. Dia tetap tenang, matanya
tetap mengawasi tiap sudut ruang tamu.
Bila dia
merenung potret muka harimau di dinding, mulutnya bergerak-gerak. Bila
menyedari perbuatannya saya awasi, datuk segera mengubah pandangan ke arah lain. Saya tetap macam
tadi, tidak beranimerenung potret harimau tersebut terutama di bahagian matanya
yang rasanya seperti berherak-gerak. Bila di renung lama-lama hati saya
berdebar dan seluruh sendi terasa lemah.
“Nama anak angkat aku tu Muzlipah. Tetapi
semua kaum keluarga dan kawan-kawan rapat dengannya memanggil MIA saja.
Sedapnama singkatannya Tamar,” Haji Basilam renung muka saya. Sudah tentu saya
jadi tak tentu arah. Antara mahu dan malu saya terus menjawab.
“Sedap Tuk
Aji,”
DUGA
Tidak saya
duga jawapanyang tergesa-gesa itu membuat Andi Kamarool ketawa. Begitu juga
dengan aji Basilam.
“Si Mia ni
anak tunggal?” datuk bertanya setelah ketawa Andi Kamarool dan Haji Basilam
berakhir. Dengan renungan yang lembut sepasang anak mata Haji Basilam tertumpu
ke wajah datuk.
“Anak orang
kaya Cuma dua orang saja. Anak sulung lelaki, duduknya tidak menetap sekejap di
Medan, sekejpa di Tanjung Periuk, sekejap di Palembang, sesekali dia duduk di
Pulau Pinang.”
“Kenapa
berpindah randah?” Datuk minta kepastian.
“Dia
saudagar, menjaga harta dan menjalankan perniagaan peninggalan orang tuanya. Di
Pulau Pinang di kawasan Jelutung, Kawasan Simpang Enam, dekat sekolah Arab ada
tanah mikik orang kaya.”
“Siapa nama
anak lelaki orang kaya tu.”
“Ahmad Al
Mubarak Al Kerinci.”
“Nama tu
pernahsaya dengar. Saya dapat tahu banyak tanahnya diwakafkan untuk
mendirikanmasjid, jadi tanah kubur dan sekolah Arab terutama di daerah Perak
Utara, Seberang Perai dan Kedah.”
“Dia menjalankan
amanat ayahnya supaya mewakafkan harta benda untuk kebajikan agama. Ada
ceritanya, sebab dia berbuat macam tu.”
“Apa
sebabnya, ” tanya datuk bernafsu.
“Begini,
selepas isterinya melairkan anak pertama, isteriny tidak hamil lagi dekat dua
puluh tahun, sedangkan dia berhajat mahukan anak perempuan. Bila dia mahu
kawinlagi, denganizin Allah isterinya mengandung si Mia. Sudah ajal isteri,
masa dia melahirkan Mia, dia mati. Ejak kejadian itu dia jadi dermawan.”
“Kalau
begitu, jarak umur Mia dengan abangya, banyak bezanya,” keluh datuk dan Haji
Basilam anggukkan kepala. Setuju denan pendapat datuk.
Erta tentang
Mia tidak mati di situ saja. Haji Basilam melanjutkan dengan menyatakan, tanah
seberang jalan yang ditanam dengan pepokok cengkih, adalah milik Mia. Tanah
tapak rumah yang didiaminya luasnya lebih dari sepuluh hektar. Selain dari itu
dia juga memlilki tanah dusun, tanah sawah dan ladang getah.
Saya segera
terinat, semasa naik kereta tadi, kira-kira dua batu sebelum sampai ke kawasan
rumah Mia saya melihat ladang getah yang subur dengan daun yang menghijau.
“banyak
hartanya Tuk Aji,” kata Andi Kamarool.
“Iyalah,
harta pesaka.”
“Semuanya
dia urus sendiri.”
