Melihat
keadaaan yang ngeri dan menakutkan itu, saya segera membaca surah AL-IKHLAS
sebanyak tiga kali berturut-turut. Saya segera melompat dari atas katil untuk
keluar. Saya terlanggar dinding dan terus jatuh. Saya kembali berada di alam
nyata, seluruh badan saya berpeluh. Perlahan-lahan saya bangun dan terus
melangkah ke arah meja bulat yang ada pedang samuarai di atasnya.
Dengan
tidak diduga, darah saya tersirap dan badan terus menggeletar. Pedang samurai
terkeluar dari sarungnya. Ada kesan darah segar di mata pedang. Barang-barang
lain yang berada di atas meja, tidak berubah kedudukannya. Tetap seperti tadi.
Bagaimana
mata pedang boleh terkeluar dari sarungnya? Timbul pertanyaan dalam hati. Saya
terus mengamati ulu pedang, tidak ada kesan telapak tangan manusia. Dalam
keadaan yang serba tidak menyenangkan itu, saya terasa seperti ada
bayang-bayang manusia bergerak dalam bilik tidur.
Seperti
biasa, saya cuba mengawal perasaan supaya jangan mengelabah. Menepis rasa takut
dari hati. Kerana yakin, apa yang sedang saya alami ini, ada hubungkaitnya
daengan syaitan, saya segera membaca ayat-ayat suci untuk menghalang niat jahat
makhluk halus itu dari menganggu saya. Semakin di-baca, semakin kuat rasa
debaran dan kecemasan bergolak dalam dada. Saya rasakan bilik tidur seperti
berada di awang-awangan, badan saya seperti bergerak di udara.
Pada saat
itu juga, saya bagaikan terlihat mayat tanpa kepala berada di hujungkaki saya.
Dari bahagianleher yang kudung keluar membuak darah merah bersama tompok-tompok
ulat. Manakal perutnya terbelah sendiri, segala urat dan usus terlambak atas
lantai.
Paling mengejutkan
mayat tanpa kepal itu bangun sendiri. Kerana tidak sanggup melihat semuanya
itu, saya alihkan mata ke kaki katil, pandangan yang mengerikan tetap wujud di
depan mata. Ketika ini, saya tidak dapat mengawal perasaan, pembacaan ayat-ayat
suci mula bercelaru dan menjadi kacau. Keimanan, kesabaran dan ketabahan saya
benar-benar tergugat.
Bagaimana
tidak tergugat? Di kaki katil tergolek kepala tanpa rambut, kesan luka di
tempurung kepala penuh dengan ulat-ulat kecil, beberapa ekor ulat jatuh atas
lantai dan melompat kembali ke tempurung kepala lalu bergayutan pada kulit
kepala yang terkoyak.
“Subhanallah….,”
terungkap kata itu dari kelopak bibir, bila saya lihat kepala tanpa badan
berpusing sendiri. Menghalakan bahagian muka ke arah saya, pada saat itu timbul
dalam fikiran untuk mengambil lampu minyak tanah yang tidak digunakan dibawah
meja bulat (lampu minyak tanah memang
disediakan untuk kegunaan di masa kecemasan, umpamanya bekalan elektrik
terputus, akibat kerosakan enjin dan sebagainya), Saya merancang mahu
simbah minyak tanah yang ada dalamperlita ke kepala tanpa badan, kemudian
nyalakan api.
Apa yanag
ada dalam kotak fikiran, tidak dapat dilaksanakan. Sepasang kaki saya terasa
lemah, kepala lutut bagaikan tiada, Saya tidak terdaya mengerakkan kaki apatah
lagi untuk melangkah.
Memang
tidak ada pilihan lain untuk saya. Sama ada mahu atau tidak saya terpaksa
melihat apa yang ada di kaki katil. Aduh! Seramnya melihat daging pipi yang ada
di kaki katil. Aduh! Seramnya melihat daging pipi yang sudah hancur bercampur
dengan darah dan nanah, bergerak perlahan-lahan dan kelihatan macam susu pekat
yang dituangkan ke atas roti.
Dari
daging yang sudah sebati dengan darah dan nanah muncul lagi beratus-ratus ekor
ulat kecil yang bentuknya sama macam ulat nangka berwana kekuning-kuningan.
