“Aku
tahu dari mana darah itu datang, Tamar.”
“Dari
mana Andy,”
“Darah
kelawar atas kepala kita tadi.”
“Pelik
sungguh,” keluh saya sambil menarik dan melepaskan nafas. Suara kelawar luar
biasa dan suara lolongan anjing terus bergema. Hari kian gelap.
“Sebenarnya
Tamar, yang jatuh ke pipi kamu bukannya darah tetapi tahi kelawar.”
“Tahi
kelawar?” Saya terkejut.
“Iya,
keluar tu berak darah, biasanya kelawar yang berak darah atau kencing darah
menghisap darah manusia atau binatang. Kelawar jenis ini selalunya di pelihara
oleh manusia yang mengamalkan ilmu hitam. Mereka melepaskan kelawar peliharaan
mereka unutk membunuh atau menghisap darah musuh mereka. Kadang-kadang untuk
tujuan balas dendam dan ada juga yang mengambil upah untuk membunuh orang,”
kata-kata yang di ucapkan oleh si baju hitam membuat badan saya mengigil.
“Apakah
kita berdua akan menjadi korban kelawar luar biasa in,Andy.”
“Iya,
kalau kita tidak berjaya melarikan diri dari sini. Lagi pun kelawar ganjil
menghisap darah bila bulan mengambang, bila sudah kenyang dia balik kesarangnya
di gua mengikut arahan tuannya,” si baju hitam berhenti bercakap. Saya cemas
dan terus duduk di tanah sambil menyandarkan belakang ke pangkal pokok petai. Si
baju hitam masih berdiri merenung ke kiri dan ke kanan. Sesekali dia dongakkan
kepala melihat ke pucuk pokok petai.
Suasana
terasa seram seiring dengan warna alam sekitar yang kian beransur gelap. Nyamuk
mula berterbangan. Suara kelawar makin rancak dan lolongan anjing yang
memanjang kian menjadi-jadi. Dahi saya tiba-tiba berpeluh, rasa cemas tetap
menguasai hati.
Bersama-sama
dengan desiran angin saya seakan-akan terdengar suara orang perempuan mengilai,
ketawa dan menangis. Nada suara tersebut mengikut kelajuan angin yang bergerak.
Kalau angin bergerak laju, suara orang tertawa menjadi kuat. Kalau angin
bergerak perlahan, suara-suara orang ketawa mengilai terdengar seperti orang
berbisik.
Saya
tidak tahu, apakah si baju hitam mengalami seperti apa yang saya rasakan.
Berdasarkan dari gerak-gerinya mungkin dia tidak mendengar semuanya itu. Dia
masih macam tadi, mengawal keadaan sekitar, bersedia untk melakukan sesuatu.
Ada masanya dia genggam penumbuk dan terus menumbuk angin dengan wajah yang
membayangkan kemarahan. Dahinya tetap berpeluh.
TAMPAR
Sial,
kemana pula dia menghilang, kalau benar-benra handal tunjukkan diri, jangan
main-main sembunyi. Saya merungut dalam hati dan suara batin saya itu bagaikan
menerima jawapan. Pipi kiri saya ditampar berkali-kali dengan kuat. Sepatutnya
saya merasa sakit dan pedih sebaliknya pipi saya terasa sejuk macam disentuh
jari mayat. Semuanya ini membuat saya bertambah gementar.
Bagaimana
tidak gementar? Baru terniat dalam hati sudah menerima risiko yang tidak dapat
dikesan atau dilihat dengan mata kasar. Si baju hitam masih juga seperti tadi,
renung sana, renung sini. Saya kira dia memang mengharapkan kedatangan datuk
secara tiba-tiba. Mana mungkin datuk datang, kalau tidak diberitahu masalah
yang sedang dilalui.
“Kemana
dia dah pergi Andy?”
Si
baju hitam menarik nafas sambil mendongakkan mukanya ke langit. Dia melihat
awan yang berarak sambil memasang telinga mengamati arah angin datang dan
pergi. Si baju hitam mengangakan mulut dengan seluas-luasnya. Hujung lidahnya
menolak lelangit. Kelingking kirinya menjolok lubang telinga kanan.
