Saya lihat
datuk berada dalam keadaan serba salah. Berkali-kali dia merenung ke arah laut.
Nyak Sulaiman meraba cuping telinga kirinya berkali-kali. Sesekali dia mengigit
bibir, Nyak Sulaiman resah semacam.
“Saya
ingatkan makhluk ganjil tidak kacau orang muda macam Tamar ni,” tersipu-sipu
Nyak Sulaiman bersuara. Saya kira, itu
adalah jawapan yang kurang tepat.
Alasan
yang tidak munasabah, sekadar mahu melepaskan batuk di tangga. Inilah
kesimpulan yang dapat saya rumuskan dari jawapan Nyak Sulaiman itu.
“Katakan
saja, bukan itu jawapannya. Kamu ada niat lain,” sanggah datuk, “ kamu mahu
menarik perhatian aku dengan harapan dapat menolong kamu. Aku tahu kamu malu
berterus terang,” tambah datuk lagi. Saya lihat air muka Nyak Sulaiman berubah.
Dia malu.
“Iya
memang itu tujuan saya,” Nyak Sulaiman mengaku. Datuk terus tersenyum. Dua tiga
kali saya menggaru pipi yang secara tidak semena-mena terasa gatal.
“Kamu mahu
aku berusaha dan bertindak?” Tanya datuk.
“Iya,”
angguk Nyak Sulaiman.
“Kalau
begitu ikut aku, jangan tegur dan jangan tanya apa yang aku buat,’ ujar datuk.
Serentak
saya dan Nyak Sulaiman mengangguk.
Datuk pun
bangun lalau melangkah menuju ke bilik tidur. Tanpa banyak cakap dan karenah,
saya dan Nyak Sulaiman terus mengekori
datuk menuju ke bilik tidur khas Nyak Sulaiman. Sebaik saja pintu bilik dibuka,
saya terkejut dan merasa hairan yang amat sangat, keadaan dalam bilik
berselerakan.
Meja bulat
diterbalikkan dengan kaki ke atas. Mata pedang terpisah dari sarung. Matanya
berada atas katil manakala sarungnya berada dibawah katil. Paling mencemaskan
hati mata pedang berlumuran dengan darah. Masa saya tinggalkan kamar tidur,
keadaan tidak sedemikan, saya kira ada manusia melakukan semuanya ini. Siapakah
manusia itu?
Datuk
angkat tangan kiri, memberi isyarat supaya (saya dan Nyak Sulaiman) jangan
melangkah. Badan kami juga jangan melebehi bahu atau berdiri selari dengan
badannya (datuk). Sepasang mata dau menyorot tiap liku bilik. Tiba-tiba cadar
atas kalti bergerak sendiri lalu membungkus mata pedang.
Dalam
suasana yang serba aneh itu, saya terdengar dengan jelas datuk menyebut perkataan ‘BISMILLAH…’ dengan
tenang, kemudian dituruti dengan beberapa rangkap ayat dari al-Quran yang tidak
berapa jelas kedengaran.
Bila
pembacaannya selesai, datuk tersu menyentap kain cadar yang membalut mata
pedang dan segera dihumban le sudut bilik. Kemudian terburu-bur dia mendekati
kain sebut. Tiga kali dia memijak kain cadar dengan tumitnya.
KAIN
Setelah
selesai melakukannya semuanya itu, kaincadar terus digulung bulat macam bola
lalu ditendang dengan tumit kaki kanan lima kali berturut-turut ke arah
dinding.
Kain cadar
itu dibiarkan terkapas atas lantai. Datuk renung ke arah katil dengan dahi yang
berkerut sambil menarik nafas panjang. Dia menggenggam penumbuk (tangan kiri) dua
tiga kali dia menumbuk angin.
“Huppp…, “
suaranya lantang.
Dia
membuka langkah silat, bergerak ke kiri dan ke kanan. Kemudian berdiri kaku
macam patung kebih kurang tiga empat minit.