Baunya amat busuk sekali, membuat tekak terasa loya.
Lidahnya
yang terjelir dari mulut mengeluarkan cecair berwarna putih. Lidah itu sekejap
terbuka dan sekejap tergulung. Dari lubang mata yang terlopong, kelihatan
seperti ada sebutir batu yang mengeluarkan cahaya kebiru-biruan. Dari lubang
telinga keluar air jernih seperti air mata air lalu melimpah ke ats lantai,
kemudian hilang entah kemana. Bagaikan ada kuasa ghaib yang menghisapnya.
BELAKANG
Saya
terasa seperti ada orang berdiri di belakang saya. Cepat-cepat saya menoleh.
Seorang tentera Jepun denganwajah yan bengis mengangkat pedang samurai untuk
memancung leger saya.
Dan saya
menjeling ke arah meja bulat untuk memastikan apakah pedangyang berada di atas
meja sudah berada di tangan tentera Jepun. Lagi sekali saya terkejut, pedang
samurai itu memang tiada lagi atas meja bulat.
Saya
bertambah cemas. Apa yang patut saya lakukan, mustahil saya mampu menentang
Jepun yang berdiri di belakang saya. Suara marah-marah dar tentera Jepun itu
terus menyumbang lubang telinga saya.
Pada saat
itu saya rasakan mata pedang samurai hanya dalam jarak beberapa inci dari
batang leher. Demi untuk meneruskan hidup saya harus bertindak, walau dengan
apa cara sekalipun.
“Yaaaa…,”
saya menjerit dan melompat.
Dan dalam
masa yang sama saya terdenganr bunyi pedang samurai jatuh di lantai diikuti
dengan sepatu tentera Jepun lari menuju ke pintu bilik.
“Kenapa
menjerit?”
Lelaki
berambut panjang tercegat di depan mata. Saya jadi ragu-ragu atas kehadirannya.
Bagaimana dia begitu cepat boleh berada di dalam bilik, sedangkan dia berada jauh (di
bahagian atas bot) dengan saya? Mungkit apa yang saya lihat dan alami ada
hubungkait dengannya.
“Macam
mana kamu masuk?” Tanya saya.
“Ikut
pintu yangkamu buka.”
“Saya yang
buka ?”
“Iya.”
“Pelik
sungguh ,” kata saya,
Si rambut
panjang terus tersenyum. Rasa sangsi terhadapnya kian menebal di hati. Saya
renung matanya yang kemerah-merahan itu.
Dia masih
tersenyum dan kelihatan tenang sekali. Saya gigit bibir sambil menarik nafas
panjang. Pedang samurai sudah pun berada di atas meja bulat. Dahi segera saya
kerutkan, sesungguhnya saya amat bingung dengan suasana yang saya hadapi ini.
“mari kita
keluar, kita tinggalkan bilik ni,” ujar si rambut panjang. Memastikan keadaan dalam bilik tetap macam
biasa. Lampu bilik pun dipadamkan.
“Semuanya
mesti sebelum kamu datang kesini, itu pesan juragan kepada aku,” kata si rambut
panjang sambil merapatkan pintu bilik.
Dengan
perlahan-lahan dan hati-hati si rambut panjang mencantumkan dinding bot yang
terpisah dengan serapat-rapatnya, sehingga tidak seorang pun menyangka di balik
dinding yang dijadikan rak tempat alat-alat keperluan bot itu , terdapat sebuah
bilik misteri.
‘Kenapa
menjerit, macam ada yang ganggu kamu?” Si rambut panjang renung muka saya.
Cepat-cepat saya anggukan kepala. Si rambut panjang terus mengajak saa ke arah
tangga untuk naik keatas bahagian bot.
DUDUK
Sampai di
tangga, saya terus duduk di situ. Hati masih belum puas, selagi tidak
diceritakan apa yang dialami kepada si rambut panjang. Barangkali, dia dapat
membantu saya dalam usha mencari punca kejadiam yang dialami, fikir saya dalam
hati.
“Kenapa
berhenti di sini?”
“Fikiran
saya runsing.”
“Runsing?”
Si rambut panjang menjegilkan matanya lalu duduk di sisi.