Rupa-rupanya
si baju hitam mahu menafaatkan lmu yang baru setampuk pinang untuk melawan
gurunya. Mana mungkin murid boleh merebahkan guru di gelanggang. Itulah yang
terjadi, si baju hitam tiba-tiba terjerit terlolong, tidak tentu arah, dari
lubang hidungnya memancut darah. Dia jatuh mengelepar di bumi macam ayam kena
sembelih. Samaada mahu atau tidak, saya terpaksa bertindak menyelamat kan bajau
hitam. Kalau dibiarkan, keadaan akan bertambah runcing dan saya akan berdepan
dengan masalah yang lebih besar lagi.
Berbekalkan
ilmu yang sedikit (yang diperolehi dari datuk) saya berikhtiar memulihkan si
baju hitam yang terbujur di bumi. Saya ambil sehelai daun kering yang berada
dibawah sikunya. Daun kering itu di ramas hingga hancur, sebelum daun yang
hancur ditaburkan ke mukanya, saya baca beberapa kali surah An-nas dengan
khusyuk. Dengan izin Allah darah yang memancut dari lubang hidung berhenti
serta merta. Si baju hitam boleh bangun dan duduk.
“Aku
tak mapu menentangnya Tamar, begitu juga kamu. Hanya datuk kamu saja yang
boleh,” si baju hitam gelengkan kepala. “ semua yang aku tuntut darinya sudah
aku gunakan. Semuaya tak berkesan,” sambungnya dalam suara yang amat kecewa. Si
baju hitam sudah putus asa. Nampaknya dia mahu pasrah saja.
“Hairan,
kemana dia menghilang, Andy.”
“Dia
tak kemana-mana Taamr, dia ada di sini.”
“Buktinya?”
“Selagi
kita dapat mendengar suara salakan anjing dan suara kelawar luar biasa, itulah
tandanya dia ada di sini. Sekarang kita kena bersedia, samada kita lari atau
melawan,” si baju hitam berhenti bercakap untuk beberapa saat. Dia seperti
mengawal perasaan yang resah semacam.
“Pada
hemat aku, kita lari saja minta bantuan dari datuk kamu Tamar,” sambungnya.
Saya
tidak pula mengatakan IA atau TIDAK
dengan cadangannya itu. Saya lagakan gigi atas dan gigi bawah
berkali-kali. Kepala saya masih
memikirkan tentang perempuan aneh yang boleh menyerupai ajah Nurulhayat. Dan
bukanlah sesuatu yang mustahil kalau wajahnya dapat menyerupai wajah datuk
untuk mengabui pandangan kami. Di saat saya memikirkan hal itu, terasa bahu
kanan saya ditumbuk orang. Bila ditoleh ke kanan, tiada sesiapa pun di situ.
Secara
mengejut kepala saya terasa pening, tanah yang di pijak terasa bergegar, semua
pepohon yang dilihat bergoyang ke kiri dan ke kanan. Rasa takut dan cemas terus
hilang dari hati. Salakan dan lolongan anjing bertukar menjadi seruling buluh
yang mendayu hiba. Suara kelawar pula bertukar menjadi air hujan menimpa atap
zink. Saya jadi berani dan bersedia untuk menentang sesiapa saja.
“Kita
lari tinggalkan tempat ni Tamar, sebelum keadaan menjadi lebih buruk, Kita
panggil datuk kamu datang ke sini,” si baju hitam cuba menepuk bahu kiri ,
segera saya tepis dengan keras. Dia terkejut dengan sikap yang kasar itu. Muka
saya direnungnya.
“Kita
tak boleh melawan dia Tamar. Sebenarnya kita dah masuk perangkap, kita mesti
keluar dari sini. Kita tak daya melawannya, kita balik Tamar.”
“Aku
tak mahu pulang, aku tak mahu jumpa datuk,” kata saya dan mula menjauhkan diri
dari si baju hitam. Tetapi, si baju hitam terus mendekati dan cuba memeluk
tubuh saya agar jangan berada jauh dari perdu pokok petai. Saya mengelak dan
menolak si baju hitam hingga terjatuh. Pada masa itu juga, saya terdengar suara
bisikan menyuruh saya menendang pangkal leher si baju hitam dengan sekuat hati.