Setelah
itu dengan tenang datuk melangkah ke katil mengambil mata pedang dan terrus
dimasukkan ke sarungnya. Perlahan-lahan datuk alihkan pandangan ke wajah saya.
Renungannya cukup tajam, sinar matanya bagaikan berapi.
“Kamu
langkah meja bulat tu dari kiri ke kanan, tiga kali berturut-turut. Pejamkan
mata kiri dan mulakan langkah kiri dengan hanya ibu jari kanan menyentuh
lantai, lepas langkah pertama barulah boleh memijak lantai dengan biasa,”
arahan yang dikeluarkan oleh datuk, saya dengar dengan teliti. Apa yang
disuruhnya segera saya lakkan dengan cermat.
Bila tugas
itu selesai saya laksanakan seluruh badan terasa lemah. Sendi-sendi terasa
sakit macam ditusuk benda tajam dan pandangan saya jadi berpinar-pinar. Badan
terasa melayang-layang dan dalam mengimbangi badan itu saya terjatuh. Naasib
baik datuk segera memeluk dan terus memangku tubuh saya.
Denagn
tenang datuk menekan ibu jari kirinya ke pangkal kening kanan saya. Dengan
sekali urut di kelopak mata, saya kembali pulih dan bertenaga macam biasa.
Bila saya
memegang meja hitam untuk mengalihkan kedudukannya ke tempat lain, datuk segera
menghalang. Dia keluarkan arahan menyuruh Nyak Sulaiman memikul meja hitam
untuk dibawa di bahagian atas bot. Tugas membawa pedang samurai adalah tanggong
jawap datuk. Apa yang saya lihat datk tidak menyandang pedang samurai,
sebaliknya dia memikul pedang tersebut.
Datuk pun
memulakan langkah dalam keadaan badan yang agak membengkok. Mukanya berkedut
selah-olah pedang yang dipikulnya itu
amat berat sekali.
Dengan
sekelip mata saya lihat dahi dan pipinya bermandikan peluh. Dalam keadaan yang
serba payah itu, datuk terus melangkah dengan hati-hati agar tubuhnya
jangansasmpai jatuh.
Sebaik
saja sampai di bahagian atas bot, tanpa berlengah-lengah lagi, datuk terus
menghempaskan pedang samurai atas lantai. Bot yang ditumpangi terasa bergegar.
Datuk yang kepenatan terus mengesat peluh di dahi dengan telapak kanannya
berkali-kali. Dia berehat sejenak untuk menghilangkan rasa penat.
Bila datuk
merasakan badannya sudah bertenaga, dia terus berdiri dekat pedang. Buat
beberpa minit pedag samurai direnung dari pangkal ke hujung, dari hujung ke
pangkal, perbuatan ini dilakukannya berkali-kali.
Datuk
termenung sejenak. Macam ada sesuatu yang difikirkannya, datuk merenung ke arah
Nyak Sulaiman.
“Beratnya
macam memikul beras seguni.” Rungut datuk dambil menggaru pangkal dagunya
berkali-kali.
“Begini…,”
belum punsempat Nyak Sulaiman meluahkan kata-kata selanjutnya, datuk segera
memberi isyarat ke arahnya supaya jangan berkat-kata.
Menyedari
kesilapannya, Nyak Sulaiman terus tunduk merenung lantai bot. Saya menarik nafas lega kerana
dari air mukanya saya dapat menduga bahawa Nyak Sulaiman tidak tersinggung
dengan apa yang datuk lakukan.
Bot besar
terus bergerak membelah ombak, menyongsong angin. Bintang di langit masih
bertaburan.
Angin laut
membuat saya mengigil dan mahu mencari tempat untuk memanaskan badan.
Disebabkan ada pantang larang yang mesti dipatuhi hasrat hati saya (mungkin juga hasrat hati Nyak Sulaiman)
tidak dapat dilaksanakan.
HUJUNG .