Deru angin
laut dan bunyi desir ombak masihdapat ditangkap oleh gegendang teling. Sesekali
terdengar datuk batuk pendek. Suara Nyak Sulaiman tetap lantang mengingatkan
pemandu bot supaya berhati-hati.
“Apa yang
kamu runsingkan, cakapkan kepada aku.”
“Mungkin
kamu tak percaya, bila aku ceritakan pada kamu. Mungkin kamu gelakkan aku.”
“Apa dia,
cakaplah?” Desaki rambut panjang.
“Pedang samurai bergerak sendiri, ada mayat
yang kepalanya terpisah dengan badan, ada askar Jepun nak pancung aku,”
dengansuara tersangkut- sangkut saya bercerita, badan terasa seram dan bulu
roma mula meremang.
Si rambut
panjang tidak menunjukkan reaksi cemas atau takut. Malah dia kelihatan tenang
dan tersenyum panjang. Sudah tentu sikapnya ini menimbulkan bermacam-macam
prasangka dalam diri saya.
“Kalau tak
salah dalam ingatan aku, kamu orang ketiga terkena maapetak tu,” secara
sepontan si rambut panjang bersuara. Lagi sekali saya beliakkan biji mata.
“Siapa
lagi dua orang tu?”
“Adik
juragan dan bapa saudaranya.”
“Sama
seperti yang aku alami?”
“Iya,”
angguk si rambut panjang.
“Macam
mana dengan Nyak Sulaiman, pernah dia mengalaminya?”
“Entah,”
si rambut panjang mengangkat kedia belah sayap bahunya.
Dia segera
bangun dan memanjat anak tangga menuju ke bahagian atas bot. melihat si rambut
panjang angkat kaki, saya pun segera angkat punggung. Saya tidak mahu sendirian
di situ.
Sebaik
saja sampai di atas si rambut panjang terus menuju ke tempat pemandu bot. Saya
terus mengekorinya. Tanpa disedari, ada
sepasang mata sedang mengawasi gerak langkah saya dengan teliti.
“Mahu kemana
kamu. Tamar?”
Langkah
saya terus terhenti. Saya terus menoleh ke arah suara itu datang. Datuk berdiri
tenang di balik rimbunan kotak dibuat
dari papan jati.
“Saya nak
ikut dia tuk.” Jari telunjuk saya luruskan ke arah si rambut panjang yangseparuhnya
sudah ditelan oleh pintu bilik pemandu.
“Jangan
ikut dia,”
“Kenapa
tuk?”
“Aku kata
jangan, janganlah. Kenapa kamu banyak soal?” Suara datuk mula meninggi.
Sepasang matanya terpanah ke wajah saya.
Nasib saya
sungguh baik, di saat keresahan secara tidak sangka-sangka Nyak Sulaiman muncul
dari arah belakang datuk. Nyak Slaiman mneyeluk saku baju butang lima,
mengeluarkan jam bulat berantai. Lama benar dia menatap permukaan jam tersebut.
“Dah dekat
pukul empat pagi.” Tuturnya dengan tenang.
“Nampaknya
kita subuh dalam bot,” tingkah datuk.
“Tidak,
dengan izin Allah kita subuh di masjid Kuala Tungkal, kita berjemaah.” Ucap
Nyak Sulaiman penuh yakin.
Saya tetap
berdiri dalamkeadaan serba salah. Apakah saya harus berdiri macam patung atau
memulakan langkah untuk pergi ke mana
saja dalam bot. Saya tarik nafas dalam-dalam.
“Tamar.”
“Iya tuk.”
“Kamu
pergi tidur di tempat tadi, bila dah sampai ketempat kita tuju, aku bangunkan
kamu,” datuk keluarkan perintah baru yang amat berat untuk saya laksanakan.
Makin teballah rasa serba-salah menguasai diri saya.
Mestikah
saya berterus terang dengan datuk. Menceritakan apa yang telah saya alami.
Percayakah datukdengan cerita yang bakal saya ungkapkan.
“Kenapa
tercegat di situ ?” Herdik datuk bila melihat saya tidak bergerak dengan perlahan-lahan. Saya masih belum dapat
membuat keputusan jitu, samada mau berterus terang atau sebaliknya.
“Balik ke
tempat tidur kamu,” ulang datuk.
“Saya tak
mahu tuk.”
“Kenapa
Tamar?” tanya datuk dengan wajah serius.