Pada mulanya saya ragu-ragu untuk melakukannya. Bila didesak bertalu-talu, saya
akur dengan arahan suara ghaib itu.
Bila
saya melepaskan tendangan sulung, si baju hitam terus mengelak. Saya kira dia
akan bertindak balas. Ternyata si baju hitam mengambil sikap mengalah. Dia
berusaha menjauhkan diri dari saya – jarak kami antara satu sama lain kira-kira
sepuluh kaki tetapi, kami masih berada di bawah pokok petai besar.
“Tamar,
kamu sudah dikuasai perempuan jahanam tu,” jerit si baju hitam.
“Siapa
yang kuasai aku.” Saya menjawab.
Si
baju hitam menutup sepasang lubang telinganya dengan telapak tangan. Dia
tidak tahan mendengar salakan dan
lolongan anjing yang di sertai dengan suara kelawar. Bagi saya suara lolongan
anjing dan kelawar amat menyenangkan sekali.
“Tamar,
lebih baik kita balik, kalau kita mahu selamat. Kita bagi tahu datuk kami apa
yang terjadi, Marilah kita balik Tamar,” si baju hitam bagaikan merayu dalam
suasana senja yang bertambah kelam dan pekat. Saya rasa jarak antara kami kian
jauh. Batang tubuh si baju hitam tidak dapat dilihat dengan jelas, dia semakin
mengecil dan suaranya terdengar
sayup-sayup.
“Kta
balik Tamar.”
“Tidak,
pertolongan datuk tak perlu.”
“Tamarrrrr…”
suara si baju hitam hilang dari
pendengaran saya. Dia hilang dalam gelap senja yang hitam.
Pada
saat itu, saya mula terfikir yang si baju hitam memang mahu meninggalkan saya
sendirian. Ini satu pengkhianatan. Mungkindia berbuat demikian kerana mahu
membalas dendam atau sengaja mahu menyerahkan saya kepada perempuan laknat. Dia
mahu saya merasa seksanya menjadi tawanan perempuan jahat yang juga bekas
gurunya.
Saya
jadi benci dan marah kepada si baju hitam. Suar aghaib pun bergema dari setiap
sudut menyuruh saya menetak leher si baju hitam kemudian menghirup darahnya.
Gegendang telinga terasa pedih, tanpa membuang masa kedua belah lubang telinga
saya tutup dengan telapak tangan. Suara itu terus bergema, lebih kuat dan lebih
hebat meresap ke dalam urat saraf di otak.
Dalam
usaha menenangkan fikiiran itu, saya pejamkan mata dan membaca beberapa potong
ayat dari al-Quran untuk melindung diri dari dikuasai makhluk yang tidak
diingini. Ternyata pembacaan saya lintang pukang, malah ada seketikanya saya
lupa ayat dan surah apa yang saya baca.
Saya
tidak mampu merapatkan kedua belah kelopak mata, macam-macam yang muncul dalam
fikiran. Ada gambaran manusia berjalan atas mayat tanpa kepala, ada sungai
mengeluarkan api, ada kambing berbadan seperti buaya dan kemunculan si baju
hitam dengan keris di tangan menikam perut datuk bertubi-tubi. Darah keluar
memancut dan tali perut datuk terkeluar, terlambak atas tanah macam tali perut
ayam.
Gambaran
datuk merintih menahan kesakitan sambil merangkak membawa tali perutnya yang berjela-jela di tanah,
memang tidak dapat saya terima. Saya jadi marah.
“Andy,
kamu pengkhianat,” jerit saya sekuat hati, bergema dalam hutan bersama gelap
senja yang menggila. Jeritan saya membunuh lolongan anjing dan suara kelawar
yang luar biasa.
“Aku
bunuh kamu, aku bunuh kamu Andy. Kemana kamu nak lari. Dunia ini terlalu kecil
dan sempit,” sambung saya lagi sambil menghentakkan kaki kanan ke permukaan
bumi.
“Kamu
benar, kamu benar Tamar. Datuk kamu sudah dibunuhnya secara curi, kamu mesti
bertindak. Bunuh saja bila kamu jumpa dia,” terdengar bisikan halus, seperti
suara perempuan yang datangnya dari telinga sebelah kiri, saya juga merasa
telapak tangan kanan saya bercantum dengan telapak tangannya yang halus
kulitnya.