Tiba-tiba
saya lihat datuk mencangkung dihujung pedang. Dengan ibu jari kaki kiri, datuk
menekan hujung pedang. Saya mengedutkan kening, badan pedang terangkat macam
ada sesuatu yang menolaknya. Pedang terus terpacak tetapi, hujung ibu jari
kaki datuk tetap menyentuh hujung sarung
pedang.
Perhatian
saya dan Nyak Sulaiman tertumpu ke arah datuk. Tiba-tiba terpancar cahaya dari
permukaan laut, macam cahaya kilat yang bentuknya memanjang macam tali kerbau.
Dan tali itu menghala ke arah datuk. Saya lihat datuk mengeliat menahan
kesakitan. Baju yang di pakainya terkoyak di tengah iaitu di bahagian tulang belakang. Koyak itu bermula dari
bahagian tengkuk hingga ke bahagian tulang punggung.
“Ambilkanlah
aku baju baru, baju cekak musang warna hitam,” jerit datuk sambil merenung ke
arah saya. Harapan datuk itu segera saya penuhi, tergesa-gesa saya berlari ke
arah beg rotan yang terletak di sudut bot.
Baju segera saya keluarkan dan lari ke arah datuk kembali.
“Jangan
dekati aku, campakkan saja baju tu kepada aku,” datuk mengeluarkan arahan, bila
dia menyedari yang saya cuba mendekatinya. Tanpa membuang masa, baju hitam
segera caya campakkan. Dengan tenang datuk menyambutnya dan secepat kilat baju
itu disarungkan ke badan. Ibu jari kaki masih tidak berganjak, tetapi menyentuh
hujung sarung pedang.
“Allah hu
akhbar..”
Suara
datuk meninggi sambil tangan kanannya mengenggam penumbuk yang dijulang ke
langit. Jeritan Allah hu akbar itu diulanginya tiga kali berturut-turut. Dengan
serta merta cahaya dari permukaan laut yang berbentuk macam tali belati segera
hilang. Suasana terasa amat tenang sekali.
Tetapi,
kedudukan datuk tidak berubah begitu juga denganpedang samurai. Rupanya suasana
tenang dan hening itu hanya untuk beberapa minit saja. Saya dan Nyak Sulaiman
dikejutkan dengan bunyi deru angin yang amat kuat.
Muka Nyak
Sulaiman kelihatan pucat, saya tidak dapat berdiri dengan baik, macam ada
sesuatu yang menolak batang tubuh saya membuat badan saya bergoyang ke kiri dan
ke kanan.
Bunyi deru
angin yang amat kuat itu membuat telinga saya terasa bengang, kelopak mata saya
tidak boleh dibuka dengan luas, saya seperti berada di dunia lain. Bukannya
berada di atas perut bot.
Di dalam
keadaan yang tidak menentu itu, saya terlihat dua lembaga hitam yang bentuknya
tidak dapat saya pastikan, lembaga itu muncul dari laluan bot, saya kira
lembaga itu datang dari laut lalu memanjat badan bot.
HILANG.
Mulut saya
bagaikan terkunci dan suara saya seperti hilang. Saya tidak berbuat apa-apa
untuk memberitahu datuk tentang lembaga tersebut.
Samar-samar
saya lihat Nyak Sulaiman jatuh terlentang atas bot. Lembaga hitam terus
melangkah ke arah saya. Pada masa itu, saya lihat Nyak Sulaiman sudah boleh
bangun dan terus merenung ke arah lembaga yang bergerak. Bila sudah hampir
dengan saya lembaga hitam bertukar menjadi bentuk tentera Jepun.
Nyak
Sulaiman yang berada agak jauh dari saya nampak resah tidak menentu. Dia segera
bergerak mendekati saya dan berdiri di sebelah kanan.
Lembaga
tentera Jepun yang melangkah, kian lama, kian dekat dengan kami ( saya dan Nyak
Sulaiman). Bila sudah dekat, barulahsaya dapat melihat rupa dan bentuk lembaga
tersebut dengan jelas. Keadaannya amat menakutkan, saya jadi sesak nafas.