Saya
segera mendekatinya dan meluahkan pengalaman yang dialami ketika berada di
bilik tidut Nyak Sulaiman. Datuk amat terkejut tetapi, Nyak Sulaiman tidak
cemas dan terkejut. Dia kelihatan tenang dan bersahaja.
“Itu
perkara biasa,” kata Nyak Sulaiman.
“Biasa ?
bagi saya perkara ini amat luar biasa,” sanggah saya dengan dada yang berdebar.
Datuk meraba hujung dagu berkali-kali dan kemudian menggaru pangkal lehernya.
MENATAP
Sepasang
mata datuk silih berganti menatap wajah saya dan Nyak Sulaiman. Agaknya dia
mencari kepastian , siapakah di antara
kami yang bercakap benar.
“Kau saja
yang bercerita pada aku tentang perkara yang kamu kata tidak ganjil tu,”
sepasang mata datuk tepat tertumpu ke wajah Nyak Sulaiman. Macam tadi juga dia
tidak memperlihatkan sebarang berubahan.
Nyak
Sulaiman tetap tenang, senyum terus bermain di kelopak bibirnya. Datu mengigit
bibir dari gerak bola matanya, saya dapat menduga yang datuk mula ragu-ragu
terhadap Nyak Sulaiman.
“Kau
ceritakan,” desak datuk.
Nyak Sulaiman
mula mundar-mandir di depan datuk dalamkeadaan tidak tentu arah. Jelingan di
hujung matanya menyelinap ke arah muka ssay. Macam ada sesuatu yang difikirkan
ole Nyak Sulaiman. Semua gerak gerinya tetap dalam sorotan mata datuk.
Tanpa di
sangka-sangka Nyak Sulaiman terus meletakkan punggung atas papan jati. Sepasang
kakinya diluruskan. Deru ombak terus memukul gegendang telinga saya.
“Begini…,”
Nyak Sulaiman tidak meneruskan kata-kata. Saya dan datuk jadi resah. Dalam
keresahan hati yang tidak bertepi itu, saya lihat datuk bangun dari tempat
duduknya. Dia terus bentang tikar mengkuang (yang sememangnya dibawa dari
rumah) di depan Nyak Sulaiman.
“Kamu
duduk di sini,” kata datuk pada saya. Tanpa banyak soal jawap, saya pun segera
duduk di sisinya.
“Kita
dengar cerita dari orang ini, “ sambung datuk sambil jari telunjuknya menunding
ke arah Nyak Sulaiman yang tersenyum lebar.
Bot besar
terus bergerak, angin laut teus menyapa wajah kami bertiga.
“Sekarang
ceritakan, tempat duduk kami cukup selesa,” datuk terus bersuara. Nyak Sulaiman
tersenyum simpul. Sila dikemaskannya, dada dan wajah dihalakan ke arah angin
datang.
“Dulu
bilik kecil tak semacam tu,” dengan wajah yang amat tenang Nyak Sulaiman
memulakan cerita, “ sesiapa pun boleh tidur di situ, tidak ada apa-apa yang
menganggu” sambungnya denga nada suara yang agak perlahan.
Ekor mata
Nyak Sulaiman renung ke kiri dan ke kanan. Macam ada sesuatu yang diawasinya.
Datuk dan saya terus renung kiri kanan, semuanya macam niasa. Tidak sesuatu
yang ganjil dan aneh.
“Habis,
sekarang macam mana? Lainpula jadinya,’ celah datuk.
“Sekarang,
usahkan Taamr, saya sendiri kena ganggu kalau tidur di situ, saya pernah
menjerit dan lari keluar dari bilik tu,” lanjut Nyak Sulaiman lalu disambut
oleh datuk dan sayan dengan ketawa. Kisah Nyak Sulaiman sungguh melucukan. Dia
juga turut ketawa (mengetawakan diri sendiri). Matanya nampak berair.
Setelah
ketawa reda, datuk segera bertanya:
“Macam
mana punca petaka tu datang?”
“Puncanya,
bila saya membeli pedang samurai dan meja bulat.”
“Haa..,”
kata datuk sambil menghela nafas panjang, “ di mana kamu beli barang-barang
itu,” datuk terus merisik rahsia. Nyak Sulaiaman terus melagakan gigi atas
dengan gigi bawah berkali-kali. Dia dongakkan kepala merenung dada langit yang
ditaburi bintang.