GHAIRAH
Disaat
telapak tangan saya di genggam erat, saya terasa seluruh sendi dan otot
tersintak-sintak seperti terkena kejutan elektrik. Tubuh terasa ringan
melayang, fikirian kosong dan saya seperti berada dalam perahu kecil yang dilambung
ombak setinggi pucuk kelapa, kemudian menurun ke paras biasa hingga terasa isi
perut hilang.
“Aku
restui perjuangan kamu untuk menuntut bela,” terdengar lagi bisikan semangat.
Serentak dengan itu, telapak tangan saya yang digenggam erat pun di lepaskan.
Saya
menerima ciuman yang penuh ghairah di pipi kanan dan di pangkall leher serta
telinga. Pinggang saya pun dipaut mesra sehingga saya sukar bernafas. Aneh,
orang yang memeluk dan mencium pipi saya tidak kelihatan tetapi hembusan nafas
yang penuh nafsu berahi tetap terasa. Saya pasti yang memeluk itu ialah seorang
perempuan, ini berdasarkan pada keluhan ghairah yang halus penuh manja.
Terasa
lemah dan lemas bila diri saya diulit begitu, sebagai JANTAN sudah pasti timbul
rasa keghairahan yang memberangsangkan dan ingin melakukan tindak balas. Tetapi
kemana saya harus melempiaskan nafsu yang membengkak itu? Memang ada lawan jenis
di sisi yang menjalankan peranan memarakkan rasa berahi saya. Sayangnya lawan
jenis itu tidak keliahatan, tidak boleh diraba dan memeluk saya.
Makhluk
apakah di sisi saya ini? Muncul pertanyaan dalam hati. Belum pun sempat saya
membuat kesimpulan dari pertanyaan itu, tubuh saya ditolak oleh sepasang tangan
yang kasar, saya jatuh terlentang, nafsu yang memuncak terus menurun dan mati.
Dengan
susah payah saya segera bangun dan duduk bersila. Tidak ada apa yang dapat sya
lihat dalam gelap itu. Suara cengkerik menusuk lubang telinga, suara katak
tidak putus-putus berhenti memanggil hujan. Saya lihat langit bersih dan cerah.
Beberapa ekor katak melompat atas paha saya, keli-kelip pun berterbangan,
sebahagiannya berlabuh di hujung dedaun.
Sayup-sayup terdengar bunyi reranting kering di pijak orang. Saya juga mula
melihat api jamung dari arah selatan
menuju ke arah saya. Makin lama, makin hampir api jamung itu dengan saya. Penuh
debar saya menanti, siapakah gerangan yang datang itu? Semuga Haji Bagus dan
Tuk Siak yang datang. Datuk tidak mungkin kerana dia sudah dibunuh oleh si baju
hitam. Hati kecil saya membuat andaian di malam yang pekat itu.
“Huh…”
Saya
mengeluh dan hampir mahu jatuh untuk kedua kalinya. Di depan saya terpacak
jamung dengan api yang marak. Cahayanya menerangi sekitar kawasan saya
berkubang. Tidak ada orang yang membawa jamung tersebut. Jamung berjalan sendiri.
“Kamu
mahu membunuh orang yang mengkhianati diri kamu,” muncul suara dari balik pokok
petai. Saya mengangguk, ketika itu juga
kelawar besar yang hilang muncul kembali, hanya untuk beberapa minit setelah
mengelilingi kepala saya dua tiga kali , kelawar luar biasa terus ghaib.
“Kamu
pancung lehernya, taruh darahnya dalam buluh. Kemudian kamu hirup darahnya,”
terdengar lagi arahan dari balik pokok petai. Saya berharap dengan pertolongan
cahaya api jamung, wajah orang yang bersuara dapat saya lihat. Dengan ekor
mata, saya jeling ke arah pokok petai, malangnya bayang dan kelibat manusia
tersebut tidak dapat dikesan. Mulut saya
bagaikan terkunci untuk bersoal jawap dengan suara dari balik pokok petai. Apa
yang mampu saya lakukan ialah anggukkan kepala setiap kali menerima arahan
darinya.
“Lapah
kulitnya macam lapah kulit kijang.”