“Sudah tentu
Tamar,”
Saya telan
air liur sambil menyendarkan badan ke bangku antik. Ebrah macam manan, secara
tidak sengaja saya terpandangkan potret harimau di dinding. Dua tiga kali say
apejam celikkankelopak mata, saya seperti melihat mata harimau bergerak serta
membuka mulut, menjelirkan lidah. Cepat-cepat saya alihkan pandangan ke arah
lain.
“Berdasarkan
cerita Tuk Aji, saya yakin Mia banyak duit, kenapa dia tak panggil orang jadi
pengawal rumahnya. Apa dia tak takut harta bendanya kena rompak. Apa dia tak
bimbang tentang keselamatan dirinya,” sambil membetulkan duduk, Andi Kamarool
bertanya.
“Dia tak
memerlukan semuanya itu. Dia ada penjaga istimewa.”
“Maksud Tuk
Aji?” Saya segera bangun.
“Nanti kamu
ahu juga dengan apa yang aku maksudkan.” Haji Basilam menyuruh saya duduk.
Cakapnya saya patuhi. Datuk tidak turut campur dalam percakapan kami. Dia lebih
banyak mendengar dan memerhati.
“Saya nak
tanya Tuk Aji, adi Tuk Aji kata semuanya Mia urus sendiri. Apakah menebas,
menebang, membersihkan kawasan rumah dia buat sendiri?” Andi Kamarool
rupa-rupanya kurang puas hati dengan penjelasan yang diberikan Haji Basilam
sebentar tadi.
“
Tidak, maksud aku urusan kewangan,
membersihkan kawasan tanah ada pekerjanya. Mana Mia larat nak kerjakan tanah
yang luas ni. Kebun cengkih ada pekerjanya, ladang getah ada orang menjaganya,
begitu juga dengan ladang kopi.”
“Pekerjanya
tak tinggal di sini?” Soal saya.
“Tidak,
mereka tingal di rumah misteri,” kira-kira dua tiga batu dari sini. Dia orang
datang pagi, balik petang.”
“Mia memang
manusia misteri,” rungut Andi Kamarool.
“Kerana itu
aku singgahdi sini. Aku mahu kamu berdua mengenali siapa Mia ini,”
sesungguhnya, kata-kata yang diucapkan oleh Haji Basilam penuh dengan tanda
tanya dan rahsia.
SENYUM
Saya renung
ke arah datuk. Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia nampak bersahaja dan
senyum, seolah-olah menuruh Haji Basilam mengulangi kata-kata yang sudah
diucapkan itu. Apakah sudah ada pakatan antara Haji Basilam dan datuk? Timbul
persoalan dalam hati. Andi Kamarool menarik nafas dalam-dalam dan saya terus
dengan keresahan tanpa hujung.
Maaf saya
terlambat.”
Mia muncul
didepan kami menatang talam.
“Lambat pun
tak apa. Ini pun kira dah cukup bertuah, ada orang nak bagi minum. Daptlah kami
basah tekak,” Andi Kamarool yang pendiam bertukar menjadi peramah bila berdepan
dengan Mia. Dalam senyum yang menawan, Mia mengatur cawan atas meja. Dua piring
sukan goreng turut diletakkan.
“Jemput,”
katanya
Tanpa
membuang masa Andi Kamarool segera meneguk air kopi dan mencubit sukun goreng.
“Sedap,”
tutur Andi Kamarool.
Dan sepasang
anak matanya menelanjangi wajah Mia yang manis. Mia yang menyedari irinya jadi
perhatian Andi Kamarool jadi serba salah.
Dia duduk di
bangku antk paling kanan, tidak jauh dari Haji Basilam. Bangku yang diduduki
Mia beralaskan kain kuning yang disulam dengan benang emas dalambentuk seekor
harimau.
“Semuana ini
datang dari Jambi, Mia,” Jawap Haji Basilam.
“Habis dari
Pelembang atau Medan,”
“Seorang saja dari Jambi yang ini,” Haji Basilam
menuding jari telunjuknya ke arah Andi Kamarool, yang dua ni dari Tanah Melayu
dan yang muda ni cucu orang ni,” sambung Haji Basilam sambil biji matanya
merenung ke arah datuk. Saya tertunduk malu.