“Pedang
samurai tu, hadiah dari seorang kawan yang selalu belayar dari Tanjung
Periuk–Belawan dari Belawan-Tanjung Periuk. Kawan saya tu, jumpa pedang samurai
di banglo yang pernah di jadikan markas tentera Jepun, masa perang kedua dulu.”
“Banglo tu
di mana Nyak?” Tanya datuk.
“Di
Surabaya.”
“Di
Surabaya,” datuk menyebut nama tempat itu
sekali. Nyak Sulaiman anggukkan kepala.
“Saya
merasa megah menerima hadiah tu, saya tak pernah terfikir sesuatu yang buruk,”
lanjut Nyak Sulaiman sambil mengerut dahi.
“Meja
bulat tu, kamu dapat dari mana ?” Soal datuk lagi. “ Ha yang tu, saya beli di
Kampung Batu Uban, Pulau Pinang. Saya beli dari lelaki India Muslim,” jelas
Nyak Sulaiman. Menurutnya pedang dan meja bulat itu terus diletakkan dalam
bilik tidurnya.
Terbiar di
situ selama berminggu, hinggalah pada suatu malam Jumaat. Semasa belayar
merentas Selat Melaka, secara mendadak dia teringat untuk membasuh keris pusaka
tujuk luk yang tersimpan di bilik tidurnya.
KERIS
Setelah
selesai memandikan keris dengan air limau, dia membakar kemenyan untuk mengusap
mata keris tujuh luk. Disaat mata keris berada dalam kepulan asap kemenyan,
secara mendadak saja Nyak Sulaiman terdengar derap sepatu Jepun dalam jumlah
yang cukup ramai. Bunyi itu bagaikan keluar dari papan dinding bilik tidurnya.
Semasa
Nyak Sulaiman memastikan dengan tepat arah suara itu datang, tiba-tiba dia
terdengabunyi suara perempan menjerit minta tolong. Keris yang sedang diusap
dengan kemenyan denga sarung segera dimasukkan ke dalam sarung.
Suara
tentera Jepun berpadu dengan jeritan perempuan. Nyak Sulaiman tidak tentu arah,
anak telinganya menjadi seakan-akan tuli.
Dia hilang ingatan sejenak dan merasai dirinya berada di dunia lain.
Pada saat
itu, terdampar sekujur tubuh gadis yang jelita, tanpa pakaian di depannya dalam
keadaan yang samar-samar. Dia juga melihat empat tentera Jepun dengan rakus
memperkosa gadis itu secara bergilir.
Tentera
Jepun yang keletihan terbaring di tempat kejadian. Dan dalam masa yang sama gadis
korban nafsu serakah tentera itu bangun.
Dia
bagaikan mendapat kekuatan ghaib membuka langkah silat dengan rambut panjang
mengerbang matanya terbeliak merah. Tiba-tiba saja di tangannya ada buluh
runcing. Tindakannya bagaikan orang gila menikam peurt tentera Jepun satu
persatu. Darah memancut lalu menyembur ke muka gadis itu.
Nyak
Sulaiman menekup mukanya dengan kedua belah tapak tangan, bila melihat dia melihat gadis itu menjilat darah yang
melekat di tubuh dengan lidah yang luar biasa panjangnya.
Ukuran
lebarnya mengatasi ukuran lebar lidah manusia. Kerana tidak tahan berhadapan
dengan keadaan tersebut, Nyak Sulaiman terus meluru keluar dari bilik tidurnya.
“Saya
betul-betul hilang akal masa itu, saya rasa diri saya bukan berada diatas bot,
saya rasa macam berada dirumah besar.” Kata Nyak Sulaiman kepada datuk.
“Lagi ada
perkara yang menarik?” Soal datuk.
“Sejak
kejadian malam itu, saya tak boleh tidur di situ, kalau saya tidur juga buruk
padahnya,” akui Nyak Sulaiman.
“Kenapa
kamu suruh cucu aku tidur di situ.”
“Ahhh…,”
Myak Sulaiman seperti tergamam. Dia tidak menduga pertanyaan sedemikian boleh
terkeluar dari mulut datuk.
No comments:
Post a Comment