Saya
mengangguk.
“Tulang-tulangnya
kamu kumpul dan campakkan ke dalam belukar atau di kaki bukit untuk kawan-kawan
kita makan.
Saya
terus anggukkan kepala.
“Dagingnya
kamu buangkan ke dalam sungai untuk habuan buaya.”
Macam
tadi juga, saya terus mengangguk.
“Pancung
lehernya denagn ini.”
Sebilang
parang panjang berulukan gading jatuh di depan saya. Matanya tajam, putih
berkilat. Ulu parang segera saya pegang. Hujung mata parang saya lagakan dengan
kuku ibu jari untuk menguji ketajamannya.
“Begini.”
Sekujur
tubuh terpacak di kanan saya memakai jubah kuning. Kepala dan muka nya dibalut
kain tebal berwarna hitam tidak ada l ubang untuk mata, parang panjang di tangan
segera di rampas. Saya terpinga-pinga terkejut dengan kedatangan manusia
berjubah itu. Kalau tadi cuma ada sebatang jamung kini sudah menjadi tujuh
semuanya. Kawasan sekitar bertambah terang benderang.
POTONG
Begini
menguji tajam tumpulnya parang,” kata orang berjubah lalu dia menghayunkan mata
parang keatas kepala saya dengan pantas sekali.
“Lihat
apa yang ada di depan kamu,” kata orang berjubah. Jari telunjuknya menuding ke
arah segumpal rambut sebesar penumbuk budak lelaki berusia sebelas tahun.
Gumpalan rambut itu terlonggok di hujung kaki saya.
“Itu
rambut kamu yang di potong dengan parang panjang ini. Kerana matanya terlalu
tajam kamutak merasa apa apa. Kamu tak sedar bila rambut kamu putus,” memang
ada nada kemegahan dan kebanggaan lahir dari kelopak bibir manusia yang
berjubah dan bersarung kepala hitam itu.
“kamu
nampak rambut kamu?” Soal orang berjubah.
“Iya,”
pertama kali saya bersuara.
“Kamu
sudah tahu berapa tajamnya parang panjang.”
“Iya,
tahu.”
“Bagus,
kamu sedia membunuhnya?”
Saya
terus angguk kepala.
“Ambil
parang ni,” orang berjubah tatang parang panjang. Ulu parang dihulurkan ke arah
saya. Tetapi, saya tdak bersedia menyambutnya.
“Kenapa
tak mahu ambil,” tanyanya. Saya tidak dapat memberikan jawapan. Orang yang
berjubah mendengus panjang sambil menghentakkan kaki ke bumi.
Entah
mengapa, di saat saya mahu memegang ulu parang panjang, saya jadi gementar dan
takut sekali. Aya terpandang ulu parang ang dibuat dari gading gajah itu
menjadi kepala ular yang menyembur bisa.
“Kamu
lemah semangat, jadi kamu mesti diberi semangat baru. Aku tidak akan
menyerahkan parang panjang ini kepada kamu. Hanya mahaguru saja yang boleh
meresapkan semangat dalam diri kamu, aku tak boleh. Aku cuma orang suruhan dan orang kanannya saja,” orang yang berjubah
dan bersarung kepala hitam bersuara parau.
Dia
mula memegang pergelangan tangan saya. Jamung yang berada disekeliling saya
bergerak sendiri menghala ke arah yang tidak dapat saya pastikan di mana.
“Saya
tak mahu ikut kamu,” saya membantah, pada saat itu bagaikan kilat muncul dalam
kepala wajah si baju hitam bersama-sama dengan kata-kata yang mengingatkan
saya supaya berhati-hati.
“Tak
boleh, kamu mesti ikut.”
“Tak
mahu,” saya menolak. Orang berjubah terus bergerak di depan saya. Dia kelihatan
seperti tidak mahu melakukan paksaan. Tanpa diduga dia terus duduk mencangkung.
Api di jamung yang tadi menghala ke arah tertentu berputar balik ke tempat
asal. Bergerak mengelilingi pokok petai. Kemudian memagari orang berjubah.