“Saya merasa
bertuah dan beruntung menerima tetamu dari Tanah Melayu. Arwah orang tua saya
selalu menyebut tentang abangnya yang tua membawa diri ke Tanah Melayu,” saya
lihat kelopak bibir Mia yang merah cantik bergerak lembut ketika mengucapkan
kata-kata.
“Kenapa
membawa diri ke Tanah Melayu?” Datuk bertanya.
“Kata arwah
ayah saya, abangnya tu merasai didinya tidak diperlukan keluarga kerana sikap
keras kepalanya. Diamerajuk dan membawa diri ke tempat bernama JEJAWI terletak
antara Pahang dan Negeri Sembilan. Orang tua saya pernah ke sana dan memujuk
abangnya balik ke sini tetapi, abangnya yang keras hati tidak mudah di pujuk.
Dia tak mahu memijak bumi Kerinci. Saya tak tahu, apakah keturunan paman saya
tu masih ada disana,” tambahnya dengan wajah y ang serius. Dan pada saat itu
juga saya terdengar suara ngauman harimau. Dari arah mana datangnya tidak dapat
saya pastikan.
BERDEBAR
Secara
mendadak badan saya terasa lain macam. Bulu roma terus tegak dan hati berdebar.
Saya renungmuka datuk, Andi Kamarool dan Haji Basilam. Mereka nampak tenagn dan
aman. Barangkali mereka tidak mendengar suara ngauman harimau tersebut. Situasi
begini merisaukan dan melemaskan perasaan saya.
Tetapi, dari
gerak mata dan cara datuk duduk di bangku antik, saya dapat membuat andaian
bahawa hati datuk tidak aman. Ada sesuatu yang tidak kena.
“Saya
tercium bau harimau,” datukluahkan kata-kata dan cuba mahu bangun untuk
meninjau ke luar rumah melalui jendela. Belumpun sempat datuk melakukan
sesuatu, Haji Basilam menerkam ke arahnya. Ada sesuatu yang dibisikan oleh Haji
Basilam kepada datuk.
“Saya
faham,” angguk datuk.
Haji Basilam
meninggalkan datuk dan duduk di kerusi. Mia yang memerhatikan gelagat datuk dan
Haji Basilam tersenyum.
“Maafkan pak
cik Mia,” datuk renung muka Mia,
“Tak apa,
pak cik orang baru, belum tahu suasana di sini, kecuali ayah yang sudah masak
dengan sekeliling,” Mia renung ke arah Haji Basilam yang tersenyum senang. Saya
hirup kopi untuk kesekian kalinya sambil menelan sukun goreng. Begitu juga
dengan Andi Kamarool.
“Begini Mia,
kalau umur pak cik panjang, pak cik bersedia menolomg mencari ayah saudara Mia
tu. Dengan syarat beritahu dulu, bila Mia mahu datang ke Tanah Melayu”
“Pak cik,
tahu tempat itu?”
“Pak cik tak
berapa tahu, daerah tu di sebelah selatan, kalau di sebelah utara dari Kuala
Selangor membawa ke Kuala Perlis, pak cik tahulah sikit-sikit,”
“Kalau dia
tak ada cucunya boleh tolong kamu. Boleh atau tidak kamu menolong Mia, Tamar?”
Secara mendadk Haji Basilam ajukan pertanyaan. Saya yang terpinga-pinga terus
anggukkan kepala, “boleh, boleh.”
“Begitulah
orang muda,” puji Haji Basilam sambil menegakkan ibu jarinya ke arah saya.
“Ayah
bermalam di sini,”
Haji Basilam
terus meletakkan cawan kopi di tangan atas meja. Kesan air kopi di pinggir
bibir segera di kesat dengan telapak tangan.
“Iya Mia,”
“Kerana ayah
ada kawan, tak payah lah saya panggil Sabrun menemui ayah.”