Saya tidak
sanggup menentang sepasang biji matanya yang merah menyala. Kulit perutnya
terbelah dua, tali perytnya berjuntaian macam janggut sulung. Darah
membuak-buak keluar dan lidahnya terjelir hingga ke paras lutut.
Lembaga
itu terus rapat ke arah saya. Dengan tujuan untuk menyelamatkan diri saya, Nyak
Sulaiman terus menerpa ke arah lembag tentera Jepun.
Perbuatan
Nyak Sulaiman menimbulkan kemarahan kepada lembaga tersebut. Saya lihat lembaga
segera mengangkat tangan kanannya lalu mengembangkan jari-jarinya yang tidak
berdaging.
Tulang
jejari yang putih nampak bercahaya. Ruas ibu (tulang) jarinya agak panjang,
berbeza dengan ruas jari manusia biasa. Lembaga itu menghayunkan tangannya
menampar muka Nyak Sulaiman.
Dengan
sekali hayun saja, Nyak Sulaiman tersungkur di lantai, mengeletek macam ikan
tercampak atas daratan. Dari geri Nyak Sulaiman itu ternyata dia mengalami rasa
sakit yang amat sangat.
Apa yang
berlaku di ikuti oleh datuk dengan penuh debar. Tetapi, dia tidak dapat
bertindak dengan berkesan, ibu jari kakinya yang bertemu dengan hujung pedang
tidak boleh dipisahkan sebarangan.
“Kalau aku
ubah ibu jari kaki, ada bencana lain datang,” tutur datuk sambil merenung ke
arah saya. Lembaga tentera Jepun kini mendekati saya, kedua belah tangannya
dengan sepuluh tulang jemarinya menuju ke batang leher saya.
Apa yang
harus saya lakukan? Demi Allah saya tidak sanggup menentangnya. Saya hanya
pasrah pada keadaan.
“Bertenang,
cucuku,” jerit datuk lagi. Sepuluh tulang jari jemari lembaga sudah hampir mahu
menyentuh batang leher saya. Bau busuk terus menusuk lubang hidung saya.
Sesungguhnya saya jadi lemas dengan bau tersebut.
“Aaaahhhhh….”
Mata saya
tertumpu ke arah Nyak Sulaiman, kaki dan tangannya mula bergerak
perlahan-lahan. Beberapa saat kemudian seluruh tubuhnya dapat bergerak
dengansempurna. Nyal Sulaiman mengumpulkan tenaga untuk bangun.
Percubaan
pertama dia gagal. Percubaan kedua juga mengalami kegagalan, sepasang lututnya
bagaikan tidak berfungsi. Nyak Sulaiman yang tidak kenal putus asa itu terus
berusaha dan dia mencuba buat kali yang ketiga. Dengan izin Allah dia berjaya
berdiri.
Nyak
Sulaiman meraa kekuatan dirinya seperti sediakala. Sanggup menghadapi sebarang
rintangan dari lembaga yang sedang mengancam diri saya.
GHAIRAH
Kerana terlalu
ghairah mahu menyelamatkan diri saya, secara tidak sengaja Nyak Sulaiman
melanggar pesan dan pantang larang datuk yang melarang dia menegur apa yang
datuk lakukan.
“Eh,
sahabat, usahlah kamu fikirkan tentang pedang Jepun tu, mari tolong aku selamatkan
cucu kamu,” jerit Nyak Sulaiman kepada datuk. Ternyata apa yang dilakukan oleh
Nyak Sulaiman tidak disenangi oleh datuk, tetapi dia memberi isyarat tangan
supaya Nyak Sulaiman sendiri berusaha menghalang lembaga itu dari menganggu
saya.