“Kamu
renung sini,” nada suara orang berjubah keras sekali, membayangkan kemarahan
dan tidak mahu bertolak ansur dengan saya. Arahannya tidak saya patuhi, saya
renung ke arah lain. Usaha saya itu hanya berhasil untuk beberpa minit saja,
setelah itu tengkuk saya seperti dipulas oleh tangan-tangan ghaib yang memaksa
saya merenung ke arah orang yang berjubah kuning.
TEPIS
Saya
tidak putus asa dan cuba melawan. Akhirnya berpuluh-puluh tangan ghaib
melepaskan penumbuk keseluruh tubuh saya. Dalam sekelip mata saja, tubuh saya
diikat dengan rotan. Dan tangan-tangan ghaib itu segera menghulurkan berpuluh
cawan ang dibuat dari aluminium ke mulut saya.
“Minum.”
Perintah orang berbaju kuning.
Cawan-cawan
itu saya tepis sekuat hati. Jatuh bergelimpangan atas tanah. Orang berjubah
kuning petik ibu jari.
Hasil
dari petikan ibu jari itu, sepasang tangan ghaib mencengkam rahang saya,. Mulut
saya dibuka secara paksa, saya rasa mulut seperti mahu terkoyak sehingga ke
pangkal telinga. Kepalang sakitnya, saya tidak ddaya lagi. Mulut saya dituang
dengan minuman, bila melalui anak tekak terasa pahit dan payau. Saya jadi
lemah, kepala terasa pening.
“Bagaimana,
masih mahu melawan?”
Saya
tidak menjawab. Tekak terasa loya, perut rasa memulas dan sakit. Saya tersedak
dan terbatuk, saya muntah. Semua yang ada dalam perut habis keluar. Saya
bertambah lemah dan rebah dibumi. Badan saya bergelumang dengan muntah, bau
hanyir, busuk berbaur. Semuanya terpaksa saya terima.
“Buka
mata.”
“Kelopak
mata saya buka.
“Renung
sini.”
Mata
pun saya tumpukan ke arah orang berjubah kuning. Perlahan-lahan dia melipat
lengan baju kiri. Biji mata saya terbeliak, lengannya tidak berkulit dan tidak
berdaging. Dia pamerkan tulang lengan dan tulang jari yang putih, macam tulang
orang yang sudah mati berpuluh-puluh tahun.
“Yang
kamu minum tadi tu air tulang aku. Rasanya tentu sedap.”
Saya
diam tidak terkata, hanya kelopak mata yang berkedip. Dengan perlahan orang
berjubah kuning mentutup rangka tulang lengan dan jari dengan lengan baju. Saya
terus terkapar.
Satu
penyiksaan yang amat pahit penuh derita. Saya lihat langit dan awan. Dengan penuh
daya ingatan saya perah otak untuk mengingati ayat-ayat Quran. Saya jadi lupa
sama sekali. Malah untuk menyebut perkataan bismillah… pun tak boleh. Lidah
saya terasa keras.
Dalam
usaha membunuh rasa jemu melihat awan dan langit, saya cuba gerakkan kepala ke
kiri dan ke kanan. Bila kepala di gerakkan batang leher terasa amat sakit.
Badan pula, dari bahagian pinggang hingga ke hujung kaki seperti di hempap batu
besar. Bergerak sedikit, tulang dan daging bagaikan hancur. Semuanya menyiksa.
“Jangan
gerakkan kepala kamu ke mana-mana . Tengok aku kalau kamu mahu hidup atau bebas
dari sini,”
Samada
rela atau tidak sepasang mata terpaksa di arahkan pada tubuh yang diselimuti
dengan jubah kuning. Semua gerak gerinya saya sorot dengan penuh teliti dan
hati-hati. Kalau tadi dia mempamerkan tulang lengan dan tulang jari. Dan kali
ini, perkara yang sama dilakukan untuk tangan sebelah kanan.
Perlahan-lahan
dia menyelak dan menggulung lengan baju sebelah kanan hingga paras siku. Lengan
kanannya yang unik itu digerak-gerakannya berkali-kali di depan mata saya.
Lengan kanannya itu memang luar biasa sekali. Tidak menyerupai lengan manusia
malah meyerupai kaki harimau lengkap dengan kukunya sekali. Masih terdapat
kesan darah merah di telapak tangan(kaki) manusia berkaki harimau itu.