“Begitulah
kira-kiranya Mia.”
Ungkapan
Haji Basilam kami (saya dan Andi Kamarool) sambut dengan ketawa. Mia hanya
tersenyum. Aduhai! Senyumannya sungguh mendebarkan. Patutlah Andi Kamarool
tertarik kepadanya. Tidak dinafikan, kecantikan Mia gadis Kerinci sungguh
mempersonakan.
Mia pun
mengangkat cawan dan piring ang sudah kosong. Sampai di ambang pintu (pemisah
ruang tamu dapur dengan ruang tamu) dia
berhenti mekangkah dan merenung ke arah saya dan Kamarool.
“Cantik,
tapi aku bimbang Tamar,” bibir Andi ke telinga saya.
“Bimbang
apa, Andi.”
“Siapa tahu
dia keturunan manusia harimau. Tanda-tandanya sudah ada , berani tingga di
tempat terpencil seorang diri.”
“Janagan
fikir yang bukan-bukan Andi,” kata sya sambil merenung ke halaman rumah
menerusi jendela. Andi juga berbuat demikian. Datuk dan Haji Basilam masih
termenung di kerusi antik.
BIADAP
Bila saya
dan Andi Kamarool merenung ke arah pintu dapur, Mia sudah tercegat di situ.
Renungannya cukup tajam ke arah kami, macam ada sesuatu yang dicurigai terhadap
saya dan Kamarool. Kelopak bibirnya bergerak bagaikan berkata: Kamu berdua
memperkatakan keturunan aku, biadap. Menumpang rumah orang, hormatlah tuan
rumah. Saya dan Andi Kamarool jadi tidak tentu arah, macam orang terpegangkan
besi panas. Serentak kami merenung keluar kembali.
“Waktu asar
dah masuk, ayah nak sembahyang di sini atau dio surau pekerja,”
“Ayah fikir
di sini saja Mia.”
“Kalau
begitu mask saja ke bilik sembahyang. Hati-hati sudahlah ayah, jangan ada yang
celupar mulut.”
Saya dan
Andi Kamarool bertukar pandangan. Kata-kata yang diluahkan oelh Mia seolah-olah
ditujukan untuk kami berdua. Mia pun masuk keruang dapur.
Haji Basilam
pun bergerak menuju ke bilik sebelah kanan dengan diikuti oleh datuk, saya dan
Andi Kamarool.
Berada dalam
bilik terasa selesa, ruang biliknya cukup luas dan bersih boleh menampung lebih
dari lima belas orang para jemaah.
Terdapat
sebuah rak buku yang penuh dengan kitab-kitab lama, disamping beberpa naskhah
Quran yang ukuran dan bentuknya
berbeza-beza. Dari ukuran biasa, ukuran sedang hingga kepada bentuk dan ukuran
paling kecil yang panjang kira-kira satu inci setengah dengan lebarnya satu
inci. Jumlahnya lebih kurang lima naskhah, semuanya tergantung rapi.
Lampu-lampu aik tergantung di dinding.
“Bilik
wuduknya dimana?”
“Sebelah
kiri awak, tolaklah pintu tu,” Haji Basilam menjawap pertanyaan datuk. Dengan
hati-hati, datuk tolak daun pintu dan terus masuk.
Bila datuk
keluar, Haji Basilam pula masuk. Sebaik saja Haji Basilam keluar, saya dan Andi
masuk serentak. Bilik mengambil air sembahyang itu kecil saja, berukuran 15 x
10 kaki, lengkap dengan kolah dan simen kasar dan digosok ke telapak tangan
atau kaki bagi menghilangkan kekotoran.
Air kolah
cukup jernih dan sejuk. Air itu didatangkan dari sebuah anak bukit yang
terletak tidak jauh dari rumah batu, melalui pancuran buluhyang bersambung. Air
dari pancuran terjun kedalam kolah menuju ke sebuah parit kecil yang bertemu
dengan sebatang anak sungai.
No comments:
Post a Comment