Seperti
yang dijangkakan, Nyak Sulaiman bertindak dengan berani, dia melompat dan berdiri
di depan saya,. Dua kali dia melepaskan penumbuk kencang yang cukup kuat
terhadap lembaga tersebut. Tindakan Nyak Sulaiman itu tidak memberi kesan
apa-apa kepada lembaga sebaliknya lembaga itu terus bertindak balas. Sepasang
matanya merenung tajam ke muka Nyak Sulaiman, renungan itu membuat seluruh
sendi Nyak Sulaiman mengigil.
Mungkin
kerana tidak faham dengan sinaran mata lembaga itu membuat Nyak Sulaiman
terhoyong-hayang. Tidak mampu berdiri dengan sempurna, keadaan Nyak Sulaiman
tidak ubah seperti orang mabuk. Dalam keadaan Nyak Sulaiman tidak menentu itu,
lembaga aneh terus angkat tangan kanan lalu melepaskan penampar ke arah pipi
Nyak Sulaiman.
Tamparan
yang kuat itu membuat Nyak Sulaiman
tidak bersuara. Dia terus jatuh terlentang di lantai. Lembaga yang sudah marah itu terus angkat kaki untuk
memijak Nyak Sulaiman.
“Bergerak
dari situ,” kata datuk.
Saya tidak
tahu ke arah mana saya harus melangkah.
“Ke
kanan,” tutur datuk lagi.
Arahan itu
segera saya patuhi.
Saya
memejamkan mata bila melihat telapak sepatu lembaga tentera Jepun yang hanya
berada dalam jarak tidak sampai satu inci dari dada Nyak Sulaiman. Anainya
telapak sepatu itu ditekan sudah pasti tulang dada Nyak Sulaiman patah dan
hancur. Di saat kecemasan, saya terdengar suara datuk membaca Lau An Zal Nal
dari Surah 59:21. Amat lantang dan jelas sekali suara datuk menusuk ke lubang
telinga saya.
Dengan
mendadak saja, bot besar yang saya tumpangi terumbang ambing dimain gelombang
besar. Saya jadi cemas kerana saya mengir ribut besar sedang menguasai lautan.
Saya
bayangkan bot yang saya tumpangi terus dihempas gelombang ke batu karang lalu
hancur berkecai. Nyak Sulaiman dan anak buahnya, begitu juga saya dengan datuk
terus terkapai-kapai untuk menyelamatkan diri, bayangan yang menakutkan itu
membuat saya hampir mahu menitiskan aiar mata. Apakah datuk menghadapi masalah
seperti apa yang saya alami? Timbul pertanyaan dalam hati kecil.
Setelah
saya amati ternyata masalah itu hanya berlaku pada diri saya sendiri. Buktinya
keadaan datuk tetap macam tadi, masih boleh membaca ayat-ayat Quran dengan baik
dan teratur.
Tiba-tiba
saya terdengar bunyi ledakan yang amat kuat, bot terumbang–ambing dan terasa
seperti dilambung ombak.
Perkara
itu berlaku dalam beberapa detik sahaja. Dan suasana kembali normal. Damai dan
tenang. Mata saya masih terpaku ke arah lembaga yang berbentuk tentera Jepun.
Lagi
sekali saya mengalami kejutan aneh (askar Jepun) tidak lagi memijak dada Nyak
Sulaiman, sebaliknya lembaga itu terus berdiri kaku, sepassang kakinya bagaikan
terlekat di lantai bot. Seluruh pancaindera saya tertumpu ke arah lembaga aneh
itu.
Pada saat
itu juga, saya melihat ada api yang merayap di lantai menuju kearah sepatu yang
dipakai oleh lembaga aneh. Api yang kecil itu terus membakar bahagian depan
sepatu, kemudian merayap ke kaki seluar.
Dalam
beberapa detik saja api terus marak, membakar seluruh lembaga sehingga hangus,
menjadi debu. Sebaik saja datuk menamatkan pembacaan Surah 59, api terus padam
tanpa meninggalkan apa-apa kesan. Saya kedutkan dahi, semuanya bagaikan mimpi
danbot terus membelah laut menuju ke Muara Jambi.
No comments:
Post a Comment