“Kalau
kamu lari aku cakar muka kamu,” katanya nyaring. Dia pun terus
mengoyang-goyangkan lengan kanannya berkaki harimau itu. Bila kuku di tangan (kaki)
di kembangkan tanah merah yang kering jatuh berderai. Sebahagian dari tanah itu
jatuh atas api jamung membuat apai jamung bertambah marak.
Cahaya dari api jamung menyerlahkan belang harimau
yang berbulu tebal dan kasar itu. Saya lihat ada juga bulu harimau yang jatuh
ketanah. Saya terdengar bunyi suara harimau menderam berkali-kali. Akhirnya
saya dapat mempastikan bahawa bunyi itu datang dari orang yang berjubah kuning.
Gerak-gerinya pun mula berubah. Dia mula duduk mencangkung seperti harimau.
Dalam
keadaan yang serba cemas itu , saya masih boleh berfikir. Kenapa saya harus
berdepan dengan perkara yang luar biasa dan tidak masuk akal ini? Manusia
apakah yang terpacak di depan saya ini?
“Eh,
aku tahu apa yang ada dalam perut kamu,” orang yang berjubah kuning bersuara.
Dia dapat membaca rahsia hati saya. Pertanyaan itu, tidak mampu saya jawap.
Saya tidak boleh bersuara. Apa yang terdaya saya lukukan ialah merenung sayu ke
arahnya. Mohon simpati agar saya jangan terus di seksa begini.
MUNCUL
Kamu nak
tahu, siapa aku sebenarnya,” orang itu mengajukan pertanyaan. Saya pun
anggukkan kepala. Orang itu terus ketawa berdekah-dekah.
“Sekarang
buka mata kamu luas-luas, kamu boleh tengok diri aku yang sebenarnya,” katanya
lagi. Seperti tadi saya terus angukkan
kepala.
Dan
orang yang berjubah kuning mula memusing tubuhnya secara perlahan-lahan.
Kemudian berpusing dengan ligat, macam gasing. Di saat tubuhnya berputar ligat,
saya terpandang berpasang-pasang mata harimau muncul dari rimbunan pepokok renik
merenung ke arahnya sambil menderam. Saya mula gementar dancemas. Tubuh terasa
sejuk, bagaikan berada di atas ketul ais yang besar.
“Apakah
aku bermimpi atau benar-benar terjadi?” Bisik batin saya.
“Kamu
tidak bermimpi, aku sekadar mahu menunaikan keinginan kamu,” secara mengejut si
jubah kuning berhenti berpusing.
Pelik
sungguh! Dia dapat membaca suara batin saya. Macam tadi juga, si jubah kuning
terus ketawa berdekah-dekah. Gementar dihati saya tidak juga mahu hilang. Tanpa
disangka-sangka si jubah kuning bertempik macam gajah, bergema dalam perut
hutan di malam yang muda. Berpuluh-puluh mata harimau dibalik rimbunan pepokok
kecil terus hilang. Hanya Allah saja yang tahu perasan saya ketka itu.
Si
jubah kuning mula mundar mandir di depan. Bunyi nafasnya jelas kedengaran,
tidak ubah macam nafas kerbau jantan melihat punggung kerbau betina.
“Aku
tunaikan hajat kamu. Kamu boleh tengok dengan sepuas-puas apa yang ada pada
aku. Tumpukan mata hati dan pancaindera kamu kepada tubuh aku. Jika ada perkara
lainyang kamu fikirkan nanti kamu yang binasa.” Si jubah kuning terus bersuara
dan bergerak sesuka hati di depan saya.
“Hummmmmmm….,”
dia mendengus dan berhenti.
Biji
mata saya tetap tertumpu ketubuhnya.
“Renung
dan kamu jangan terkejut,” si jubah kuning mengingatkan saya.
“Hum…”
sahut saya seraya mengangukan kepala.
Dengan
perlahan-lahan dia membuka jubah kuning. Tanpa disangka-sangka jubah kuning
yang sudah dilipat itu dihumbankan ke sebelah kanan saya. Bau jubah itu amat
busuk sekali, macam bau bangkai anjing ang sudah pecah perut. Bau busuk itu
terpaksa saya hidu.
No comments:
Post a Comment